Anda di halaman 1dari 3

Apa itu RAKAN COP ?

RAKANCOP bererti Rakan Polis Diraja Malaysia. Ia merupakan wadah bagi


merealisasikan hasrat untuk menjalin hubungan yang kukuh antara Polis dan
masyarakat bagi mewujudkan Bandar Selamat dengan menggunakan slogan
BERSAMA MEMERANGI JENAYAH.
Pendekatan yang diambil adalah mudah dan praktikal, dengan menggunakan
kemudahan telekomunikasi terkini iaitu perkhidmatan telefon (hotline, SMS dan
MMS) dan komputer, e-mail dan website sebagai medium perantaraan untuk
memudahkan interaksi dua hala antara polis dan orang ramai.
Medium perantaraan ini ditempatkan di Pusat Kawalan Kontijen (CCC) yang
beroperasi 24 jam dan bertindak sebagai nadi bagi memantau dan menguruskan
maklumat serta menggerakkan tenaga polis untuk memberikan perkhidmatan
pantas dalam apa jua situasi.
Konsep RAKAN COP.

Bersifat Community Oriented Policing dan Smart Partnership

Menggalakkan kerjasama dan pembabitan setiap lapisan


masyarakat sama ada daripada agensi kerajaan dan swasta,
pertubuhan bukan kerajaan dan orang-orang perseorangan bagi
membantu polis dalam memerangi jenayah dan lain-lain masalah
keselamatan dengan menyalurkan maklumat tepat dan pantas.

Memberi empowerment secara tidak langsung kepada orang


ramai agar dapat memainkan peranan yang lebih aktif dan positif
dalam menjaga keselamatan setempat, kurang bergantung
kepada polis dan sekaligus dapat mewujudkan perasaan dan
budaya Tanggungjawap Bersama bak kata orang putih (Shared
responsibility) antara kedua pihak (Orang ramai dan pihak Polis).

Respon pantas polis akan meningkatkan keyakinan orang ramai


terhadap kewibawaan polis dan sekaligus kehadiran polis dapat
dirasai.

Misi RAKAN COP.

Menjadikan Rakan Cop sebagai wadah untuk mengeratkan


hubungan polis dengan kita selaku masyarakat.

Memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat tentang


aspek-aspek pencegahan jenayah, masalah dadah, keselamatan
lalulintas dan pelbagai aspek keselamatan.

Menggalak dan membudayakan orang ramai supaya berani


tampil ke hadapan untuk menyalurkan maklumat kepada polis
agar konsep Tanggungjawap Bersama dalam memerangi jenayah
dapat direalisasikan.

Siapa yang boleh mendaftar sebagai Rakan Cop? Tahukah anda tanpa disedari
kita dan semua masyarakat adalah Rakan Cop. Bagaimanapun orang ramai
adalah digalakkan untuk mendaftarkan diri secara rasmi sebagai Ahli Rakan Cop
bagi mewujudkan perasaan kekitaan di samping memudahkan pihak polis
menguruskan segala maklumat yang disalurkan. Bagaimana cara untuk
mendaftarmudah sahaja caranya, kita hanya perlu membuat satu SMS.
Contoh : Taip Rakan Cop < Jarak > Daftar < Jarak > Nama ( dalam satu
perkataan ) hantar ke 32728 ( DAPAT ). Anda akan diberi nombor pendaftaran
RAKAN COP sebaik sahaja mendaftar.
Apakah maklumat yang boleh disalurkan ke talian RAKAN COP?

Kejadian jenayah

Kemalangan jalanraya

Keadaan lalulintas

Kesalahan lalulintas / lumba haram

Penyalahgunaan dadah

Penyeludupan

Pendatang asing tanpa izin

Lain-lain maklumat berkaitan keselamatan untuk tindakan PDRM

Apakah kelebihan menyertai RAKAN COP?

Identiti pemberi maklumat tidak terdedah ( dikenali melalui


nombor kod ahli sahaja )

Maklumat cepat dan mudah disalurkan ( menggunakan


hotline,SMS dan MMS ).

Maklumat diterima direkodkan dalam Database.

Jumlah dan kategori maklumat dapat dianalisa dari semasa ke

semasa untuk kajian dan perancangan pihak Polis.


Setiap maklumat dapat dipantau untuk memastikan tindakan

diambil.
Penggunaan teknologi terkini meningkatkan kepantasan dan

kecekapan bertindak.
Melalui system online maklumat juga dapat disalurkan dengan

pantas ke stesen TV/Radio untuk hebahan jika perlu.


Orang ramai perlu peka dan dapat memainkan peranan serta

dapat menyumbang ke arah mengwujudkan persekitaran yang


selamat dan kondusif.
orang ramai dan pihak Polis dapat berganding bahu dengan lebih

bermakna dalam memerangi jenayah agar Bandar Selamat


( Rakyat perlu menjadi mata dan telingga PDRM ).

Siapa boleh mendaftar sebagai RAKAN COP


Semua masyarakat adalah RAKAN COP. Bagaimanapun orang
ramai adalah
digalakkan untuk mendaftar secara rasmi sebagai Ahli RAKAN COP
bagi
mewujudkan perasaan kekitaan disamping memudahkan pihak polis
mengurusakan segala maklumat yang disalurkan.

Apakah maklumat yang boleh disalurkan ke talian RAKAN COP?


1) Kejadian jenayah
2) Kemalangan jalanraya
3) meadaaan lalulintas
4) Kesalahan lalulintas/lumba haram
5) Pennyalahgunaan dadah
6) Perjudian/kegiatan maksiat
7)Penyeludupan
8)Pendatang asing tanpa izin
9) Lain-lain maklumat berkaitan keselamatan untuk tindakan PDRM.

Anda mungkin juga menyukai