Anda di halaman 1dari 15

EDUP 2072

FALSAFAH DAN
PERKEMBANGAN
PENDIDIKAN DI
MALAYSIA
DISEDIAKAN OLEH:
SITI AMINAH BINTI KUSIN
IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
Kursus ini berfokus kepada konsep asas falsafah, falsafah pendidikan, cabang-
cabang falsafah, serta perkembangan sistem pendidikan di Malaysia dan di
pentas antarabangsa. pelajar juga akan diberi pendedahan kepada dasar
pendidikan kebangsaan bersesuaian dengan kehendak dan aspirasi
perkembangan pendidikan global. Kursus ini juga ditawarkan agar pelajar dapat
membincangkan strukur organisasi pendidikan dan cabaran dalam sistem
pendidikan di malaysia serta meningkatkan profesionalisme guru dan
kemenjadian murid.
KONSEP ASAS FALSAFAH
 Falsafah berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud “love of wisdom ..but it is a
wisdom that result from a pursuit of knowlwedge, the most important parts of reality”.
 Falsafah adalah satu bidang yang cuba meneroka dan mencari kebenaran melalui kajian yang
komprehensif, holistik dan logical ke atas pemikiran manusia dalam bidang agama, sastera,
sains dan pendidikan.
 Konsep falsafah pendidikan merujuk kepada suatu aktiviti dan idea yang sistematik, iaitu
dengan cara menjadikan falsafah sebagai alat untuk mengorganisasikan, Menyusun dan
mengubah suai operasi pendidikan (Abdullah Ishak, 1989)
KONSEP FALSAFAH
ETIMOLOGI (Bahasa) TERMINOLOGI (Istilah) PRAKTIKAL
 Berasal dari Bahasa Yunani • Pengertian falsafah yang • Falsafah membawa maksud
iaitu Phlio (cinta) manakala dikemukakan oleh ahli falsafah berfikir secara bersungguh-
Sophos (pengetahuan , hikmah adalah berbeza-beza. sungguh tidak terikat oleh
atau kebijaksanaan. Gabungan Bagaimanapun, takrifan yang tradisi dan mempunyai ciri-ciri
daripada kedua-dua perkataan sama berpaksikan kepada sistematik, radikal dan sejagat.
membawa maksud cinta elemen-elemen kemanusiaan
kepada pengetahuan. dan alam.
Cabang-cabang
Falsafah

Metafizik/Ontologi Logik
Epistemologi Aksiologi
(Kajian tentang (Kajian tentang sains
(Kajian Ilmu) (Kajian tentang nilai)
kewujudan) pendidikan)
1. METAFIZIK/ONTOLOGI (TENTANG KEWUJUDAN)

 Merupakan cabang falsafah yang bertanggungjawab ke atas kajian tentang kewujudan


dan asas kepada pandangan yang luas.
 Memberi perhatian utama kepada realiti atau kewujudan yang mutakhir.
 Menurut kamus, metafizik merujuk kpd yang jauh melangkau alam fizikal atau
kebendaan.
 Mempersoalkan perkara-perkara seperti alam, jiwa atau roh dan kehidupan.
 Apakah dia alam jagat?
 Apakah dia hidup?
 Apakah dia kebebasan manusia?
SAMBUNGAN….

 Termasuk soalan-soalan yang mempersoalkan tentang kewujudan Tuhan.


 Memberi perhatian kepada konsep-konsep yang keadaannya tidak dapat diukur seperti
realiti, perubahan, kendiri, jiwa dan sebagainya.
 Meta fizik cuba menjawab persoalan-persoalan yang jauh melampau penyiasatan saintifik,
bersifat spekulatif (andaian) dan memberi fokus kepada sebab-akibat.
 Mengutarakan soalan-soalan berikut:

i. Adakah tuhan itu wujud?


ii. Apa itu kebenaran?
iii. Apakah hubungan akal dan tubuh?
2. EPISTEMOLOGI (KAJIAN ILMU)
 Berasal dari perkataan Yunani “Episteme” yang bermaksud “ilmu” atau “Sains”
dan logos yang bermakna “keterangan”.
 Teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan kepercayaan.
 Perkara utama dalam epistemologi ialah memberi justifikasi kpd proses mengetahui
sesuatu yang diterima sebagai ilmu.
 Berfokus kepada penganalisaan, penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu
 Epistemologi cuba menjawab soalan-soalan seperti berikut:
 Apakah sumber-sumber pengetahuan?
 Sejauhmanakah sumber pengetahuan tersebut boleh dipercayai?
 Apakah yang dapat diketahui oleh seseorang?
 Bagaimanakah kita mengetahui dan apakah yang kita ketahui?
SAMBUNGAN….

 Lebih berminat kepada konsep-konsep selain daripada fakta (tidak seperti sains)
 Memerlukan alasan yang rasional
 Ahli psikologi mengkaji bagaimana manusia berfikir dan merasai. Tugas ahli
epistemologi memberi perhatian kepada apa yang dimaksudkan oleh konsep-
konsep psikologi seperti perasaan, pengamatan, pengukuhan dan mempersoalkan
adakah konsep-konsep tersebut digunakan dengan betul atau tidak oleh ahli
psikologi.
3. LOGIK (KAJIAN TENTANG SAINS PENDIDIKAN)
 Kaedah yang digunakan oleh ahli falsafah untuk berfalsafah.
 Logik berasal dari perkataan ‘logos’ yang bermaksud fikiran, idea, hujah, alasan atau
prinsip.
 Peraturan-peraturan yang membolehkan mereka membuat cadangan dan hujah-hujah
perbincangan dengan cara yang betul.
 Sains tentang pemikiran tepat.
 Prosedur untuk bezakan pemikiran sah dan yang mengelirukan. Terbahagi kepada 2
iaitu logik induktif dan logik deduktif
SAMBUNGAN….
Logik induktif:
Bermula dengan butiran khusus kemudian membuat penaakulan terhadap butiran seterusnya membuat

kesimpulan umum yang menjelaskan.
Contoh: Kenderaan dapat bergerak kerana ada enjin

Motor, Kereta, Kapalterbang dapat bergerak kerana ada enjin

Kesimpulan: Semua kenderaan dapat bergerak kerana ada enjin.

Logik Deduktif:
Bermula dengan kesimpulan umum kemudian mencari contoh yang relevan bagi menerangkan kesimpulan

tersebut.
Contoh: Semua pelajar IPGKTHO perlu menduduki peperiksaan untuk membolehkan lulus

 Aminah adalah pelajar IPGKTHO.
 Jadi, Aminah perlu menduduki peperiksaan untuk lulus dari
IPGKTHO
4. AKSIOLOGI (KAJIAN TENTANG NILAI)

 Berasal dari perkataan Greek yang bermaksud nilai atau dalam bahasa inggeris “value”.
 Perkataan Logia merupakan suatu kajian tentang kualiti atau nilai.
 Aksiologi adalah termasuk etika dan estetik iaitu bidang falsafah yang bergantung kepada nilai dan
dikaitkan dengan teori.
 Etika lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan dan yang paling sesuai kita lakukan?
 Mempersoalkan tentang baik atau buruk, benar atau salah, cantik atau hodoh.
 Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan nilai.
 Boleh dibahagikan kepada dua cabang :

a. Etika
b. Estetika
SAMBUNGAN….

 Etika :
 memberi perhatian kepada kualiti moral dan tingkah laku manusia.
 mengkaji kebaikan seseorang, kebaikan sesuatu masyarakat, dan kebaikan
kehidupan.

 Estetika :
 Menentukan kriteria bagi kecantikan dalam kesenian, pengalaman
perseorangan, alam sekeliling dan kehidupan (Van Scottes, Kraft dan Haas
1979).
SAMBUNGAN….

 Persoalan yang berkaitan dengan aksiologi:

i. Apa itu moral atau bukan moral


ii. Apakah yang menentukan sesuatu tindakan itu betul?
iii. Adakah kehidupan ini mempunyai makna?
iv. Apakah tingkah laku bermoral?
KONSEP FALSAFAH
PENDIDIKAN
 Falsafah pendidikan ialah satu bidang falsafah gunaan yang menggunakan bidang-bidang
falsafah tradisional seperti ontologi, etika, epistomologi dan lain-lain. Pendekatan falsafah
pendidikan bertujuan untuk menangani persoalan-persoalan yang berkaitan dengan polisi
pendidikan, pembangunan manusia, teori kurikulum dan sebagainya.
 Kesimpulannya, konsep asas pendidikan adalah berkait rapat dengan pendekatan falsafah yang
digunakan untuk membina teori pendidikan berdasarkan masalah atau isu pendidikan.
Definisi falsafah pendidikan haruslah ditentukan berdasarkan ciri-ciri falsafah yang
berlandaskan kriteria utamanya, iaitu epistemologi diikuti dengan aplikasi metafizik, kaedah
deduktif dan logik untuk membentuk teori pedagogi.

Anda mungkin juga menyukai