Anda di halaman 1dari 7

BAB 8

RELATIVISME PASCAMODEN

8.1 PENDAHULUAN

Bab ini akan dimulai dengan menelusuri sejarah perkembangan konsep modenisme dan
pascamodenisme yang melahirkan ideologi pemikiran relativisme pascamoden. Aliran pemikiran
ini telah memberi kesan yang besar kepada sistem kehidupan dan peradaban manusia sejagat.
Bab ini juga akan menyentuh beberapa ciri pemikiran relativisme pascamoden dan bagaimana ia
tersebar pada era globalisasi. Fokus turut diberikan kepada implikasi dan cabaran pemikiran
relativisme dalam kehidupan serta solusi yang ditawarkan oleh agama dan tradisi keilmuan untuk
menanganinya secara tuntas.

8.2 SEJARAH PERKEMBANGAN IDEOLOGI MODEN DAN PASCAMODEN

Sejarah perkembangan ideologi moden dan pascamoden merupakan lanjutan daripada


pertentangan di antara golongan cendekiawan dengan golongan teologi Kristian pada era
Renaissance. Gerakan ini melahirkan falsafah moden berasaskan faham humanisme (fahaman
manusia boleh berdiri sendiri dan tidak lagi memerlukan Tuhan dalam kehidupan). Setelah itu
berlakulah revolusi sains dalam abad ke 17 M dan bermulalah proses sekularisasi yang
mengakibatkan pemisahan secara total dalam lapangan ilmu pengetahuan dan agama.

Tokoh utamanya adalah Francis Bacon (1561-1626) yang mengutarakan sains untuk
menggantikan agama bagi membawa kesejahteraan kepada kehidupan manusia. Pemantapan
falsafah moden ini diteruskan lagi oleh Rene Descartes (1596-1650) yang menyatakan kebenaran
hanya boleh dicapai melalui sumber akal yang rasional dan pengalaman manusia (Abdul
Rahman, 2016). Di sepanjang sejarah tersebut, lahir pelbagai teori dan aliran dalam memahami
makna kebenaran dan ilmu. Kepelbagaian aliran tersebut sama ada dalam bidang ilmu sains tabii,
kemanusiaan dan sains sosial berkait secara langsung dengan falsafah pemikiran moden dan
pascamoden.

8.4 IDEOLOGI MODEN

Secara etimologi, konsep modeniti berasal daripada perkataan Latin modo yang bermaksud
terkini atau sekarang. Moden juga memberikan kefahaman bahawa ia bukan bersifat tradisional.
Fahaman ini kemudian berkembang dalam beberapa bentuk yang selari dengan konsep tersebut
seperti modeniti (fizikal), modenisme (pemikiran) dan juga modenisasi sebagai suatu proses
(Nasruddin Yunus, 2007). Tunjang utama kepada ketiga-tiga konsep tersebut ialah logik, rasional

1
dan objektiviti yang berasaskan kepada data empirikal melalui percerapan pancaindera dan
pengalaman manusia.

Tokoh falsafah Eropah era pencerahan (enlightement) pada abad ke-18 seperti John Locke
(1632-1704), David Hume (1711-1776) dan juga Immanuel Kant (1724-1804) begitu
mengagungkan pencapaian sains dan kaedah saintifik. Mereka percaya bahawa manusia boleh
mencapai kemajuan dengan hanya menggunakan akal dan meninggalkan nilai yang berasaskan
kepada dogma keagamaan. Era ini juga ditakrifkan sebagai permulaan abad moden yang
berterusan sehingga abad ke-20. Pada zaman tersebut, lahir pula ahli falsafah Barat seperti
Betrand Russel (1872-1970) dan Karl Popper (1902-1994) yang meneruskan aliran modenisme
dan positivisme bukan sahaja dalam konteks sains tabii malah melangkaui dalam bidang ilmu
sains sosial dan kemanusiaan. Aliran inilah yang banyak mewarnai dan membentuk makna
kemajuan dan kesejahteraan hidup tamadun Barat pada masa ini.

8.5 IDEOLOGI PASCAMODEN

Kini fahaman modenisme mula mendapat tentangan daripada golongan ahli falsafah pascamoden
yang mempertikai konsep kebenaran mutlak berasaskan logocentrisme (berpusatkan akal),
kaedah saintifik dan objektiviti. Mereka berpandangan bahawa pemikiran moden yang
menggerakkan modenisasi dan revolusi perindustrian telah menghilangkan hubungan antara
manusia, merendahkan martabatnya

8.6 IDEOLOGI MODEN

Secara etimologi, konsep modeniti berasal daripada perkataan Latin modo yang bermaksud
terkini atau sekarang. Moden juga memberikan kefahaman bahawa ia bukan bersifat tradisional.
Fahaman ini kemudian berkembang dalam beberapa bentuk yang selari dengan konsep tersebut
seperti modeniti (fizikal), modenisme (pemikiran) dan juga modenisasi sebagai suatu proses
(Nasruddin Yunus, 2007). Tunjang utama kepada ketiga-tiga konsep tersebut ialah logik, rasional
dan objektiviti yang berasaskan kepada data empirikal melalui percerapan pancaindera dan
pengalaman manusia.

Tokoh falsafah Eropah era pencerahan (enlightement) pada abad ke-18 seperti John Locke
(1632-1704), David Hume (1711-1776) dan juga Immanuel Kant (1724-1804) begitu
mengagungkan pencapaian sains dan kaedah saintifik. Mereka percaya bahawa manusia boleh
mencapai kemajuan dengan hanya menggunakan akal dan meninggalkan nilai yang berasaskan
kepada dogma keagamaan. Era ini juga ditakrifkan sebagai permulaan abad moden yang
berterusan sehingga abad ke-20. Pada zaman tersebut, lahir pula ahli falsafah Barat seperti
Betrand Russel (1872-1970) dan Karl Popper (1902-1994) yang meneruskan aliran modenisme
dan positivisme bukan sahaja dalam konteks sains tabii malah melangkaui dalam bidang ilmu
sains sosial dan kemanusiaan. Aliran inilah yang banyak mewarnai dan membentuk makna
kemajuan dan kesejahteraan hidup tamadun Barat pada masa ini.

2
8.6 IDEOLOGI PASCAMODEN

Kini fahaman modenisme mula mendapat tentangan daripada golongan ahli falsafah pascamoden
yang mempertikai konsep kebenaran mutlak berasaskan logocentrisme (berpusatkan akal),
kaedah saintifik dan objektiviti. Mereka berpandangan bahawa pemikiran moden yang
menggerakkan modenisasi dan revolusi perindustrian telah menghilangkan hubungan antara
manusia, merendahkan martabatnya

dan nilai tradisi kemanusiaan. Menurut Sharifah A'tikah & Syed Ibrahim Ismail (2004),
golongan pascamoden ini mengambil sikap bertentangan dengan sebahagian besar teori
pemikiran moden seperti idea yang dipelopori dalam "grand theory" oleh Karl Marx (1818-
1883), Max Weber (1864-1920) dan Emile Durkheim (1858-1917).

Pengistilahan pascamoden dalam bidang falsafah mula diperkenalkan oleh Jean Francois
Leotard (1924-1998) pada dekad 1970-an. Pemikiran pascamoden ini merupakan suatu
pergerakan idea yang ingin menggantikan aliran pemikiran moden. Pemikiran pascamoden
menyemak semula malah cuba memperbaharui kembali paradigma pemikiran moden. Aliran ini
berusaha untuk mengkritik idea moden yang dilihat gagal untuk memartabatkan nilai
kemanusiaan.

Meskipun pemikiran moden telah memberikan kemajuan yang mengagumkan kepada


peradaban manusia, pada masa yang sama ia juga menghasilkan penindasan dan kezaliman
kepada martabat kemanusiaan. Menurut Anthony Giddens (1938-kini) era moden telah
menyebabkan malapetaka besar kepada kehidupan manusia. Antara kegagalan pemikiran moden
ialah penggunaan kekerasan sebagai suatu kaedah dalam penyelesaian sesuatu konflik. Ini
menjadikan pihak yang lebih kuat akan mendominasi pihak yang lemah melalui pelbagai cara
dan bentuk penindasan. Pemikiran moden juga gagal menyelesaikan pelbagai permasalahan
sosial dan kemanusiaan. Semuanya ini menunjukkan bahawa wujudnya kepincangan yang serius
dalam falsafah moden (Johan & Ajat, 2018).

Aliran pascamoden menentang semua bentuk keyakinan asas berasaskan kebenaran


mutlak ajaran agama sama ada berasaskan wahyu mahupun akal rasional. Ideologi pascamoden
menafikan autonomi individu untuk mendakwa apa yang telah dibuktikan benar sebagai satu
kebenaran. Bagi mereka tidak wujud konsep kebenaran yang bersifat universal seperti kebenaran
yang dibuktikan oleh akal. Kebenaran adalah relatif, dan tiada sesiapa pun berhak mendakwa apa
yang dipegangnya sebagai benar kerana tidak wujud rujukan objektif untuk pembuktian benar
atau palsu (Ahmad Sunawarie, 2006).

Aliran pemikiran ini telah menyerap masuk dan mencabar prinsip asas yang dipegang
manusia moden bahkan keseluruhan sistem

kehidupan manusia. Gerakan ini cuba menggantikan sistem pemikiran moden termasuk ajaran
agama sama ada dari aspek teori mahupun praktis. Penyebaran idea pascamodenisme ini

3
bergerak pantas melalui pelbagai bentuk dan media melalui proses globalisasi dan revolusi
indusri 4.0 yang menjadikan dunia semakin kecil.

8.7 CIRI PEMIKIRAN PASCAMODEN

Untuk menjelaskan lagi sifat dan tabiat aliran pemikira pascamoden. Aminuddin Miskam (2004)
telah menyenaraikan sejumlah ciri-ciri utamanya sebagaimana berikut:

1. Dekonstruktif - mencabar teori moden mahupun ajaran agama yang telah mampan

2. Relativisme - kebenaran bersifat relatif dan berasaskan kepada nilai, konteks dan budaya
sesuatu masyarakat

3. Pluralisme- kepelbagaian perlu diraikan dan ditoleransikan

4. Tiadanya kebenaran mutlak

5. Ketiadaan makna dalam kehidupan

6. Kesaksamaan perwakilan - tiada dominasi ke atas pihak yang lain

7. Pemikiran tidak ditunjangi dogma agama, adat dan prinsip moral

8. Campuran pelbagai nilai, budaya dan keyakinan

9. Media massa baharu sebagai penentu kebenaran dan kesalahan periiaku manusia

10. Budaya konsumerisme

Walau bagaimanapun, bagi Zakaria Stapa (2014), kesemua ciri di atas boleh difahami secara
analitikal berasaskan kepada tiga komponen utama yang saling berkaitan iaitu;

1. Sejarah; ia merujuk kepada era baharu yang lahir dari zaman moden.

2. Budaya; satu produk budaya dan gaya hidup baharu.

3. Kaedah pemikiran dan penteorian; satu cara pemikiran dan

penteorian baharu tentang kehidupan manusia hari ini dan akan datang yang mencabar teori dan
pemikiran lama.

8.8 IMPLIKASI DAN CABARAN RELATIVISME PASCAMODEN

4
Penyerapan idea pascamodenismc telah memberi implikasi dan cabaran yang besar kcpada
kehidupan dan tamadun manusia. Ideologi ini memperjuangkan ketiadaan satu nilai kebenaran
mutlak. Nilai kcbenaran itu hanya berpaksikan kepada pentaf^iran yang bcrcapah dalam konteks
individu, persekitaran, budaya dan perubahan masyarakat.

Prinsip kebenaran sedemikian akan memberi masplah kepada pembinaan dan


perkembangan tamadun manusia. Pemikiran yang berbentuk relatif dan tidak diikat dengan satu
sistem pemikiran yang kukuh (berlandaskan wahyu dan akal rasional) akan memberi kesan
negatif terhadap epistemologi dan aksiologi yang berperanan memandu manusia untuk berfikir
dan bertindak. Ini semua akan membawa kepada satu suasana kehidupan yang huru hara.
Pendekatan pascamodenisme juga tidak mempunyai tunjang yang jelas dan tidak selari dengan
fungsi akal dan wahyu. Secara lebih ringkas, berikut adalah implikasi dan cabaran pascamoden
relativisme;

1. Kepcrcayaan dan amalan beragama

Liberalisme dalam akidah dan agama yang menjadikan semua agama adalah benar dan sama.

2. Krisis nilai dan etika dalam kehidupan Pembentukan nilai etika berasaskan kepada
pemikiran hedonisme.

3. Kemunculan gerakan hak asasi dalam memperjuangkan kelompok minoriti dan devian

Memperjuangkan hak asasi yang melibatkan isu gender seperti LGBT dan gerakan feminisme.

4. Kerapuhan sistem kekeluargaan

Mempelopori kehidupan tanpa nikah yang sudah tentu

memberikan implikasi dalam konteks tanggungjawab dan hak dalam institusi kekeluargaan.

5. Sistem ekonomi konsumerisme

Mementingkan keuntungan dengan menggunakan imej dan simbol serta prestij.

6. Perubahan struktur sosial dan masyarakat Kehidupan masyarakat yang lebih bercorak
individualistik.

7. Penghasilan produk hiburan yang tidak ineinentingkan makna dan tujuan

Ini boleh diperhatikan sama ada dalam bentuk lirik, muzik mahupun filem fiksyen dan imaginasi.

8.0 AGAMA DAN TRADISI KEILMUAN SEBAGAI JALAN PENYELESAIAN

5
Jalan penyelesaian tuntas bagi mendepani cabaran relativisme pascamoden ialah mengembalikan
semula manusia kepada institusi agama dan tradisi keilmuan yang kukuh. Mengimbas semula
perbincangan dalam bab 5 dan 6, penerangan yang jelas telah dikemukakan mengenai konsep
insan, asal usul dan unsur kejadian manusia, serta falsafah dan tujuan kehidupan manusia.

Kegagalan asas tamadun Barat sama ada dalam konteks aliran pemikiran moden mahupun
pascamoden ialah kecelaruan binaan epistemologi, ontologi dan aksiologi dalam memahami
makna kebenaran dan kebahagian hidup. Mereka keliru dalam memahami tujuan kejadian
manusia dan gagal membangun unsur dan potensi kejadiannya secara harmoni, seimbang dan
bersepadu.

Mereka tolak peranan agama dalam menentukan tujuan kehidupan. Sebagai contoh,
mereka tidak mengakui bahawa tujuan kejadian manusia adalah sebagai khalifah Allah SWT
berasaskan konsep perhambaan dalam mencapai kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.
Golongan pascamoden juga menolak konsep kejadian manusia berasaskan unsur rendah iaitu
tanah (fizik) dan unsur tinggi iaitu roh (spiritual, kalbu, nurani).

Dengan kefahaman tersebut, aliran pemikiran moden dan pascamoden telah jauh
menyimpang dalam mencapai kesejahteraan dalam pembinaan tamadun manusia. Justeru, asas
pembinaan falsafah moden yang berteraskan kebenaran akal dan faham positivisme hanya
berupaya menyelesaikan masalah fizikal; bukannya unsur spiritual secara seimbang dan sepadu.
Demikian juga ideologi pascamoden yang berpegang kepada relativisme dan menolak ajaran
agama telah pun mencetuskan kekacauan dan tak mungkin mampu memberi penyelesaian
kepada manusia sejagat.

Menurut Uthman el Muhammady (2004), Islam dengan tradisi keilmuannya yang kukuh
menawarkan beberapa langkah penyelesaian bagi mendepani cabaran idea pascamodenisme
sebagaimana berikut:

1. Manusia memerlukan kerangka berfikir yang berasaskan epistemologi, ontologi dan aksiologi
Islam, sama ada dalam aspek keilmuan dan juga amalan. Kebenaran seharusnya berpandukan
sumber wahyu, akal rasional, kalbu, dan pancaindera yang sihat sebagai mekanisme penyelesaian
isu peradaban dan tamadun manusia.

2. Kesilapan dan kepalsuan serta kekeliruan aliran pemikiran pascamodenisme perlu didedahkan
berasaskan kepada pandang alam Islam.

3. Dalam konteks Malaysia, pembinaan identiti negara bangsa perlu kekal berteraskan budaya
Melayu dan Islam serta budaya lain. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
Inggeris sebagai bahasa teknologi dan hubungan antarabangsa. Penggunaan teknologi barat
seperti teknologi maklumat dan komunikasi perlu dimanfaatkan secara bijaksana.

4. Keutuhan identiti ini perlu mengakar bermula daripada pihak kepimpinan tertinggi sehingga
ke akar umbi dan melibatkan setiap sistem sosial, ekonomi dan politik.

6
8.10 PENUTUP

Sebagai penutup, aliran pemikiran relativisme pascamoden berakar umbi daripada penentangan
golongan intelektual Barat terhadap kekuasaan gereja dan kelangsungan fahaman sekular moden.
Ironinya, aliran pemikiran ini bertentangan pula dengan aliran pemikiran moden dari aspek
epistemologi dan aksiologi. Dalam senario globalisasi dan rempuhan revolusi industri 4.0, aliran
pemikiran pascamoden telah menjadi satu ancaman kepada kesejahteraan peradaban manusia.
Hanya tradisi keilmuan yang benar mampu menangani cabaran fahaman tersebut.

Anda mungkin juga menyukai