Anda di halaman 1dari 6

Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

AD-DIN AN-NASIHAH

Daripada Tamim bin ‘Aus ad-Dari r.a., bahawa Nabi SAW bersabda: mafhumnya:

“Din itu adalah nasihah (diulang tiga kali).” Kami (sahabat-sahabat) bertanya, “Untuk
siapa, wahai Rasulullah?”. Jawab Baginda, “Untuk Allah ‘Azza Wa Jalla, untuk kitab-Nya,
untuk Rasul-Nya SAW, untuk barisan kepimpinan ummah Islam dan untuk ummah Islam
seluruhnya.” (Hadith Riwayat Muslim)

Kepentingannya

Hadith ini mempunyai kedudukan yang amat tinggi sehingga Abu Daud telah menjelaskan
dengan katanya, “Ilmu Fiqh bersekitar atas lima hadith, iaitu:

1. hadith: “Perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas...”,
2.  hadith: “Tiada  kemudharatan dan tiada sesuatu yang boleh
memudharatkan.”,
3.  hadith: “Sesungguhnya  setiap amalan itu bermula dengan niat...”,
4.  hadith:  “Apa yang aku larangkan terhadap kamu daripada melakukannya
maka jauhkanlah.”,
5.  hadith: “Apa yang diperintahkan terhadap kamu melakukannya maka
lakukannya sedaya upaya kamu.”.

Mengikut Imam al-Hafiz Abu Naim bin Abdullah bin al-Asbahi, seorang muhaddith dan
sejarawan, menyatakan: “Bagi hadith ini suatu kedudukan yang begitu besar.” 
Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya:
“Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”

Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW pada perkataan


an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia
dianggap jauhar (intisari) ad-Din.

Kalimah an-Nasihah

An-Nasihah dari segi bahasa membawa erti suci murni, manakala dari segi istilah pula
diikatkan dengan dua keadaan: Pertama: bila dihubungkan dengan Allah SWT, maka ia
1
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
bererti keikhlasan semata-mata. Kedua: bila dihubungkan sesama manusia, maka ia
bererti kalimah yang membawa tujuan kebaikan kepada seseorang yang dimaksudkan
oleh kalimah itu.

Para sahabah r.a. telah bertanyakan Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah.
Kemudian baginda menjawab dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya
(al-Quran), Rasul-Nya barisan kepimpinan ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam
seluruhnya.”

Huraian Hadith

a.    An-Nasihah Li Allah

An-Nasihah Li Allah membawa maksud keikhlasan yang yakin, bersungguh-sungguh dan


semata-mata untuk Allah SWT dalam rangka menerima segala kewajipan yang
ditentukan-Nya. Kewajipan-kewajipan itu hendaklah dilaksanakan dengan sebaik-baiknya
 hingga dapat merasai kelazatannya. Keikhlasan yang tinggi tidak akan tercapai jika
segala kewajipan yang dipertanggungjawabkan tidak dilakukan melalui proses tarbiyyah
yang melahirkan kesungguhan, keyakinan dan ihsan.

Sifat ihsan itu tergambar apabila seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin
dan bermuraqabah Allah SWT.

Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul
dan mendalam. Juga beriltizam dengan pembentukan yang  menjauhkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan
keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan
sekaligus menunaikan segala perkara yang difardhu atau diwajibkan. Lebih tinggi daripada
itu, melakukan amalan-amalan yang membawa taqarrub kepada Allah SWT iaitu amalan-
amalan an-Nawafil (sunat).

Inilah jalan tarbiyyah dan pembentukan. Jalan untuk melahirkan al-Muslim al-
Rabbani al-Multazim. Inilah jalan penting harakah Islamiyyah yang inginkan keredhaan
Allah SWT.

Amalan ikhlas untuk Allah SWT semata-mata akan tercapai dalam bentuknya yang
tertinggi apabila seseorang itu berjihad secara ‘azimah. Jihad seperti ini memerlukan

2
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
kemampuan serta kerelaan hakiki, kesungguhan yang berterusan dan memusatkan
segala kepentingan kepada Allah SWT semata-mata.

Para al-Hawariyyun (penyokong) Nabi Isa a.s. telah meminta penjelasan, “Apakah an-
Nushu Lillah itu? “. Jawab Isa a.s, “Bahawa kamu utamakan hak Allah SWT daripada hak
manusia. Dan sekiranya kamu berhadapan dengan dua keadaan yang jelas, satu untuk
Allah SWT dan satu lagi untuk keperluan dunia, maka urusan Allah SWT itulah yang mesti
disempurnakan terlebih dahulu.”

Kesimpulan an-Nasihah Li Allah itu ialah i’tiqad yang sejahtera dalam mentauhidkan Allah
SWT. Serentak dengannya ialah mengabdikan diri secara syumul dan penuh jujur.

b.   An-Nasihah Li Kitab Allah

An-Nasihah Li Kitab Allah bermaksud menerima Kitab Allah SWT dengan penuh keimanan
dan menghayatinya mengikut proses pembentukan secara berperingkat-peringkat.
Penghayatan itu mesti dipertahan, dikekalkan, seterusnya dikembangkan kepada manusia
lain dengan jihad yang ikhlas.

Penerimaan Kitab Allah SWT mestilah dengan pembacaan yang betul, penelitian yang
mendalam, pengamalan kewajipan yang diperintahkan dan penghindaran segala
larangannya.

c.   An-Nasihah Li Rasulillah

An-Nasihah Li Rasulillah membawa erti beriman dengan kukuh terhadap kebenaran


kenabian Rasulullah SAW dan da’wahnya. Keimanan ini mencetuskan kepatuhan
terhadap pembawaan dan sunnahnya. Keimanan ini juga mengambil Rasulullah SAW
sebagai Qudwah Hasanah sama ada dalam bentuk percakapan mahupun amalan.
Sementara Muhammad bin Aslam at-Tusi pula menekankan dengan katanya:
"Bahawasanya salah satu daripada seperempat mengenai ad-Din.”

Sesungguhnya penekanan yang diulang-ulangkan oleh Rasulullah SAW pada perkataan


an-Nasihah sebanyak tiga kali menunjukkan an-Nasihah amat penting dalam Islam. Ia
dianggap jauhar (intisari) ad-Din.

3
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

Kalimah: an-Nasihah

An-Nasihah dari segi bahasa membawa erti suci murni, manakala dari segi istilah pula
diikatkan dengan dua keadaan: Pertama: bila dihubungkan dengan Allah SWT, maka ia
bererti keikhlasan semata-mata. Kedua: bila dihubungkan sesama manusia, maka ia
bererti kalimah yang membawa tujuan kebaikan kepada seseorang yang dimaksudkan
oleh kalimah itu.

Para sahabah r.a. telah bertanyakan Rasulullah SAW tentang bentuk-bentuk an-Nasihah.
Kemudian baginda menjawab dengan sabdanya, “... An-Nasihah untuk Allah, Kitab-Nya
(al-Quran), Rasul-Nya barisan kepimpinan Ummah Islamiyyah dan untuk ummah Islam
seluruhnya.”

Sifat ihsan itu tergambar apabila seseorang yang beribadah bersungguh-sungguh, yakin
dan bermuraqabah Allah SWT.

Jalan untuk mencapai tahap ihsan ialah dengan melalui proses kefahaman yang syumul
dan mendalam. Juga beriltizam dengan pembentukan dan  menjauhkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang diharamkan Allah SWT dengan penuh keinsafan dan
keikhlasan. Lebih tinggi lagi, menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang dimakruhkan
sekaligus menunaikan segala perkara yang diperintahkan.

An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim  

An-Nasihah Li Aimmah al-Muslimin Wa Wulatihim membawa erti An-Nasihah untuk


barisan kepimpinan umat Islam dan untuk siapa sahaja yang dipertanggungjawabkan
sebagai pemimpin.

An-Nasihah kepada mereka juga memberi erti cinta dan kasih kepada mereka,
memperingatkan mereka supaya sentiasa berada dalam tausih dan musyawarah dan
membantu mereka dalam islah dan ketaatan terhadap perkara-perkara hak. Juga
memperingatkan mereka daripada sebarang keadaan yang boleh menimbulkan fitnah dan
kerosakan yang menggugurkan hak kepatuhan dan wala’.

4
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM

d.    An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin

An-Nasihah Li ‘Ammah al-Muslimin membawa maksud pembentukan umat    Islam


seluruhnya. Juga menunjukkan kepada umat Islam jalan kesejahteraan sebenar untuk
dilalui dan kekal di atasnya. Di samping itu ia memberikan penjelasan dan peringatan
akan jalan-jalan kerosakan agar mereka menghindarinya.

Pembentukan ukhuwwah tercapai dengan cara mengasihi mereka seperti mana kita
mengasihi diri sendiri. Seterusnya membenci terhadap perkara-perkara yang boleh
menyesatkan mereka.

Umat Islam adalah satu jamaah di bawah lindungan kesatuan ‘aqidah dan kesatuan
matlamat. Daripada hakikat ini memancar syari’at Allah SWT dan akhlak al-Quran yang
tunggal lagi qudus.

Beberapa perkara penting

1. Jihad adalah bukti kewujudan an-Nasihah untuk Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Ketiadaan jihad tanpa uzur syar’i adalah bukti ketiadaan an-Nasihah untuk Allah
SWT dan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:

“Tiada dosa (lantaran tidak berjihad) ke atas orang-orang yang lemah, orang-orang
yang sakit dan orang-orang yang tidak memperolehi apa yang mereka nafkahkan,
apabila mereka berlaku ikhlas kepada Allah dan Rasul-Nya. Tiada sebarang jalan
sedikitpun  untuk menyalahkan orang-orang yang berbuat baik dan Allah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.” (at-Taubah: ayat 91)

5
Pustaka Alaf Azhari MANHAL PMRAM
Orang berkeuzuran syar’ie yang terhalang untuk keluar berjihad tidaklah berdosa selagi
mana dia benar-benar ikhlas kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.  Jika dia membawa
sifat-sifat munafiq dan berpura-pura uzur untuk berpaling daripada jihad, bermakna dia
melakukan pendustaan dan tipu helah terhadap orang-orang Islam. Jelaslah dia tidak
berjihad dan tidak jujur.

2.    An-Nasihah untuk barisan pemimpin, pada pandangan Islam, adalah sangat penting. 
Rasulullah SAW bersabda (yang bermafhum):

“Sesungguhnya Allah meredhai kamu dalam tiga keadaan: yang menyembah-Nya dan
tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu, yang berpegang dengan tali-Nya sepenuhnya
dan tidak berpecah-belah, dan yang nasihat-menasihati wali-wali Allah dan
pemerintahnya.”

“Tiga golongan yang tidak digelincirkan atas mereka: hati muslim yang mengikhlaskan
amalan kepada Allah, nasihat-menasihati pemerintah-pemerintah dan sentiasa berada
dalam jamaah umat Islam.”

3.    Rasulullah SAW menjelaskan (yang bermafhum):

“Sesiapa yang tidak mengambil berat dengan urusan yang berkaitan umat Islam maka dia
bukanlah daripada kalangan mereka.”

4.    Dalam konteks Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah, ad-Din an-Nasihah ialah berusaha
melahirkan kumpulan Muslim Mu’min Muttaqi ‘Amil atau al-Jil ar-Rabbani al-Multazim  atau
Jil al-Quran.

HAK CIPTA TERPELIHARA ®


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN PENERBIT. HARGAILAH PENGORBANAN ORANG LAIN
YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN MENERBITKANNYA
DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN DIKIRA BERCANGGAH
DENGAN SYARIAH ISLAM.

 
6

Anda mungkin juga menyukai