Anda di halaman 1dari 7

TAJUK : Bagaimana menjadikan Melaka sebagai kawasan

selamat untuk pelancong.

1.0 PENGENALAN

Industri pelancongan merupakan salah satu industri yang terbesar di dunia. Di dalam
pasaran pelancongan antarabangsa yang semakin kompetitif dengan kemunculan
destinasi-destinasi pelancongan yang baru, destinasi-destinasi pelancongan yang telah
matang mendapat kelebihan daya saing melalui lawatan ulangan. Melaka merupakan
tempat bermulanya warisan sejarah dan budaya Malaysia. Hal ini kerana, kedudukan
negeri Melaka yang strategik di sepanjang Selat Melaka menjadikan negeri Melaka
sebuah empayar perdagangan yang sangat penting sekitar tahun 1300 sehingga 1500.
Negeri Melaka juga berada dikedudukan pertama dalam Asia terkenal sebagai Bandar
bersejarah dan di iktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia oleh
JawatanKuasa Warisan Dunia pada persidangan ke-32 di Quebac Kanada pada
tahun 2008. Pada penghujung tahun 2019 statistik kehadiran pelancong ke negeri
Melaka sebelum pendemik covid-19 dianggarkan lebih kurang 16 juta orang.

2.0 ASPEK DAN PERANAN POLIS

2.1 TINGKAT KAWALAN KESELAMATAN.

Antara langkah untuk meningkatkan tahap keselamatan awam di negara ini ialah
dengan adanya kehadiran pihak berkuasa seperti Polis dikawasan pelancongan dan
tumpuan orang ramai. Pihak Polis perlulah meningkatkan rondaan dengan kerap di
kawasan berisiko dan tumpuan berlakunya jenayah.Tindakan tersebut akan
menakutkan penjenayah yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan
jenayahnya.Pihak Polis perlu melakukan rondaan yang lebih kerap dilawati pelancong
dan sebagainya.Melalui cara itu,kes jenayah dapat dikurangkan dan keselamatan
awam dapat ditingkatkan.Perkara ini jelas membuktikan bahawa kadar jenayah dapat
diatasi dan dikurangkan apabila pihak berkuasa sentiasa membuat rondaan serta
bekerjasama dalam menangani kes jenayah ini.

Antara penugasan yang perlu dilaksanakan:

a) rondaan kereta MPV


b) rondaan bermotosikal URB
c) rondaan Bit jalan kaki
d) rondaan Berbasikal
e) Ops Payung

1
2.2 MEMASANG KAMERA LITAR TERTUTUP (CCTV) BERDEFINISI
TINGGI.

Di samping itu,pihak yang bertanggungjawab seperti Polis dan Pihak Berkuasa


Tempatan (PBT) disarankan memasang kamera litar tertutup (CCTV) yang lebih
berdefinisi tinggi di tempat awam atau di tempat berisiko bertujuan untuk memantau
pergerakan jenayah.Kamera tersebut dapat mengimbas dan merakam segala perbuatan
kegiatan jenayah yang dilakukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab.Oleh
hal yang demikian,Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu menempatkan kamera litar
tertutup ini di kawasan berisiko terutamanya ditempat tumpuan pelancongan dan
sekitar tempat awam.Hal ini demikian supaya pihak polis dapat mengecam muka
penjenayah atau merakam segala perilaku dan tindakan jenayah serta membantu
dalam menganalisis secara terperinci maklumat yang dapat menyelesaikan kes
jenayah sehingga tertangkapnya penjenayah terbabit.

2.3 KEPOLISIAN DIGITAL.

Kepolisan digital akan memudahkan orang ramai untuk menghubungi polis di mana
sahaja mereka berada.Pelan kepolisian digital ini adalah seperti mewujudkan platform
whatsapp dan telegram polis Melaka. Ini juga membolehkan polis menggunakan
digital dengan lebih baik untuk mendorong penyertaan masyarakat dalam pencegahan
jenayah.Tanggungjawab ini jelas akan menyokong pelaksanaan pelan polis Melaka
dan akan terus menjadi pusat gerakan penglibatan masyarakat dalam pembentukan
rancangan dan strategi. Pendekatan ini akan membolehkan masyarakat memahami
dan mempunyai keyakinan terhadap sebarang rancangan yang dibentuk.Platform
alternatif ini adalah untuk mejalinkan hubungan dan menyampaikan maklumat kepada
polis dan dapat meningkatkan perkhidmatan polis kepada masyarakat sebagai saluran
untuk membetulkan sesuatu isu dan mengelakkan timbulnya sebarang spekulasi
mengenai aspek keselamatan dan ketenteraman awam yang akan menimbulkan
kerisauan kepada masyarakat dan ia juga dapat memberi kesedaran kepada
masyarakat untuk turut sama memainkan peranan dalam aspek pencegahan jenayah
sekaligus dapat meningkatkan keyakinan pelancong dan orang awam untuk
melancong di negeri Melaka.

2
2.4 MEWUJUDKAN LAYAR IKLAN (BILLBORD ELEKTRONIK) DI
KAWASAN PELANCONGAN.

Pemasangan layar iklan seperti billbord elektronik led dengan konsep yang canggih
dan tanpa batasan dapat mempromosikan iklan keselamatan secara video penceritaan
yang bergambar dan juga dapat memaparkan informasi termasuk pemberitahuan,
penerangan, amaran, arahan,undang-undang dan sebagainya.Layar iklan ini juga dapat
memaparkan video-video pendek mengenai cara anggota Polis menangani kes
jenayah di negeri Melaka serta ia juga boleh memaparkan dan memberitahu
pelancong mengenai informasi jenayah indeks di negeri Melaka. Pelaksanaan ini
dapat meningkatkan keyakinan masyarakat dan pelancong untuk ke negeri Melaka
sekaligus dapat meningkatkan kerjasama dengan komuniti dan jabatan serta agensi
lain dalam usaha mengurangkan jenayah dan ketenteraman awam bagi meningkatkan
keselamatan di kawasan-kawasan pelancongan. Inisiatif ini juga dapat menghalang
dan mengurangkan peluang serta niat penjenayah untuk melakukan jenayah. Ia juga
dapat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap jenayah dan penglibatan
masyarakat secara langsung dalam menangani jenayah seta dapat meningkatkan
informasi dan maklumat kepada masyarakat tentang keselamatan dan ketenteraman
persekitaran dengan memaparkan iklan-iklan secara dalam bentuk video penceritaan
di layar iklan led. Layar iklan led ini juga dapat menarik minat masyarakat dan
pelancong untuk melihat iklan video penceritaan berkaitan keselamatan kawasan
pelancongan kerana konsep iklan led ini adalah yang terkini dan maju.

2.5 CERAMAH DAN KEMPEN PENCEGAHAN KESELAMATAN

Pihak Polis juga boleh mengadakan ceramah kesedaran dan juga kempen-kempen
pencegahan jenayah serta kempen keselamatan tentang ancaman jenayah.Ceramah
dan kempen ini juga perlu dilaksanakan secara besar-besaran bagi memberi kesedaran
kepada orang ramai tentang bahayanya ancaman jenayah dan keburukannya dalam
kehidupan seharian.Disamping itu dapat memupuk masyarakat untuk cintakan
negara.Kesedaran ini juga dapat dipupuk dari peringkat awal di kalangan masyarakat
khasnya golongan muda melalui pendidikan iaitu mata pelajaran yang dikhaskan
dalam mendidik golongan belia. Selain itu turut dapat ditekankan pada masyarakat
bahawasanya pelancongan juga merupakan produk utama negeri Melaka selain boleh
menjana dari segi ekonomi negeri dan penduduk khasnya.

3
2.6 KOLABORASI BERSAMA PIHAK HOTEL DAN AGENSI
PELANCONGAN SERTA AGENSI LAIN.

Kerjasama dengan pihak hotel dan syarikat pelancongan serta penglibatan syarikat-
syarikat swasta adalah strategi yang tidak mungkin dapat diketepikan dalam usaha
mencegah jenayah.Kolaborasi bersama ini dapat memberi penerangan berkaitan
keselamatan awam, kedudukan dan situasi jenayah yang berlaku di negeri Melaka
melalui program-program yang diadakan bersama agensi-agensi yang terlibat. Strategi
ini adalah penting kerana agensi-agensi yang lain juga boleh turut serta memainkan
peranan untuk mencegah jenayah. Program kolaborasi ini misalnya pihak hotel dan
agensi pelancongan bekerjasama dengan pihak Polis Melaka untuk memberikan
nasihat keselamatan dan penerangan cegah jenayah terus kepada pelancong serta
agensi-agensi lain yang terlibat boleh bersama-sama mengadakan pameran,
menyediakan risalah, menyediakan alat-alat keselamatan yang efektif, menyediakan
khidmat kawalan yang mencukupi dan sebagainya. Program-program yang
dilaksanakan bersama pihak hotel,agensi pelancongan dan juga agensi-agensi lain
dapat memberi ilmu mengenai keselamatan dan cegah jenayah kepada pelancong serta
dapat meyakinkan pelacong untuk berada di negeri Melaka.

2.7 CERMIN KESELAMATAN DAN PENGGERA KESELAMATAN DI


KAWASAN HOT SPOT.

Memasang cermin keselamatan di beberapa lokasi kejadian curi ragut dan jenayah
kecurian seperti di lorong-lorong yang terlindung dan pemasangan penggera
keselamatan ’Safety Alarm’ yang mudah dilihat dan digunakan oleh masyarakat dan
pelancong di kawasan “hot spot” di negeri Melaka.Pemasangan cermin keselamatan
dan penggera keselamatan ini dapat mencegah jenayah seperti ragut dan samun di
kawasan-kawasan tertentu.Penggera keselamatan yang di pasang boleh dihubungkan
terus kepada pusat gerakan Polis Melaka bagi memberi isyarat kepada anggota polis
bahawa terdapat kejadian jenayah yang berlaku disesuatu kawasan dan sekiranya
terdapat kejadian jenayah pihak polis dapat bertindak dengan cepat bagi menangangi
kes jenayah yang terjadi. Pihak Polis Melaka juga boleh memantau penggera
keselamatan tersebut melalui pusat kawalan dan memantau sesuatu kawasan dengan
lebih teliti melalui bantuan cctv. Inisiatif ini membolehkan masyarakat dan pelancong
yakin dan percaya untuk berjalan dan bersiar-siar serta melancong disekitar kawasan
negeri melaka tanpa perlu bimbang akan faktor keselamatan dan dapat membantu
masyarakat dan pelancong untuk bertindak cepat sekiranya terjadi kejadian jenayah.
Pelancong yang datang ke negeri Melaka sekali gus dapat berkongsi pengalaman dan
keyakinan mereka kepada orang lain untuk menarik minat pelancong dari luar datang
ke negeri Melaka.

4
2.8 OPERASI OPS BERSEPADU CEGAH JENAYAH.

Mengadakan operasi Ops Bersepadu cegah jenayah dikawasan-kawasan tumpuan dan


kawasan pelancongan di negeri Melaka dapat memberi keyakinan dan persepsi
positive kepada masyarakat dan pelancong untuk datang ke negeri Melaka.

Antara Ops Bersepadu cegah jenayah yang dilakukan khususnya polis Melaka
menjalankan operasi seperti :

a) Ops Payung.
Ops Payung terbukti berkesan ketika mula-mula ia dilancarkan dahulu dan perlu
ditambah baik dari aspek teknikal dimana Ops ini tertumpu dikawasan-kawasan panas
yang sering berlaku kegiatan jenayah terutama ragut,Motif utama Ops Payung ini
adalah ingin menunjukkan kehadiran pasukan polis kepada penjenayah dan orang
ramai .Tempat-tempat laluan utama akan diletakkan sebuah khemah dimana setiap
khemah terdapat anggota bertugas dengan menggunakan senjata berat.

b) Ops Ninja.
Ops Ninja ini ditubuhkan adalah untuk menimbulkan rasa gerun kepada penjenayah
dengan melihat anggota polis bermotosikal besar berada ditempat tumpuan ramai
sekali gus menimbulkan rasa selamat kepada pelancong. Pihak polis Melaka
mengadakan team khas rondaan bermotosikal iaitu team Ops Ninja ini bertujuan dapat
memperluaskan rondaan dikawasan-kawasan yang sukar dipantau seperti di lorong-
lorong kecil. Anggota yang terpilih akan dibekalkan sebuah motosikal jenis Scrambler
dan setiap penugasan anggota-anggota akan membuat rondaan di kawasan tumpuan
ramai dan kawasan pelancong.

c) Ops NBOS.
Ops NBOS diwujudkan dengan kerjasama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
bagi membuat pemantauan dan rondaan bersama dikawasan tertentu di negeri Melaka.
Kerjasama bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini mampu menurunkan
kadar jenayah dimana bilangan anggota tentera (ATM) yang ramai dapat membantu
anggota PDRM dalam menjalankan tugas-tugas ronda cegah jenayah dan
memperluaskan skop rondaan tanpa batasan bilangan anggota.

5
2.9 KERJASAMA STRATEGIK BERSAMA JABATAN LAIN BAGI
MEMBENDUNG KEGIATAN JENAYAH.

Kerjasama strategik bersama jabatan lain seperti Sukarelawan Polis, Rela, Angkatan
Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ), Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) dan jabatan-jabatan yang lain dapat meyakinkan pelancong dan
mempertingkatkan persepsi positif orang awam tentang keselamatan dan pencegahan
jenayah. Penglibatan jabatan-jabatan yang lain ini dapat membantu pihak Polis
Melaka dalam memperluaskan program “fit on street” dengan membuat pemeriksaan
dan rondaan bersama di kawasan-kawasan panas bagi mengurangkan kadar jenayah
dan meyakinkan keselamatan bersama. Pihak Polis Melaka juga dapat bekerjasama
dengan jabatan lain bagi mengadakan sekatan jalan raya dan pemeriksaan seperti snap
check serta pemeriksaan berkala kepada individu-individu yang disyaki. Kerjasama
positif ini dapat meningkatkan kepolisian konvensional dalam menangani masalah
jenayah seperti jenayah terancang termasuk pengedaran dadah, judi haram, lumba
haram dan sebagainya dari terus berleluasa di negeri Melaka. Pihak PDRM juga
percaya dengan kerjasama strategik dan komitmen penglibatan dari jabatan-jabatan
lain dapat menangani masalah jenayah pada masa akan datang ditangani dengan lebih
holistik dengan mengembling keseluruhan jentera dalam membanteras jenayah negara
khususnya dinegeri Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan. Sekali gus kerjasama
strategik ini dapat memberi kepercayaan dan menarik minat pelancong untuk masuk
ke negeri Melaka

2.10 PENGGUNAAN DRON.

Penggunaan Dron serta penubuhan Unit Dron yang berpengkalan di Pasukan Gerakan
Udara Polis Diraja Malaysia (PGU) juga mampu dalam mengawal berlakunya
jenayah.Ini merupakan sebuah inisiatif kreatif dari PDRM yang mana penggunaan
Unit Dron ini mampu melangkaui jarak serta ruang tanpa batasan dimana
pergerakannya yang meluas serta bebas.Setiap pergerakan yang mencurigakan
mampu dikesan dengan mudah sebelum pasukan darat datang membantu.

2.11 MELANTIK DUTA KESELAMATAN

Selain itu, Pihak berkuasa Polis juga boleh melantik tokoh masyarakat sebagai Duta
Keselamatan.Tokoh masyarakat yang dilantik ini akan membantu pihak polis dalam
menyampaikan maklumat berkaitan jenayah secara berterusan kepada komuniti
setempat khususnya kawasan pelancongan di negeri Melaka. Pendekatan baharu yang
diambil oleh pihak Polis dengan membabitkan masyarakat dalam aktiviti
“Community Policing” dan “Talk to Us” adalah perlu dilakukan secara berterusan
dengan melibatkan Duta Keselamatan sebagai contoh kepada masyarakat ini dapat
mengeratkan hubungan masyarakat dengan pihak polis serta meningkatkan persepsi
positif dan kepercayaan masyarakat terhadap pihak polis dalam menangani isu
keselamatan dan pencegahan jenayah. Oleh yang demikian pemilihan dan pelantikan
Duta Keselamatan boleh dibuat dikalangan tokoh-tokoh masyarakat atau aktivis yang
banyak menyumbang jasa kepada negara dari segi aspek keselamatan.

6
2.12 MEMANTAPKAN JATI DIRI ANGGOTA POLIS BERASASKAN
INTEGRITI.

Integriti akan memastikan bahawa jabatan PDRM ini dikendalikan oleh pegawai
terlatih yang sentiasa berbangga dengan disiplin dan integriti yang tinggi dan
diterjemahkan menerusi penyampaian perkhidmatan yang efisien dan terbaik kepada
masyarakat. Polis Melaka perlu melaksanakan program untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan, kesetiaan, aspek keagamaan dan integriti kepada warga kerja. Program
ini boleh dijalankan melalui media sosial di mana maklumat seperti
keagamaan,kerohanian dan integriti dapat diedarkan setiap hari. Anggota-anggota
polis khususnya di negeri Melaka juga perlu diterapkan dengan ilmu pengetahuan
mengenai sejarah negeri Melaka dan kawasan-kawasan yang menjadi tarikan
pelancong ke negeri Melaka kerana negeri Melaka adalah merupakan sebuah negeri
pelancongan. Pelaksanaan program ini adalah untuk mengembangkan profesionalisme
dan integriti yang tinggi di kalangan anggota polis dan kakitangan untuk memberikan
penyampaian perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat. Selain itu, program
ini dapat membuktikan kepada masyarakat dan pelancong bahawa anggota polis yang
menjalankan tugas adalah secara telus,amanah dan berilmu serta ia juga turut
mengeratkan hubungan antara anggota polis dan masyarakat selaras dengan semangat
PDRM iaitu sedia berkhidmat.

3.0 KESIMPULAN

Keselamatan merupakan perihal mengenai selamat,kesejahteraan atau keamanan.Ini


merupakan sebuah tugasan dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul kepada setiap
anggota yang bergelar “ Polis Diraja Malaysia (PDRM) . Dalam konteks penyelidikan
tentang keselamatan pelancong semasa bercuti di negeri Melaka didapati masih lagi
kurang dan terbatas. Justeru, penjelasan teoretikal tentang krisis dan insiden
keselamatan dalam pelancongan, impak terhadap insiden keselamatan serta tindak
balas terhadap krisis dan insiden keselamatan oleh pemegang taruh dalam
pelancongan yang dihurai dalam kertas kerja ini diharap dapat digunakan sebagai asas
penyelidikan dalam kajian keselamatan dan jaminan dalam pelancongan di negeri
Melaka khasnya. Daripada strategi-strategi yang dibincangkan di atas, jelas
menunjukkan bahawa strategi pencegahan jenayah yang dirancang adalah merupakan
tindakan yang komprehensif bertujuan untuk mengurangkan jenayah secara bersepadu
dan berterusan.Strategi ini perlu dilaksanakan oleh semua pihak termasuk orang
ramai,agensi kerajaan,sektor swasta,pertubuhan sukarela dan orang perseorangan.
Dengan adanya strategi ini diharapkan kadar jenayah dapat dikawal dalam
mewujudkan kawasan selamat untuk pelancongan dan dapat menyakinkan pelacong
luar untuk datang ke negeri Melaka.

Anda mungkin juga menyukai