Anda di halaman 1dari 42

MBE 10103

FALSAFAH PENDIDIKAN
DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL

MOHAMAD ZAID BIN MUSTAFA

1
1.0 PENGENALAN
• Perkataan Falsafah berasal dari perkataan Yunani
iaitu “philosophia” yang bermaksud “cinta kepada
pengetahuan atau hikmah”, “ingin tahu dengan
mendalam atau suka dan cinta dengan mendalam”.

• Daripada difinasi ini dapatlah dikatakan bahawa


falsafah bukanlah hikmah itu sendiri, tetapi
cintakan terhadap hikmah dan usaha
mendapatkannya.

• Ahli falsafah merupakan orang yang mencintai


hikmah dan berusaha mendapatkanya.

2
• Falsafah ialah disiplin ilmiah
mengusahakan kebenaran yang umum dan
asas.

• Perkataan Falsafah dalam bahasa melayu


berasal dari arab yang juga berasal dari
perkataan yunani. Secara umumnya
falsafah ini mempunyai ciri-ciri berikut:
• Merupakan satu usaha pemikiran yang
hebat
• Tujuannya adalah untuk mendapatkan
kebenaran

3
1.1 Tujuan Mempelajari
Falsafah
• Falsafah dapat membentuk suatu pandangan
yang sistematik pada tiap-tiap sesuatu yang
wujud di alam ini.

• Falsafah dapat memberikan suatu pandangan


hidup, serta memberi peluang manusia berfikir
baik buruknya sesuatu perkara.

• Contohnya ialah ahli sains dapat menghasilkan


tenaga atom dengan ilmu pengetahuannya,
untuk apakan tenaga atom dihasilkan bagi
peperangan atau untuk perdamian, maka
disinilah kita memerlukan sistem nilai2 atau
falsafah bagi menentukanya.
4
• Ilmu dapat menghasilkan pengetahuan, tetapi
tujuan dan pemakaian pengetahuan itu
ditentukan oleh falsafah.

• Falsafah dapat membantu manusia berfikir


dengan cara kritikal dan logik. Ia dapat
menjelaskan kepada manusiaperkara2 yang
kabur melalui penyelidikan dan pengalaman.

• Falsafah dapat membantu manusia berfikir


dengan jujur dan teliti berkenaan makna hidup
bagi seseorang.Falsafah ini dapat menentukan
manusia ke arah penghidupan yang lebih tinggi
dan mulia.

• Oleh itu falsafah wajib difahami dan dimiliki


oleh setiap pendidik bagi membantu anak2
membentuk falsafah hidup yang sihat.
5
1.2 Siapa yang berfalsafah?

• Bagi Frost (1955), setiap orang sama ada


dia seorang petani, ahli bank, rakyat biasa
atau pemimpin dia adalah ahli falsafah
dalam ertikata yang sebenarnya. Sebagai
makhluk yang mempunyai otak dan
susunan saraf yang maju, maka dia berfikir
dan ia membuka jalan untuk berfalsafah.

• Falsafah boleh dikatogerikan kepada


falsafah undang2, falsafah politik, falsafah
sosiologi, falsafah moral dan falasafah
pendidikan.

6
1.3 Difinasi Falsafah

Terdapat pelbagai pendapat yang


diberikan oleh ahli-ahli falsafah
berhubung falsafah. Disebabkan
pelbagai definasi inilah maka lahirnya
perlbagai aliran yang diikuti oleh
manusia.

7
Socrates (469 – 399 SM)

8
Socrates (469 – 399 SM)

• Pembentukan pengetahuan yang murni


amat penting bagi mencapai
kebijaksanaan.

• Usaha melalui penyelidikan sejati bagi


mencapai kebijaksanaan.

• Falsafah beliau berpusatkan kepada


manusia dan tingkahlaku.

9
• Socrates cuba menyelidik pengetahuan
yang murni dengan cara mengamati yang
konkrit dan menganalisisnya sehingga
timbul sesuatu yang murni.

• Mengikut beliau cara bersoaljawab yang


terkenal dengan diaalog Socrates sangat
efektif bagi mendapat pengetahuan yang
murni.

• Dalam pendidikan beliau dianggap


pengasas ilmu kesusilaan.

10
Plato (427 – 347 SM)

11
Plato (427 – 347 SM)

• Mengikut Plato, falsafah ialah usaha mencari


kearifan melalui proses dialektif dan usaha
mengetahui hal keadaan jiwa manusia.

• Komsep Plato berhubung falsafah adalah


pelbagai. Hal ini dapat diperhatikan dengan
jelas dalam dialog-dialognya.

• Konsepnya telah mempengaruhi pemikiran


Barat umumnya, dan ahli-ahli pendidik
khususnya semenjak lebih dari 2000 tahun
dahulu.

12
Aristottle (384 – 322 SM)

13
Aristottle (384 – 322 SM)

Merupakan anak murid kepada Plato selama


20 tahun. Beliau menegaskan falsafah sebagai
ilmu tentang kebenaran. Kebenaran dapat
diperolehi oleh seseorang dengan ilmu
metafizik, logik, retorik, etika, estetika,
ekonomi dan politik.

14
Cicero (106 – 43 SM)

15
Cicero (106 – 43 SM)
• Merupakan ahli falsafah Romawi menyebut
falsafah sebagai ibu kepada semua seni
(The Mothers of All Arts). Mengikut beliau
punca bagi segala ilmu pengetahuan yang
terluhur.

• Beliau juga menegaskan falsafah sebagai


seni kehidupan.

• Kosepnya ini berkembang luas dalam


kalangan orang biasa yang terpelajar pada
Zaman Renaissance (1450-1500).
16
• Renaissance bererti kelahiran
kembali kebudayaan klasik, iaitu
memikir dan mentafsirkannya
semula.

• Konsepnya ini mendorong manusia


mempelajari pelbagai ilmu
pengetahuan bagi melahirkan
warganegara yang benar-benar
cekap.

17
Thomas Hobbes (1588 – 1679)

Merupakan ahli Falsafah Inggeris,


merumuskan falsafah sebagai ilmu
pengetahuan yang menerangkan hubungan
sebab dan hasil (cause and effect).

18
Immanuel Kant (1724 – 1804)

Merupakan seorang Ahli Falsafah Jerman yang


menegaskan bahawa Falsafah ialah ilmu
pengetahuan yang menyelidik dasar-dasar bagi
mengetahui sesuatu dan bertindak.

19
Thomas Aquinas (1225 – 1274)

20
Thomas Aquinas (1225 – 1271)
• Beliau ialah seorang tokoh falsafah agung dari abad ke
13, iaitu abad ilmu pengetahuan. Mengikut beliau, falsafah
ialah alat bagi menetapkan kebenaran ketuhanan sekadar
yang dapat dicapai oleh akal manusia.Tegasnya lagi,
kebenaran teologi atau ketuhanan yang diterima oleh
kepercayaan melalui wahyu tidak dapat ditentang oleh
sesuatu kebenaran falsafah yang dicapai dengan akal
manusia.

• Ahli falsafah adalah bebas menyelidiki kebenaran


ketuhanan asalkan kesimpulannya tidak bertentangan
dengan kebenaran-kebenaran yang tetap daripada teologi.

• Beliau memperluaskan ajaran-ajaran Aristotle. Dimana


beliau juga menterjemahkan karangan-karangan asli
Aristotle dengan diberi dasar Agama Nasrani.

21
John Dewey (1859 – 1925)

22
John Dewey (1859 – 1925)

• Beliau mengusulkan falsafah haruslah dipandang sebagai


perjuangan manusia dalam melakukan penyesuaian antara
kumpulan tradisi yang membentuk akal manusia dengan
cita-cita politik yang baru.

Jadi falsafah adalah satu alat membuat penyesuian antara


yang lama dengan yang baru dalam sesuatu kebudayaan.

Menurut Dewey, sekolah haruslah berperanan sebagai


masyarakat dalam bentuk kecil.

Beliau ialah seorang penganut Mazhab Pragmatime, iaitu


satu aliran falsafah yang berpendapat nilai pengetauan
manusia haruslah diuji dalam kehidupan praktik.

23
Al-Farabi (874M-950M)

24
Al-Farabi (874M-950M)
Tulisan ahli falsafah Yunani seperti Plato dan
Aristotle mempunyai pengaruh yang besar terhadap
pemikiran ahli falsafah Islam. Salah seorang ahli
falsafah Islam yang terpengaruh dengan pemikiran
kedua tokoh tersebut ialah Al-Farabi

Al-Farabi banyak mengkaji mengenai falsafah dan


teori Socrates, Plato, dan Aristotle dalam usahanya
untuk menghasilkan teori serta konsep mengenai
kebahagiaan. Maka tidak hairanlah, Al-Farabi dikenali
sebagai orang yang paling memahami falsafah
Aristotle. Dia juga merupakan seorang yang terawal
menulis mengenai ilmu logik Yunani secara teratur
dalam bahasa Arab.

25
• Meskipun pemikiran falsafahnya banyak
dipengaruhi oleh falsafah Yunani tetapi beliau
menentang pendapat Plato yang menganjurkan
konsep pemisahan dalam kehidupan manusia.

• Menurut Al-Farabi, seorang ahli falsafah tidak


seharusnya memisahkan dirinya daripada sains dan
politlk. Sebaliknya perlu menguasai kedua-duanya
untuk menjadi seorang ahli falsafah yang
sempurna.

• Pandangan Al-Farabi ini sebenarnya mempunyai


persamaan dengan falsafah dan ajaran Confucius
yang meletakkan golongan ilmuwan pada tingkat
hierarki yang tertinggi di dalam sistem sosial
sesebuah negara.
26
• Berusaha menautkan sebab
dan akibat serta berusaha
mentafsirkan pengalaman-
pengalaman manusia (Omar
Al-Toumy Al-Syaibany, 1971).

27
Kamus Dewan

• Falsafah ialah pengetahuan tentang


pengertian-pengertian yang dianggap
sebagai ilmu yang tertinggi atau
sebagai dasar ilmu-ilmu lain.

• Berfalsafah ialah memikirkan secara


mendalam tentang sesuatu.

28
Prof. Dr. Khoo Kay Kim

• Ada dua makna;


• Resipi untuk kehidupan atau cara
ideal untuk menjalankan
kehidupan.
• Falsafah difahamkan sebagai
analisis
• Justeru Falsafah Sejarah – analisa
tentang pengertian sejarah

29
Bertrad Russell (1872 – 1970)

Mengikut beliau falsafah adalah


sebagai kritikan terhadap
pengetahuan. Falsafah memeriksa
secara kritik asas-asas yang
dipakai dalam ilmu dan dalam
kehidupan sehari-hari, dan mencari
sesuatu ketidakselarasan yang
terkandung dalam asas-asas itu.

30
1.4 Tokoh-Tokoh Falsafah
• Tokoh Falsafah Barat
 Phytagoras (572 - 492 SM)
 Socrates (469 – 399 SM)
 Plato (427 – 347 SM)
 Aristotle (384 – 322 SM)
 Cicero (106 – 43 SM)
 Thomas Hobbes (1588 – 1679)
 Immanuel Kant (1724 – 1804)
 Thomas Aquinas (1225 – 1274)
 John Wild (1948)
 John Dewey (1859 – 1925)

31
• Tokoh Falsafah Timur (Negara China)

 Konfucius
Manusia mesti memiliki satu garis panduan
tentang tingkah laku yg berdasarkan nilai-
nilai abstrak utk menjadi manusia yg
peribadi mulia). Lima nilai itu keserasian,
perikemanusiaan, kebolehpercayaan,
amanah dan bijaksanaan.
Aliran pemikiranya:Confucianism

 Mensius

 Lou Tzu dan Mo Tzu

32
• Tokoh Falsafah Timur (Negara India)
 Mahatma Gandi
 Rabindranath Tagore

• Tokoh Falsafah Islam


 Al-Khindi
 Al-Farabi
 Ibnu Sina (falsafah, astronomi, perubatan)
 Al-Ghazali (tokoh agung keilmua Islam yg
menguasai banyak bidang. Terkenal dgn
ilmu mantiknya-ilmu yg menerangkan
kebenaran dan kesamaran)

33
Falsafah Pendidikan
Kebangsaan

Pendidikan di malaysia adalah satu usaha yang


berterusan ke arah memperkembangkan potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang
dari segi rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
34
Falsafah Confucius
(Cina)

Sekiranya saya dengar, saya


lupa. Sekiranya saya lihat saya
ingat. Sekiranya saya buat saya
faham.

35
Falsafah Tabika Kemas
Meningkatkan kecemerlangan potensi
individu kanak2 secara menyeluruh,
seimbang dan bersepadu dan kemahiran
kanak-kanak ditingkatkan dengan
pemupukan dan pengukuhan amalan nilai-
nilai murni melalui usaha-usaha dan
program yang terancang dan berstruktur.
Usaha ini bertujuan melahirkan pewaris
cemerlang negara yang dibimbing dan
dididik dalam suasana persekitaran yang
sihat, ceria, selamat serta kerjasama erat
dari ibu bapa.

36
FALSAFAH PENDIDIKAN UNIVERSITI
(UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA)

Pendidikan di Universiti ini adalah


usaha berterusan untuk menerajui
program akademik yang
berorientasikan pasaran dan
berfokuskan pelajar menerusi
pembelajaran-melalui-pengalaman
(experiential learning) untuk
menghasilkan sumber manusia
terlatih dan profesional sebagai
pemangkin ke arah kemajuan negara
yang mampan

37
“ Kebahagian akan dicapai bagi
sesiapa yang dapat
mengalahkan nafsunya dan
kecelakaan akan menimpa
bagi sesiapa yang dikalahkan
oleh nafsunya.”

38
“ Semua manusia akan binasa
kecuali orang berilmu, semua
orang berilmu akan binasa
kecuali orang yg beramal dan
semua yang beramal juga akan
binasa kecuali org yang ikhlas

“ Beramal tanpa ilmu adalah


perkara sia-sia ”

39
Kesimpulan
Secara mudah, falsafah ialah
kebijaksanaan atau hikmah menggunakan
akal fikiran untuk mengetahui kebenaran
yang hakiki. Dalam bahasa Arab, perkataan
falsafah disamakan dengan istilah hikmah.
Dalam Al-Quran tidak terdapat perkataan
falsafah, tetapi ini bukanya bermakna yang
falsafah itu tidak ada dalam Al-Quran.
Sebenarnya dalam Al-Quran istilah hikmah
ini dibahaskan lebih daripada istilah
falsafah. Kedudukan Hikmah dalam Al-
Quran mempunyai nilai lebih tinggi
berbanding dengan falsafah.
Abdul Fatah Hasan (2007)

40
• Seorang yang berjalan kaki akan sampai ke
destinasinya jika ia terus berjalan dengan arah
yang betul.

Namun seorang yang mempunyai kenderaan


canggih dan mewah tidak akan sampai jika hanya
berada dalam kenderaannya sambil membelek-
belek kemewahan itu tanpa menggerakkannya ke
arah destinasi yang betul.
• PM Dr. Asri Bekas Mufti Perlis

41
Sekian .Terima kasih

42

Anda mungkin juga menyukai