Anda di halaman 1dari 15

Panduan Makanan Halal Haram Menurut Perspektif Al-Quran :

Analisis Terhadap Isu-Isu Makanan Semasa


Mohammad Aizat Jamaludin1, Mohd Anuar Ramli2 & Suhaimi Ab. Rahman3

1
Calon Ph.D. Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH),
Universiti Putra Malaysia, Putra Infoport, 43400 UPM Serdang, Selangor. eizuhdi08@gmail.com
2
Pensyarah, (Ph.D), Jabatan Fiqh & Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur. Tel:03-79676227 Fax:037-9676141, mohdanuar@um.edu.my
3
Ketua, (P.hD), Laboratori Polisi dan Pengurusan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH),
Universiti Putra Malaysia, Putra Infoport, 43400 UPM Serdang, Selangor. Tel: 03-89437951, Fax:03-
89439745, suhaimi@econ.upm.edu.my

Abstrak. Al-Quran merupakan sumber primer yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan
bagi kehidupan manusia. Ia juga dapat dijadikan sebagai panduan asas dalam penentuan halal haram
khususnya produk makanan dan barangan pengguna umumnya. Dewasa ini, timbul pelbagai isu
makanan dalam masyarakat Malaysia, kesan perkembangan sains dan teknologi. Di antaranya isu
melibatkan penggunaan sumber bahan mentah yang bercampur dengan gelatin, lemak, darah, arak,
anggota badan haiwan yang tidak disembelih, bangkai dan haiwan yang diharamkan seperti khinzir.
Hal ini menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan pengguna khususnya Muslim dalam memilih
produk makanan yang dapat dipastikan kesuciannya. Malah tidak dinafikan terdapat sebilangan
pengguna yang tidak memahami dengan baik konsep makanan halal yang sebenar. Berdasarkan
polemik tersebut, kajian ini akan memfokuskan kepada konsep makanan halal haram menurut
perspektif al-Qur’an. Selain itu, penelitian juga dilakukan terhadap kriteria makanan halal haram yang
dinyatakan di dalamnya serta isu-isu semasa yang berkaitan. Justeru, al-Quran merupakan sumber asas
yang sentiasa relevan dalam menjadi rujukan utama terhadap penentuan halal haram masa kini. Malah
menjadi penanda aras utama ke arah memastikan konsep makanan menurut syarak tercapai, halal lagi
bersih (halalan toyyiba).

Kata kunci: Makanan, al-Quran, sembelihan, darah, Halal Tayyiban

Pendahuluan

Salah satu persoalan yang sentiasa dibincangkan oleh pengguna khususnya Muslim adalah
pemilihan makanan halal dan haram. Dengan perkembangan sains dan teknologi yang berlaku,
produk makanan yang dihasilkan kini lebih bersifat segera, bervariasi dan menarik. Ia berbeza

1
dengan makanan hasilan terdahulu yang hanya dimasak apabila perlu dan ketika hendak
dimakan. Senario ini memperlihatkan makanan hasilan kini menimbulkan pelbagai persoalan
dari segi kandungan, sifat dan fizikal bahan campuran serta bahan akhir yang terhasil.
Dalam industri pemprosesan makanan, di antara isu yang dikupas adalah melibatkan
sembelihan dan produk yang dihasilkan bersumberkan darah. Hal ini kerana sembelihan
merupakan di antara aspek utama yang perlu dipastikan supaya setiap produk yang dihasilkan
adalah diyakini suci dan halal. Di Malaysia, pengeluaran daging untuk pasaran tempatan
masih di tahap lemah dengan hanya 20% atau 23, 970 tan metrik daging lembu pada tahun
2003 untuk menampung keperluan ke seluruh Negara. Begitu juga, permintaan yang tinggi
terhadap produk makanan berasaskan daging dan tenusu telah merancakkan pertumbuhan
rumah-rumah sembelihan. Berasaskan itu, bahan buangan daripada rumah sembelih seperti
darah haiwan juga merupakan di antara produk yang digunapakai kembali sebagai bahan
campuran dalam produk makanan.
Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan mengupas panduan halal haram menurut
perspektif al-Quran terhadap isu-isu semasa terutama berkaitan makanan. Panduan ini
merangkumi konsep halal dan tayyib serta kriteria makanan yang dibenarkan dan dilarang
dalam Islam berdasarkan panduan al-Quran.

Pemakanan Dalam Islam

Makanan merupakan keperluan asasi bagi manusia. Ia diperlukan oleh manusia, haiwan,
tumbuhan dan hidupan lain demi kelangsungan hidup.1 Makanan, bahasa Inggerisnya food
dihuraikan sebagai (1) articles used for food or drink for man or other animals, (2) chewing
gum, and (3) articles used for components of any other such article.2 Menurut Che Wan
Jasimah, pemakanan ialah sains berkenaan zat-zat atau khasiat atau nutrien dalam makanan.
Asasnya, ia adalah status kesihatan seseorang yang akan menentukan keperluan

1
‘Abd Allah b. Muhammad b. Ahmad al-Toriqi (1984), Ahkam al-At‘imah fi al-Syariah al-Islamiyyah. Riyadh,
h. 6.
2
Fortin, N.D. (2009), Food Regulation: Law, Science, Policy and Practice, New Jersey: John Wiley & Sons, h.
35.

2
pemakanannya. Untuk itu, pemakanan merupakan proses bagaimana tubuh menggunakan
makanan kerana dalam makanan ada nutrien.3
Pemilihan makanan yang menepati hukum syarak dapat membantu pembinaan rohani
dan jasmani yang baik. Imam al-Ghazali mengatakan bahawa makanan yang halal itu dapat
menambah cahaya iman dan membuat doa terkabul dan makanan yang haram akan
menggelapkan hati.4 Sebagai pengguna Muslim, berusaha untuk mencari makanan yang halal
adalah satu kefardhuan sebagai kriteria utama dalam membuat pilihan makanan, bukan hanya
memilihi makanan yang lazat lagi menarik. Makanan yang haram atau syubhah perlu dielak,
kecuali ketika dharurat.
Konsep halal dan tayyiban merupakan dua konotasi nama yang sinonim dan berkait
rapat antara satu sama lain. Halal bermaksud sebarang perkara atau benda yang dibenarkan
oleh syarak. Manakala haram adalah perkara yang dilarang. Sedangkan di antara halal dan
haram tersebut adalah perkara syubhah yang sebolehnya dijauhi.
Dalam perbendaharaan al-Quran, saranan untuk memilih makanan yang jelas di
nukilkan beberapa kali di dalamnya sama ada dari segi konsep, kriteria dan contoh berkaitan
halalan dan tayyiban.5 Allah SWT berfirman:

               


Maksudnya:
“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi
baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana Sesungguhnya
Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.”
(Surah al-Baqarah, 2: 168)
Dalam surah yang lain, Allah SWT juga berfirman:

            
Maksudnya:
“Oleh itu, makanlah (Wahai orang-orang yang beriman) dari apa yang telah
dikurniakan Allah kepada kamu dari benda-benda yang halal lagi baik, dan
3
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2001), Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan: Pendekatan Islam
Dan Sains. Kuala Lumpur: Utusan Publication, h. 14-19.
4
Abu Hamid b. Muhammad al-Ghazali (1987), al-Halal wa al-Haram. Beirut: Dar al-Jayl, h. 6-8.
5
Ayat lain adalah surah al-Baqarah (2) 172, 173; al-Maidah (5), 1, 3, 4 & 5.

3
bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata-
mata.”
(Surah al-Nahl, 16:114)

Jelas daripada ayat-ayat tersebut, aspek pemakanan diberi penekanan oleh al-Quran.
Ini kerana implikasinya amat besar sama ada dari segi tingkah laku, psikologi, malah
perundangan Islam. Makanan yang haram dapat melahirkan tingkah laku yang buas, sikap
yang dayus. Malah makanan atau minuman haram diperuntukkan hukuman had seperti
meminum arak.

Isu yang Berkaitan dengan Pemakanan dalam Masyarakat Malaysia

Umumnya, penghasilan produk makanan di Malaysia sentiasa meningkat dari hari ke hari.
Keupayaan industri makanan dalam menghasilkan pelbagai jenis produk makanan telah
memangkin serta mencorakkan pertumbuhan ekonomi negara ke suatu tahap yang
membanggakan. Walaupun begitu dalam kerancakan tersebut, para pengguna khususnya umat
Islam perlu berhati-hati dalam pemilihan produk makanan yang terjamin halal dan bersih
(tayyiban) daripada sebarang elemen yang meragukan.6
Di antara aspek yang sering dibincangkan oleh para sarjana hukum Islam adalah
berkaitan isu sembelihan. Ia melibatkan haiwan yang disembelih tidak putus urat, mati
sebelum disembelih, penggunaan alatan sembelihan yang tidak tajam dan persekitaran
sembelihan yang kotor. Selain itu, terdapat juga isu penyembelih yang bukan Islam
menyembelih untuk orang Islam, haiwan yang disembelih tidak cukup sifat, tidak
memperolehi sijil tauliah sembelihan daripada pihak berkuasa dan penggunaan alatan
teknologi dalam penyembelihan semasa.

6
‘Abdullah bin Muhammad bin Ahmad al-Tarifi (1992), al-Idtirar ila al-At‘imah wa al-Adawiyah al-
Muharramah, Riyad: Maktabah al-Ma‘arif; Yusuf al-Qaradawi (1985), al-Halal wa al-Haram fi al-Islam,
Beirut: Maktabah al-Islami; Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (1995), Ihya’ ‘Ulum al-Din, Juz. 2,
Beirut: Dar al-Fikr. Muhammad Umar Chand (2003), Halal & Haram : The Prohibited And The Permitted
Foods & Drinks According to Jewish, Christian And Muslim Scriptures, edisi 4, Kuala Lumpur: A. S.
Noordeen; Khalid bin ‘Ali al-Musyaiqih (2008), Fiqh al-Nawazil, (terj.) Ibn Rasyid, Fiqih Kontemporer,
Klaten, Jateng: Inas Media; Wahbah al-Zuhayli (1997), Ahkam al-Mawad al-Najisah wa al-Muharramah fi
al-Ghiza’ wa al-Dawa’, Damsyiq: Dar al-Maktabi.

4
Sembelihan pada zaman dahulu kebiasaannya dilakukan secara manual tanpa
melibatkan penggunaan alatan canggih. Namun begitu, perkembangan sains dan teknologi
telah memperkenalkan beberapa metode baru yang bertujuan untuk membantu proses
penyembelihan dapat dilakukan dengan lebih pantas dan berkesan. Ini juga berasaskan
keadaan kapasiti pengeluaran haiwan dahulu yang tidak begitu banyak permintaannya
sebagaimana sekarang. Misalnya, bagi sebuah rumah sembelihan seperti Ayamas Food
Corporation Sdn. Bhd. di Malaysia, purata pengeluaran ayamnya hampir 70,000-80,000 ekor
sehari. Begitu juga dengan peningkatan permintaan haiwan-haiwan lain seperti lembu,
kambing dan seumpamanya.
Selaras dengan itu, penggunaan teknologi seperti stunning dan thoracic sticking
diperkenalkan untuk membantu pihak pengeluar rumah sembelih mampu memenuhi
permintaan pasaran yang semakin menggalakkan. Walaupun begitu, penggunaan teknologi ini
juga menimbulkan keraguan apabila tidak dilaksanakan mengikut syariat Islam seperti yang
digariskan di dalam al-Quran dan sunnah Rasul SAW.
Keraguan ini timbul apabila penggunaan kaedah stunning seperti penetrative captive
bolt dan non-penetrative captive bolt atau disebut sebagai mushroom head stunner yang
digunakan telah menyebabkan keretakan kepada tengkorak haiwan sebelum disembelih.
Stunning atau hentakan yang tujuan asal diberikan adalah untuk pelalian berubah menjadi satu
proses kematian segera kepada haiwan. Berasaskan Muzakarah Fatwa Kebangsaan Malaysia
pada bulan Mac tahun 2006, penggunaan stunning yang dibenarkan hanyalah kepada
pneumatic percussive stunning dalam penyembelihan lembu dengan disyaratkan ia tidak
merosakkan tengkorak haiwan tersebut serta haiwan itu mati disebabkan sembelihan yang
sempurna. Selain itu, terdapat juga penggunaan air stunning (pelalian angin), electrical
stunning (pelalian elektrik termasuk berasaskan air) dan gas stunning (pelalian gas). Untuk
kategori stunning ini, fatwa telah mengharuskan penggunaannya dan perlu dikawal arus yang
dialirkan mengikut kategori haiwan dan saiznya.7
Begitu juga terhadap penggunaan thoracic sticking yang merupakan prosedur tambahan
selepas penyembelihan lengkap dilakukan. Isu ini timbul apabila kaedah ini dilakukan

7
www.e-fatwa.gov.my, fatwa yang diputuskan pada 24 November 1988. Lihat juga MS1500 :2009, Halal
Food - Production, Preparation, Handling And Storage - General Guidelines (Second Revision), Department
of Standards Malaysia, h. 13.

5
sebelum penyembelihan tersebut berlaku dengan sempurna. Praktikalnya, bagi haiwan besar
seperti lembu yang telah disembelih, teknik ini dilakukan dengan memotong urat utama
sekitar jantung dengan menggunakan pisau, bertujuan mempercepat aliran darah dengan
memutuskan brachio cephalic trunk atau bicarotid trunk dan tidak bertujuan untuk menikam
jantung haiwan. Berasaskan hal ini, fatwa juga telah memutuskan thoracic sticking dibenarkan
selagi memenuhi panduan yang digariskan.
Dalam industri penyembelihan, kebiasaannya haiwan yang tidak memenuhi syarat Halal
atau ditolak (reject) akan diletakkan di dalam bekas berwarna dan ditandakan sama ada
melalui tag dan label ‘Non-halal’ atau dipotong kaki sebelah serta diwarnakan dengan
pewarna yang meresap ke dalam daging haiwan tersebut. Tujuan dilakukan proses ini adalah
untuk mengelakkan manipulasi sesetengah pihak yang ingin mengaut keuntungan melalui
jalan pintas dengan menjual hasil sisa haiwan yang ditolak kepada pasaran awam. Sedangkan
sumber perolehannya meragukan dan dijual dengan harga yang murah. Ini termasuklah
daging, karkas dan organ dalaman.
Isu berasaskan sembelihan ini juga termasuklah hasilan atau sisa daripada rumah
sembelihan seperti darah, bulu dan derivatif lainnya. Dalam industri pemprosesan produk
makanan, darah biasanya digunakan secara meluas khususnya sebagai bahan tambah (additive
food). Ia berfungsi sebagai agen pengental, penambahbaikan struktur, pengemulsi, perasa dan
seumpamanya.8 Menurut laporan Persatuan Pengguna Pulau Pinang,9 pada tahun 1998, plasma
darah atau enzim transglutaminase telah digunakan sebagai agen tambahan dalam makanan
seperti bebola ikan, surimi, yogurt dan sebagainya. Ia dieksploitasi oleh pengusaha-pengusaha
industri makanan bagi penyediaan produk yang lebih bermutu, mengelakkan kerugian dengan
meminimumkan kos pengeluaran oleh syarikat berkaitan rumah sembelihan.
Umumnya, cara pemorelahan darah adalah melalui rumah sembelihan yang kemudiannya
diemper (centrifuged) untuk menyingkirkan darah. Seterusnya penghasilan cecair berwarna
kuning air yang kemudiannya dikeringkan secara semburan dan digunakan sebagai sumber
protein. Bagi makanan surimi, produk makanan tiruan berasaskan ikan, plasma darah
mempunyai dua fungsi utama iaitu mencegah enzim protease dan bertindak seperti perekat

8
Tan Chon Seng, “Jadikan Halal: Menggantikan Enzim Transglutaminase daripada Darah Binatang Melalui
Teknologi Rekombinan”, dalam Agromedia, bil. 21, h. 11.
9
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006), Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang : Halal Haram, Pulau
Pinang: Persatuan Pengguna Pulau Pinang, h. 29 - 30.

6
yang menambah kekentalan gel. Ini kerana proses ini memberi kekuatan gel/ protein dalam
makanan apabila dimasukkan ke dalam produk yang terdedah kepada suhu melebihi 80° C
seperti produk yang disteril atau makanan dalam tin.
Begitu juga, penggunaan bulu atau lecithin yang berasaskan sumber haiwan atau manusia.
Haiwan ini boleh terdiri daripada yang halal atau haram. Ia merupakan sejenis asid amino
yang lazimnya digunakan dalam makanan seperti biskut, kerak pizza, donut dan makanan
bakar yang lain, ubatan dan kosmetik. Misalnya dalam pembuatan roti, ia berfungsi sebagai
agen pengurangan tempoh adunan doh, menghentikan pengecutan kerak piza selepas
dinipiskan serta menjadikan doh tidak mudah melekat. Selain itu, ia juga berperanan sebagai
bahan perisa berdaging seperti ayam dan lembu.
Berdasarkan Jadual Kesebelas Peraturan Makanan 1985, penggunaan Lecithin dalam
makanan dibenarkan di Malaysia yang mana bahan ini dibenarkan dalam penghasilan roti
sebagai tepung gandum dan tepung berprotein tinggi.10 Menurut perangkaan Persatuan
Pengguna Pulau Pinang, hampir 80% sumber pengambilan Lecithin yang digunakan seluruh
dunia diambil daripada China secara sintetik sama ada menggunakan rambut manusia atau
bulu pelepah seperti ayam dan itik.11
Manakala, penggunaan organ dalaman haiwan seperti usus dan perut selepas sembelihan
diproses kembali sebagai baja atau makanan ternakan ikan dan seumpamanya. Berdasarkan
fakta-fakta tersebut, isu yang melibatkan penghasilan produk makanan khususnya yang berkait
dengan halal haram sentiasa berlaku dalam masyarakat. Oleh yang demikian, satu kriteria dan
panduan yang jelas berkaitan halal haram perlu diteliti supaya selari dengan ketetapatan di
dalam al-Quran.

Kriteria Makanan Halal Haram Menurut al-Quran

Sebagai sumber hukum Islam yang utama, al-Quran telah menggariskan beberapa kriteria
khusus dalam pemakanan. Garis panduan ini sentiasa relevan sepanjang masa, keadaan dan
tempat. Di antara panduan tersebut adalah:

10
Akta 281, Akta Makanan dan Peraturan-peraturan (Pindaan Hingga Januari 2007), Kuala Lumpur: MDC
Publishers Sdn. Bhd., cet. 10, h. 293.
11
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006), Op. cit., h. 70.

7
1. Ia tidak mengandungi sesuatu yang memabukkan (Arak)

Arak (khamr) atau alkohol merupakan di antara bahan yang diharamkan dalam Islam. Semua
jenis minuman yang memabukkan yang dihasilkan daripadan apa juga bahan seperti perahan
anggur,12 nira, barli, beras, ubi kentang, jagung, gandum dan buah-buahan13 atau biji-bijian
yang lain dikategorikan sebagai arak. Bahan-bahan ini menyebabkan hilang kewarasan akal.14
Manakala alkohol adalah nama yang digunakan dalam kaedah saintifik kepada sebatian yang
mempunyai kumpulan hidroksi (OH). Secara asasnya, tidak semua alkohol dapat
memabukkan. Namun demikian, terdapat dua sebatian yang memberi kesan memabukkan
daripada alkohol iaitu etanol dan metanol. Al-Quran dengan jelas menegaskan pengharaman
sesuatu yang memabukkan, dengan firman Allah s.w.t.:15

           

          .   

          
Ertinya:
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) arak, berjudi,
(berkorban untuk) berhala, bertenung nasib dengan panah adalah termasuk
perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat
keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan
permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) arak dan berjudi
itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang. Maka
berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu).

2. Ia tidak bersumberkan darah haiwan

Darah merupakan cecair merah yang mengalir dalam urat darah.16 Ia dikategorikan sebagai
najis dan mendatangkan kemudharatan.17 Ini kerana telah jelas di dalam al-Qur’an dan al-
Sunnah.18 Firman Allah s.w.t.:19

12
Majma‘ al-Lughah al-‘Arabiyyah (2004), al-Mu‘jam al-Wasit, cet. 4, Mesir: Maktabah al-Syuruq al-Dauliyyah, h. 255;
Sa‘di Abu Jayyib (1988), al-Qamus al-Fiqhi: Lughatan wa Istilahan, cet. 2, Damsyik: Dar al-Fikr, h. 123.
13
Muhammad Rawwas Qal‘ahji (1996), Mu’jam Lughah al-Fuqaha’, Beirut: Dar al-Nafa‘is, h. 179.
14
Abu Bakr Muhammad bin ‘Abdullah Ibn al-‘Arabi (t.t.), Ahkam al-Qur’an, Beirut: Dar al-Kutub al’Ilmiyyah, h. 209.
15
Surah al-Mai’dah (5) : 90-91.
16
Muhammad Rawwas Qal‘ahji (1996), Op. cit., h. 187.

8
                 

           
Ertinya:
Katakanlah: "Tiadalah Aku peroleh dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku,
sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau
makanan itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi. Ini kerena
sesungguhnya semua itu kotor atau binatang yang disembelih atas nama selain
Allah.

Secara umumnya, ulama secara ijma‘ telah mengharamkan darah yang mengalir kerana ia
najis.20 Pengharaman ini tidak termasuk darah haiwan air seperti ikan, jantung, limpa dan hati
serta sumber darah yang berada dalam saraf binatang selepas ia disembelih selama mana ia
tidak mengalir21 dan darah yang masih kekal selepas dibasuh. Namun para ulama berselisih
mengenai kadar yang dimaafkan.22

3. Ia bukan berasaskan sumber daripada manusia

Dalam penghasilan produk makanan, sumber berasaskan manusia biasanya digunakan sebagai
bahan tambahan. Di antara sumber yang digunakan ialah ekstrak daripada kolagen, uri,23 janin,
air tetuban, sebatian Hidroklorida Lecithin yang diperolehi daripada rambut dan sebagainya.
Penggunaannya sebagai ramuan tambahan menimbulkan persoalan hukum terutama
kepada pengguna Muslim. Secara umumnya, terdapat dua pandangan berhubung sumber
berasaskan manusia. Pertama, ulama berijma‘ haram menggunakan organ utama manusia

17
Ahmad Mustafa al-Maraghi (1946), Tafsir al-Maraghi, Mesir: Syarikah Maktabah wa Matba‘ah Mustafa al-Halabi, Juz. 1,
h. 49.
18
Surah al-Baqarah (1) : 173; al-Nahl (16) : 175 dan al-Ma’idah (5) : 3.
19
Surah al-An‘am (6) : 145.
20
Abu Muhammad ‘Abd al-Haqq bin Ghalib bin ‘Atiyyah al-Andalusi (t.t.), al-Muharrar al-Wajiz fi Tafsir al-Kitab al-
‘Aziz, Juz. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 240; ‘Abd al-Rahman bin Muhammad Makhluf Abi Zaid al-Tha‘alabi
(t.t.), al-Jawahir al-Hisan fi Tafsir al-Qur’an, Juz. 1, Beirut: Dar al-‘Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, h. 358.
21
Wahbah al-Zuhayli, (1984), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Damsyik: Dar al-Fikr, h. 132.
22
Sa‘id Hawwa (1994), al-Asas fi al-Sunnah wa Fiqhiha, jilid 1, Mesir: Dar al-Salam, h. 303.
23
Misalnya sebuah hospital kerajaan di Britain dikesan menjual uri bayi daripada wanita baru bersalin untuk digunakan
dalam penghasilan krim pencegahan kedutaan dan syampu. Pengambilan uri bayi tersebut dijual kepada kepada sebuah
syarikat biokimia yang terletak berhampiran, Sigma-Aldrich. Syarikat tersebut mengeluarkan protein bernilai tinggi
daripada uri dan kemudiannya menjual kepada saintis kosmetik. Lihat Berita Harian, pada 20 Mei 2008, h. 19.

9
seperti jantung, hati, kulit, daging dan seumpamanya sebagai sumber atau bahan makanan. Ini
kerana anggota manusia tersebut diklasifikasikan sebagai bahan yang dihormati hatta dalam
keadaan dharurah sekalipun tidak dibenarkan untuk memanfaatkannya. Kedua, ulama
berselisih pendapat berkenaan dengan bahan yang bersumberkan manusia seperti uri, air
tetuban, rambut, kuku dan seumpamanya. Sebilangan mereka menyucikannya atau
mengharuskan penggunaannya kerana ia bukan sebahagian organ manusia.24 Dan sebahagian
yang lain mengharamkannya. Pandangan ini selari dengan firman Allah s.w.t. tentang manusia
diciptakan dengan penuh kehormatan dan kemuliaan:25

            

    


Maksudnya:
Dan sesungguhnya telah kami muliakan anak-anak Adam, kami angkut mereka
di daratan dan di lautan, kami beri mereka rezeki daripada yang baik-baik dan
kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan
makhluk yang telah kami ciptakan.

Sehubungan dengan itu, organ manusia atau sumber berasaskannya adalah haram.
Walaupun rambut adalah suci dari segi fizikalnya, namun untuk digunakan sebagai sumber
bahan tambah dalam penghasilan produk makanan ataupun penggunaan secara dalaman adalah
haram.

4. Ia tidak mengandungi khinzir dan derivatifnya

Secara asasnya, khinzir merupakan binatang yang diharamkan dalam Islam. Pengharamannya
jelas dalam al-Qur’an26 dan al-Sunnah serta ijma para ulama.27 Pengharaman ini berdasarkan

24
Abu Muhammad ‘Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah (1997), al-Kafi, Juz. 1, Qahirah: Hajr li al-Tiba‘ah
wa al-Nasyr wa al-Tawzi‘ wa al-I‘ilan, h. 43.
25
Surah al-‘Isra’ (17) : 70.
26
Terdapat empat entri dalam al-Qur’an berhubung pengharaman khinzir, iaitu surah al-Baqarah (2) 173), al-Ma’idah (5) :
3, al-An‘am ( 6) : 145 dan al-Nahl (16): 115.
27
Muhammad bin Ibrahim bin al-Munzir al-Naysaburi (1999), al-Ijma‘, cet. 2, Daulah al-Imarat al-‘Arabiyyah al-
Muttahidah : Maktabah al-Furqan, h. 177.

10
beberapa kemudharatan sama ada dari aspek kimia, mikrob dan sikap (psikologi).28 Di antara
ayat al-Qur’an yang menegaskan pengharaman ini adalah firman Allah s.w.t.:29

                

         


Ertinya:
Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi
dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi
barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak
menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas. Maka tidak ada dosa
baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Dalam mengulas ayat tersebut tentang perkataan (lahm al-khinzir), al-Zamakhsyari


menyatakan dalam tafsirnya, lemak juga termasuk sebahagian daripada daging khinzir.30
Walaupun al-Qur’an hanya menyebut daging sahaja, namun baki anggota dan bahagian lain
turut haram.31 Pandangan ini disokong oleh al-Qurtubi dalam al-Jami‘ li Ahkam al-Qur’an
yang berpandangan lemak juga32 sebahagian daripada daging. Selain itu, Ibn Hazm al-Zahiri
berpendapat bulu dan tulang bersumberkan khinzir haram semuanya melainkan kulit kerana ia
suci apabila disamak.33 Pandangan Ibn Hazm agak berbeza dengan pandangan Dawud al-
Zahiri.34 Sebagaimana dinukilkan Ibn Hayyan, Dawud berpendapat hanya daging sahaja yang
diharamkan, tidak lemaknya.35 Sehubungan dengan itu, para ulama telah berijma’ tentang
pengharaman semua anggota khinzir kerana Allah s.w.t. menyebut perkataan daging (lahm)

28
Menghilangkan rasa cemburu, dan menjadi dayus. Lihat Muhammad Rasyid Rida (1948), Tafsir al-Manar, Juz. 2, cet. 2,
Mesir : Matba‘ah al-Manar, h. 98; Sa‘id Hawwa (1994), al-Islam, cet. 3, Mesir: Dar al-Salam, h. 645-646.
29
Al-Baqarah (2) : 173.
30
Abu Qasim Mahmud bin ‘Umar al-Zamakhsyari (1998), al-Kassyyaf, Juz. 1, Riyad: Maktabah al-‘Abikan, h. 359.
31
Syihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi (t.t.), Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa Sab‘ al-Mathani, Juz. 8,
Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al- ‘Arabi, h. 42.
32
Abu ‘Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr al-Qurtubi (2006), al-Jami‘ li Ahkam al-Quran, Juz. 3, Beirut:
Mu’assasah al-Risalah, h. 31.
33
Abu Muhammad ‘Ali bin Ahmad bin Sa‘id ibn Hazm (1347 H), al-Muhalla, Juz. 1, Mesir: Matba ‘ah al-Mahdhah bi
Syari‘ ‘Abd al-‘Aziz, h. 124.
34
Dawud bin ‘Ali bin Khalaf al-Asbahani, salah seorang imam mujtahid yang dinisbahkan dengan aliran al-Zahiri.
35
Abu Hayyan al-Andalusi (t.t.), Tafsir al-Bahr al-Muhit, Juz. 2, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah, h. 622.

11
disebabkan kebanyakan manfaat diambil daripada dagingnya. Justeru, baki yang lain lebih
utama.36

5. Ia tidak bersumberkan bangkai atau tidak disembelih

Pada dasarnya, semua sumber makanan yang berasaskan haiwan yang tidak disembelih atau
disembelih selain Allah s.w.t. adalah diharamkan. Pengharaman ini jelas dalam firmanNya:37

            

             

    


Ertinya:
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi, (daging hewan)
yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang
jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu
menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. dan
(diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah, (mengundi nasib dengan
anak panah itu) adalah kefasikan.

Dalam ayat tersebut, Allah menyebut tentang pengharaman menghasilkan makanan


bersumberkan haiwan yang tidak disembelih seperti al-Munkhoniqah,38 al-Mauquzah,39 al-
Mutaraddiyah,40 al-Natihah41 dan Ma akala al-sab‘u.42 Pengharaman jenis-jenis haiwan ini
jelas kerana ini membawa kemudaratan sekalipun ia binatang yang halal.

36
Al-Alusi (t.t.), Op. cit., h. 44.
37
Surah al-Ma’idah (5) : 3.
38
Al-Munkhaniqah bermaksud binatang yang mati disebabkan dicekik sama ada dihimpit leher binatang tersebut,
meletakkan kepala binatang di tempat yang sempit dan sebagainya sehingga ia mati. Oleh itu, ia dikategorikan sebagai
bangkai.
39
Al-Mauquzah ialah binatang yang mati kerana dipukul dengan tongkat atau seumpamanya. Ia juga dikategorikan sebagai
bangkai.
40
Al-Mutaraddiyah adalah binatang yang jatuh dari tempat yang tinggi sehingga mati seperti kambing terjatuh ke dalam
telaga. Ia turut diklasifikasikan sebagai bangkai.
41
Al-Natihah pula binatang yang mati dan menjadi bangkai disebabkan pergaduhan sesama sendiri. Misalnya, pergaduhan
diantara dua ekor kerbau jantan lalu mati salah seekornya dan menjadi bangkai.
42
Ma akala al-sab‘u merupakan binatang yang mati dan menjadi bangkai disebabkan oleh binatang buas yang
memakannya.

12
Dalam penghasilan produk makanan, terdapat juga produk yang bersumberkan bangkai.
Bangkai ini terdiri daripada daging, organ, kulit, lemak dan sumber lain berasaskan haiwan
sama ada yang mati tidak disembelih atau disembelih selain Allah. Sebab pengharamannya
adalah kerana darah yang membeku boleh menimbulkan kemudaratan kepada kesihatan
manusia.43 Begitu juga, haiwan yang haram dimakannya tetapi disembelih turut menjadi najis.
Ini kerana statusnya sama seperti sembelihan Majusi.44

Penutup

Dalam keghairahan menghasilkan produk makanan masa kini, telah menimbulkan


pelbagai isu halal-haram. Kebanyakan isu yang timbul kini adalah berkaitan dengan
bahan bersumber khinzir dan derivatifnya. Ini kerana ia mudah didapati dengan
harga yang murah berbanding bahan lain. Selain itu, penggunaan alatan moden
dalam sembelihan juga turut menjadi polemik. Walaupun kaedah yang digunakan
bersifat efisien dan ekonomik, namun aspek ihsan terhadap haiwan yang disembelih
turut perlu diambil kira. Ini kerana sekiranya sembelihan tidak patuh syariah, ia akan
menukar status haiwan tersebut kepada haram untuk dimakan dan dimanfaatkan.
Begitu juga dengan penggunaan darah dari rumah sembelihan dalam pemprosesan
makanan bebola, ia turut haram walaupun dapat mengelak pembaziran sisa rumah
sembelihan. Pengharaman ini jelas dalam al-Quran. Justeru, Islam sebagai satu
sistem hidup yang lengkap, yang disediakan panduan dari al-Quran dan al-Sunah
selamanya relevan dalam menangani perkembangan hidup masyarakat.

43
Abu ‘Abdullah Mustafa bin al-‘Adawi (2004), al-Tashil li Ta‘wil al-Tanzil Tafsir Surah al-Ma’idah, (t.t.p.): Maktabah
Makkah, h. 64.
44
Ulama berijma‘ sembelihan orang Majusi adalah haram dan tidak boleh dimakan. Lihat Ibn Munzir al-Naysaburi (1999),
h. 79.

13
Rujukan

Al-‘Adawi, Abu ‘Abdullah Mustafa bin (2004), al-Tashil li Ta‘wil al-Tanzil Tafsir Surah al-Ma’idah,
(t.t.p.): Maktabah Makkah.
Abu Bakr Muhammad bin ‘Abdullah Ibn al-‘Arabi (t.t.), Ahkam al-Qur’an, Beirut: Dar al-Kutub
al’Ilmiyyah.
Abu Jayyib, Sa‘di (1988), al-Qamus al-Fiqhi: Lughatan wa Istilahan, cet. 2, Damsyik: Dar al-Fikr.
Akta Makanan dan Peraturan-peraturan (Pindaan Hingga Januari 2007), Kuala Lumpur: MDC
Publishers Sdn. Bhd., cet. 10.
Al-Alusi, Syihab al-Din al-Sayyid Mahmud (t.t.), Ruh al-Ma‘ani fi Tafsir al-Qur’an al-‘Azim wa Sab‘
al-Mathani, Juz. 8, Beirut : Dar Ihya’ al-Turath al- ‘Arabi.
Al-Andalusi, Abu Hayyan (t.t.), Tafsir al-Bahr al-Muhit, Juz. 2, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2001), Konsep Kesihatan Melalui Pemakanan: Pendekatan
Islam Dan Sains. Kuala Lumpur: Utusan Publication.
MS1500 :2009, Halal Food - Production, Preparation, Handling And Storage - General Guidelines
(Second Revision), Department of Standards Malaysia
Fortin, N.D. (2009), Food Regulation: Law, Science, Policy, and Practice. New Jersey: John Wiley &
Sons.
Al-Ghazali, Abu Hamid b. Muhammad (1987), al-Halal wa al- Haram. Beirut: Dar al-Jayl.
Al-Ghazali, Abu Hamid b. Muhammad (1995), Ihya’ ‘Ulum al-Din, Juz. 2, Beirut: Dar al-Fikr.
Ibn ‘Atiyyah, Abu Muhammad ‘Abd al-Haqq bin Ghalib al-Andalusi (t.t.), al-Muharrar al-Wajiz fi
Tafsir al-Kitab al-‘Aziz, Juz. 1, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.
Ibn al-Munzir, Muhammad bin Ibrahim al-Naysaburi (1999), al-Ijma‘, cet. 2, Daulah al-Imarat al-
‘Arabiyyah al-Muttahidah : Maktabah al-Furqan.
Ibn Hazm, Abu Muhammad ‘Ali bin Ahmad bin Sa‘id (1347 H), al-Muhalla, Mesir: Matba ‘ah al-
Mahdhah bi Syari‘ ‘Abd al-‘Aziz.
Ibn Qudamah, Abu Muhammad ‘Abdullah bin Ahmad bin Muhammad (1997), al-Kafi, Juz. 1,
Qahirah: Hajr li al-Tiba‘ah wa al-Nasyr wa al-Tawzi‘ wa al-I‘ilan.
Majma‘ al-Lughah al-‘Arabiyyah (2004), al-Mu‘jam al-Wasit, cet. 4, Mesir: Maktabah al-Syuruq al-
Dauliyyah.
Al-Maraghi, Ahmad Mustafa (1946), Tafsir al-Maraghi, Mesir: Syarikah Maktabah wa Matba‘ah
Mustafa al-Halabi
Muhammad Umar Chand (2003), Halal & Haram : The Prohibited And The Permitted Foods & Drinks
According to Jewish, Christian And Muslim Scriptures, edisi 4, Kuala Lumpur: A. S.
Noordeen.
Al-Musyaiqih, Khalid bin ‘Ali (2008), Fiqh al-Nawazil, (terj.) Ibn Rasyid, Fiqih Kontemporer, Klaten,
Jateng: Inas Media.

14
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (2006), Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang : Halal
Haram, Pulau Pinang.
Qal‘ahji, Muhammad Rawwas (1996), Mu’jam Lughah al-Fuqaha’, Beirut: Dar al-Nafa‘is.
Al-Qaradawi, Yusuf (1985), al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, Beirut: Maktabah al-Islami.
Al-Qurtubi, Abu ‘Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr (2006), al-Jami‘ li Ahkam al-Quran,
Juz. 3, Beirut: Mu’assasah al-Risalah.
Rida, Muhammad Rasyid (1948), Tafsir al-Manar, cet. 2, Mesir : Matba‘ah al-Manar
Sa‘id Hawwa (1994), al-Asas fi al-Sunnah wa Fiqhiha, Mesir: Dar al-Salam.
Sa‘id Hawwa (1994), al-Islam, cet. 3, Mesir: Dar al-Salam.
Tan Chon Seng, “Jadikan Halal: Menggantikan Enzim Transglutaminase daripada Darah Binatang
Melalui Teknologi Rekombinan”, dalam Agromedia, bil. 21.
Al-Tarifi, ‘Abd Allah bin Muhammad bin Ahmad (1992), al-Idtirar ila al-At‘imah wa al-Adawiyah al-
Muharramah, Riyad: Maktabah al-Ma‘arif.
Al-Tha‘alabi, ‘Abd al-Rahman bin Muhammad Makhluf Abi Zaid (t.t.), al-Jawahir al-Hisan fi Tafsir
al-Qur’an, Juz. 1, Beirut: Dar al-‘Ihya’ al-Turath al-‘Arabi.
Al-Toriqi, ‘Abd Allah b. Muhammad b. Ahmad (1984), Ahkam al-At‘imah fi al-Syariah al-Islamiyyah.
Riyadh.
Al-Zamakhsyari, Abu Qasim Mahmud bin ‘Umar (1998), al-Kassyyaf, Riyad: Maktabah al-‘Abikan.
Al-Zuhayli, Wahbah (1997), Ahkam al-Mawad al-Najisah wa al-Muharramah fi al-Ghiza’ wa al-
Dawa’, Damsyiq: Dar al-Maktabi.
Al-Zuhayli, Wahbah, (1984), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Damsyik: Dar al-Fikr.

15

Anda mungkin juga menyukai