Anda di halaman 1dari 35

Globalisasi Pendidikan

Isu: Pengaruh Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pendidikan

Globalisasi menurut kamus dewan edisi keempat ialah proses yang


membolehkan sesuatu aktiviti contohnya ekonomi, kebudayaan dan lain-lain
disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia,
terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan dasar terbuka
kepada pengaruh luar. Manakala pendidikan menurut kamus dewan ialah aktiviti-
aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran,
kerohanian dan jasmani manusia. Selain itu mengikut Plato, pendidikan ialah suatu
proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.

Manakala globalisasi pendidikan menurut kamus dewan edisi keempat ialah


usaha untuk mengubah suai atau memperbaharui sistem jentera pentadbiran
daripada kurang cekap kepada yang lebih cekap dan berkesan. Dror (1976)
menyifatkan reformasi atau pembaharuan ini sebagai satu usaha untuk membuat
pembaharuan yang disengajakan, yang berkaitan dengan beberapa aspek dalam
sistem pentadbiran. Biasanya, reformasi diperlukan untuk menyelaraskan kehendak
persekitaran semasa yang sentiasa berubah-ubah di samping mempertingkatkan
dinamika organisasi serta mengambil peluang daripada kemajuan yang berlaku.
Antara faktor penyebab berlakunya reformasi ialah tarafpendidikan yang semakin
meningkat, pertambahan bilangan penduduk, desakan awam, peningkatan
teknologi, era globalisasi, persaingan ekonomi dan sebagainya.

Walaupun Globalisasi membawa faedah kepada setiap Negara namun kesan


globalisasi amat dirasai oleh Negara-Negara membangun dan sedang membangun
seperti Malaysia kerana Negara tersebut perlu bersaing dengan Negara yang maju
dalam pelbagai bidang contohnya ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.
Globalisasi pendidikan banyak mempengaruhi pembangunan sumber manusia.
Glabalisasi dalam dunia pendidikan sekarang ini memang diperlukan untuk
menghadapi tentangan global. Namun demikian globalisasi pendidikan hendaklah
tidak meminggirkan masyarakat kita yang termasuk dalam golongan yang lemah
agar kemajuan bangsa dapat dinikmati bersama.

Mengikut pandangan lain, globalisasi merujuk kepada satu cara hidup tanpa
sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya
globlisasi ini lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun dalam bidang
pendidikan, globalisasi juga tidak terkecuali. Di samping itu, globolisasi dalam
pendidikan menyumbang kepada peningkatan mutu pendidikan di Malaysia
seterusnya mewujudkan sistem pendidikan yang cemerlang di seluruh dunia. Selain
itu, impak globalisasi kepada bidang pendidikan ialah pendidikan menjadi sejagat
atau luas iaitu dimana semua individu boleh mendapat pendidikan yang sama tanpa
mengira taraf ekonomi, sosial dan sebagainya.

            Dalam era globalisasi, isu dan cabaran globalisasi yang sentiasa
dibincangkan ialah pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
(TMK) yang memberi kesan kepada semua masyarakat terutama dalam bidang
pendidikan. Kemajuan dunia globalisasi telah menukar cara pemikiran kita dalam
mengikut arus pembangunan. Ledakkan maklumat yang berkaitan dengan
perkembangan TMK telah meningkatkan mutu pendidikan di Negara kita secara
meluas tanpa batasan. Di samping itu juga, pengaruh TMK telah mempengaruhi
gaya hidup rakyat Malaysia secara amnya dan pelajar secara khususnya dalam
bidang pendidikan.

            Pengaruh TMK di era globalisasi ini dalam bidang pendidikan menyediakan
peluang pendidikan yang luas kepada semua individu dengan menyediakan
kemudahan contohnya komputer untuk proses pembelajaran. Selain daripada itu,
kemudahan-kemudahan bagi tujuan pendidikan juga akan terus bertambah bagi
tujuan pembelajaran. Bersesuaian dengan dunia tanpa sempadan, kita seharusnya
didedahkan dengan ilmu pengetahuan yang mencukupi supaya kita tidak
ketinggalan. Justera, kemudahan-kemudahan inilah yang akan membantu kita
dalam mencapai matlamat untuk menjadi sebuah Negara yang maju dalam arus
globalisasi.

Kepesatan arus gloablisasi ini juga akan membuatkan pemikiran generasi


muda kita pada masa hadapan akan lebih jauh ke hadapan dalam pelbagai bidang
terutama bidang pendidikan dengan bantuan pelbagai kemudahan yang disediakan.
bekas Perdana Menteri pernah berkata ketika membentang rancangan Malaysia Ke
Sembilan bahawa dalam kontek dunia global, modal insan bermutu tinggi adalah
satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Oleh itu bekas Perdana Menteri berharap
agar Negara kita akan mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menjadi
Negara yang maju menjelang 2020 seiring dengan barisan Negara yang maju yang
lain dalam pelbagai bidang terutama bidang pendidikan.

Pengaruh TMK dalam bidang pendidikan mengubah corak dan sistem


pendidikan di Malaysia dimana pelbagai peluang-peluang pendidikan terbuka luas
tanpa batasan kepada semua pelajar dengan adanya pelbagai kemudahan seperti
institusi pengajian tinggi awam atau swasta . Di samping itu juga, dengan adanya
pengaruh TMK dalam era globalisasi ini membolehkan para pelajar melanjutkan
pelajaran malalui sistem pendidikan jarak jauh yang lengkap apabila pelajar
mempunyai kemahiran untuk menggunakan TMK. Pembelajaran sepanjang hayat
tanpa mengira masa, tempat dan sebagainya boleh dilakukan sendiri di era
globalsiasi sehingga mewujudkan pembelajaran tanpa sempadan.

Namun kesan negatif globalisasi terhadap pendidikan memberikan tekanan


kepada para guru untuk merancang program kurikulum agar dapat menangani
keperluan globalisasi dalam pendidikan. Ini bersesuaian dengan hasrat kerajaan
bagi menghasilkan modal insan yang inovatif dan berdaya saing menjelang
Wawasan 2020. Kesan globalisasi dalam pendidikan juga akan memingirkan bahasa
Malaysia sebagai bahasa ilmu. Ini terjadi apabila murid mendapatkan maklumat
menggunakan internet dimana sebahagian besar maklumatnya dalam bahasa
Inggeris. Jika hal ini berlaku, mungkin bahasa Malaysia akan menjadi bahasa kedua
dalam kehidupan masyarakat.

            Kesimpulannya, globalisasi dalam pendidikan sangat penting dalam


meningkatkan mutu pendidikan Negara kita setaraf dengan Negara maju yang lain.
Semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah-
langkah komprehensif bagi mencapai kemajuan bersama dalam pelbagai bidang
seperti ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya. Kita tidak boleh mengelak
daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus ketinggalan.
Dengan globalisasi dalam pendidikan diharapkan semua masyarakat terutama
dalam bidang pendidikan dapat bersaing dengan dunia luar. Oleh itu, kita perlu
bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena
globalisasi ini.
RUJUKAN: http://www.kickstory.net/2011/10/globalisasi-pendidikan.html
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk


menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan
daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Sebelum kita
menyelami segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik kita memahami
maksud sebenar globalisasi.  Berdasarkan gambar rajah di bawah ada sedikit
maklumat berkaitan dengan definisi globalisasi dalam pendidikan. 

                                         gambar rajah 1

                   
Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization juga
perkataan globalisasi diungkap menerusi Bahasa Perancis iaitu perkataan
monodialisation yang mana semuanya bermaksud ‘seantero dunia’.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1986) telah mentafsirkan global
bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada
umumnya.Manakala, globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia
mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat.

Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau


sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu
ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.
Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana Menteri kita,
Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia
telah mengingatkan agar masyarakat Malaysia tidak dipengaruhi dengan arus
globalisasi sehingga berjaya menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu
membina kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang membawa kesan
buruk kepada kita.

Kita sedia maklum bahawa dengan globalisasi perkembangan yang signifikan


dapat dicapai dan ianya berfokus kepada profesion keguruan yang semakin
mencabar di negara ini. 

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN MELALUI GLOBALISASI

Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai


bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan
kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang
pendidikan khasnya. Berdasarkan gambar rajah di bawah terdapat lima
perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi.

                                           

Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan
dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat
menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang
ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu
tempoh yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme
keguruan.

Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara
global. Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai
intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan
produk berkualiti atau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru
perlulah peka dengan perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab
menyalurkan ilmu kepada murid, guru menjadi sumber rujukan dan teladan
bagi masyarakat di sekeliling.

Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global
yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah.
Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan
pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang melihat
keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut
menerusi carian laman video pendidikan di internet.

Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan
taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar
produk yang dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju
dan berjaya.

Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion


yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya
negara itu menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan
negaranya setaraf dengan negara maju yang lain.

CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed
sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi
terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang
dilihat menerusi rajah di bawah.
 
                                                    gambar rajah 2

Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan


dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak
cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan
secara formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan
supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang
dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan
mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi
sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga
perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan
mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi
menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana
menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan
pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.

Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran


tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan
globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di
kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti
pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat
perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran telah diperkenalkan seperti:

1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan


pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
2.  Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local
Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan
kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya
kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan
maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail
pembelajaran.

3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan


pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru
berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.

4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk
pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik
darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi
secara elektronik dengan rakan dan guru.

Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat,


kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya
kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar
dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah
mereka melepasi alam persekolahan.

Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan
pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global
terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran.
Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan
Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagi meningkatkan
kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya
sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:

- Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.


- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
- Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
- Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
- Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan 
menyimpan  data seperti laporan kehadiran pelajar.
-Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan 
pelajar.
- Penempatan pelajar dalam kelas.
-Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
-Pembinaan jadual waktu guru.
- Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
-Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai 
urusan 
rutin yang 
dikendalikan pentadbir dan guru.
                                                            
                                                 (Rahmad Sukor, 2006)
 
      
Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang
melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan
hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah
negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di
pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya
telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling
ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama
dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh
dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian
guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut
memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar seperti di bawah:

1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif


terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang
jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi
pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat
menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat
kepada amalan agama.

2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah,


ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu,
kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-
elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut
merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara
bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah

3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab


dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah
pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan
sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong,
semangat cinta akan negara dan berdisiplin.

Cabaran kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah


perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang
globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan
profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi
dalam perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan
kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam
pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru
dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat
global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan
konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah,
meluaskan peluang kepada guru perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari
segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.

Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti


perkembangan pendidikan
dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang
berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan
perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan
komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan
kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan
menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri.

KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis
pendidikan global yang mana ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan
yang berlaku di negara-negara lain. Kebanyakan Negara membangun mengalami
kesan negatif globalisasi bagi membangun dan memajukan bidang pendidikan.
Globalisasi memberikan kesan buruk terhadap keadaan ekonomi Negara
membangun, di samping perdagangan pendidikan dan budaya dari Negara-
negara Barat yang menguasai pasaran pendidikan di negara membangun. Antara
krisis pendidikan global dapat dilihat menerusi gambar rajah di bawah.

Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah


membiayai perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah
penyediaan kemudahan pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan
untuk semua, bantuan pendidikan buku teks, menyediakan sekolah dengan
infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer dan sebagainya.

Selain itu, program twinning iaitu program kembar pendidikan diperluaskan


melibatkan institusi pendidikan membangun dengan negara maju.  Apa yang
pasti, program seperti ada kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran
tertentu dipindahkan kepada tenaga pengajar di negara ini seperti latihan
kepakaran dalam bidang perubatan, biodiversiti dan kejuruteraan.

Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu


bidang dan kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang
setaraf dengan pendidik di negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan
untuk perubahan dan kemajuan yang penting dalam era globalisasi.

Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu


dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan
agen dalam membentuk modal insan yang berkualiti. Ini bermakna, guru perlu
sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin masyarakat kea rah
perubahan dan kemajuan.

Krisis pendidikan global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan


kebimbangan. Ini kerana pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di
negara membangun dan persaingan global meningkatkan perbelanjaan
pendidikan yang mana ianya menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi
jurang pendidikan.

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAH DALAM MEMBINA KEMAHIRAN 7M


BERDASARKAN GLOBALISASI

Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak.


Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis
serangan unsur-unsur perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh
dalam arus globalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga
keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan.

Semua pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memelihara


kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan tewas dalam
globalisasi. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting
dalam membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai
murid berdasarkan globalisasi.

 Kemahiran pertama ialah menulis, di mana kemahiran literasi asas komunikasi


dan menyampaikan idea secara tulisan dapat dikuasai oleh kerana menerusi
penulisan, seseorangitu boleh mengeluarkan idea, perasaan, menyampaikan
maklumat dan sebagai alat perhubungan sosial.

Kemahiran kedua ialah membaca, yang mana kemahiran literasi menimba ilmu
melalui bahan-bahan bercetak perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah agar
murid-murid memperoleh pengalaman dan ilmu menerusi bahan-bahan ilmiah
yang dibaca. Membaca jambatan ilmu. Dengan melazimkan diri dengan aktiviti
membaca sudah menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung menerusi
kandungan bahan yang dibaca.

Kemahiran ketiga, mengira merupakan kemahiran literasi asas mengoperasikan


otak secara abstrak tentang hukum sains dan alam semesta. Segala yang dilalui
dalam kehidupan seharian melibatkan kita dengan hukum sains dan alam
semesta. Cuba bayangkan seandainya anak-anak kita tidak menguasai
kemahiran mengira, adakah mereka mampu untuk menguruskan kehidupan
mereka secara sendiri kelak? Contohnya, jika tidak menguasai konsep asas
nombor, bagaimana murid dapat menyelesaikan masalah melibatkan nilai
nombor yang lebih besar? Kemahiran mengira merupakan kemahiran yang
penting di samping perlunya kita menguasai kemahiran-kemahiran yang lain.

Kemahiran keempat, kemahiran memikir. Dalam kemahiran ini, guru dan ibu
bapa berperanan untuk menyediakan peluang dan ruang untuk murid-murid
berfikir tentang sesuatu perkara dan melatih mereka untuk mengolah dan
melontarkan idea menerusi kemahiran berfikir yang diaplikasikan.

Kemahiran kelima ialah kemahiran menggunakan komputer. Jika dilihat


sekarang, penggunaan komputer dalam membantu memudahkan pengurusan
harian, mencari maklumat dan sebagai alat pengajaran yang berkesan. 
Kemahiran menggunakan komputer perlu diterapkan dan didedahkan kepada
anak-anak muda sekarang agar perkara seperti ‘fobia komputer’ dapat
dielakkan.

Kemahiran keenam ialah kemahiran menjadi manusia. Dalam kemahiran ini,


perlunya individu diajar untuk menjadi individu yang boleh berinteraksi
bersama orang lain secara positif. Dengan kemahiran komunikasi yang baik
seperti kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa membuatkan kita
sentiasa dihormati dan hidup dalam keadaan yang harmoni.

Kemahiran ketujuh ialah kemahiran mencintai Tuhan. Dalam hidup kita,


keredhaan Ilahi adalah sesuatu yang penting kerana hidup dalam keadaan
dicintai Tuhan dan mendapat keredhaan menghasilkan dengan kejayaan dalam
segala aspek dan memperoleh ketenangan yang sukar diterjemahkan.
Kemahiran mencari dan menggunakan ilmu agama dalam proses mendapatkan
keredhaan dan kecintaan Tuhan buat setiap hambanya, manusia harus sentiasa
tersemat dalam diri setiap individu. 

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam


pendidikan, krisis pendidikan global dan sebagainya sebagaimana yang telah
dinyatakan di ruangan sebelumnya, apakah kesan yang dapat kita kenal pasti
terhadap globalisasi dalam pendidikan? Adakah memberi kesan baik sahaja atau
member kesan buruk semata atau memiliki pro dan kontranya iaitu kesan baik
dan buruk melalui globalisasi dalam pendidikan.

Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dan negatif.


Apakah kesan positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam pendidikan?
Antaranya ialah:
 -          budaya pembelajaran sepanjang hayat
 -          kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa
antarabangsa
 -          menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan
kehidupan seharian
 -          pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar
 -          perubahan peranan guru dalam bilik darjah
 -          peluang pendidikan terbuka luas
 -          persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi
 -          perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan
pembelajaran

Terdapat beberapa  kesan negatif melalui globalisasi dalam pendidikan iaitu:

 -          kadar pengangguran semakin meningkat


 -          pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara
 -          meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda
 -          perdagangan pendidikan
 -          penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek
dan rohani
 -          berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi
kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara
 -          pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial
       Oleh itu, biarpun ianya mempunyai kesan positif dan negatif, ianya adalah
tanggungjawab individu dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin memilih
sumber yang bersesuaian atau sebaliknya. Tambahan pula, sebagai pendidik
perlunya pemilihan dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang
bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai negatif tidak dapat diterapkan
dalam diri murid-murid.

IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran


terhadap guru bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan
boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian
kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT,
pengawalan dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan
dunia pendidikan.

Seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 7, ada dinyatakan tentang impak
globalisasi dalam pendidikan di mana rajah di sebelah kiri merupakan sebab
yang berlaku menerusi globalisasi dan rajah di sebelah kanan menunjukkan
akibat daripada globalisasi dalam pendidikan.

Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa


yang mudah diperoleh menerusi kecanggihan teknologi maklumat
menghasilkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai
bahasa ilmu. Ini kerana, kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain
maklumat menggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa. Ini secara
langsung, menjadi kelaziman individu menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa
antarabangsa sebagai bahasa ilmu utama.

Selain itu, dengan globalisasi, penggunaan teknologi maklumat dalam sesi


pembelajaran dan pengajaran sering diaplikasikan. Ini membuatkan murid-
murid dan guru dapat menguasai ledakan maklumat dan menambah
pengalaman murid. Jika pada masa kini tiada pelaksanaan pembelajaran
menggunakan teknologi maklumat di dalam bilik darjah, adalah sukar untuk
guru menyalurkan ilmu dan pengalaman berkaitan persekitaran yang sukar
untuk disediakan. Contohnya, keadaan di dasar laut, suasana di kutub utara
dan melihat bagaimana gunung berapi meletus. Dengan kecanggihan teknologi
maklumat, murid berpeluang melihat dan meneroka pengetahuan baru yang
terbatas melalui video, paparan slide dan sebaganyai.

Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi


pengajian tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu
untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak
langsung, pembangunan negara semakin meningkat melalui penghasilan
produk berkemahiran dan pakar dalam sesuatu bidang.

Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkan urusan kita


menjadi lebih mudah dan lebih bersistematik. Contohnya, penggunaan
aplikasi Microsoft Excel, memudahkan kita untuk menguruskan sesuatu data
dan boleh dikemas kini pada bila-bila masa.

RUJUKAN : http://aishahnetty.blogspot.com/p/globalisasi-dalam-pendidikan.html

Kesan globalisasi terhadap bidang pendidikan di negara ini


Posted on 25 Mei, 2009 by admin
Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain.
Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain
seperti pendidikan tidak terkecuali.
Natijah daripada dunia tanpa sempadan, pendidikan di negara ini menjadi terbuka kepada dunia luar sama ada
untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti asing di sini. Sudah tentu peluang yang sebegini akan
diambil oleh universiti luar, terutamanya yang terkemuka dan berprestij. Mereka akan membuka cawangannya di
negara ini. Walaupun cara ini merupakan suatu persaingan yang sihat, namun institusi pengajian tinggi (IPT)
tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Hal ini akan memberi kesan yang besar kepada
IPT tempatan, terutamanya Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS). Para pelajar tentu akan memilih universiti
luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka. Hal seperti ini telahpun berlaku apabila graduan IPT luar
negara menjadi pilihan utama majikan berbanding graduan IPT tempatan. Dengan demikian juga, IPT tempatan
akan mengalami masalah kekurangan pelajar dan akhirnya membawa kepada penutupan IPT berkenaan,
khususnya IPTS yang bersaiz kecil.
Kesan globalisasi ini juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para
pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian
besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris
sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang
telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu
sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam
semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat
Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.
Globalisasi akan memesatkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Ahli korporat pendidikan akan mengaut
keuntungan melalui bidang pendidikan. Amat dibimbangi jika hal ini berterusan dan tanpa kawalan, matlamat dan
objektif asal pendidikan akan terkorban. Demi mencapai keuntungan semata-mata, kualiti pendidikan mungkin
diabaikan. Masalah ini akan ketara apabila kelayakan masuk pelajar tidak diambil berat seperti dikenakan syarat
yang longgar, pensyarah terdiri daripada mereka yang kurang terlatih dan kurang pengalaman, kemudahan
pengajaran dan pembelajaran yang minimum, kualiti ilmu yang diajar meragui dan lain-lain lagi.
Selain itu, pengkomersilan pendidikan seperti ini akan menafikan konsep pendemokrasian pendidikan. Hanya
pelajar yang mampu dari segi kewangan sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran. Han ini hanya sekitar
20 peratus sahaja bilangan pelajar bumiputera di IPTS berbanding ratusan ribu pelajar IPTS keseluruhannya.
Perkara ini jika tidak dibendung akan meluaskan jurang antara golongan bumiputera dengan golongan bukan
bumiputera. Selain itu, hanya yang kaya sahaja akan dapat menikmati pendidikan tinggi, manakala yang miskin
dinafikan peluang mereka. Ini bertentangan dengan dasar kerajaan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu
tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa.
Kesan seterusnya yang akan timbul ialah penghayatan ilmu itu semakin terhakis. Hal ini demikian kerana para
pelajar hanya belajar ilmu sahaja tanpa menghayati ilmu itu sendiri. Mereka belajar hanya untuk tujuan
peperiksaan atau demi memenuhi tugasan yang diberikan sahaja. Ini akan melahirkan generasi yang cerdik
pandai tanpa diimbangi dengan penghayatan ilmu itu sendiri. Akibatnya, kemahiran yang mereka miliki mungkin
akan digunakan untuk tujuan negatif seperti melakukan pecah amanah, menipu dan sebagainya.
Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang
komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus
ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud daripada fenomena
globalisasi ini.

RUJUKAN : https://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-globalisasi-terhadap-bidang-
pendidikan-di-negara-ini/

undefined KESAN-KESAN GLOBALISASI TERHADAP PENDIDIKAN DI


MALAYSIA

Pendidikan di Malaysia adalah tidak statik dan ia boleh berubah-ubah dari satu
masa kesuatu masa. Banyak sebab mengapa pendidikan menjadi sesuatu yang
dinamik. Ia boleh berubah sejajar dengan perubahan sistem politik yang
memerintah, keperluan negara, keperluan individu dan perkembangan ilmu itu
sendiri sama ada diperingkat rendah mahupun di peringkat tinggi.

Imperialisme pendidikan sering berlaku dan ia memberi kesan yang mendalam


terhadap peradaban dan tamadun negara. Di Malaysia, imperialisme pendidikan
boleh dikaji melalui;

a. Perubahan pada kurikulum pendidikan


b. Perubahan pada sistem pendidikan
c. Falasafah pendidikan
d. Penggunaan teknologi maklumat
e. Pendemokrasian pendidikan
f. Agama dan gejala sosial
g. Integrasi nasional

  
  
  
 

Perubahan kurikulum pendidikan


Perubahan pada kurikulum sekolah adalah perlu sejajar dengan perubahan-
perubahan guna tenaga manusia. Justeru itu Kurikulum Baru Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah diperkenalkan didalam sistem
pendidikan Malaysia. Kurikulum perlu bersifat futuristik di mana keperluan masa
kini dan masa hadapan dapat dipenuhi oleh sistem pendidikan. Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR –1983) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM
– 1988) telah diwujudkan untuk membentuk satu konsep kesepaduan antara
perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani individu secara menyeluruh.
Atas kesedaran inilah usaha menerapkan nilai-nilai murni disarankan dalam setiap
matapelajaran. Ini bersesuaian sekali dengan gagasan untuk membina masyarakat
penyayang yang disarankan oleh Wawasan 2020.

Satu hakikat penting yang perlu kita sedari ialah bahawa walaupun sekolah berada
di tengah-tengah masyarakat dan sentiasa terdedah kepada gelombang
penghidupan, berbanding dengan tempat-tempat lain, ia masih merupakan satu-
satunya tempat yang terkawal buat masa ini. Maka tidak hairanlah jika ramai
mengharapkan kepada sekolah: ibu bapa mengharapkan kepada sekolah dapat
menjadikan anak-anak mereka manusia; masyarakat mengharapkan kepada sekolah
dapat melengkapkan generasi muda dengan nilai-nilai dan budaya bangsanya;
majikan mengharapkan kepada sekolah dapat melahirkan sumber manusia yang
sesuai dan berkualiti; dan negara pula mengharapkan kepada sekolah dapat
menjayakan pembentukan warganegara yang baik. Sekolah dianggap sebagai
benteng penyelamat anak didik, generasi muda dan pewaris bangsa.

Memikirkan tentang pendidikan adalah memikirkan tentang rupa bentuk manusia,


jenis ketrampilan, matlamat-matlamat yang amat diperlukan untuk kesejahteraan
sosial dan mutu kewujudan tamadun. 
 

(Hanna Hloborn Gray)

Perubahan pada sistem pendidikan

Reformasi pendidikan melibatkan kajian semula serta melakukan perubahan-


perubahan terhadap sistem pendidikan. Ini dilakukan untuk memperbaiki dan
meningkatkan lagi kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan
semasa. Sistem pendidikan yang berwibawa mestilah bersifat dinamis dan ia perlu
mengalami reformasi.
Pengurusan dan kepimpinan bagaikan dua permukaan wang siling, iaitu wujud satu
simpulan yang akrab dan bersepadu. Pengurusan yang baik, cekap dan berkesan
mencerminkan kualiti kepimpinan dan sebaliknya. Pengurusan dan kepimpinan
mestilah berkualiti dan berwibawa untuk mencapai objektif dan matlamat
kumpulan atau organisasi. Aspek pengurusan dan kepimpinan menjadi kritikal
kerana institusi pendidikan adalah satu institusi sosial. Umpamanya, jika sesebuah
kilang itu tidak dapat menghasilkan barangan yang menepati piawaiannya, barang
tersebut boleh dibuang atau diproses semula. Seandainya pengurusan pendidikan
gagal, anak didik yang terbentuk itu tidak mudah untuk dirungkai atau diolah
semula.

Falsafah Pendidikan Negara.

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem


pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah
dimasukkan ke dalam Akta Pendidikan 1996.

Dasar Pendidikan negara perlulah berdasarkan kepada suatu falsafah yang jelas.
Falsafah ini hendaklah merangkumi kepentingan agama, kaum, demografi,
keperluan semasa dan sebagainya. Falsafah merupakan rumusan yang
mengandungi ciri-ciri sahsiah pelajar seperti yang dihasratkan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

(Falsafah Pendidikan Negara 1990 halaman 6)


Penggunaan Teknologi Maklumat

Kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multi-media dimana ia telah dapat


membangunkan teknologi maklumat di Malaysia. Maklumat-maklumat dari
seluruh dunia dapat dihubungkan terus kepada pengguna. Penggunaan teknologi
maklumat secara yang betul dan bermoral akan memberi manfaat akan tetapi
penyalahgunaan teknologi maklumat adalah sebaliknya. Teknologi maklumat akan
meruntuhkan sempadan politik negara-negara di dunia ini.

Pendidikan di Malaysia maju setapak lagi dengan penubuhan Sekolah Bestari di


mana penggunakan multi-media dijadikan asas pendidikan. 
  
 

Pendemokrasian Pendidikan

Globalisasi dan imperialisme pendidikan telah menjadikan kerajaan peka terhadap


peluang pelajaran bagi penduduk di kawasan luar bandar. Pendidikan di luar
bandar perlu diberi perhatian yang sama seperti sekolah di bandar. Masalah
kekurangan guru terlatih, taraf kesihatan yang rendah dan kekurangan prasarana
yang berkualiti merupakan faktor penghalang proses pembinaan sahsiah, bakat dan
kebolehan kanak-kanak.

Untuk merealisasikan pendemokrasian pendidikan, kerajaan telah memberi


peruntukan-peruntukan yang boleh dimanfaatkan termasulah membina asrama-
asrama bagi membolehkan pelajar-pelajar menikmati kemudahan. Dalam
Rancangan Malaysia Kedua, kerajaan telah membina sepuluh sekolah menengah
sains dan berpuluh-puluh lagi asrama diseluruh pelusuk negara. 
  
 

Agama Dan Gejala Sosial

Mari kita renung rencana berikut;

Jumlah kes juvana makin meningkat dari sehari ke sehari. Dalam tahun 1997,
jumlah kes juana yang didapati bersalah oleh mahkamah ialah 4,590 kes dan angka
ini terus meningkat. Dalam tahun 1998 terdapat 6,338 kes juana yang didapati
bersalah oleh mahkamah. Penambahan kes dari tahun 1997 hingga tahun 1998
adalah 38.08 peratus. 
 

(Berita Harian 18 Mei 1999)

Keruntuhan moral di kalangan pelajar adalah membimbangkan kerana anak-anak


hari ini adalah aset negara pada masa akan datang. Dalam masa yang sama orang
yang berpengetahuan yang dilahirkan menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan juga
terlibat dengan jenayah kolar putih. Kes-kes rasuah, salah guna kuasa, pecah
amanah dan berbagai-bagai kesalahan lain bukan sahaja melibatkan pegawai
kerajaan peringkat bawahan tetapi ia juga melibatkan pegawai-pegawai atasan.

Adakah kita terlalu pantas melakukan perubahan hinggakan kita terlupa kepada
nilai-nilai kemaknusiaan? Adakah Dasar Pendidikan Kebangsaan gagal
memainkan peranannya?

. . . menglobalisasikan pendidikan, mencari ilmu pengetahuan tidak kira di mana ,


berusaha mengetahui apa yang belum kita pelajari, merekacipta dan bukan
membuat inovasi sahaja. Tetapi yang paling penting sekali, sistem pendidikan
bertaraf dunia harus mampu melahirkan menusia yang berperibadi, dengan nilai
moral yang teguh, seorang manusia yang sempurna, bukan sahaja dari aspek
akademik, tetapi penuh dengan kemampuan intelektual untuk menangani cabaran
masa muka. 
 

(Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak)

Teras kepada sistem pendidikan bertaraf dunia menurut acuan Malaysia ialah
agama dan akhlak. Agama dan akhlak penting untuk memelihara karamah atau
kemuliaan insan dan nilai-nilai manusiawi. Keimanan dan kepercayaan kepada
Tuhan penting untuk membolehkan manusia memahami, menginsafi dan
merealisasi dirinya sebagai hamba dan khalifah di bumi. 
 

(Dr Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin)

Faktor institusi keluarga di Malaysia telah mulai longgar, agama makin terpinggir,
sikap materialistik, pengaruh media massa dan berbagai-bagai lagi. Kanak-kanak
ketandusan kasih sayang lantaran ibu bapa sibuk mencari harta dunia. Anak-anak
dididik oleh teman-teman dan media massa. T.V menjadi rakan yang paling setia.
T.V adalah sarana yang paling utama dan paling berkesan. Ia memainkan peranan
yang amat ketara yang belum pernah berlaku dalam sejarah. Pada hakikatnya
individu diperkenalkan sejak lahir kepada aliran mesej dan imejnya yang kuat. T.V
telahpun menjadi anggota keluarga yang utama, yang paling banyak dan yang
paling lama bercerita. 
 

(Gerbner et. Al. 1981)

Meskipun begitu terdapat kecenderungan ibu bapa untuk menghantar anak-anak


mereka ke sekolah-sekolah agama, baik yang ditaja oleh kerajaan mahupun
sekolah agama swasta. Kesedaran ibu bapa telah mendorong mereka menghantar
anak-anak mereka ke sekolah-sekolah berkenaan. 
  
  
  
  
  
  
  
 

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem


pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah
dimasukkan ke dalam Akta Pendidikan 1996. 
  
  
  
  
  
 

Dimanakah silapnya kita hinggakan keadaan seperti di atas terjadi?

Kesan positif, kesan negatif, apa yang ada dinegaramaju perlu ada di malaysia

Ambik yang baik , tolak yang tak baik Dasar Pandan Timur
Rujukan;

Hanna Holborn Gray, Magazine University Chicago, 1988

RUJUKAN: http://b-naimem.tripod.com/globalisasi.htm

Wednesday, 11 February 2015

TAJUK 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA


1.0 SINOPSIS
Tajuk ini membincangkan isu-isu dan cabaran pendidikan semasa; termasuklah Integrasi Nasional,
Pendemokrasian Pendidikan, Tonggak Pendidikan UNESCO, Globalisasi dalam Pendidikan,
Kepelbagaian Budaya, Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, dan Gejala
Sosial. Pelajar-pelajar dikehendaki mengenal pasti dan membuat refleksi tentang cara-cara
menangani isu dan cabaran pendidikan semasa tersebut.

1.1 HASIL PEMBELAJARAN


Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
i. Mengenal pasti isu-isu dan cabaran semasa.
ii. Menghuraikan dengan contoh-contoh tentang integrasi nasional.
iii. Menerangkan pendemokrasian pendidikan .
iv. Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu integrasi nasional dan 
     pendemokrasian pendidikan.
v. Mengenal pasti tonggak pendidikan UNESCO.
vi. Membincangkan ciri-ciri dalam tonggak pendidikan UNESCO.
vii. Menghuraikan faedah, kesan dan cabaran globalisasi dalam pendidikan.
viii. Mengenal pasti ciri –ciri dalam kepelbagaian budaya.
ix. Menghuraikan pengaruh dan kesan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi   dalam
pendidikan.
x. Mengenal pasti jenis-jenis gejala sosial dalam masyarakat Malaysia.
xi. Membuat refleksi tentang cara-cara menangani isu gejala sosial dalam Masyarakat.
xii. Menerangkan peranan guru dalam menangani gejala sosial.

1.2 KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.3 Pengenalan - Isu dan Cabaran Pendidikan Semasa


Malaysia adalah sebuah negara yang memberi banyak penekanan kepada aspek pendidikan. Ini
adalah kerana pendidikan adalah perlu bagi sesebuah negara untuk membangun dan mencapai
kemajuan dan kecemerlangan. Kerajaan Malaysia telah berusaha untuk memberi penekanan kepada
pendidikan ini melalui pembentukan beberapa dasar seperti Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025. Namun begitu dalam melaksanakan dasar-dasar ini kerajaan, sekolah dan guru
telah menghadapi beberapa cabaran. Cabaran-cabaran ini adalah disebabkan oleh kerana Malaysia
ialah negara berbilang kaum dan juga faktor perubahan yang begitu pantas di peringkat global.
 
Guru sebagai pelaksana utama dalam bidang pendidikan berhadapan dengan pelbagai cabaran
dalam aspek Integrasi Nasional, pendemokrasian pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh TMK
dan gejala sosial. Negara memerlukan guru yang komited, berdedikasi dan mampu berhadapan
dengan semua cabaran tersebut.

1.4.2 Isu-Isu Semasa dalam Integrasi Nasional


Malaysia terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik termasuk Melayu, Bumiputera, Cina dan India.
Komposisi populasi sebegini telah menyumbang kepada perbezaan dari segi bahasa, seni,
kebudayaan, dan kepercayaan dan agama yang mana merupakan cabaran yang besar bagi kerajaan
untuk menyatupadukan semua kumpulan etnik tersebut. Kejadian tragedi 13 May 1969 jelas
menunjukkan wujudnya prasangka dan konflik tentang integrasi nasional di negara kita. Perkara
tersebut telah menyedarkan kerajaan tentang kepentingan untuk mewujudkan integrasi nasional di
negara kita. Demi mengurangkan jurang sosio ekonomi antara kumpulan etnik yang berbeza dan
mewujudkan hubungan yang harmoni dan bersatu di kalangan rakyat, kerajaan telah
memperkenalkan pelbagai polisi seperti Polisi Dasar Ekonomi Baru, Polisi Pendidikan Kebangsaan,
dan Polisi Kebudayaan Kebangsaan. Pelaksanaan polisi-polisi tersebut dapat meningkatkan
kefahaman Rukun Negara iaitu ideologi kebangsaan Malaysia. Rukun Negara tersebut telah dibentuk
pada 31 Ogos 1970 oleh Majlis Gerakan Negara (Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional, 2005).

1.4.3 Cabaran-Cabaran dalam Integrasi Nasional


Dalam proses mengintegrasikan kumpulan etnik yang pelbagai di
negara kita, kerajaan mengalami berbagai-bagai halangan seperti berikut:
 Perbezaan dalam agama dan budaya 
 Polisi pecah perintah British
 Sistem pendidikan dan penggunaan bahasa pengantara yang berbeza di sekolah
 Penglibatan sektor ekonomi berasaskan kumpulan etnik
 Penempatan geografi yang berbeza berdasarkan sumber pendapatan kumpulan etnik 
 Parti politik berdasarkan kumpulan etnik

1.4.4 Cara-Cara Menangani Isu-Isu Integrasi Nasional


Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses menyatukan semua kumpulan etnik di
negara kita. Pendidikan dapat membentuk modal insan yang berkembang secara holistik dari segi
jasmani, emosi, intelek dan rohani yang mana merupakan matlamat dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Oleh itu, banyak langkah telah diambil oleh Kementerian Pelajaran untuk melahirkan
generasi masa hadapan yang bersemangat patriotik, bertoleransi, progresif dan bersatu untuk
menjadikan Malaysia negara yang cemerlang. Langkah-langkah yang dimaksudkan adalah seperti
berikut:
 Pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan kurikulum dan penilaian
yang sama di semua sekolah. 
 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan untuk memupuk semangat bersatu dalam kalangan
kumpulan etnik yang berbeza.
 Mengasimilasikan nilai-nilai diri yang positif, nilai-nilai moral dan seni dalam semua mata
pelajaran.
 Memperkenalkan mata pelajaran sivik dan kewarganegraan di sekolah rendah dan sekolah
menengah pada tahun 2003.
 Memperkenalkan konsep Sekolah Wawasan.
1.4.4.1 Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP)
Tiga jenis sekolah, iaitu SK / SRK, SRJK (C) dan SRJK (T) yang terlibat dalam rancangan ini. Objektif
pelan ini adalah:
i. Meningkatkan penyertaan pelajar dan guru dari ketiga-tiga jenis sekolah berkenaan dalam aktiviti-
aktiviti khas.
ii. Menambahkan interaksi, persefahaman, kerjasama, muhibah dan toleransi pelajar daripada tiga
jenis sekolah
iii. Penggunaan kemudahan dan peralatan tiga jenis sekolah bersama-sama secara maksimum.

Integrasi nasional boleh dicapai berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang disediakan dalam modul
yang merangkumi aspek-aspek yang disenaraikan di bawah:
 Modul Aktiviti untuk kecemerlangan akademik 
 Modul Aktiviti untuk sukan dan permainan
 Modul Aktiviti untuk ko-kurikulum
 Modul Aktiviti untuk perkhidmatan sosial 
 Modul Aktiviti untuk meningkatkan semangat patriotik
1.4.4.2 Konsep 1 Malaysia
Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak. Ini
adalah salah satu langkah yang paling penting yang diambil oleh Perdana Menteri untuk memupuk
perpaduan negara dan untuk membina hubungan yang rapat antara semua kumpulan etnik di
Malaysia termasuk Sarawak dan Sabah. Menurut Laman web peribadi Perdana Menteri, 1 Malaysia
adalah formula yang dikonsepsikan sebagai satu pra-syarat bagi memastikan aspirasi negara untuk
menjadi negara maju menjelang tahun 2020 tercapai sekiranya konsep 1 Malaysia ini diterapkan
dalam minda rakyat dan diamalkan oleh seluruh masyarakat. Jika idea "Bangsa Malaysia" yang
ditimbulkan melalui Wawasan 2020 menjadi destinasi akhir, maka 1 Malaysia adalah hala tuju yang
membimbing kita ke arah destinasi itu.

Terdapat lapan nilai murni yang diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia, iaitu budaya cemerlang,
ketabahan, rendah hati, penerimaan,kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti. Nilai
penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti adalah faktor yang paling penting dalam
pembangunan integrasi nasional. Penerimaan bermakna rakyat negara ini mesti dapat menerima
kekuatan kumpulan etnik yang lain dan mampu untuk bersetuju dengan semua perkara untuk
kebaikan negara ini. Kesetiaan adalah penting kerana semua rakyat Malaysia perlu taat setia kepada
raja dan negara selain daripada membina amanah untuk meningkatkan hubungan antara kumpulan
etnik yang berbeza. Meritokrasi merupakan satu elemen penting bagi sebuah negara demokratik di
mana semua orang di negara ini layak diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam mana-mana
bidang. Pendidikan akan memastikan nilai-nilai murni terpupuk di kalangan generasi masa depan di
samping menjadikan mereka modal insan kelas pertama di negara ini. Lapan nilai tersebut berfungsi
sebagai tunggak dalam mengintegrasi dan menyatukan semua rakyat Malaysia untuk mencapai
wawasan 2020.

1.5 Pendemokrasian Pendidikan


1.5.1 Definisi
Pendemokrasian pendidikan merujuk kepada kesamarataan peluang untuk semua orang yang mana
melibatkan peruntukan kewangan dan bahan-bahan sumber yang besar, melibatkan pembangunan
dasar yang direka untuk mengurangkan ketidaksamaan dari segi sosial dan ekonomi, di samping
mengurangkan kos persekolahan seperti yuran dan kos bahan, melibatkan pembangunan kurikulum
yang berkaitan dan kerja-kerja merangka prosedur pemilihan yang sesuai untuk peluang-peluang
pendidikan di peringkat yang lebih tinggi (Kiyau, 1981). Menurut Dewey (1966) pendemokrasian
pendidikan bermakna peluang yang disediakan untuk semua orang untuk berjaya dalam pendidikan
dan menggunakan pendidikan sebagai alat utama untuk berjaya dalam hidup dan menikmati kualiti
hidup yang lebih baik.

1.5.2 Isu-Isu Semasa dalam Pendemokrasian Pendidikan


Banyak langkah dan dasar telah dibuat oleh Kementerian Pelajaran untuk memastikan bahawa
semua orang di negara ini mempunyai peluang pendidikan yang berkualiti secara percuma. Pada
masa yang sama, kerajaan juga perlu memastikan bahawa pelajar-pelajar yang kurang upaya juga
diajar berdasarkan sistem dan kurikulum yang sama dengan pelajar-pelajar normal. Usaha kerajaan
untuk mencapai matlamat pendemokrasian pendidikan yang dinyatakan di dalam dasar pendidikan
adalah seperti: pendidikan wajib dan percuma untuk sekolah rendah dan sekolah menengah,
pelaksanaan sekolah-sekolah vernakular (SJK Cina dan SJK Tamil), sekolah teknik, sekolah
berasrama, sekolah agama dan sekolah pendidikan khas. Sekolah kurang murid (SKM) adalah untuk
memenuhi keperluan pelajar-pelajar dari kawasan-kawasan terpencil. Dalam usaha untuk
menyediakan peluang kepada orang ramai untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat
pengajian tinggi, kerajaan telah mewujudkan pendidikan atas talian, kolej-kolej dan universiti swasta.
Selain itu, pelbagai program seperti Skim Bantuan Pendidikan, Skim Pinjaman Buku Teks dan Pelan
Makanan Tambahan telah dilaksanakan untuk membantu pelajar daripada golongan berpendapatan
rendah supaya mereka terus kekal dalam sistem pendidikan dan sentiasa sihat.

1.5.3 Cabaran-Cabaran dalam Pendemokrasian Pendidikan


Pelbagai cabaran telah dihadapi oleh kerajaan dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan.
Kerajaan perlu memastikan bahawa pendidikan berkualiti diberikan kepada pelajar-pelajar tanpa
mengira latar belakang etnik, status sosio-ekonomi, lokasi dan ekuiti. Pelajar-pelajar dari sekolah luar
bandar harus mempunyai hak untuk menggunakan kemudahan dan infrastruktur yang sama seperti di
sekolah-sekolah bandar. Pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah luar bandar juga perlu diajar oleh guru-
guru terlatih dan berkualiti bagi memudahkan mereka untuk pencapaian akademik yang cemerlang.
 
1.5.4 Peranan Guru dalam Pendemokrasian Pendidikan
Guru memainkan peranan dalam merealisasikan matlamat
pendemokrasian pendidikan dengan memastikan peluang yang sama
diberikan kepada semua pelajar tanpa mengira etnik, jantina, status sosioekonomi,
latar belakang budaya, agama, dan kecerdasan supaya mereka
dapat memperkembangkan potensi mereka secara maksimum dan
mencapai kecemerlangan dalam akademik. Pada masa yang sama, guruguru
perlu adil dan saksama dalam semua aspek apabila berinteraksi
dengan pelajar-pelajar daripada pelbagai kumpulan etnik.

1.6 Tonggak Pendidikan UNESCO


1.6.1 Pengenalan
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan (UNESCO) adalah salah satu agensi Bangsa-
Bangsa Bersatu yang memainkan peranan untuk membawa keamanan, keselamatan dan
keharmonian kepada dunia dengan menggalakkan kerjasama dalam bidang pendidikan, sains dan
kebudayaan. Empat tonggak pendidikan seperti yang dinyatakan oleh UNESCO yang perlu dikuasai
oleh pelajar-pelajar ialah (1) belajar untuk mengetahui, (2) belajar untuk melakukan, (3) belajar untuk
menjadi apa dan (4) belajar untuk hidup bersama.

1.6.2 Belajar Untuk Mengetahui


Belajar untuk mengetahui adalah salah satu alat yang penting dalam proses pembelajaran. Ia adalah
satu alat kognitif di mana seseorang mesti memperoleh untuk memahami kerumitan persekitaran dan
seterusnya memaksimumkan potensi kecemerlangan. Belajar untuk mengetahui juga sebagai
keperluan asas yang dapat memudahkan pembelajaran pada masa depan. Seseorang juga mesti
mengetahui orang di sekelilingnya melalui komunikasi dan interaksi yang mana akan membantu
seseorang itu mencapai kejayaan dalam hidupnya. Belajar untuk mengetahui melibatkan proses
pembelajaran untuk memperkembangan daya tumpuan, kemahiran mengingat dan keupayaan untuk
berfikir. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu merancang satu proses
pembelajaran yang menyeronokkan, memupuk minat dan rasa ingin tahu pelajar untuk mencetuskan
keinginan mereka untuk mendapatkan pengetahuan baru yang lebih mendalam. Selain itu, guru juga
perlu memperkenalkan kemahiran-kemahiran untuk membantu pelajar memperoleh pengetahuan
yang baru.

1.6.3 Belajar Untuk Melakukan


Belajar untuk melakukan bermaksud pendidikan mesti dapat melengkapkan seseorang dengan
kemahiran yang penting yang mana akan membolehkan seseorang itu terus hidup dan mengambil
bahagian dalam dunia global secara berkesan. Potensi seseorang akan digilap dalam proses
pembelajaran sehingga seseorang dapat melakukannya perubahan kepada persekitarannya pada
masa hadapan. Dalam erti kata lain, seseorang itu mampu untuk mencipta inovasi berdasarkan
pengetahuan yang telah diperolehinya. Kompetensi personal dan profesional seperti kemahiran
interpersonal, kemahiran berkomunikasi, kerja berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah
adalah faktor-faktor penting dalam menentukan Belajar Untuk Melakukan berhasil. Peranan
pendidikan dalam Belajar Untuk Melakukan adalah untuk meningkatkan inisiatif individu dalam
penyertaan pembangunan masa depan mereka yang berasaskan pengetahuan teoritikal dan
praktikal. Peranan sekolah dan guru-guru adalah untuk memastikan pelajar dapat menguasai dengan
baik kompetensi personal dan melakukan yang terbaik.

1.6.4 Belajar Untuk Menjadi Apa


Belajar Untuk Menjadi Apa menekankan bahawa pendidikan seharusnya mampu untuk
membangunkan seseorang secara holistik dari segi fizikal, intelek, rohani, emosi dan estetik seperti
yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan mesti menyediakan peluang
untuk seseorang membangunkan potensi sepenuhnya supaya dia boleh berfikir dan menilai secara
kritis dan bebas, dapat membuat keputusan yang terbaik, mengambil tindakan yang paling sesuai
dalam kehidupan mereka dan seterusnya bertanggungjawab ke atas tindakan yang telah diambil.
Tugas penting pendidikan adalah untuk memastikan bahawa semua orang menikmati kebebasan
untuk berfikir, membuat pertimbangan yang wajar, kebebasan merasa dan membuat imaginasi untuk
membangunkan bakat mereka dan seterusnya menentukan cara hidup mereka. Cabaran yang
dihadapi oleh guru adalah untuk memastikan bahawa semua pelajar sentiasa dilengkapi dengan
sumber-sumber personal dan alat intelektual yang diperlukan untuk memahami dunia dan bertindak
sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab dan adil. Keadaan begini boleh ditingkatkan
melalui kerja berkumpulan, pembelajaran berasaskan masalah dan pembelajaran berasaskan projek.

1.6.5 Belajar Untuk Hidup Bersama


Belajar untuk hidup bersama adalah satu lagi tonggak penting erana tiada siapa yang boleh hidup
bersendirian di dunia ini. Pendidikan perlu menyedarkan individu tentang kepentingan kedamaian di
dunia. Individu mesti diberi pendedahan tentang nilai-nilai hak asasi manusia, prinsip-prinsip
demokrasi, memahami dan menghormati kepelbagaian sosio budaya, toleransi dan memupuk
keamanan dalam masyarakat dan menjalin hubungan sesama manusia tanpa mengira perbezaan
latar belakang supaya semua manusia sentiasa hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Sekolah
dan guru-guru perlu mengajar dan menggalakkan para pelajar untuk mengelakkan konflik dan
menyelesaikan masalah dengan cara yang aman. Dua elemen yang perlu diajar kepada pelajar-
pelajar di dalam proses Belajar Untuk Hidup adalah untuk memahami perbezaan individu dan
bekerjasama dengan orang lain ke arah matlamat yang sama.

1.6.6 Cabaran kepada guru


Dalam proses mencapai matlamat empat tonggak pendidikan seperti mana yang digariskan dalam
UNESCO, sekolah dan guru-guru menghadapi cabaran yang besar kerana mereka perlu memastikan
bahawa proses pendidikan dapat memberikan peluang kepada individu untuk meneroka, bergaul dan
berinteraksi dengan orang-orang dari latar belakang yang berbeza sejak peringkat awal lagi. Individu
mesti sedar, memahami dan menghormati perbezaan jantina, etnik, status sosio-ekonomi, intelektual,
kepercayaan dan agama.

1.6.7 Cara guru menangani cabaran


Guru-guru perlu menekankan kepentingan toleransi dan bekerjasama dengan orang lain demi
mencapai keamanan dan keharmonian dalam kehidupan setiap hari. Di samping itu, pendidikan juga
harus membangunkan individu secara holistik yang mempunyai kemahiran dan kecekapan yang
membolehkan individu terus hidup di dunia global yang penuh dengan cabaran.

1.7 Globalisasi dalam Pendidikan


1.7.1 Definisi
Globalisasi merujuk kepada proses yang membolehkan pasaran kewangan dan pelaburan untuk
beroperasi di peringkat antarabangsa, sebahagian besarnya adalah hasil daripada pembatalan kawal
selia dan peningkatan komunikasi secara berkesan (Collin kamus, 2013). Menurut Financial Time
Lexicon (2013), globalisasi menerangkan proses di mana ekonomi serantau dan negara, masyarakat
dan budaya telah menjadi bersepadu melalui rangkaian perdagangan global, komunikasi, imigresen
dan pengangkutan.
 
Globalisasi juga menyediakan platform untuk semua orang tanpa mengira bangsa, kaum, warna kulit,
status dan latar belakang untuk bersaing secara adil dalam mana-mana bidang. Globalisasi telah
membawa kedua-dua kesan positif dan negatif dalam banyak aspek kehidupan kita terutamanya
pendidikan. Ini kerana pendidikan adalah salah satu bidang yang banyak dipengaruhi oleh
persekitaran dan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan pesat di seluruh dunia.

1.7.2 Isu-Isu Semasa dalam Globalisasi Pendidikan


Impak globalisasi terhadap sektor pendidikan adalah seperti berikut:
 Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa. 
 Pendidikan di negara ini terbuka kepada dunia luar di mana universiti-universiti asing
dibenarkan untuk menubuhkan cawangan mereka di sini.
 Peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan meningkat apabila banyak kolej
swasta dan universiti telah ditubuhkan.
 Penekanan dalam penilaian dan penggunaan teknologi komunikasi maklumat (TMK) dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.
 Internet sebagai sumber maklumat dan komunikasi.
 Peranan guru-guru di dalam kelas lebih kepada pemudah cara.
 Guru perlu celik ICT dalam menjalankan kerja-kerja pentadbiran.
 Pelajar-pelajar kita mampu bersaing dalam pasaran buruh global.
 Persaingan yang adil di kalangan institusi pengajian tinggi.
 Pembelajaran sepanjang hayat boleh dicapai dengan peluang pembelajaran yang disediakan.
 Perkongsian pengetahuan terutamanya penemuan baru hasil kajian yang dilakukan di
seluruh dunia. 
 Membolehkan pencapaian matlamat pendemokrasian pendidikan apabila setiap orang diberi
peluang pendidikan.

1.7.3 Cara-cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan


Kesan globalisasi kepada pendidikan telah mencabar proses pelaksanaan sistem pendidikan di
Malaysia kerana kita perlu menyesuaikan diri dan mengikuti trend di seluruh dunia supaya dapat
bersaing di peringkat antarabangsa. Cabaran-cabaran yang dihadapi adalah seperti berikut:
 Keperluan untuk mengamalkan pembelajaran berterusan 
 Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi
 Pentadbiran pendidikan
 Pembangunan identiti pelajar
 Kualiti Guru
 Keperluan untuk mengubah kurikulum selaras dengan peluang globalisasi
 Guru-guru tidak bersedia dengan perubahan terutamanya dalam aspek penggunaan ICT
dalam proses pengajaran
 Peningkatan dalam beban kerja
 Sikap guru dalam pengajaran di zaman global
 Perubahan yang pesat dalam pendidikan akibat globalisasi
 Pengaruh negatif kepada identiti pelajar 
 Budaya sekolah tidak menyokong peluang pembelajaran cara global

1.7.4 Cara-Cara Menangani Globalisasi dalam Pendidikan


Sekolah dan guru-guru bertanggungjawab dalam menghasilkan pelajar-pelajar yang mampu untuk
bersaing dalam era globalisasi ini. Pelajar perlu mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat
dan pembelajaran yang berterusan bagi membolehkan mereka terus berada dalam perubahan yang
pesat ini. Guru-guru perlu melengkapkan pelajar dengan keupayaan untuk berkomunikasi secara
lisan dan dalam bentuk bertulis dengan menggunakan bahasa antarabangsa seperti Bahasa Inggeris
supaya mereka dapat berinteraksi dan berkomunikasi di peringkat antarabangsa. Untuk melibatkan
diri secara global, pelajar perlu menguasai kemahiran TMK kerana TMK adalah satu bidang yang
pesat berubah. Sekolah dan guru-guru perlu memastikan bahawa kurikulum masa kini membolehkan
pelajar menguasai kemahiran kognitif yang berguna dalam menyelesaikan tugas-tugas yang
kompleks dan mencabar, di samping menyelesaikan masalah serta menjana pengetahuan baru untuk
inovasi. Selain itu, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk menekankan aspek etika dan moral
serta menyedari kesan negatif penggunakan ICT 
dalam zaman globalisasi ini.

1.8 Kepelbagaian Budaya


1.8.1 Definisi
Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai
masyarakat berbilang kaum, ataupun masyarakat majmuk, yang terdiri
daripada bangsa utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India.
Kepelbagaian Budaya pula merujuk kepada kepelbagaian adat dan budaya dalam sesebuah
masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik dan kaum. Stavenhagen (1986) berpendapat
kepelbagaian budaya merupakan rangkuman dari pelbagai aspek yang meliputi budaya, etnik,
agama, amalan tradisi yang mengarah kepada kecenderungan dan memberi kefahaman di antara
sesama kaum.
 
Kepelbagaian Budaya menurut Kymlicka (1999) pula adalah merujuk kepada kepelbagaian yang
wujud dalam sesebuah masyarakat yang memberi tumpuan kepada tiga perspektif seperti berikut: 
(1) Perspektif Universal (memahami fenomena perubahan setiap masyarakat secara universal), 
(2) Perspektif Etnik (mengkaji permasalahan dan konflik setiap etnik), dan 
(3) Perspektif Budaya (mengkaji cara bagaimana setiap etnik mengekspresikan budaya mereka). 

1.8.2 Isu Pendidikan Semasa


Fenomena kepelbagaian budaya dalam situasi di sekolah negara kita telah membawa pelbagai
implikasi kepada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, khasnya kepada pelajar.
Implikasi Kepelbagaian Budaya Kepada Pelajar :
 Positif
 Berpeluang mempelajari kepelbagaian budaya  
 Membentuk interaksi sosial yang baik  
 Memperkembangkan bakat 
Negatif 
 Mempunyai masalah dalam kerja kumpulan 
 Masalah komunikasi dan bahasa  
 Sukar mewujudkan persefahaman  
 Wujud perasaan rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri

1.8.3 Cabaran Kepada Guru


Dalam hal ini, guru mesti memiliki rasa kesungguhan dan penghayatan yang mendalam ketika
melaksanakan upacara/program untuk menangani isu kepelbagaian budaya yang dianjurkan oleh
pihak kementerian pelajaran/sekolah sehingga boleh menjadi role model kepada para murid di
sekolah.
 
Antara cabaran kepada guru dalam menangani isu kepelbagaian budaya di sekolah ialah
meningkatkan kesedaran pelajar. Kesedaran yang hendak diterapkan dalam pemikiran pelajar
berbilang kaum di Malaysia ialah bagaimana :
i. menerima dan menghargai identiti setiap kaum.
ii. menghormati perbezaan budaya yang wujud (nilai, adat resam dan cara hidup).
iii. menghargai keunikan budaya.
iv. mempunyai kemahuan untuk berkongsi persamaan, sedia bekerjasama.
v. bersekutu memajukan bangsa.

1.8.4 Cara Menangani Isu Kepelbagaian Budaya


Jika membincangkan kepelbagaian budaya adalah sangat penting mengaitkannya dengan Integrasi
nasional. Justeru pemahaman integrasi nasional merupakan inti pati kepada keperluan perpaduan
negara. Integrasi Nasional dalam merujuk kepada Husein Ahmad (2000) dan Zakaria Abd Wahab
(2000) yang merujuk makna integrasi nasional sebagai sesebuah masyarakat yang bersatu padu
yang bercirikan persefahaman budaya, interaksi sosial, boleh bertoleransi antara kaum, memahami
serta mengiktiraf persamaan dan perbezaan antara kaum. Ciri-ciri ini adalah merupakan satu asas
bagi menentukan wujudnya integrasi nasional bagi membentuk identiti bangsa Malaysia.

Antara cara-cara yang boleh dilaksanakan oleh guru untuk


mengatasi masalah kepelbagaian budaya adalah seperti berikut :
 Guru hendaklah mengambil daya usaha untuk menunjukkan kemesraan 
 Guru hendaklah bersedia melayani murid-murid mengikut kebolehan dan sifat mereka yang
berlainan.
 Memberi pendedahan murid-murid terhadap kepelbagaian sosio budaya
 Mempelbagaikan kaedah pengajaran
 Menggalakkan aktiviti yang melibatkan penglibatan semua murid
 Menghormati dan memahami keadaan sosial murid-murid 
 Guru hendaklah mengadakan suasana demokratik dalam kelas

1.9 Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi


1.9.1 Definisi
Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi telah banyak mempengaruhi budaya kehidupan
masa kini, khususnya dalam bidang pendidikan. Pengaplikasian teknologi ini dalam pengajaran dan
pembelajaran memberikan satu anjakan baru dalam teknik pedagogi guru. Penggunaan teknologi
telah dapat merevolusikan teknik pengajaran guru, kaedah murid belajar dan secara keseluruhannya
cara pendidikan dikendalikan sesuai dengan era masa kini.

1.9.2 Isu Pendidikan Semasa


Andaian umum yang menyatakan bahawa sekiranya perkakasan dan perisian telah tersedia di
sekolah, pengintegrasian teknologi maklumat akan berlaku secara automatik adalah kurang tepat
kerana salah satu penentu utama kejayaan atau kegagalan pengintegrasiannya adalah guru. Sejauh
manakah guru masa kini dapat menerima cabaran untuk mengaplikasikan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan?
 
Pengaruh TMK melalui internet juga telah memberi pendedahan kepada pelajar tentang pemerolehan
sumber maklumat alternatif seperti perpustakaan maya selain buku teks atau mengunjungi
perpustakaan. Jika pelajar dididik untuk menggunakan internet secara berkesan, para guru berupaya
melahirkan satu genarasi yang dinamik dan progresif kerana dilengkapi dengan ilmu pengetahuan
dan kemahiran yang terkini.
 
1.9.3 Cabaran Kepada Guru
Cabaran yang dihadapi oleh guru-guru dalam mengintegrasikan teknologi maklumat dalam
pengajaran dan pembelajaran ini boleh dilihat daripada kesediaan guru yang meliputi tiga aspek iaitu
tahap kemahiran, pengetahuan dan sikap.
 Kemahiran Teknologi Maklumat Guru
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru merupakan
agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi maklumat dalam kalangan guru adalah
dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan sekolah. Oleh itu, langkah-langkah
seperti bengkel dan kursus berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-
guru khususnya dalam aspek berkaitan teknologi maklumat. Guru mesti bersedia untuk memikul
cabaran ini.
 Pengetahuan Teknologi Maklumat Guru
Pengetahuan serta sikap terhadap komputer adalah dipengaruhi oleh kekerapan penggunaan
komputer. Semakin kerap seseorang individu menggunakan komputer, tahap pengetahuannya juga
akan semakin meningkat. Tahap pengetahuan teknologi maklumat guru boleh ditingkatkan melalui
kursus-kursus teknologi maklumat. Oleh itu, guru-guru mesti bersedia mengikuti kursus-kursus
teknologi maklumat tersebut dan sanggup mengorbankan masa untuk diri dan keluarga.
 Sikap Guru Terhadap Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Sikap adalah sesuatu gambaran dalaman individu yang merujuk kepada kecenderungan untuk
berkelakuan positif atau negatif terhadap benda, situasi, institusi, konsep atau individu lain. Beberapa
tinjauan literatur lepas telah menunjukkan bahawa wujudnya perkaitan yang rapat antara sikap
dengan penggunaan teknologi maklumat dengan pengajaran dalam bilik darjah (Mohamad Nabzrim &
Mohamad Nayan, 1997; Adenan, 1999; Krishnan et al., 2007). Oleh itu, guru-guru khasnya mereka
yang telah berada dalam zon selesa perlu mengubah sikap terhadap perkembangan TMK supaya
lebih kerap menggunakan TMK dalam bilik darjah.
 Perisian Penyampaian Teknologi Maklumat
Perisian penyampaian teknologi maklumat adalah dianggap sebagai satu alat yang dapat membantu
guru-guru dalam pengajaran dan pembelajaran serta tugas lain. Menurut Chao et al. (2003),
seseorang guru yang kompeten sekurang-kurangnya menguasai kemahiran asas menggunakan
komputer, berkemahiran menggunakan perisian pemproses kata, perisian pangkalan data, perisian
hamparan elektronik, perisian berkaitan statistik, grafik, menggunakan teknologi Internet, laman web
serta pengetahuan bagaimana komputer berfungsi. Tetapi sejauh manakah guru-guru dapat
menguasai kemahiran-kemahiran asas tersebut?
 Mendidik Pelajar Menggunakan Internet Secara Berkesan
Selain cabaran dari segi kemahiran, pengetahuan dan sikap guru, guru juga menghadapi cabaran
bagaimana hendak mendidik generasi muda menggunakan internet secara berkesan. Adalah menjadi
tanggungjawab guru untuk memastikan kanak-kanak tidak terdedah kepada pengaruh negatif
internet.
 
Kesimpulannya, selain kemahiran alatan produktiviti iaitu pemprosesan perkataan, hamparan
elektronik, persembahan, pangkalan data dan Internet, tumpuan kursus dan latihan perlu ke arah
kemahiran lain seperti kemahiran mencari dan memilih maklumat daripada Internet, pembinaan
laman web dan juga mengarang perisian kursus pendidikan yang sesuai dengan pengajaran subjek.
 
Akhir sekali, yang lebih penting adalah kebolehan untuk menyebatikan kemahiran-kemahiran tersebut
dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana matlamat kita adalah untuk menggunakan teknologi
komputer dalam pendidikan secara am dan dalam pengajaran dan pembelajaran secara khusus.
Namun begitu, harus diingat bahawa teknologi hanya merupakan alat bantu dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, ia tidak akan dapat menggantikan kedudukan guru dalam erti kata yang luas.
Pendidikan hari ini adalah untuk kecemerlangan masa hadapan.
 
1.9.4 Cara Menangani Isu Pengaruh Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Usaha Kementerian Pelajaran tidak akan berjaya jika para guru tidak dibudayakan sepenuhnya akan
penggunaan komputer dan TMK. Pengalaman di negara maju menunjukkan lima keperluan perlu ada
jika Kementerian Pelajaran ingin meningkatkan pendedahan dan penerimaan
guru kepada teknologi maklumat dan komunikasi. Keperluan itu ialah:
 sikap guru dan pelajar mestilah positif dan bersedia untuk berubah. 
 prasarana komputer dan rangkaian komunikasi mestilah lengkap dan mencukupi.
 tenaga yang terlibat untuk memperkenal dan memperluaskan teknologi maklumat mestilah
mahir.
 peruntukan wang mestilah mencukupi untuk menggerakkan perkembangan TMK. 
 hubungan interpersonal yang kuat antara guru dan pelajar.

1.10 Gejala Sosial


1.10.1 Definisi
Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja
dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu siri krisis identiti iaitu
pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan
remaja mengalami krisis kekeliruan. Krisis kekeliruan yang
menguasai diri remaja jika tidak dibendung dan di atasi boleh menyebabkan gejala sosial. Fenomena
ini merupakan salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang boleh merugikan
negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu, segala masalah sosial yang dihadapi oleh para remaja
harus dibendung dan diatasi supaya ia tidak terus mewujudkan ancaman besar terhadap
pembangunan dan kemajuan negara.
 
Gejala sosial adalah sesuatu yang merangkumi pelbagai tingkah laku negatif di dalam anggota
masyarakat yang tidak memberikan faedah kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang
diamalkan oleh sesuatu masyarakat, komuniti ataupun negara. Banyak faktor yang mendorong
remaja pada masa kini terlibat dalam gejala sosial yang kurang sihat ini. Menurut Abd. Rahim (2006),
penglibatan remaja dalam pelbagai gejala sosial berpunca daripada beberapa faktor; antaranya ialah
faktor dalaman diri remaja itu sendiri iaitu dari aspek perkembangan personaliti, kegagalan fungsi
institusi keluarga dan juga pengaruh rakan sebaya. Zainal dan Sharani (2004) pula menyatakan
pengaruh persekitaran di sekolah juga menjadi punca keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
 
1.10.2 Isu Pendidikan Semasa
Pada masa kini, tingkah laku golongan pelajar dan remaja khususnya semakin mencabar dengan
pelbagai masalah. Keruntuhan moral dalam kalangan pelajar sekolah digambarkan menerusi
perlakuan seks bebas, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi, kesalahan juvana, penagihan dadah,
pembakaran sekolah dan sebagainya semakin meningkat. Kadar penglibatan remaja dalam masalah
sosial yang semakin serius ini semuanya berpunca dari beberapa faktor dalaman dan luaran,
antaranya ialah:
 Faktor Ekologi Keluarga 
 Faktor Ekologi Sekolah 
 Rakan Sebaya 
 Media massa/Internet
 Modenisasi.
Gejala sosial bukanlah suatu penyakit yang biasa, tetapi ia sudah menjadi kudis yang semakin
bernanah dalam masyarakat. Jika tidak ditangani dengan segera, gejala sosial ini akan menjadi
semakin sukar untuk diubati. Semua pihak haruslah bekerjasama untuk mengatasi gejala sosial ini.
Guru khusunya memainkan peranan yang penting dalam mencorakkan masa depan anak-anak muda
supaya menjadi remaja dan belia yang menyumbang kepada kemajuan negara.
 
1.10.3 Cabaran Kepada Guru
Sejauh manakah para guru bersedia menghadapi cabaran gejala sosial di kalangan anak murid
mereka? Para guru berperanan mengawal pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial. Secara
dekat para guru perlu mendampingi setiap pelajar dan memahami permasalahan mereka. Para guru
harus peka dan bersikap terbuka serta sentiasa memberikan dorongan kepada pelajar mereka dan ini
akan membuka ruang bagi para pelajar untuk membincangkan dan berkongsi masalah yang dihadapi
oleh mereka. Di samping itu, disiplin sekolah perlu diketatkan. Hubungan erat antara para guru
dengan ibu bapa pelajar perlu ditingkatkan. Pihak sekolah juga boleh memberikan kaunseling kepada
pelajar yang bermasalah agar pelajar tersebut tidak berasa dirinya dipinggirkan. Semua usaha yang
disebutkan di atas bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi memerlukan kasih sayang
dan kesabaran yang amat tinggi daripada insan yang digelar guru.
 
1.10.4 Cara Menangani Isu Gejala Sosial
Dengan itu, cara-cara untuk menangani gejala sosial dapat dirumuskan seperti berikut:

Peranan Ibu Bapa


 mendidik dan mengasuh anak-anak mereka dengan cara yang betul 
 meluangkan lebih masa bersama anak-anak mereka
 mengamalkan nilai-nilai agama
Peranan Guru
 merancang pengajaran dengan mengambil kira perbezaan individu pelajar 
 mempelbagaikan strategi dan aktiviti dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya
menarik minat murid
 mengaplikasi kemahiran kaunseling dalam proses perbincangan dengan murid yang
bermasalah
 memupuk nilai-nilai murni
Peranan Rakan Sebaya
 menjadi role model 
 memberi motivasi
 medengar dan memberi sokongan
Peranan Diri Sendiri 
 mengubah sikap negatif 
 yakin bahawa mereka mampu melakukan perubahan
 dekatkan diri dengan Tuhan
Peranan Polis
 penguatkuasaan undang-undang

1.11 Laporan dan Analisis Berkaitan Pencapaian Pendidikan Negara


1.11.1 Analisis Pencapaian Pendidikan Dalam Negara
Antara matlamat yang hendak dicapai dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ialah
meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Setiap NKRA, akan dikenal pasti
pula KPI nya dengan sasaran khusus agar dapat diukur. Dengan berpandukan KPI ini yang
mementingkan konsep pencapaian, kepimpinan sekolah di peringkat rendah dan menengah perlu
menyedari mereka adalah peneraju kepada pembentukan modal insan. Dalam usaha meningkatkan
pencapaian pendidikan dalam negara, pihak kementerian telah mengiktiraf 66 buah sekolah sebagai
status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) berdasarkan kecemerlangan dalam bidang akademik dan
bukan akademik.

Sebenarnya kejayaan sekolah-sekolah berkenaan adalah hasil daripada pelbagai program pendidikan
yang telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan di negara kita. Untuk mendapatkan maklumat yang
lebih lanjut pencapaian pendidikan dalam negara anda digalakkan membuat bacaan luas dengan
merujuk pengkelasan sekolah yang telah dilaksanakan oleh pihak kementerian iaitu;
i. Pendidikan Integrasi
ii. Pendidikan Inklusif
iii. Sekolah Kurang Murid
iv. Sekolah Kluster Kecemerlangan
v. Sekolah Jalinan Kasih
vi. Sekolah Dalam Hospital

1.11.2 Analisis Pencapaian Pendidikan Peringkat Antarabangsa


Keputusan TIMSS 2011, menunjukkan pelajar-pelajar di Malaysia gagal mencapai tahap kemahiran
minimum dalam Matematik dan Sains. Keputusan tidak memberansangkan juga dicatatkan oleh
pelajar Malaysia dalam pentaksiran untuk 2009 PISA. Walaupun kedua-dua sistem pentaksiran itu,
TIMSS dan PISA, menunjukkan keputusan pencapaian pelajar Malaysia yang membimbangkan
(moe.gov.my/en/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013). Namun terdapat banyak kejayaan
yang cemerlang pelajar dan sekolah di seluruh negara setanding dengan piawaian antarabangsa.
 

RUJUKAN: http://shuanghoryh.blogspot.com/2015/02/tajuk-1-isu-dan-cabaran-pendidikan.html

MONDAY, 7 JANUARY 2013

IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Pada abad ke 21, perkembangan mendadak


teknologi maklumat telah menjadi pemangkin
utama proses pengglobalisasian dunia. Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa
sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih
memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Hal ini
kerana kesan globalisasi  juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini
berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan
melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan
terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada
masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti
bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa
Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah
pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.
Kesan seterusnya yang akan timbul apabila masyarakat  membuat tanggapan negatif yang sering kita
dengar tentang PTV yang sama ia merupakan sejenis pendidikan yang sesuai untuk pelajar yang
lembab iaitu pelajar yang tidak dapat meneruskan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Anggapan
ini bukan sahaja salah dari keadaan sebenarnya malahan ia akan memberi kesan terhadap minat
pelajar untuk mengikuti PTV. Pendidikan telah menaikkan taraf sekolah vokasional kepada sekolah
teknik dan vokasional. Di
mana pelajar-pelajar yang layak memohon perlu sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pelajar-pelajar lepasan sekolah teknik dan vokasional ini
seterusnya diberi peluang menyambung pelajaran mereka ke politeknik atau IPT. Menuju kearah
negara perindustrian, di mana banyak kilang dan sektor pembinaan memerlukan tenaga mahir. Oleh
itu, mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang amatlah
cerah. (Sufean Hussein (1996).
Menurut  Hussain Mohamed (1998) Globalisasi menyebabkan pendidikan negara lebih
terbuka kepada dunia luar samada untuk belajar mahupun menubuhkan cawangan universiti mereka di
negara kita. Hal ini selaras dengan keinginan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan
Pendidikan Dunia. Penubuhan cawangan oleh universiti luar di negara kita merupakan satu persaingan
yang sihat, namun Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi
situasi ini. Para pelajar sudah tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja
mereka. Hal inilah yang berlaku dalam realiti sebenar apabila graduan IPT diluar negara menjadi
graduan kelas kedua. Contoh yang ada sekarang jelas menunjukkan kemahiran yang ada pada mereka
digunakan untuk tujuan negatif seperti pecah amanah, memindahkan duit orang lain ke dalam akaun
sendiri dan berbagai-bagai lagi. Malah anjakan paradigma juga dapat dilihat dalam konteks
pendidikan dan latihan teknik dan vokasional melalui perubahan dan perkembangan yang berlaku dari
masa ke semasa. Penganjakan paradigma ini berlaku dengan tujuan untuk mencapai matlamat dan
objektif pendidikan itu sendiri. Sebagai contoh, di dalam petikan rencana “Pendidikan Sebagai Satu
Industri” dalam
Dewan Masyarakat ada mengatakan bahawa, “Selepas kemerdekaan sistem pendidikan negara telah
melalui banyak perubahan. Bermula dengan dasar untuk menyediakan peluang belajar kepada setiap
rakyat, dunia pendidikan kita berkembang pesat dan kompleks. Matlamatnya juga sudah melewati
dimensi baru dan lebih daripada sekadar memberi ilmu kepada masyarakat”.
Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan globalisasi ini dan bersedia dengan langkah
yang komprehensif. Kita tidak boleh mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita
akan terus ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran yang wujud
daripada fenomena globalisasi ini. Bagi sains, teknologi dan kejuruteraan sebenarnya mempunyai
perbezaan tetapi saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan. Tumpuan yang keterlaluan pada salah
satu hujungnya akan meruntuhkan ketiga-tiga bidang ini. Jika Malaysia ingin menjadi negara industri
yang sihat dan kukuh ia perlu mempunyai keupayaan kejuruteraan yang tinggi dan sains asas yang
kukuh serta pengaliran pengetahuan yang lancar diantara kedua-duanya.

Hussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan :Dewan Masyarakat.

Sufean Hussein (1996).Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan


Pustaka.
RUJUKAN: http://gengsp2012.blogspot.com/

Anda mungkin juga menyukai