Anda di halaman 1dari 50

FALSAFAH DAN ISU SEMASA

BAB 4 : PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI


GENERAL STUDIES DEPARTMENT
SUNWAY COLLEGE
KUALA LUMPUR
BAB 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

HASIL PEMBELAJARAN

1) Menjelaskan tentang asal usul insan dan konsep manusia menurut perspektif aliran
pemikiran falsafah dan keagamaan.
2) menghuraikan hubungkait di antara konsep tuhan, insan dan alam serta mencerakin
konsep insan sejahtera melalui perlembagaan insan yang seimbang dari aspek jasmani,
emosi, rohani, intelektual (JERI).
3) Menganalisis konsep Insan Sejahtera dalam mendepani krisis kemanusiaan diperingkat
lokal, nasional dan global.
BAB 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

BAHAGIAN 4.1

• ASAL USUL INSAN


• HAKIKAT DA N SIFAT INSAN
PENGENALAN
BAB 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

PENGENALAN

• Para failasuf (ahli falsafah) sama ada Barat atau Timur mempunyai falsafah tersendiri mengenai manusia
hasil daripada penelitian mereka terhadap pengalaman dan kehidupan manusia.
• Dari sudut sejarah, ahli falsafah Greek silam dan juga Falsafah ketimuran ataupun oriental philosophy
telah menggunakan pemikiran falsafah untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan dalam
kehidupan.
• Ilmu masyarakat atau lebih dikenali sebagai sosiologi merupakan ilmu bagi mengkaji berkenaan manusia
yang berhubungan dengan persekitaran atau kajian berkaitan hubungan antaramanusia dan
kelompoknya.
• Psikologi adalah berkaitan dengan ilmu jiwa dan falsafah berperanan penting dalam membentuk jiwa
manusia dengan melalui konsep insan
ASAL USUL INSAN
ASAL USUL INSAN

1) Aliran Pemikiran Barat - Falsafah Greek, Aristotle

• Menurut Aristotle ‘man is a rational animal’ atau


Logosetrism iaitu manusia adalah insan atau kejadian
yang berfikir.
• Oleh itu, pemikiran rasional menjadi ciri utama seorang
insan yang membezakan antara manusia dan haiwan.

aristotle-3.jpg (1000×1339) (yimg.com)


ASAL USUL INSAN

2) Aliran Pemikiran Barat – Zaman Pertengahan

• Zaman ini, konsep manusia banyak dipengaruhi oleh fahaman agama


khususnya agama Kristian.
• Mereka menjelaskan konsep insan dan sifat kemanusiaan dari perspektif
keagaamaan iaitu manusia adalah makhluk Tuhan dan ciptaan Tuhan.
• Oleh itu, manusia harus patuh kepada hukum-hukum Tuhan.
ASAL USUL INSAN

3) Aliran Pemikiran Barat – Falsafah Jerman, Friedrich Nietzsche

• Nietzsche telah mengkritik pemikiran Aristotle dan menurutnya aspek


yang lebih menarik tentang konsep insan atau kemanusiaan ini
bukanlah bersifat logosentrik.
• Menurutnya, konsep insan berteraskan kepada emosi manusia yang
mungkin tidak bersifat rasional.
• Beliau mengatakan insan atau kemanusiaan seperti yang terdapat
dalam sastera Greek silam/kuno di mana aspek kemanusiaan
bukannya berteraskan akal fikiran yang rasional sebaliknya
berteraskan emosi manusia yang mungkin tidak bersifat rasional.
1_C8ZAGjKjLRRoVoeOZayp5g.jpeg (
1280×1280) (awebic.com)
‘Greek literature is interesting because it presents a different side of
man. It gives us a picture of the dark side of humanity’ (Nietzche)
ASAL USUL INSAN

4) Ahli Falsafah Counter-Enlightenment (era pencerahan)

• Golongan Counter-Enlightenment juga mencabar konsep ‘man as rational being’


dan ‘man as having to adopt a scientific approach towards life’.
• Golongan ini menekankan aspek-aspek emosi dan intuitif (kesedaran yangg
disebabkan oleh gerak hati (bukan dgn berfikir). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
• Aspek-aspek tersebut akan berlaku dalam kehidupan dan dalam sifat insan itu
sendiri.
ASAL USUL INSAN

5) Aliran Pemikiran Barat – Zaman Moden

• Fahaman Existentialisme dibawa oleh ahli falsafah seperti Jean Paul Sarte.
• Fahaman ini mengganggap bahawa manusia yang dilahirkan tidak mempunyai
apa-apa panduan dalam hidup.
• Manusia juga dikatakan tidak mempunyai sifat kerohanian yang semula jadi.
• Tugas manusia apabila berada di dunia ialah mencari makna dalam kehidupan
sendiri.

RUMUSAN
Konsep insan dalam falsafah Barat bukan sesuatu yang bersifat sealiran atau
monolitik (kesatuan yang besar) tetapi falsafah Barat juga terdapat kepelbagaian
kefahaman konsep insan.
ASAL USUL INSAN

6) Insan/manusia dalam Islam


a) Berlandaskan ajaran agama Islam

• Menurut pandangan Islam manusia terdiri daripada gabungan


roh dan jasad.
• Alam kerohanian penting berbanding alam kebendaan
disebabkan alam rohani memiliki elemen ketuhanan.
• Semua perlakuan atau perbuatan manusia berpunca daripada
niat dalam diri dalamannya iaitu hati.
• Manusia telah ditentukan tujuan kejadian dan kehidupannya
di dunia oleh Tuhan iaitu beribadat kepada Allah SWT dan
9cRgnby9i.jpg (1600×1200) (clipartbest.com)
menjadi khalifah (pemimpin).
• Insan atau manusia tidak boleh dipisahkan dari hubungan
dengan Tuhan, hubungan dengan manusia dan manusia
dengan alam.
ASAL USUL INSAN

SAMBUNGAN

b) Manusia sebagai hamba (Man is a servant of Allah)


• Maksudnya manusia harus patuh kepada perintah Allah SWT.
• Seorang hamba tidak boleh melanggar peraturan yang telah ditentukan oleh Allah
SWT.

c) Manusia sebagai khalifah (man is a vicegerent of Allah)


• Manusia berfungsi dan berperanan sebagai pentadbir alam.
• Manusia mesti menjalankan amanah dan memikul tanggungjawab.
• Manusia harus menjaga alam sekitar
ASAL USUL INSAN

SAMBUNGAN
d) Manusia mempunyai hawa nafsu berdasarkan pandangan Imam Al-Ghazali
Merupakan nafsu paling jahat yang mengajak
AMMARAH manusia melakukan kejahatan demi
(JAHAT) keseronokan. Manusia yang ini tidak menyesal
dengan perbuatanya.

Manusia ini melakukan kejahatan dan merasa


LAWAMMAH menyesal dengan perbuatannya. Manusia
(PENYESALAN)
seperti mudah tersedar apabila diberi teguran.

Manusia mempunya hati yang suci dan tenang


MUTAMAINNAH walaupun ada musibah yang berat. Individu ini
(KETENANGAN) sangat mudah melakukan kebaikan seperti
bersedekah.
ASAL USUL INSAN

7) Insan/manusia dalam pemikiran falsafah India

a) Insan berdasarkan ajaran Hindu


• Menurut agama Hindu manusia dianggap sebagai kejadian yang
mempunyai roh atau jiwa yang diistilahkan sebagai Atman (Individu
soul).
• Atman yang menggerakkan raga atau tubuh manusia.
• Atman bergabung dengan Brahman mungkin boleh dianggap sebagai
alam ketuhanan (the devine).

b) Kefahaman kelahiran semula (Re-birth)


• Mengikut fahaman ini bentuk dan sifat manusia yang dilahirkan semula
bergantung kepada apa yang dilakukan di bumi.
• Jika manusia melakukan kebaikan dalam hidupnya, maka dia akan
mendapat balasan baik dan dilahirkan dalam bentuk lebih baik.
• Jika manusia melakukan kejahatan, maka dia akan dilahirkan semula www.himalayanacademy.com
dalam bentuk yang lebih rendah martabatnya.
ASAL USUL INSAN
8) Insan/manusia dalam falsafah Cina
a) Insan dalam fahaman Buddhisme
• Menurut Buddisme kehidupan ini adalah kesengsaraan dan penderitaan.
• Maksudnya, realiti kehidupan manusia akan sentiasa menghadapi penderitaan
• dan ia adalah semula jadi.
• Manusia boleh membebaskan diri daripada penderitaan dan kesengsaraan itu .

Bagaimanakah cara untuk


bebas dari sengsara?

3. Prinsip etika yang terdapat dalam


1. Menghadapi dan ‘Eight Fold Path’, untuk
memahami apakah realiti membebaskan manusia dari
sebenar kehidupan dan kesengsaraan. Selagi mana manusia
bertindak mengikut realiti itu tidak mencapai kesempurnaan, dia
tidak akan mencapai nirvana (darjat
2. Tidak bergantung kepada paling tinggi)
dunia, kebendaan, manusia,
pangkat, kekayaan kerana
tidak kekal
ASAL USUL INSAN

b) Insan dalam fahaman Konfusianisme


• Fahaman ini bukan bersifat agama ataupun wahyu
• Menekankan prinsip-prinsip etika yang harus diikuti dalam usaha mencapai kebahagiaan.

• Menghormati kedua ibu bapa

• Tidak harus melawan ataupun menyakiti ibu PRINSIP


bapa -
• Berkhidmat dan membahagiakan ibu bapa PRINSIP
ETIKA
• Mentadbir masyarakat dengan adil dan
saksama
ASAL USUL INSAN

c) Insan dalam fahaman Taoisme


• Tao mempunyai kaitan dengan mother nature.
• Tao adalah sesuatu yang tidak • Manusia haruslah dilihat dalam konteks hubungannya dengan alam
boleh dilihat atau disamakan atau sekitar.
digambarkan dengan apa-apa • Manusia harus wujudkan hubungan harmoni dengan alam sekitar dan
memelihara untuk kesejahteraan diri.
kewujudan, ‘the concept Tao is
• Alam sekitar dikaitkan dengan sifat feminine (sifat keibuan) dan
something that indefinable and manusia tidak boleh melakukan hal yang bertentangan dengan alam.
ineffable’ • Contohnya, tidak boleh melakukan hal yang akan merosakkan alam.

• Konsep Wu Wei adalah bertindak • Yin dan Yang iaitu keseimbangan antara prinsip Yin (feminin) dan
mengikut aliran ataupun mengikut Yang (maskulin).
fitrah ‘act in accordance with the • Keseimbangan merupakan elemen penting untuk keharmonian.
natural flow’ • Jika tidak seimbang ianya dianggap mengalami kekurangan.
• Manusia tidak boleh mementingkan • Yin dan Yang dalam apa jua keadaan adalah penting untuk
diri atau egoism dalam melakukan mengimbangi insan dalam menjalani kehidupan.
sebarang tindakan. • *masukan contoh??
HAKIKAT DAN SIFAT INSAN
HAKIKAT DAN SIFAT INSAN

HAKIKAT DAN SIFAT INSAN/MANUSIA

• Hakikat merupakan sesuatu yang sudah nyata dan tidak dapat


dinafikan lagi kebenaran kenyataan.
• Sebagai contoh, kita mengetahui bahawa manusia (clipartkey.com)

memerlukan makanan untuk hidup. (Kamus Pelajar Edisi


Kedua)
• Kebenaran dapat membuatkan kehidupan lebih selesa, aman,
bahagia dan sejahtera.
• Kebenaran dapat ditunjukkan melalui sifat-sifat insan yang
jujur dan berdisiplin dalam melakukan sesuatu perkara,
walaubagaimanapun manusia mempunyai karenah serta
perangai dan perlakuan yang pelbagai. (gettyimages.com)
HAKIKAT DAN SIFAT INSAN

SAMBUNGAN

• Sifat insan adalah sentiasa bertanggungjawab terhadap


agama dan bangsa dengan melakukan segala kebaikan
dimuka bumi ini
• Sifat insan kepada orang adalah sentiasa membantu dreamstime.com

sesama insan, bertolak ansur dan hormat-menghormati


antara satu sama lain
• insan juga perlu menjaga tumbuhan serta memelihara
haiwan dan menghindari pencemaran alam seperti
pencemaran bunyi asap dan alam sekitar
TEORI HAKIKAT MANUSIA

TEORI HAKIKAT MANUSIA Teori Psikoanalisis

• Manusia adalah kata kunci (keyword) Teori Behavioristik


yang mesti difahami terlebih dahulu
jika kita mahu memahami pendidikan. Teori Humanistik
• Atas sebab ini, adalah perlu untuk
melihat dengan lebih terperinci
beberapa pandangan tentang hakikat
manusia.
TEORI PSIKOANALISIS

Teori Psikoanalisis
• Pandangan ini telah di perkenalkan oleh Sigmund
Freud.
• Teori psikoanalisis merupakan teori yang berusaha
untuk menjelaskan tentang hakikat dan
perkembangan keperibadian manusia
• Manusia ditentukan oleh pemikiran tidak rasional,
tidak sedar, keinginan dan dorongan biologi dan (pinimg.com)

naluri.
• Dalam pandangan psikoanalisis, dipercayai bahawa
manusia pada dasarnya adalah manusia didorong
oleh dorongan dari dalam dirinya yang bersifat
naluri.
TEORI PSIKOANALISIS

SAMBUNGAN

• Kes Ini menyebabkan tingkah laku seseorang SISTEM FREUD


manusia itu dikawal dan dikawal oleh kuasa
psikologi yang memang ada pada manusia.
• Manusia tidak mengawal atau tidak
menentukan nasib seseorang tetapi tingkah laku ID EGO
seseorang itu semata-mata diarahkan untuk
memuaskan keperluan dan naluri biologi.
• Freud juga telah mengutarakan tiga sistem yang
SUPEREGO
mana berkait antara satu sama lain iaitu Id, ego
dan superego.
TEORI PSIKOANALISIS

TIGA SISTEM PERSONALITI


Id
• Id merupakan dorongan naluri yang berkaitan dengan prinsip keseronokan tanpa mempedulikan tentang realiti dan
pertimbangan dari segi moral dan logikal.
• Matlamat hanyalah untuk memuaskan nafsu naluri semata-mata.
• Ia tidak pernah matang walaupun umur seseorang itu telah lanjut.
• Id adalah dorongan biologi atau kehendak naluri seperti keperluan seks, makanan dan tidur

Ego
• Ego pula bertindak sebagai kuasa eksekutif bagi mengawal personaliti seseorang dan sebagai pengawal kepada jenis-
jenis tindakan yang sesuai dengan persekitaran.
• tindak tanduk yang dilakukan adalah setelah membuat pertimbangan mengikut realiti.
• menghasilkan pemikiran yang logik dan rasional untuk merancang serta melaksanakan segala tindakan bagi
mengurangkan ketegangan dan kerisauan

Superego
• Bersifat sosial dan bermoral.
• bertanggungjawab terhadap sesuatu sama ada baik atau buruk dan betul atau salah.
• bertindak untuk mennyekat ego daripada mematuhi sebarang tindakan Id.
• berfungsi bagi menggantikan matlamat realistik dengan tujuan moral disamping berusaha ke arah kesempurnaan kendiri
TEORI HUMANISTIK

Teori Humanistik

• Abraham Maslow merupakan pelopor teori


pembelajaran humanistik dengan teori keperluan
(Hierarchy of Needs).
• Teori humanistik bertujuan menjadikan manusia
sepenuhnya supaya mereka dapat memahami
perubahan persekitaran dan diri mereka sendiri.
• Manusia boleh bertanggungjawab terhadap tindakan
positif dan negatif sebagai pilihan hidup, tindakan
positif digunakan untuk membina diri ke arah yang
abraham-maslow-3.jpg (750×749) (workplaceinsight.net)
lebih baik, untuk merealisasikan potensi mereka.
TEORI HUMANISTIK

SAMBUNGAN
• Terdapat 5 keperluan manusia yang Maslow sampaikan ialah:

Keperluan untuk meningkatkan aktualisasi diri.

Keperluan untuk dihargai

Keperluan untuk disayangi

Keperluan keselamatan

Keperluan fisiologi
TEORI BEHAVIORISME

Teori Behaviorisme

• Teori tingkah laku ini merupakan hasil


kajian antara dua tokoh yang sangat
terkenal iaitu Ivan Pavlov dan B.F.
Skinner.
• Setiap teori yang dicipta mempunyai
B.F. Skinner
pandangan yang berbeza terhadap Ivan Pavlov bf-skinner-author-1979-everett.jpg (762×900) (
fineartamerica.com)
Ivan-Pavlov-pic.jpg (487×500) (my
manusia. Berikut merupakan pandangan interestingfacts.com)

ahli-ahli teori Behaviorisme terhadap


hakikat manusia
TEORI BEHAVIORISME

SAMBUNGAN Teori Behaviorisme terhadap hakikat manusia:

Dilahirkan neutral dan mempunyai potensi yang sama untuk


menjadi baik atau jahat, bersifat rasional atau tidak rasional

Mampu memberi respons terhadap ransangan yang sesuai dan


apa yang telah mereka pelajari sahaja.

Hasil pelaziman ialah ransangan gerak balas. Reaksi terhadap


satu-satu ransangan bergantung kepada pengalaman.

Mempelajari dan menyimpan pola-pola tingkahlaku dan


seterusnya mengulang pola-pola tersebut pada masa hadapan
sekiranya diperlukan
SIFAT INSAN/MANUSIA

SIFAT INSAN/MANUSIA
• Manusia mempunyai sifat-sifat yang seakan sama, sama ada di
rumah atau di sekolah, diperingkat daerah, nasional dan
antarabangsa.
• Melalui keseimbangan dalam kehidupan manusia lebih baik
dan berkualiti dalam menjalankan kehidupan seharian. 20160711083049-big.png (787×400) (maukerja.my)
• Keseimbangan ini mampu dicapai dengan memahami tugas dan
tanggungjawab individu itu sendiri
• Sifat-sifat manusia dapat dilihat dalam JERI atau keseimbangan
dalam kehidupannya dari segi Jasmani, emosi, rohani dan
intelek.
• Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1990) insan yang
seimbang dan harmonis dapat mengamalkan ilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan yang teguh kepada
tuhan, berfikiran tenteram, sihat tubuh badan, hidup
bermasyarakat dan cergas. cob/Family+First+Indonesia
/article/1587440640674-1587440640674.jpg (970×450)
SIFAT INSAN/MANUSIA

• Memiliki jasmani yang sihat dan kuat dapat memberi kekuatan utk
SAMBUNGAN J berhadapan cabaran hidup.
Jasmani -
• Tubuh badan sihat melahirkan akal & emosi sejahtera.

• Emosi dapat dikendalikan dengan baik maka akan dapat mengawal


JERI E keadaan dan wujudnya satu keadaan yang stabil.
Emosi - • Contohnya, sesorang yang menghadapi tekanan luar atau di tempat kerja
dan menjadi cabaran ke atas emosinya.

• Manusia yang mantap kerohaniannya maksudnya dia mempunyai kekuatan


dalaman untuk menghadapi tekanan psikologi dan tekanan luaran yang
R bersifat emosi.
JERI adalah sifat- Rohani - • Sesorang itu tidak lagi terumbang-ambing atau berjiwa lemah apabila
sifat yang holistik dan menghadapai tekanan hidup.
seimbang
I • Seorang manusia yang memiliki akal yang sihat dapat melahirkan daya
Intelektual - intelektual yang baik.
• Sekiranya sesorang itu sudah menyediakan dirinya dari aspek
intelektual dia akan mengahadapi apa jua cabaran.
BAB 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

BHAGIAN 4.2

• POTENSI-POTENSI INSAN
• FAHAM INSAN SEJAHTERA DALAM KRISIS
MANUSIA
POTENSI-POTENSI INSAN
POTENSI INSAN/MANUSIA DARI PERSPEKTIF
PSIKOLOGI BARAT

POTENSI INSAN/MANUSIA DARI PERSPEKTIF KEUPAYAAN


PSIKOLOGI BARAT
MANUSIA

• Zaman Aristotle, para ahli


falsafah dan pendidik
mengakui keupayaan dan
kapasiti manusia terbahagi Keinginan Kelakuan individu
kepada tiga bahagian, sesuai (the will) (the actions of an
dengan fitrah manusia itu individual)
sendiri. (Abdullah, N. A. et
al, 2010) Kefahaman
(the understanding)
DOMAIN POTENSI MANUSIA

• Ahli psikologi moden juga mengakui tiga domain potensi manusia,

DOMAIN POTENSI MANUSIA

Domain akal atau kognitif Domain afek Domain psiko-gerak


(Cognitive Domain), (Affective Domain) (Psychomotor Domain)

• Merupakan perkembangan perasaan


• Merujuk kepada kemahiran mental
dan emosi.
dan pemikiran. • merujuk kepada kemahiran
• Domain afek termasuk rasa cinta
• Domain kognitif meliputi pergerakan fizikal.
dan kasih sayang, cemburu dan
pengetahuan dan perkembangan
komponen emosi yang lain,
kemahiran pemikiran, pemahaman,
keinginan, perasaan, motif, nilai-
keyakinan, persepsi, komponen
nilai, keperluan, keutamaan dan
ingatan dan kebolehan intelek yang
tindakan manusia ke arah
lain.
pencapaian matlamat.
FAHAM INSAN SEJAHTERA DALAM KRISIS MANUSIA
FAHAM INSAN SEJAHTERA DALAM
KRISIS MANUSIA

Insan Sejahtera

• Insan sejahtera adalah individu yang mampu


mencapai kesejahteraan diri dan mampu memberi
sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan
negara. Insan sejahtera pula adalah insan yang
bijak ataupun insan yang berilmu.

• Insan sejahtera adalah insan yang boleh


menguruskan fungsi dalaman seorang manusia
iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek dan
menguruskan fungsi luaran sebagai seorang
manusia iaitu hubungan dengan masyarakat,
menguruskan ekonomi, menguruskan alam sekitar
dan juga mempunyai identiti budaya yang
tersendiri.
KRISIS MANUSIA

Krisis Manusia

• Krisis adalah keadaan tidak stabil atau tidak


tenteram yang boleh berlaku secara tiba-tiba
menyebabkan sesuatu kejadian yang lazimnya
mendatangkan kesan buruk, keadaan yg
genting, kete­gangan dan keributan. (Kamus
Dewan Edisi Keempat)
JENIS-JENIS
KRISIS MANUSIA

Dua Krisis Manusia

Krisis Dalaman:
1. Krisis dalaman merupakan masalah yang bersifat personaliti, pemikiran
negatif dan biologikal.
2. Krisis dalaman menyebabkan individu tidak dapat mengawal perasaan
contohnya ketakutan, tekanan melampau, terkejut dan sebagainya.
3. Krisis dalaman boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira umur dan
latar belakang.
Krisis Luaran:
1. Teori ini melihat aspek tekanan yang dialami oleh seseorang individu dan
dikaitkan dengan persekitaran seharian.
2. Kebanyakan individu yang mengalami tekanan berpunca daripada faktor luaran
yang melibatkan persekitaran umum.
KRISIS DALAMAN

Contoh krisis Manusia

1) Krisis dalaman

Tekanan emosi
Dalam A Dictionary of Human Behaviour, memberikan definisi tekanan
sebagai ketegangan fizikal dan psikologi yang berpanjangan untuk suatu
masa, yang boleh menggugat keupayaan seseorang untuk mengendali
suatu situasi.

Ahli psikologi Islam pula seperti al-Ghazali dan al-Razi melihat tekanan
emosi dari sudut kegelisahan jiwa atau emosi manusia seperti gelisah,
kecewa, bimbang keterlaluan dan takut.
PUNCA KRISIS

PUNCA TEKANAN EMOSI


1. Perubahan zaman remaja merasa lebih tertekan emosinya apabila mereka cuba
memenuhi aspirasi diri mereka, aspirasi ibu bapa dan aspirasi masyarakat. Jika
remaja gagal mencapai aspirasi-aspirasi ini, remaja akan mengalami kekecewaan.
2. Peningkatan kos hidup dalam bandar menyebabkan individu berlumba-lumba
meningkatkan pendapatan keluarga.
3. Perbandaran yang terlalu pesat menyebabkan individu banyak menghabiskan masa
di jalan raya kerana kesesakan lalu lintas.
4. Faktor keluarga turut menyumbang kepada tekanan emosi.
5. Personaliti yang dimiliki oleh seseorang turut boleh menjadi punca kepada tekanan
emosi seperti kurang sabar, ganas, tinggi daya saing serta mudah marah akan
menyebabkan mereka lebih mudah mendapat tekanan emosi.
6. Faktor sosial pula, kajian ini mendapati sekiranya remaja terlibat dengan masalah
alkohol/ rokok/dadah/gansterisme/pelacuran boleh menyebabkan remaja merasa
sangat tertekan
7. Faktor budaya, persekitaran dan pembawaan individu itu mempengaruhi tekanan
seseorang
KESAN KRISIS DALAMAN

KESAN TEKANAN EMOSI

1. Orang yang mengalami tekanan emosi sering menghadapi


masalah dari segi kesihatan. Sebagai contoh individu akan
mencapai tahap kesejahteraan yang merosot secara fizikal dan
psikologi sehingga mendatangkan pelbagai penyakit seperti
kencing manis, jantung dan darah tinggi

2. Perwatakan menjadi antagonis(panas baran) dalam diri sehingga


menjejaskan prestasi kerja dalam sesebuah organisasi.

3. Fungsi individu dalam kehidupan seharian:


a) rutin harian terganggu
b) Prestasi di tempat kerja atau di sekolah menurun
d) Hubungan sosial terjejas (keluarga, rakan dan masyarakat)
PENYELESAIAN KRISIS DALAMAN

CARA PENYELESAIAN
1. Menurut Rathee dan Kumari (2014) kecerdasan sosial adalah elemen utama
yang membuat seseorang individu berjaya dalam hidup. Kecerdasan sosial
adalah keupayaan individu untuk berinteraksi secara berkesan dengan
persekitarannya.
2. Kecerdasan spiritual merujuk kepada fitrah dan kecenderungan jiwa manusia
yang merangkumi semua aspek kehidupan yang bermakna dan sejahtera.
Kecerdasan spiritual merujuk kepada unsur hati yang halus dalam diri manusia
untuk merasa, mengetahui dan mengenal diri.
3. Menurut Mayer dan Salovey (1997) kecerdasan emosi merujuk kepada
keupayaan seseorang membuat persepsi dan penyampaian emosi secara tepat,
menggunakan emosi untuk berfikir, memahami dan mengurus emosi dalam diri
sendiri dan diri individu lain.
4. Kecerdasan fizikal seperti senaman dapat mengeluarkan bahan kimia yang
dipanggil endorfin (sejenis hormon yang dapat mengurangkan kesakitan secara
tidak langsung mengurangkan tekanan)
KRISIS LUARAN

Contoh Krisis Luaran


2) Krisis luaran

Buli siber (Cyberbullying)


1. Buli merujuk kepada suatu bentuk pencerobohan (a form of aggresion) yang dilakukan
secara langsung atau tidak langsung merangkumi tindakan fizikal, verbal atau psikologi,
yang disengajakan (intentional) dan berlaku dalam hubungan (relationships) yang
dicirikan oleh ketidakseimbangan kuasa (power imbalance) dan berulang-ulang
(repeated) dari masa ke semasa (Mishna, 2012).

2. Buli siber didefinisikan sebagai penggunaan komunikasi berasaskan teknologi termasuk


telefon selular, emel, mesej segera, dan jaringan sosial, yang bertujuan menimbulkan
gangguan atau ugutan terhadap individu melalui mesej atau ekspresi secara dalam talian

3. (Cankaya, 2010, Eksi, 2012 & Tpocu, et.al, 2010) menunjukkan buli siber antara bentuk
gangguan yang paling kerap berlaku khususnya dalam kalangan remaja.

4. Kebiasaannya, pelaku yang tidak dikenali diruang siber menghantar kandungan mesej
yang bertujuan melukakan atau bertujuan menghina dan boleh menjatuhkan maruah
mangsa
PUNCA KRISIS LUARAN

PUNCA BULI SIBER (CYBERBULLYING)

1. Aplikasi media sosial yang menarik dan boleh didapati secara percuma
dalam smartphone sering kali disalah gunakan oleh pengamal media sosial
untuk menimbulkan persepsi negatif .

2. Menurut Li (2006), perubahan teknologi telah menggalakkan gaya


tingkahlaku negatif (e-pornografi, kecurian siber, ketagihan internet) yang
mempercepatkan lagi penyebaran jenayah bentuk baharu.

3. Cankaya & Tan (2011) mendapati faktor ketagihan internet mendorong


kepada berlakunya buli siber.

4. Insitusi kekeluargaan yang lemah contohnya kurang didikan yang positif,


kurang perhatian daripada ibu bapa.

5. Faktor biologi dan perangai, pengaruh keluarga, rakan sebaya dan


persekitaran telah menyebabkan masalah ini terus berleluasa dalam kalangan
para pelajar, khususnya pelajar sekolah menengah.
KESAN KRISIS LUARAN

KESAN KEPADA YANG DIBULI

Gangguan kesihatan mental kompleks yang melibatkan gejala gangguan berterusan


dalam empat domain psikopatologi : (American Psychiatric Association (2013).
a) merasai semula trauma (Intrusion Symptoms) seperti mimpi buruk
dan kilas balik.
b) kebebasan emosi dan pengelakan (Avoidance and Numbing) misalnya
mengelak dari bercakap, menghindari tempat atau aktiviti berkaitan
traumatic.
c) perubahan negatif dalam emosi dan kognitif (Alterations in Mood and
Cognition) iaitu ketakutan, ngeri, kemarahan, rasa bersalah atau rasa
malu.
d) perubahan rangsangan dan kereaktifan (Arousal) seperti tingkah laku
provokasi dan melulu.
CARA PENYELESAIAN
1. Buli siber tidak akan berlaku sekiranya pengguna media sosial ada sifat
kematangan dalam menilai maklumat yang tersebar tanpa menerimanya
bulat-bulat.

2. Semua pihak termasuk ibubapa, sekolah, institusi, masyarakat perlu


memainkan peranan bagi mewujudkan persekitaran yang mampu mencegah
berlakunya gejala buli ini yangmenjadi punca kepada berlakunya kecederaan
samada berbentuk emosi, mental, fizikal serta masalah sosial.

3. Tidak membalas mesej atau emel daripada pembuli siber.

4. Intervensi psikologi dan kaunseling yang menggunakan terapi tingkah laku


dan kognitif.
KESIMPULAN
Setiap aliran falsafah mempunyai caranya tersendiri dalam mencapai
kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. Dalam konteks falsafah
Pendidikan Kebangsaan, keseimbangan Jasmani, Emosi, Rohani,
Intelek (JERI) haruslah dititikberatkan kerana ia membantu pelajar
untuk menjadi insan sejahtera dan mampu menghadapi cabaran-
cabaran dalam kehidupan
BAB 4 PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI

RUJUKAN
• Abdullah, N. A., Omar, F., Mutasim, N. I. K., Ab, N. I. K., & Adham, K. A. (2010). Hubungan Psikologi
Positif Dengan Potensi Modal Insan Dan Kreativiti Organisasi Mengikuti Perspektif Barat dan Islam.
Jurnal Psikologi Malaysia, 24, 79-98
• Khasinah, S. (2013). Hakikat manusia menurut pandangan islam dan Barat. JURNAL ILMIAH
DIDAKTIKA: Media Ilmiah Pendidikan dan Pengajaran, 13(2).
• Syawal, H., & Helaluddin, H. (2018). Psikoanalisis Sigmund Freud Dan Implikasinya Dalam Pendidikan.
• Ekawati, M., & Yarni, N. (2019). Teori belajar berdasarkan aliran psikologi humanistik dan implikasi pada
proses belajar pembelajaran. Jurnal Review Pendidikan dan Pengajaran, 2(2), 266-269.
• Rusu, M. (2019). The process of self-realization—From the humanist psychology perspective. Psychology,
10(08), 1095.
• Marinsah, S. A., Muis, A. M. R. A., Esa, M. S., Wani, I., Othman, H., Ramlie, A., ... & Yusoff, M. S.
Pengajaran Kursus Falsafah Dan Isu Semasa (Fis) Dalam Membentuk Pemikiran Kritis: Penelitian
Terhadap Modul Kursus Fis Di Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa (Ppib), Universiti Malaysia Sabah,
Volume 6 Issue 39 (May 2021) PP. 137-149
• Sairan, M. A. A., & Ahmad, S. (2021). Islamic Thoughts Of Muhammad Uthman El-muhammady In
Social, Civil Society And Cultural Perspectives. Quantum Journal of Social Sciences and Humanities, 2(4),
41-52.
• Osman, M. S., Abdullah, M. C., Ismail, A. A., & Roslan, S. (2015). Daya tahan dalam kalangan guru alaf
21. International Journal of Education and Training (InjET), 1(2), 1-9.

Anda mungkin juga menyukai