Anda di halaman 1dari 30

DISEDIAKAN UNTUK : DR AZHAR

ABDUL AZIZ
FAKULTI UNDANG UNDANG LWP02A
(PI005)
DISEDIAKAN OLEH :
SHAHEERA AQIELA BT MOHD SUHAIMI

2015838114

NAJIHAH BT MUHD SHAHREL

2015866418

DG KU MAZWA IFWANI AWANG ISMAIL

2015854584

NUR DIANA BT MOHD KHIRUDDIN

2015817168

BIL

TAJUK

1
2

ABSTRAK

PENGENALAN

KONSEP MAKANAN DAN MINUMAN

SUDUT
PANDANGAN
ISLAM
TENTANG
MAKANAN YANG HARAM
CIRI CIRI MAKANAN YANG HARAM

5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18

MUKA SURAT

CONTOH MAKANAN YANG HARAM


IMPAK MAKANAN HARAM DARI SUDUT
MENTAL
IMPAK MAKANAN HARAM DARI SUDUT
FIZIKAL
IMPAK MAKANAN HARAM DARI SUDUT
SPIRITUAL DAN AKHLAK
KESAN
PEMAKANAN
HARAM
KEPADA
INDIVIDU
KESAN
PEMAKANAN
HARAM
KEPADA
MASYARAKAT
ISU ISU PERMASALAHAN BERKAITAN
MAKANAN HALAL DAN HARAM
LANGKAH LANGKAH UNTUK MENGATASI
PERANAN IBU BAPA
PERANAN MASYARAKAT
HADIS BERKAITAN MAKANAN HALAL DAN
HARAM
AYAT AL QURAN BERKAITAN MAKANAN
HALAL DAN HARAM
RUKHSAH MAKAN MAKANAN YANG HARAM
KESIMPULAN
RUJUKAN

7-8
9-10
11
12
13
14-16
17
18-21
22-25
26
27-28
29-30
31
32-33

ISI KANDUNGAN

ABSTRAK
Allah telah memberi pelbagai jenis kenikmatan yang dapat
dikecapi oleh manusia di muka bumi ini. Kehidupan seharian manusia di
muka bumi ini juga bergantung teguh dengan kurniaan nikmat-Nya.
Akan tetapi, tidak semua nikmat Allah yang dikurniakan boleh
dimanfaatkan oleh manusia kerana terdapat beberapa perkara atau
nikmat yang telah Allah turunkan mempunyai ciri-ciri larangan kepada
umat manusia untuk digunakan dalam kelangsungan hidup di dunia ini.
Hal ini telah dinyatakan sendiri oleh Allah dalam hadis serta ayat-ayat alQuran. Oleh itu, dengan mengkaji serta mempelajari hadis Rasullulah
SAW yang berkaitan dengan halal dan haram, manusia mampu
mengetahui lebih lanjut perihal yang boleh dan tidak boleh digunakan
serta dimanfaatkan dalam kelangsungan hidup kita.
Dalam menempuhi arus kehidupan seharian yang semakin
canggih dan rumit kini, umat manusia kini berada pada tahap kehidupan
yang lengkap dengan pelbagai kemajuan dalam semua aspek. Namun,
seiring dengan kemajuan yang dikecapi kini, terdapat juga perbuatanperbuatan maksiat dan mungkar berlaku akibat pegangan akidah serta
agama yang semakin goyah dan dilupakan dek ditelan oleh arus zaman.
Oleh sebab itu, umat Islam perlu sentiasa menjalankan amar maaruf
nahi mungkar.
Agama Islam perlu dijadikan sebagai agama yang rahmatan
lilalamin, agama yang mempedulikan hamba-Nya, sentiasa ingin
memberikan yang terbaik dan tidak ada satupun ketetapan Allah yang
sia-sia. Contohnya, ketetapan dalam menentukan halal dan haram
sesuatu seperti makanan dan minuman. Allah telah menentukan
bahawa daging babi adalah haram dan berdasarkan penyelidikan,
daging babi mengandung cacing pita yang amat berbahaya untuk tubuh.
Banyak firman Allah serta sabda Rasulullah yang berkaitan dengan
makanan yang baik, halal dan haram yang bertujuan untuk
mengarahkan kita menuju kepada gaya hidup yang lebih sihat.
Kesimpulannya, apabila kita sihat, amal ibadah kepada Allah juga lebih
khusyuk. p

PENGENALAN

Makan dan minum adalah satu perkara asasi yang mesti dilakukan
oleh setiap makhluk yang hidup. Ia merupakan satu keperluan yang
tidak dapat diabaikan kerana kesihatan dan kekuatan tubuh badan
bergantung
sepenuhnya
kepada
makanan
dan
minuman.
Walaubagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa yang menghidupkan
manusia atau secara jelas, sesuatu yang hidup serta membolehkan
mereka bernafas dan bergerak ialah Allah S.W.T.
Walaupun soal makan minum ini adalah suatu perkara yang
kadangkala dianggap remeh tetapi bukanlah begitu pada hakikatnya
kerana Islam mempunyai nilai dan peraturan serta batas yang tersendiri
bukannya boleh mengikut hawa nafsu sahaja tanpa menghiraukan
penetapan yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-Hadis yang telah
diturunkan Allah SWT melalui para melaikat sebagai petunjuk manusia
kearah jalan yang benar.
Kebanyakan orang islam mengetahui sedikit sebanyak garis-garis
kasar yang ditetapkan oleh agama Islam misalnya makanan yang
haram, halal, makruh dan sebagainya, tetapi mereka kurang mengetahui
hikmat disebalik penetapan tersebut dan ini menyebabkan mereka
terpesong jauh dari prinsip keagamaan, malah ada golongan yang
sanggup melanggar ketetapan agama, sehingga mereka sanggup
meneguk memakan makanan yang haram dan minum minuman yang
haram. Penentuan halal dan haram dalam islam bukanlah suatu yang
direka atau dicipta oleh akal manusia yang menganut agama islam,
bukan juga oleh pesuruh Allah, Nabi Muhammad S.A.W. tetapi adalah
ketetapan oleh Allah yang tidak boleh dipinda lagi.

KONSEP MAKANAN DAN MINUMAN


Makan boleh dimaksudkan sebagai memamah, menguyah
sesuatu benda yang bukan berbentuk cecair. Ia merupakan salah satu
benda yang penting untuk meneruskan kehidupan serta menjaga
kesihatan dan kekuatan tubuh badan. Manakala, minum boleh diertikan
sebagai perbuatan seseorang atau haiwan bagi meneguk, menghisap
sesuatu yang cair. Manusia tidak boleh hidup tanpa air. Ini menunjukkan
bahawa air merupakan satu keperluan yang penting untuk hidup.
Dalam istilah Ilmu Sains tidak dibezakan antara makanan dan

minuman kerana kedua-duanya dimasukkan di bawah proses


pemakanan dan yang menjadi makanan kepada manusia dikenal
sebagai bahan kimia yang sebenarnya digunakan oleh hidup-hidupan.
Di dalam al-Quran banyak sekali menyatakan tentang makan minum,
antaranya;
Makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampaulampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang
melampaui batas.
(Al-Aaraf:31)
Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah
(Al-baqarah:60)
Terdapat banyak lagi ayat yang menyebut soal makan dan minum
di dalam al-Quran. Hal ini menunjukkan pentingnya makan minum itu.
Manusia yang mempunyai akal dan fikiran sudah tentu dapat memilih
jenis-jenis makanan dan minuman sesuai dengan kehendak dan tabiat
mereka.

SUDUT PANDANGAN ISLAM

Islam membahagikan makanan haram kepada dua


kategori. Pertama, makanan yang haram kerana zatnya
sendiri. Maksudnya, makanan itu telah masuk dalam kategori
makanan yang diharamkan oleh Allah dan Rasul-Nya dengan
alasan makanan tersebut tidak baik untuk kesihatan jasmani
dan rohani seseorang individu. Jika manusia makan makanan
haram tersebut maka akan menimbulkan penyakit pada tubuh
manusia. Di antara makanan haram yang masuk kategori di
atas adalah darah, bangkai, daging babi, daging haiwan yang
disembelih atas nama selain Allah, haiwan yang mati kerana
terpukul, tercekik, terjatuh atau diterkam binatang buas.

Diharamkan atasmu (memakan) bangkai, darah, daging


babi, (daging haiwan) yang disembelih atas nama selain
Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang
ditanduk dan diterkam binatang buas, kecuali yang
sempat kamu menyembelihnya.
Perkara ini telah dijelaskan dalam Surah al-Maidah ayat 3, yang
bermaksud :

Kedua, makanan yang haram bukan kerana zatnya. Asal


hukum makanan itu halal tetapi cara mendapatkannya yang
membuatnya menjadi haram. Contohnya adalah makanan hasil
curian, rompakan, penipuan, perjudian dan sebagainya yang
dilarang Islam. Makanan seperti ini jelas diharamkan Islam.
Orang yang memakan makanan tersebut tidak akan
mendapatkan barakah dari Allah SWT.

CIRI - CIRI MAKANAN YANG HARAM


MAKANAN YANG TELAH DIHARAMKAN DALAM AL-QURAN
Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di bumi makanan yang
halal lagi baik... (Surah al-Baqarah, 2: 168)

BANGKAI HAIWAN

Bangkai adalah semua haiwan yang mati tanpa disembelih dengan betul.
Contohnya:
Al-munkhaniqah: Haiwan yang mati tercekik.
Al-mauqudzah: Haiwan yang mati kerana dipukul (cth: dengan kayu, batang

besi, atau seumpamanya)


Al-mutaraddiyah: Haiwan yang mati kerana jatuh dari tempat yang tinggi (mati

terhempas).
An-nathihah: Haiwan yang mati serta ditanduk oleh yang lainnya (mati kerana

bergaduh sesama sendiri atau disebabkan haiwan yang lain).


Haiwan yang diterkam, iaitu haiwan yang mati kerana diserang atau
dicederakan oleh binatang buas. Tetapi sekiranya haiwan yang terluka/cedera
itu ditemui sebelum mati lalu sempat disembelih, maka haiwan tesebut
adalah halal.
CIRI-CIRI DI ATAS TELAH DISEBUTKAN OLEH ALLAH SUBHANAHU WA
TAALA DI DALAM FIRMANNYA (BERMAKSUD)
Diharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi,
(daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik,
yang dipukul, yang jatuh (terhempas), yang ditanduk, dan yang
diterkam binatang buas, melainkan yang sempat kamu
menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu,) yang disembelih untuk
berhala. (Surah al-Maidah, 5: 3)

DARAH YANG MENGALIR


Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah... (Surah al-Maidah, 5: 3)

Akan tetapi, adalah dimaafkan darah yang sedikit yang biasa ada pada badan

haiwan sembelihan yang tidak dapat dihilangkan darinya.


Darah yang halal dimakan pula adalah:
Hati dan Limpa kerana ia tidak termasuk darah yang mengalir dan telah
dijelaskan melalui hadis berikut:
Dihalalkan bagi kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dan dua
jenis bangkai itu adalah bangkai ikan dan belalang. Manakala dua jenis
darah itu pula adalah hati dan limpa. (Hadis Riwayat Ahmad (no.5690).

HAIWAN YANG DISEMBELIH ATAS NAMA SELAIN NAMA ALLAH

Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Taala:


.. (Daging haiwan) yang disembelih atas nama selain Nama
Allah. (Surah al-Maidah, 5: 3)

Ini telah dijelaskan sebagaimana di dalam firman Allah Subhanahu wa Taala


berikut:

Dan makanan orang-orang yang diberi al-Kitab (ahlul Kitab) itu halal bagimu... (Surah al-Maidah, 5: 5)

CONTOH MAKANAN YANG HARAM


BABI

Allah Subhanahu wa Taala berfirman :


Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging babi... (Surah
al-Maidah, 5: 3)

Para ulama telah bersepakat bahawa setiap bahagian dari babi adalah
haram. Dan tujuan disebutkan (di dalam al-Quran) kata daging bahawa babi
adalah haiwan yang biasa disembelih dengan tujuan diambil dagingnya.

(Ahkaamul Quraan, karya Ibnul Arabi)


Demikian pula tidak ada perbezaan pendapat di antara para ulama
bahawa lemak dan kulitnya juga adalah haram.

DAGING HAIWAN DAN BURUNG YANG BUAS

Daripada Ibnu Abbas radhiyallahu anhu, beliau berkata:

Rasulullah melarang (memakan) setiap binatang buas yang memiliki


taring dan burung yang memiliki kuku tajam. (Hadis Riwayat Muslim,
no. 1934)

Dan daripada Abuz Zubair, beliau berkata,


Aku bertanya kepada Jabir tentang wang (hasil penjualan) anjing dan
kucing. Maka dia berkata, Nabi melarangnya. (Hadis Riwayat Muslim,
no. 1569)

KHAMAR (ARAK)

Allah-Subhanahu wa Ta'ala-berfirman:



" Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi,
(berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji
termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu
mendapat keberuntungan . ".(QS. Al-Ma `idah: 90)

Dan dalam hadits riwayat Muslim dari Ibnu 'Umar-radhiallahu' anhuma-secara


marfu '

" Semua yang memabukkan adalah haram, dan semua khamar adalah haram ".
Dikiaskan dengan semua makanan dan minuman yang boleh menyebabkan hilangnya
akal (mabuk), misalnya narkoba dengan seluruh jenis dan macamnya.
BINATANG YANG HIDUP DUA ALAM

Bagi binatang yang hidup di dalam dua alam iaitu di darat dan di air adalah
haram dimakan seperti ketam batu, katak, ular, nasnas, buaya, penyu,
memerang dan lain-lain lagi. Walaubagaimanapun, ketam laut adalah halal
mengikut pendapat imam Hanafi. Begitu juga dengan mazhab Imam Syafie.

BINATANG KACUKAN

Binatang yang lahir dari kacukan antara binatang yang halal dengan yang
haram adalah haram. Misalnya anak kacukan kambing dengan anjing. Hal ini

merupakan andaian semata-mata kerana mungkin mustahil berlakunya


perkara-perkara yag sedemikian rupa.

Benda-benda lain yang diharamkan ialah benda yang dianggap najis sama
ada dalam bentuk pepejal, beku atau cair. Ia seperti tahi, air kencing, bangkai,
darah, nanah dan sebagainya.

IMPAK MAKANAN HARAM DARI SUDUT MENTAL


Rasulullah s.a.w turut menambah lagi dalam sabda baginda yang bermaksud:
Sesungguhnya, di dalam tubuh manusia, ada seketul daging yang mana jika
ia baik, seluruh badan akan menjadi baik, dan sekiranya ia rosak, seluruh
badan manusia akan rosak. Sesungguhnya ia adalah hati.

Jika kita renungkan di atas, kita boleh melihat bagaimana perkara halal haram
dikaitkan dengan masalah hati, yang mana masalah hati atau spiritual inilah yang
menjadi punca kepada masalah mental yang lain seperti malas, dengki, bongkak,
dan lain-lain. Menurut pandangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali, pemakanan yang
haram boleh menjejaskan kesucian jiwa dan roh seseorang. Sebagai contoh, dalam
suatu kajian yang dilakukan kepada golongan yang memakan daging babi, didapati
mereka menghadapi masalah kesihatan moral seperti kurangnya sifat prihatin dan
memiliki sifat yang dapat dihubungkaitkan dengan sifat haiwan itu sendiri.

Makanan haram juga mempengaruhi mental seseorang. Emosi mereka


berada dalam keadaan tidak stabil berbanding mereka yang mengambil makanan
yang halal dan seimbang. Sebagai contoh, peminum arak dan penagih dadah akan
hilang kewarasan akalnya kerana mengambil dan meminum sesuatu yang
mengkhayalkan serta boleh menhilangkan ingatan mereka. Hal ini seterusnya boleh
membawa kepada penyakit serta kecelakaan seperti kejadian rompak, ragut, bunuh
dan sebagainya.

10

IMPAK MAKANAN HARAM DARI SUDUT FIZIKAL


Jelas sekali bahawa makanan yang halal itu membolehkan
seseorang itu sihat dari segi fizikal, rohani yang bersih serta akan
memperolehi akal fikiran yang baik dan cerdas. Makanan merupakan ciri
utama dalam pembentukan fizikal yang sihat bagi manusia. Islam tidak
mengabaikan kesihatan umatnya kerana Islam hanya menghalalkan
benda baik dan bersih serta mengharamkan benda-benda yang kotor,
bernajis dan menjijikkan. Makanan yang suci dan bersih akan menjamin
kesihatan yang baik. Memastikan makanan itu tidak memudaratkan
manusia itu sendiri. Makanan yang halal dapat menjana kekuatan rohani
manusia dan juga dapat mempertingkatkan produktiviti seseorang.
Rahsia disebalik pengharaman atau larangan Allah dalam alQuran terhadap makanan-makanan yang jelas haram dimakan juga
telah berjaya dibongkar melalui kajian sains oleh para saintis masa kini.
Misalnya, Allah s.w.t telah mengharamkan daging babi kerana kajian
sains membuktikan bahawa terdapat cacing pita dan virus JE (Japanes
Enceplytis) dalam babi. Kedua-duanya dikatakan sukar untuk dibunuh.
Dalam kajian yang lain juga saintis telah membuktikan bahawa daging
babi mengandungi kuman dan virus yang amat berbahaya kepada
manusia. Kajian ini juga mendapati pada kerongkong haiwan tersebut
terdapat sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman dan
virus ini kepada bentuk yang lebih berbahaya kepada manusia. Ini akan
menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit dan Ini amat sukar
apabila peyakit ini boleh merebak kepada masyarakat sekeliling.

IMPAK MAKANAN HARAM DARI SUDUT


SPIRITUAL & AKHLAK
Cara pemakanan individu juga memberi impak besar kepada pembentukan akhlak
diri dan spiritual seseorang. Jika baik makanannya, maka baiklah akhlaknya, begitulah
sebaliknya. Allah mewajibkan hambanya mencari sesuatu yang halal untuk kegunaan
dalam kehidupan seharian mereka. Sebagaimana kita maklum , makanan halal itu
merupakan cahaya penerang bagi hati. Antara pandangan yang diulang-ulang oleh alGhazali ialah makanan yang halal dan baik akan memberi kekuatan dan dorongan
untuk beribadah manakala makanan yang haram akan menjadi penghalang (hijab)
dari melakukan taat (Zulkiple & Nur Salimah, 2006).

11

Makanan yang datang dari sumber haram ataupun diperbuat daripada perkara
haram mampu menggelapkan hati dan melenyapkan cahaya keimanan seseorang. Dewasa
ini, kita sering melihat masyrakat kita mengambil makanan secara berlebihan dan
mengamalkan amalan pembaziran makanan. Apabila badan kita menerima makanan secara
berlebihan , badan akan mula menjadi lesu dan mudah mengantuk, seterusnya
menyebabkan kita merasa malas untuk beribadah kepada Allah. Ibn al Qayyim al Jauziyah
berkata, " Sesungguhnya perut jika dipenuhi dengan makanan akan menyempitkan
ruang untuk minuman dan sekiranya perut itu dipenuhi dengan minuman, akan
menyempitkan ruang untuk nafas dan terdedahlah baginya kesakitan dan keletihan
dan jadilah keadaannya seperti pemikul barang yang amat berat. (Aemy Liza& Arieff
Salleh)
Makanan berperanan penting dalam pembentukan akhlak manusia dimana ia
menjadi kayu ukur dalam menilai hubungan seseorang itu dengan Allah, sesama manusia
dan juga makhluk. Hubungan manusia dengan Allah adalah penting dalam meneruskan
kelansungan hidup. Sesiapa yang tidak menjaga hubungan ini, hidupnya tidak akan tenang
dan sentiasa dalam kegelisahan. Di dalam kitab Ihya Ululumddin, Imam Ghazali telah
memberikan kita panduan adab makan dan minum yang perlu dijaga sebelum, ketika dan
selepas makan. Makanan yang kita makan itu hendaklah berpunca daripada bahan dan
sumber rezeki yang halal di samping ianya dapat menguatkan badan agar kita dapat
beribadah kepda Allah SWT serta menyumbang kepada kemaslahatan ummah. Kita juga
diajar untuk memulakan perbuatan makan itu dengan bacaan doa dan basmalah. Seusai
makan, kita diajar untuk mengucapkan alhamdulillah sebagai tanda rasa syukur atas
kurniaan Ilahi. Pembaziran serta pengambilan makanan secara berlebihan dilarang di dalam
Islam kerana ia boleh membawa kepada kemudaratan dan penyakit hati.

KESAN PEMAKANAN HARAM KEPADA INDIVIDU


DOA TIDAK DIMAKBULKAN.

Persoalan yang mungkin timbul kepada manusia ialah mengapa Allah


SWT dan Nabi Muhammad SAW menyeru agar umat Islam memilih
makanan yang halal dalam kehidupan seharian. Sudah tentu adanya
hikmah dan kelebihan yang dapat membantu manusia menjalani
kehidupan sebagai hamba Allah SWT dengan lebih baik sebagaimana
berikut:

Supaya Doa Dimakbulkan Oleh Allah SWT Sabda Rasulullah SAW


yang bermaksud :
Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan
mukanya di penuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa
kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram,
pakaiannya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang

12

haram,Bagaimana akan diperkenankan permohonannya. (Hadis


Riwayat Muslim, Ahmad dan Tirmizi).
HILANG RASA SENSITIF TERHADAP PERKARA YANG BAIK.

Hal ini demikian kerana, tidak bersemangat untuk bersaing


dalam melakukan kebaikkan dan kebajikan. Hilang rasa bersalah
terhadap anak dan isteri walaupun sehingga tahap isteri dan anakanaknya melakukan perkara-perkara berdosa di hadapannya.

KEIMANAN DIRI TIDAK DAPAT DIBENTUK

Hal ini kerana, Sahal Al-Tasturi berkata seseorang akan mencapai keimanan
hakiki apabila memiliki 4 perkara:

Menunaikan segala yang difardhukan dengan diiringi amalan sunat.


Memakan yang halal dengan penuh kewarakan.
Menjauhi segala larangan Allah zahir dan batin.
Bersabar dalam setiap masa.

KEHIDUPAN TIDAK TENANG DAN TENTERAM


Allah tidak meredhai kehidupan seseorang yang memakan makanan
haram atau sumber dari sumber yang haram. Seperti hadis yang diriwayatkan
oleh Muslim dan Tirmizi:
Seorang lelaki bermusafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan
mukanya di penuhi debu. Dia menadah tangannya dan berdoa
kepada Allah sedangkan makanannya haram, minumannya haram,
pakaiannya haram dan mulutnya disuapi dengan sesuatu yang
haram. Bagaimana akan diperkenankan permohonannya.

13

TERBENTUK INDIVIDU MUSLIM YANG TIDAK MENGIKUT ACUAN ISLAM


SEBENAR
Anak-anak yang tidak berakhlak berlandaskan akhlak seorang yang
beragama Islam, biadap, degil dan melawan cakap adalah antara sikap yang
bakal terbit daripada pemakanan yang tidak berasaskan konsep halal dan
toyyib seperti ungkapan yang dirakamkan oleh Iman Ghazali.

"Jika kita ingin anak-anak menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berilah mereka
makan daripada rezeki yang halal sejak dilahirkan. Makanan yang halal selain
menjadikan anak kita berguna, boleh menjadikan fikiran mereka cerdas dan pintar.
Sebaliknya, anak akan menjadi derhaka kepada kita jika diberikan makanan yang
kotor."

MEWARISI SIFAT KEBINATANGAN SEPERTI BINATANG-BINATANG YANG


ALLAH HARAMKAN
Manusia yang makan khinzir akan bersifat seperti
kelakuannya seperti tamak dan mementingkan diri.

khinzir pada

HATI SUSAH UNTUK MENERIMA KEBENARAN


Sukar menerima kebenaran walaupun di tahu bahawa dirinya berada
pada pihak yang salah. Hati seolah olah tertutup untuk menerima perkara
yang benar.

MENDAPAT PENYAKIT
SAR , JE dan H1N1 yang boleh diwarisi daripada kesan pemakanan khinzir.

14

KESAN PEMAKANAN HARAM KEPADA


MASYARAKAT
"Di antara nilai hukum yang diisyaratkan ialah mustahaknya
makanan yang halal bagi orang yang beriman dalam hubungannya
dengan ibadat dan doanya kerana untuk penyempurnaannya tidak
sahaja dikehendaki kepada kebaikan apa yang dikerjakannya tetapi
memerlukan pula kepada halal makanan dan pakaian yang
digunakan setiap hari." (Riwayat Abu Muslim dan Abu Hurairah)

Makanan yang haram akan memberi kesan langsung kepada


kehidupan. Tidak dapat dinafikan pembangunan akhlak seseorang turut
dipengaruhi makanan yang diambil. Jika diambil daripada sumber
haram, maka akan terbentuklah individu Muslim yang tidak mengikut
acuan Islam sebenar.
Kesan pemakanan yang haram akan melahirkan masyarakat yang
sarat dengan masalah sosial akibat hidup tiada keberkatan berpunca
daripada susur galur pemakanan yang menjadi darah daging. Marilah
sama-sama kita pastikan makanan yang dimakan dalam kehidupan
seharian kita sentiasa bersih, suci dan halal kerana mencari yang halal
itu adalah fardhu. Makanan bukan sekadar perlu dinilai berdasarkan
khasiat dan kelazatannya, yang lebih penting adalah memperoleh
keberkatan daripada Yang Maha Esa.

ISU ISU PERMASALAHAN BERKAITAN


MAKANAN YANG HALAL DAN HARAM
Dalam pemprosesan makanan, kita tidak dapat lari dari
menggunakan bahan- bahan tambah dalam makanan dan kebanyakan
15

daripadanya adalah diimport. Bahan tambah ini diperbuat daripada


pelbagai sumber sama ada haiwan atau tumbuhan. Jika dari tumbuhan,
status halal jarang diragui tetapi bagaimana jika ia datang dari haiwan?
Jika haiwan tersebut dari golongan yang diharamkan , sekali lagi
statusnya jelas. Untuk bahan tambah yang datangnya dari sumber
haiwan mungkin menimbulkan keraguan kepada masyarakat Islam
kerana status halal makanan tersebut bergantung kepada cara
penyembelihan yang dilakukan. Berikut dibincangkan beberapa ramuan
makanan yang digunakan dalam pemprosesan makanan.

HAIWAN

Dalam syariat Islam pekara ini jelas diperkatakan. Haiwan halal


untuk dimakan hendaklah disembelih mengikut hukum syarak. Terdapat
juga kumpulan- kumpulan haiwan yang tidak didibenarkan makan
mengikut mazhab Imam Syafii'e iaitu seperti khinzir, anjing, binatang
yang bertaring dan bergading, binatang yang beracun, binatang yang
hidup dalam dua alam, bangkai, binatang yang memakan najis sematamata dan sebagainya (Che Wan Jasimah, 2000). Dua faktor utama yang
perlu diambil kira dalam penentuan status Halal iaitu penyembelihan
haiwan wajib disebut nama Allah. Keduanya, jenis haiwan yang
disembelih. Ayat Al-Quran yang berikut ini jelas menunjukkan kepada
kita jenis haiwan yang diharamkan untuk dimakan.

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah,


daging babi dan binatang yang ketika disembelih disebut nama
selain Allah. Tetapi barang siapa dalam keadaan terpaksa
memakannya sedangkan dia tidak menginginkannya dan tidak
melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya
Allah
Maha
Pengampun
lagi
Maha
Penyayang
.(al-Nahl, 115)

TUMBUH-TUMBUHAN
Umumnya semua tumbuhan adalah halal selagi ia tidak beracun
atau tidak diniatkan untuk digunakan dalam membuat makanan yang
16

haram seperti menanam anggur untuk membuat wain atau bir.


Kebolehan untuk memakan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan jelas
seperti terdapat dalam surah al-An'am iaitu :

Dan Dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun


yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar, pohon-pohon
tamar dan tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan rasa)
buahnya, zaitun, delima yang bersama [warna dan daun dan tidak
bersama (rasa)]. Makanlah buahnya ketika ia berbuah dan keluarlah
haknya
pada
hari
memetiknya
(menuai)
.(al-An'am, 6:141)

BAHAN MAKANAN YANG DIPROSES/BAHAN TAMBAH MAKANAN

Penggunaan bahan aditif dalam penghasilan produk makanan


adalah berperanan sebagai penstabil, pemekat, pewarna, perisa dan
sebagainya yang amat diperlukan dalam pemprosesan makanan
masakini (Ahmad H.Sakr, 1991).

Lemak dan minyak


Lemak dan minyak mempunyai pelbagai kegunaan dalam pemprosesan
makanan. Malah kehadiran lemak dalam makanan membuatkan
sesuatu makanan itu lebih sedap. Perkataan shortening adalah suatu
istilah komersil yang digunakan untuk memberi maksud mana-mana
minyak atau lemak. Ia banyak digunakan dalam biskut, pai, pizza,
pudding, krim dan sebagainya (Ahmad H. Sakr, 1991).
Sumber bagi minyak kebanyakannya datang daripada tumbuhan
manakala lemak datang daripada sumber haiwan. Oleh itu, perlu
dipastikan sama ada shortening yang dibuat itu datangnya dari haiwan
atau tumbuhan.

17

Bahan pengelmusi
Pengelmusi digunakan untuk mengekalkan globul lemak tersebar
di dalam air atau titisan air tersebar di dalam lemak. Antara makanan
yang memerlukannya adalah mayonis, aiskrim, coklat dan majerin. Jika
tiada bahan pengilmusi ini, akan wujud dua lapisan yang berasingan
pada makanan tersebut. Bahan yang dijadikan pengelmusi adalah
lesitin, digliserida, monogliserida.
Sumber pengemulsi mungkin datang daripada tumbuhan atau
haiwan. Bahan yang biasa digunakan sebagai emulsi adalah lesitin.
Bahan ini biasanya datang daripada kuning telur atau kacang soya. Oleh
itu tiada masalah akan wujud. Tetapi bagi pengemulsi yang diperbuat
daripada mono atau digliserida, seseorang pengguna haruslah
mengetahui akan sumbernya.

Bahan penstabil dan pemekat


Bahan-bahan ini termasuklah gam, kanji, dekstrin, pektin, amilosa,
gelatin, karagenan dan hasilan protein. Bahan-bahan ini memberikan
kestabilan dan kepekatan kepada makanan termasuk pembentukan gel
seperti pada agar-agar. Makanan yang memerlukan bahan-bahan ini
termasuklah pai, puding, halwa, minuman susu-coklat, jeli dan salad
dressing. Dalam kumpulan ini gelatin mungkin perlu diberikan perhatian
lebih.

18

Sumber gelatin boleh datang daripada haiwan dan juga tumbuhtumbuhan.. Gelatin boleh diperolehi daripada pemanasan kolagen
(diperolehi pada tulang dan tendon haiwan) dalam kehadiran air (Potter,
1978). Gelatin digunakan dengan meluas dalam industri makanan. Oleh
itu para pengguna perlu berhati-hati dalam membeli makanan yang
mempunyai gelatin pada labelnya.

RENET / RENIN (KIMOSIN)


Renet atau renin adalah sejenis enzim protein yang digunakan
dalam pembuatan keju. Ia berfungsi untuk menggumpalkan susu dan
membantu pembentukan perisa dan tekstur dalam pembuatan keju.
Sumber renet adalah dari perut anak lembu atau mikrob seperti Mucor
miehei atau Mucor pusillus . Maka pengguna beragama Islam perlu
memastikan sumber renet yang digunakan supaya status halal
diketahui.

LANGKAH LANGKAH UNTUK MENGATASI


IBU BAPA
Isu berhubung masalah halal haram dalam pemakanan memerlukan
perhatian dan tindakan dari akar umbi. Ibu bapa sebagai subjek utama secara
personalnya perlu mengambil inisiatif dan langkah bersungguh-sungguh dan
menggerakkan kemahuan serta motivasi dalam diri masing-masing untuk
memastikan sumber pemakanan adalah benar-benar suci dan terjamin halal. Antara
langkah dan inisiatif yang dikenalpasti bersesuaian adalah seperti dibawah :

MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN DALAM ISU BERKAITAN PEMAKANAN


HALAL
Ibubapa muslim perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan mereka
secara individu dalam isu-isu berkaitan pemakanan halal samada dari sudut konsep
ataupun pemasalahan semasa. Ini boleh dilakukan dengan mengikuti seminar,
konvensyen, pameran, ceramah-ceramah dan kelas-kelas yang dianjurkan pihak

19

terbabit samada secara formal atau pun secara tidak formal. Prof. Dr. Hamka
berkata. Ilmu itu tiang untuk kesempurnaan akal, bertambah luas akal, bertambah
luaslah hidup, bertambah datanglah bahagia. Bertambah sempit akal, bertambah
sempit pula hidup, bertambah datanglah celaka.
Ibubapa juga perlu peka dan sentiasa mengikuti perkembangan semasa.
Menjadi ibubapa yang peka terhadap segala sumber makanan dan pemakanan
anak-anak serta keluarga amat penting. Kepekaan ini hanya dapat diasah melalui
pengetahuan, kefahaman, pengalaman serta tekad untuk melaksanakan perintah
Allah. Kepekaan ini boleh didapati melalui meningkatkan pengetahuan mereka
tentang isu-isu pemakanan halal yang hangat diperbincangkan dewasa ini di negara
kita terutamanya. Ibubapa seharusnya membaca buku-buku berkenaan halal haram
dalam makanan yang banyak terdapat dipasaran bagi mengukuhkan ilmu
pengetahuan dan memantapkan kefahaman untuk berdepan dengan cabaran era
globalisasi masakini. Mereka juga perlu mengetahui dan mengikuti perkembangan
berkaitan pemakanan halal melalu jurnal-jurnal, media massa termasuklah surat
khabar dan televisyen, portal-portal halal daripada badan berautoriti yang mudah
diperolehi dengan melayari internet dan lain-lain sumber.

MENGANGGOTAI PERSATUAN PENGGUNA DAN BADAN KEMASYARAKATAN


Golongan ibu bapa perlu menganggotai secara aktif mana-mana persatuan
pengguna atau badan-badan kemasyarakat samada yang bersifat global atau dalam
kelompok persekitaran masing-masing. Langkah ini penting bagi memastikan
mereka sentiasa menerima maklumat-maklumat terkini berkaitan isu-isu halal haram
produk dan pemakanan terutama sekitar kediaman masing-masing. Sama ada
Persatuan Pengguna Malaysia, Badan-Badan NGO, Rukun Tetangga dan badanbadan kemasyarakatan lainnya adalah penting bagi ibu bapa muslim mempunyai
kesedaran bahawa segala maklumat serta kejanggalan yang berlaku terhadap
produk atau servis berkaitan pemakanan lokaliti khususnya akan mudah diperolehi
dan penyelesaian terhadap permasalahan yang timbul akan mudah diselesaikan
secara berkumpulan berbanding secara individu. Selain itu, peringatan yang
menyuntik kepekaan ibubapa terhadap pemakanan halal juga sentiasa segar melalui
perbincangan dan teguran sesama ahli. Jika ibu-ibubapa sedar perkembangan
semasa dan kepentingan hidup dan bergerak secara berkumpulan atau berjemaah
maka banyak masalah yang dihadapi dapat disalurkan kepada mana-mana agensi
kerajaan atau swasta yang berkaitan.

MERUJUK DAN
BERKENAAN

MEMBINCANGKAN

MASALAH

DENGAN

PIHAK

YANG

Golongan ibubapa seharusnya merujuk dan membincangkan masalahmasalah yang mereka hadapi dalam pemasalahan pemakanan halal dengan pihakpihak yang berautoriti dan mengetahui. Ini kerana pihak-pihak tersebut antaranya

20

Jabatan Agama Islam, JAKIM, ulama, ustaz atau ustazah mempunyai pengetahuan
dan pengalaman yang luas tentang selok-belok isu halal dan haram dalam
pemakanan dan harus diberi perhatian bahawa dalam membincangkan hukum Allah
dan isu berkenaan halal dan haram bukanlah perkara remeh dan boleh dianggap
mudah dan ringan. Melalui cara ini, golongan ibubapa dapat mencari penyelesaian
dengan mengetahui sebab-sebab kewujudan masalah tersebut dan langkah-langkah
pencegahan dan penyelesaian yang perlu diambil. Golongan ibubapa muslim perlu
mengetahui pihak yang manakah harus dirujuk bagi setiap masalah yang dihadapi
dari semasa ke semasa supaya mereka mendapat maklumat terkini berkaitan isu
pemakanan halal. Masalah yang dihadapi tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana
akhirnya akan membawa kepada kepincangan bukan sahaja institusi keluarga malah
masyarakat dan negara seluruhnya dan mengundang kepada pemasalahan umat
yang lebih besar. Justeru dengan merujuk dan berbincang dengan pihak yang
terlibat sedikit sebanyak dapat membantu ibubapa menyelesaikan masalah tersebut
seterusnya membantu pihak terbabit mengenalpasti masalah yang timbul dalam
masyarakat.

MASYARAKAT
MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PENDIDIKAN DAN BIMBINGAN
Persatuan dan pertubuhan yang terlibat antaranya JAKIM, Persatuan
Pengguna, Badan NGO, komuniti dalam masyarakat dan lain-lain pihak terlibat
hendaklah menyediakan kemudahan pendidikan dan bimbingan kepada masyarakat
atau semua anggota (bagi persatuan dan pertubuhan). Semua anggota masyarakat
hendaklah menerima maklumat dan bimbingan yang sama rata dan diberi perhatian
yang sewajarnya terutama sekali mereka yang cetek dalam konsep halal haram di
dalam Islam.
Masalah kurangnya pengetahuan ibubapa muslim terhadap isu-isu saintifik
mengenai sumber dan bahan aditif dalam makanan haruslah diatasi dengan teliti
dan segera oleh pihak yang terbabit dalam memberi pendidikan kepada rakyat
mengenai pemakanan halal terutamanya JAKIM dan Jabatan-Jabatan Agama Islam
Negeri serta persatuan-persatuan pengguna. Kelalaian dalam menangani masalah
kurangnya pengetahuan dalam isu-isu saintifik ini tidak akan selesai selagi ibubapa
muslim atau pengguna yang juga ahli dalam masyarakat tidak diberi pendidikan
khusus terhadap isu- isu teknologi makanan dan ingredien saintifik yang
berkembang pesat dewasa ini. Pelbagai istilah dan penemuan baru bakal muncul
dan pengguna akan semakin lemah pengetahuannya jika tiada pendididkan awal
dan berterusan terhadap isu-isu yang berkaitan. Penyebaran risalah, penerbitan
melalui media massa juga penulisan buku atau jurnal berkaitan yang disebarkan dari
semasa ke semasa dipasaran dianggap antara metod sistematik dalam memberi
pendidikan kepada masyarakat.

21

MEMANTAU PERMASALAHAN MASYARAKAT


UNDANG- UNDANG YANG LEBIH KETAT

DAN

PENGUATKUASAAN

Pihak berwajib antaranya kerajaan, JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri,


persatuan-persatuan dan komuniti-komuniti dalam masyarakat seharusnya sentiasa
mengikuti perkembangan dan pemasalahan masyarakat terutama ibubapa muslim
samada dalam komuniti global atau setempat. Setelah mengenal pasti masalahmasalah dan kelemahan yang wujud, satu analisis tentang bentuk program
bimbingan dan bantuan perlu dilaksanakan. Ini bagi memastikan setiap ibubapa
muslim dan pengguna menerima pendidikan dan bimbingan yang sewajarnya dan
seterusnya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih berkesan.
Pemantauan ini perlu dilaksanakan setiap masa untuk memastikan setiap ibubapa
muslim sentiasa peka terhadap pemasalahan halal haram semasa, segala maklumat
yang berkaitan dapat disalurkan, masalah mereka dapat dikenal pasti, pemantauan
dan penguatkuasaan undang-undang dapat dilaksanakan terhadap kumpulan
sasaran dengan jayanya.

Kebanyakan kelemahan persatuan dan badan-badan berautoriti di negara ini


adalah dari segi pemantauan dan ini terbukti daripada isu-isu yang berbangkit dan
hangat diperdebat dan diperbincangkan mengenai pemakanan halal dewasa ini.
Sepatutnya pemantauan dilaksanakan bermula daripada komuniti yang kecil
termasuk ceruk-ceruk pedalaman sehingga ke pusat (komuniti yang terbesar).
Struktur organisasi yang lengkap dan kekerapan pemantauan adalah mustahak bagi
menjamin peranan dan fungsi badan dan persatuan terbabit berada di atas landasan
yang sepatutnya.
Selain daripada itu, pihak terbabit, terutama kerajaan, JAKIM, Jabatan Agama
Islam Negeri serta pihak berwajib yang lainnya seharusnya mencari inisiatif terbaik
bagi mengelak masyarakat terjebak dengan urusan yang haram dan syubhah. Dari
sudut produk makanan, semua produk makanan di negara ini sepatutnya diisytihar
serta melalui prosedur halal yang telah digubal. Masalah kefahaman daripada aspek
lain antaranya pengolahan sumber kewangan juga tidak boleh diambil ringan. Antara
langkah yang boleh diambil adalah menggubal undang-undang mewajibkan
masyarakat Islam menggunakan sistem kewangan Islam yang sedia ada di negara
ini. Disamping dapat mengelakkan masyarakat terjebak dengan urusan yang haram
dan syubhah, juga dapat membantu industri kewangan berasaskan sistem Islam.
Selain daripada itu,undang-undang juga harus digubal dengan kerjasama kerajaan,
Majlis Ulama, JAKIM dan majikan bagi mengelakkan masyarakat Islam tidak terlibat
dengan kerja yang haram dan syubhah. Urusan-urusan ini secara sedar atau tidak
sangat berkait rapat dengan pemakanan halal dan haram. Pendidikan dan
pengutkuasaan undang-undang seharusnya bergerak selari agar masyarakat
sentiasa peka dan berusaha dalam mentaati Allah.

22

HADIS BERKAITAN MAKANAN HALAL DAN


HARAM



:













.] . [

Ertinya : Dari Abu ABdillah Numan bin Basyir r.a,Saya


mendengar Rasulullah SAW bersabda, Sesungguhnya yang halal itu
jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkaraperkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang
banyak. Maka, barang siapa yang takut terhadap syubhat, berarti dia
telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan barang siapa
yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam
perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang
23

menggembalakan hewan gembalaannya di sekitar (ladang) yang


dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya.
Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah
adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini
terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini
dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahwa dia
adalah hati (HR. Bukhari dan Muslim).

AYAT AL QURAN BERKAITAN MAKANAN HALAL DAN


HARAM

1.

QS Al Baqarah: 168





Artinya: Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik
dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti
langkah-langkah syaitan, karena sesungguhnya syaitan itu
adalah musuh yang nyata bagimu.

2.

QS Al Baqarah: 172

Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki
yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah
kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu
menyembah.
Di dalam ayat ini, Allah mengulangi kembali agar memakan
makanan yang baik, sebagaimana yang ditegaskan dalam ayat
168. Selanjutnya Allah menyeru agar selalu bersyukur terhadap
nikmat-Nya jika benar-benar beribadah dan menghamba
kepada-Nya.

24

3.

QS Al Baqarah: 173



Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai,
darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih)
disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaan
terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya
dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa
baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang.
Dalam ayat 173 Allah menjelaskan jenis-jenis makanan yang
diharamkan, yaitu bangkai, darah, daging babi, dan binatang
yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah.
Laranagan memakan empat jenis itu juga disebutkan dalam
surah lainnya. Lihat misalnya, dalam surah Al-Anam: 145 juga
al Maidah: 3

RUKHSAH

MAKAN MAKANAN YANG HARAM

Umat Islam diharamkan makan makanan dan minuman yang haram


25

sperti bangkai, arak dan dadah. Walau bagaimanapun dalam keadaan darurat
umat Islam diharuskan makan dan minum yang diharamkan berdasarkan
firman Allahu ta'ala yang bermaksud:
Maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurah) sedang dia
tidak berlebihan dan tidak pula melampaui batas (pada qadar benda
yang di makan itu)' maka tidak berdosa atasnya
Surah al-Baqarah: Ayat 173
Kata rukhsah ( )dalam Islam dalam bahasa bermakna
keringanan. Rukhsah bermakna juga furshah dan rufshah ketiganya memiliki
satu makna. Kata rakhasa lahu fi amri bermakna memberikan keringanan
setelah sebelumnya dilarang. Kata rukhsah bermakna Allah telah memberikan
keringanan bagi hamba pada suatu perkara.

Setiap makanan yang kita makan akan menjadi sebahagian darah


daging kita. Oleh itu, hukum makan makanan haram ketika darurat adalah
HARUS kerana Islam mewajibkan umatnya untuk menjaga nyawa mereka.
Islam mengharuskan kita untuk makan makanan haram ketika darurat. Antara
syarat rukhsah mengambil makanan haram adalah hanya terdapat makanan
yang haram. Kedua, makan hanya untuk menyelamatkan nyawa. Selain
itu, Islam menyuruh kita makan bukan untuk kenyang tetapi mencukupi bagi
meneruskan kelangsungan hidup.

Hikmah rukhsah makan makanan haram ketika haram adalah


membuktikan kepada manusia bahawa agama Islam tidak membebankan
umatnya. Seterusnya, ia memberikan kelongaran kepada umat Islam bagi
menyelamatkan nyawa mereka ketika darurat.

Kesimpulannya, keringanan yang diberikan oleh Allah SWT kepada


hamba-NYA membuktikan bahawa Allah SWT seorang yang Maha Mengasihi.
Allah SWT memberikan kelonggaran kepada umat Islam agar dapat makan
makanan yang haram bagi menyelamatkan nyawa mereka ketika darurat.
26

KESIMPULAN
Kesimpulan daripada topik folio ini, semua makanan baik yang
boleh didapati daripada haiwan ataupun tumbuhan, hukumnya adalah
relative sama ada halal ataupun haram. Kecuali memang jenisnya
haram. Semuanya bergantung kepada hasil cara mendapatkan atau
memperolehinya.

Berdasarkan pendapat para ulama, bahawasanya makanan yang


diharamkan oleh Islam adalah makanan yang memang ditetapkan
haram. Namun untuk makanan yang halal, makanan tersebut boleh

27

dijatuhkan hukum haram semuanya bergantung


mendapatkannya dan cara proses penyembelihan.

kepada

cara

Kadangkala makanan yang haram itu diperbolehkan, dengan


alasan darurat, yang telah dijelaskan oleh Firman Allah SWT dalam kitab
suci Al-Quran, bahawasanya bila orang sudah kelaparan atau darurat,
maka diperbolehkan untuk memakan makanan haram selagi tidak
melanggar syarat rukhsah memakan makanan haram.

Kesimpulannya, makan yang kita makan akan memberikan impak


kepada jasmani mahupun rohani seseorang manusia. Manusia
seharusnya memakanan sesuatu makanan berdasarkan syariah yang
ditetapkan oleh Allah SWT agar dapat hidup dengan tenang, doa juga
dapat dimakbulkan. Allah SWT juga telah memberikan kelonggaran
kepada manusia untuk memakanan makanan haram ketika berada
dalam keadaan darurat. Oleh itu, manusia seharusnya bersyukur
dengan nikmat yang dikurniakan Allah SWT.

RUJUKAN
BUKU
Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2000), Konsep
Kesihatan Melalui Pemakanan Pendekatan Islam Dan
Sains. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Mohd. Hamim Rajikin, Baharudin Omar & Suhaina Sulaiman.
(1997) Pemakanan Dan Kesihatan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa Dan Pustaka

MAJALAH/JOURNAL
Bahagian Hal Ehwal Islam. Jabatan Perdana Menteri. 1993.
Garis Panduan Makanan,

28

Minuman Dan Bahan Gunaan Orang Islam. Edisi Ketiga.


Kuala Lumpur.
JAKIM, (2001). Isu Halal Haram Dan Pensijilan Oleh JAKIM, Fail
JAKIM/(S)/15.00/4/5, 30 Julai.

INTERNET
El-Mouehy,
Mohamed,
(1996).
Halal
Concept,
http://www.cse.unsw.edu.au/~waleed/isoc/hh/halal.htm. 18 Julai 2002.
Logo Halal Dan Autoriti Pengesahan Halal, http://www.islam.gov.my/ehalal/content_view.php?IDarticle=37, Januari 2004.
Halal Explorer.com (2001), Halal & Haram,
http://www.halalexplorer.com/abouthalal.asp. 28 Mei 2003
Harakahdaily.com, (2001), 8 Jan. Tanda Halal Jakim dipersoal.
http://www.harakahdaily.com/jan/m8jan2001_11.shtml. 20 Disember
2002.
Infohalal.net,
(2001),
You
Have
The
Right
To
Ask,
http://www.infohala.net/gde/at%20large/ask.htm, 15 September 2002.

Zahid Ahmad, (1997). Makanan Halal Adalah Baik Untuk Anda, Wanita,
bil.
112,
SeptOkt.,
http://www.muis.gov.sg/warita/warita997/halal.html.html, 25 September 2002.

AKHBAR
Amiruddin Ahmad Kamal, Kerajaan Sedia Selaras Logo 'Halal', Berita
Harian, Ahad,
27 Mei 2001

29

Berita Harian , Kes Logo Halal Palsu yang Dilapor Akhbar, , 3 Ogos
2004
Lokman Ab. Rahman, Mengapa Perlu Logo Halal Malaysia, Utusan
Melayu (M) Sdn Bhd, 9 April 2004.
Norfatimah Ahmad dan Munaarfah Abu Bakar, Badan Khas Kawal Logo,
Sijil Halal Akan Ditubuh, New Straits Times (M) Berhad, Khamis, 17 April
2003
Noraini Abdul Razak, Keraguan Logo Halal, UTUSAN MELAYU (M)
BHD, 14 Februari 2003.
Saidon Idris, Kedah Bakal Jadi Pengeluar Produk Makanan Halal
Utama, Berita Harian, Isnin, 2 September 2002.
Wan Hasnan Hasan, Perkemaskan Pengeluaran Sijil Halal, Utusan
Melayu (M) Bhd, 28 Mac 2003.

30

Anda mungkin juga menyukai