Anda di halaman 1dari 12

BAB 4

PSIKOLOGI DAN
SOSIOLOGI
Konsep Insan dalam Perspektif Falsafah
 Dalam sejarah falsafah khususnya Falsafah Greek silam
dan Falsafah Ketimuran sudah ada pemikiran falsafah
untuk mencari jalan bagaimana manusia dapat mencapai
kebahagiaan dalam kehidupan ini.
 Jadi, falsafah bukanlah sesuatu yang terpisah daripada
kehidupan.
 Falsafah itu kalau kita lihat dari sudut Falsafah Greek
dianggap sebagai kecintaan terhadap hikmah.
 Hikmah ini atau wisdom berkait rapat dengan cara
kehidupan manusia kerana kalau kita mempunyai hikmah
sudah tentulah ini akan membantu kita menjalani hidup
ini dengan lebih bermakna.
Bagaimanakah falsafah boleh memainkan peranan
dalam usaha manusia untuk mencari kebahagiaan?
 Dengan memahami konsep insan dalam sejarah falsafah.
 Apakah yang dimaksudkan dengan insan dan apakah sifat
insan itu sendiri?
 Kefahaman tentang sifat insan itu dapat membantu kita ke
arah mencari kesejahteraan dalam kehidupan dan juga
mencari apakah sifat-sifat insan yang mulia dan
sejahtera.
 Dengan adanya pengetahuan seperti ini, akan membimbing
kita ke arah menghadapi hidup yang lebih bermakna.
Petikan dari Socrates
 Kehidupan ini jika tidak direnungi dan jika kita
tidak mencari apakah makna yang sebenar akan
kehidupan itu dan kita tidak menyoal akan tabiat-
tabiat yang biasa kita punyai dan tidak ada usaha
untuk membetulkan keadaan yang silap dalam apa
yang kita amalkan, maka sudah tentulah kita tidak
akan dapat mencapai kebahagiaan.
 Jadi tumpuan kepada aspek kemanusiaan dalam
falsafah adalah satu cara di mana kebahagiaan itu
boleh dicapai.
 Konsep kesejahteraan itu bukan sahaja terdapat dalam
Falsafah Greek, tetapi juga dalam Falsafah Timur ataupun
seperti yang terdapat dalam Falsafah Islam, Falsafah India
dan juga Falsafah Cina.
 Dalam tamadun Asia dan tamadun Islam, falsafah itu tidak
dipisahkan dari keagamaan.
 Perkara pokok dalam pemikiran keagamaan ialah
hubungan manusia dengan tuhan dan hubungan manusia
dengan alam.
 Kefahaman tentang keagamaan adalah demi untuk
mencapai kesejahteraan dalam kehidupan manusia dengan
adanya hubungan yang betul antara manusia dan tuhan,
alam dan sesama manusia.
Konsep Insan dalam Tamadun Barat
 Pemikiran Aristotle, ahli Falsafah Greek:
 Dia menganggap bahawa manusia itu sifat utamanya ialah
pemikirannya yang rasional ataupun akal fikiran yang
rasional.
 Pemikiran rasional menjadi ciri utama kemanusiaan
ataupun seseorang insan itu. Ini membezakannya dari
haiwan dan alam jasad yang tidak bernyawa.
 Kebolehan berfikir secara rasional ini dikatakan satu
keistimewaan yang dipunyai oleh manusia yang tidak
dipunyai oleh kewujudan-kewujudan yang lain.
 Pemikiran ini dikritik oleh sesetengah ahli falsafah Barat sendiri
kerana memberi penumpuan yang agak berat sebelah terhadap sifat
intelektual manusia iaitu apa yang dikatakan Logosentrisme.
 Logosentrisme bermaksud sesuatu yang berpusatkan kepada akal
fikiran yang bersifat rasional dan intelektual semata-mata.
 Misalnya, ia bertentangan dengan konsep yang ditimbulkan oleh
seorang ahli falsafah Jerman iaitu Friedrich Nietzsche.
 Friedrich Nietzsche berpandangan bahawa yang menarik tentang
konsep insan ini ialah cerita-cerita ataupun sastera yang terdapat
dalam sastera Greek silam atau Greek kuno di mana aspek-aspek
kemanusiaan berteraskan kepada emosi manusia yang mungkin tidak
bersifat rasional.
 Jadi, aspek-aspek emosi dan intuitif dalam kehidupan dan dalam sifat
insan ditekankan.
 Kesimpulannya, konsep insan dalam falsafah Barat itu bukan sesuatau
yang bersifat sealiran ataupun monolitik tetapi di dalam falsafah
Barat juga terdapat kepelbagaian mengenai konsep insan.
Falsafah Barat, Zaman Pertengahan
 Konsepmanusia banyak dipengaruhi oleh fahaman
agama khususnya agama Kristian.
 Konsep yang ditekankan ialah manusia sebagai
makhluk dan ciptaan tuhan seharusnya patuh
kepada hukum-hukum tuhan itu.
Falsafah Barat, Zaman Moden
 Fahaman Existentialisme yang dibawa oleh ahli-
ahli fasafah seperti John Wassault menganggap
bahawa manusia itu dilahirkan tanpa apa-apa
panduan dalam hidup, tanpa apa-apa sifat
kerohanian yang bersifat semula jadi.
 Tugas manusia apabila berada di dunia ini ialah
untuk mencari makna dalam kehidupannya
sendiri.
 Rumusannya, terdapat kepelbagaian dalam konsep
insan dalam sesuatu tamadun.
Konsep Insan dalam Tamadun Islam
 Insan tidak boleh dipisahkan dengan hubungannya dengan
Tuhan.
 Kita tidak boleh meleraikan hubungan di antara manusia
dengan Tuhan, dan manusia dengan alam.
 Konsep pertama, manusia itu adalah hamba kepada tuhan.
 Konsep hamba itu bermaksud ianya tidak bebas kerana
hamba iaitu manusia harus patuh kepada tuannya iaitu
Tuhan.
 Sebagai hamba dia mesti mengikut apakah yang telah
ditentukan ataupun apakah hukum-hukum yang telah
ditentukan oleh Tuhan.
 Konsep kedua, manusia ialah khalifah Tuhan di muka bumi ini.
 Dia cuma berfungsi dan berperanan sebagai wakil Tuhan.
 Dia cuma menjalankan amanah di muka bumi ini dan memikul
tanggungjawab sebagai pemegang amanah. Bermaksud bahawa dia
tidak boleh bertindak ke atas alam tabi’i ini dengan sesuka hatinya
ataupun sewenang-wenangnya kerana sebagai pemegang amanah dia
harus akur akan apakah yang dikehendaki oleh Tuhan untuk manusia
itu lakukan di muka bumi ini.
 Sebagai wakil Tuhan di muka bumi, dia haruslah menjaga alam sekitar
itu kerana alam sekitar itu cuma sesuatu yang dipinjamkan ataupun
yang diamanahkan kepada manusia bagi kegunaan dan kepentingan
manusia tetapi manusia tidak mempunyai hak yang mutlak terhadap
alam itu.
 Jika Tuhan memerintahkan kepada manusia agar alam itu
haruslah dihormati ataupun diperlakukan dengan secara
yang baik dan tidak melampaui batas, maka manusia tidak
harus melanggar peraturan itu iaitu dia tidak boleh
melampaui batas.
 Tetapi apa yang berlaku sekarang ini adalah manusia telah
melampaui batas dengan menggunakan sumber-sumber
alam dengan secara tidak bertanggungjawab hingga
kadangkala menimbulkan masalah alam sekitar dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai