Anda di halaman 1dari 14

FALSAFAH DALAM KEHIDUPAN

Persoalan Metafizik:
Darimana Datangnya/Wujudnya Kita
Kemana Kita Akan Pergi Akhirnya?
Minggu 5
Persoalan Metafizik
•Metafizik merupakan salah satu disiplin ilmu yang turut dibincang
dalam ilmu falsafah. Ia antara bidang utama yang membicarakan
falsafah. Metafizik menjelaskan sesuatu yang di sebalik fizikal.
•Merujuk kepada perkataan metafizik itu sendiri, ia mengandungi
dua suku kata yang utama iaitu meta dan juga fizik. Meta
merupakan perkataaan Yunani yang membawa maksud di sebalik
dan fizik pula adalah alam zahir.
•Jika diamati perkataan fizik adalah disiplin ilmu yang
membahaskan pelbagai fenomena semulajadi material seperti
pergerakan, daya, tekanan, panas, cahaya, suara, elektrik dan
lain-lain lagi.
•Oleh itu, terdapat persolan yang timbul, adakah setiap perkara
yang berlaku dalam kehidupan ini memberikan gambaran yang
sebenar tentang sesuatu itu? Adakah sesuatu yang di sebalik
fizikal itu merupakan satu alam lain yang benar-benar wujud?
• Pengistilahan fizik digunakan sebagai lawan kepada
fenomena non-material kerana perkara ghaib berkaitan
dengan pelbagai fenomena yang tidak berkenaan dengan
bidang yang inderawi dan pengalaman. Namun ia berkenaan
dengan sesuatu yang lebih tinggi dari pelbagai fenomena ini
(natural material).
• Persoalan-persoalan seperti ini selalu bermain di fikiran
seorang failasuf. Mereka ingin mencari kebenaran hanya
dengan berpandukan kepada akal minda mereka. Mereka
berpendapat bahawa dengan akal semata-mata kebenaran
itu dapat di capai.
• Di antara failasuf yang membicarakan persoalan ini Plato dan
Aristotles. Mereka menyatakan bahawa sesuatu yang di
sebalik fizikal itu adalah alam pemikiran manusia itu sendiri.
Ini kerana alam pemikiran tidak dapat di lihat oleh mata kasar
manusia dan hanya boleh di rasa kehadirannya.
• Mereka berpendapat bahawa dengan akal yang sihat, kebenaran itu dapat di
capai. Sedangkan akal mempunyai kemampuan yang terbatas.
• Mereka ingin mencari kebenaran hanya dengan berpandukan kepada akal
minda mereka.
• Kita perlu sedar bahawa tahap kemampuan akal fikiran kita sebenarnya
terbatas, disebabkan itulah kita perlu dipandu oleh al-Quran dan as-Sunnah.
• KIita perlu sedar bahawa tahap kemampuan akal fikiran kita sebenarnya
terbatas, disebabkan itulah kita perlu dipandu oleh al-Quran dan as-Sunnah,
banyak perkara yang tidak mampu digambarkan oleh akal fikiran kita,
sebagai contoh kita tidak mampu memikirkan perihal roh, bagaimana rupa
bentuk roh, dan sebagainya.
• Akal kita juga tidak dapat memikir dan menggambarkan secara detil
mengenai perihal syurga dan neraka, bagaimana bentuk dan suasananya,
adapun neraka yang digambarkan dalam filem-filem barat itu hanyalah
gambaran yang diterjemahkan dari akal fikiran yang terbatas, begitu juga
dengan gambaran syurga oleh barat, cukuplah dengan gambaran yang
dibawakan oleh al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.
Peranan Akal Menurut Ilmuan Islan
• Menurut pendapat Ibn Sina dan Imam al-Ghazali, akal memain peranan
penting untuk mencari atau menuntut ilmu pengetahuan. Justeru itulah
akal berperanan sebagai sumber ilmu.
• Dalam konteks lain, Ibn Sina dan al-Ghazali berpendapat di mana akal
itu berperanan memartabatkan manusia ke darjat atau kedudukan yang
lebih baik dan terpuji. Hal tersebut bertepatan dengan hakikat dan
realiti yang mana sememangnya orang yang berakal atau berilmu itu
mendapat kedudukan yang tinggi serta dihormati oleh masyarakat.
• Akal walaupun setinggi mana dan sepintar mana, ia tetap terbatas dan
terhad ruang lingkup kemampuannya. Hakikat mengenai kekurangan
dan kelemahan ini perlu diinsafi agar apabila seseorang itu makin tinggi
dan makin berilmu, ia semakin tawadduk dan bertaqwa, bukan
bertambah angkuh dan megah.
• Mengetahui kedudukan yang lemah dan terbatas itu juga dapat menarik
kesedaran manusia dimana tidak semua perkara yang wujud dapat
ditangkap atau difikirkan oleh akal.
• Apa yang ketaranya, akal hanya mampu untuk meneliti,
mengkaji dan mahami perkara yang berkaitan dengan alam
nyata sahaja. Adapun perkara yang berkaitan dengan alam
ghaib, akal tidak dapat sampai, ia hanya dapat diketahui
melalui wahyu atau perantara para rasul.
• Antara bukti yang menunjukkan bahawa akal manusia
terbatas sebagaimana firman Allah yang berkaitan dengan
roh yang bermaksud:
“Dan mereka bertanya kamu (wahai Muhammad) tentang Ruh.
Katakanlah, Ruh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu
tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja”.
(Surah al-Isra’ 17: 85).
Darimana Datangnya Manusia
• Manusia merupakan salah satu makhluk ciptaan
untuk melengkapi kehidupan di muka bumi ini.
Manusia mempunyai keistimewaan yang
tersendiri berbanding kehidupan lain kerana
manusia dikurniakan dengan akal fikiran untuk
berfikir dan bertanggungjawab untuk mentadbir
alam ini.
• Manusia terdiri daripada tiga unsur: mind, body,
dan spiritual.
• Dengan kata lain, manusia terdiri daripada akal/minda,
biologikal/fizikal, dan roh. Dengan adanya fikiran yang
dapat berfikir dengan baik, manusia menjadi pemimpin di
kalangan semua haiwan/makluk yang ada di alam/bumi.
• Komponen fizikal merangkumi semua organ/anggota tubuh
manusia serta bahagian lain yang zahir/dapat dilihat dan
dipegang secara langsung. Manakala komponen
roh(rohani) pula komponen yang wujud tetapi tidak dapat
diperhatikan secara zahir/fizikal yang kekal ada dalam
setiap manusia.
• Roh yang mendorong manusia mencipta/mencari sistem
kepercayaan. Fikiran pula merupakan kebolehan untuk
menilai dan bertindak secara logik/rasional. Terdapat dua
teori yang membincangkan falsafah kejadian manusia.
• Antaranya ialah teori mengikut agama Islam dan teori
evolusi Darwin dari Barat.
• Kedua-dua teori ini mempunyai pandangan yang berbeza berkaitan
dengan falsafah kejadian manusia.
• Barat menerima falsafah kejadian manusia dikaji melalui teori
Darwin. Charles Darwin adalah dari lingkungan orang yang taat
beragama Kristian dan merupakan sarjana muda teologi.
• Charles Darwin mengemukakan teori proses evolusi makhluk hidup
sehingga menghasilkan makhluk tertinggi yang disebut manusia.
Teori evolusi ini ditunjang oleh bukti-bukti yang kukuh, cukup banyak
dan menyakinkan.
• Bukti berupa fosil adalah makhluk yang berupakan antara beruk dan
manusia. Ini menunjukkan bukti bahawa evolusi demikian pernah
terjadi. Pada saat manusia meragui teori tersebut, di Trinil, Ngawi
menemui fosil manusia kera yang merupakan penghubung antara
bentuk kera dengan manusia sempurna yang selama ini dicari.
• Ini terjadi pada tahun 1891. Dunia ilmu pengetahuan menjadi
gempar, kerana dengan demikian cukuplah bukti yang diperlukan
untuk melengkapi teori Darwin.
• Manusia Trinil ini bentuknya seakan-akan
gabungan manusia dan kera. Oleh sebab itu ia
disebut Pithecantrophus erectue (Pithecus
bermaksud kera, antrophus adalah manusia
manakala erectus bermaksud berdiri.).
• Jelas di sini, makhluk ini berdiri tegak seperti
manusia dan tingginya kurang dari manusia
kerdil namun otaknya jenis kera kerana ia
kurang dari 1000cc. Demikianlah fosil tersebut
melengkapi bukti teori bahawa manusia itu
marupakan hasil evolusi. Sesudah itu, fosil demi
fosil yang ditemui memperkuatkan teori
Darwin.
• Manusia Trinil ini bentuknya adalah gabungan
manusia dan kera.
• Oleh sebab itu ia disebut Pithecantrophus erectue
(Pithecus bermaksud kera, antrophus adalah
manusia manakala erectus bermaksud berdiri.).
Kemana Kita Akan Pergi Akhirnya
•  Setiap manusia mempunyai matlamat hidup di dunia ini. Mereka yang tidak
mempunyai matlamat hidup pasti akan terumbang-ambing dibawa arus dunia.
Namun tidak semua manusia yang mempunyai matlamat hidup di dunia ini
hidup dalam keadaan tenang.
• Siapakah dalam dunia fana ini yang hidup dengan jiwa yang tenang? Dalam al-
Quran, Allah telah menyatakan beberapa golongan manusia yang mempunyai
tumpuan tertentu dalam kehidupan mereka.
• Al-Quran juga ada menjelaskan tentang sekumpulan manusia yang matlamat
mereka hanyalah hiasan dan kesenangan hidup yang fana.
• Allah berfirman yang bermaksud: Dihiaskan(dan dijadikan indah) kepada
manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-
perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari
emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-
binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan
hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-
baiknya (iaitu syurga). (Aali-Imran: 14)
• Kita perlu sedar tentang hakikat penciptaan manusia ini
bukan sesuatu yang sia-sia.
• Allah mempunyai agenda dalam mencipta manusia dan
kita perlu menyedari akan objektif tersebut. Firman
Allah taala dalam surah ad-Dzariayat ayat 56: “Aku
tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar
mereka beribadah kepadaKu”.
• Tujuan utama Allah menciptakan manusia supaya
manusia menjadi abdi kepadaNya, dengan
melaksanakan semua suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya. Oleh itu, seseorang yang dipandang oleh
Allah dengan pangkat “Hamba” adalah mulia di sisiNya.
Kesimpulan
• Setiap penciptaan itu mempunyai rahsia tersendiri. Penciptaan manusia
daripada tanah, kemudian Allah SWT mengarahkan malaikat bersujud
kepada Nabi Adam juga mempunyai sebab yang kita tidak ketahui.
Dalam pensyariatan agama Islam yang suci ini, manusia tidak mampu
menilai tujuan dan sebab setiap sesuatu ketetapan daripada Allah SWT
itu.
• Kita hanya mampu melaksanakan tanggungjawab dan tugas tanpa
membantah kerana malaikat pun turut bersujud kepada Nabi Adam
apabila diarahkan Allah SWT. Justeru, bagi menjadikan kita benar-benar
memahami tujuan hidup dengan sebenarnya, kita perlu menjadikan
kisah Nabi Adam dan malaikat sebagai teladan.
• Usah bersandarkan perangai iblis yang mengingkari arahan Allah SWT
untuk bersujud. Ini dinyatakan dengan bongkak oleh iblis seperti firman
Allah SWT yang bermaksud: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau
(wahai Tuhan) jadikan aku dari api, sedang dia Engkau jadikan dari
tanah." (Surah al-A'raaf, ayat 12).

Anda mungkin juga menyukai