Anda di halaman 1dari 1

HARIHAERAN A/L NAVANEETHAN (B3006)

SMK TENGKU AMPUAN RAHIMAH

“Ragut! Ragut meragut nyawa lagi” berita seperti ini sering terpampang di dada-dada
akhbar. Jenayah ragut kerap berlaku di mana-mana tak kira siang atau malam mahupun muda
atau tua. Jenayah ragut bukan sahaja merugikan harta benda malah mendatangkan kecederaan
sehinggakan kehilangan nyawa. Langkah-langkah yang berkesan haruslah
diimplementasikan bagi mengatasi jenayah ragut di negara kita.

Sebagai jentera pentadbiran, kerajaan memikul tanggungjawab yang penting dalam


membanteras jenayah ragut. Kerajaan haruslah menguatkuasakan undang-undang dengan
menjatuhkan hukuman berat kepada peragut. Contohnya, hukuman sebat, hukuman penjara
yang digandakan. Langkah ini dapat menimbulkan rasa takut dalam diri peragut yang tidak
lagi berani meragut serta bermaharaja lela lagi. Tegasnya, kerajaan juga perlulah melibatkan
diri dalam pembanterasan jenayah ragut bagi kebaikan rakyat.

Dari kaca mata yang lain, pihak berkuasa tempatan juga memainkan peranan dalam
membanteras jenayah ragut. Pihak berkuasa tempatan hendaklah mendirikan papan tanda
yang dapat memberi amaran kepada rakyat. Contohnya, papan “Awas, Ini kawasan jenayah
ragut” yang akan membantu memperingatkan rakyat supaya lebih berwaspada di kawasan-
kawasan yang banyak berlaku jenayah ragut. Pihak berkuasa juga perlulah memasang kamera
litar tertutup supaya dapat mengawasi jalan-jalan yang merupakan tumpuan ramai.

Selain itu, media massa juga menjadi nadi yang menyebarkan informasi bagi rakyat.
Media massa mestilah memaparkan program-program dan iklan-iklan yang bertemakan
konsep ‘Antiragut’di kaca-kaca televisyen. Dengan ini, media massa dapat mengingatkan
rakyat akan bahaya ragut. Kempen kesedaran juga dapat diadakan bagi memupuk kesedaran
masyarakat terhadap jenayah ragut dan tidak mementingkan diri. Bagai enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing.

Sebagai kesimpulan, rakyat haruslah berganding bahu bersama kerajaan, media massa
serta pihak berkuasa dan berani tampil untuk memberi bantuan bagi menghalang jenayah
ragut. Jika langkah-langkah berikut diimplementasi, kita dapat menimbulkan perasaan takut
dalam diri peragut yang akan mendorong mereka untuk insaf dan berhenti meragut. Tanpa
jenayah ragut, negara kita dapat hidup harmoni dan sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai