Anda di halaman 1dari 40

GIG1014 Falsafah dan Isu Semasa

Faridah_CH
PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI
Di akhir topik ini pelajar dapat memahami:

• Peranan falsafah dalam usaha mencari kebahagiaan dan


kesejahteraan.
• Konsep insan dalam perspektif falsafah.
• Konsep insan dari persepktif Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK).
• Peranan Konsep insan sejahtera dalam menghadapi cabaran-
cabaran dalam kehidupan kita.

Faridah_CH
PENGENALAN
• Sejarah Falsafah khususnya Falsafah Greek silam dan juga Falsafah
ketimuran ataupun oriental philosophy telah menggunakan pemikiran
falsafah untuk mencapai kebahagiaan dan kesejahteraan dalam kehidupan.
• Falsafah bukanlah sesuatu yang terpisah daripada kehidupan.
• Falsafah bermaksud kecintaan terhadap hikmah ataupun kebijaksanaan
‘love of wisdom’.
• Falsafah bukan sahaja berkisar mengenai metafizikal, epistimologi, logik,
etika etc, tetapi juga mengenai aspek kehidupan dalam mencari
kebahagiaan.
• Sekiranya kita mempunyai hikmah ia akan membantu kita menjalani
kehidupan ini dengan lebih bermakna.

Faridah_CH
PSIKOLOGI DAN SOSIOLOGI
• Psikologi adalah berkaitan dengan ilmu jiwa.

• Oleh itu, falsafah berperanan penting dalam


membentuk jiwa manusia dengan melalui konsep
insan.

• Memahami konsep insan dapat membantu kita ke


arah mencari kesempurnaan dalam kehidupan
yang lebih bermakna berpandukan kepada
konsep insan seperti yang telah difikirkan oleh
ahli- ahli falsafah. Seperti Socrates – ‘the
unexamined life is not worth living’.
Faridah_CH
• Persoalan berkenaan konsep insan atau psikologi merupakan
salah satu isu yang menjadi perbahasan dalam kalangan ahli
falsafah terdahulu seperti Plato dan Aristotle. Malah, ia juga turut
dibahaskan oleh para ahli falsafah Muslim dan Timur.

• Jika dilihat dari sudut kronologi, perbahasan konsep insan telah


dikupas oleh tokoh falsafah Yunani, antaranya Plato (427SM-
347SM) dan Aristotle (384SM-322SM) kerana ia merupakan salah
satu topik perbincangan dalam disiplin ilmu falsafah. Disiplin ilmu
falsafah diserap masuk ke dalam khazanah ilmu Islam semasa Islam
mencapai ketamadunan yang tinggi ketika pemerintahan khalifah
Umaiyyah dan Abbasiyyah melalui proses penterjemahan karya-
karya Yunani ke dalam bahasa Arab.
Asal Usul Insan
KONSEP INSAN DARI FALSAFAH BARAT
1. Falsafah Greek, Aristotle mengatakan :

• ‘Man is a rational being; a man is a rational animal’.


• Ciri manusia antaranya pemikiran atau akal fikiran yang rasional
• Pemikiran rasional dapat membezakan antara manusia dan haiwan
• Manusia bersifat logosentrism (berpusatkan kepada akal fikiran yang bersifat rasional dan
intelektual semata-mata)

Faridah_CH
2. Falsafah Jerman, Friedrich Nietzsche mengatakan:

• Konsep insan berteraskan kepada emosi dan intuitif manusia yang


mungkin tidak bersifat rasional.

‘Greek literature is interesting because it presents a different side of


man. It gives us pick a picture of the dark side of humanity’ (Nietzsche)

• Neitzsche dan golongan Counter- Enlightenment mencabar konsep man


as a rational being dan menganjurkan bahawa man as having to adopt
scientific approach of life

Faridah_CH
3. Falsafah Barat Zaman Pertengahan

• Konsep manusia banyak dipengaruhi oleh fahaman agama


khususnya agama Kristian.
• Menghurai konsep insan dan sifat kemanusiaannya dari
perspektif agama.
• Sebagai makhluk tuhan harus patuh kepada h u k u m - hukum
tuhan.

4. Falsafah Barat Zaman Moden

• Existentialisme seperti yang dikemukakan oleh Jean Paul Sarte


mengatakan bahawa manusia itu lahir tanpa apa- apa panduan
dalam hidup.
• Tugas manusia apabila berada di dunia ialah mencari makna dalam
kehidupan sendiri

Faridah_CH
Tradisi Barat
• Konsep insan menurut Barat hanya melihat insan dari aspek material
semata-mata tanpa dikaitkan dengan agama.

• Konsep yang dibawa oleh Barat ini lebih menjurus kepada pengenalan
berkaitan hakikat dan tabiat insan dari sudut fizikal tanpa melihat dari
sudut spiritual.

• Menurut pemikir Barat:


• manusia adalah haiwan yang berfikir dengan menonjolkan dimensi rasionalnya.
• manusia adalah haiwan yang bersifat ramah yang mana menonjolkan naluri interaksi
sosialnya.
• manusia adalah makhluk yang datang dari langit ke bumi iaitu tentang Adam.
• manusia adalah haiwan yang wujud ditakrif berdasarkan kepada teori evolusi.
• Menurut Plato - Asal kewujudan Teori yg berlawanan dengan Plato
manusia mempunyai dua wujud; di
alam idea dan di alam nyata. • Aristotle: Kewujudan sebenarnya adalah di
alam indera, iaitu dunia nyata.
• Manusia berasal daripada dunia idea.
Oleh itu, hidupnya di dunia hanya • Aristotle menentang teori dunia idea dan
bayang-bayang saja, harus kembali ke tidak menerimanya sebagai realiti kerana ia
alam idea untuk selama-lamanya. Di tidak mampu dibuktikan secara empirikal.
sanalah manusia memperoleh
kepuasan dan kebahagiaan yang • Realiti seseorang manusia adalah manusia
sempurna. yang sedang berada di alam nyata ini.

• Orang yang berjaya semasa hidupnya • Semua benda yang wujud akan mati kecuali
adalah manusia yang mampu sampai roh yang akan terus ada setelah manusia
ke alam asalnya, iaitu alam idea. meninggal dunia. Dari mana dan bagaimana
roh berada dalam badan serta bagaimana
Mereka itulah orang yang bijaksana keadaannya setelah meninggalkan badan,
dan layak menjadi pemimpin negara. tidak jelas dibincangkan dalam falsafah
Aristotle.
• Sosialisme juga melihat manusia berdasarkan falsafah materialisme yang menganggap bahawa dunia ini
tidak ada selain material atau nature (alam). Oleh itu, manusia adalah makhluk alamiah. Segala usaha
manusia didorong oleh nafsu alamiah iaitu dorongan untuk hidup. Selain itu, falsafah materialisme
berpandangan bahawa elemen yang terpenting bagi manusia bukanlah akal atau roh sebaliknya terletak
pada dimensi usahanya.

• Golongan rasionalis seperti Descartes serta kalangan pemikir-pemikir Barat yang berpandangan bahawa
manusia mempunyai kelebihan daripada haiwan terutama pada aspek akalnya.

• Kumpulan pemikir eksistensialis seperti Sartre, Buber dan Tillich pula menyatakan bahawa manusia
berbeza daripada haiwan kerana mereka mampu menyedari apa yang mereka lakukan dan
bertanggungjawab ke atas tindakan tersebut.

• Oleh itu, mereka beranggapan bahawa manusia memiliki kemampuan yang lebih tinggi daripada
haiwan. Manusia bukan sahaja digerakkan oleh dorongan biologinya sahaja, tetapi juga terdapat
keinginan dalam diri manusia untuk mengembangkan dirinya sampai ke bentuk yang ideal – untuk
memenuhi dirinya (self-actualization). Bagi mereka, manusia adalah makhluk yang unik, rasional,
bertanggungjawab dan memiliki kesedaran.

• Terdapat dalam kalangan pemikir Barat yang menyamakan manusia dengan haiwan. Antaranya ialah
golongan Empirisis seperti Hume dan Hobbes. Manusia bagi mereka adalah seperti haiwan yang
mengantuk, lapar, sakit, akan merasai tua dan mati.
KONSEP INSAN DARI TRADISI TIMUR
• Islam : Insan merupakan makhluk ciptaan Allah Taala yang terbaik
sebagai hamba dan khalifah di muka bumi berbekalkan akal fikiran
yang dianugerahkan.

• Bagi menepati tujuan penciptaan tersebut, insan haruslah mengenal


konsep dirinya dan mengetahui sejauh mana potensi yang dimiliki bagi
memastikan setiap tindakan dan perlakuannya adalah yang terbaik dan
sempurna, selaras dengan tujuan penciptaannya.

Faridah_CH
Konsep Insan dari Falsafah Islam
1. Berteraskan ajaran Islam
• Hubungan manusia dengan Allah.
• Hubungan manusia dengan manusia.
• Hubungan manusia dengan alam.

2. Manusia Sebagai Hamba


• Harus patuh kepada Allah.
• Tidak boleh melanggar peraturan yang telah ditentukan oleh tuannya
(Allah).
• Hubungan manusia dengan alam.

3. Manusia sebagai khalifah


• Manusia adalah wakil tuhan.
• Manusia berperanan menjalankan amanah dari Allah dan memikul
tanggungjawab sebagai pemegang amanah seperti; menjaga alam sekitar.

Faridah_CH
Asal Kejadian Manusia Menurut Islam

• Manusia pada asal kejadiannya terdiri


daripada dua unsur utama; jasad dan roh

• Kedua-dua unsur ini mempunyai keunikan


dan keistimewaan yang tersendiri yang
akhirnya akan membentuk personaliti
seseorang manusia.

• Di samping dua unsur ini, manusia juga


dibekalkan oleh Allah S.W.T. dengan
beberapa elemen lain seperti hati, akal dan
nafsu.
Konsep Insan dari Tamadun India
1. Berteraskan ajaran Hindu
• Manusia dianggap sebagai suatu kejadian yang mempunyai roh
( atman - individual soul)
• Atman bergabung dengan Brahman (the divine)

2. Konsep Kelahiran semula (Re- birth)


• Manusia dilahirkan semula bergantung kepada apa yang
dilakukannya di muka bumi ini dalam kehidupannya
sekarang ini.
• Sekiranya manusia melakukan perkara baik maka dia akan
mendapat balasan baik dan sebaliknya
• Mencapai Mokhsa (Ultimate aim)
Faridah_CH
Asal Usul Insan Menurut Falsafah India – Hindu

• Setelah alam semesta tercipta barulah Tuhan


mencipta isinya, seperti haiwan, tumbuhan dan
manusia. Proses penciptaan manusia adalah sari
dari panca maha bhuta, iaitu:
• Pengenalan enam jenis rasa, seperti manis,pahit,
masin, masam, pedas dan kelat. Semua unsur ini
telah berpadu.
• Perspektif dengan unsur lain, iaitu cita, budi,
ahangkara, dasendria, pancatan matra dan panca
maha bhuta.
• Fasa Sebatian kesemua unsur ini telah
menghasilkan dua unsur benih. Kejadian
kehidupan, iaitu sukla - benih lelaki dan wanita -
benih Manusia perempuan.
• Ajaran Hindu menyatakan manusia pertama
ciptaan Tuhan dalam ajaran agama Hindu ialah
Syayambhumanu yang bermaksud makhluk berfikir
yang mengembangkan dirinya sendiri.
Konsep Insan dari Tamadun China

1. Berteraskan ajaran Buddhisme

• Mereka menganggap bahawa konsep ketuhanan dan juga konsep


insannya agak berbeza kerana ia menganggapkan bahawa konsep self
atau diri adalah tidak wujud

Faridah_CH
2. Berteraskan Konsep kehidupan ini adalah sengsara dan derita

• Manusia harus bertindak untuk membebaskan diri dari


kesengsaraan dan penderitaan

• Bagaimanakah cara untuk bebas daripda sengsara?


• Bertindak mengikut realiti
• Tidak harus mempunyai pergantungan atau attachment terhadap
dunia, harta benda, manusia, pangkat, kekayaan kerana ianya tidak
kekal
• Pembebasan di sini ialah pembebasan dalam setiap kelahiran
semula.
• Mencapai Nirvana - Selagi mana manusia tidak mencapai
kesempurnaan, selagi itu manusia tidak mencapai nirvana. Selagi
mana manusia tidak mencapai nirvana, selagi itulah dia akan
dilahirkan semula dan akan mengalami semula kitaran kesengsaraan

Faridah_CH
3. Berteraskan ajaran Konfusianisme

• Bukan berteraskan agama ataupun bersifat wahyu


• Ideanya berkaitan dengan prinsip - prinsip etika yang harus diikuti
untuk mencapai kebahagiaan dalam kehidupan manusia.
Contoh:
- Anak harus menghormati ibubapa

- Mentadbir alam dengan adil dan saksama etc.

Faridah_CH
2. Berteraskan Konsep Taoisme

• Tao adalah sesuatu yang tidak boleh dilihat ataupun disamakan


dengan apa-apa kewujudan yang ada dan tidak boleh diberikan
gambaran yang jelas.
• Manusia haruslah dilihat dalam konteks hubungannya dengan alam
sekitar. Menghormati alam akan mencapai kebahagiaan di dalam
kehidupannya
• Konsep wu wei (tidak bertindak atau n o n - action)
• Tindakan yang selari dengan fitrah alamiah act in accordance with
the nature flow
• Manusia haruslah tidak meletakkan kepentingan dirinya ataupun
egoismnya dalam melakukan sesuatu tindakan.
Faridah_CH
Asal Kejadian Manusia Menurut Falsafah Cina

• Asal usul insan adalah berdasarkan:

• Konsep Tian merujuk kepada 4 fahaman utama :


1. Tian merupakan sumber mewujudkan kepada seluruh makhluk di dunia.
2. Tian adalah yang maha agung mengatasi segala sesuatu.
3.Tian adalah kuasa penentu nasib sebuah dinasti.
4. Tian adalah kuasa penentu kebahagian kesengsaraan insan

• Konsep Di/ Ti merujuk kepada bumi: Tian dan Di jika digabungkan lahirnya konsep alam
fizikal Teori Yin dan Yang – Tian (proses penciptaan makhluk dan akan bertindak untuk
menjaga dan memelihara). Di boleh dimaksudkan sebagai Shangdi (makhluk yang
unggul) Di merujuk kepada dewa tertinggi yang menguasai dewa-dewa lain.

• Dao/Tao Dalam kitab Daode Jing, Tian disamakan dengan Dao:


• Empat perkara utama iaitu:
i. Konsep Dao secara harfiah bermaksud jalan (the way);
ii. Dao dianggap prinsip agung yang merangkumi keseluruhannya (all embracing),
tempat asal-usul semua makhluk. Dao diibaratkan sebagai ibu yang melahirkan
serta memupuk makhluk sejagat (wanwu);
iii. Dao adalah konsep semula jadi (nature/tabii);
iv. Dao bersifat azali (primordial), dengan semua makhluk berasal dan akan kembali
pada akhir hayat mereka.
Fizikal - Material

• Antara sarjana Barat yang membicarakan tentang manusia adalah Charles Darwin. Beliau
melihat manusia daripada sudut biologi melalui perbandingan di antara manusia dengan
haiwan. Darwin berusaha melihat ciri yang ada pada manusia dan kemudiannya dibandingkan
dengan ciri yang ada pada haiwan. Hasil daripada kajian beliau tentang manusia telah
melahirkan teori evolusi.
• Rentetan daripada teori evolusi, muncul sarjana Barat lain yang membicarakan siapakah
manusia, seperti Sigmen Freud dengan teori psikoanalisis (Robert D. Nye 1992), B.F. Skinner
(1971) dengan teori behaviorisme, Carl Rogers yang cukup terkenal dengan teori fenomenologi
humanistik (Robert D. Nye 1992) dan Abraham H. Maslow (1970) dengan hierarki keperluan.
• Kajian sarjana-sarjana di atas berkaitan identiti manusia hanyalah berkisar kepada aspek fizikal
manusia tanpa menyentuh elemen kemanusiaan yang lain, seperti elemen rohani dan
sebagainya. Pola kajian sebegini menunjukkan sarjana barat yang mengkaji tentang identiti
manusia telah mengasingkan elemen-elemen yang wujud dalam diri manusia. Pengasingan ini
akhirnya tertuju kepada penafian mereka terhadap komponen bukan-fizikal.
• Menurut pemikiran Barat pula pembangunan fizikal material hanya dalam aspek kebendaan
dan persekitaran fizikal sahaja tanpa mengambilkira faktor-faktor manusiawi dan spiritual.
• Al-Ghazali membahaskan dan sentiasa menegaskan untuk membangunkan diri dan jiwa,
asasnya adalah pembersihan jiwa. Malah, beliau sentiasa menekankan keseimbangan
rohani dan jasmani dan tidak memberatkan mana-mana antara kedua-duanya. Manusia
terdiri daripada komponen fizikal dan spiritual, namun beliau lebih menekankan aspek
spiritual atau dalaman.
• Panduan untuk menjawab persoalan utama siapakah manusia yang sebenarnya ada
diberikan oleh Allah SWT melalui al-Quran yang menyebutkan manusia itu sebagai
khalifah di bumi Allah.
• Al-Quran telah menyatakan manusia terdiri daripada lima komponen utama iaitu ruh,
qulb, nafs, aql dan jasad.
• Bentuk fizikal roh yang sebenar tidak difahami oleh manusia. Walaupun demikian,
manusia bertanggungjawab untuk sentiasa membersihkan rohnya agar diri manusia
dalam keadaan yang baik serta mendapat kejayaan.
• Menurut konsep Hindu, manusia adalah kesatuan antara badan jasmani
dan jiwa (atman) menjadikan ia secara psikopisik terus berkembang. Secara
kosmologis, manusia (yang berupa kesatuan jiwa badan jasmaninya) yang
sering disebut mikrokosmos yang merupakan perwujudan dari
makrokosmos. Manusia juga dikatakan sebagai makhluk Tri Pramana
kerana memiliki tiga kemampuan utama iaitu berfikir, berkata dan berbuat,
yang menyebabkan ia berbeza dengan makhluk lainnya.

• Dengan kemampuan berfikir, berkata dan melakukan, manusia melakukan


perbuatan baik dan perbuatan buruk yang disebut subha asubha karma.
Dengan mengutamakan perbuatan baik yang disebut subha karma inilah
manusia mampu menolong dirinya sendiri, mengangkat dirinya dari
kesengsaraan. Inilah keistimewaan lahir menjadi manusia.
• Terjadinya Bumi dan manusia menurut agama Buddha, khususnya tentang
manusia pertama yang muncul, bukanlah hanya seorang atau dua orang,
tetapi banyak.
• Menurut pandangan Buddhis, kehidupan atau kelahiran manusia bukan
sekali saja, tetapi telah berlangsung berulang-ulang kali hidup di Bumi ini
dan juga di dunia yang lain. Manusia atau mahluk hidup berpindah-pindah
dari sebuah Bumi ke Bumi yang lain. Perpindahan kehidupan manusia dari
sebuah Bumi ke Bumi yang lain disebabkan Bumi yang dihuninya telah
hancur lebur atau kiamat.
Spiritual-Rohani
• Menurut Al-Ghazali, roh terbahagi kepada dua maksud :

• al-ruh merupakan suatu jisim halus yang daripada rongga hati jasmani. Roh tersebar di
seluruh badan dengan perantaraan urat-urat dan otot. Hasil daripada perjalanan roh itulah
ia menghidupkan perasaan, penglihatan, dan pendengaran.

• bersifat halus dan menakjubkan sehinggakan akal pemikiran manusia tidak dapat
menandinginya.

• Kerohanian adalah unsur-unsur manusia yang meliputi kepada nafsu, roh, akal. Hati
adalah unsur penting di dalam mempengaruhi sikap, perwatakan dan personaliti
seseorang. Dari sudut rohani manusia, hati merupakan pusat segala tindakan
manusia. Menerusi hati tindakan yang baik atau buruk akan terzahirkan. Oleh
yang demikian, peranan akal di sini amatlah perlu di dalam membangunkan hati
menerusi pencarian ilmu yang membawa kepada Pencipta. Manakala nafsu menurut
al-Ghazali adalah keinginan dalam diri makhluk yang bernafas. Hasil daripada
pembersihan hati menerusi pencarian ilmu, keinginan atau nafsu mampu dikawal.
• Descartes adalah orang pertama di akhir abad pertengahan yang telah
menyusun perbahasan yang kuat dan jelas (distinct) yang menyimpulkan
bahawa asas falsafah haruslah akal fikiran dan bukannya perasaan, keimanan,
ayat-ayat suci dan bukan sumber-sumber lainnya.
• Descartes menjelaskan manusia terdiri dari dua dimensi yang berbeza iaitu
jiwa dan tubuh, dan sifatnya sebagai komposisi dan membentuk sebuah
kesatuan yang sangat erat (intimate union). Bagaimana non-material dengan
material dapat bersatu.
• Menurut Hobbes, jiwa adalah material karena ia berada di dalam badan. Dan
pengertian material menurut Hobbes ialah segala sesuatu yang dapat diukur,
dan yang dapat diukur adalah segala sesuatu yang dapat kita lihat. Lebih
ekstrim menurut Hobbes, jika Tuhan ada maka Ia dalam bentuk material.
• Hobbes berpendapat tidak ada pemisahan antara jiwa dengan tubuh,
menurutnya, jiwa dan tubuh adalah satu-kesatuan.
• Locke membincangkan bagaimana manusia memperoleh ilmu pengetahuan. Beliau
setuju dengan pandangan dualisme-cartesian, manusia terdiri dari jiwa dan tubuh
(mind and body).

• Menurutnya, pemikiran (jiwa) manusia ketika baru lahir adalah seperti lembaran
kertas, pengalaman yang dilalui akan tercatat di atas kertas tersebut, dan apa yang
dicatat oleh pengalaman inilah yang diketahui oleh akal - dengan kata lain manusia
memperolehi pengetahuan paling awal berdasarkan pengalaman empiris.

• Menurut Locke, yang membezakan antara manusia dengan manusia lain adalah
jiwanya. Dasar identiti manusia ialah jiwa. Untuk mencari identiti manusia, perlu
dibezakan antara man (sering terjemahkan dengan manusia) dengan person
(orang). Jiwa selalu berubah di dalam ruang dan waktu.

• Manakala Buddha lebih fokus pada hukum spiritual alam semesta untuk mencapai
pencerahan diri sehingga sampai pada akhir nafsu yang menyebabkan semua
penderitaan kelahiran, usia, tua, penyakit, kematian, kepedihan, ratapan, dan
keputusasaan.
KONSEP INSAN DARI PERSPEKTIF
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)
Potensi-potensi Insan
KONSEP INSAN DARI PERSPEKTIF
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK)

• FPK adalah konsep insan sejahtera, iaitu :

J (Jasmani) - Badan/fizikal yang sihat


E (Emosi) - Man is being with emotion and feeling
R(Rohani) - Menekannya amalan keagamaan
I (Intelek) - Membina akal fikiran yang lebih kreatif, kritis dan lebih
tajam demi mencapai ilmu yang luas dan mendalam

Faridah_CH
• Falsafah Islam : membentuk dan memperkembangkan insan supaya
menjadi muslim yang berilmu, beriman, beramal soleh dan berperibadi
mulia ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba
dan khalifah Allah S.W.T. yang bertakwa.

• Melahirkan insan yang taat kepada Allah S.W.T., hidup dalam masyarakat
dengan harmoni, aman dan damai dan seterusnya mendapat keredaan
dan kesejahteraan di akhirat.

• Falsafah Timur : Menghasilkan individu yang berkebolehan dan bermoral


tinggi. Individu menyeluruh dengan interaksi dan integrasi.
• Agenda utama dalam sesebuah pendidikan ialah perubahan dan tranformasi diri
individu dari satu tahap ke satu tahap. Perubahan dan tranformasi ini tidak akan
terlaksana tanpa melibatkan pembangunan insan yang perlu direncanakan
mengikut acuan FPK.

• Pembangunan insan yang seimbang dan holistik tidak akan meminggirkan mana-
mana aspek bahkan akan digabungjalinkan agar dapat melahirkan insan yang
mempunyai pegangan agama, nilai-nilai murni serta berkemahiran.

• Berdasarkan kepada FPK, matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan manusia


yang seimbang dan harmonis dari semua aspek kemanusiaan. Maka di dalam
pernyataannya terdapat unsur-unsur penting yang berkaitan dengan
pembangunan insan iaitu membangunkan intelek, membangunkan rohani dan
emosi serta membangunkan jasmani.
Peranan Konsep Insan Sejahtera Menghadapi
Cabaran dalam kehidupan

• Manusia itu mempunyai sifat- sifat yang lebih kurang sama


tapi konteks luarannya berbeza.
• Jika memahami J E R I iaitu suatu insan yang mempunyai
sifat2 holistik dan seimbang, maka seseorang insan mampu
menghadapi apa jua cabaran
• Cabaran-cabaran yang dihadapi kebiasaannya terbit dari salah
satu aspek J E R I sama ada cabaran berbentuk Jasmani,
emosi, rohani atau intelek.
Faham Insan Sejahtera dalam Krisis Kemanusiaan

• Krisis Kemanusiaan dan Insan Sejahtera


• Melihat kepada krisis kemanusiaan, alam-sekitar, nilai-akhlak yang terbit dan tumbuh
berdasarkan sistem ilmu Eurosentrik dan Egosentrik Barat Moden Tanpa Ruh dan
Tanpa Tuhan, sudah tiba masanya institusi pendidikan pasca-pengkolonian untuk
memformulasi sistem ilmu mereka sendiri demi menyelamatkan manusia dan alam
dari krisis dan malapetaka buatan tangan manusia sendiri ini.
• Apakah sistem ilmu Andalusia, Aztech, Incas, Amerika, Afrika, Hindu, Buddha, Kristian
dan Islam yang memiliki ciri-ciri Keagamaan, Ketuhanan dan Kerohanian ini tidak
boleh menggantikan sistem ilmu sekularisme, liberalisme, atheism, agnostikisme dan
naturalisme Eropah yang selama lebih 500 tahun melakukan segala bentuk genosid,
epistemosid, pembunuhan beramai-ramai, peperangan, penjarahan hasil mahsul
bumi orang lain, penaklukan dan penjajahan fizikal dan mental?
• Inilah cabaran baru dan mendesak bagi kita di Malaysia dalam melakukan perubahan
pemikiran dan sikap dalam mendepani cabaran-cabaran asing.
• Kesan daripada globalisasi, dunia semakin jauh dengan nilai-nilai kemanusiaan. Jika
sekularisasi berjaya memisahkan manusia dengan agama tetapi liberalisasi lebih
teruk dan parah.
• Ancaman liberalisasi yang paling merbahaya ialah serangan pemikiran dan budaya.
Liberalisasi muncul daripada fahaman hak kebebasan manusia seperti hak berucap,
hak menerbit atau menulis, hak memilih agama atau sebagainya.
• Maka, kekuatan FPK yang berpaksikan kepada kepercayaan kepada Tuhan akan dapat
menghakis pengaruh negatif kesan daripada globalisasi ini.
• Kesan daripada globalisasi, dunia semakin jauh dengan nilai-nilai kemanusiaan. Jika
sekularisasi berjaya memisahkan manusia dengan agama tetapi liberalisasi lebih
teruk dan parah.
• Ancaman liberalisasi yang paling merbahaya ialah serangan pemikiran dan budaya.
Liberalisasi muncul daripada fahaman hak kebebasan manusia seperti hak berucap,
hak menerbit atau menulis, hak memilih agama atau sebagainya.
• Maka, kekuatan FPK yang berpaksikan kepada kepercayaan kepada Tuhan akan dapat
menghakis pengaruh negatif kesan daripada globalisasi ini.
Sekian, terima kasih

Faridah_CH

Anda mungkin juga menyukai