Anda di halaman 1dari 32

BAB 4

PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI


ISI KANDUNGAN

1. KONSEP INSAN DALAM FALSAFAH MODEN


2. KONSEP INSAN DALAM FALSAFAH TAMADUN ISLAM
3. KONSEP INSAN DALAM FALSAFAH TAMADUN INDIA
4. KONSEP INSAN DALAM FALSAFAH TAMADUN CINA
5. HUBUNGAN TUHAN, ALAM DAN INSAN DALAM TRADISI AGAMA TIMUR
6. HUBUNGAN TUHAN, ALAM DAN INSAN DALAM TRADISI BARAT MODEN
7. INSAN DARI PERSPEKTIF FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir bab ini pelajar akan dapat :

• Menjelaskan konsep manusia menurut perspektif aliran pemikiran falsafah dan keagamaan.
• Menjelaskan fahaman-fahaman utama tentang asal-usul insan dan konsep-konsep utama
yang mencirikan keinsanan.
• Menghuraikan asal usul kejadian, sifat fitrah semulajadi serta peranan manusia sebagai
panduan ke arah pembentukan pandangan alam yang jelas dan sepadu dengan sistem
pendidikan negara.
• Menghubungkaitkan antara konsep manusia menurut pemahaman yang jelas dengan
pembentukan insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
KONSEP INSAN (PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI)

• Psikologi adalah berkaitan dengan ilmu jiwa. Oleh itu, falsafah berperanan penting dalam
membentuk jiwa manusia dengan melalui konsep insan.

• Memahami konsep insan dapat membantu kita ke arah mencari kesempurnaan dalam kehidupan
yang lebih bermakna berpandukan kepada konsep insan seperti yang difikirkan oleh ahli-ahli
falsafah.
Seperti Socrates –‘the unexamined life is not worth living’.
KONSEP INSAN (PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI)

• Konsep insan atau psikologi merupakan salah satu isu yang menjadi perbahasan dalam
kalangan ahli falsafah terdahulu.
• Perbahasan konsep insan telah dikupas oleh tokoh falsafah Yunani, antaranya Plato
(427SM-347SM) dan Aristotle (384SM-322SM) kerana ia merupakan salah satu topik
perbincangan dalam disiplin ilmu falsafah.
• Disiplin ilmu falsafah diserap ke dalam khazanah ilmu Islam semasa Islam mencapai
ketamadunan yang tinggi ketika pemerintahan khalifah Umaiyyah dan Abbasiyyah
melalui proses penterjemahan karya-karya Yunani ke dalam bahasa Arab.
KONSEP INSAN DARI FALSAFAH BARAT
1. Zaman Klasik (Peradaban Yunani) –
Falsafah Greek, Aristotle mengatakan :
• Aristotle (384SM-322SM) melihat manusia sebagai makhluk atau kehidupan
yang berfikir.
‘Man is a rational being' (manusia sebagai individu rasional).

• Pemikiran/ akal fikiran yang rasional - merupakan ciri utama pengenalan


sebagai manusia/keistimewaan yang dimiliki manusia.
• Pemikiran rasional dapat membezakan antara manusia dan haiwan.
• Manusia bersifat logosentrisme (berpusatkan kepada akal
fikiran yang bersifat rasional dan intelektual semata-mata).
• Pandangan ini dikritikkerana bersifat logosentrisme iaitu melihat
manusia berpusatkan akal fikiran rasional dan intelektual semata-mata.
KONSEP INSAN DARI TRADISI BARAT
• Konsep insan dilihat daripada Zaman Klasik (Peradaban Yunani), Zaman
Pertengahan (penguasaan gereja Romawi) & Zaman Moden (kemunculan gerakan
Renaissance)

• Konsep insan menurut Barat hanya melihat insan dari aspek material semata-mata tanpa
dikaitkan dengan agama.
• Konsep yang dibawa oleh Barat lebih menjurus kepada pengenalan berkaitan hakikat dan
tabiat insan dari sudut fizikal tanpa melihat dari sudut spiritual.

• Menurut pemikir Barat:

• manusia adalah individu yang berfikir dengan menonjolkan dimensi rasionalnya.


• manusia adalah individu yang bersifat ramah yang mana menonjolkan naluri interaksi
sosialnya.
• manusia adalah makhluk yang datang dari langit ke bumi iaitu tentang Adam.
• manusia adalah makhluk yang wujud ditakrif berdasarkan kepada teori evolusi.
KONSEP INSAN DARI FALSAFAH BARAT

• Friedrich Nietzsche (1844M-1900M), ahli falsafah Jerman mengatakan:


 Aspek yang paling menarik tentang konsep insan/kemanusiaan ini bukanlah bersifat
logosentrik, bahkan berteraskan kepada emosi manusia yang mungkin tidak bersifat
rasional.

• Konsep insan/manusia berteraskan kepada emosi dan intuitif manusia yang mungkin
tidak bersifat rasional (kehendak / kemahuan diri – will power)
• “Greek literature is interesting because it presents a different side of man. It gives us
a picture of the dark side of humanity.”

• Mencabar konsep “Man is a rational being” dan menganjurkan bahawa “man as


having to adapt scientific approach of life”
'Peranan manusia: menolak perdebatan rasional dalam kehidupan'.
KONSEP INSAN DARI FALSAFAH BARAT

2. Falsafah Barat Zaman Pertengahan (Kristian Abad Pertengahan - penguasaan


gereja Romawi)

• Zaman ini dipengaruhi fahaman agama khususnya Kristian.


• Konsep manusia banyak dipengaruhi oleh fahaman agama khususnya agama
Kristian.
• Manusia dilihat sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang seharusnya patuh kepada hukum-
hukum Tuhan.
• Menghurai konsep manusia (asal usul, peranan, sifat dan ciri-ciri) - dilihat dari
perspektif keagamaan.
KONSEP INSAN DARI FALSAFAH BARAT

3. Falsafah Barat Zaman Moden (kemunculan gerakan Renaissance)

• Fahaman eksistensialis oleh Jean Paul Sartre (1905M-1980M) menganggap manusia itu
lahir tanpa panduan dalam hidup dan tanpa sifat kerohanian. Tugas manusia di dunia
ialah untuk mencari makna dalam kehidupannya sendiri.

• Muncul aliran lain seperti sekularisme, komunisme, liberalism, skeptisme, sosialisme,


hedonisme, feminisme dan pelbagai lagi.
KONSEP INSAN DARI FALSAFAH BARAT

• Sosialisme juga melihat manusia berdasarkan falsafah materialisme yang menganggap bahawa
dunia ini tidak ada selain material atau nature (alam). Oleh itu, manusia adalah makhluk
alamiah. Segala usaha manusia didorong oleh nafsu alamiah iaitu dorongan untuk hidup.

• Selain itu, falsafah materialisme berpandangan bahawa elemen yang terpenting bagi manusia
bukanlah akal atau roh sebaliknya terletak pada dimensi usahanya.

• Golongan rasionalis seperti Descartes serta kalangan pemikir-pemikir Barat yang berpandangan
bahawa manusia mempunyai kelebihan daripada haiwan terutama pada aspek akalnya.
KONSEP INSAN DARI FALSAFAH BARAT

• Kumpulan pemikir eksistensialis seperti Sartre, Buber dan Tillich pula menyatakan bahawa
manusia mampu menyedari apa yang mereka lakukan dan bertanggungjawab ke atas tindakan
tersebut.

• Oleh itu, mereka beranggapan bahawa manusia memiliki kemampuan yang tinggi. Manusia
bukan sahaja digerakkan oleh dorongan biologinya sahaja, tetapi juga terdapat keinginan dalam
diri manusia untuk mengembangkan dirinya sampai ke bentuk yang ideal - untuk memenuhi
dirinya (self-actualization). Bagi mereka, manusia adalah makhluk yang unik, rasional,
bertanggungjawab dan memiliki kesedaran.
KONSEP INSAN DARI TRADISI TIMUR

• Beberapa istilah merujuk kepada manusia : al-insan, al-Nas, al-Ins, al- Basyar, Bani Adam.

• Manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang terbaik sebagai hamba dan khalifah (memikul
amanah/tanggungjawab) di muka bumi berbekalkan akal fikiran yang dianugerahkan.

• Bagi menepati tujuan penciptaan tersebut, insan haruslah mengenal konsep dirinya dan
mengetahui sejauh mana potensi yang dimiliki bagi memastikan setiap tindakan dan
perlakuannya adalah yang terbaik dan sempurna, selaras dengan tujuan penciptaannya.
KONSEP INSAN DARI TRADISI TIMUR
1. Berteraskan agama Islam

• Konsep manusia menurut perspektif Islam - Manusia pada asal kejadiannya terdiri daripada dua
unsur utama iaitu jasad dan roh.
• Kedua-dua unsur ini mempunyai keunikan dan keistimewaan yang tersendiri yang akhirnya
akan membentuk personaliti seseorang manusia.
• Di samping dua unsur ini, manusia juga dibekalkan oleh Tuhan dengan beberapa elemen lain
seperti hati, akal, roh dan nafsu.
• Peranan manusia:
• Hubungan dengan Tuhan
• Hubungan dengan sesama manusia dan alam seluruhnya.
• Peranan manusia sebagai khalifah yang diberi hak menguruskan dan mentadbir alam dunia
seperti menjaga alam sekitar.
KONSEP INSAN DARI TRADISI TIMUR

2. Berteraskan agama Hindu

• Ajaran Hindu menyatakan manusia pertama ciptaan Tuhan dalam ajaran agama Hindu ialah
Syayambhumanu yang bermaksud makhluk berfikir yang mengembangkan dirinya sendiri.
• Manusia dianggap sebagai suatu kejadian yang mempunyai roh atau jiwa iaitu Atman
(individual soul)
• Atman yang menggerakkan raga atau tubuh manusia.
• Atman merupakan percikan dari Brahman yang dianggap sebagai alam ketuhanan (the
divine).
KONSEP INSAN DARI TRADISI TIMUR

 Konsep Kelahiran Semula (Re-birth)

• Bentuk dan sifat manusia dilahirkan semula bergantung kepada apa yang
dilakukannya di muka bumi ini.
• Sekiranya manusia melakukan perkara baik maka dia akan mendapat balasan baik dan
dilahirkan dalam bentuk yang lebih baik.
• Konsep insan dilihat dari sudut etika yang merujuk kepada suruhan kepada manusia
supaya melakukan tindakan yang baik untuk mencapai darjat yang lebih tinggi atau
kesejahteraan dalam hidupnya.

• Dari aspek ini, konsep insan dilihat dari sudut metafizik (kelahiran semula) dan etika
(suruhan kebaikan).
• Mencapai tahap Moksha (Ultimate aim).
KONSEP INSAN DARI TRADISI TIMUR
3. Berteraskan ajaran Buddhisme

• Konsep Tuhan dan manusia adalah berbeza.


• Berlandaskan etika dan moral dalam kehidupan.
• Kehidupan ini adalah kesengsaraan dan penderitaan.
• Realiti kehidupan ialah manusia akan sentiasa menghadapi penderitaan dan ini adalah keadaan
semula jadi kehidupannya.
• Manusia boleh melakukan sesuatu untuk melepaskan diri daripada kesengsaraan iaitu perlu
memahami hakikat sebenar kehidupan dan bertindak mengikut realiti.
• Tiada yang kekal dan semuanya akan berubah. Kebergantungan kepada sesuatu yang tidak
kekal akan membawa kesengsaraan.
• Selagi tidak sempurna, selagi itu manusia tidak mencapai nirvana dan akan dilahirkan semula
dan mengalami kitaran kesengsaraan hidup.
• Mencapai tahap nirvana (ultimate aim).
KONSEP INSAN DARI TRADISI TIMUR

4. Berteraskan Fahaman Konfusianisme


• Bukan berteraskan agama atau bersifat wahyu.
• Menekankan prinsip etika yang harus diikuti dalam mencapai kebahagiaan.

• Amalan nilai dan sifat mulia : kemanusiaan (ren), kesusilaan (li), ketaatan kepada ibu
bapa (xiao).
Contoh:
 Anak harus menghormati ibu bapa
 Mentadbir alam dengan adil dan saksama dan lain-lain

• Menumpukan lima hubungan utama sebagai teras etika hubungan sesama manusia.
KONSEP INSAN DARI TRADISI TIMUR

5. Berteraskan Konsep Taoisme


• Tao adalah sesuatu yang tidak boleh dilihat ataupun disamakan dengan apa-apa
kewujudan yang ada dan tidak boleh diberikan gambaran yang jelas.
• Manusia haruslah dilihat dalam konteks hubungannya dengan alam sekitar.
Menghormati alam akan mencapai kebahagiaan di dalam kehidupannya.

• Konsep wu wei .
• Tindakan yang selari dengan aliran/ fitrah alamiah / act in accordance with the
nature flow.
• Manusia tidak seharusnya meletakkan kepentingan dirinya atau egonya
dalam melakukan sesuatu tindakan.
• Hubungan manusia dengan alam dan kefahaman tentang sifat dengan alam
manusia serta hubungannya adalah penting dalam fahaman Taoisme.
FIZIKAL-MATERIAL

• Charles Darwin melihat ciri manusia daripada sudut biologi melalui perbandingan di antara
manusia dengan haiwan. Hasil kajian beliau tentang manusia telah melahirkan teori evolusi.
• Sarjana Barat lain yang membicarakan manusia, seperti Sigmund Freud dengan teori
psikoanalisis, B.F. Skinner (1971) dengan teori behaviorisme, Carl Rogers yang cukup
terkenal dengan teori fenomenologi humanistik dan Abraham H. Maslow (1970) dengan hierarki
keperluan.
• Kajian sarjana-sarjana diatas berkaitan identiti manusia hanyalah berkisar kepada
aspek fizikal manusia tanpa menyentuh elemen kemanusiaan yang lain, seperti
elemen rohani dan sebagainya. Pola kajian sebegini menunjukkan sarjana barat yang
mengkaji tentang identiti manusia telah mengasingkan elemen-elemen yang wujud
dalam diri manusia. Pengasingan ini akhirnya tertuju kepada penafian mereka
terhadap komponen bukan-fizikal.
• Menurut pemikiran Barat pembangunan fizikal/material hanya dalam aspek kebendaan
dan persekitaran fizikal sahaja tanpa mengambilkira faktor-faktor manusiawi dan spiritual.
FIZIKAL-MATERIAL

• Al-Ghazali menekankan keseimbangan rohani dan jasmani. Manusia terdiri daripada


komponen fizikal dan spiritual, namun lebih menekankan aspek spiritual atau dalaman.
• Al-Quran menyebut manusia sebagai khalifah di bumi Allah. Manusia terdiri daripada lima
komponen utama iaitu ruh, qalb, nafs, aql dan jasad.
• Bentuk fizikal roh yang sebenar tidak difahami oleh manusia. Namun, manusia
bertanggungjawab untuk sentiasa membersihkan rohnya agar diri manusia dalam keadaan
yang baik serta mendapat kejayaan.
• Menurut konsep Hindu, manusia adalah kesatuan antara badan jasmani dan jiwa (atman).
Manusia sebagai makhluk Tri Pramana kerana memiliki tiga kemampuan utama iaitu berfikir,
berkata dan berbuat, yang menyebabkan ia berbeza dengan makhluk lainnya.
• Dengan kemampuan berfikir, berkata dan melakukan, manusia melakukan perbuatan baik dan
perbuatan buruk yang disebut subha asubha karma. Dengan mengutamakan perbuatan baik
iaitu subha karma inilah manusia mampu menolong dirinya sendiri, mengangkat dirinya dari
kesengsaraan.
FIZIKAL-MATERIAL

• Menurut agama Buddha, terjadinya bumi dan manusia, khususnya tentang manusia
pertama yang muncul, bukanlah hanya seorang atau dua orang, tetapi banyak.
• Menurut pandangan Buddha, kehidupan atau kelahiran manusia bukan sekali saja, tetapi
telah berlangsung berulang-ulang kali hidup di bumi ini dan juga di dunia yang lain.
• Manusia atau makhluk hidup berpindah-pindah dari sebuah bumi ke bumi yang lain.
Perpindahan kehidupan manusia dari sebuah bumi ke bumi yang lain disebabkan bumi
yang dihuninya telah hancur lebur atau kiamat.
SPIRITUAL-ROHANI

Menurut Al-Ghazali, roh terbahagi kepada dua maksud :

 al-ruh merupakan suatu jisim halus yang daripada rongga hati jasmani. Roh tersebar
di seluruh badan dengan perantaraan urat-urat dan otot. Hasil daripada
perjalanan roh itulah, ia menghidupkan perasaan, penglihatan, dan pendengaran.
 Bersifat halus dan menakjubkan sehinggakan akal pemikiran manusia tidak dapat
menandinginya.
 Kerohanian adalah unsur-unsur manusia yang meliputi kepada nafsu, roh, akal. Hati
adalah unsur penting di dalam mempengaruhi sikap, perwatakan dan personaliti
seseorang.
 Dari sudut rohani manusia, hati merupakan pusat segala tindakan manusia. Menerusi
hati tindakan yang baik atau buruk akan terzahirkan. Oleh yang demikian, peranan
akal di sini amatlah perlu di dalam membangunkan hati menerusi pencarian ilmu
yang membawa kepada Pencipta.
 Manakala nafsu menurut al-Ghazali adalah keinginan dalam diri makhluk yang
bernafas. Hasil daripada pembersihan hati menerusi pencarian ilmu, keinginan atau
nafsu mampu dikawal.
SPIRITUAL-ROHANI

• Descartes adalah orang pertama di akhir abad pertengahan yang telah menyusun perbahasan
yang kuat dan jelas (distinct) yang menyimpulkan bahawa asas falsafah haruslah akal fikiran
dan bukannya perasaan, keimanan, ayat-ayat suci dan bukan sumber-sumber lainnya.
• Descartes menjelaskan manusia terdiri dari dua dimensi yang berbeza iaitu jiwa dan tubuh,
dan sifatnya sebagai komposisi dan membentuk sebuah kesatuan yang sangat erat (intimate
union). Bagaimana non-material dengan material dapat bersatu.
• Menurut Hobbes, jiwa adalah material kerana ia berada di dalam badan. Dan pengertian
material menurut Hobbes ialah segala sesuatu yang dapat diukur, dan yang dapat diukur
adalah segala sesuatu yang dapat kita lihat. Lebih ekstrim menurut Hobbes, jika Tuhan ada
maka Ia dalam bentuk material.
• Hobbes berpendapat tidak ada pemisahan antara jiwa dengan tubuh, menurutnya, jiwa dan
tubuh adalah satu-kesatuan.
SPIRITUAL-ROHANI
• Locke membincangkan bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan. Beliau setuju
dengan pandangan dualisme-cartesian, manusia terdiri dari jiwa dan tubuh (mind and body).

• Menurutnya, pemikiran (jiwa) manusia ketika baru lahir adalah seperti lembaran kertas,
pengalaman yang dilalui akan tercatat di atas kertas tersebut, dan apa yang dicatat oleh
pengalaman inilah yang diketahui oleh akal - dengan kata lain manusia memperolehi
pengetahuan paling awal berdasarkan pengalaman empiris.

• Menurut Locke, yang membezakan antara manusia dengan manusia lain adalah jiwanya. Dasar
identiti manusia ialah jiwa. Untuk mencari identiti manusia, perlu dibezakan antara man
(sering terjemahkan dengan manusia) dengan person (orang). Jiwa selalu berubah di dalam
ruang dan waktu.

• Manakala Buddha lebih fokus pada hukum spiritual alam semesta untuk mencapai
pencerahan diri sehingga sampai pada akhir nafsu yang menyebabkan semua penderitaan,
kelahiran, usia, tua, penyakit, kematian, kepedihan, ratapan dan keputusan.
INSAN DARI SUDUT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

• Konsep insan di dalam FPK menekankan konsep insan sejahtera yang dirujuk melalui
JERI
• J =Jasmani (Aspek fizikal)
• Manusia perlu mempunyai tubuh badan yang perlu dipelihara untuk mencapai
kesejahteraan dalam kehidupan kerana aspek minda, pemikiran, kerohanian dan
sebagainya tidak dapat digunakan secara optimum jika tubuh badan tidak berada
dalam keadaan yang baik.
• E = Emosi
• Mencerminkan konsep insan yang memberi perhatian kepada aspek emosi
manusia. Jika emosi terganggu, manusia dihinggapi kemurungan disebabkan
emosi tidak stabil.
• R = Rohani
• Penekanan dalam fahaman dan amalan keagamaan. Setiap agama mempunyai
amalan-amalan tersendiri demi membina kerohanian yang lebih baik dan kukuh.
• I = Intelek
• Menekankan keupayaan akal fikiran yang lebih kreatif, kritis dan tajam demi
mencapai ilmu yang lebih luas dan mendalam. Sistem Pendidikan yang sangat
mementingkan aspek intelektual.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

• Agenda utama dalam sesebuah pendidikan ialah perubahan dan tranformasi diri individu
dari satu tahap ke satu tahap. Perubahan dan tranformasi ini tidak akan terlaksana tanpa
melibatkan pembangunan insan yang perlu direncanakan mengikut acuan FPK.

• Pembangunan insan yang seimbang dan holistik tidak akan meminggirkan mana-mana
aspek bahkan akan digabungjalinkan agar dapat melahirkan insan yang mempunyai
pegangan agama, nilai-nilai murni serta berkemahiran.

• Berdasarkan kepada FPK, matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan manusia yang
seimbang dan harmonis dari semua aspek kemanusiaan. Maka di dalam pernyataannya
terdapat unsur-unsur penting yang berkaitan dengan pembangunan insan iaitu
membangunkan intelek, membangunkan rohani dan emosi serta membangunkan jasmani.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

• Kesan daripada globalisasi, dunia semakin jauh dengan nilai-nilai kemanusiaan. Jika
sekularisasi berjaya memisahkan manusia dengan agama tetapi liberalisasi lebih
membimbangkan dan parah.
• Ancaman liberalisasi yang paling merbahaya ialah serangan pemikiran dan budaya.
Liberalisasi muncul daripada fahaman hak kebebasan manusia seperti hak berucap,
hak menerbit atau menulis, hak memilih agama atau sebagainya.
• Maka, kekuatan FPK yang berpaksikan kepada kepercayaan kepada Tuhan akan dapat
menghakis pengaruh negatif kesan daripada globalisasi ini.
KESIMPULAN

• Usaha manusia untuk mendefinisikan dan memberikan hakikat tentang dirinya adalah
bertujuan untuk mencari perbezaan yang mendasar antara manusia dengan makhluk lain.
• Ini kerana setiap makhluk yang hidup mempunyai perjalanan hidup yang sama iaitu
diciptakan-hidup dan kemudiannya berakhir-mati.
• Maka perbezaan yang mendasar antara manusia dengan yang lain adalah pada fungsi dan
fakulti mereka.
• Konsep kebahagiaan dan kesejahteraan hidup manusia tidak boleh dipisahkan dari aspek
keseimbangan dan keharmonian jasmani, emosi, rohani dan intelek.
• Oleh kerana manusia dibekalkan dengan akal yang menjadi keunikan mereka berbanding
dengan makhluk yang lain, maka manusia mempunyai tanggungjawab memikul amanah untuk
menjaga kelestarian benda hidup serta mengurus tadbir benda-benda yang mati seterusnya
membina peradaban yang harmoni.
RUJUKAN
Dzulkifli Abdul Razak. (2019). Essay on Sejahtera: Concept, principle
and practice. Gombak: IIUM Publisher.
Wollf, Robert Paul. 1992. About Philosophy. New Jersey: Prentice
Hall,Inc.
Dzulkifli Abdul Razak (2015). Nurturing a Balanced Person. Kuala
Lumpur: ITBM.
Maritain.J.(2005). An Introduction to philosophy (E.I.Watkin,Trans.)
New York: Rowman & Littlefield Publishers.
Van Cleave, Matthew J. (2016). Introduction to Logic and Critical
Thinking. Lansing Community College.
Hales, Steven D. (2013). This is Philosophy. UK: John Wiley and Sons
Inc.
Noor Hisham Md Nawi (Ed)(2021). Modul Falsafah Dan Isu Semasa.
Penerbit Universiti Malaysia Kelantan: Kota Bahru.
RUJUKAN
Graham Priest. (2000). Logic: a very short introduction. New York:
Oxford University Press.
Abdul Rahman Md. Aroff (1999). Pendidikan Moral: Teori Etika Dan
Amalan Moral. Penerbit Universiti Putra Malaysia: Serdang.
Nor Hanani Ismail, Rukhaiyah Abd. Wahab, Syahrina Abbdullah, Mohd
Hazim Shah Abdul Murad (Ed)(2021). Falsafah Dan Isu Semasa.
Penerbit Universiti Utara Malaysia: Sintok.
Mahadi Abu Hassan, Norliah Kudus, Ahmad Ridzwan, Shahrulanuar
Mohamed (2021). Modul Falsafah Dan Isu Semasa. Penerbit UTeM:
Melaka.
Eow Boon Hin (2000). Pendidikan Moral. Pearson Education Malaysia:
Petaling Jaya.
Nazaruddin Haji Mohd Jail, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah
& Ismail Hj Mohd Rashid. (2010). Malaysian Studies: Nationhood and
Citizanship (Translated & Adapted by Wong Fook Khoon). Petaling
Jaya: Prentice Hall.
RUJUKAN
Adamson, Peter. (2016). What is metaphysics anyway? Access from
http://philosophynow.org/issues/117/What_is_Metaphysics_Anyway.
Taper, M.L., & Lele, S.R. (2010). The nature of scientific evidence:
statistical, philosophical, and empirical considerations. London:
University of Chicago Press.
Malaysia. (2002). Federal Constitution. Petaling Jaya:International Law
Book Services.
Wu Min Aun. (1999). The Malaysian Legal System (2nd edition). Petaling
Jaya:Addison Wesley Longman Malaysia.
John Funston (ed). (2001). Government and Politics in Southeast Asia.
Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
Hng Hung Yong. (1998). CEO Malaysia: Strategy in Nation-Building.
Malaysia:Pelanduk Publication.

Anda mungkin juga menyukai