Anda di halaman 1dari 26

BAB 7

IDEOLOGI RELATIVISME PASCAMODEN


ISI KANDUNGAN

1. ALIRAN IDEOLOGI SEMASA


2. CABARAN IDEOLOGI RELATIVISME PASCAMODEN
3. FENOMENA DAN MANIFESTASI RELATIVISME PASCAMODEN
4. IMPLIKASI RELATIVISME PASCAMODEN DALAM KEHIDUPAN
5. JAWAPAN AGAMA DAN TRADISI TERHADAP RELATIVISME
PASCAMODEN
HASIL PEMBELAJARAN

Menjelaskan cabaran ideologi relativisme pascamoden sebagai reaksi


kegagalan modeniti.

Menjelaskan perkembangan fenomena dan manifestasi relativisme


pascamoden.

Menghuraikan implikasi relativisme pascamoden dalam menafikan


kebenaran dan hakikat dalam kehidupan.

Menganalisis jawapan agama dan tradisi terhadap cabaran relativisme


pascamoden dalam kehidupan semasa.
PENGENALAN

• Topik ini akan menelusuri sejarah perkembangan konsep modenisme dan pascamodenisme
yang melahirkan ideologi pemikiran relativisme pascamoden.
• Aliran pemikiran ini telah memberi kesan yang besar kepada sistem kehidupan dan
peradaban manusia sejagat.
• Topik ini juga menyentuh beberapa ciri pemikiran relativisme pascamoden dan bagaimana ia
tersebar pada era globalisasi.
• Turut difokuskan kepada implikasi dan cabaran pemikiran relativisme dalam kehidupan
serta solusi yang ditawarkan oleh agama dan tradisi keilmuan.
DEFINISI IDEOLOGI

Ideologi

• Satu sistem pemikiran dan idealisme yang mendasari sikap, pemikiran dan tindakan seseorang
terhadap sesuatu, termasuk dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.
• Merujuk kepada set keyakinan yang menggerakkan suatu langkah politik dan sosial.
• Boleh juga dimaksudkan sebagai ‘salah satu item yang membentuk keperluan mental dan jasmani
individu yang membentuk sesebuah masyarakat serta meliputi permasalahan politik, sosial,
ekonomi dan perkara yang bersangkut paut dengan sejarah dan sosiogeografi manusia’.
• Ideologi dan pemikiran kontemporari boleh dikaitkan dengan falsafah kerana kerangka pemikiran
yang umum adalah dipengaruhi oleh idea-idea falsafah.
• Aliran falsafah boleh terbahagi kepada 3 aliran iaitu tradisional, moden dan pasca-moden.
TIGA ALIRAN FALSAFAH

ALIRAN TRADISIONAL Realisme dan Nominalisme


(Terdiri daripada falsafah sebelum era falsafah
moden pada abad ke-17 dan meliputi falsafah
keagamaan pada zaman pertengahan.)

ALIRAN MODEN Pragmatisme dan Positivisme Logikal

ALIRAN PASCA-MODEN Exsistensialisme yang memberikan kebebasan untuk


individu memilih matlamat atau menentukan
matlamat atau cara mencapai matlamat.
SEJARAH PERKEMBANGAN IDEOLOGI MODEN
DAN PASCAMODEN
• Sejarah perkembangan ideologi moden dan pascamoden merupakan lanjutan daripada
pertentangan antara golongan cendekiawan dengan teologi Kristian pada era
Renaissance.
• Gerakan ini melahirkan falsafah moden berasaskan fahaman humanisme. Setelah itu
berlaku revolusi sains dalam abad ke-17 dan bermulalah proses sekularisasi yang
mengakibatkan pemisahan secara total dalam lapangan ilmu pengetahuan dan agama.
• Tokoh utama sekularisasi adalah Francis Bacon (1561-1626) yang mengutarakan
sains untuk menggantikan agama bagi membawa kesejahteraan kepada kehidupan
manusia.
• Rene Descartes (1596-1650) yang menyatakan kebenaran hanya boleh dicapai
melalui sumber akal rasional dan pengalaman.
• Sepanjang sejarah, lahir pelbagai teori dan aliran dalam memahami makna
kebenaran dan ilmu. Kepelbagaian aliran tersebut sama ada dalam bidang ilmu sains
tabii, kemanusiaan dan sains sosial berkait secara langsung dengan falsafah pemikiran
moden dan pasca moden.
SEJARAH PERKEMBANGAN IDEOLOGI MODEN DAN PASCAMODEN
1 Zaman Sekitar abad ke-16 Masihi dan Zaman Pencerahan abad ke 18 Masihi.
Renaissance Ia adalan tanda awal kematangan dan kedewasaan manusia mula menguasai alam dan
melepaskan diri dari dogma-dogma institusi agama.
Dengan keberanian ini, manusia dikatakan memasuki era baru, era pasca Abad
Pertengahan iaitu era Moden.
2 Tahap Bermula dan berkembang dengan Revolusi Perancis yang memberikan kesan terhadap
Kedua kekacauan sosial, politik dan ekonomi dan sering dikaitkan dengan momentum
Gelombang Besar 1790.
Senario ini telah mencetuskan kelenturan ikatan sosial, keruntuhan kepada keyakinan
tradisional dan agama serta pesatnya perkembangan sosial, telah mendorong
munculnya pelbagai masalah.
3 Tahap Bermula semasa terjadi proses modenisasi global dan pembentukan kebudayaan dunia
Ketiga moden secara universal sehingga munculnya ketidakstabilan sosial dan politik serta
ancaman pada keamanan dunia sejagat.
Modenisme kemudiannya berkembang sebagai keadaan sosial budaya masyarakat maju
yang moden.
Ia juga mempunyai makna yang tersirat melalui anjakan paradigma yang diperolehi
dengan jalan pintas, daripada bentuk lama kepada bentuk baru.
IDEOLOGI MODEN

• Secara etimologi, konsep modeniti berasal daripada perkataan Latin “modo” bermaksud
terkini atau sekarang.

• Fahaman ini berkembang dalam beberapa bentuk seperti modeniti (fizikal), modenisme
(pemikiran) dan juga modenisasi sebagai suatu proses.

• Tunjang utama kepada ketiga-tiga konsep tersebut ialah logik, rasional dan objektiviti yang
berasaskan kepada data empirikal melalui pancaindera dan pengalaman manusia.
ENLIGHTENMENT

• Tokoh falsafah Eropah era pencerahan (enlightenment) pada abad ke-18 seperti John Locke
(1632-1704), David Hume (1711-1776) dan Immanuel Kant (1724-1804) mengagungkan
pencapaian sains dan kaedah saintifik.

• Mereka percaya bahawa manusia boleh mencapai kemajuan dengan hanya menggunakan
akal dan meninggalkan nilai yang berasaskan kepada dogma keagamaan.

• Era ini ditakrifkan sebagai permulaan abad moden yang berterusan sehingga abad ke-20,
lahir ahli falsafah seperti Betrand Russell (1872-1970) dan Karl Popper (1902-1994) yang
meneruskan aliran modenisme dan positivisme.
Fahaman modenisme mendapat tentangan daripada
golongan pascamoden yang mempertikai konsep
kebenaran mutlak berasaskan logocentrisme
(berpusatkan akal), kaedah saintifik dan objektiviti.

IDEOLOGI
PASCAMODEN
Pemikiran moden yang menggerakkan modenisasi
dan revolusi industri telah menghilangkan
hubungan antara manusia, merendahkan
martabatnya dan nilai tradisi kemanusiaan.
POSTMODERNISM

• Golongan pascamoden mengambil sikap bertentangan dengan sebahagian besar teori


pemikiran moden seperti idea grand theory oleh Karl Marx (1818-1883), Max Weber
(1864-1920) dan Emile Durkheim (1858-1917).

• Pengistilahan pascamoden dalam bidang falsafah diperkenalkan oleh Jean Francois Lyotard
(1924-1998) pada dekad 1970-an. Ia merupakan satu gerakan idea yang ingin
menggantikan aliran pemikiran moden.

• Pemikiran pascamoden menyemak semula dan memperbaharui kembali paradigma


pemikiran moden. Aliran ini mengkritik idea moden yang dilihat gagal untuk
memartabatkan nilai kemanusiaan.
POSTMODERNISM

• Pemikiran moden telah membawa kemajuan kepada peradaban manusia tetapi ia juga
menghasilkan penindasan dan kezaliman kepada martabat kemanusiaan.
• Era moden telah menyebabkan malapetaka besar kepada kehidupan manusia. Antara
kegagalan pemikiran moden ialah penggunaan kekerasan sebagai suatu kaedah dalam
penyelesaian konflik. Pihak yang kuat mendominasi yang lemah. Pemikiran moden gagal
menyelesaikan permasalahan sosial dan kemanusiaan.
• Aliran pascamoden menentang semua bentuk keyakinan asas bersandarkan kebenaran
mutlak ajaran agama sama ada berlandaskan wahyu mahupun akal rasional.
.
POSTMODERNISM

• Ideologi pascamoden menafikan autonomi individu untuk mendakwa apa yang dibuktikan
benar sebagai satu kebenaran.
• Tidak wujud konsep kebenaran bersifat universal seperti kebenaran yang dibuktikan oleh
akal.
• Kebenaran adalah relatif, tiada sesiapa berhak mendakwa apa yang benar kerana tidak wujud
rujukan objektif untuk pembuktian benar atau palsu.
• Aliran pemikiran ini telah menyerap dan mencabar prinsip asas yang dipegang manusia
moden serta keseluruhan sistem kehidupan manusia.
• Gerakan ini cuba menggantikan sistem pemikiran moden termasuk ajaran agama dari aspek
teori dan praktis.
• Penyebaran idea pascamodenisme bergerak pantas melalui proses globalisasi dan revolusi
industri 4.0.
CIRI PEMIKIRAN PASCAMODEN

1. Dekonstruktif – mencabar teori moden dan ajaran agama.


2. Relativisme – kebenaran bersifat relatif dan berasaskan nilai, konteks dan budaya masyarakat.
3. Pluralisme – kepelbagaian perlu diraikan dan ditoleransikan.
4. Tiada kebenaran mutlak.
5. Ketiadaan makna dalam kehidupan.
6. Kesaksamaan perwakilan – tiada dominasi ke atas pihak yang lain.
7. Pemikiran tidak ditunjangi dogma agama, adat dan prinsip moral.
8. Campuran pelbagai nilai, budaya dan keyakinan.
9. Media massa baharu sebagai penentu kebenaran dan kesalahan perilaku manusia.
10. Budaya konsumerisme.
CIRI PEMIKIRAN PASCAMODEN

• Kesemua ciri pemikiran pascamoden ini boleh difahami secara analitikal berasaskan kepada tiga
komponen utama:

• Sejarah – merujuk kepada era baharu yang lahir dari zaman moden.

• Budaya – satu produk budaya dan gaya hidup baharu.

• Kaedah pemikiran dan penteorian – satu cara pemikiran dan penteorian baharu tentang
kehidupan manusia kini dan akan datang yang mencabar teori dan pemikiran lama.
IMPLIKASI DAN CABARAN RELATIVISME
PASCAMODEN

• Pemikiran yang berbentuk relatif dan tidak diikat dengan satu sistem pemikiran yang
kukuh (berlandaskan wahyu dan akal rasional) akan memberi kesan negatif terhadap
epistemologi dan aksiologi yang memandu manusia untuk berfikir dan bertindak.

• Pendekatan pascamodenisme tidak mempunyai tunjang jelas dan tidak selari dengan
fungsi akal dan wahyu.
IMPLIKASI DAN CABARAN RELATIVISME
PASCAMODEN

1. Kepercayaan dan amalan beragama


• Liberalisme dalam akidah dan agama yang menjadikan semua agama adalah benar dan
sama.

2. Krisis nilai dan etika dalam kehidupan


• Pembentukan nilai etika berasaskan kepada pemikiran hedonisme.

3. Kemunculan gerakan hak asasi dalam memperjuangkan kelompok minoriti dan devian.

• Memperjuangkan hak asasi yang melibatkan isu gender seperti LGBT dan Gerakan
feminisme.
IMPLIKASI DAN CABARAN RELATIVISME
PASCAMODEN

4. Kerapuhan sistem kekeluargaan.


• Mempelopori kehidupan tanpa nikah yang sudah tentu memberikan implikasi dalam
konteks tanggungjawab dan hak dalam institusi kekeluargaan.
5. Sistem ekonomi konsumerisme
• Mementingkan keuntungan dengan menggunakan imej dan simbol serta prestij.
6. Perubahan struktur sosial dan masyarakat
• Kehidupan masyarakat yang lebih bercorak individualistik.
7. Penghasilan produk hiburan yang tidak mementingkan makna dan tujuan.
• Ini boleh diperhatikan sama ada dalam bentuk lirik, muzik, filem fiksyen dan imaginasi.
IMPLIKASI DAN CABARAN RELATIVISME
PASCAMODEN
• Jalan penyelesaian bagi mendepani cabaran relativisme pascamoden ialah mengembalikan
semula manusia kepada institusi agama dan tradisi keilmuan yang kukuh.
• Kegagalan asas tamadun Barat sama ada dalam konteks aliran pemikiran moden atau
pascamoden ialah kecelaruan binaan epistemologi, ontologi dan aksiologi dalam memahami
makna kebenaran dan kebahagiaan hidup.
• Keliru dalam memahami tujuan kejadian manusia dan gagal membangun unsur dan potensi
kejadian manusia secara harmoni, seimbang dan bersepadu.
• Golongan pascamodenis menolak peranan agama dalam menentukan tujuan kehidupan.

• Asas pembinaan falsafah moden yang berteraskan kebenaran akal dan fahaman positivisme
hanya berupaya menyelesaikan masalah fizikal bukannya unsur spiritual secara seimbang dan
sepadu.
• Ideologi pascamoden yang berpegang kepada relativisme dan menolak ajaran agama
mencetuskan kecelaruan dan tidak mampu memberi penyelesaian.
IMPLIKASI DAN CABARAN RELATIVISME
PASCAMODEN

• Menurut Uthman el-Muhammady (2004), Islam dengan tradisi keilmuan menawarkan


beberapa langkah penyelesaian:

1. Manusia memerlukan kerangka berfikir berasaskan epistemologi, ontologi dan aksiologi


dalam aspek keilmuan dan amalan. Kebenaran berpandukan sumber wahyu, akal rasional,
kalbu dan pancaindera yang sihat.
2. Kesilapan dan kepalsuan serta kekeliruan aliran pemikiran pascamodenisme perlu
didedahkan berasaskan pandangan alam Islam.
3. Pembinaan identiti negara bangsa kekal berteraskan budaya Melayu dan Islam serta budaya
etnik lain.
4. Keutuhan identiti negara bangsa ini bermula daripada kepimpinan tertinggi sehingga akar
umbi dan melibatkan sistem sosial, ekonomi dan politik.
KESIMPULAN

• Aliran pemikiran modenisme merupakan ideologi yang meletakkan santifik dan rasional
semata-mata dalam menentukan hakikat kewujudan.
• Aliran pemikiran pacamodenisme meraikan pelbagai elemen yang berkait dengan diri
manusia bagi mencapai atau menentukan hakikat kewujudan.
• Elemen yang memberi kesan kepada aliran pemikiran manusia iaitu emosi, rohani dan
persekitaran.
• Aliran Relativisme meletakkan tidak wujud kebenaran mutlak.
• Aliran keagamaan meletakkan bahawa wujudnya kebenaran mutlak kerana agama itu
sifatnya dogmatik yang tidak boleh berubah.
• Kebenaran itu sifatnya mutlak secara rasionalnya kerana mana mungkin wujudnya
pertentangan pada satu kebenaran.
KESIMPULAN

• Aliran pemikiran pascamoden berakar umbi daripada penentangan golongan intelek Barat
terhadap kekuasaan gereja dan kelangsungan fahaman sekular moden.
• Aliran pemikiran ini bertentangan pula dengan aliran pemikiran moden dari aspek
epistemologi dan aksiologi.
• Aliran pemikiran ini menjadi satu ancaman kepada kesejahteraan peradaban manusia.
• Aliran ideologi begitu mempengaruhi kehidupan seseorang dan menjadi pegangan dalam
kehidupan dan menjadi panduan dalam membuat keputusan serta mencorakkan tindakan
dalam kehidupannya.
• Dari itu, ideologi yang ingin dipegang perlulah didasari dengan justifikasi yang kukuh
dan seiring dengan logik akal dan mempunyai unsur rohani dan emosi serta meraikan
nilai tempatan.
RUJUKAN

Dzulkifli Abdul Razak. (2019). Essay on Sejahtera: Concept, principle and practice. Gombak: IIUM
Publisher.
Wollf, Robert Paul. 1992. About Philosophy. New Jersey: Prentice Hall,Inc.
Dzulkifli Abdul Razak (2015). Nurturing a Balanced Person. Kuala Lumpur: ITBM.
Maritain.J.(2005). An Introduction to philosophy (E.I.Watkin,Trans.) New York: Rowman &
Littlefield Publishers.
Van Cleave, Matthew J. (2016). Introduction to Logic and Critical Thinking. Lansing Community
College.
Hales, Steven D. (2013). This is Philosophy. UK: John Wiley and Sons Inc.
Noor Hisham Md Nawi (Ed)(2021). Modul Falsafah Dan Isu Semasa. Penerbit Universiti Malaysia
Kelantan: Kota Bahru.
RUJUKAN

Graham Priest. (2000). Logic: a very short introduction. New York: Oxford University
Press.
Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika Dan Amalan Moral.
Penerbit Universiti Putra Malaysia: Serdang.
Nor Hanani Ismail, Rukhaiyah Abd. Wahab, Syahrina Abbdullah, Mohd Hazim Shah
Abdul Murad (Ed)(2021). Falsafah Dan Isu Semasa. Penerbit Universiti Utara Malaysia:
Sintok.
Mahadi Abu Hassan, Norliah Kudus, Ahmad Ridzwan, Shahrulanuar Mohamed (2021).
Modul Falsafah Dan Isu Semasa. Penerbit UTeM: Melaka.
Eow Boon Hin (2000). Pendidikan Moral. Pearson Education Malaysia: Petaling Jaya.
Nazaruddin Haji Mohd Jail, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Hj
Mohd Rashid. (2010). Malaysian Studies: Nationhood and Citizanship (Translated &
Adapted by Wong Fook Khoon). Petaling Jaya: Prentice Hall.
RUJUKAN

Adamson, Peter. (2016). What is metaphysics anyway? Access from


http://philosophynow.org/issues/117/What_is_Metaphysics_Anyway.
Taper, M.L., & Lele, S.R. (2010). The nature of scientific evidence: statistical, philosophical,
and empirical considerations. London: University of Chicago Press.
Malaysia. (2002). Federal Constitution. Petaling Jaya:International Law Book Services.
Wu Min Aun. (1999). The Malaysian Legal System (2nd edition). Petaling Jaya:Addison
Wesley Longman Malaysia.
John Funston (ed). (2001). Government and Politics in Southeast Asia. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies.
Hng Hung Yong. (1998). CEO Malaysia: Strategy in Nation-Building. Malaysia:Pelanduk
Publication.

Anda mungkin juga menyukai