Anda di halaman 1dari 15

BAB 1: Pengenalan Ilmu Falsafah

1.1 PENGENALAN KEPADA ILMU FALSAFAH


1.1.1 Kenapa Perlu Belajar Falsafah
• Pembelajaran falsafah bermatlamat untuk menghasilkan pelajar yang boleh berfikir secara betul,
kritis, rasional dan logik serta mempunyai metod dalam melihat ilmu dalam kehidupan.
• Tujuan lainnya ialah untuk mencari makna kehidupan supaya memberi arah tujuan atau pedoman
untuk perkara yang penting dalam kehidupan.
• Falsafah merupakan kunci dan ibu kepada segala ilmu kerana kebanyakan ilmu itu berpandukan
kepada falsafah.
• Dalam teori-teori ekonomi, politik, psikologi, sosiologi, semuanya ada falsafah tersendiri.
• Begitu juga dengan ilmu sains moden sama ada Sains Tulen ataupun Sains Kemasyarakatan.

1.1.2 Beberapa persoalan asas berkaitan falsafah.


• Apakah itu ilmu falsafah?
• Adakah ilmu falsafah mempunyai fungsi kepada kehidupan?
• Apakah falsafah mempunyai pertalian dengan hidup manusia setiap hari?
• Adakah manusia itu perlu kepada ilmu falsafah?

• Persoalan di atas dapat memberi gambaran yang lebih jelas tentang ilmu falsafah.

• Secara jelasnya, ilmu falsafah adalah proses untuk memahami aktiviti pemikiran manusia yang
bersangkut dengan pola pemikiran manusia.
• Falsafah juga mendorong pemikiran manusia menjadi lebih kritis dan tajam.
• Penghayatan kepada konsep falsafah menggalakkan individu untuk mencari serta membuktikan
kebenaran dan dapat memberi petunjuk dan pedoman terhadap perkara yang utama dalam
kehidupan.
• Ilmu falsafah dapat memberi panduan bagaimana melahirkan suatu kehidupan yang baik dan
bahagia.
• Falsafah juga mempunyai hubungan yang rapat dengan agama terutamanya dalam tradisi
masyarakat timur yang menjadikan agama sebagai teras kehidupan yang benar dan bahagia.
• Oleh itu, setiap perlakuan manusia dalam kehidupan sehariannya menggambarkan apa wujud
dalam pemikirannya.
1.1.3 Pengertian Falsafah

• Falsafah boleh didefinisikan sebagai pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu
yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain (Kamus Dewan, 2005).
• Dari sudut bahasa, istilah falsafah berasal daripada perkataan Yunani kuno iaitu philo (cinta) dan
sophia (kebenaran, hikmah, kebijaksanaan). Perkataan ini pertama kali digunakan oleh seorang ahli
fikir Greek iaitu Pythagoras (570-504 SM) pada abad ke-6 SM.
• Dari sudut istilahnya pula, falsafah bermaksud sesuatu ilmu yang mendasar kepada makna sebenar
(hakikat) sesuatu perkara sehingga jelas akan makna serta tujuannya.
• Perkataan falsafah dalam Bahasa Melayu berasal daripada perkataan Arab ( ) failasof.
Perkataan Arab ini pula adalah transkrip daripada perkataan asal Greek, iaitu philosophia (Philo +
Sophia).
• Sementara ahli falsafah Greek pula dikenali sebagai philosophe.
• Falsafah bukanlah semata-mata merujuk kepada kebijaksanaan atau kebenaran itu sendiri tetapi
gabungan dua komponen iaitu kecintaan dan kebenaran.
• Kombinasi dua unsur tersebut mendorong seseorang atau ahli falsafah untuk memburu hakikat
sesuatu, meneliti hubungan sebab dan akibat dan mentafsirkan pengalaman-pengalaman manusia
secara mendalam.
• Berdasarkan pelbagai definisi yang dikemukakan, bolehlah dirumuskan bahawa falsafah itu ialah
ilmu yang menyelidik segala sesuatu dengan terperinci dan mendalam tentang sebab terjadinya
sesuatu peristiwa sehingga sebab terakhir dan mutlak ditemukan.
• Fokus falsafah adalah tentang ketuhanan, alam semesta dan manusia.
• Falsafah berperanan untuk mencari jawapan kepada permasalahan asasi (ultimate problem)
manusia seperti hakikat kehidupan, tujuan kejadian alam dan manusia, dari mana dan hendak ke
mana manusia dan seumpamanya.

1.1.4 Aliran pemikiran falsafah di dunia

• Terdapat Dua Aliran


• aliran falsafah Barat
• aliran falsafah Timur.
• Kedua-dua aliran falsafah ini bergiat aktif untuk menjelaskan konsep dan pemikiran asas mengenai
sesuatu isu agar memperoleh pemikiran yang jelas.
• Penjelasan terhadap persoalan tersebut berkait dengan makna dan signifikan sesuatu konsep yang
digunakan itu.
• Justeru, pencerahan tentang isu yang mendasari pelbagai bidang ilmu dan sistem pemikiran dapat
dilaksanakan.
1.1.4.1 Fahaman Falsafah Pada Zaman Greek

• Ahli falsafah Greek terawal (500-600SM) menyatakan bahawa falsafah adalah ilmu bahasa, retorik
dan ilmu yang terbit daripada sarjana-sarjana yang ingin mengetahui hikmah kejadian sesuatu
benda.
• Socrates (469-399 SM), falsafah ialah kajian alam tabii secara teori untuk mengenal diri sendiri.
• Plato (427-347 SM) dan Aristotle (384-322 SM), masing-masing berpandangan bahawa falsafah
merupakan ilmu yang mengkaji tentang perkara azali dan abadi bagi mengharmonikan kepercayaan
mistik atau agama dengan fikirannya.
• Plato umpamanya, cuba memberikan satu kefahaman tentang kebenaran dan kebaikan serta
tanggapan yang lebih tepat tentang Tuhan dalam mengimbangi mitologi Greek ketika itu.
• Manakala Aristotle pula, cuba mengkaji tentang sebab musabab dan asas segala benda. Beliau juga
mengkaji perkara berkaitan metafizik, soal wujud (being) dan mantik (silogisma) serta bergiat
mengkaji pembinaan fizik, etika, estetik, psikologi, retorik dan taakulan intuisi.
• Antisthenes (sekitar 406 SM) : etika ialah bahagian penting dalam falsafah.
• Xeno-krates (396-314 SM) : dialektik, fizik dan etika sebagai falsafah.
• Bagi Stoik (kurun ke-3 SM) dan Epikuros (341-217 SM) : falsafah ialah ilmu kemanusiaan yang
berasaskan Hedonisme (yang baik itu perkara yang menyeronokkan)

1.1.4.2 Fahaman Falsafah Pada Abad Ke-20

Peirce (1839-1914) Asas falsafah ialah mantik.

Wundt (1832-1920), Asas falsafah adalah keinsafan.

Windelbard (1848-1895) Ilmu yang membicarakan tentang nilai, etika dan estetika.
Creighton (1861-1924) Sejarah pemikiran, ilmu kemanusiaan, dan kerohanian.

More (1873-1958) Fungsi falsafah adalah sebagai analisis deria biasa dan falsafah
patut diterapkan dalam semua ilmu berkaitan manusia.
Lipps (1851-1914) Falsafah sebagai sains pengalaman dalaman dan ia menjadi asas
psikologi, mantik, etika, estetik dan metafizik.
Jasper (1883-1969), psikologi dan sejarah menjadi unsur penting ilmu falsafah.
Falsafah adalah 'orientasi alam', bidang yang menunjukkan
batasan sains, menjelaskan kewujudan melalui pancaindera
manusia dan pengalamannya.
Epistemologi merupakan tunjang falsafah.
Balz (1887-1957) Falsafah ialah «kebijaksanaan», yang perlu digaris pandu antara «tuntutan»
tentang alam tabii dengan «doktrin» tentang matlamat akhir.

Falsafah ialah ilmu pengetahuan yang timbul melalui sudut peribadi


Bowne (1847-1910)
manusia.

Russell (1872-1970) Falsafah berada antara sains dengan teologi.

Masalah utama dalam falsafah ialah tentang kewujudan, keutamaan dan


nilai, diperjelaskan untuk mendapatkan jawapan bagi solan yang berikut:
Morton White (1917- (i) Apakah yang wujud?
2016) (ii) Apakah yang semestinya? (Keutamaan).
(iii) Apakah yang sepatutnya dilakukan? (Etika).
(iv) Apakah sintesis kepada hal-hal di atas?

1.1.4.3 Fahaman Falsafah Pada Era Pascamodenis

• Pascamodenis menonjolkan ahli falsafah Jerman bernama Friedrich Nietzsche (1844-1900) dan
Martin Heideger (1889-1976).
• Pada era ini, kemunculan benda baharu untuk menggantikan dengan yang lebih baharu amat
pantas dan tidak berhenti-henti sehingga tidak menggalakkan daya penghasilan yang dianggap
sebagai pembentuk kehidupan moden ini. Neitzsche cuba untuk meleraikan keadaan ini sehingga
membawa kepada kritikan terhadap kebenaran dan kewujudan Tuhan.
• Timbul aliran yang
• menolak semua dakwaan terhadap kebenaran pemikiran metafizik,
• menyerang kerasionalan,
• menyamakan sistem taakulan dengan sistem pujukan dan logik dengan retorik
• menegakkan teori tafsiran (hermeneutik).
• menghapuskan perbezaan antara kebenaran dengan kepalsuan, isi dengan kulit, rasional
dengan tidak rasional
• meruntuhkan humanisme dan
• menyamakan humanisme dengan metafizik bagi meruntuhkan metafizik.
1.2 RUKUN NEGARA

1.2.1 Falsafah Dan Pembinaan Sebuah Negara

• Pembinaan sebuah negara bangsa yang mempunyai identiti tersendiri merupakan matlamat utama
sesebuah negara yang wujud dalam masyarakat dunia ketika ini.
• Bagi negara Malaysia, proses awal pembinaan negara bangsa lebih tertumpu kepada keperluan politik.
Namun ada pendapat yang mengatakan pembinaan negara bangsa haruslah berdasarkan identiti sendiri
dan dilaksanakan melalui pelbagai saluran seperti politik, ekonomi, sosial dan dan juga pendidikan.
• Ini adalah kerana bidang-bidang ini memainkan peranan dalam membentuk perpaduan masyarakat
dan seterusnya mencorakkan pembentukan negara bangsa.

1.2.2 Peranan Falsafah Dalam Pembinaan Negara Malaysia

• Pada asasnya falsafah itu bersifat menyeluruh dan tidak hanya tertumpu kepada mana-mana kawasan,
daerah atau lokasi geografi.
• Tetapi apabila situasi yang bercorak kebangsaan diketengahkan dalam falsafah maka wujud tanggapan
bahawa perkara tersebut akan melemahkan bidang falsafah itu kerana ia tidak lagi bersifat sejagat dan
hanya tertumpu kepada isu setempat yang bersifat nasionalistik.
• Walaupun begitu, wajar untuk falsafah ditumpukan kepada sesuatu konteks yang khusus dalam
pemikiran sesebuah budaya masyarakat dan negara yang bertepatan dengan realiti kehidupan
masyarakat masa kini.
• Hal ini adalah kerana walaupun dunia ini bersifat global dan menyeluruh namun tetap wujud ciri-ciri
yang membezakan antara iklim, budaya dan cara hidup sesebuah masyarakat dunia.
• justeru, menyamakan keadaan, situasi dan budaya sesebuah negara dengan negara lain adalah tidak
wajar.
• Sebagai contoh negara- negara di sebelah Barat seperti Amerika Syarikat dan Eropah dengan negara-
negara di sebelah Timur seperti Malaysia, Jepun dan China adalah berbeza dari sudut sejarah,
pemikiran, iklim, budaya dan geografi tempat tersebut. Oleh itu, wajar bagi falsafah yang dibentuk
dalam sesebuah masyarakat mempunyai perkaitan dengan isu dan permasalahan dalam masyarakat
tersebut.
• Dari sudut yang lain, kepelbagaian falsafah yang wujud dalam tamadun-tamadun di dunia ini juga
memberikan kejelasan bahawa falsafah itu sememangnya mempunyai sifat setempat (lokal) yang
tersendiri walaupun persoalan dan isu yang dibincangkan adalah bersifat global dan universal.
• Falsafah Negara membincangkan perkara-perkara dan persoalan dasar (mendalam) mengenai negara.
• Oleh itu Falsafah pembinaan negara Malaysia berpandukan prinsip yang lima menjadi tali penghubung
secara terus dengan kehidupan masyarakat, iaitu:
i. Kepercayaan kepada Tuhan;
ii. Kesetiaan kepada Raja dan Negara;
iii. Keluhuran Perlembagaan;
iv. Kedaulatan Undang-undang; dan
v. Kesopanan dan Kesusilaan.

• Prinsip ini menjadi alat pembentukan negara yang bertujuan untuk memperkasakan negara Malaysia
sebagai sebuah negara yang utuh, kuat, teguh serta mempunyai kepelbagaian nilai dan budaya.
Pembentukan prinsip falsafah ke arah perpaduan dan keharmonian rakyat dibina melalui Rukun
Negara.
• Rukun Negara yang dibentuk berlandaskan lima prinsip menjadi teras dan panduan sosial masyarakat.
• Lima tonggak ini menjadi prinsip kenegaraan dalam menyatupadukan rakyat Malaysia yang terdiri
daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya.
• Selain bermatlamatkan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat, ia juga dapat membentuk
demokrasi dalam pemerintahan untuk mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama serta
menggunakan pendekatan yang terbuka kepada pelbagai adat kebudayaan bagi membangunkan
masyarakat yang progresif, produktif, proaktif berlandaskan teknologi dan sains moden.

1.2.3 RUKUN NEGARA SEBAGAI FALSAFAH NEGARA MALAYSIA

• Rukun Negara diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970 setelah menyambut ulang tahun
kemerdekaan negara yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke IV iaitu
Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.
• Penggubalan Rukun Negara dilakukan ekoran berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.
• Matlamat utama Rukun Negara ialah untuk membina perpaduan dan keharmonian yang kukuh berserta
dengan prinsip-prinsip yang menjadi asas perpaduan antara kaum demi kemakmuran dan keamanan
negara Malaysia.
• Matlamatnya juga adalah untuk membina kejatian diri rakyat Malaysia yang saling hormat
menghormati dan bersatu padu.
• Kerajaan Malaysia telah melakukan penggubalan kepada prinsip-prinsip bagi mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu, bekerjasama, hormat menghormati dan sejahtera melalui Rukun Negara.
Pembentukan prinsip Rukun Negara dibahagikan kepada dua iaitu:
1. Menggariskan Lima Prinsip Rukun Negara yang berikut:
I. Kepercayaan Kepada Tuhan.
II. Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
III. Keluhuran Perlembagaan.
IV. Kedaulatan Undang-undang
V. Kesopanan dan Kesusilaan

2. Menentukan objektif pembentukan masyarakat Malaysia:


I. Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat.
II. Memelihara satu cara hidup demokratik.
III. Mencipta sebuah masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara dapat dinikmati
bersama secara adil dan saksama.
IV. Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai.
V. Membina sebuah masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden.

1.2.3.1 Prinsip Ideologi Kebangsaan dalam Rukun Negara

Rukun Negara adalah Falsafah Negara yang melambangkan ideologi kebangsaan rakyat Malaysia. Apakah
ciri-ciri ideologi kebangsaan yang termaktub dalam Rukun Negara?

1.2.3.1.1 Kepercayaan kepada Tuhan

• Ini adalah satu ciri umum yang dianuti oleh ramai penduduk di Malaysia yang juga mewakili
masyarakat pelbagai kaum.
• Kepercayaan kepada Tuhan adalah satu kepercayaan yang dipegang oleh kebanyakan ahli masyarakat
yang terdiri daripada pelbagai kepercayaan agama.
• Umpamanya Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Taoisme dan lain-lain kepercayaan yang wujud dalam
negara Malaysia.
• Kesemua agama ini membawa kepercayaan kepada kewujudan Tuhan kecuali fahaman Budhisme yang
tidak menyatakan konsep ketuhanan secara eksklusif namun, terdapat ciri-ciri kerohanian yang terkait
dengan aspek ketuhanan.
• Rasa bertuhan menjadikan kehidupan manusia terbimbing ke arah kebaikan dan kebenaran.
• Secara tidak langsung dengan berpegang kepada prinsip ini seseorang manusia itu akan sedaya upaya
menjauhi kejahatan dan melakukan kebaikan.
• Justeru, prinsip ini dapat menyatukan pandangan dan tidak membawa kepada perpecahan dan
perselisihan, malahan menjadi suatu common denominator iaitu titik pertemuan antara pelbagai budaya
dan kaum yang mempunyai fahaman agama masing-masing.
• Oleh itu percaya kepada kewujudan Tuhan wajar diterapkan dalam Rukun Negara yang mempunyai
unsur pemikiran falsafah serta berkait dengan kepercayaan keagamaan.
1.2.3.1.2 Kesetiaan kepada Raja dan Negara

• Senario dunia ketika ini terbentuk melalui sistem politik yang menjurus kepada konsep negara bangsa
(nation state).
• Keadaan ini mula timbul di Eropah pada abad ke-18.
• Hingga kini jika menyebut tentang masyarakat kemanusiaan, pastinya akan terpapar perhatiannya
kepada konteks negara bangsa. Malaysia juga adalah satu bentuk negara bangsa. Tetapi ciri-ciri
negara bangsa Malaysia mempunyai unsur sejarah yang tersendiri.
• Ciri-ciri nation state Malaysia ialah Sistem Beraja.
• Sistem ini terbentuk kerana sudah wujud sejak sekian lama dalam lipatan sejarah Malaysia melalui
sistem beraja khususnya dengan kewujudan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14.
• Unsur Kesetiaan kepada Raja dan Negara ini penting dalam membentuk kesepaduan kerana Raja
menjadi lambang sebagai Ketua Negara Berpelembagaan.
• Bukan itu sahaja, ia juga memberi satu isyarat bahawa negara Malaysia in mempunyai perlembagaan
dan acuan tersendiri

1.2.3.1.3 Keluhuran Perlembagaan


• Setiap nation state mempunyai perlembagaan dan perundangan tersendiri.
• Amerika Syarikat mempunyai perlembagaan yang berbeza dari negara Britain, Australia,India,
China, Singapura dan Malaysia.
• Melalui perlembagaan dan perundangan tersendiri ini, maka identiti kebangsaan termaktub secara
eksklusif.
• Keluhuran perlembagaan dipegang untuk menyelesaikan masalah.
• Prinsip perundangan yang paling tinggi negara ini ialah Perlembagaan Malaysia.
• Melalui prinsip ini, undang-undang perlu berada di bawah perlembagaan kerana perlembagaan
merupakan ketetapan tertinggi negara.

1.2.3.1.4 Kedaulatan Undang-undang

• Seumpama perlembagaan negara, undang-undang juga perlu diberikan keutamaan dalam negara.
• Kedaulatan Undang-undang membawa maksud tidak ada sesiapa pun yang berada di negara
Malaysia boleh melebihi, mengatasi atau melanggari undang-undang yang termaktub.
• Pada dasarnya keutamaan prinsip ini adalah untuk mengukuhkan keyakinan dan mewujudkan
keharmonian dalam negara.
• Hal ini kerana sebarang pertikaian yang mungkin timbul dalam pelbagai is seperti isu agama,
bangsa dan budaya dapat diselesaikan melalui undang- undang yang telah digubal.
• Justeru, semua golongan masyarakat haruslah menerima dengan penuh kepatuhan terhadap prinsip
Kedaulatan Undang-undang demi menjaga keselamatan, keamanan, keharmonian dan
kesejahteraan.

1.2.3.1.5 Kesopanan dan Kesusilaan

• Prinsip ini lebih bersifat personal yang memperlihatkan tujahan lebih kepada pembentukan peribadi
individu dan ahli masyarakat dalam menjalinkan kehidupan sesama manusia.
• Walaupun prinsip ini tidak mempunyai kuasa perundangan namun ia tidak kurang pentingnya
kerana ia merupakan satu proses untuk mengekalkan keharmonian dan menjamin hubungan baik
antara ahli masyarakat.
• Kepentingan prinsip ini perlu semai oleh setiap ahli masyarakat agar wujudnya perasaan dan
tingkah laku yang bertolak ansur; saling menghormati, sopan santun dan bertata Susila.
• Prinsip ini perlu dipegang oleh rakyat Malaysia untuk menjamin keharmonian dan keamanan
dalam masyarakat.
• Prinsip ini juga mempunyai unsur pemikiran falsafah (Rtika) kerana dikaitakan dengan Tindakan
yang betul, baik, moral.

• penghayatan kepada prinsip Rukun Negara merupakan suatu yang sangat penting dalam melahirkan
rakyat yang patuh dan taat kepada penetapan agama, undang-undang serta peraturan negara.
• Umpamanya prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dan juga prinsip Kedaulatan Undang-undang
melahirkan rakyat yang patuh perintah Tuhan serta menjauhi diri mereka daripada gejala yang
negatif seperti ajaran sesat, pecah amanah, rasuah, minum arak, berzina, berjudi dan sebagainya.
• Ahli masyarakat yang taat dan akur pada perintah agama dan ketetapan undang-undang pastinya
akan menjaga dirinya agar tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan.
• Jelaslah di sini bahawa pemahaman, penghayatan dan pengamalan terhadap prinsip-prinsip Rukun
Negara dapat mewujudkan rakyat yang patuh dan taat kepada ketetapan agama, undang-undang
serta dapat menjamin kesejahteraan masyarakatnya.
1.3 FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

1.3.1 Sejarah Falsafah Pendidikan Negara

• Pada tahun 1988 Falsafah Pendidikan diformulasikan dan disuratkan dalam bentuk dokumen dikenali
sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN).
• Pada tahun 1996 Falsafah Pendidikan Negara telah dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebanngsaan
(FPK).

1.3.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”.

▪ Dalam falsafah, pendidikan didefinisikan sebagai satu usaha berterusan yang menyeluruh dan
bersepadu.
▪ Pendidikan merupakan tonggak pencapaian kepada kemajuan sesebuah negara yang terdiri daripada
individu dan masyarakat
▪ Penggubalan FPK bertujuan untuk mewujudkan sistem pendidikan yang sempurna dan seragam
untuk semua bangsa dan etnik di dalam negara Malaysia.
▪ Pendidikan yang lengkap dan memenuhi kehendak semasa akan menjadikan kehidupan dan
perlakuan ahli masyarakatnya lebih berakhlak, beretika dan bermoral.
▪ Untuk menyempurnakan pendidikan tersebut, perlu melalui suatu sistem yang terancang, teratur
serta bersepadu dari sudut visi, misi, peraturan, matlamat dan undang-undang.
▪ Aspek yang menjadi keutamaan di dalam FPK ialah usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara konsisten, menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani
(JERI) berdasarkan kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan.

▪ Seimbang: memberi tempat yang sepatutnya kepada keperluan manusia dari aspek
perkembangan akal dan sahsiah yang sihat.
▪ Harmonis: keserasian antara pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan minda (rohani)
individu.
▪ Usaha ini bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai intelektualiti,
berpengetahuan tinggi, berketerampilan, berakhlak mulia, berintegriti, akauntabiliti dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

1.3.3 Komponen Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)


Falsafah Pendidikan Kebangsaan menitikberatkan empat komponen utama dalam melahirkan masyarakat
yang berpengetahuan, berketerampilan, berintegriti dan akauntabiliti. Menurut Shahril (2018), komponen
tersebut ialah Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (ERI). Berikut adalah kupasan bagi komponen
tersebut:

1.3.3.1 Jasmani ( j) - Individu yang sihat jasmani


• Jasmani yang sihat ialah jasmani yang seimbang dan harmonis.
• la merupakan indikator yang penting untuk melahirkan insan yang cemerlang.
• Keseimbangan dan keharmonian jasmani tidak merujuk kepada kesihatan tubuh badan semata-
mata, tetapi juga perlu kepada sihat minda dan emosi.
• Ini juga kerana minda dan emosi mempengaruhi kesihatan tubuh badan insan.
• Dalam erti kata lain, jasmani yang sihat boleh disifatkan sebagai;
i. Sihat tubuh badan.
ii. Sentiasa melakukan solat, riadah dan aktif.
iii. Sentiasa sedar, mengasah dan membina bakat dan keupayaan diri,
iv. Sentiasa amal sikap mencuba dan berdikari.
v. Memanfaatkan kebolehan dan keupayaan diri untuk kesejahteraan diri dan masyarakat.
vi. Berusaha meningkatkan produktiviti pengeluaran.

1.3.3.2 Emosi (E) - Individu yang sihat emosi


• Emosi yang sihat ialah emosi yang seimbang dan harmonis.
• la dapat membentuk pemikiran dan tingkah laku individu yang baik.
• Setiap manusia mempunyai perasaan dan jiwa yang berkait rapat dengan minda dan emosi.
• Berikut adalah ciri-ciri individu yang sihat, seimbang dan harmoni dari aspek emosi:
I. Mempunyai perasaan yang tenang dan bertingkah laku yang terkawal.
II. Memiliki perasaan kasih dan sayang kepada semua makhluk.
III. Memiliki semangat perpaduan, kekitaan dan menghormati orang lain.
IV. Memelihara dan menghargai keindahan alam semula jadi.
V. Menghargai dan menghormati keindahan ciptaan manusia selagi tidak bertentangan
dengan agama dan adat budaya.
VI. Sentiasa bersikap matang dan terbuka.

1.3.3.3 Rohani (R) - Individu yang teguh rohani


• Aspek rohani atau spiritualiti berkait rapat dengan keagamaan.
• Rohani merupakan komponen dalaman individu untuk membentuk dan membina jati diri dan
sikap individu.
• Semestinya sistem pendidikan yang digubal di Malaysia dapat membentuk sikap, perlakuan dan
jati diri yang seiring dengan tuntutan agama, adat dan sosiobudaya bangsa Malaysia seperti yang
terkandung dalam Rukun Negara.
• Berikut adalah ciri-ciri individu yang mempunyai keteguhan rohani:
1. Mengakui dan meyakini adanya Pencipta (Tuhan) dan mempercayaiNya.
2. Sentiasa melaksanakan tanggungjawab kepada agama, diri, masyarakat, bangsa dan negara.
3. Sentiasa mensyukuri anugerah Tuhan, pemberian negara, masyarakat dan keluarga.
4. Menyemai dan membina disiplin diri yang tinggi.
5. Membentuk tingkah laku sopan dan berakhlak terpuji.

1.3.3.4 Intelektual (I) - Individu yang berfikiran intelektual


• Intelektual merujuk kepada akal yang rasional, waras serta kreatif.
• Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) individu yang intelek mempunyai
keseimbangan dan harmonis serta mengamalkan ilmu, sihat tubuh badan, hidup bermasyarakat,
tenang dan proaktif.
• Perkara ini sangat membantu dalam pembentukan pemikiran intelek individu.
• Berikut adalah ciri-ciri individu yang berfikiran intelektual;
• Menguasai kemahiran asas jaitu membaca, menulis dan mengira.
• Kuat berusaha untuk mencari, memperbaiki, meneliti, memperkukuhkan, mempertingkatkan,
mengamalkan dan menyebarkan ilmu.
• Sentiasa berfikiran kreatif, kritis dan inovatif serta menghasilkan idea-idea baharu yang bernas dan
menyelesaikan isu-isu dalam masyarakat.
• Sentiasa berupaya mengembangkan dan memanfaatkan ilmu bagi kemajuan diri, keluarga dan
masyarakat.

1.4 FALSAFAH SEJAHTERA

Bagaimanakah untuk mendapatkan elemen sejahtera?

• ‘Sejahtera’ di dalam Kamus Dewan bermaksud ‘aman, makmur’ [peace and prosperity]
• Perkataan ‘sejahtera’ dalam bahasa Melayu tidak mudah diterjemahkan ke dalam bahasa lain kerana
makna dan nuansanya berlapis-lapis.
• Falsafah Sejahtera merupakan satu elemen falsafah yang penting kerana ianya akan membawa
kesejahteraan masyarakat sejagat.
• Insan yang sejahtera ialah insan yang berupaya membangunkan diri secara bermaruah dan memberikan
sumbangan kepada keluarga, komuniti, masyarakat, bangsa, negara dan antarabangsa.
• Insan yang sejahtera inilah juga yang mempunyai hubungan vertikal yang baik dengan Tuhan (sebagai
hamba yang taat dan khalifah yang cekap) dan hubungan horizontal yang baik dengan manusia dan
alam persekitaran.
• Falsafah Sejahtera, Falsafah Negara dan Falsafah Pendidikan Negara adalah falsafah yang berhubung
kait antara satu sama lain.
• Konsep ‘sejahtera’ terdapat dalam pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Manakala Falsafah
Pendidikan Kebangsaan pula adalah saluran untuk mencapai Falsafah Negara.
• Tujuan pendidikan bukan sekadar melahirkan pekerja bagi memajukan negara malahan yang lebih
utama ialah menghasilkan insan yang baik dan sejahtera.
• Berdasarkan falsafah pendidikan Kebangsaan, hanya individu yang ‘mencapai kesejahteraan diri’ yang
mampu memberi sumbangan kepada keluarga masyarakat dan negara.
• Justeru, pendidikan negara menjadi saluran untuk menerapkan kehendak Rukun Negara bagi
membentuk masyarakat dan negara yang sejahtera.
• Menurut Dzulkifi (2019), untuk mewujudkan insan yang sejahtera, perlu untuk membentuk
keseimbangan pada sepuluh elemen sejahtera iaitu rohani, fizikal-psilologi, intelektual, kognitif,
budaya, etika, emosi, ekologi, ekonomi, dan sosial. Elemen kesejahteraan ini hendaklah dilaksanakan
melalui proses yang berpanjangan dan berterusan serta pemupukannya itu perlu dilaksanakan sejak dari
pendidikan awal lagi. Malahan, setiap elemen tersebut haruslah seimbang dalam diri setiap insan, di
samping ianya perlu dihubungkan dengan yang lain untuk mencapai keadaan sejahtera keseluruhan
yang berpanjangan (lestari) turun temurun.

• Untuk mencapai keadaan sejahtera keseluruhan yang berpanjangan (lestari) turun temurun kedua-dua
elemen berikut (10 elemen sejahtera) mesti dihubungkan:

• PERSEKITARAN DALAMAN: rohani, fizikal-psikologi, intelektual, kognitif, etika,


emosi,:

• PERSEKITARAN LUARAN : budaya, ekologi, ekonomi, sosial (masyarakat).

• Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, menurut Yasir (2020) insan sejahtera yang lahir dari
usaha pendidikan adalah insan yang:

i. Berdaya saing untuk menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara;


ii. Bersungguh-sungguh melaksanakan Amanah dalam pekerjaan yang dilakukan;
iii. Boleh mengawal diri melawan anasir-anasir jahat;
iv. Boleh berkolaborasi dan menyumbang dalam pembangunan yang lestari (Sustainable
Development);
v. Hidup secara harmoni;
vi. Mampu menjadi pemimpin / pemakmur bumi ini yang member manfaat kepada semua;
vii. Mampu menjamin kemaslahatan dan menghindarkan kemudaratan untuk semua.

• Sejahtera adalah kunci untuk mengawal dan menjaga diri serta menjadikan seseorang itu insan yang
sejahtera.
• Individu yang tidak sejahtera tidak mampu untuk menyampaikan kesejahteraan kepada orang lain.
• Sejahtera dan kesejahteraan diri akan membawa kepada kesejahteraan sejagat.

1.5 RUMUSAN

• Ilmu falsafah adalah satu ilmu yang berkaitan dengan akal fikiran manusia.
• Pembentukan sesebuah negara adalah berasaskan kepada acuan falsafah yang tersendiri.
• Malaysia juga mempunyai acuan pembentukan negara tersendiri yang sesuai dengan pembudayaan
masyarakatnya.
• Pembentukan Falsafah Sejahtera berasaskan kepada dua pendekatan utama iaitu Rukun Negara dan
• Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bersatu
padu, saling menghormati dan berkasih sayang.
• Kepincangan dalam proses keseimbangan dan kesejahteraan diri insan boleh mengakibatkan
kerosakan kepada diri, kehancuran masyarakat, negara dan juga dunia.

Rujukan

1. Amran Muhammad (2022). Modul Falsafah dan Isu Semasa. Kuala Lumpur: Islamic And
Strategic Studies Institute.
2. Nor Hanani Ismail, Rukhaiyah Abd. Wahab, Syarina Abdullah, Mohd Hazim Shah Abdul Murad
(2021). Falsafah dan Isu Semasa. Universiti Utara Malaysia.
3. Noor Hisham Md Nawi (2020). Modul Falsafah Dan Isu Semasa. Kelantan. Universiti Malaysia
Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai