Anda di halaman 1dari 2

Cadangan

Umum mengetahui bahawa, perbuatan jenayah yang semakin banyak berlaku di


negara kita pada masa ini amat membimbangkan anggota masyarakat and negara.
Hal ini terdapat beberapa langkah yang boleh mengatasi kejadian ini dengan segera.
Antara langkah-langkah yang terdapat bagi mengatasi perbuatan jenayah ialah
menguatkuasakan undang-undang. Hal ini menunjukkan bahawa undang-undang
dicipta untuk mengatur dan menertibkan manusia. Jika tiada undang-undang,
manusia tidak dapat mengawal dan memberi hukuman terhadap kesalahan yang
dibuat oleh pesalah tersebut. Sebagai contoh, mengenakan hukuman berat seperti
melebihkan tahun penjara, denda, sebatan dan lain-lain. Implikasinya, dapat
memberhentikan dan menghalang individu atau ahli masyarakat daripada melakukan
perkara jahat atau tidak bermoral dengan lanjutnya. Sehubung dengan itu,
penguatkuasaan undang-undang perlulah melaksanakan secara adil dan tegas
tanpa ada pilih kasih. Oleh itu, penguatkuasaan undang-undang dapat
mengurangkan jenayah dalam kalangan masyarakat dan menjamin keamanan
negara.

Seterusnya, langkah-langkah yang terdapat bagi mengatasi perbuatan jenayah


ialah mengetatkan rondaan atau kawalan keselamatan. Hal ini menyatakan bahawa
rondaan merupakan aktiviti yang dapat mengawal jenayah yang berlaku di sesuatu
kawasan tersebut. Misalnya, membuat rondaan semasa waktu malam, di taman
perumahan dan ditempat yang selalu berlaku jenayah, Impaknya, rondaan lebih
kerap pihak polis terutama dikawasan dikenalpasti bermasalah dapat
memberhentikan aktiviti jenayah berlaku. Sejajar dengan itu, Rondaan juga boleh
dilakukan oleh komuniti seperti Rukun Tetangga dan sebagainya. Pendek kata,
mengetatkan rondaan atau kawalan keselamatan memberi rasa aman dan selamat
untuk berkeliaran waktu malam ataupun kawasan yang ingin dikunjungi.

Semantara itu, langkah-langkah yang terdapat bagi mengatasi perbuatan jenayah


ialah pihak berkuasa perlu memasang kamera litar tertutup (cctv) di kawasan yang
sering berlaku kejadian jenayah. Hal ini dikatakan demikian kerana kamera tersebut
dapat mengimbas atau merakam segala perbuatan jenayah yang dilakukan oleh
orang yang tidak bertanggungjawab. Sebagai tamsilan, kamera tersebut perlu
diletakkkan di kawasan bank, jalan raya, pusat beli-belah, taman permainan kanak-
kanak, dan sebagainya. Kesannya, perbuatan ini akan menakutkan penjenayah dan
dapat menghalang mereka daripada melakukan jenayah.Selaras dengan itu, kes
jenayah akan dapat dikurangkan dan tahap keselamatan awam dapat ditingkatkan
jika pihak berkuasa memasang kamera litar tertutup di kawasan yang sering berlaku
jenayah.

Selain itu, langkah-langkah yang terdapat bagi mengatasi perbuatan jenayah ialah
pihak berkuasa hendaklah mengadakan kempen kesedaran tentang jenayah kepada
masyarakat. Hal ini disebabkan oleh, aktiviti ini penting kerana anggota masyarakat
akan mendapat maklumat tentang cara untuk menghindarkan diri daripada jenayah.
Misalnya, anggota masyarakat diberikan kesedaran tentang aspek keselamatan di
tempat awam dan pihak polis boleh menunjukkan cara untuk menghadapi
penjenayah melalui demonstrasi atau iklan di media massa. Impaknya, kesedaran
tentang jenayah dapat dipertingkatkan dalam kalangan masyarakat. Selanjutnya,
jenayah dapat dikurangkan dan tahap keselamatan awam dapat ditingkatkan melalui
kempen-kempen kesedaran tentang jenayah.
Selain itu, langkah-langkah yang terdapat bagi mengatasi perbuatan jenayah ialah
Ibu bapa perlulah memainkan peranan mendidk anak-anaknya. Hal ini dikatakan
demikian bahawa ibu bapa merupakan role model kepada anak-anaknya. Sebagai
contoh, perlakuan ibu bapa dari segi percakapan, perbuatan harian, sikap
kesopanan dan lain-lain akan mempengaruhi mereka. Kesannya, anak-anak tersebut
akan mengikuti cara yang ditujukan oleh ibu bapanya. Hal ini menunjukkan bahawa
ibu bapa perlu mengajar anak-anaknya perkara yang positif, baik dan didikan agama.

Anda mungkin juga menyukai