Anda di halaman 1dari 40

BAB 8

DEKOLONISASI
ISI KANDUNGAN

1. MAKSUD KOLONISASI EPISTEMOLOGI UNIVERSITI DAN ILMU

2. PERSOALAN YANG PERLU DIPERTANYAKAN TERHADAP


KOLONISASI/HEGEMONI/DOMINASI EPISTEMOLOGI UNIVERSITI DAN ILMU
EROPAH BARAT
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bab ini pelajar akan dapat:

• Menjelaskan definisi, konsep dan sejarah kemunculan serta perkembangan dekolonisasi.


• Menghuraikan faktor-faktor utama yang menyebabkan kemunculan dan perkembangan
dekolonisasi.
Menjelaskan impak dekolonisasi dalam pelbagai bidang kehidupan manusia termasuk politik,
ekonomi, sosial dan pendidikan.
• Menghubungkaitkan dekolonisasi dengan bidang pengajian para pelajar khasnya bidang
pengkhususan masing-masing.
PENGENALAN

• Perbincangan akan menjelaskan tentang dekolonisasi merangkumi definisi dan konsep, sejarah
dan faktor-faktor kemunculan dan perkembangan dekolonisasi dan impak dekolonisasi dalam
pelbagai bidang kehidupan manusia.
Masyarakat tertakluk kepada penjajah sama ada dari aspek
fizikal, material, pemikiran dan intelektual Barat telah berjaya
KOLONISASI mempengaruhi dunia dan disebut sebagai kolonisasi Barat di
seluruh dunia.

DEKOLONISASI - Istilah derivatif dari kolonial.


- Membebaskan diri dari elemen penjajah.
- Pembebasan diri dari elemen penjajahan.
- Ini adalah kerana semasa penjajahan Barat, ketika itu
didedahkan dengan ilmu pemahaman modernisasi mengikut
acuan Barat.
DEFINISI

• Istilah dekolonisasi berkait rapat dengan istilah koloni dan kolonisasi. Koloni bererti tanah
jajahan manakala kolonisasi bermaksud proses menjadikan sesuatu wilayah sebagai koloni
(penjajahan).

• Dekolonisasi bererti proses membebaskan sesuatu wilayah daripada kuasa penjajah


(penyahjajahan).

• Dari sudut istilah, kolonisasi bermaksud suatu proses atau keadaan iaitu sistem kuasa berpusat
mendominasi tanah jajahan baharu yang berada di kawasan sekitarnya. Keadaan ini
menyebabkan subjek dominasi tersebut tertakluk kepada kuasa penjajah dalam pelbagai aspek
seperti fizikal, material, sosioekonomi, politik, pemikiran dan intelektual.

• Istilah dekolonisasi bersifat derivatif kepada istilah kolonisasi. Ia membawa maksud keadaan
atau proses pembebasan daripada cengkaman kuasa penjajah dari sudut fizikal, material,
politik, ekonomi, budaya, pemikiran dan intelektual.
DEFINISI

 Terdapat beberapa definisi lain mengenai dekolonisasi:

• Pengunduran kuasa penjajah dari tanah jajahan dan pemerolehan pembebasan dan
kemerdekaan politik dan ekonomi oleh penduduk di tanah jajahan.

• Suatu proses iaitu kuasa penjajah menyerahkan dominasi institusi dan perundangan di tanah
jajahan mereka kepada penduduk asal yang menjadi pemerintah negara bangsa secara
rasmi.

• Dekolonisasi dahulu difahami sebagai proses penyerahan instrumen kerajaan secara rasmi
kepada penduduk asal. Pada masa kini, ia dimaksudkan sebagai suatu proses jangka
panjang yang melibatkan pelupusan kuasa penjajah dalam aspek birokrasi, budaya, bahasa
dan psikologi.
DEFINISI

• Perbahasan mengenai dekolonisasi oleh sarjana seperti Albert Hourani (1915-1993), Syed
Hussein Alatas (1928-2007), Ali Shariati (1933-1977) & Edward Said (1935-2003) adalah
dekolonisasi yang dihubungkan dengan konsep lain seperti orientalisme, penjajahan intelektual
(intellectual imperialism), intelektual tanpa rumah (homeless intellectual) dan minda tertawan
(captive mind).

• Fokus utama mereka adalah mempromosi dekolonisasi intelektual daripada segala pakej
intelektual yang diimport dari Barat.

• Berdasarkan definisi istilah, dekolonisasi boleh dirumuskan sebagai suatu perubahan dalam
keadaan masyarakat daripada berada di bawah taklukan kuasa penjajahan kepada pemerolehan
kembali legitimasi ke atas tanah air, kemerdekaan ekonomi, politik dan sosiobudaya serta
pembebasan pemikiran dan intelektual daripada impak kolonisasi.
SEJARAH KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
DEKOLONISASI

• Istilah dekolonisasi diperkenalkan pada kurun ke-19 oleh seorang wartawan Perancis yang
menentang penjajahan Perancis ke atas Algeria.

• Kemudiannya, seorang saintis sosial berbangsa Yahudi dari Jerman, Moritz Julius Bonn
(1873-1965) yang terselamat daripada kezaliman Nazi mempopularkan istilah ini pada 1930-
an.

• Selepas Perang Dunia Kedua khususnya selepas tahun 1960. Kemunculan dan perkembangan
dekolonisasi dibahagi kepada tiga gelombang utama:
SEJARAH KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
DEKOLONISASI
1. Dekolonisasi Dunia Baharu (New World Decolonization)

• Bermula di Amerika tahun 1776 dengan tercetusnya penentangan penduduk Amerika Utara
terhadap penjajahan British. Kesannya terhasil pembentukan negara Amerika Syarikat pada 4
Julai 1776.
• Diikuti pemberontakan Hamba pada tahun 1791 di Saint-Domingue, tanah jajahan Perancis
yang membawa kepada pembentukan Haiti sebagai negara bebas pada 1 Januari 1804.
• Kemunculan siri-siri perjuangan kemerdekaan melalui peperangan melawan penjajah
Sepanyol dan Portugal. Tanah jajahan Portugal paling besar di benua Amerika Selatan adalah
Brazil yang merdeka pada 7 September 1822.
SEJARAH KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
DEKOLONISASI
2. Dekolonisasi Dunia Lama (Old World Colonization)
• Tercetus dengan berlakunya Perang Dunia Pertama pada 28
Julai 1914 hingga 11 November 1918.
• Empayar pertama yang runtuh adalah Rusia pada tahun 1918.
• Kejatuhan Empayar Tsar di Rusia pada 1917 membuka jalan kepada Revolusi
Bolshevik yang akhirnya membentuk Union of Soviet Socialist Republics (USSR)
pada 29 Disember 1922.
• Zaman tersebut juga berlakunya kejatuhan empayar Turki Uthmaniah tahun 1922 dan
membawa kemerdekaan negara taklukan seperti Romania dan Bulgaria.
SEJARAH KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
DEKOLONISASI
3. Dekolonisasi Dunia Ketiga (Third World Decolonization)
• Muncul pada pertengahan tahun 1940-an selepas tamat Perang Dunia Kedua.
• Terdiri daripada empat fasa utama:
I. Kemerdekaan tanah jajahan British seperti India, Pakistan, Sri Lanka dan Burma di
Asia Selatan dan Filipina di Asia Tenggara. Di Timur Tengah, Palestin, Syria, Lubnan
dan Jordan memperolehi kemerdekaan daripada British dan Perancis.
II. Bermula awal 1950-an dan berakhir 1960-an. Penjajahan Eropah berakhir di Asia (kecuali
Hong Kong), Afrika Utara dan sebahagian besar Caribbean.
III. Berlaku pada dekad 1970-an, kejatuhan kolonial Portugal di Afrika dan Timor Timur
(Timor Laste).
IV. Kejatuhan blok komunis Kesatuan Soviet pada 1990 dan muncul Orde Baharu
Dunia (New World Order) yang berbeza sama sekali dengan dekad-dekad kolonisasi
dan imperialisasi sebelum ini.
SEJARAH KEMUNCULAN DAN PERKEMBANGAN
DEKOLONISASI

• Terbentuk negara bangsa (nation state) baharu bernaung di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB), pemikiran dan kajian pascakolonial (postcolonial studies) mula muncul secara
tersusun selepas berakhir Perang Dingin dan globalisasi ekonomi pada dekad 1990-an.
• Pemikiran dan kajian pascakolonial mengangkat idea bahawa dominasi epistemologi dan
pemikiran Barat dicabar melalui wacana ilmiah hasil daripada pengalaman luas masyarakat
tempatan semasa era penjajahan.
• Usaha ini telah dikemukakan lebih awal oleh Mohandas Gandhi dan Rabindranath Tagore yang
mengkritik tamadun Barat sebagai terlalu materialistik. Penulis dari Kenya, Ngugi wa Thiong’o
menyeru masyarakat tempatan menolak budaya dan nilai barat melalui karya beliau
Decolonising the Mind tahun 1981. Beliau berhujah bahawa pembebasan psikologi masyarakat
tempatan bergantung sepenuhnya kepada penolakan mereka terhadap apa sahaja yang dianggap
superior daripada Barat.
FAKTOR-FAKTOR KEMUNCULAN
DEKOLONISASI

1. Perang Dunia Kedua di peringkat global di antara empayar dan kuasa besar dunia
menjadi pencetus utama dekolonisasi. Kuasa penjajah Eropah yang tewas seperti British
dan Perancis tidak lagi mempunyai kekayaan bagi membiayai aktiviti ekonomi dan
politik di tanah jajahan mereka.
2. Amerika Syarikat dan Soviet Union yang merupakan kuasa besar baharu selepas
Perang Dunia Kedua menentang idea kolonialisme Eropah. Ini membuka ruang luas
kepada negara-negara dunia ketiga untuk membangun dengan acuan sendiri. Contoh di
Afrika wujud kelompok kecil pemimpin yang mendapat pendidikan di Amerika Syarikat
mula berperanan dalam masyarakat ke arah dekolonisasi Afrika secara tersusun,
3. Di peringkat lokal, mobilisasi gerakan pembebasan dan kemerdekaan yang muncul di
wilayah jajahan kuasa besar tidak dapat dibendung. Gerakan antikolonial dan haluan kiri
mempercepatkan proses dekolonisasi daripada dominasi kuasa penjajah. Dekolonisasi
fizikal berlaku dalam dua bentuk iaitu perjuangan kekerasan dan perjuangan di meja
rundingan.
KESAN DEKOLONISASI KEPADA KEHIDUPAN
• Dekolonisasi telah membawa perubahan besar dalam sejarah dunia dari sudut geopolitik dan
ekonomi serta segenap aspek kehidupan manusia pada zaman ini.
• Dampak dekolonisasi kepada kehidupan dilihat dalam perspektif:

1. Sistem politik dan ekonomi.


• Sistem politik demokrasi muncul menggantikan sistem empayar dan monarki. Demokrasi
berkaitan dengan kebebasan bersuara, bebas memilih, sistem pilihan raya, hak asasi manusia
dan sebagainya. Sistem ekonomi kapitalis dan perdagangan terbuka menjadi amalan
kebanyakan negara membangun bagi memacu perkembangan ekonomi.

2. Sistem sosial
• Dekolonisasi berjaya merubah masyarakat daripada berpusatkan Barat (Eurocentric) kepada
berpusatkan nilai masyarakat setempat (local value-based centric). Kesannya dapat dilihat
melalui perkembangan sosiobudaya masyarakat tempatan yang mempunyai kerangka
tersendiri dan mengangkat tradisi serta norma tempatan yang bertentangan dengan nilai
budaya kolonial. Rakyat menjadi utama (main stakeholder) dalam sistem sosial
pascakolonial dan pembangunan sosial dijadikan agenda utama pembangunan negara.
KESAN DEKOLONISASI KEPADA KEHIDUPAN

3. Sistem Pendidikan
• Bidang yang paling terkesan dengan kolonisasi adalah sistem pendidikan. Walaupun
dekolonisasi telah berlaku hampir enam dekad lalu, namun sistem pendidikan kebanyakan
negara masih lagi berkiblatkan kerangka dan paradigma Barat.
• Pelbagai bentuk gerakan intelektual telah dan sedang diperjuangkan bagi mengembalikan
sistem pendidikan ke landasan epistemologi bertuhan melalui Islamisasi dan penerapan
peradaban timur terhadap ilmu serta integrasi ilmu.
• Kesedaran masyarakat semakin meningkat terhadap kesan sistem pendidikan acuan barat
yang bukan menghasilkan insan tetapi menghasilkan manusia tanpa roh untuk tujuan
aktiviti ekonomi kapitalis global.
• Cabaran dekolonisasi sistem pendidikan merupakan agenda jangka panjang yang perlu
disusun secara kolektif, bersepadu dan terancang.
DEKOLONISASI PEMIKIRAN DAN INTELEKTUAL

Proses dekolonisasi harus berlaku secara holistik dan komprehensif kerana kolonisasi telah
mempengaruhi aspek fizikal, pemikiran, budaya, nilai dan tatasusila tempatan.
• Saranan oleh Ali Shariati dan Syed Hussein Alatas mengenai pendekatan berkesan adalah
melalui penjajaran semula kaedah berfikir berdasarkan ilmu falsafah yang benar.
• Berdasarkan keperluan ini, pelajar didedahkan kepada kursus Falsafah dan Isu Semasa bagi
memberi gambaran menyeluruh dampak pemikiran falsafah Barat kepada pemikiran dan
intelektual masyarakat Timur.
• Contoh: Kebiasaannya pelajar akan membuat kajian dan eksperimen berpaksikan teori dan
konsep pemikiran ahli falsafah Barat seperti Roger Bacon dan Rene Descartes. Secara tidak
sedar, pelajar telah dipasak dengan nilai-nilai dan pemikiran santifik Barat. Sekiranya pelajar
tidak mempunyai kemahiran pemikiran falsafah seperti radikal, kritikal dan analitikal, maka
nilai dan budaya tersebut dianggap normal dan boleh diterima.
• Dekolonisasi pemikiran dan intelektual hanya akan berlaku jika kemahiran berfikir secara
falsafah dibentuk, dibina dan dipergiatkan serta diperjuangkan dalam kalangan komuniti
akademik termasuk para pelajar di institusi pengajian tinggi.
PEMBEBASAN DARI PENGARUH KOLONIAL

Pemikiran Falsafah mengikut • Pengaruh asing memusnahkan alam


acuan sendiri tanpa pengaruh sekitar (ekologi dan ekosistem).
asing. • Pemikiran Barat tidak mengambil kira
kearifan tempatan.

• Mengubah konsep pembangunan kepada


sustainable development yang lebih
seimbang, tidak hanya melihat kepada
Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK) tanpa melihat kesan kepada
alam sekitar.
• Menggunakan daya intektual kita sendiri
dengan acuan dan corak kita sendiri.
PEMIKIRAN TOKOH FALSAFAH BARAT

1. Pemikiran Francis Bacon

 Banyak mengambil idea dari pemikiran Aristotle dengan menggunakan pendekatan


empirikal dan induktif yang dikenali sebagai kaedah saintifik sebagai asas
penyelidikan saintifik moden.

 Bacon telah mengubah persepsi tentang ilmu khususnya ilmu sains dan mengatakan
bahawa ilmu seharusnya bukan sahaja memberikan kita kefahaman tentang alam tabii
tetapi harus membuahkan hasil yang menyumbang kepada kesejahteraan hidup
manusia seperti menghasilkan teknologi baru.

 Bacon membawa satu aliran pemikiran baru tentang alam dengan membawa sikap
baru tentang hubungan alam dengan manusia.
PEMIKIRAN TOKOH FALSAFAH BARAT

 Mengikut Bacon, terdapat hubungan yang bertentangan antara manusia dan alam.
Dalam pertentangan ini, manusia sering tewas dan dikuasai oleh alam.

 Contoh: bencana alam seperti gempa bumi dan banjir yang semuanya memusnahkan
kehidupan manusia kerana manusia gagal menangani masalah-masalah yang timbul
oleh bencana alam ini.

 Oleh yang demikian, bagi mengatasi masalah ini dengan melihat kelebihan kepada
manusia, manusia harus menakluki dan menguasai alam melalui ilmu sains dan
teknologi.

 Bacon membawa satu pendekatan di mana teknologi boleh memudahkan kehidupan


manusia.
PEMIKIRAN TOKOH FALSAFAH BARAT
 Maka Bacon telah membawa satu aliran baru terhadap konsep ilmu dan tujuan ilmu
iaitu ke arah yang lebih praktikal yang membawa kesan dari segi pembangunan
teknologi yang dapat mengubah kehidupan manusia kepada yang lebih baik dan
selesa.

 Ini kerana penghasilan alat teknologi membantu kehidupan manusia.

 Manusia boleh berinteraksi dengan alam melalui teknologi.

 Buku “The New Atlantis” mengambarkan satu institusi penyelidikan yang bernama
House of Solomon di mana tempat ini dijadikan institusi penyelidikan saintifik yang
menghasilkan teknologi yang boleh menyelesaikan masalah kehidupan manusia.

 Contoh: Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam bidang agrotani yang boleh
mengatasi masalah kekurangan hasil tanaman, kebuluran dan tumbuhan yang lebih
berkualiti dari aspek khasiat dan hasil.
PEMIKIRAN TOKOH FALSAFAH BARAT
2. Pemikiran Rene Descartes

 Ahli falsafah dari Perancis dan disebut “Bapa Falsafah Moden” dan
bertangggungjawab terhadap peningkatan perhatian yang diberikan kepada
‘Epistemologi’ pada abad ke 17.

 Elemen falsafah Descartes merujuk kepada realiti asas yang wujud iaitu:
1. Res Cogitans (Minda Manusia)
2. Res Extensa (Jasad/Fizikal)

 Melalui konsep pemikiran ini, Descartes telah memisahkan aspek jasad manusia dan
minda manusia iaitu aspek kerohanian dan ini menimbulkan masalah falsafah yang
dikenali sebagai “The Mind-Body Problem”.
PEMIKIRAN TOKOH FALSAFAH BARAT

The Mind-Body Problem

 Sukar difahami hubungan di antara jasad dan minda dalam diri manusia dan kedua-
duanya adalah terpisah dan bertindak secara berasingan.

 Antara kesan memisahkan minda dan kerohaniaan manusia menyebabkan manusia


menganggap alam ini sebagai alam yang mati, pemikiran falsafah mekanikal mula
wujud dan alam dianggap untuk eksploitasi semata-mata.

 Terbentuk fahaman bahawa alam itu mati seperti manusia yang mati serta boleh
diperlakukan sesuka hati; alam itu neutral oleh itu berhubung dengan alam juga
berubah kerana mengganggap alam tidak bernyawa serta menganggap alam sebagai
mesin yang besar (gigantic machine).
PERKAITAN PEMIKIRAN TOKOH FALSAFAH
BARAT DAN PEMIKIRAN KOLONIAL

 Dasar kolonisasi oleh penjajah dan teori falsafah yang dikemukakan oleh Barat mempunyai
kesan yang mendalam kepada setiap bangsa yang dijajah.

 Terdapat persamaan dan hubung kait antara pemikiran ahli falsafah Barat dan pemikir para
penjajah terhadap masyarakat dan negara yang dijajah iaitu:

i. Pemikiran Modenisme
ii. Pemikiran The Mind Body Problem
iii. Penguasaan dan implikasi sehingga kemusnahan alam sekitar
PEMIKIRAN MODENISME

• Konsep yang dibawa untuk membenarkan aktiviti dan kegiatan yang penjajah telah lakukan.

• Penjajah menganggap banyak masyarakat dunia masih hidup dalam keadaan mundur dan
primitif, jadi memperkenalkan konsep kehidupan moden adalah dianggap sesuai tanpa
mengambil kira kesan terhadap kehidupan manusia.

• Pemikiran modeniti secara rakus membenarkan penindasan terhadap alam sekitar demi
keuntungan pihak tertentu tanpa melihat kesannya pada masa depan.

• Justeru itu, pemikiran ini tidak boleh diterima dalam konteks kehidupan masyarakat Malaysia
pada hari ini.
EMPAT UNSUR DALAM MODENISME
1 Subjekif dan relatif Pengakuan pada kekuatan-kekuatan rasional dalam
menyelesaikan masalah kehidupan.

2 Subjektif, kritis ataupun Kemampuan menyingkirkan ikatan kepercayaan dan


reflektif membebaskan diri daripada tradisi serta sejarah.

3 Kesedaran sejarah • Waktu berlakunya secara linear, unik, tidak berulang dengan
dimunculkan oleh subjek masa kini sebagai sumber sejarah.
• Oleh itu, modenisme memiliki kata-kata kunci seperti
revolusi, evolusi, transformasi serta progresif.
• Dengan kata lain, aliran modenisme mendukung prinsip
rasional, kemajuan dan pembaharuan.

4 Universal Elemen-elemen moden yang bersifat normatif bagi masyarakat


yang melangsungkan proses perubahan.
PEMIKIRAN ‘THE MIND-BODY PROBLEM’

• Satu pemikiran yang memisahkan minda dan elemen kerohaniaan manusia.

• Anggapan bahawa minda adalah berbeza dari roh manusia iaitu suatu yang terpisah dan
tidak memberi erti kepada manusia.

• Minda manusia yang terpisah dari aspek kerohanian dan dari jasad membenarkan
perlakuan manusia yang rakus sama ada kepada diri mahu pun alam sekitar.

• Sedangkan minda dan roh manusia sentiasa berinteraksi antara satu sama lain demi
keharmonian kehidupan manusia itu sendiri serta mempunyai kaitan dengan jasad.
PENGUASAAN DAN IMPLIKASI SEHINGGA
KEMUSNAHAN ALAM SEKITAR

• Ahli falsafah Barat dan penjajah membawa fahaman mereka sehingga menyebabkan
kemusnahan alam sekitar.

• Pemikiran Barat dan kolonial membenarkan alam diterokai dengan semaksimum kerana
menganggap alam sekitar suatu yang mati dan tidak perlu diurus dengan baik.

• Oleh yang demikian, manusia ketika itu tidak menjaga keharmonian alam sekitar sehinggakan
alam sekitar dieksploitasi secara rakus dengan tidak rasa bersalah.

• Justeru itu, pemikiran ini tidak sewajarnya diterima dalam kehidupan manusia
DEFINISI MODENITI

• Istilah modeniti - “Sebagai proses perubahan dalam struktur sosial dan sistem sosial melalui
peningkatan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi; sebagai pergerakan perubahan
daripada masyarakat tradisional yang berpegang kepada agama, sihir dan tahyul kepada
masyarakat moden dan pasca moden yang bebas daripada perkiraan agama dan norma tradisi;
sebagai proses perubahan dalam ikatan perhubungan antara individu dan masyarakat; sebagai
proses pergerakan, perbezaan, perindustrian dan sekularisasi; sebagai proses ke arah
peningkatan ekonomi, kestabilan demokrasi dan ekonomi kapitalis.”

• Pengertian modeniti boleh dinyatakan sebagai sesuatu yang bersifat kini atau yang baharu.

• Sesuatu yang baharu selalunya dikaitkan dengan perubahan, di mana perubahan tertakluk kepada
apa yang selama ini ada dan kemudian ia mungkin diganti dengan yang lain, sebagai suatu
tindakan pengubahsuaian.

• Signifikasi kepentingan modeniti adalah perkaitannnya dengan projek pembinaan tamadun.


MODENITI DARI SUDUT FALSAFAH

Alan Touraine

 Modeniti

1. Telah memusnahkan alam yang suci di mana alam ini adalah bersifat neutral dan
mempunyai aspek ketuhanan, sangat luhur kerana penciptaannya mempunyai makna
tersembunyi.

2. Sebagai sains yang melebihi Tuhan sedangkan aspek kuasa lebih tertumpu kepada
manusia dengan menurunkan kepercayaan agama dalam kehidupan mereka.

3. Dikaitkan dengan pemikiran rasional yang dilihat sebagai suatu prinsip asas di sebalik
fahaman sekular.
MODENITI DARI SUDUT FALSAFAH

Glassman (1991)

• DUA proses sebagai kunci untuk memahami modeniti

1. Proses kejatuhan pandangan alam terhadap agama dan kebangkitan pandangan rasional
saintifik dengan disertai perubahan terhadap gaya hidup personal.

2. Kejatuhan autoriti tradisional dan kebangkitan autoriti rasional dengan pentadbiran biroksi
yang menghasilkan pembangunan yang sangat besar dalam birokrasi kerajaan, ekonomi dan
sektor perkhidmatan.
KESAN PEMIKIRAN MODENITI KEPADA
MASYARAKAT

• Pemikiran Rasional

1. Cabang pemikiran yang berasaskan kepercayaan falsafah bahawa tidak ada autoriti yang
lebih tinggi sebagai sumber ilmu pengetahuan dan segala-galanya mampu diterangkan
oleh akal fikiran dalam suatu sistem rasional tanpa pertolongan wahyu.

2. Pendekatan menggunakan akal semata-mata telah menolak konsep agama, mitos dan
metafizik sebagai sumber ilmu pengetahuan serta menggantikannya dengan keupayaan
intelek manusia sebagai pembentuk ilmu.
KESAN PEMIKIRAN MODENITI KEPADA
MASYARAKAT

• Pemikiran Sekular

1. Pembangunan sesebuah peradaban berasaskan kepada pencapaian intelektual dan ilmu


pengetahuan.

2. Ilmu dibahagikan kepada dua iaitu ilmu wahyu (agama) dan ilmu sains (keduniaan).

3. Ilmu boleh menjadi sekular sekiranya hilang ciri keagamaan dan kesepaduan yang
dianugerahkan oleh wahyu.

4. Ciri-ciri keagamaan dan kesepaduan telah hilang beransur-ansur menerusi kegiatan


keilmuan yang berlangsung pada zaman Renaissance dan zaman Pencerahan.
KESAN PEMIKIRAN MODENITI KEPADA
MASYARAKAT

• Pemikiran Liberal
1. Satu bentuk pemikiran untuk meningkatkan kebebasan dalam tindakan individu.

2. Pemikiran liberal dari aspek modeniti mempunyai hubung kait dengan peranan golongan
zaman Renaissance.

• Mengutamakan Kemajuan Sains


1. Sejarah perkembangan revolusi saintifik dengan kemajuan ilmu sains yang dipraktiskan
oleh masyarakat ketika itu.

2. Wujud golongan yang sangat teruja dengan revolusi sains yang berlaku sehingga
mengenepikan elemen ketuhanan dalam diri manusia.
KESAN PEMIKIRAN MODENITI KEPADA
MASYARAKAT
• Penekanan kepada pembangunan ekonomi

Toffler (1980)

 Kesan daripada kemajuan pembangunan ekonomi terhadap masyarakat moden dibahagikan


kepada 3 peringkat :

1. Gelombang Pertama (The First Wave) –tahap kemajuan manusia dalam sistem ekonomi
melalui kegiatan pertanian.
2. Gelombang Kedua (The Second Wave) –pencapaian dalam ekonomi perindustrian.
3. Gelombang Ketiga (The Third Wave) – zaman kemajuan ekonomi dan kepesatan hidup masa
kini.
 Prinsip kapitalis, sosialis dan komunis – prinsip Kapitalis paling dominan dalam kehidupan
golongan modeniti.
DEKOLONISASI: MEMBEBASKAN KOLONIAL DALAM
DIRI MASYARAKAT PEMIKIRAN FALSAFAH
MENGIKUT ACUAN MALAYSIA SENDIRI
• Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada pelbagai etnik.

• Semasa penjajahan British, ramai orang Cina dan India datang untuk bekerja di lombong atau estet
dan ini menjadikan Malaysia sebuah masyarakat majmuk.

• Hubungan ini perlu dieratkan dan disempurnakan dengan satu arah tujuan dan matlamat yang sama
demi negara Malaysia.

• Dekolonisasi merupakan satu kaedah untuk membebaskan diri dari pengaruh kolonial atau
penjajahan dan memberi ruang dan peluang untuk mencipta kehidupan kita sendiri tanpa mengikut
acuan Barat.
DEKOLONISASI: MEMBEBASKAN KOLONIAL DALAM
DIRI MASYARAKAT PEMIKIRAN FALSAFAH
MENGIKUT ACUAN MALAYSIA SENDIRI

• British telah memerintah Malaysia dalam tempoh panjang dan meninggalkan legasi
pemerintahan mereka termasuk sistem pendidikan, perundangan, budaya dan cara
kehidupan mengikut acuan Barat.

• Kerajaan sedar bahawa perlunya membebaskan diri masyarakat dari pengaruh kolonial
dalam diri masyarakat melalui pembangunan pemikiran falsafah dalam diri masyarakat
bersesuaian dengan keadaan penduduk tempatan.

• Pemikiran dari falsafah barat seperti Francis Bacon dan Descartes tidak sesuai dengan
konteks masyarakat Malaysia kerana falsafah mereka lebih menyumbang kepada
kemusnahan alam semulajadi.
KESIMPULAN

• Topik ini menjelaskan kepada pelajar mengenai dekolonisasi dan impaknya terhadap
kehidupan manusia khasnya dalam aspek kerangka pemikiran dan paradigma
intelektual.

• Ia bagi melahirkan pelajar yang mempunyai asas pemikiran falsafah yang tepat
melalui analisis pensejarahan yang kritikal

• Asas pemikiran falsafah yang tepat dibantu dengan kaedah berfikir yang murni dan
suluhan cahaya ketuhanan akan mampu membuka jendela intelektual yang kritis,
analitikal dan responsif dalam mencari serta mempertahankan kebenaran.
RUJUKAN

Dzulkifli Abdul Razak. (2019). Essay on Sejahtera: Concept, principle and practice. Gombak: IIUM
Publisher.
Wollf, Robert Paul. 1992. About Philosophy. New Jersey: Prentice Hall,Inc.
Dzulkifli Abdul Razak (2015). Nurturing a Balanced Person. Kuala Lumpur: ITBM.
Maritain.J.(2005). An Introduction to philosophy (E.I.Watkin,Trans.) New York: Rowman &
Littlefield Publishers.
Van Cleave, Matthew J. (2016). Introduction to Logic and Critical Thinking. Lansing Community
College.
Hales, Steven D. (2013). This is Philosophy. UK: John Wiley and Sons Inc.
Noor Hisham Md Nawi (Ed)(2021). Modul Falsafah Dan Isu Semasa. Penerbit Universiti Malaysia
Kelantan: Kota Bahru.
RUJUKAN

Graham Priest. (2000). Logic: a very short introduction. New York: Oxford University
Press.
Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika Dan Amalan Moral.
Penerbit Universiti Putra Malaysia: Serdang.
Nor Hanani Ismail, Rukhaiyah Abd. Wahab, Syahrina Abbdullah, Mohd Hazim Shah
Abdul Murad (Ed)(2021). Falsafah Dan Isu Semasa. Penerbit Universiti Utara Malaysia:
Sintok.
Mahadi Abu Hassan, Norliah Kudus, Ahmad Ridzwan, Shahrulanuar Mohamed (2021).
Modul Falsafah Dan Isu Semasa. Penerbit UTeM: Melaka.
Eow Boon Hin (2000). Pendidikan Moral. Pearson Education Malaysia: Petaling Jaya.
Nazaruddin Haji Mohd Jail, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Hj
Mohd Rashid. (2010). Malaysian Studies: Nationhood and Citizanship (Translated &
Adapted by Wong Fook Khoon). Petaling Jaya: Prentice Hall.
RUJUKAN

Adamson, Peter. (2016). What is metaphysics anyway? Access from


http://philosophynow.org/issues/117/What_is_Metaphysics_Anyway.
Taper, M.L., & Lele, S.R. (2010). The nature of scientific evidence: statistical, philosophical,
and empirical considerations. London: University of Chicago Press.
Malaysia. (2002). Federal Constitution. Petaling Jaya:International Law Book Services.
Wu Min Aun. (1999). The Malaysian Legal System (2nd edition). Petaling Jaya:Addison
Wesley Longman Malaysia.
John Funston (ed). (2001). Government and Politics in Southeast Asia. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies.
Hng Hung Yong. (1998). CEO Malaysia: Strategy in Nation-Building. Malaysia:Pelanduk
Publication.

Anda mungkin juga menyukai