Anda di halaman 1dari 17

PENGHARGAAN

‫بسم هللا الرمحن الرحمي‬

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya
dapatlah saya menyiapkan tugasan HBQE4403 yang bertajuk HADIS.

Semoga penulisan atau tugasan ini dapat memberi kefahaman yang lebih baik
kepada saya dan pengetahuan kepada sesiapa yang membacanya.Mudah-mudahan,
tugasan saya ini boleh menjadi rujukan kepada orang lain pada masa akan datang.

Sekian, terima kasih. Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita.

1
KANDUNGAN

1 PENGENALAN
2 HUBUNGAN MAKANAN DENGAN KESIHATAN
MENURUT ISLAM
2.1 Kawal Nafsu Makan
2.1.1 Makanan Halal
2.1.2 Makanan Haram
2.2 Keseimbangan Dalam Kesihatan
3 TABIAT PEMAKANAN KAUM MELAYU DI MALAYSIA
3.1 Makanan Ringan
3.2 Banyak Lemak
3.3 Lebih Gula
3.4 Lebih Garam
3.5 Terlebih Makan
4 TABIAT PEMAKANAN RASULULLAH
4.1 Amalan Pemakanan
4.2 Etika Pemakanan
4.3 Tatacara Pemakanan
5 MENU MAKANAN HARIAN TEMPATAN YANG
MENEPATI SUNNAH
5.1 Sarapan Pagi
5.2 Minum Pagi (Waktu Dhuha)
5.3 Makan Tengahari
5.4 Minum Petang
5.5 Makan Malam
5.6 Minum Malam
6 KESIMPULAN

2
1 PENGENALAN

Makan minum adalah satu perkara asasi yang mesti dilakukan oleh setiap makhluk
yang hidup.Ia merupakan satu keperluan yang tidak dapat diabaikan kerana kesihatan
dan kekuatan tubuh badan bergantung sepenuhnya kepada makanan dan minuman.
Walaubagaimanapun tidak dinafikan bahawa yang menghidupkan manusia atau
umumnya sesuatu yang hidup serta membolehkan mereka bernafas dan bergerak ialah
Allah S.W.T.Walaupun soal makan minum ini adalah suatu perkara yang kadangkala
dianggap remeh tetapi bukanlah begitu pada hakikatnya kerana Islam mempunyai
nilai dan peraturan serta batas yang tersendiri bukannya boleh mengikut hawa nafsu
sahaja tanpa menghiraukan penetapan yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-
Hadis.
Kebanyakan orang Islam mengetahui sedikit sebanyak garis-garis kasar yang
ditetapkan oleh agama Islam misalnya makanan yang haram, halal, makruh dan
sebagainya, tetapi mereka kurang mengetahui hikmat disebalik penetapan terssebut
dan ini menyebabkan mereka terpesong jauh dari prinsip keagamaan; malah ada
golongan yang sanggup melanggar ketetapan agama, sehingga mereka sanggup
memakan makanan yang haram dan minum minuman yang haram. Sebagai muslim
yang berpegang teguh pada ajaran Islam hendaklah prihatin dan mengambil berat
terhadap pemakanan yang dimakan. Manusia perlu memastikan setiap makanan dan
minuman yang diambil adalah daripada sumber yang halal dan disediakan mengikut
cara yang ditetapkan syarak. Hal ini kerana setiap apa yang dimakan boleh memberi
kesan terhadap keadaan fizikal dan juga rohani.
Perkara ini juga merupakan cara mensyukuri nikmat yang telah Allah SWT
berikan kepada hamba-hambaNya.Bagi seseorang Muslim, mengambil makanan
adalah untuk meneruskan kehidupan dan bukanlah hidup untuk makan. Oleh yang
demikian, makanan yang baik bukan sahaja mengambil kira kandungan zat yang ada
dalam makanan tersebut tetapi juga dari segi bersih dan halal turut perlu diberi
penekanan.Sepatutnya, kita perlu prihatin terhadap makanan yang diambil dan
menepati kehendak agama dan dari segi khasiatnya.Sehubungan dengan itu, kita perlu
melaksanakan amalan yang telah ditunjukkan oleh Junjungan kita Nabi Muhammad
yang bersederhana dalam semua perkara.
2 HUBUNGAN MAKANAN DENGAN KESIHATAN MENURUT ISLAM

2.1 Kawal Nafsu Makan


Baginda SAW tidak suka umatnya makan banyak.Cukup dengan makan beberapa
suap sahaja untuk hidup atau menegakkan tulang punggungnya.Justeru, andainya
tidak ada pilihan atau perut perlu diisi juga maka hadkanlah ketika makan.

2.1.1 Makanan Halal


Makanan halal boleh dijelaskan dengan sesuatu bahan makanan yang suci dan baik di
samping tidak melanggari syariat Islam sewaktu mendapatkan dan menggunakannya.

‫اَي َأهُّي َاالنَّ ُاسلُك ُو ْا ِم َّما ِفياَأل ْرحِض َ َال ًال َط ِّيب ًا َو َالتَت َّ ِب ُعو ْاخ ُُط َوااِت َّلش ْي َطا هَّن ُلَمُك ْ َعدُ ٌّو ُّمبِني‬
‫ِإِن‬

Ertinya : Wahai manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi Allah ini, yang halal
dan baik-baik. Janganlah kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya
syaitan itu adalah musuh kamu yang paling nyata.”(Surah al-Baqarah ayat 168)

Sebagai muslim yang berpegang teguh pada ajaran Islam hendaklah prihatin dan
mengambil berat terhadap pemakanan yang dimakan. Manusia perlu memastikan
setiap makanan dan minuman yang diambil adalah daripada sumber yang halal dan
disediakan mengikut cara yang ditetapkan syarak. Hal ini kerana setiap apa yang
dimakan boleh memberi kesan terhadap keadaan fizikal dan juga rohani. Perkara ini
juga merupakan cara mensyukuri nikmat yang telah Allah SWT berikan kepada
hamba-hambaNya. Makanan yang halal serta baik adalah merupakan makanan yang
mengandungi banyak khasiat serta baik untuk kesihatan. Allah SWT pada dasarnya
telah menciptakan segala apa yang ada di bumi ini adalah halal melainkan terdapat
bahaya di dalamnya, maka Allah SWT mengharamkannya.

2.1.2 Makanan Haram


Yang dimaksudkan haram di segi makanan itu ialah memakan makanan yang
diharamkan oleh syarak' seperti makanan yang bernajis, bangkai, makanan beracun
dan makanan-makanan yang mengandungi bahanbahan yang memabukkan dan
menggangu kesihatan tubuh badan.

2
Firman Allah SWT,

‫ُح ِّر َم ْت َعلَ ْيمُك ُالْ َم ْي َت ُة َوادلَّ ُم َول َ ْح ُمالْ ِخزْن ِ ي ِر َو َماُأ ِهل َّ ِل َغرْي ِ اللَّهِهِب ِ َوالْ ُم ْن َخ ِن َق ُة َوالْ َم ْوقُو َذة َُوالْ ُمرَت َ ِّدي َ ُة َوالنَّ ِطي َح ُة َو َماَأاَلَك َّلس ُب ُع‬
‫اَّل َم َاذكَّ ْي ُت ْم َو َماذُحِب َ َعلَىالنُّ ُص ِب‬
‫ِإ‬
Maksudnya,
“Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging haiwan) yang
disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang
ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya,
dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala.” (Surah Al-Maidah: 3)

2.2 Keseimbangan Dalam Kesihatan


Al-Quran tidak sekadar menyebut makanan yang dibenarkan dan tidak dibenarkan
tetapi memberi tips berguna mengenai diet seimbang. Ianya menjelaskan tidak semua
makanan itu diperlukan untuk pertumbuhan, menguatkan dan membaik pulih badan
manusia tetapi ia perlu diambil menurut kadar keperluan dan seimbang.

2.2.1 Makanan Seimbang


Islam menganjurkan diet seimbang yang merupakan amalan pemakanan sihat. Di
mana ia dapat mengawal seseorang daripada serangan penyakit. Sehubungan itu,
amalan gaya hidup mewah atau makan makanan tinggi lemak dan kurang bersenam
menyebabkan peningkatan penyakit kronik seperti penyakit jantung, tekanan darah
tinggi, strok, diabetes dan kanser.

2.2.2 Diet Rasulullah


Petua menjaga kesihatan cara Rasulullah turut mengambil kira sistem tubuh manusia.
Sebagai mesin, ia memerlukan bahan bakar iaitu makanan untuk membolehkannya
melaksanakan kerja, tetapi kuantiti makanan yang masuk ke perut mesti
dikawal.Sebenarnya, menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak
adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan.Sebab itu ramai ilmuwan
perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’.Mengambil
makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ
dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur
3
dan berkesan.Makanan dalam jumlah yang banyak menyebabkan pelbagai penyakit.
Justeru, kaedah rawatan dan pencegahan penyakit yang terbaik sepatutnya bermula
dari perut – pastikan kuantiti dan jenis makanan yang masuk ke perut terkawal.Nabi
Muhammad ada menyebut ‘perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit’. Selain
kuantiti makanan, petua kesihatan Nabi turut mengambil kira isi padu
makanan.Baginda lebih mengutamakan makanan lembut, terutama jika baru sembuh
atau melalui proses pemulihan.Disiplin pemakanan yang diamalkan Rasulullah
biasanya mengelak makanan itu mendatangkan penyakit kepada individu yang sihat,
manakala bagi mereka yang mengalami masalah kesihatan, ia mengelak penyakit
menjadi semakin serius.

3 TABIAT PEMAKANAN KAUM MELAYU DI MALAYSIA

3.1 Makanan Ringan


Seterusnya, makanan segera (fast food) mendapat exposure meluas di media. Sungguh
kerap iklan mereka ditayangkan di televisyen – hinggakan iklan yang sama diulang
beberapa kali dalam satu rancangan. Kaedah ‘brainwashing’ pengiklanan ini
membuatkan rakyat terpegaruh untuk makan.Ditambah lagi dengan papan-papan iklan
yang memenuhi jalanraya, iklan radio, internet, majalah dan sebagainya.Ini tidak
termasuk pengaruh facebook kawan-kawan. Semua ini mengingatkan orang ramai
supaya makan, dan terus makan.

3.2 Banyak Lemak

Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan
sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak
lemak dan kolesterol.Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan
jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca
utama sakit jantung.Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek
juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan
penjaja.Rakyat Malaysia gemar makanan yang mengandungi lemak tinggi dan kurang
makan sayur dan buah-buahan.Mereka juga tiada disiplin dalam waktu makan dan
sering terlebih makan.Apa yang dimakan bukan bahagian yang sewajarnya dimakan
terutama apabila makan di tempat yang menyediakan menu Barat.

4
Sebagai contoh, ikan dan kentang goreng, hidangan ayam (chicken chop) atau
kambing biri-biri (lamb chop).

3.3 Lebih Gula

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim
mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat
makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan
menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang
berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan
masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan
jantung dan sebagainya.

3.4 Lebih Garam

Laporan terbaharu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyebut 12.8 peratus


penduduk di negara ini tidak menyedari mereka berhadapan dengan penyakit
hipertensi atau darah tinggi kerana tidak pernah menjalani saringan kesihatan
sebelumnya.Punca utama darah tinggi ialah pengambil garam yang berlebihan dalam
makanan kerana makanan masin merupakan yang paling digemari oleh rakyat negara
ini.Dalam kalangan rakyat yang sukakan makanan masin, garam digunakan untuk
mengawet makanan agar lebih tahan lama terutamanya jenis pekasam, ikan, budu,
ikan masin, ikan jeruk, cencaluk, belacan dan dalam kalangan kanak-kanak pula ialah
makanan ringan yang mempunyai garam tersembunyi, termasuk fun-fries, burger,
ayam gorengKFC, ayam goreng yang dijual di pasar malam, nugget, whipped potato,
potato chips dan sebagainya.

3.5 Terlebih Makan

Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu harus menentukan
sendiriapa yang terbaik untuk diri kita. Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan)
yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika kita
berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti kita telah menggunakan lebih banyak
tenaga berbanding jika hanya duduk sepanjang masa. Jika memakan melebihi
keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak. Diet akan

5
menentukan keadaan kesihatan sepertimana pepatah diri kita ialah apa yang kita
makan.

4 TABIAT PEMAKANAN RASULULLAH

4.1 Amalan Pemakanan


- Barli ~ Bagus untuk demam jika dibuat sup
- Kurma/Tamar ~ Sabda Rasulullah SAW, " Rumah yang tidak mempunyai
kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

‫ " اَل جَي ُ و ُع َأه ُْل بَيْ ٍت ِع ْندَ مُه ُ التَّ ْم ُر‬: ‫ َأ َّن النَّيِب َّ صىل هللا عليه وسمل قَا َل‬، ‫" َع ْن عَاِئشَ َة‬
Terjemahan:
Dari Aisyah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda: “Tidak akan kelaparan
penghuni sesebuah rumah yang menyimpan kurma.”

- Kismis ~ Mengandungi zat besi yang diperlukan di dalam darah bagi


memastikan oksigen dapat dibawa ke otak dan bahagian tubuh yang lain
dengan lancar.
- Buah Tin ~ Buah dari syurga.Boleh mengubati buasir.
- Anggur ~ Amalan memakan anggur dapat menguatkan buah pinggang ,
membersihkan perut dan darah.
- Madu ~ Al-Quran mengiktiraf madu sebagai 'syifa' atau penyembuh penyakit,
disamping turut digelar sebagai 'raja ubat'. Madu mengandungi pelbagai jenis
vitamin, mineral, protein antiseptik dan enzim yang berupaya meningkat daya
ingatan serta kecerdasan mental.Selain itu madu juga didapati berkesan untuk
merawat penyakit mental.

6
ُ ‫ " اَك َن َر ُس‬: ‫ قَالَ ْت‬،‫ َع ْن عَاِئشَ َة َريِض َ اهَّلل ُ َعهْن َا‬، ‫ َأ ْخرَب َ يِن َأيِب‬: ‫ قَا َل‬، ‫َع ْن ِهشَ ا ٍم‬
‫ول اهَّلل ِ صىل هللا‬
‫عليه وسمل حُي ِ ُّب الْ َحلْ َو َاء َوالْ َع َسل‬
Terjemahan:
Dari Hisham berkata: Telah dikhabarkan kepadaku bapaku, dari Aishah r.a
berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sangat suka memakan manisan dan
madu.”

- Susu ~ Susu berguna untuk kesihatan otak di samping menajamkan daya


ingatan serta mampu membekalkan tenaga mental dan fizikal. Tiga unsur
utama yang boleh ditemui dalam susu ialah keju, lemak dan air yang sangat
diperlukan dalam tumbesaran otak. Susu mujarab untuk merawat penyakit
serta penawar penyakit lupa. Rasulullah sendiri menjelaskan bahawa susu
boleh menguatkan tulang belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan
dan menghindari penyakit lupa. Susu yang selalu diminum Rasulullah SAW
adalah susu kambing.

ِ ‫ول اهَّلل‬ ُ ‫ تَ ُق‬، ‫ مَس ِ ْع ُت عَاِئشَ َة‬: ‫ قَال َ ْت‬، ‫َحدَّ ثَتْيِن َم ْواَل يِت ُأ ُّم َسا ِل ٍم َّالر ِاس ِبيَّ ُة‬
ُ ‫ اَك َن َر ُس‬: ‫ول‬
‫ " بَ َر َك ٌة َأ ْو بَ َر َك َتان‬: ‫ قَا َل‬، ٍ ‫صىل هللا عليه وسمل َذا ُأيِت َ ِبلَنَب‬
‫ِإ‬
Terjemahan:
Telah berkata kepadaku hambaku Ummu Salim al-Rasibaiyah, dia berkata:
apabila Rasulullah dibawa kepadanya susu, baginda bersabda: “Satu
keberkatan atau dua keberkatan.”

- Cendawan ~ Diriwayatkan oleh Said bin Zaid bin Amru bin Nufail r.a
katanya, “Aku pernah mendengar Nabi S.a.w bersabda: Cendawan adalah
sejenis Manna (satu anugerah yang amat istimewa) dan dapat mengubati
mata”
- Minyak Zaitun ~ Baik untuk rawatan kulit dan rambut, melambatkan
penuaan , merawat radang perut, mengandungi agen anti oksidan dan anti
kanser.

7
- Buah Delima ~ Buah delima disebut 3 kali dalam Al-Quran. Kandungan
antioksidannya yang tinggi baik bagi merawat dan mencegah penyakit
jantung, cepat tua dan barah.Juga ada disebut dapat membersihkan tubuh dari
syaitan dan bisikan syaitan selama 40 hari.
- Badam ~ Jika dimakan dapat meningkatkan kecerdasan otak terutama untuk
kanak-kanak.
- Habbatus sauda/Jintan Hitam ~ Banyak hadis yang menyebut tentang habbatus
sauda antaranya; Sabda Rasulullah SAW, "Tetaplah dengan habbatus Sauda
kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat segala penyakit kecuali Mati"
(hadis Sahih Bukhari dan Muslim)
- Air ~ Air kosong adalah amat penting kerana ia adalah sumber kehidupan
untuk semua makhluk di dunia ini. minumlah air secukupnya. Jika dahaga
hendaklah di sedut perlahan-lahan. Jangan diteguk kerana akan mudah
mendapat sakit pada hati.

4.2 Etika Pemakanan


- Rasulullah tidak minum susu sewaktu memakan daging, ayam ataupun ikan.
- Rasulullah SAW melarang meminum susu bersama cuka.
- Elakkan meminum susu bersama makan buah.
- Rasulullah SAW tidak makan ikan bersama daging, telur atau daun salad
- Rasulullah SAW memakan buah-buahan terlebih dahulu sebelum makan
makanan berat
- Rasulullah SAW biasa makan bijirin seperti Habbatus Sawda’, barli dan oat.
- Baginda SAW juga memakan roti yang diperbuat daripada gandum asli.
- Buah tamar
- Nabi SAW juga memakan buah-buahan lain seperti tembikai
- Rasulullah SAW juga mengemari sayuran dari jenis mentimun
- Nabi SAW juga menggalakkan penggambilan madu
- Nabi SAW sentiasa mengamalkan banyak meminum air
- Islam melarang penganutnya minum arak, memakan babi dan anjing serta
keluarganya
- Elakkan kekenyangan sebelum tidur kerana ia berperangai seperti Firaun di
samping mudah dipengaruhi syaitan
- Rasulullah SAW melarang meninggalkan makan malam
8
- Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk
- Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dengan tangan kanan
- Nabi Muhamad SAW melarang manusia makan dengan banyak dan melampau

4.3 Tatacara Pemakanan


Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalam telah menunjukkan adab makan yang boleh
diikuti dan diteladani kerana kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar
sentiasa sihat sebab ia adalah amanah daripada ALLAH SWT.

Membersihkan Tangan
Mencuci kedua tangan sebelum makan, jika dalam keadaan kotor atau ketika belum
yakin dengan kebersihannya.Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang
bermaksud, “Apabila Rasulullah SAW hendak tidur sedangkan baginda dalam
keadaan junub, maka baginda berwuduk terlebih dahulu dan apabila hendak makan,
baginda mencuci ke dua tangannya terlebih dahulu.” (Hadis riwayat Ahmad)

Mulakan Dengan Membaca Bismillah


   
Doa Sebelum Makan
‫اللَّهُ َّم َب ِارلْك َنَا ِف ْي َم َار َز ْقتَنَ َاو ِقنَاعَ َذااَب لنَّ ِار‬
Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada
kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.

Doa Selepas Makan

َ ‫َالْ َح ْمدُ ِِهلل اذَّل ِ ْي َأ ْط َع َمنَا َو َس َقااَن َو َج َعلَنَا ِم َن الْ ُم ْس ِل ِمنْي‬


Maksudnya : Segala puji bagi Allah Yang telah memberi makanan dan minuman
kepada kami, dan telah menjadikan kami tergolong dalam orang-orang Muslim.

Makan Dan Minum Perlulah Dalam Keadaan Duduk Tidak Berdiri

9
Makan dan minum perlulah dalam keadaan duduk tidak berdiri, baik sekali makan
keadaan duduk dengan menegakkan sebelah lutut sambil menekan perut.Hikmahnya
dapat mengawal kuantiti makanan disamping mengatasi kembung, sembelit dan senak
perut.

Makan Berjamaah
Sunat makan secara berjamaah kerana banyak keberkatan yang terkandung
didalamnya. “Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah
padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu.” (Hadits Shahih).

Menjamah Secubit Garam


Nabi Muhammad SAW juga menyuruh menjamah secubit garam sebelum makan
untuk menolak 70 macam penyakit dan ambil secolek lagi dengan jari manis tangan
kanan setelah makan.

Makan Yang Berhampiran.


Makanlah makanan yang ada dihadapan anda dan jangan menjangkau makanan yang
ada pada hidangan yang lain.

Makanlah Dengan Rendah Diri


Makanlah dengan penuh perasaan tawadduk dan jangan makan dengan gaya yang
bangga, sombong dan angkuh.

Makanlah Dengan Berpada-Pada


Jika makanan yanga ada itu sedikit sedang tetamunya terlalu ramai maka janganlah
makan sampai terlalu kenyang.Nabi Muhamad SAW melarang makan dengan banyak
dan melampau.

Larangan Mencela Makanan


Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah SAW mencela
makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak
menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (Bukhari dan Muslim)

Kutip Makanan Yang Terjatuh.


10
Jika ada butiran makanan yang terjatuh maka kutiplah ia semula. Jangan disisakan
sebutir nasi / makanan pun yang masih elok, kerana makanan adalah nikmat Allah
yang patut dimuliakan dan ia juga turut berzikir pada Allah SWT.

Jilat Jari Setelah Selesai


Setelah selesai makan maka licinkanlah pinggan anda dan jangan biarkannya dengan
sisa-sisa makanan setelah itu jilatlah sisa makanan yang masih melekat pada jari-
jari.Saintis menemui enzim (bahan percerna makanan yang menghadamkan makanan)
banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

Membersih Mulut Dan Bersugi


Rasulullah SAW menyarankan supaya bersugi (memberus gigi) setiap kali selepas
makan untuk menunaikan solat.Rasulullah SAW amat tidak menyukai kepada orang
yang tidak bersugi setiap hari.Amalan bersugi adalah sunat muakad.

Tidur Sebentar (Qailullah)


Rasulullah SAW akan tidur sebentar (Qailullah) dengan kadar masanya antara 10
hingga 30 minit selepas makan tengahari iaitu setelah berzikir beberapa ketika. Jangan
terus tidur selepas makan, ia akan menyebabkan sembelit dan tidurlah sebelum
masuknya waktu Asar.

5 MENU MAKANAN HARIAN TEMPATAN YANG MENEPATI


SUNNAH

5.1 Sarapan Pagi


- Sediakan semangkuk salad sebelum anda masuk tidur. Keesokan harinya,
hidangan ini boleh dijadikan sarapan pagi yang berkhasiat dan rendah lemak.
- Roti bakar boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak
menyediakannya. Gunakan roti tinggi serat, bukannya roti putih.Untuk
menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit
kismis.
- Muffin juga pilihan yang baik jika ia mengandungi bijirin atau cebisan buah-
buahan. Muffin boleh disimpan lama, tidak lebih dari dua minggu.

11
- Jika ingin cepat, sandwich tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan
pilihan sarapan baik.
- Semangkuk bijirin sarapan pagi yang dicampur dengan susu segar merupakan
sajian sarapan sangat berkhasiat. Untuk menambah selera, masukkan beberapa
hirisan buah seperti epal, pisang atau strawberi.
- Telur dadar bercampur sayur-sayuran segar seperti lobak merah, brokoli, daun
seleri, atau cendawan juga pilihan sarapan yang baik kerana ia tinggi protein.
- Untuk melengkapkan hidangan sarapan, minum jus buah-buahan segar yang
dikisar sendiri. Campurkan sedikit susu segar ke dalam jus untuk mendapat
sedikit kalsium.

5.2 Makan Tengahari


Masakan utama (protein) = kari daging, ayam goreng, ikan masam manis, sotong
sumbat, sambal udang dn sebagainya.
Makanan yang mengenyangkan = nasi, mee, roti, kuetiau dan lain-lain
Sayur-sayuran = sup sayur, sawi goreng, terung panggang
Pencuci mulut = puding jagung, bubur caca, stew nenas
Minuman = Air tembikai, air limau, air laici

Salad ayam (kuantiti kecil).2 cawan salad, bubur nasi (kuantiti kecil).1 cawan kecil
jus lemon, sedikit garam, lada hitam untuk perasa, krim keju, 1 cawan salad.Digaul
rata).Salad.Nasi (kuantiti kecil), pelbagai sayur-sayuran.

Makan Malam
Ikan goreng, 1 cawan salad (1/4 tomato saiz kecil, 1 ulas bawang merah, 1 cawan
brokoli).Steak (1/2 cawan sup cendawan, 2 ulas bawan merah, bawang putih
dipanggang, asparagus).Buah-buahan seperti sebiji epal atau pir.Ayam almond
berkrim (resipi : sedikit brokoli, salad hijau, krim cendawan).

12
6 KESIMPULAN

Makanan dapat menghasilkan kehidupan. Ia merupakan keperluan bagi manusia,


binatang,tumbuhan malah semua makhluk yang bernyawa. Setiap masyarakat
mempunyai budaya pemakanan sendiri.Tradisi ini berbeza mengikut kawasan yang
tertentu.Ia diwariskan darisatu generasi kepada generasi yang lain. Berasaskan hakikat
tersebut, kriteria penilaian baik atau buruk tidak sewajarnya disandarkan kepada cita
rasa satu bangsa semata-mata.Inikerana cita rasa merupakan suatu yang relatif dan
dinamik.Sehubungan dengan itu, syariat Islam telah menitikberatkan persoalan halal
haramdalam makanan.Ada yang disebut secara jelas dalam al-Quran dan al-Sunnah,
dan ada yangdibiarkan tanpa status yang khusus.Namun begitu, terdapat beberapa
kriteria yang ditetapkanoleh ulama dalam menentukan baik buruknya suatu makanan.
Tentunya ia selari denganketetapan al-Quran dan al-Sunnah.

Kesimpulannya adab makan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW


seharusnya diikuti dan diteladani oleh semua masyarakat demi meraih keberkatan dan
kesihatan yang mantap.Sesungguhnya Allah SWT adalah amat pengasih dan
penyayang, oleh itu Dia hanya inginkan yang terbaik untuk manusia dan Dia telah
memberi manusia ilmu melalui al-Quran dan juga diterangkan melalui hadis Nabi
Muhammad SAW, agar manusia membuat pilihan yang betul dalam
penghidupan.Perkara yang halal dan haram memang telah digariskan dengan terang
dan nyata, walau bagaimana pun, manusia dengan kekurangannya masih berhadapan
dengan pelbagai isu haram dan halal ini seperti rambut manusia yang digunakan dalan
tepung roti, placenta dan embrio bayi yang dicampur ke dalam bahan kosmetik, darah
haiwan dalam vaksin, coklat dengan ramuan gelatin yang diragui, dan bermacam
serangan lain.Oleh yang demikian, diharapkan pihak berkuasa yang
bertanggungjawab sentiasa memantau perkara-perkara seperti ini demi menjaga
maruah dan keimanan orang-orang Islam.

13
RUJUKAN / REFERENSI

Al-Quran Al-Karim

Al-Hadith As-Syarif

Abdullah al-Faruq.(2012). Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit.Selangor.Kemilau


Publika Sdn. Bhd.

Abdullah Al-Qari. (2007). Mari Berubat Dengan Al Quran. Kuala Lumpur. Al


Risalah Product Sdn. Bhd.

Abdullah Basmeih. (1985). Tafsir Pimpinan Ar-Rahman.Kuala Lumpur: Bahagian


Agama Jabatan Perdana Menteri.

Abdul Basit Muhammad Al-Sayyid.(2012). Cara Nabi s.a.w Berubat Dan


mencegah Penyakit. Selangor.Berlian Publication Sdn.Bhd.

Dato` Harun Din (2008), Iktihar Penyembuh Penyakit Dengan Ayat-Ayat Dan Doa-
Doa Mustajab, Selangor:Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam
Malaysia.

Hamzah Raden Anwar. (2009). Cara Makan Rasullah (SAW). Makanan Sihat Dan
Berkualiti. Kuala Lumpur. Al-Hidayah Publication.

Irwan Shah. (2008). Panduan Menjaga Kesihatan Fizikal Dan


Mental. Selangor.Darul Iman Sdn. Bhd.

Lukman Hakim. (2002). Tip Penjagaan Makanan Dan Kesihatan. Kuala Lumpur. Al-
Hidayah Publishers.

14
Mohd. Hamin Rajikan. ( 2003). Pemakanan Dan Kesihatan. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Sam Rahmat. (2001). Amalan Hidup Sihat. Kuala Lumpur. Percetakan Dewan Bahasa
Pustaka.

15

Anda mungkin juga menyukai