Anda di halaman 1dari 9

Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

JAHILIYYAH KURUN KE-20

Setengah manusia mengira bahawa Jahiliyyah adalah tempoh tertentu daripada


zaman sebelum Islam di Semenanjung Arab. Jahiliyyah adalah intipati tertentu yang
mungkin mengambil gambaran yang berbagai-bagai mengikut bi’ah, situasi,masa dan
tempat. Maka semua gambaran itu serupa bahawa Jahiliyah meskipun berbagai-bagai
bentuk rupa. Jahiliyyah bukan lawan kepada apa yang dinamakan ilmu, makrifat,
ketamadunan, madaniah, kemajuan kebenaran dan nilai-nilai pemikiran, sosial, politik dan
kemanusiaan secara mutlaknya.

Sesungguhnya Jahiliyyah sebagaimana yang dimaksudkan dan tentukan oleh Al-


Quran ialah keadaan nafsiyyah (diri) yang menolak untuk berpandukan dengan petunjuk
Allah serta sistem tanzimi yang menolak dengan pemerintah dengan apa yang diturunkan
oleh Allah :

‫افحكم الجاهلية يبغون ومن احسن من اهلل حكما لقوم يوقنون‬

Ertinya : “Apakah hukum Jahiliyyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang
lebih baik daripada hukum Allah bagi orang-orang yang yakin”.
(Al-Maidah : 50)

Rasulullah SAW pernah menyebut beberapa pengertian Jahiliyyah di antaranya :

‫ كنا مع النبى فى الغزاة فكسع رجل من المهاجرين رجال من األنصار فقال األنصار‬: ‫عن جابر بن عيداهلل قال‬
‫ ما بال دعوى الجاهلي))ة؟‬: ‫ يا للمهلجرين فقال رسول اهلل صلى اهلل عليه وسلم‬: ‫– يا األنصار وقال المهاجرين‬
‫قالوا يا رسول اهلل تسع رجل من المهاجرين رجال من األنصار – فقال دعوها فانها منتنة‬
)‫(رواه البخارى ومسلم‬

Berkata Syeikh Islam Ibn Taimiyyah :

‫كل ما خرج عن دعوى االسالم والقوان من نسب أو بلد أو جنس أو مذهب أو طريقة فهو من غزاء الجاهلية‬

1
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Ibn Qayyim berkata : “ Panggilan dengan panggilan (slogan) Jahiliyyah seperti panggilan
kepada qabilah-qabilah dari puak bagi seseorang dan seumpamanya taasub dengan
mazhab-mazhab, golongan-golongan, tuan-tuan guru, melebihi setengahnya ke atas
setengah yang pada sudut hawa nafsu dan asobiyah…….”.

LEMBARAN SEJARAH TENTANG JAHILIYYAH

Jahiliyyah dan iman memiliki sejarah lama di muka bumi yang kembali kepada Adam
dan anak-anaknya. Kedua-duanya kembali kepada tabiat kepada kemanusian sebenarnya
pada percampuran dan penerimaan kesesatan atau petunjuk dari Jahiliyah atau makrifah.

‫ونفس وما سواها فالهمها فجورها وتقوها قد افلح من زكاها وقد خاب من دساها‬

Ertinya: “ Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan


kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaan, sesungguhnya beruntunglah orang yang
menyucikan jiwa itu dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya”.
(As-Syams : 7-10)

‫وهديناه النجدين‬

Ertinya : “ dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (jalan kebajikan dan jalan
kejahatan).
(Al-Balad : 10)

‫انا هديناه السبيل اما شاكرا واما كفورا‬

Ertinya : “sesungguhnya Kami telah manunjukinya jalan yang lurus ada yang bersyukur
dan ada pula yang kafir”.
(al-Insan : 3)

“Huda” ialah makrifah Allah dan mengikut petunjukNya dan Jahiliyah ialah kejahilan
terhadap Allah dan menjauhi petunjukNya.

2
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Semenjak perkembangan kehidupan dan kelahiran aqidah yang thabitah dengan


perubahan syariah berdasarkan kesesuaian manusia sehinggalah kesempurnaan Islam
pada sudut aqidah dan syariah sebagai satu agama yang datang dari sisi Allah. Maka
berterusanlah manusia terbahagi kepada dua golongan, tiada yang ketiga, Muslimin atau
Jahiliyyin.

Adapun Jahiliyyah moden adalah hasil penerusan Jahiliyyah di zaman pertengahan


yang mempunyai akar umbi yang mendalam di dalam tanah Eropah dan di dalam lubuk
sejarah.

i. Jahiliyyah Yunaniyyah :
- Ia menyucikan akal lebih daripada pengiraan roh.
- Dikira untuk menzahir imej, kesucian, kepositifan (Ijabiyyah), ketinggian
martabat, ketinggian intipati dan ketinggian nilai manusia di dalam
kehidupan.
- Akal adalah kemampuan kemanusiaan yang besar dan memainkan
peranannya yang sempurna di dalam menthabitkan kewujudan manusia
pengibatan dan ijabiyyah manusia di alam ini yang ada padanya keraguan,
tetapi beriman dengannya semata-mata atau beriman dengan lebih daripada
pengiraan roh ialah penyelewengan Jahiliyyah yang mengecil kerana inilah
manusia pada akhirnya ketika menjadikan manusia ialah binatang berakal
semata-mata.

ii. Jahiliyah Romaniyyah :


- Jahiliyyah kebendaan dan pancaindera.
- Penyelewengan yang paling besar ialah keimanan yang paling kuat dengan
kebendaan yang mengatasi pengiraan roh.
Kewujudan ialah kewujudan kebendaan dan kewujudan yang dapat diketahui
oleh pancaindera. Adapun yang tidak diketahui oleh pancaindera sesuatu
yang tidak wujud…….
- Membentuk keadilan semata-mata untuk orang Rom sahaja.

iii. Jahiliyyah zaman pertengahan :


- Berkata Daryber – seorang Amerika di dalam kitabnya (‫)النزاع بين الدين والعلم‬,
kesyirikan dan keberhalaan telah masuk di dalam agama Nasrani dengan

3
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

kesan orang-orang Munafiqin yang memegang jawatan-jawatan penting dan


jabatan-jabatan yang tinggi di dalam kerajaan Rom dengan bermuka-muka
dengan agama Nasrani, sedang mereka tidak mementingkan urusan agama
dan tidak ikhlas untuk agama satu hari daripada hari-harinya. Begitu juga
berlaku di Costantinople. Ia telah menghabiskan masanya dengan kezaliman
dan kejahatan dan tidak terikat dengan perintah-perintah, pihak gereja
(Nasrani) melainkan sedikit pada akhir umurnya – 337 M.

Meskipun, pihak gereja menguasai kekuasaan di Eropah pada zaman


pertengahan tetapi syariat tulen tidak dilaksanakan melainkan daripada
undang-undang kekeluargaan (‫) األحوال شخصية‬.Adapun pada realiti kehidupan
yang besar tidak terlaksana padanya syariat Allah. Sesungguhnya dihukum
dengan undang-undang Rom.

iv. Jahiliyyah Moden :


- Kebangkitan Eropah Moden lahir daripada suasana yang jauh dan
bermusuhan dengan Ad-Din – permusuhan terhadap Islam, hasil daripada
ketaasuban melulu yang sangat memuncak di masa peperangan Salibiyyah.
Adapun permusuhan dengan agama yang melahirkan di dalam diri orang-
orang Eropah – kebodohan pihak gereja. Gereja yang memerangi ilmu
kerana kejahilan merupakan sandaran yang paling besar untuk memelihara
kekuasaan pada orang ramai.
- Eropah telah hidup berkurun-kurun dengan keperibadian yang berteraskan
keberhalaan Yunan dan Rom dengan mengubah setiap ketamadunan yang
datang daripada hadarah dan keilmuan Islam.
- Ketika sejarah Eropah mengenali nama Gerakan Islah Dini (pembaikan
agama) yang sebenarnya bercorakkan Jahiliyyah iaitu pemisahan aqidah
daripada syariat dan syariat lain daripada Allah memerintah waqi’ kehidupan.
Pembaikan agama dari sudut dhamin tidak pada alam reality kehidupan.
Ketika ini lahirnya kapitalisme mengubah muka bumi di atas asas-asas yang
tidak Islam.
- Ittijah ini menuju kepada sekularisme di dalam segala aspek keidupan dan
jauh daripada agama.
- Pada kurun ke-19 berlaku peristiwa besar di dalam sejarah Eropah. Di
antaranya :

4
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

i- Darwinisme – ancaman di alam teori dan pemikiran.


ii- Perbahan perindustrian – ancaman terhadap dunia tatbiq.
- Jahiliyyah moden tidak terhad di Eropah kerana Eropah telah berulang alik
ke seluruh dunia dengan cengakaman penjajahan di seluruh tempat.
Jahiliyyah moden menjadi pihak berkuasa di seluruh dunia, khususnya
selepas kejatuhan Kerajaan Othmaniyah 1926.

JAHILIYYAH MODEN

PERTAMA :

Jahiliyyah ialah penyelewengan daripada peribadatan yang sebenar kepada Allah.


Peribadatan ini terlaksana dengan penghakiman Allah sahaja di dalam seluruh urusan
kehidupan. Aqidah ialah penyusun hubungan, ikatan, tasawur dan pemikiran manusia.
Apabila betul aqidah, luruslah imej dan langkah-langkah manusia. Arab Jahiliyah beriman
dengan kewujudan Allah.

.......‫ولئن سألتهم من خلق السموات واألرض ليقولن اهلل‬

Ertinya : “Demi, jika engkau bertanyakan pada mereka : Siapakah yang menciptakan
langit dan bumi nescaya mereka menjawab : Ialah Allah”.
(Luqman : 25)

Tetapi mereka tidak mengenali dan tidak beriman dengan sebenarnya kepada Allah
dan tidak menjadikan Allah sebagai hakim kepada segala urusan mereka.

.......‫وما قدروا اهلل حق قدره‬

Ertinya : “ dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang semestinya”.
( Al-An’am : 91)

Qadiyah syariat seperti qadiyah aqidah tiada perbezaan daripadanya sama ada
menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah atau Jahiliyyah dan Syirik.

5
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

KEDUA :

Mengikut hawa nafsu bagi setiap jahiliyyah adalah lahir daripada asalnya tidak
beriman dengan Allah dan Islam.

‫وان احكم بينهم بما أنزل اهلل وال تتبع اهوآءهم واحذر هم ان يفتنوك عن بعض ما أنزل اهلل اليك‬

Ertinya : “ Engkau hukumlah antara mereka menurut apa yang diturunkan oleh Allah dan
janganlah engkau turut hawa nafsu mereka dan waspadalah terhadap mereka supaya
jangan mereka menyesatkan engkau, dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah
kepada mereka”.
(Al-Maidah : 49)

Tapi syariat Allah terlepas dari hawa nafsu kerana Allah tidak berhajat kepada apa-
apa maslahah makhluk.

‫ما أريد منهم من رزق وما أريد ان يطعمون‬

Ertinya : “ Aku tidak menghendaki rezeki sedikit pun daripada mereka dan Aku tidak
menghendaki supaya mereka memberi Aku makan”.
(Az-Zariyat : 57)

KETIGA :

Kewujudan taghut-taghut di muka bumi yang bertugas untuk memalingkan manusia


daripada pengabdian kepada Allah dan pemerintah dengan syariatnya supaya berubah
untuk mengabdi taghut-taghut dan memerintah dengan hawa nafsu mereka.

‫اهلل ولى الذي امنوا يخرجهم من الظلمات الى النور والذين كفروا اولياءهم الطاغوت يخ)رجهم من الن)ور الى‬
.......‫الظلمات‬

Ertinya : “ Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka daripada
kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman), dan orang-orang yang kafir, pelindungnya
ialah syaitan yang mengeluarkan mereka daripada cahaya kepada kegelapan (kekafiran)”.

6
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

(Al-Baqarah : 257)

Sama sahaja taghut itu, berbentuk peribadi, puak, jamaah, adat, taqlid atau apa-apa
kekuatan yang menjadikan manusia hamba kepada mereka. Manusia tidak boleh keluar
daripada arahan dan perintah mereka. Taghut akan berpendirian permusuhan dengan
aqidah yang sebenar kerana ia menghendaki wala’ untuknya dan kemaslahatannya bukan
wala’ kepada Allah.

KEEMPAT :

Terjebak di dalam arus syahwat hasil daripada jauh dengan manhaj Allah. Syahwat
ialah perkara yang dicintai oleh manusia.

‫زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطر المقنطرة من الذهب والفضة والخيل المسومة واألنع))ام‬
.......‫والحرث ذلك متاع الحياة الدنيا‬

Ertinya : “ Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang
diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis-jenis emas, perak,
kuda pilihan, binatang ternak dan sawah ladang, itulah kesenangan hidup di dunia”.
(Ali Imran : 14)

Berbagai-bagai sebab yang menjadi syahwat menguasai dan menghancurkan imej


manusia, di antaranya ialah kesibukan taghut yang memerintah dengan sesuatu yang lain
daripada yang diturunkan oleh Allah, maka ia sebenarnya taghut. Oleh itu ia tidak
menghiraukan penyelewengan manusia pada urusan seks dan tidak berusaha untuk
memperbetulkannya.

Kemungkinan juga yang menjadi sebab ialah usaha taghut dengan sengaja untuk
menyebarkan dan berseronok dengan keseronokan yang haram atau untuk melalaikan
manusia daripada kezaliman yang berlaku ke atas mereka dengan tenggelam di dalam
keenakan seks yang keji.

Ciri-ciri terpancar pada asalnya daripada ciri yang utama iaitu penyelewengan
daripada pengabdian kepada Allah. Setiap jahiliyyah di dalam sejarah memiliki ciri-ciri

7
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

yang khusus di samping ciri-ciri di atas. Jahiliyyah moden memiliki keistimewaan dengan
ciri-ciri yang khusus selain ciri-ciri di atas :

i. Kemajuan keilmuan yang tinggi digunakan untuk menyesatkan manusia


daripada petunjuk Allah dan mengenakan keburukan dan kepedihan terhadap
makhluk Allah.
ii. Manusia berbangga di dalam menghadapi pencipta, dalam keadaan disamarkan
dengan natijah-natijah ilmu dan kemajuan kebendaan sehingga manusia
mengira bahawa tidak berhajat kepada Allah atau dia jadi seperti Allah.
iii. Teori-teori keilmuan yang berbagai-bagai yang menghadapkan manusia kepada
penyelewengan sosial, ekonomi, psikologi dan semua bidang kehidupan.
iv. Fitnah dengan tatawwur atau perkembangan.
v. Kebebasan wanita.

Sesungguhnya fitnah besar di dalam jahiliyyah moden ini ialah kerana ia banyak
memiliki pada sudut ilmu dan kekuatan kebendaan. Ia boleh memastikan perjalanan
ketamadunan kebendaan yang banyak kepada manusia di atas muka bumi di dalam
keadaan menghimpun setengahnya di atas asas kebaikan yang zahir dan manfaat kepada
manusia. Tidak dapat dinafikan bahawa akan terhimpun satu bahagian daripada kebaikan
yang zahir di dalam diri kemanusiaan. Tetapi kebaikan ini tidak bersandarkan kepada
kebenaran dan manhaj yang sohih (seperti penerapan nilai-nilai Islam) mereka akan
menyelewengkan pendengar-pendengar manusia dan mereka mengira bahawa mereka
bukan jahiliyyah.

.......‫ويحسبون أنهم مهتدون‬

Ertinya : “ Dan mereka mengira mereka mendapat petunjuk”.


(Al-A’raf : 30)

Keilmuan, kekuatan dan tanzim adalah cirri-ciri zaman moden dan alat-alat yang
dipergunakan oleh taghut pada hari ini untuk meneguhkan jahiliyyah.

Kesimpulan :

8
Projek Pustaka Alaf Azhari Manhal PMRAM

Jahiliyyah moden merosakkan segala tasawwur manusia terhadap Allah, alam,


kehidupan dan manusia, penyelewengan yang menjerumuskan segala kehidupan
manusia di dalam kefasadan dan kegelapan. Seorang falsafah barat berkata : “Telah
tamat zaman yang dipimpin oleh (orang putih)…….”

Sesungguhnya kehancuran jahiliyyah memberi peluang kepada manusia untuk


mendirikan kehidupan di atas asas kebaikan yang berpandukan manhaj Allah dan beriman
kepada kebenaran daripada Allah.

Akhirnya, inilah sebahagian daripada isi-isi penting yang disinopsis daripada kitab
“Jahiliyyah kurun ke-20” oleh Ustaz Mohd. Qutb yang digalakkan agar penuntut-penuntut
Islam membacanya.

‫أستغفر اهلل العظيم واخر دعوانا ان الحمدهلل رب العالمين‬

Disediakan Oleh : Ustaz Mohd. Nor Hamzah, Penasihat PMRAM


Tarikh : Mac 1999

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

©MANHAL PMRAM 2000

Anda mungkin juga menyukai