Anda di halaman 1dari 16

Falsafah Dalam Kehidupan

PERSOALAN EPISTEMOLOGI
PENGERTIAN

• Bahasa Yunani. Episteme bermakna


pengetahuan dan logos bermaksud teori
atau kajian

• Epistemologi – teori pengetahuan yang benar.

• Fokus kepada ilmu dan keilmuan


MAKNA EPISTEMOLOGI

Satu cabang filsafat yang


membincangkan hakikat ilmu,
sumber ilmu, kaedah atau cara
memperolehi ilmu dan kesahan
dan kebenaran ilmu.
PERBAHASAN EPISTEMOLOGI

Apakah sumber-sumber pengetahuan?

Sejauh manakah sumber pengetahuan tersebut boleh
dipercayai?

Apakah yang dapat diketahui oleh seseorang?

Bagaimanakah kita mengetahui dan apakah yang kita ketahui?


Rumusan - epistemologi membincangkan dua masalah
pokok ; sumber / kaedah ilmu dan kebenaran ilmu
pengetahuan.
SUMBER ILMU

• Ilmu pengetahuan diperolehi melalui empat sumber


asas iaitu pancaindera, akal, intuisi/ilham dan wahyu.

• Ada pandangan yang menambah lagi beberapa sumber


tambahan iaitu autoriti kepakaran dan keyakinan

• Setiap sumber mempunyai perbahasannya yang


tersendiri dan memberi impak kepada tahap
kebenaran, klasifikasi dan hierarki ilmu.
KAEDAH PEROLEHAN ILMU

• Pancaindera – melahirkan pengalaman dan


pengetahuan yang bersifat empiris.

• Akal – melahirkan aktiviti pemikiran/penalaran


dan pengetahuan yang bersifat logik samada
secara deduktif atau induktif.

• Intuisi – satu bentuk pengetahuan yang datang


secara tiba-tiba, tidak dirancang, tanpa melalui
proses pemikiran atau analisis.
KAEDAH PEROLEHAN ILMU

• Wahyu – segala yang disampaikan Allah


kepada nabi / rasul sebagai petunjuk
dan hidayah kepada manusia.

• Autoriti Kepakaran – pengetahuan yang


diperolehi dari seseorang yang dianggap
mempunyai kewibawaaan dalam bidang
berkenaan dan diakui oleh kelompoknya
KEBENARAN
•Tujuan ilmu adalah untuk mencapai kebenaran.

•Setiap bidang atau disiplin ilmu memiliki perbezaan dalam


mengukur kebenaran.

•Kebenaran itu bertingkat-tingkat atau berhierarki. Jika disusun, maka


susunan tingkatan kebenaran adalah sebagaimana berikut :
1. Tingkatan kebenaran indera.
2. Tingkatan ilmiah.
3. Tingkatan falsafah.
4. Tingkatan agama.
TEORI KEBENARAN

• Teori Kebenaran Korespondensi (teori


kesesuaian) – suatu pernyataan bernilai benar apabila
saling bersesuaian dengan dunia kenyataan.
• Teori Kebenaran Konsistensi (teori keteguhan)-
suatu pernyataan dianggap benar bila ia bersifat
koheren atau konsisten dengan pernyataan-pernyataan
sebelumnya yang dianggap benar.
• Teori Kebenaran Pragmatik (teori inherensi) -
sesuatu itu benar apabila ia mempunyai nilai praktikal
dan memberi manfaat.
JENIS DAN KLASIFIKASI ILMU

• Aristotle membahagikan ilmu kepada dua iaitu sebagai alat (cth ; logik)
dan sebagai tujuan. Ilmu sebagai tujuan terbahagi pula kepada dua jenis
iaitu ilmu teoritikal dan ilmu praktikal.
• Selain itu, Xenocrates dan Epicurus juga mempunyai pembahagian ilmu
yang tersendiri.

• Pada zaman pertengahan, ilmu dibahagikan kepada 2 kategori besar iaitu


trivium dan quadrivium

• Pada zaman moden, Dilthey (1833-1911) dan Wildelband (1848 1915)


membahagikan ilmu kepada 2 kelompok besar iaitu ilmu sains dan sastera
JENIS DAN KLASIFIKASI ILMU

• Pada tahun 1928, Universiti Harvard mengklasifikasikan ilmu


kepada 3 kelompok iaitu sains fizikal, sains sosial dan sains
kemanusiaan.
• Sains tabii dibahagikan kepada 2 kelompok lagi iaitu sains
tulin dan sains gunaan.
• Bentuk klasifikasi ilmu yg berpengaruh pada masa kini ialah :
a) Sains tabii (fizik, kimia, biologi, perubatan, matematik dll)
b) Sains sosial (sosiologi, ekonomi, geografi, dll)
c) Sains kemanusiaan (bahasa, sastera, persembahan, dll)
• Umumnya, klasifikasi ilmu di Barat condong kepada
pengalaman empirikal dengan meletakkannya pada hierarki
utama.
JENIS DAN KLASIFIKASI ILMU

• Konsep klasifikasi ilmu dalam perspektif Islam berbeza dengan


Barat
• Pada peringkat awal terdapat semacam percubaan untuk
berkompromi atau menyesuaikan diri dengan pengalaman
Barat sebagaimana yang dilakukan oleh failasuf muslim yang
bermazhab Syiah seperti al-Kindi, al-Farabi, Ibnu Sina dan
Ikhwan al-Safa.

• Ilmuan Islam bermazhab Sunni mempunyai klasifikasi yang


tersendiri dengan meletakkan ilmu wahyu pada hierarki
tertinggi seperti yang dilakukan oleh al-Ghazali dan Ibnu
Khaldun
KLASIFIKASI ILMU MENURUT
CENDIAKAWAN ISLAM TRADISIONAL
IBN SINA ( 980 – 1037 ) ALGHAZALI ( 1058 – 1111 )
   
A. Ilmu Teori ( Nazari ) A. Ilmu Agama ( Al-ulum al-shariah )
Ilmu Tabi’e Ilmu Asas ( Al-usul ) – Tauhid, Hari Akhirat
Ilmu Matematik ( Ilm al-riyadiyat ) Ilmu Cabang ( Furu’ ) – Fikah, Hati
Mantik Ilmu Pendahuluan ( Muqaddimat ) - Bahasa, Nahu
Theologi / Matematik ( Ilm al-ilahi ) Ilmu Penutup ( Mutammimat ) – Al-Quran, Sirah

B. Ilmu Prakti ( Amali ) B. Ilmu Intelek ( Al-ulum al-aqliyah )


Akhlak Matematik
Pengurusan Rumahtangga ( Al-tadbir al-Manzil ) Aritmetik
Pengurusan Awam ( Al-tadbir al-Madinah ) Geometri
Agama-agama Astronomi dan Astrologi
Musik
Logik
Ilmu Tabi’e
Perubatan
Meteorologi
Mineralogi
Kimia
Metafizik
JENIS DAN KLASIFIKASI ILMU

• Perkembangan mutakhir, konsep klasifikasi dan hierarki


ilmu telah dirumuskan semula dalam Persidangan
Pendidikan Islam Sedunia kali ke 2 pada tahun 1980 iaitu :
1. Ilmu Abadi
2. Ilmu Perolehan

• Persidangan tersebut telah menetapkan bahawa semua


cabang ilmu perolehan mesti diajar dari perspektif Islam.
Atau aliran pemikiran Islam perlu dibentuk dalam semua
cabang ilmu.
ALIRAN DALAM EPISTEMOLOGI

1. Realisme; kebenaran terletak pd objek yg real.


2. Idealisme; kebenaran terletak pd pikiran mns.
3. Subjektivisme; pengetahuan ada pd diri subjek.
4. Objektivisme; pengetahuan timbul krn ada objek yg
dipersepsi mns.
5. Rasionalisme; sumber kebenaran ada pd rasio.
6. Empirisme; sumber kebenaran ada pd pengalaman.
Sekian, Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai