Anda di halaman 1dari 17

Falsafah Dalam Kehidupan

PERSOALAN EPISTEMOLOGI
PENGERTIAN
• Bahasa Yunani. Episteme bermakna
pengetahuan dan logos bermaksud teori
atau kajian
• Epistemologi – teori pengetahuan yang
benar.
• Fokus kepada ilmu dan keilmuan

Satu cabang filsafat yang membincangkan


hakikat ilmu, sumber ilmu, kaedah atau cara
memperolehi ilmu dan kesahan dan
kebenaran ilmu.
PERBAHASAN EPISTEMOLOGI

Apakah sumber-sumber pengetahuan?

Sejauh manakah sumber pengetahuan tersebut
boleh dipercayai?

Apakah yang dapat diketahui oleh seseorang?

Bagaimanakah kita mengetahui dan apakah
yang kita ketahui?

Rumusan - epistemologi membincangkan dua masalah


pokok ; sumber / kaedah ilmu dan kebenaran ilmu
pengetahuan.
SUMBER ILMU
• Ilmu pengetahuan diperolehi melalui empat sumber
asas iaitu pancaindera, akal, intuisi/ilham dan
wahyu.

• Ada pandangan yang menambah lagi beberapa


sumber tambahan iaitu autoriti kepakaran dan
keyakinan

• Setiap sumber mempunyai perbahasannya yang


tersendiri dan memberi impak kepada tahap
kebenaran, klasifikasi dan hierarki ilmu.
REVOLUSI SAINS
Satu siri peristiwa yang menandakan kemunculan sains
moden semasa zaman moden, apabila perkembangan
matematik, fizik, astronomi, biologi dan kimia
mengubah pandangan masyarakat mengenai alam
semula jadi.
Abad ke 5 – 13 M 1400 1500 1600

Zaman Gelap Berlakunya era renaisance (abad 14 –


Eropah pertengahan abad ke 16. Lahir tokoh-tokoh
seperti Leonardo da Vinci, Niccolo Machiavelli
Revolusi Sains
1600 -1699 – Abad ke 17 1700 – 1799 – Abad ke 18 1800 – 1899 – Abad ke 19

Berlakunya revolusi sains Berlakunya revolusi


dan tertubuhnya industrri 1 (1784) dan
akademi sains serta era pencerahan. Muncul
lahirnya ilmuwan seperti aliran empirisisme
Francis Bacon, Rene dengan tokoh-tokoh
Penemuan mesin-mesin
Descartes & Galileo Galei. seperti John Locke, Sir
mekanikal dan mesin wap
Muncul pelbagai aliran Isaac Newton, George
yang mendorong
pemikiran rasionalisme Berkeley & Adam Smith.
munculnya kapal wap,
dengan ungkapan ‘Cogito Penemuan tenaga
kereta api, dan lain-lain
Ergo Sum’ elektrik yang
meningkatkan produksi
barang
6
Revolusi Sains & Revolusi Industri
Revolusi Industri ke-4
1900 2000 sekarang

Revolusi Saintifik Baharu. Inovasi teknologi


Kegiatan industri
Penulisan Thomas Kuhn – informasi, komersialiasi,
melalui
Struktur Revolusi Saintifik komputer , dll.
penggunaan
(1962). Penemuan elektrik,
teknologi wireless
lampu dan assembly line
dan big data
yang meningkatkan produksi
secara masif
barang
7
Kaedah / Aliran Utama Epistemologi
• Rasionalisme: Dikenali juga sebagai intelektualisme, iaitu sumber
pengetahuan manusia ialah fikiran, rasio dan jiwa manusia, dan
bebas daripada pengamatan inderawi. Kebenaran tidak dapat diuji
dengan prosedur, tetapi dapat diuji dengan kriteria tertentu

• Empirisisme: Pengetahuan manusia berasal daripada


pengalaman manusia, iaitu dari dunia luar yang ditanggap oleh
pancaindera. Semua idea merupakan abstraksi yang dibentuk
menerusi penggabungan apa-apa yang dialami

• Skeptisisme : Suatu aliran yang menekankan ketidakpastian


dalam sebuah wilayah pengetahuan yang terkandung di dalamnya
keraguan sistematik, metode pertimbangan dan kritikan yang
bersifat skeptis.
Kaedah / Aliran Utama Epistemologi
• Epistemologi dalam Islam : Mengiktiraf semua sumber ilmu
secara berhierarki iaitu wahyu / khabar sadiq, akal
(pemikiran), pancaindera (pengalaman) dengan menjadikan
wahyu sebagai sumber pemutus. Para ilmuwan Islam juga
menerima sumber ilham dan intuisi dengan kepelbagaian
istilah dengan hujah dan perdebatan yang tertentu.

• Pendirian ini melahirkan konsep hierarki dan klasifikasi ilmu


dalam tradisi Islam. Dalam sejarah tradisi Islam, tiada
zaman di mana para ilmuwan memisah-misahkan
kepelbagaian sumber ilmu atau memberi penekanan kepada
sumber tertentu secara dikotomis atau sebagainya.
KEBENARAN
•Tujuan ilmu adalah untuk mencapai kebenaran.

•Setiap bidang atau disiplin ilmu memiliki perbezaan dalam


mengukur kebenaran.

•Kebenaran itu bertingkat-tingkat atau berhierarki. Jika disusun, maka


susunan tingkatan kebenaran adalah sebagaimana berikut :
1. Tingkatan kebenaran indera.
2. Tingkatan ilmiah.
3. Tingkatan falsafah.
4. Tingkatan agama.
TEORI
KEBENARAN

• Teori Kebenaran Korespondensi (teori kesesuaian) – suatu


pernyataan bernilai benar apabila saling bersesuaian dengan dunia
kenyataan.
• Teori Kebenaran Konsistensi/Koheren (teori keteguhan)- suatu
pernyataan dianggap benar bila ia bersifat koheren atau konsisten
dengan pernyataan-pernyataan sebelumnya yang dianggap benar.
• Teori Kebenaran Pragmatik (teori inherensi) - sesuatu itu benar
apabila ia mempunyai nilai praktikal dan memberi manfaat.
JENIS DAN KLASIFIKASI ILMU
BARAT • Aristotle membahagikan ilmu kepada dua iaitu sebagai alat (cth ; logik) dan
sebagai tujuan. Ilmu sebagai tujuan terbahagi pula kepada dua jenis iaitu ilmu
teoritikal dan ilmu praktikal.
• Pada zaman pertengahan, ilmu dibahagikan kepada 2 kategori besar iaitu
trivium dan quadrivium
• Pada zaman moden, Dilthey (1833-1911) dan Wildelband (1848 1915)
Perspektif

membahagikan ilmu kepada 2 kelompok besar iaitu ilmu sains dan sastera
• Pada tahun 1928, Universiti Harvard mengklasifikasikan ilmu kepada 3
kelompok iaitu sains fizikal / tabii, sains sosial dan sains kemanusiaan. Sains
tabii dibahagikan kepada 2 kelompok lagi iaitu sains tulin dan sains gunaan.
• Bentuk klasifikasi ilmu yg berpengaruh pada masa kini ialah sains tabii (fizik,
kimia, biologi, perubatan, matematik dll), sains sosial (sosiologi, ekonomi,
geografi, dll) dan sains kemanusiaan (bahasa, sastera, persembahan, dll)
• Umumnya, klasifikasi ilmu di Barat condong kepada pengalaman empirikal
dengan meletakkannya pada hierarki utama.
JENIS DAN
KLASIFIKASI ILMU

Perspek
• Konsep klasifikasi ilmu dalam perspektif Islam berbeza dengan Barat
• Pada peringkat awal terdapat semacam percubaan untuk berkompromi
atau menyesuaikan diri dengan pengalaman Barat sebagaimana yang
dilakukan oleh failasuf muslim yang bermazhab Syiah seperti al-Kindi, al-
Farabi, Ibnu Sina dan Ikhwan al-Safa.
• Ilmuan Islam bermazhab Sunni mempunyai klasifikasi yang tersendiri

ti
dengan meletakkan ilmu wahyu pada hierarki tertinggi seperti yang
dilakukan oleh al-Ghazali dan Ibnu Khaldun

f ISLAM
• Perkembangan mutakhir, konsep klasifikasi dan hierarki ilmu telah
dirumuskan semula dalam Persidangan Pendidikan Islam Sedunia kali ke
2 pada tahun 1980 iaitu 1. Ilmu Abadi dan 2. Ilmu Perolehan
• Persidangan tersebut telah menetapkan bahawa semua cabang ilmu
perolehan mesti diajar dari perspektif Islam. Atau aliran pemikiran Islam
perlu dibentuk dalam semua cabang ilmu.
KLASIFIKASI ILMU MENURUT
CENDEKIAWAN ISLAM TRADISIONAL
IBN SINA ( 980 – 1037 ) ALGHAZALI ( 1058 – 1111 )
 
  A. Ilmu Agama ( Al-ulum al-shariah )
A. Ilmu Teori ( Nazari ) Ilmu Asas ( Al-usul ) – Tauhid, Hari Akhirat
Ilmu Tabi’e Ilmu Cabang ( Furu’ ) – Fikah, Hati
Ilmu Matematik ( Ilm al-riyadiyat ) Ilmu Pendahuluan ( Muqaddimat ) - Bahasa, Nahu
Ilmu Penutup ( Mutammimat ) – Al-Quran, Sirah
Mantik
Theologi / Matematik ( Ilm al-ilahi ) B. Ilmu Intelek ( Al-ulum al-aqliyah )
Matematik
B. Ilmu Prakti ( Amali ) Aritmetik
Geometri
Akhlak Astronomi dan Astrologi
Pengurusan Rumahtangga ( Al-tadbir al- Musik
Manzil ) Logik
Pengurusan Awam ( Al-tadbir al-Madinah ) Ilmu Tabi’e
Perubatan
Agama-agama Meteorologi
Mineralogi
Kimia
Metafizik
EPISTEMOLOGI PENCETUS ILMU
BARU
• Epistemologi membantu seseorang ‘melihat’ apa
yang mungkin dan apa yang tidak mungkin
menurut bidang-bidangnya.
• Epistemologi juga membimbing seseorang untuk
menyemak apa yang mungkin diketahui, harus
diketahui, dan penting diketahui atau apa yang
sama sekali tidak mungkin diketahui.
• Epistemologi boleh membantu seseorang
memahami cara dan arah manusia berfikir.
EPISTEMOLOGI PENCETUS ILMU
BARU
• Suatu peradaban dibentuk oleh teori pengetahuannya (epistemologi).
• Epistemologi kemudian mengatur semua aspek pengajian manusia.
• Epistemologi inilah yang menentukan kemajuan sains dan teknologi.
• Justeru, wujud sains dan teknologi yang maju di sesuatu negara kerana
didukung oleh penguasaan bahkan pengembangan epistemologi.

Rumusan
• Epistemologi pencetus ilmu baru kerana ia sentiasa mendorong
manusia untuk selalu berfikir dan mencipta sesuatu yang baru .
17

Anda mungkin juga menyukai