Anda di halaman 1dari 40

BAB 1

PENGENALAN ILMU FALSAFAH


ISI KANDUNGAN

1. PENGENALAN KEPADA ILMU FALSAFAH


2. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
3. RUKUN NEGARA
4. FALSAFAH SEJAHTERA SEBAGAI PENTAKSIRAN RUKUN NEGARA
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran, pelajar dapat:


1. Menjelaskan definisi, makna, konsep, tujuan dan sejarah perkembangan ilmu
falsafah.
2. Menjelaskan peranan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) sebagai wahana atau
medium penyediaan rakyat Malaysia mendepani cabaran global abad ke 21.
3. Menghuraikan kedudukan dan peranan Rukun Negara sebagai rukun-rukun atau
tiang-tiang negara pada tahap ‘makro’ yang didirikan di atas dasar-dasar atau dasar
Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai “micro”.
4. Menganalisis hubungan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Rukun Negara
dalam Wawasan Falsafah Sejahtera dengan menggunakan pendekatan ilmu falsafah.
DEFINISI FALSAFAH

Dari Sudut Bahasa:


• FALSAFAH = PHILOSOPHY
• GREEK => PHILOSOPHIA
• PHILEO => CINTA (LOVE)
• SOPHIA => HIKMAH (WISDOM)

• => LOVE OF WISDOM


(CINTAKAN KEBIJAKSANAAN)
DEFINISI FALSAFAH

Dari Sudut Istilah:


• Dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain.
• Suatu penilaian kehidupan yang bersifat sistematik dan logik.
• Berbentuk abstrak kerana falsafah - suatu kaedah bagi mengkaji perkara-perkara yang
berkaitan dengan konsep bagi menentukan kebenaran.
• Penyelidikan mengenai ilmu dan bagaimana mendapatkan ilmu dan hikmah dalam
memahami alam semesta dan manusia.
• Mampu untuk merungkai segala pertanyaan.
DEFINISI FALSAFAH

“Falsafah boleh ditakrifkan sebagai satu penyelidikan/pengajian dan ilmu yang


berasaskan renungan (reflective) dan pentaakulan (reasoning) untuk merumuskan
sifat, hakikat dan kandungan alam wujud/semesta yang dilihat secara keseluruhan
sebagai suatu kesatuan, berdasarkan penelitian dan pengkajian terhadap data dan
fakta yang diambil daripada semua aspek alam wujud/semesta”
(B.A.G. Fuller, A History of Philosophy, 1955:1)

Ilmu falsafah - seperti juga ilmu-ilmu yang lain, dianggap sebagai suatu bidang
penyelidikan dan kajian yang mempunyai kaedah, matlamat, asas dan bahan kajian
daripada semua aspek alam semesta hasil daripada kajian tentang pelbagai bidang
ilmu sains.
PENGERTIAN ‘FALSAFAH’
KONSEP FALSAFAH
OLEH TOKOH-TOKOH ISLAM
YANG TERKENAL:
1. Satu ilmu pengetahuan mengenai alam semesta “Falsafah mengkaji kewujudan
yang wujud dan bertujuan menyelidiki hakikatnya manusia, hubungan antara
yang sebenar. (Al-Farabi, 870-950) manusia…
dari perspektif sains kognitif, sains
tulen diibaratkan sebagai
2. Corak pemikiran secara mendalam, sistematik, pepohon,
radikal dan universal dalam kerangka mencari manakala falsafah diumpamakan seperti
kebenaran. (Sidi Gazalba, 1978) tanah di mana pepohon tumbuh
dengan suburnya…”
3. Berbentuk penyelidikan berhubung alam wujud dan
memandangnya sebagai jalan menemui Maha (terjemahan)- Ayn Rand,
Pencipta. (Ibnu Rusyd, 1126-1198) Philosophy, Who Needsit
(m/s 2)
SKOP FALSAFAH
Falsafah - ilmu yang menyelidik segala sesuatu dengan terperinci dan mendalam
tentang sebab terjadinya sesuatu peristiwa hingga sebab terakhir dan fokus falsafah
ialah ketuhanan, alam semesta dan manusia.

• Tabii alam semesta (umum dan unsur-unsur makhluk)


• Tabii Tuhan (hubungan manusia dengan Tuhan)
• Kedudukan manusia dalam Alam Semesta
• Manusia dan negara
• Manusia dan Pendidikan (ilmu tabii, epistemologi)
• Konsep jahat dan baik (moral, akhlak, adab dan etik)
• Nasib dan ikhtiar (qada’ dan qadar)
• Roh/nyawa dan kematian
• Minda dan jirim
• Idea dan pemikiran
CIRI-CIRI BERFIKIR SECARA FALSAFAH

1 Berfikir secara radikal Corak pemikiran secara mendalam hingga ke


akar umbinya atau asal-usulnya dan
hakikatnya.
2 Berfikir secara universal Berlandaskan pengalaman manusia secara
umum (common experience of mankind) dan
bukannya secara khusus dan terbatas seperti
dalam disiplin ilmu tertentu.
3 Berfikir secara integral Gaya pemikiran yang berpadu secara lengkap
terhadap bahagian masing-masing yang ada.
KEPENTINGAN ILMU FALSAFAH

• Falsafah adalah satu disiplin ilmu yang sangat penting untuk dipelajari dan dikuasai
oleh seseorang individu kerana:
i. Dapat membina objektif dan matlamat yang jelas dalam kehidupan manusia.
ii. Membolehkan minda manusia berfikir secara betul, jelas dan sedar ke mana arah
tuju yang hendak dibawa dalam kehidupan.
iii. Seiring dengan seruan agama yang menuntut manusia untuk berfikir, menyelidik
dan menjalankan kajian di alam ini. Corak pemikiran dan tindakan seumpama ini
dipercayai boleh membantu manusia meneroka pelbagai bidang ilmu pengetahuan
baru yang masih belum diketahui.
FALSAFAH DAN PEMBINAAN NEGARA

• Matlamat utama sesebuah negara yang wujud dalam dunia hari ini adalah
membina sebuah negara bangsa beridentiti tersendiri.
• Proses pembinaan negara bangsa haruslah berdasarkan kepada pelbagai saluran
seperti politik, ekonomi, sosial dan pendidikan.
• Bidang ini merupakan wahana utama mencapai perpaduan nasional dan mencorak
pembentukan negara bangsa.
• Falsafah pembinaan negara bangsa dikaitkan dengan keadaan, situasi dan budaya
masyarakat yang menjurus kepada sesuatu lokasi dan daerah geografi tertentu.
• Secara umum, falsafah tertumpu kepada sesuatu konteks yang khusus dalam
pemikiran sesebuah budaya masyarakat dan negara yang bertepatan dengan realiti
kehidupan hari ini.
FAHAMAN FALSAFAH PADA ZAMAN GREEK

• Socrates (469-399 SM) – Falsafah adalah satu kajian mengenai alam tabii secara
teori bertujuan mengenal diri sendiri. Mengikut Socrates, untuk menjadi seorang
manusia yang benar, setiap lelaki dan wanita mesti mengawal kehidupan dan
keyakinan mereka dalam menguji keupayaan atau kemampuan kita sendiri. Melalui
proses tersebut, kebahagian kita sendiri dapat dicapai. Kebenaran ada pada setiap
individu dan setiap antara kita semua, ada prinsipnya yang tersendiri bagaimana
untuk berfikir dan bertindak.

• Plato (427-347 SM) -Falsafah ialah kajian terhadap sesuatu yang benar, baik, cantik
dan pengetahuan segala yang ada. Plato menganggap falsafah sebagai kajian
berkenaan perkara-perkara abadi bagi mengharmonikan kepercayaan mistik atau
agama dengan menggunakan akal fikirannya.
FAHAMAN FALSAFAH PADA ZAMAN GREEK

• Aristotle (384-322 SM) – Falsafah ialah menyelidiki sebab dan asas segala benda.
Beliau percaya setiap benda ada tujuannya. Pengalaman merupakan dunia yang
nyata dan ilmu benar terdiri daripada pengetahuan kita yang mengetahui sebab-
sebab kepada sesuatu benda atau kejadian.

• Antisthenes (sekitar 406 SM) – Etika ialah bahagian penting dalam falsafah.

• Xeno-krates (396-314 SM) - Dialetik, fizik dan etika dianggap sebagai falsafah.

• Stoik (kurun ke-3 M) & Epikuros (341-217 SM) - Falsafah ialah ilmu
kemanusiaan yang berasaskan Hedonisme (yang baik itu perkara yang
menyeronokkan).
FAHAMAN FALSAFAH PADA ABAD KE 20

• Peirce (1839-1914) – Asas falsafah ialah mantik.


• Wundt (1832-1920) –Asas falsafah ialah keinsafan.
• Windelbard (1848-1895) –Falsafah ialah ilmu yang membicarakan tentang nilai, etika
dan estetika.
• Lipps (1851-1914)- Falsafah dianggap sebagai sains pengalaman dalaman dan ia
menjadi asas psikologi, mantik, etika, estetik dan metafizik.
• Creighton (1861-1924)- Falsafah ialah sejarah pemikiran, ilmu kemanusiaan dan
kerohanian.
• Jasper (1883-1969)- Falsafah ialah ‘orientasi alam’, bidang yang menunjukkan
batasan sains, menjelaskan kewujudan melalui pancaindera manusia dan
pengalamannya.
FAHAMAN FALSAFAH PADA ERA PASCAMODENIS

• Timbul aliran yang menolak semua dakwaan terhadap kebenaran pemikiran metafizik,
menyerang kerasionalan, menyamakan sistem taakulan dengan sistem pujukan dan
logik dengan retorik.
• Menghapuskan perbezaan antara kebenaran dengan kepalsuan, isi dengan kulit,
rasional dengan tidak rasional, meruntuhkan humanisme dan menyamakan
humanisme dengan metafizik bagi meruntuhkan metafizik.
• Kemunculan benda baharu dengan menggantikan dengan yang lebih baharu amat
pantas dan tidak berhenti-henti sehingga tidak menggalakkan daya penghasilan yang
dianggap sebagai pembentuk kehidupan moden -> kritikan terhadap kebenaran dan
kewujudan Tuhan
• Ahli falsafah terkenal : Friedrich Nietzche (1844-1900) ,Martin Heideger (1889-
1976)
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FDK)

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”
TUMPUAN ASAS DALAM FDK

• FPK berhasrat untuk memupuk insan seimbang dan harmonis melalui kesepaduan ilmu
dan pendidikan secara berterusan.
• Kesepaduan serta keseimbangan harmonis tersebut merujuk kepada 4 aspek utama iaitu
JERI - (1) Jasmani, (2) Emosi (3) Rohani dan (4) Intelek
• Asas utama kesepaduan JERI untuk melahirkan insan seimbang dan harmonis adalah
berpaksikan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
• Hasil daripada ini akan memperlihatkan keberadaan ‘kesejahteraan diri’ bagi setiap
individu melalui sistem pendidikan Malaysia.
• Kesudahannya, individu terbabit berupaya menyumbang kepada keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
KOMPONEN PDK

• JASMANI (Tindakan – Amalan dan Perlakuan)


• EMOSI (Nilai, Jiwa dan Perasaan)
• ROHANI (Kepercayaan, Keyakinan dan Akhlak)
• INTELEK (Ilmu, Pemikiran dan Pengetahuan)
MATLAMAT FDK DARI ASPEK PEMBANGUNAN
INDIVIDU MANUSIA DALAM KONTEKS
NEGARA BANGSA MALAYSIA
Matlamat PDK
1. Percaya dan patuh kepada Tuhan
2. Berakhlak mulia
3. Berilmu pengetahuan
4. Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum
5. Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara
6. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu
SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

• Rukun Negara - ideologi kebangsaan Malaysia.


• Dibentuk oleh MAGERAN (Majlis Gerakan Negara) – (pemikir dalam merangka perpaduan
negara) pada 31 Ogos 1970, setahun setelah berlakunya tragedi/rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang
menjejaskan perpaduan dan keamanan negara.
• Digubal sebagai dasar, etika, falsafah negara dan pendekatan baru ke arah mewujudkan sebuah
negara bangsa yang stabil.
• Bermatlamat utama membina perpaduan dan keharmonian yang kukuh dengan prinsip-prinsip
yang mendasari asas perpaduan antara etnik demi mencapai keamanan dan kemakmuran negara.
• Asas yang perlu difahami bagi menjadi seorang warganegara yang baik.
• Membina kejatian diri rakyat Malaysia yang saling hormat-menghormati dan bersatu padu.
SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

• Dibentuk oleh pimpinan Malaysia untuk mengatasi segala perbezaan yang terdapat
dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini.
• Unsur-unsur yang terkandung dalam Rukun Negara adalah bersifat umum dan tidak
menampakkan hak milik sesuatu etnik.
• Mampu menerapkan amalan menghormati undang-undang dan masyarakat pelbagai
agama serta budaya
• Membina lingkaran yang luas, sehingga pada titik akhirnya dapat mengatur kelakuan,
mengendalikan, dan memberi arah kepada kelakuan dan perbuatan yang sebenarnya
bercirikan Malaysia.
DUA BAHAGIAN RUKUN NEGARA
• Bahagian Pertama Bahagian Kedua
• Menggariskan objektif masyarakat • Ikrar yang menggariskan Lima
Malaysia yang mahu dibentuk:
Prinsip Rukun Negara yang
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam berikut:
kalangan seluruh masyarakat,
Memelihara satu cara hidup demokratik,  Kepercayaan Kepada Tuhan
Mencipta satu masyarakat yang adil di  Kesetiaan Kepada Raja dan
mana kemakmuran negara dapat Negara
dinikmati bersama secara adil dan
saksama,  Keluhuran Perlembagaan
Membentuk satu sikap yang liberal terhadap  Kedaulatan Undang-undang
tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-  Kesopanan dan Kesusilaan
bagai corak, dan
Membina sebuah masyarakat progresif
yang akan menggunakan sains dan
teknologi moden.
PRINSIP RUKUN NEGARA

• Lima prinsip Rukun Negara dibentuk berdasarkan acuan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum dan agama bagi memperkukuhkan perpaduan kaum.

“Rahsia kesempurnaan Rukun Negara, ialah pada amalannya. Tanpa amalan Rukun
Negara akan menjadi secebis dokumen yang tidak mempunyai makna.”

“…adalah mustahak Rukun Negara bukan sahaja difahami oleh setiap rakyat, tetapi juga
diamalkan dengan sepenuhnya dan segala nikmat- nikmat yang terkandung di sebalik
tiap-tiap perkataan dan kalimat Rukun Negara itu benar-benar menjadi darah daging.”

(Tun Abdul Razak)


OBJEKTIF KEMPEN PENGHAYATAN RUKUN
NEGARA
1 Melahirkan masyarakat Malaysia yang berjiwa patriotik dan bersatu padu dalam
membina negara dan bangsa melalui penghayatan dan pengamalan Rukun
Negara.
2 Memberi pendedahan secara berterusan berkenaan pentingnya Rukun Negara
sebagai tonggak atau asas perpaduan rakyat Malaysia berbilang kaum.

3 Meningkatkan pemahaman, kesedaran dan penghayatan rakyat pada prinsip-


prinsip Rukun Negara sebagai teras dan landasan kehidupan dalam membentuk
jati diri rakyat serta melahirkan masyarakat Malaysia yang sejahtera dalam aspek
jasmani, emosi, rohani dan intektual.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

• Agama dijadikan pegangan utama rakyat Malaysia kerana ketiadaan agama boleh
meruntuhkan keperibadian seseorang, bangsa dan negara.
• Pegangan yang kukuh terhadap agama dapat menahan seseorang itu daripada melakukan
jenayah dan juga kejahatan.
• Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi
Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan
aman.
• Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran
agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun
Negara.
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

• Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan


dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara dan sistem
beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri
yang tidak beraja.
• Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat.
• Maka setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas
kepada Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong.
• Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada
Yang di-Pertuan Agong.
KELUHURAN PERLEMBAGAAN

• Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi


dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
• mempertahankan
• Perlembagaan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.
• Perlembagaan
• Fungsinya untuk memberi perlindungan
Negara adalah sumberkepada setiap rakyat
perundangan yang negara ini akan hak dan
tertinggi.
keistimewaan mereka sebagai warganegara.
• Fungsinya
• Setiap untukMalaysia
warga negara memberidikehendaki
perlindungan kepada setiap
menghormati, rakyat serta
menghargai, negara ini
memahami
akandan
maksud hakkandungan
dan keistimewaan
serta latarmereka
belakangsebagai
sejarah warganegara.
pembentukan Perlembagaan Negara.
• Ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu oleh
• Setiapatau
individu warga negara pihak.
mana-mana Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta
memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah
pembentukan Perlembagaan Negara.
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

• Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di
sisi undang-undang negara.
• Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu
diterima dan dipertahankan.
• Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak akan aman dan stabil.
• Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan
berwibawa serta didukung oleh badan perundangan dan kehakiman yang efisien, undang-
undang yang jelas, struktur mahkamah yang baik dan pengamal undang-undang yang amanah
dan telus.
• Tuntutan kepada prinsip keempat ini adalah supaya kita sama-sama menghormati undang-
undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya serta memelihara kedaulatannya.
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

• Prinsip kesopanan dan kesusilaan ini bertujuan untuk membentuk warga negara yang
bersopan santun dan bersusila.
• Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat penting dalam konteks
perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.
• Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan
berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
• Sebagai kawalan bagi membendung usaha memanipulasi isu perpaduan dan perkauman
yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
SEMANGAT RUKUN NEGARA

• Semangat Rukun Negara perlu diteruskan kerana kerelevannya dalam


menangani cabaran kini dan pada masa depan, sama ada dari dalam ataupun
luar negara.
• Dengan berpegang teguh kepada prinsip ini, kita mampu menjadi rakyat
Malaysia yang bersatu padu, kukuh dan berwibawa bagi menghadapi apa
sahaja cabaran.
• Bagi generasi muda kini, kupasan prinsip Rukun Negara diharap dapat
menerapkan semangat kenegaraan dalam kalangan mereka, di samping
mewujudkan rakyat yang berjiwa patriotik serta cintakan negara.
SEJAHTERA

• Merujuk kepada gaya kehidupan yang lestari, melaksanakan program berterusan,


adaptasi nilai yang murni dan membaiki kelakuan dan sikap manusia.
• Rangkaian aspek budi – budi bahasa, budi pekerti dan budi bicara memperkuatkan
lagi kefahaman dan amalan sejahtera, beradab dan berakhlak sebagai limpahan
budi keseluruhannya.
• Perjalanan kesejahteraan masyarakat yang diinginkan dengan kerjasama semua
pihak untuk mencapai masyarakat yang berteraskan gaya hidup lestari.
• Sejahtera dan kesejahteraan diri akan membawa kepada kesejahteraan sejagat.
FALSAFAH SEJAHTERA

• Falsafah Sejahtera - hasil gabungan daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan


Rukun Negara.
• Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
• Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI) adalah empat aspek yang penting
dalam membentuk atau melahirkan insan yang seimbang. Keempat-empat aspek ini
adalah penting kerana dalam usaha melahirkan insan yang seimbang, seseorang itu
mestilah mempunyai ketahanan jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
FALSAFAH SEJAHTERA SEBAGAI PENTAFSIRAN
RUKUN NEGARA

• Intipati FPK menghubungkan adab /akhlak/budi dan sejahtera


• Falsafah sejahtera - asas penting kepada asuhan dan pendidikan sejahtera yang berkualiti
(beradab dan berakhlak yang kukuh) dalam membendung segala bentuk cabaran arus
globalisasi masa kini.
• Berdasarkan FPK, hanya individu yang ‘memiliki kesejahteraan diri’ berupaya memberi
sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara.
• Di Malaysia, Falsafah Sejahtera diterapkan melalui Rukun Negara.
• Rukun Negara – asas pembinaan masyarakat Malaysia.
• FDK – mempromosikan nilai-nilai ‘seimbang’ dan ‘harmoni’ iaitu JERI (penekanan
kepada empat dimensi penting pada diri manusia).
FALSAFAH SEJAHTERA SEBAGAI PENTAFSIRAN
RUKUN NEGARA

• Dalam memberi pengetahuan, pemahaman dan praktis Falsafah Sejahtera kepada rakyat,
usaha ini boleh dimulakan menerusi Pendidikan. Justeru itu, Pendidikan Negara menjadi
saluran untuk menetapkan kehendak Rukun Negara dalam membentuk masyarakat dan
negara yang sejahtera.
• FDK sebagai dasar negara, membolehkan penerapan Falsafah Sejahtera direalisasikan
dengan cepat dan berkesan melalui pendekatan yang digariskan dalam Rukun Negara
dan FDK.
• Rukun Negara meletakkan 5 prinsip sebagai asas ke arah pembentukan masyarakat yang
seimbang dan harmoni.
• FDK pula bermatlamat mewujudkan usaha bagi melaksanakan komponen dalam
pendidikan iaitu melahirkan insan sejahtera yang akan membawa kesejahteraan,
keharmonian dan kemakmuran kepada masyarakat.
FALSAFAH SEJAHTERA SEBAGAI PENTAFSIRAN
RUKUN NEGARA

• Elemen kesejahteraan (rohani, fizikal-psikologi, intelektual, kognitif, budaya, etika,


emosi, ekologi, ekonomi dan sosial) hendaklah dilaksanakan melalui proses yang
berpanjangan dan berterusan.
• Setiap elemen harus seimbang dalam diri setiap insan, di samping ianya perlu
dihubungkan dengan yang lain bagi mencapai kesejahteraan keseluruhan yang
berpanjangan turun temurun.
• Insan sejahtera boleh bekerjasama dalam pembinaan dan pembangunan lestari negara
(Sustainable Development) dan mengecapi kehidupan secara aman dan damai.
• Secara asasnya, matlamat FDK dan Rukun Negara adalah membentuk warganegara
yang mempunyai keperibadian mulia dan terpuji, seimbang dari empat elemen dalam
falsafah pendidikan.
KESIMPULAN

• Falsafah merupakan ilmu penting yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh semua lapisan
masyarakat untuk membina hala tuju dan wawasan hidup.
• Pembentukan sesebuah negara adalah berasaskan kepada acuan falsafah yang tersendiri.
Malaysia mempunyai acuan pembentukan negara yang tersendiri yang sesuai dengan
pembudayaan masyarakatnya.
• Pembentukan Falsafah Sejahtera yang berasaskan Rukun Negara dan FPK bertujuan
untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, saling menghormati dan
berkasih sayang.
KESIMPULAN

• Kemajuan negara pada era semasa memperlihatkan masyarakat pada hari ini mula alpa
terhadap ilmu dan banyak bergantung kepada sumber ilmu daripada media.
• Pembelajaran ilmu Falsafah diharap dapat mengubah landasan pemikiran individu
daripada menerima segala informasi yang berupa maklumat kepada mencari dan
menentu-sahkan semua maklumat agar apa yang dipercayai merupakan ilmu pengetahuan
yang boleh dipercayai secara kritis.
• Individu diharap dalam dilatih memahami isu semasa dalam konteks dan skop yang lebih
luas dan analitikal kerana proses ini sangat penting untuk mempersiapkan individu bagi
menghadapi kolonialisasi yang berlaku dalam pelbagai cara dan dimensi termasuk
kolonialisaasi rohani, emosi dan intelek.
RUJUKAN

• Dzulkifli Abdul Razak. (2019). Essay on Sejahtera: Concept, principle and practice. Gombak: IIUM
Publisher.
• Wollf, Robert Paul. 1992. About Philosophy. New Jersey: Prentice Hall,Inc.
• Dzulkifli Abdul Razak (2015). Nurturing a Balanced Person. Kuala Lumpur: ITBM.
• Maritain.J.(2005). An Introduction to philosophy (E.I.Watkin,Trans.) New York: Rowman &
Littlefield Publishers.
• Van Cleave, Matthew J. (2016). Introduction to Logic and Critical Thinking. Lansing Community
College.
• Hales, Steven D. (2013). This is Philosophy. UK: John Wiley and Sons Inc.
• Noor Hisham Md Nawi (Ed)(2021). Modul Falsafah Dan Isu Semasa. Penerbit Universiti Malaysia
Kelantan: Kota Bahru.
RUJUKAN

• Graham Priest. (2000). Logic: a very short introduction. New York: Oxford University Press.
• Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika Dan Amalan Moral. Penerbit
Universiti Putra Malaysia: Serdang.
• Nor Hanani Ismail, Rukhaiyah Abd. Wahab, Syahrina Abbdullah, Mohd Hazim Shah Abdul Murad (Ed)
(2021). Falsafah Dan Isu Semasa. Penerbit Universiti Utara Malaysia: Sintok.
• Mahadi Abu Hassan, Norliah Kudus, Ahmad Ridzwan, Shahrulanuar Mohamed (2021). Modul
Falsafah Dan Isu Semasa. Penerbit UTeM: Melaka.
• Eow Boon Hin (2000). Pendidikan Moral. Pearson Education Malaysia: Petaling Jaya.
• Nazaruddin Haji Mohd Jail, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah & Ismail Hj Mohd Rashid.
(2010). Malaysian Studies: Nationhood and Citizanship (Translated & Adapted by Wong Fook
Khoon). Petaling Jaya: Prentice Hall.
RUJUKAN

• Adamson, Peter. (2016). What is metaphysics anyway? Access from


http://philosophynow.org/issues/117/What_is_Metaphysics_Anyway.
• Taper, M.L., & Lele, S.R. (2010). The nature of scientific evidence: statistical, philosophical,
and empirical considerations. London: University of Chicago Press.
• Malaysia. (2002). Federal Constitution. Petaling Jaya:International Law Book Services.
• Wu Min Aun. (1999). The Malaysian Legal System (2nd edition). Petaling Jaya:Addison Wesley
Longman Malaysia.
• John Funston (ed). (2001). Government and Politics in Southeast Asia. Singapore: Institute of
Southeast Asian Studies.
• Hng Hung Yong. (1998). CEO Malaysia: Strategy in Nation-Building. Malaysia:Pelanduk
Publication.

Anda mungkin juga menyukai