Anda di halaman 1dari 44

KONSEP INSAN

KULIAH
4
Hasil Pembelajaran
Subtopik

4.1 Asal Usul Insan


4.2 Hakikat dan Sifat Insan
4.3 Potensi Insan
4.4 Faham Insan Sejahtera Dalam
Krisis Kemanusiaan
4.1 ASAL USUL INSAN
PELBAGAI FAHAM DAN PENDEKATAN

• Ahli falsafah mengupas persoalan asal kejadian manusia


merujuk kepada dua kaedah;
akal rasional (pengalaman)
pengamatan pancaindera
• Antara ahli falsafah barat yang memberi pandangan tentang
asal kewujudan manusia ialah Plato (427-347 SM), Aristotle
(384-322 SM), La Mettrie (1709-1751M), dan Karl Marx
(1818-1883M).
(i) ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT
PLATO

• Hakikat segala yang wujud sebenarnya adalah alam


idea (intelectual world), dan lawannya adalah alam
indera (sensual world). Di alam idea terdapat
semua benda di alam nyata termasuk sifat-sifatnya,
hubungan antara satu sama lain, nilai-nilai dan
sebagainya. Apa yang ada di alam dunia idea ialah
contoh idea, sifatnya tetap, kekal tidak berubah,
universal dan benar-benar wujud.
sambungan

• Dalam dunia idea ada tingkatan-tingkatan antara


idea. Idea yang tinggi ialah idea ‘kebaikan’ tetapi
sebaliknya, dunia pengalaman atau alam indera
adalah berubah-ubah, tidak tetap dan merupakan
bayang-bayang daripada dunia idea.

• Plato masih mengakui wujudnya kepelbagaian alam


dunia, tetapi tidak menganggapnya sebagai realiti
sebenar.
sambungan

• Asal kewujudan manusia; wujud di alam idea dan di


alam nyata.
• Manusia sebenarnya berasal daripada dunia idea,
tujuan hidupnya di dunia tidak terus-menerus ada
melainkan harus kembali kepada asalnya bersama
dengan idea tertinggi. Di sanalah manusia
memperolehi kepuasan dan kebahagiaan yang
sempurna. Namun, manusia harus terlebih dahulu
membebaskan jiwanya daripada kongkongan jasad
dan pengaruh-pengaruh dunia yang pelbagai.
sambungan

• Manusia yang berjaya semasa hidupnya


adalah mereka yang mampu sampai ke
alam asalnya (alam) idea. Mereka itulah
orang yang bijaksana dan layak menjadi
pemimpin negara
(ii) ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT ARISTOTLE

• Apa yang wujud sebenarnya adalah alam indera,


iaitu dunia nyata. Pandangan ini berlawanan
dengan Plato yang mendokong teori dunia idea.
• Aristotle menentang teori dunia idea dan tidak
menerimanya sebagai realiti kerana ia tidak mampu
dibuktikan secara empirikal. Realiti seseorang
manusia adalah mereka yang sedang berada di
alam nyata ini.
sambungan

• Manusia adalah makhluk yang istimewa yang


terangkum padanya sifat benda wujud sama ada
vegetatif, sensitif, dan rasional.
• Semua benda yang wujud akan mati, kecuali yang
rasional kerana ia merupakan roh yang akan terus
ada setelah manusia meninggal dunia. Aristotle
tidak membincangkan dari mana dan bagaimana
roh berada dalam badan, serta bagaimana
keadaannya setelah meninggalkan badan.
sambungan

• Menurut Aristotle lagi, manusia hidup mencari


kebahagiaan, kekayaan, kesenangan material,
kemuliaan dan lain-lain bukanlah kebahagiaan
sejati. Hal ini demikian kerana manusia sering
dipengaruhi oleh banyak kecenderungan material.
• Manusia yang bijaksana ialah yang selalu bertindak
mengikut akal budi dalam mengendalikan
kehendak jasadnya.
(iii) ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT
LA METTRIE

• Begitu juga halnya dengan binatang sehingga tiada


bezanya antara manusia dan binatang.
• Bahan tanpa jiwa boleh bergerak tetapi jiwa tanpa
bahan tidak mungkin bergerak.
• Manusia hanyalah bahan benda atau material
semata-mata.
(iv) ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT
KARL MARX

• Manusia tidak bererti tanpa masyarakat manakala


yang sebenarnya bererti adalah masyarakat.
• Kekuatan-kekuatan material adalah faktor yang
mendorong dan menentukan sejarah masyarakat
manusia. Kekuatan itu ialah kekuatan untuk
menghasilkan produktiviti yang didorong oleh
kecenderungan untuk hidup.
sambungan

• Manusia hidup ditentukan oleh keadaan ekonomi.


Segala hasil tindakannya; ilmu, seni, agama,
kesusilaan, hukum, politik adalah hanya merupakan
hasil daripada keadaan tersebut.
• “Agama adalah candu masyarakat”. Kata-kata ini
sangat besar pengaruhnya terhadap gerakan yang
anti agama dan non agama di Eropah pada abad
pertengahan, sehingga menjadi antara faktor
lahirnya fahaman komunisme dan sekularisme.
(v) ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT
SIGMUND FREUD

• Teori Freud yang paling terkenal adalah mengenai


adanya alam bawah sedar yang mengendalikan
sebahagian besar perilaku.
• Berpandangan bahawa tingkah laku manusia
didorong oleh hasrat seksualiti yang permulaannya
dialami manusia semenjak kecil ketika disusui
ibunya.
• Menurut Freud, jiwa memiliki tiga peringkat
kesedaran; sedar (conscious), prasedar
(preconscious), dan tidak sedar (unconscious).
sambungan

• Freud mengatakan bahawa satu-satunya


kecenderungan manusia adalah asmara (seks) yang
menjadi pendorong kepada segala perkembangan
manusia dan tingkah lakunya. Ia boleh meningkat
ke arah keagamaan dan manusia tidak berbeza
daripada kumpulannya yang semuanya diarahkan
kepada asmara atau kekuasaan.
(vi) ASAL KEJADIAN MANUSIA MENURUT
ISLAM

• Manusia pada asal kejadiannya terdiri daripada dua


unsur utama; jasad dan roh.
• Kedua-dua unsur ini mempunyai keunikan dan
keistimewaan yang tersendiri yang akhirnya akan
membentuk personaliti seseorang manusia itu
sendiri.
sambungan

• Di samping dua unsur ini, manusia juga dibekalkan


oleh Allah S.W.T. dengan beberapa elemen lain
seperti hati, akal, dan nafsu.
• Oleh itu, dalam membicarakan tentang asal
kejadian manusia, adalah penting bagi kita untuk
mengetahui dan memahami kelima-lima unsur
yang terdapat pada diri seorang manusia.
4.2 HAKIKAT DAN SIFAT INSAN

4.2.1 4.2.2
Fizikal- Spiritual-
Material Rohani
4.2 HAKIKAT DAN SIFAT INSAN
4.2.1 Fizikal-Material

4.2.1.1 Proses penciptaan Adam a.s bermula daripada tanah


kepada kejadian dan sifat fizikal manusia dengan kuasa
(kudrat) Pencipta (kun fayakun)

4.2.1.2 Proses penciptaan Hawwa (pasangan Adam a.s)


dan penciptaan anak cucu Adam a.s.

4.2.1.3 Proses biologi iaitu manusia berkembang biak


melalui hubungan jantina (perkahwinan)
4.2 HAKIKAT DAN SIFAT INSAN
4.2.2 Spiritual-Rohani (Menurut al-Ghazali)

Roh ialah sifat yang halus


yang bersumber daripada Roh ialah sifat halus pada
rongga hati dalam jasad manusia yang dapat
manusia mengetahui sesuatu yang
membawa kepada pelbagai
pengertian. Ia termasuk
urusan bersifat ketuhanan
(latifah rabbaniyyah).
Elemen Utama Dalam Diri Manusia
PERINGKAT/ALAM KEHIDUPAN
MANUSIA
Hakikat Insan & Sifat Insan
•Manusia terdiri daripada jasad dan roh.
•Manusia akan menempuh lima tahap atau alam secara
berperingkat-peringkat, iaitu;
i.Alam Ghaib (tempoh tidak diketahui)
ii.Alam Rahim (9 bulan 10 hari)
iii.Alam Dunia (mengikut tempoh umur masing-masing)
iv.Alam Barzakh (dari mula kematian sehingga dibangkit
semula selepas dunia kiamat)
v. Alam Akhirat (kekal di syurga ataupun neraka)
•Tahap ketiga/alam dunia adalah tahap yang amat menentukan
keputusan akhir nasib seseorang.
4.3POTENSI-
POTENSI
INSAN

Manusia secara filosofi adalah hayawan al-


Nathiq (makhluk yang mampu berfikir), di
mana terdiri atas jasmani dan rohani. Kedua
unsur ini harus dikembangkan fungsinya dan
dijaga melalui pendidikan. Islam memberikan
penjelasan yang lengkap mengenai pendidikan
jasmani dan kesihatan manusia ini. Konsep
Islam dalam pendidikan jasmani tidak dapat
dipisahkan dengan rohani, karena ianya
merupakan satu kesatuan (integrated) yang tidak
boleh dipisahka
4.3 POTENSI- POTENSI INSAN
4.3 POTENSI- POTENSI INSAN

4.3.1 Jasmani
•Unsur jasmani adalah dimana individu hendaklah
menyedari tentang:
kepentingan kesihatan fizikal
boleh mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal,
manipulatif dan sosial
mampu menggunakan kemahiran kecergasan fizikal
untuk memanfaatkan masyarakat
4.3 POTENSI- POTENSI INSAN

•Kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan


Malaysia (2006), menunjukkan 60.1%
•rakyat Malaysia tidak melakukan aktiviti yang aktif
dan menghadapi pelbagai risiko gejala
•penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit
seperti sakit jantung, kencing manis dan
•tekanan darah tinggi.
4.3 POTENSI- POTENSI INSAN

4.3.2 Emosi
•Emosi adalah satu ciri jiwa manusia yang mempamerkan
perasaan kuat yg berpunca dari psikologi (mental)
seseorang kerana emosi dpt berlaku secara naluri
bergantung kpd situasi.
•Manusia mempunyai pelbagai emosi.
•Emosi menggambarkan perasaan yang kuat tentang
sesuatu yang:
Sangat menyenangkan; atau
Sangat mengganggu
Gembira
Takut Suka

Jenis-Jenis
Marah   Tenang
Emosi;
antaranya

Sedih Pilu

Bimbang
4.3 POTENSI- POTENSI INSAN

4.3.3 Rohani
•Pengukuhan aspek kerohanian
•Al ghazali mendefinasikan roh sebagai “aspek yang halus
yang mengetahui dan merasa”
•Selaras dengan firman allah yang maksud “ jawablah roh
itu termasuk dalam urusan tuhanku” al isra:85
•Roh makhluk ciptaan tuhan yang sangat menakjubkan
melemahkan kebanyakan akal dan fahaman manusia dari
mengetahui hakikatnya. Sedangkan ia merupakan nadi
kepada kehidupan manusia
4.3 POTENSI- POTENSI INSAN

Menerusi perspektif islam


pengisian roh adalah hanya
melalui sumber al-Quran dan
hadis. Pengisian terhadap roh
bermula dari saat di rahim ibu,
selepas dilahirkan sehinggalah
seseorang dewasa. Amalan
amalan retual seperti membaca
al quran, berdoa berzikir serta
beribadat merupakan keperluan
utama roh.
4.3 POTENSI- POTENSI INSAN

4.3.4 Intelektual
•Al- Ghazali menjelaskan akal adalah sumber ilmu
tempat timbul dan sendi ilmu. Ilmu itu berlaku
dari akal sebagaimana terhasilnya buah buahan
dari pohon kayu, sinar matahari dan penglihatan
dari mata”
•Akal merupakan alat terpenting proses
mendapatkan ilmu
•Sesuai hadis nabi yang bermaksud
“Yang mula pertama dijadikan oleh allah ialah
akal” riwayat Abu Hurairah
4.3 POTENSI- POTENSI INSAN

Dalam pengisian akal kebebasan perlu


diberikan untuk manusia menggunakan
daya berfikir, daya kreatif dan daya usaha
dalam meneroka alam yang akhirnya dapat
menjelmakan manifestasi sifat pencipta
dan kebesaran-nya. Namun pengisian ini
perlu dikawal dan diselia selaras oleh ilmu
wahyu sebagaimana disepakati ole ulama
islam
4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA
DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

Neoliberalisme Kegagalan
dalam sistem mewujudkan
pendidikan perpaduan
masyarakat
Malaysia
Insan sejahtera
dari perspektif
psikologi dan
sosial
4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA
DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

(i) Neoliberalisme dalam sistem pendidikan


• Neoliberalisme: satu bentuk ideologi ekonomi-politik. Ia juga
merupakan rasional pemerintah yang menyebarkan nilai
pasaran dan metrik untuk setiap bidang kehidupan dan
menganggap manusia itu sendiri secara eksklusif sebagai
“homo economicus”
• Menurut Chang D.W, Neoliberalisme;
 mempunyai pengaruh kuat dalam “mengekonomikan”
semua sfera dan aktiviti, termasuk dalam pendidikan.
 meresapi sistem pendidikan negara; bertentangan dengan
FPK
4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA
DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

Pengaruh neoliberalisme terhadap konsep asas


pendidikan;
Sudut ekonomi; pendidikan mempunyai manfaat
serampang dua mata-untuk pelajar dan masyarakat

Sudut teori modal insan; faedah pendidikan kepada


individu-individu yang kompeten lebih berketerampilan
dan terpelajar, yang telah menerima pendidikan dan
latihan, berupaya memperolehi gaji yang lumayan, tinggi
kualiti kehidupan dalam masyarakat
4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA
DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

(ii) Kegagalan mewujudkan perpaduan masyarakat Malaysia


•Kegagalan penyatupaduan linguistik di Malaysia(Peranan bahasa
dalam menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum)
•Kegagalan sistem pendidikan Malaysia dalam menyatukan kaum;
kewujudan sekolah pelbagai aliran, persekitaran pendidikan anak-
anak dipisahkan dari arus kebangsaan sejak tahap tadika.
• Polarisasi kaum, bermula di sekolah- pengasingan etnik sejak
tadika
•Penyelesaian;
Kaedah Makro; Persekolahan satu aliran
Kaedah Mikro; Mata pelajaran Bahasa Melayu
4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA
DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

(iii) Insan Sejahtera dari Perspektif Psikologi


•Manusia mesti melibatkan diri dalam persekitaran dengan hubungan
timbal balik.
•Dalam kehidupan, individu menghadapi pelbagai masalah serta
alternatif atau pilihan.
•Konsep manusia sebagai kreatif,memilih dan membuat keputusan
sendiri membuatnya memilih matlamat yang dia sukai.
Dia boleh memilih matlamat yang berguna, konstruktif dan memberi
faedah kepada masyarakat ataupun memilih matlamat yang tidak
berguna dalam kehidupan dan menjadi neurotik (gangguan kejiwaan).
4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA
DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

• Kebebasan memilih telah memperkenalkan konsep nilai dan makna dalam


psikologi.
• Nilai yang paling penting ialah minat sosial.
Ini kerana manusia berkeupayaan untuk wujud bersama dan berhubungan dengan manusia
lain.
• Manusia bertanggungjawab memperkembangkan minat sosialnya.
Oleh kerana kita hidup bersama dan berhubungan dengan manusia lain, maka kita
bertanggung jawab terhadap orang lain.
Jika seseorang cuba mengasingkan diri daripada masyarakat , maka dia boleh dianggap
neurotik dan menimbulkan kesusahan dalam dirinya iaitu mengelak daripada melaksanakan
keinginan yang baik.

b
4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA
DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

• Kehidupan memberi beberapa cabaran dalam bentuk tugas


hidup (life task). Adler telah menyentuh tentang masyarakat,
tugas dan seks sebagai 3 bentuk tugas hidup yang asal.
Masyarakat: Sungguhpun kita bebas daripada pengaruh orang lain,
tetapi masing-masing bergantung kepada sumbangan orang lain.
Tugas; Perlu melaksanakan tugas spiritual dan kosmologi serta tugas
mengurus diri sendiri.
Seks; Mempelajari cara menjalankan peranan jantina mengikut
definisi kehidupan dan kebudayaan dan juga stereotaipnya serta
melatih diri dalam berhubungan orang lain. Jantina yang berlainan
bukan musuh, tetapi mesti belajar bekerjasama dengan mereka.
4.4 FAHAM INSAN SEJAHTERA
DALAM KRISIS KEMANUSIAAN

• Teori Kemanusiaan Malik Badri (1980: 132);


“ Pakar psikologi Islam boleh membandingkan
pandangan kemanusiaan ini dengan konsep fitrah
dalam Islam; sifat semulajadi manusia yang baik
yang diberikan kepadanya oleh Tuhan dan konsep
Islam bahawa manusia bertanggungjawab atas
pilihannya dalam kehidupan ini.”
Aktiviti pelajar

Aktiviti 1: e-learning “ Bagaimana mewujudkan


keseimbangan JERI dalam kehidupan seorang
pelajar?”

Aktiviti 2: “Bincangkan pemahaman tentang asal


usul kejadian manusia dari perspektif
pelbagai agama”

Anda mungkin juga menyukai