Anda di halaman 1dari 18

1

TERENGGANU SEBAGAI PUSAT PERKEMBANGAN ISLAM TERAWAL DI


MALAYSIA : ANALISA SEJARAH

Rahimin Affandi bin Abd Rahim,


Muhammad Ikhlas Rosele,
Ab Halim Ismail, Huzaimah Ismail &
Nor Adina Abd. Kadir
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
50603 Kuala Lumpur
Emel : faqir_ila_rabbih@um.edu.my

1. Pengenalan
Sejarah adalah ilmu terpenting bagi mematangkan pemikiran manusia. Kepentingan
ilmu sejarah ini terbukti apabila sebahagian besar daripada kandungan al-Quran mengandungi
maklumat sejarah umat yang terdahulu. Pengetahuan sejarah ini bersesuaian kemampuan akal
manusia yang mampu melihat,1 merakam2 menganalisa,3 membuat andaian dan ramalan4
tentang apa yang bakal terjadi di masa hadapan. Hal ini diberikan penekanan oleh al-Quran
terhadap subjek sejarah umat nabi-nabi terdahulu,5 untuk diambil iktibar oleh umat Islam
bagi merangka program perancangan masa hadapan dengan lebih baik dan terancang.
Atas dasar ini, artikel ini akan cuba membuktikan Terengganu sebagai pusat
perkembangan Islam terawal di Tanah Melayu. Apa yang dimaksudkan pusat perkembangan
iaitu pusat aktiviti keislaman melalui perkembangan ilmu agama, perundangan, dakwah,
sistem politik, sosio-budaya dan ekonomi. Untuk mencapai objektif ini, kita akan
menggunakan dua sumber iaitu Batu Bersurat Terengganu dan Perlembagaan Itqan Muluk.
Kajian ini akan cuba meneliti latar belakang masyarakat Melayu-Islam yang melatari Batu
Bersurat dan Perlembagaan Itqan Muluk di Terengganu. Hal ini dilakukan bagi membolehkan
kita mengetahui maksud kandungan kedua sumber ini dan pengaruhnya kepada masyarakat
Melayu-Islam di Terengganu. Hanya dengan cara ini kita dapat berbangga dengan kedua
sumber ini sebagai asas tradisi Islam untuk generasi akan datang, bila mana asas terpenting
kita fahami dan sebaiknya kajian secara mendalam patut dilakukan terhadap asas ini.

2. Kekeliruan Dalam Mentafsir Sumber Kajian

Kedua-kedua sumber (Batu Bersurat Terenganu dan Perlembagaan Itqan Muluk) ini
mempunyai nilai sejarah yang tinggi kerana ia dihasilkan oleh masyarakat Melayu
Terengganu awal dahulu. Hal ini diterangkan bagi menjawab hujah orientalis yang
memperkecilkan tamadun Melayu. Hujah orientalis ini agak stereotype pada semua tamadun
selain barat (oriental). Mengikut pendekatan orientalism tentang manuskrip Islam, terdapat
beberapa aksioma yang dipegang;6
1. " wujud ataupun tidak sesuatu tamadun material dan intelektual bagi sesuatu masyarakat
atau kerajaan bergantung sepenuhnya kepada adanya atau ditemui artifak yang

1
Quran 4:82; 47:22-24
2
Quran 3:190-191
3
Quran 2:164
4
Abdul Halim el-Muhammady (2002) , Tasawwur Islam : Huraian Konsep Dan Implikasi Dalam Kehidupan,
Kuala Lumpur, h. 95-107.
5
Quran 42:13.
6
Rahimin Affandi Abdul Rahim (2011), Metodologi Disiplin Occidentalisme Alternatif: Tumpuan Khusus
Terhadap Pandangan Orientalis Terhadap Hukum Islam, Jurnal syariah, no.2
2

mengandungi maklumat tentang tamadun tersebut." Andainya tidak ditemui artifak


bersejarah ini maka mereka akan menganggap bahawa memang tidak wujud tamadun
yang didakwa ini.
2. Proses tafsiran terhadap artifak ini perlu dibantu dengan sumber artifak dan manuskrip
tamadun lain. Ini kerana mereka menafikan kepintaran masyarakat peribumi
menghasilkan tamadunnya dan perlu bergantung kepada tamadun lain (proses peniruan
dan adaptasi).
3. Mempertikaikan autoriti dan kebenaran sumber sejarah tempatan kerana ia penuh dengan
mitos. Sebagai contohnya, BBT dan sumber sejarah tempatan Melayu dianggap penuh
dengan elemen mitos yang tidak boleh dipakai untuk tujuan penyelidikan ilmiah. BBT
dianggap sebagai tidak penting kerana isinya yang terlalu ringkas dan kabur. Mengikut
sarjana orientalis yang berpegang kepada falsafah logico positiveism, andainya tidak
ditemui sesuatu bukti material yang mengandungi maklumat ilmu Islam ataupun bahan
yang ditemui itu terlalu ringkas, mereka akan mengambil sikap simplistik dengan
mengatakan perkembangan ilmu dan tamadun Islam sebagai tidak ada.

Kesan daripada ketiga pendekatan ini mereka berpendapat bahawa masyarakat


Melayu memang tidak bertamadun dan gagal mempergunakan akal untuk membangunkan
tamadun sendiri. Sebaliknya mereka lebih suka meniru tamadun asing yang bukan berasal
daripada Islam. Untuk tujuan mentamadunkan masyarakat Melayu, mereka perlu dijajah bagi
mengajar mereka. Lebih parah lagi, masyarakat Melayu digambarkan sangat tidak
bertamadun seperti ganas dan sebagainya. Huraian mereka tentang masyarakat Melayu
didasarkan pada gambaran barat yang bertentangan sama sekali dengan gambaran dunia
Islam. Paparan mereka tentang masyarakat Melayu bukanlah sesuatu yang benar dan objektif
sifatnya, tetapi menurut apa yang mereka fahami. Oleh sebab itu, apabila Winstedt
menerangkan tentang sastera Melayu, ia digambarkan seolah-olah sastera Melayu
dipengaruhi oleh budaya Hindu dan agak sedikit sahaja wujudnya elemen Islam.7
Sebagai gantinya, penganalisaan terhadap BBT perlu dibuat dengan cara yang lebih
holistik yang perlu melihat kepada perkembangan yang berlaku selepas era BBT. Kita perlu
melihat perkaitan antara BBT dan Perlembagaan Itqan Muluk. Hal ini bertepatan dengan apa
yang ditegaskan oleh Muhammad Arkoun, selain daripada bukti material, realiti budaya
masyarakat Islam sebagai living evidence juga patut diambilkira apabila mengkaji tentang
sesuatu tamadun dan pengamalan konsep Islam. Maknanya untuk mengetahui bagaimana
bentuk jati diri masyarakat Terengganu silam (semasa BBT wujud) kita perlu melihat kepada
masyarakat Melayu Terengganu sekarang - kerana ianya merupakan penerusan daripada
tradisi budaya dan sosiologi masyarakat silam. Memanglah ada perbezaannya daripada segi
luaran kerana faktor pemodenan tetapi bentuk, sifat dan jatidirinya adalah tetap sama -
mereka terbentuk daripada pengaruh budaya masyarakat Timur Laut Melayu.
Atas dasar ini, bagi penulis, kajian terhadap masyarakat Islam di Terenganu perlu
bergantung kepada bukti material dan budaya masyarakat sekaligus. Bagi BBT yang ada pada
masa sekarang, ia merupakan artifak terpenting yang dapat menjelaskan tentang realiti
pemahaman dan pengamalan Islam di dalam masyarakat Islam silam di Terengganu. Nisbah
isi BBT yang singkat tidak menjadi masalah besar kerana ia telah mencetuskan perbincangan
ilmiah oleh serangkaian sarjana dari pelbagai perspektif. Hal ini mungkin boleh diqiyaskan
dengan keistimewaan Quran. Mengikut Ali Syariati, apabila sesuatu objek ataupun teks yang
ringkas dan umum, ianya akan menjadi evergreen (relevan untuk sepanjang masa), kerana ia
akan terbuka untuk diulas dan dikaji oleh sarjana terkemudian. Untuk jangka masa panjang,
77
Aliza Elias (2012), " Kecenderungan Paksi India : Implikasinya Terhadap Pensejarahan Islam Di Alam
Melayu", Mohd Zaidi Ismal (Edit) Adab Dan Peradaban : Karya Pengi'tirafan Untuk Syed Muhammad Naquib
Al-Attas, MPH publishing, h. 609-627.
3

usaha ini bukan setakat mampu menjana wacana intelektual yang berguna, ianya juga bakal
menjadikannya sebagai bahan sejarah yang sentiasa dihormati.

3. Maklumat Daripada BBT

Terdapat beberapa perkara yang boleh diperolehi daripada BBT. Antaranya;

3.1. Latar Belakang Kepada Wujudnya Tamadun Islam Di Terengganu


Berasaskan kepada BBT, kita dapat melihat wujudnya masyarakat Melayu-Islam yang
agak progresif di Terengganu suatu masa dahulu, masyarakat maritime yang berdaya maju.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa ianya merupakan nucleus asas masyarakat wilayah
Timur Laut Malaysia. Memang agak malang sedikit kerana kajian terhadap masyarakat
Timur Laut Tanah Melayu ini kurang diberikan perhatian oleh sarjana. Kebanyakan kajian
lebih bertumpu kepada bahagian barat dan utara Tanah Melayu,8 walaupun impak dan
kepentingan tamadun masyarakat wilayah Timur Laut ini agak penting dibandingkan dengan
kawasan lain. Masyarakat wilayah Timur Laut9 ini mempunyai beberapa ciri khusus
berbanding dengan kawasan lain; pegangan agama, budaya, bahasa, sistem politik dan
ekonomi. Antara ciri-ciri ini;
Merujuk kepada keahlian masyarakat, sejarah Geo-Politik masyarakat kawasan Timur
Laut merangkumi tamadun kerajaan dan negara kota yang lama dan terkenal, seperti empayar
Champa, China, Terengganu dan Kelantan. Dilaporkan tamadun lama zaman primitif
telahpun wujud di kawasan lembayang kawasan ini. Ini bermakna masyarakat ini bukannya
lahir daripada ruang yang kosong tetapi mempunyai sejarah tamadun silam yang cukup besar.
Ia dikatakan sebagai masyarakat yang telah mampu mencipta barangan besi untuk tujuan
kehidupan.10
Masyarakat Timur Laut ini bersifat kosmopolitan dari pelbagai rumpun teras Melayu.
Proses migrasi kerap berlaku di antara masyarakat di kawasan Timur Laut ini membabitkan
migrasi masyarakat di Terengganu dan Kelantan ke kawasan Thailand dan Kemboja. Hal ini
telah memperkayakan lagi bentuk budaya dan bahasa kawasan terbabit. Hasil kajian terkini
yang dilakukan oleh Yusuf Liu Baojun mendapati ramai masyarakat Islam di kawasan Yunan
China dikesan berasal daripada Terengganu dan Kelantan.11
Dari segi bahasa asas, masyarakat di kawasan ini mempergunakan bahasa (dailek) dan
budaya yang sama bagi kehidupan seharian. Apa yang jelasnya, sistem pengajian agama
dalam bentuk pengajian pondok telah menggunakan bahasa wilayah Timur Laut melalui
sistem tulisan jawi. Kita mungkin tidak tahu siapa dan tarikh sebenar tulisan jawi
diperkenalkan untuk konteks Alam Melayu. Namun begitu, mengikut Omar Awang tulisan
jawi yang dikesan dalam BBT merupakan tulisan paling awal dan lengkap sekali.12

8
Maklumat lanjut boleh didapati dalam Ooi keat Gin (2012), Warisan Wilayah Utara Semenanjung Malaysia,
Pulau Pinang : Penerbit USM.
9
konsep Wilayah Masyarakat Timur Laut ini diperkenalkan oleh Aziz Deraman (2013), Citra Budaya Kelantan,
dalam (edit) Mahmood Zuhdi Abd Majib, Puri Kencana : Kecemerlangan Satu Abad Majlis Agama Islam Dan
Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kota Bharu : MAIK, h. 523-531.
10
Kamis Bin Ismail (2003), Shi'ah Dan Pengaruhnya Dalam Bidang Politik Dan Tasawuf Falsafah Di Alam
Melayu Zaman Tradisional, Tesis Kedoktoran Untuk Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, UKM, Bangi, h.
69-70.
11
kajian tesis kedoktoran yang sedang dilakukan oleh Yusuf Liu Baojun (2012), The Chinese Muslim In The
Malay World And Malay Communities In China: A Study Of Culture Impact, tesis phd untuk Jabatan Fiqh Dan
Usul, APIUM, 2012.
12
Omar Awang (1981), “ The Major Arabic Sources Which Determined The Structure Of Islamic Thought In
The Malay Archipelago Before The Nineteenth Century A.D. In The Field Of Law, Theology And Sufism “,
dalam Islamika, v. 1, h. 80-85
4

Terpenting sekali, penciptaan dan penggunaan tulisan jawi dalam masyarakat Melayu telah
memperkayakan bahasa Melayu13 dalam bentuk tulisan jawi, yang dijadikan sebagai alat
untuk memperkembangkan keilmuan Islam. Fenomena yang mengambilkira elemen
tempatan dalam bentuk memilih bahasa tempatan sebagai medium untuk penyebaran ilmu
agama telah dilakukan oleh sarjana Islam di kebanyakan dunia Islam, seperti penciptaan
tulisan Urdu di India dan tulisan Parsi di Iran berteraskan dari segi bentuknya kepada bahasa
Arab dengan sedikit sebanyak pengubahsuaian.14 Ringkasnya bahasa Melayu mengikut dailek
masyarakat Timur Laut telah menggunakan tulisan jawi sebagai medium untuk
berkomunikasi sesama mereka. Hasilnya, kita boleh mengesan bagaimana memang wujud
persamaan bahasa dan tulisan di antara semua masyarakat Timur laut ini, yang merangkumi
masyarakat Melayu di Terengganu, Kelantan, Selatan Thailand dan Kemboja.15
Bagi kedudukan geografi dan aktiviti ekonomi, kawasan wilayah timur laut ini yang
berada di kawasan Laut Cina Selatan menjadi jalan perdagangan terpenting yang
menghubungkan dunia barat dan timur yang agak luas. Sebahagian besar tamadun kawasan
ini mempunyai pelabuhan maritime yang menjadi pelabuhan core dan tempat persinggahan
perdagangan antarabangsa. Masyarakat kawasan Timur Laut ini dikenali sebagai saudagar,
pelaut dan pembuat kapal yang handal.16 Saki baki industri membuat kapal ini masih lagi
kekal hingga sekarang di Terengganu dan selatan Thailand.
Untuk mengetahui bagaimana bentuk perdagangan di Terengganu, kita boleh merujuk
kepada fakta maklumat yang dicatat oleh pedagang British. Mereka17 bertanggungjawab
mengumpul maklumat tentang negeri Melayu yang mempengaruhi kerajaan British di India
untuk campurtangan di Tanah Melayu. Antara maklumat ini;
1) Terengganu sebagai pelabuhan core18 yang maju - terkenal dengan bahan ekspot emas
dan lada hitam. Terengganu telah menjadi rebutan antara pihak British dengan Belanda
yang mengetahui ianya terletak dalam kawasan dagang yang strategik; jalan dagang
antara Tanah Melayu dengan China ataupun tempat persinggahan jalan dagang antara
kawasan timur dan barat. Dalam hal ini, kapten Joseph Jackson menulis : Terengganu
adalah negeri yang kaya dan maju dan mempunyai pelbagai jenis barangan. Orang
China mempunyai penempatan yang besar dan menjalankan perdagangan yang giat
disini.19
2) Pelabuhan Terengganu dikatakan bersifat kosmopolitan dengan pelbagai bangsa seperti
China, Arab, Parsi dan sebagainya. Urus niaga berjalan dengan baik kerana
pemerintahnya Sultan Mansur menyedari kepentingan menjalinkan hubungan dagang
dengan kuasa besar (China, India dan Tanah Arab) pada masa itu.

13
Maklumat lanjut boleh didapati dalam Amran Kasimin (1987), Perbendaharaan Kata Arab Dalam Bahasa
Melayu, Bangi, 1987.
14
Omar Awang (1980), “ The Trengganu Inscription As The Earliest Known Evidence Of The Finalisation Of
The Jawi Alphabet “, dalam Federation Museums Journal, v. 25, h. 55.
15
Aziz Deraman (2013), Citra Budaya Kelantan, dalam (edit) Mahmood Zuhdi Abd Majib, Puri Kencana :
Kecemerlangan Satu Abad Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kota Bharu : MAIK, h.
523-531
16
Ahmad Jelani Hakim ((2006), Perdagangan Dan Perkapalan Melayu Di Selat Melaka, Kuala Lumpur : DBP,
h. 7-18.
17
Mereka terdiri daripada pedagang British di Abab ke 18 seperti Alexander Hamilton, Thomas Forrest, Francis
Light dan kapten Joseph Jackson yang pernah ke Kuala Terengganu. Lihat Sivachandralingam Sundara Raja
(2001), " Sumbangan Pedagang Negeri (Country Traders) Dalam Penulisan Sejarah Malaysia ", dalam (edit)
Mohamed Redzuan Othman, Jendela Masa : Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato' Khoo Kay Kim, Kuala
Lumpur : Penerbit UM, h. 85-88
18
istilah core dimaksudkan sebagai kawasan yang menjadi tempat perdagangan, membekal keperluan yang
sesuai kepada pelaut, membekal makanan, air dan tempat menginap serta gudang simpanan barangan dan
pasar. Ahmad Jelani Hakim ((2006), Perdagangan Dan Pekapalan Melayu Di Selat Melaka,, h. 4.
19
Sivachandralingam Sundara Raja (2001), h. 86.
5

3) Hubungan diplomatik memang wujud antara kerajaan British di India dengan pedagang
British yang menjadi orang tengahnya.
4) Berlaku pertukaran barangan dagang antara Terengganu dengan British. Ianya terdiri
daripada emas, timah, lada hitam, beras, senjata api dan candu.

3.2. Pusat Islamisasi Tanah Melayu Yang Terawal

Kawasan Timur Laut ini mempunyai sejarah penyebaran Islam daripada Tanah Arab
yang agak panjang. Ia telah menjadi pelabuhan dan persinggahan pedagang asing, khususnya
saudagar Arab dan Parsi yang sama tarikhnya dengan kawasan pantai barat Tanah Melayu.20
Ia bermula sejak tahun 717M apabila khalifah Sulayman Bin Abd Malik menghantar
angkatan tentera ke China yang menyebabkan proses penyebaran Islam telah berkembang di
kawasan pantai pelabuhan ini sejak abad pertama Hijrah lagi.21 Pelabuhan kawasan ini juga
kemudiannya turut dikunjungi oleh laksamana Cheng Ho dalam beberapa siri
penjelajahannya. Hasil daripada kunjungan ini terdapat beberapa tinggalan masyarakat China
Islam seperti masyarakat China Islam dan monumen tertentu di kawasan terbabit.22
Kemuncak perkembangan ini berlaku pada tahun 878M apabila berlakunya pembunuhan
seramai 120,000 umat Islam di China.23 Mengikut catatan Arab, lanjutan daripada peristiwa
ini ramai daripada penganut Islam di kawasan Tenggara China telah berhijrah ke kawasan
Asia Tenggara, termasuklah ke kawasan wilayah Timur Laut ini. Kawasan Alam Melayu juga
telah menjadi tumpuan pelarian Ahl Bayt (keturunan keluarga nabi) daripada Timur Tengah,
yang boleh dilihat dengan wujud masyarakat Syed yang agak ramai di seluruh kawasan
pelabuhan terpenting rantau Alam Melayu seperti Brunei, Sabah, Sulu, Pahang dan
Terengganu.24
BBT secara terang-terangan membuktikan bahawa Terengganu sebagai tempat
terawal di Tanah Melayu yang menerima dan mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh.
Sebelum ini, terdapat teori yang mendakwa Melaka merupakan tempat terawal menerima
ajaran Islam di Tanah Melayu, yang dikaitkan juga sebagai pusat yang memperkembangkan
Islam ke seluruh jajahan takluk empayar Melaka yang lain. Secara mudahnya, kita dapat
mengatakan bukti tempat awal menerima Islam perlu didasarkan kepada wujudnya beberapa
artifak yang khusus, merangkumi (i) kitab atau manuskrip agama, (ii) masjib tertua, (iii)
institusi pendidikan Islam seperti pondok, (iv) kubur seseorang ulamak dan (v) terpenting
sekali pengaruh pemikiran Islam yang berkekalan serta dapat dikesan penggunaanya secara
meluas di dalam masyarakat.25 Seandainya bukti-bukti ini mahu diambilkira, kita akan
bersetuju bahawa kawasan pantai Timur Tanah Melayu lebih memenuhi syarat bukti ini,
kerana kesemua artifak dan bukti ini memang terdapat secara lengkap di kawasan pantai
Timur seperti Terengganu dan Kelantan, dan bukannya di kawasan Pantai Barat Tanah
Melayu.
Hal ini turut dibantu dengan beberapa fakta sampingan yang lain. Antaranya, fakta
sejarah Terengganu yang menjadi tempat persinggahan saudagar Islam Asia Barat dalam

20
Abdul Rahman Abdullah (1990), Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur : DBP, h. 89-90.
21
Kamis Bin Ismail (2003), Shi'ah Dan Pengaruhnya Dalam Bidang Politik Dan Tasawuf Falsafah Di Alam
Melayu Zaman Tradisional, Tesis Kedoktoran Untuk Fakulti Sains Sosial Dan Kemanusiaan, UKM, Bangi, h.
96-101.
22
Hal ini ada dijelaskan oleh Yusuf Liu Baojun, The Chinese Muslim In The Malay World And Malay
Communities In China: A Study Of Culture Impact, tesis phd untuk Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM, 2012
23
Zakaria Ali (1994), Islamic Art In Southeast Asia, Kuala Lumpur : DBP, h. xviii.
24
Mahayuddin Haji Yahya Dan Ahmad Jelani Halimi (1993), Sejarah Islam, Kuala Lumpur : Penerbit Fajar
Bakti, h. 622
25
S. Hossein Nasr (1990), Traditional Islam In The Modern World, London : Kegan Paul International, 1990, h.
13
6

rutin perjalanan dagang mereka ke negeri China antara abab ke 13 dan 14 Masihi. Hal ini
turut dikaitkan dengan fakta Islamisasi wilayah Champa di Indo China dan persamaannya
dengan realiti yang berlaku di Terengganu. Hal ini dibuktikan dengan penemuan Batu
Bersurat di Phang Rang, Champa bertarikh 1309 Masihi.26

3.3. Bukti Pelaksanaan Syariah Islam Dalam Masyarakat Melayu

Dalam BBT tercatat pengisytiharan Islam sebagai agama rasmi di Terengganu yang
disertakan dengan pelaksanaan undang-undang Islam oleh Mandulika bertarikh 22 Februari
1303M. Bagi D.G.E. Hall, proses pendidikan dan perundangan Islam telah bertapak lebih
daripada seratus sebelumnya.27 Hanya selepas Islam benar-benar diterima ramai dan menjadi
asas kehidupan masyarakat Melayu di Terenganu, barulah ianya dicatatkan pada BBT sebagai
pengisytiharan dan peringatan tentang kedaulatan Islam di kawasan tersebut. Ada keterangan
tentang Allah dan Rasul, disamping bukti bahawa sistem perundangan Islam berupa
gabungan antara undang-undang adat dan Islam.28 Ia membabitkan 9 atau 10 hukum dalam
bidang (a) mu’amalat – tentang hutang puitang, undang-undang keterangan, hukuman kerana
enggan membayar denda atau melarikan diri daripada hukuman dan (b) hukuman bagi
kesalahan zina. Namun begitu, sebahagian besar keterangan ini kurang lengkap dan agak
kabur kerana kehilangan sebahagian besar serpihan batunya.29

Kekurangan BBT ini mampu dijawab dengan beberapa perkara;

1. Pandangan Muhamad Yusoff Hashim yang berpendapat bahawa sebenarnya masih lagi
ada beberapa prasasti seumpamanya yang belum ditemui di Terengganu, sesetengahnya
telahpun hilang dan musnah di telan zaman.30
2. Hal ini sesuai dengan sifat BBT sebagai artifak ataupun manuskrip terpenting yang
mengandungi peraturan negara dan masyarakat (seperti Hukum Kanun Melaka). Lebih
tepat lagi, sesuai untuk tujuan codifikasi undang-undang, BBT ini dijadikan rujukan
semua lapisan masyarakat (awam dan bangsawan) dalam soal agama Islam. 31 Atas dasar
ini pastinya BBT ini akan memberikan penjelasan kepada anggota masyarakat, dan
bukannya dicatatkan secara abstrak dan ringkas semata-mata. Jadi, maklumat yang jelas
tentang isu agama tidak boleh diketahui dengan jelas kerana isi kandungannya ada
terdapat dalam BBT yang lain. Tapi sayangnya BBT yang mengandungi maklumat
lanjutan ini telahpun hilang.
3. Maklumat tentang pelaksanaan syariah Islam di Terengganu perlu diperluaskan kajian
kepada Perlembagaan Itqan Muluk.

Hasil kajian yang dibuat terhadap BBT, kita mendapati bagaimana penulisnya
memang memahami Ilmu Usul Al-Fiqh. Bagi penulis, agak mustahil penulisan BBT ini dapat
dilakukan tanpa mengetahui ilmu usul al-fiqh ini secara mendalam. Ilmu usul al-fiqh adalah
ilmu yang mempelajari dasar, metode, pendekatan dan teori yang digunakan dalam

26
S.M. Naquid al-Attas (1969), Preliminary statement on a general theory of the Islamization of the Malay-
Indonesian Archipelago, Kuala Lumpur, h. 12.
27
D.G. E. Hall (1968), A History Of South East Asia, London : St. Martins Press, h. 255.
28
M.B. Hooker (1976), The Terengganu In Malayan Legal History, dalam JMBRAS, v. XLIX, part 2, h. 127-
131.
29
Abdul kadir Muhammad (1996), Sejarah Penulisan Hukum Islam Di Malaysia, Kuala lumpur : DBP, h. 4
30
Muhamad Yusoff Hashim (1991), Terengganu Darul Iman : Tradisi Pensejarahan Malaysia, Kuala lumpur :
DBP, h. 2
31
Abdul Rahman Abdullah (1999), Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur : DBP, h. 60-61.
7

memahami ajaran Islam.32 Atas dasar inilah ianya dikatakan sebagai “ queen of Islamic
sciences.” Hal ini dijelaskan oleh Taha jabir dengan; “ usul al-fiqh is rightly considered to be
the most important method of research ever divised by Muslim thought. Indeed as the solid
foundation upon which all Islamic disciplines are based, usul al-fiqh not only benefited
Islamic civilization but contributed to the intellectual enrichment of world civilization as a
whole.”33 Pandangan ini juga menegaskan bahawa kegunaan usul al-fiqh sepatutnya tidak
dihadkan kepada persoalan hukum Islam semata-mata, tetapi patut dilanjutkan
penggunaannya kepada bidang di luar hukum Islam, khususnya yang membabitkan semangat
dan tatacara kaedah penyelesaian masalah.
Secara mudahnya, pemakaian ilmu usul al-fiqh dapat dikesan dalam beberapa
perkara;
Pertama, maklumat tentang adab dan kaedah terbaik untuk berinteraksi di dalam
agama Islam, yang membabitkan tiga bentuk hubungan iaitu hubungan dengan Allah (ibadat),
sesama makhluk dan alam sekitar (muamalah).34 Ia diikuti dengan penetapan asas motivasi di
dalam melakukan sesuatu pekerjaan penting seperti usaha penyelidikan, yang dapat
diperincikan dengan; (i) mementingkan persoalan niat yang betul sebelum melakukan sesuatu
kerja, (ii) mementingkan kaedah dan kesungguhan di dalam melakukan sesuatu kerja (ijtihad)
demi untuk menjadikannya sebagai amal ibadah di sisi Allah 35 dan (iii) kepentingan untuk
memiliki pelbagai syarat-syarat dan etika36 di dalam melakukan sesuatu penyelidikan
(syarat-syarat untuk seseorang mujtahid)37
Kedua, pendekatan codification yang ditekankan dalam ilmu Usul Al-Fiqh turut
dilakukan dalam BBT. Dalam tradisi keilmuan Islam yang awal, seseorang fuqaha pada
kebiasaannya bukan setakat menyampaikan sesuatu pengajarannya secara lisan semata-mata,
bahkan turut dibukukan untuk menjadi rujukan umum dan masyarakat akan datang.38 Kitab
ini pada kebiasaannya akan dijadikan bahan kajian dan panduan utama kepada golongan yang
terlibat dalam proffesion perundangan.39 Hal yang sama juga telah dilakukan kepada BBT
yang telah digubal secara rasmi untuk tujuan rujukan bagi seseorang pembesar dan
masyarakat awam Melayu agar setiap perlakuan hidupnya bersesuaian dengan kehendak
Islam.40
Mengikut pandangan world-view Islam, syariah Allah merupakan anugerah Tuhan yang
paling berharga diturunkan demi untuk kesejahteraan umat manusia.41 Berbanding dengan
pemahaman sekular yang membezakan antara kehidupan agama dan sosial di dalam suatu
kerangka yang berbeza,42 hal ini tidak berlaku di dalam ajaran Islam. Sebaliknya, Islam di

32
Akh Minhaji (2002), “ Persoalan Gender Dalam Persepktif Metodologi Studi Hukum Islam “, Dalam (Edit
Oleh Siti Ruhaini Dzuhayatin) Rekonstruksi Metodologis Wacana Kesetaraan Gender Dalam Islam, Yogyakarta
: Pustaka Pelajar Offset, h. 200-207.
33
Taha Jabir Al-‘Alwani (1990), Usul Al-Fiqh Al-Islami, Virginia : IIT, h. Xi.
34
Lihat Sebagai Contohnya Mohd Zuhdi Marsuki Dan Amer Saifude Ghazali (2002), Etika Alam Sekitar
Daripada Persepktif Islam, Timur Dan Barat, Kuala Lumpur : Penerbitan Pts , h. 118-135.
35
Yusuf Qardhawi (1996), Fatwa Antara Ketelitian Dan Kecerobohan, Terjemahan Ahmad Nuryadi Asmawi,
Kuala Lumpur, h. 91-115.
36
Lihat Rahimin Affandi Abdul Rahim (2000), “ Etika Penyelidikan Islam : Suatu Analisa “, Dalam Jurnal
Afkar, V. 1, h. 177-196.
37
Mohd. Saleh Haji Ahmad (1999), Pengantar Syariat Islam, Kuala Lumpur : Pustaka Haji Abdul Majid, h.
170-174.
38
Majid Khadduri (1961), Islamic jurisprudence, Shafi’i’s Risala, Baltimore, h. 20-22.
39
Mohd Daud Bakar (1999), “ Usul al-fiqh sebagai kaedah penyelidikan dalam pengajian Syariah “, dalam
Dinamisme pengajian Syariah, h. 39-41.
40
Abdul Rahman Abdullah (1999), Pemikiran Umat Islam Di Nusantara, Kuala Lumpur, hlm 60-61.
41
Quran 7:179 dan lihat juga Ramli Awang (1997), Tasawwur Rabbani Menurut Al-Quran Dan Sunnah, Kuala
Lumpur, h. 179-187.
42
Lihat sebagai contohnya kupasan yang dibuat oleh Muhammad Zainiy Uthman (2001), “ Islam, Sains Dan
8

anggap sebagai al-din (way of life) yang mengandungi peraturan hidup yang lengkap bagi dua
dimensi kehidupan (dunia dan akhirat),43 yang sekali gus telah menetapkan bahawa elemen
perundangan ini bukan setakat untuk difahami semata-mata, bahkan perlu dilaksanakan di
dalam kehidupan seharian.44
Berasaskan kepada pemahaman ini, gabungan yang erat antara pemerintah (agen
penguatkuasa) dan sarjana (agen yang mengkaji, menterjemah dan menyusun formula) amat
diperlukan, yang mana kerjasama ini dilihat amat memerlukan kesungguhan intelektual
(minda) diiringi dengan komitmen dan kesungguhan pemerintah untuk memastikan
kehidupan seharian ummah dijalankan mengikut peraturan Allah.45 Atas dasar inilah sarjana
Islam yang awal telah membangunkan beberapa institusi khusus untuk tujuan merealisasikan
kelangsungan syariah ke dalam masayarakat, yang antara lainnya terdiri dari; (i) pelaksana
dan penguatkuasaan syariah Islam (mahkamah syariah), (ii) menjawab kemushkilan masalah
masyarakat dan mewartakannya kepada masyarakat (institusi fatwa), (iii) Mahkamah rayuan
(Mazalim) dan (iv) agensi untuk memastikan perjalanan aktiviti pentadbiran keewangan
negara mengikut peraturan Islam (Hisbah).46
Ketiga, keterangan tentang pembahagian struktur syariah kepada sumber wahyu dan
bukan wahyu (ijtihad).
Secara telahan mendalam, penulis berpendapat bahawa keterangan tentang Allah dan
Rasulullah yang terdapat di dalam BBT memang bertujuan menerangkan tentang sumber
hukum Islam. Dalam tradisi ilmu usul al-fiqh, pembahagian ini dibuat untuk memperlihatkan
kepada umat Islam bahawa di dalam menyelesaikan sesuatu persoalan kehidupan, selain dari
terpaksa bergantung kepada sumber wahyu (Quran dan Sunnah)47, mereka juga dibenarkan
untuk menggunakan sumber akal fikiran yang terpimpin dan bersifat terhad dikenali dengan
ijtihad.48Keterangan bentuk ini yang mengakui pembahagian sumber hukum kepada dua jenis
juga secara terang-terangan telah diterapkan di dalam BBT49 walaupun dalam bentuk yang
ringkas dan bersesuaian dengan paradigma feudal Melayu.50
Keempat, keterangan tentang hukum jenayah Islam bertepatan dengan world-view
syariah. Keterangan BBT tentang hukum jenayah Islam bukan setakat menjadi bukti bahawa
pelaksanaan hukum Islam memang telah dijalankan di Terengganu, bahkan lebih penting lagi
ia membuktikan wujudnya pemahaman syariah yang bersifat holistic di dalam masyarakat.
Hal ini ditegaskan mengikut world-view hukum Islam biasanya pemahaman tentang hukum
bermula dengan fiqh ibadat, fiqh munakahat, muamalah dan jenayah. Apa yang jelasnya,
pengamalan fiqh jenayah adalah menjadi kemuncak pengamalan syariah bagi
menguatkuasakan elemen pencegahan agar kedamaian akan tercapai dan kerosakan dapat
dielakkan.
Kelima, keterangan tentang konsep maslaha dan siyasah syariah. Pemakaian kedua-
dua konsep dapat diselami dalam BBT secara langsung dengan keterangan tentang hukuman

Pemikiran Objektif : Suatu Perbandingan Ringkas “, dalam Jurnal YADIM, bil. 2, November 2001, h. 146-148;
Lutpi Ibrahim (1993), “ Perhubungan Ilm Kalam Dengan Fikh Dalam Pemikiran Islam “, dalam Antologi
Pemikiran Islam, Shah Alam, h. 17-19.
43
Quran 3:19 dan 85; 2:256.
44
Quran 4: 61 dan 65; 24:46-49.
45
Mahmood Zuhdi Ab. Majid (2001), Bidang Kuasa Jenayah Mahkamah Syariah Di Malaysia, Kuala Lumpur,
h. 61-71.
46
Maklumat lanjut boleh di dapati dalam Auni Haji Abdullah (2000), Hisbah Dan Pentadbiran Negara, Kuala
Lumpur, h. 10-15.
47
Rahimin Affandi Abd. Rahim (1993), “ The Significance Of Ijtihad In The Development Of Muslim Law “,
dalam Jurnal Sarjana, v. 10, h. 85-88.
48
Ibid.
49
Lihat M.B. Hooker (1984), Islamic Law In Southeast Asia, Singapore, h. 10-11.
50
Ibid, h. 33-34.
9

yang bakal dikenakan kepada setiap kesalahan yang dilakukan. Konsep Maslaha ini
merupakan suatu sumber tambahan yang diakui autoritinya di dalam ilmu usul al-fiqh.51Ia
ditakrifkan sebagai manafaat yang ditujukan oleh Allah kepada hamba-hambaNya, demi
untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda.52Setiap perkara dan
tindakan yang mengandungi jagaan dan kawalan terhadap lima perkara penting ini akan
dianggap sebagai maslaha, dan sebarang perkara dan tindakan yang mencabul kelima-lima
perkara ini akan dianggap sebagai mafsadah.53
Manakala bagi Konsep Siyasah Syariah pula, ia merujuk kepada kuasa terhad yang
diberikan kepada seseorang pemimpin umat Islam melaksanakan dan menguatkuasakan
sesuatu dasar yang dapat menjaga maslaha dan menjauhkan mafsadah, walaupun dasar yang
dikuatkuasakan ini tiada ketetapan dan keterangan di dalam Quran dan Sunnah.54Di dalam
BBT, terdapat beberapa ketetapan yang bersesuaian dengan konsep ini. Antaranya adalah
dalam keterangan yang memberi kuasa dan kebebasan yang diberikan kepada pemerintah
Islam menjatuhkan hukuman yang difikirkannya paling sesuai untuk kesalahan jenayah
mu’amalat.
Keenam, pengakuan urf sebagai salah satu dari sumber hukum Islam dan penerapannya
secara berhikmah di dalam undang-undang adat Melayu. Secara jelas, dengan pengetahuan
usul al-fiqh, fuqaha Melayu awal telah mengakui bahawa faktor budaya juga diambilkira di
dalam penetapan hukum dan mempunyai nilai undang-undang di dalam Islam. Bersesuaian
dengan kaedah usul al-fiqh yang begitu teliti dan lengkap, para fuqaha silam telah
mengemukakan beberapa syarat khusus kepada sesuatu urf sebelum ianya dapat diterima
sebagai landasan untuk penetapan hukum.55 Dalam soal ini, fuqaha Melayu telah mengikuti
metode ini dengan memasukkan syarat tambahan dalam soal sifat dan syarat urf bagi
masyarakat Melayu. Rasional pendekatan ini adalah boleh dilihat dari pandangan beberapa
orang sarjana yang mengatakan bahawa sesuatu kebudayaan itu mengandungi beberapa
panduan dan sistem nilai (aksiologi) tentang apa yang baik dan buruk yang sepatutnya
dipatuhi oleh anggota masyarakat.56 Oleh itu, amat wajar sekiranya fuqaha Melayu sendiri
cuba memahami panduan dan sistem nilai ala Melayu ini dengan lebih mendalam dan
menilainya dengan kerangka ilmu usul al-fiqh.
ketujuh, BBT digubal berasaskan kepada karya fiqh Islam sejati. Tidak keterlaluan jika
dikatakan bahawa pengubalan BBT dibuat dengan merujuk khusus kepada beberapa kitab
Timur Tengah yang muktabar. Tanpa menafikan nilai-nilai akademik ini yang kedapatan
dalam budaya Melayu sebelum Islam, pendekatan ini adalah kesan langsung dari disiplin
ilmu usul al-fiqh yang mementingkan kebenaran sesuatu fakta yang dikemukakan. Seseorang
fuqaha Islam telah diajar untuk mengamalkan sikap skeptik dan prihatin terhadap sesuatu
fakta. Untuk tujuan pengesahan, sesuatu fakta itu perlu dinilai dan dikritik secara luaran
(kajian sanad) dan dalaman (kajian Matan).57

51
Mohd Daud Bakar (1996), “ The Discernment Of Maslahah In Islamic Legal Theory “, dalam Monograf
Syariah, v. 4, h. 102.
52
Mohd Noor Deris (2000), “ Keterikatan Maslahah sebagai sumber hukum dengan kepentingan semasa dan
setempat di Malaysia “, dalam Fiqh Malaysia, Kuala Lumpur: al-Baian SDN. BHD, h. 128.
53
Ibid, h. 129-130.
54
Shukeri Mohamad (1999), “ Siasah Syariyyah dan kedudukannya sebagai metod penentuan hukum “, dalam
Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala Lumpur, h. 102-104.
55
Maklumat lanjut tentang syarat-syarat ini boleh didapati dalam Mohd. Salleh Haji Ahmad (2000), “ Urf Dan
Adat Semasa Di Malaysia Sebagai Asas Penentuan Hukum Yang Tidak Dinaskan “, dalam Fiqh Malaysia, Kuala
Lumpur: al-Baian SDN. BHD, h. 108-112.
56
Drs. Mahjunir (1967), Mengenal Pokok-Pokok Antropologi Dan Kebudayaan, Jakarta, h. 44.
57
Sebagai contohnya, sila lihat Che Cob Che Mat (1996), Kriteria Penerimaan Dan Penolakan Hadith : Satu
Kajian Perbandingan Antara Ahl Al-Sunnah Dan Shi’ah, Tesis Ph.D untuk Jabatan Pengajian Islam, Fakulti
Sastera dan Sains Sosial, UM, h. 642-657.
10

Apa yang diamalkan dalam tradisi keilmuan Islam ini kemudiannya telah diterapkan di
dalam BBT, dengan menjadikan kitab rujukan Timur Tengah sebagai sandaran pegangan.58
Kebetulan pula, pada masa ini, pendekatan yang meniru, meringkas dan membuat komentar
terhadap sesuatu karya sintesis zaman awal telah diamalkan secara meluas di dalam tradisi
intelektual Islam.59
Kelapan, pemahaman dan pengamalan islam yang berbentuk syumul. Hasil penelitian
yang dibuat terhadap kandungan BBT, kita dapat memahami bahawa ajaran Islam difahami
oleh masyarakat Melayu-Islam di Terengganu sebagai al-Din (way of life) dan bukannya
terhad kepada persoalan ibadat semata-mata, seperti mana difahami oleh masyarakat Melayu
di zaman kemudiannya.60Kandungan Islam yang kedapatan di dalam BBT adalah
merangkumi seluruh kehidupan bermasyarakat samada dalam bidang pentadbiran,
kekeluargaan, jenayah, muamalah, politik dan sebagainya.61
Apa yang lebih penting lagi, momentum pelaksanaan syariah yang awal di Terengganu
kemudiannya telah menjana perkembangan syariah yang agak dinamik. Terdapat beberapa
bukti yang boleh diutarakan bagi memperkukuhkan dakwaan ini, seperti;
1) mercu tanda terbaik bahawa syariah Islam memang pernah menjadi law of the land di
dalam masyarakat Melayu silam. Atas dasar inilah usaha untuk menghapuskan pemakaian
English Common Law di Malaysia seperti dicita-citakan oleh Profesor Ahmad Ibrahim
memang tidak mustahil untuk dilakukan.62 Ini kerana syariah Islam pernah berfungsi
dengan cukup baik di Tanah Melayu sebelum kedatangan kuasa penjajah British. Fakta
ini turut diperkukuhkan dengan beberapa teori yang utama,63 antaranya;
a) Teori kredo dan Syahadah. Mengikut teori ini, apabila seseorang itu memeluk Islam,
mereka wajib melaksanakan hukum Islam di dalam kehidupan sehariannya. Proses
Islamisasi Alam Melayu secara langsung telah menyebabkan hukum Islam berasaskan
Mazhab Shafi’i dijalankan dan hal ini didorong dengan kewujudan institusi beraja
Islam yang kemudiannya mewujudkan institusi kehakiman Islam dan sistem
pengajian perundangan di dalam masyarakat.
b) Teori Receptio in complex. Memandangkan wujudnya institusi politik dan pendidikan
Islam yang cukup kuat di dalam masyarakat Melayu-Islam, hukum Islam telah
mendapat tempat yang cukup kuat di dalam masyarakat sehingga ianya telah menjadi
adat kebiasaan (Uruf) dan asas untuk jati diri ataupun di dalam masyarakat Melayu.64

58
Maklumat lengkap tentang judul dan nama pengarang kitab-kitab rujukan Timur Tengah ini boleh didapati
dalam Abdullah Alwi Haji Hassa (1979)n, Development Of Administration Of Islamic Law In Kelantan, Tesis
M.phil Untuk University of Kent at Canterbury, h. 515-516.
59
Rahimin Affandi Abd. Rahim (1994), “ Reformasi perundangan Islam di Malaysia : antara impian dan realiti
“, dalam Jurnal Syariah, v. 2, bil. 1, h. 52-53.
60
Rahimin Affandi Abd. Rahim (1994), “ Budaya Taqlid di dalam masyarakat Melayu : satu tinjauan ringkas “,
dalam jurnal Syariah, v. 3, bil. 1, h. 37-38.
61
Untuk maklumat lanjut sila lihat Rahimin Affandi Abd. Rahim (1999), Islamic Legal Reform In Malaysia : A
Critical Analysis, Tesis Ph.D untuk University of Birmingham, h. 173-176.
62
Lihat sebagai contohnya Anuar Ramli (2002), Asas Hukum Dalam Budaya : Kajian Terhadap Beberapa Aspek
Hubungan Social Dalam Kebudayaan Malaysia, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM dan Mohd
Fauzi bin Audzir (2002), Uruf Tempatan Di Negeri Kedah Dan Kesannya Terhadap Perubahan Hukum : Satu
Analisis, Tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM.
63
Imam Syaukani, (1999) Rekonstruksi Epistemologi H.ukum Islam Di Indonesia, Jakarta :PT Raja Grafindo
persada, h. 67-86.
64
Siddiq Fadhil (2006), “ Pertembungan Islam Dengan Budaya Peribumi : Pengalaman Alam Melayu “,Dalam
Md Salleh Haji Ahmad(ed.), Hukum Islam Dan Budaya Tempatan, Kuala Lumpur : Jabatan Fiqh Dan Usul,
APIUM, h. 142-145.
11

Ianya telah sebati menjadi elemen pola cita dan kelakuan di dalam kebudayaan
Melayu.65
c) Teori Reception Exit. Teori ini timbul dengan kedatangan kuasa penjajah barat yang
menguasai ruang politik dan epistemologi masyarakat Melayu sehingga telah
mengacau dan mengugat perkembangan sistem perundangan Islam yang selama ini
telah secara tuntas dijalankan. Pihak penjajah British telah meminggirkan hukum
Islam yang dikatakan bersifat out of dated dan perlu diganti dengan sistem
perundangan barat yang kononnya lebih bersifat moden. Usaha penjajah ini
kemudiannya telah semakin parah lagi apabila system pendidikan perundangan ala
barat diperkenalkan menggantikan sistem pendidikan Islam yang dipinggirkan
daripada arus perdana. Akibatnya, telah lahir beberapa orang pengamal undang-
undang di Malaysia yang begitu ta’asub dengan sistem perundangan barat.66

2) Fakta sejarah yang menunjukkan wujudnya institusi mahkamah yang membicarakan kes
yang dihakimi oleh sultan di Negeri Terengganu. Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan
Islam di Negeri Terengganu masih menjalankan institusi penguatkuasaan syariah Islam
walaupun selepas era BBT.67 Keadaan ini semakin dipergiatkan lagi dengan diwujudkan
undang-undang tubuh Negeri Terengganu, Itqan al-Muluk.68 Hal ini kemudiannya telah
dirosakkan oleh kuasa kolonialisme British yang telah memisahkan agama daripada
sistem politik (dasar sekularisme) di dalam sistem politik pemerintahan kerajaan Melayu.
Agama dikhususkan hanya untuk tujuan peribadi yang sempit, manakala pemerintahan
negara perlu dijalankan mengikut sistem politik Sekular Barat.

3.4. Asas World-View Tauhid Yang Terawal Dalam Masyarakat Melayu Terengganu
BBT secara terang-terangan telah memberi nafas sebenar kepada pembinaan world-
view (pandangan alam semesta) Melayu.69 Hasil penelitian yang dibuat oleh Prof. Hashim
Musa terhadap tipologi sejarah tamadun alam Melayu, mendapati pembinaan tamadun
Melayu ini telah diasaskan dengan enam pandangan world-view yang bersumberkan wahyu
Allah. Keenam-enam pandangan ini telah menjadi pegangan utama masyarakat Melayu
(konsep jati diri Melayu) sehingga pada masa sekarang, yang terdiri antara lainnya; 70
1. Alam ini hasil ciptaan dan tadbiran Allah yang mencakupi alam primordial (arwah), alam
dunia dan alam akhirat. Alam akhirat adalah destinasi dan natijah muktamad dari
kehidupan di alam dunia. Kejayaan hakiki di alam akhirat adalah dapat memasuki syurga
dan kejayaan di alam dunia adalah ketaatan kepada Allah.
2. Islam adalah panduan dari Allah sebagai al-Din yang mengandungi segala peraturan bagi
segala gelagat hidup di dunia untuk individu dan masyarakat demi untuk kejayaan hakiki
mereka.
3. Keyakinan kepada pembalasan yang baik bagi amalan yang baik dan sebaliknya
pembalasan yang buruk untuk amalan yang buruk.

65
Rahimin Affandi Abd. Rahim (2006), “Ulamak dan paradigma menanggani kebudayaan Melayu “, dalam
Hashim Awang(ed.), Othman Yatim dan Nor Azita Che Din (2006), Wacana Budaya, Kuala Lumpur :
APMUM, h. 55-80.
66
Abdullah Alwi Haji Hassan (2003), Pengajian Dan Pengamalan Undang-Undang Islam Di Malaysia : Antara
Tradisi Dan Moderniti, Syarahan Pengukuhan Profesor Untuk APIUM, 7 Hb Julai 2003, h. 5-6.
67
Moshe Yegar (1979), Islam And Islamic Institutions In British Malaya, Jerusalem, h. 76
68
Mohd Nazri Chik (2006), Perlembagaan Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil Al-Suluk 1911 : Ditinjau Dari Aspek Latar
Belakang Dan Pengaruhnya Kepada Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Terengganu, Tesis Sarjana Untuk
Jabatan Fiqh Dan Usul, APIUM.
69
Maklumat lanjut tentang pandangan alam semesta yang difahami oleh masyarakat Melayu boleh didapati
dalam Abdul Rahman Abdullah (1999), Falsafah Alam Semesta Di Nusantara, Kuala Lumpur.
70
Hashim Musa (1994), Merekonstruksi Tamadun, Kuala Lumpur, h. 48-49.
12

4. Wawasan, misi, objektif, niat, strategi dan operasi segala bidang kerja hendaklah
soleh,benar dan mematuhi segala aspek hukum Islam tanpa kompromi, manipulasi dan
tolak ansur.
5. Nilai tertinggi dikaitkan dengan segala perkara yang membantu pembentukan insan yang
beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia yang manafaatnya dapat dinikmati bersama
oleh orang lain.
6. Kehidupan pertengahan dan seimbang antara jasmani, akali dan rohani berasaskan kepada
ilmu pengetahuan dalam bentuk fardhu Ain dan fardhu kifayah.

Pemilihan Islam sebagai asas jati diri ini ternyata telah menguntungkan masyarakat
Melayu kerana seperti mana berlaku kepada masyarakat Arab, Islam juga telah mengangkat
martabat tamadun Melayu ke peringkat antarabangsa.71 Proses ini antara lainnya telah
menimbulkan semangat perpaduan (internationalism) di kalangan umat Melayu bahawa
kedudukan mereka di dalam kerangka Tauhid, Ummah dan ukhuwwah bukan terhad kepada
lingkungan kawasan dan sejarah alam Melayu semata-mata bahkan turut membabitkan
kesemua umat Islam seluruh dunia dari setiap zaman dengan warisan tamadun yang tinggi. 72
Dengan konsep jati diri ini umat Melayu berasa berbangga menganut Islam yang
menjadikan mereka sebahagian daripada serangkaian ummah Islam, seperti mana halnya
golongan Arab yang dipandang mulia oleh masyarakat Melayu.73 Faktor inilah juga yang
menyebabkan di dalam sejarah alam Melayu kerap berlaku penentangan umat Melayu
terhadap kuasa penjajah barat yang dianggap sebagai kuasa kafir74 dan hal ini telah diakui
sendiri oleh mubaligh Kristian yang mengatakan bahawa orang Melayu sebagai golongan
yang kuat berpegang kepada agama Islam.75 Apa yang jelasnya, sifat keMelayuan yang
begitu sebati dengan Islam ini telah mengakibatkan sebarang serangan yang dibuat terhadap
Islam akan dianggap seperti serangan yang dibuat terhadap asas kebudayaan Melayu.76

4. Maklumat Daripada Perlembagaan Itqan Muluk

Kita dapat mengesan beberapa perkara yang berkaitan dengan perkembangan Islam di
Terengganu daripada PIM ini. Antaranya;

4.1. PIM Sebagai Bukti Keunggulan Formula Bernegara dan Nasionalisme Islam Di
Tanah Melayu.
PIM dapat dijadikan bukti memang wujud bahan literature tentang konsep
nasionalisme Islam mengikut acuan tempatan di Malaysia, sebelum kedatangan British.
Walaupun sarjana British selalu menganggap formula Melayu sebagai tidak boleh
dipertanggungjawabkan untuk konsep ilmu sebenar yang penuh dengan elemen feudalism-
mitos,77 sejarah membuktikan ianya berjaya dilaksanakan dalam kehidupan bernegara,

71
Ibid, h. 50.
72
Rahimin Affandi Abdul Rahim (2000), “ Kebudayaan Melayu Dan Islam Di Nusantara : Satu Analisa
Pengkaedahan “, dalam Seminar Hukum Islam Semasa 111 Peringkat Kebangsaan 2000, Anjuran Jabatan Fiqh
dan Usul, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, pada 7-8hb. November 2000, h.18-19.
73
William Roff (1980), The Origins Of Malay Nationalism, Kuala Lumpur : Oxford University Press, h. 41.
74
Maklumat lanjut boleh didapati dalam Abdul Rahman Abdullah (1994), Gerakan Anti Penjajahan Di
Malaysia 1511-1950 : Pengaruh Agama Dan Tarikat, Kuala Lumpur : Penerbit Kintan.
75
Charles Tisdall (1916), “ Ideas Of Mohammedan Malaya “, dalam The Missionary Review Of The World, v.
xxxiv, h. 348-349.
76
Isabella Bird (1967), The Golden Chersonese And The Way Thither, Kuala Lumpur, h. 20.
77
Rahimin Affandi Abd Rahim (2010), “ Pemodenan Dan Kesejahteraan Manusia Dari Perspektif Orientalism “,
dalam Seminar Serantau Islam dan Kesejahteraan Sejagat, Fakulti Usuluddin, UNISSA, Brunei, pada 24-25
Februari 2010.
13

sehingga melahirkan pelbagai tamadun material dan intelektual yang tinggi. 78 Ia menjadi
bukti keunggulan pemikiran sarjana Melayu silam. Selain daripada PIM ini negeri-negeri
Melayu di Tanah Melayu memang mempunyai legal digestnya yang pelbagai. Tinggal lagi,
terserah kepada sarjana di Malaysia mengkajinya untuk kepentingan negara. Ia bakal
dijadikan bahan utama untuk mengkaji tren pemikiran Melayu oleh pengkaji akan datang.
Sebagai contohnya terdapat beberapa faedah yang bakal diperolehi apabila kajian dibuat
terhadap legal digest ini.
1. berbanding dengan legal digest lain seperti Hukum Kanun Melaka yang begitu ketara
elemen feudalism Melayu,79 ternyata PIM agak berkurangan unsur feudalism ini, tetapi
lebih dicirikan dengan semangat dan prinsip Islam sejati. Lebih tepat lagi memang telah
berlaku penambahbaikian unsur-unsur Islam dalam legal digest ini kerana faktor
pendidikan Islam yang berterusan berkembang dalam masyarakat Islam Terengganu.80
2. Apabila Prof Ahmad Ibrahim memperjuangkan agar Malaysia menolak penggunaan
English Common Law, beliau telah meminta beberapa orang sarjana Malaysia
mengemukakan realiti wujudnya Common Law Melayu-Islam di Malaysia yang
berasaskan kepada pelbagai legal degist silam ini. Maknanya jauh sebelum kedatangan
kuasa British masyarakat Melayu telahpun mengamalkan sistem perundangan yang
tersendiri berteraskan ajaran Islam sejati. Sebahagian besar daripada sistem perundangan
Islam ini telah menjadi uruf Melayu yang kekal sehingga sekarang.81
3. gesaan untuk melaksanakan perundangan Islam di Malaysia semasa memang ada asasnya
yang boleh dirujuk kepada PIM ini. PIM secara terang-terangan menetapkan bahawa
syariah Islam perlu dilaksanakan di negeri Melayu Islam Terengganu. Sebagai contohnya
Mohd Nazri Chik menegaskan bahawa cita-cita pelaksanaan undang-undang hudud di
Malaysia bukan lah perkara baru kerana semangatnya memang telahpun ada dan pernah
dilaksanakan dalam masyarakat Melayu Terengganu dahulu.82

4.2. PIM Dan Butiran Nasionalisme Melayu-Islam Sejati.

Secara langsung kita dapat mengesan beberapa intipati nasionalisme Melayu-Islam


yang terkandung di dalam PIM. Ianya terdiri daripada;
1. semangat sayangkan tanahair sangat diperlukan kerana tanah air merupakan tapak utama
untuk dilaksanakan pengabdian kepada perintah Allah. Hal ini jelas boleh difahami
dengan pengisytiharan Terengganu sebagai negeri bangsa Melayu yang berpegang pada
prinsip Islam. Dalam soal ini ketinggian syiar dan syariah Islam menjadi prioriti utama
kerajaan Islam di Terengganu.
2. Pengubal PIM memahami bahawa sifat sayangkan tanahair dan perpaduan ummah Islam
adalah fitrah mulia yang jadi pendorong lahirnya kerajaan Islam. Kerajaan Islam ini

78
Rahimin Affandi Abdul Rahim (2012), " Formula Ketatanegaraan Melayu-Islam Di Alam Melayu : Rujukan
Khusus Kepada Perlembagaan Itqan Al-Muluk ", dalam Persidangan Serantau Kearifan Tempatan 2012, Pada
15-16 Oktober 2012, Di Pulau Jerjak Rainforest Resort.
79
Ahmad Faisal Bin Abdul Hamid (2011), “Merekonstruksi Sejarah Islam Di Alam Melayu: Analisis
Occidentalism “,World Congress For Islamic History And Civilization (WOCIHAC 2011), anjuran Jabatan
Sejarah dan Tamadun Islam, di Balai Ilmu Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, pada 10-11/2011
80
Rahimin Affandi Abdul Rahim (2010), Batu Bersurat Di Terengganu : Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan
Syariah Islam, Jurnal Fiqh, APIUM, v. 6.
81
Rahimin Affandi Abd. Rahim (2003), “Pengamalan Ilmu Usul Al-Fiqh Di Dalam Sastera Undang-Undang
Melayu : Satu Analisa“, Dalam Muhammad Mokhtar Hassan(ed.) Kesusasteraan Dan Undang-Undang,
Penerbitan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, h. 158-179.
82
Mohd Nazri Chik (2006) Perlembagaan Itqan Muluk Bi Ta’dil Al-Suluk 1911ditinjau Dari Aspek Latar
Belakang Dan Pengaruhnya Kepada Pelaksanaan Undang-Undang Islam Di Terengganu, tesis sarjana untuk
APIUM, h. 62-72.
14

diperlukan bagi melaksanakan pelaksanaan syariah dan memungkinkan syiar Islam


berkembang pesat. Ianya bertepatan dengan teori Ibn Khaldun bahawa fitrah dan sifat
sayangkan bangsa sendiri adalah anugerah Allah pada setiap manusia. Ia umpama alat
kelamin yang disediakan Allah untuk semua manusia. Andainya alat kelamin ini
digunakan untuk tujuan yang haram ia menjadi salah dan andainya digunakan untuk
tujuan yang betul ia dapat menjadi asas kekuatan diri. Begitu juga seandainya manusia
dilahirkan tanpa mampunyai alat kelamin ia akan dianggap sebagai tidak sempurna.
Secara rasionalnya kita mengakui bahawa andainya manusia dilahirkan tanpa alat kelamin
ia akan dianggap sebagai tidak lengkap. Ini kerana dengan bantuan alat kelamin ini
banyak manafaat yang bakal terhasil untuk kepentingan manusia. Jadi, secara logiknya
alat kelamin ini, ada ataupun tiada bukan menjada masalah besar tetapi mesti tertakluk
kepada ketaatan kepada hukum Allah.83 Bagi Dr Burhanuddin Helmi, memang semangat
sayangkan tanahair ini mampunyai hubungan simbiotik (saling berkait) dengan Islam.
Terdapat empat elemen yang berkaitan dengan semangat sayangkan bangsa ini iaitu
iman,diri, bangsa dan watan. Iman berdiri di atas diri. Diri berdiri di atas bangsa dan
bangsa mesti berdiri di atas watan. Seperti mana manusia perlukan kebebasan dan
kemerdekaan untuk hidup dan melayakkannya dikenakan taklif syarak, maka
kemerdekaan bangsa dan watan sangat diperlukan untuk memastikan agama dapat
ditegakkan di atas bumi.84
3. berusaha memastikan tanahair diperintah dengan peraturan yang betul. Ianya juga
berusaha memastikan agar penyelewengan pemerintah dan kezaliman tidak berlaku dalam
pemerintahan negeri. Atas dasar PIM meletakkan asas yang menyusun atur pemerintahan
negeri Islam moden. Ia terdiri daripada (a) bentuk, struktur dan pengendalian
pemerintahan negeri dan (b) pentadbiran undang-undang.
4. Menerapkan pengaruh sistem politik Islam dalam pemerintahan negeri. Hal ini boleh
dirujuk kepada beberapa perkara utama, (a) prinsip Ahl Hall Wal Aqd (fasal 1), (b) syarat
seorang pemimpin dan cara pemecatan seandainya berlaku kepincangan (fasal 5), (c)
supremasi hukum Islam (hingga boleh pecat menteri yang berdosa) (fasal 7, 37 dan 9), (d)
konsep Syura, (e) masalah kecacatan tugas raja (fasal 11,12 dan 14), (f) konsep Bay'ah
(fasal 25), (g) mengakui hak golongan bukan Islam (fasal 39) dan (h) teras terpenting
PIM yang pastikan kedaulatan Islam tidak dicabar (fasal 51).
5. berusaha menjaga kebajikan kerabat diraja Terengganu kerana mereka ahli kepada
pemerintah Terengganu;
6. Menetapkan konsep ketuanan Melayu berasaskan neraca Islam. Namun begitu, ianya
bukan bersifat eksklusif untuk bangsa Melayu Terengganu semata-mata tetapi terbuka
sama kepada bangsa Islam yang lain ( buktinya bangsa bukan Melayu yang memeluk
Islam akan dianggap sebagai saudara sendiri oleh orang Melayu).
7. kedaulatan dan kemerdekaan Terengganu wajib dikekalkan daripada dijajah oleh kuasa
asing.
Kesemua intipati ini menjadi bukti bagaimana PIM bukan setakat cuba mengekalkan
survival Melayu, bahkan turut mengandungi elemen nasionalisme yang tidak bertentangan
dengan nilai Islam. Terpenting lagi, dalam Fasal 52 PIM menerangkan;
“ sesungguhnya telah disifatkan dan disebutkan dan ditetapkan selama-lamanya
kerajaan Terengganu ini kerajaan Islamiyyah Melayuwiyyah, ialah yang dikatakan
ugama negeri dan kerajaan maka tiadalah boleh sekali-kali sebarang ugama lain
dijadikan atau disebut ugama negeri, sekalipun banyak segala bangsa dan ugama
diamankan dan dibenarkan masuk diam di dalam negeri dan jajahan Terengganu.”
83
Saleh Faghizadeh (2004), Sosiologi Sosiologi, Mohd Fauzi Yaacob (terj.), Kuala Lumpur : ITNMB, h. 15-118
84
Kamaruddin Jaffar (2000), Dr. Burhanuddin Al-Helmy; Pemikiran Dan Perjuangan, Kuala Lumpur : IKDAS,
h. 48-51.
15

4.3. Gabungan Ulamak Dan Umara Dalam PIM

Ulamak telah bertindak sebagai pemikir dan penyelesai masalah ummah - ancaman
campur tangan penjajah British di Terengganu (kerana ulamak memang mengikuti
perkembangan politik yang berlaku di negeri Melayu lain). Dalam soal ini, mereka telah
mengamalkan kaedah pemikiran strategik bagi menghadapi campur tangan penjajah British
yang bakal mendesak dan mempengaruhi sultan Melayu. Hal ini dirujuk kepada usaha
mengekang campurtangan British dan mengekalkan kedaulatan negeri sebagai sebuah negeri
Islam. Usaha untuk mengekang campurtangan kuasa British ini boleh dilihat dalam fasal 14
PIM menetapkan;
“ maka tiada lulus dan tiada sah sekali-kali Raja membuat perjanjian atau ikhtiar
melepas atau menyerahkan negeri dan kerajaannya itu atau suatu bahagian daripada
kuasa kerajaan atau Huquqnya itu kepada sebarang mana-mana kerajaan atau kepada
kuasa-kuasa bangsa Eropah atau lainnya. Maka jikalau raja cubai lalui larangan dan
tegahan ini nescaya disifatkanlah akan dia memecahkan amanah yang diletakkan atasnya
serta tiada sah perbuatan yang demikian itu. Maka tatkala itu tiadalah diwajibkan di atas
ahli-ahli kerajaan dan segala rakyat bersetia lagi dengan dia haruslah diturunkan dia
daripada taktha kerajaannya dan diangkatkan gantinya pula.”
Fasal 14 ini secara terang-terangan menetapkan bahawa tidak sah raja yang menerima
persekutuan dengan kuasa kafir luar. Hal ini ternyata betul kerana fasal 14 ini telah
menyulitkan tugas Harold Mac Michael memujuk sultan Terengganu untuk menandatangani
persetujuan penubuhan Malayan Union yang membawa erti penyerahan kuasa negeri kepada
penjajah British.85
Sarjana Melayu yang terlibat dalam menyusun PIM secara langsung bertindak di atas
kesedaran nasionalisme Melayu. Mereka mengamalkan kaedah pemikiran aktif dan proaktif
serta strategik dalam menghadapi masalah di zamannya. Mereka bukan sahaja mengamalkan
pendekatan pemikiran reaktif, tetapi telah dapat meramalkan apa yang bakal terjadi (pihak
sultan akan akur untuk tunduk dan bernaung di bawah naungan British) dan menyediakan
pelan untuk mengatasi hal ini berlaku.
Secara kronologi sejarahnya, PIM merupakan kesinambungan zaman keagungan
Islam sebelumnya di Terengganu iaitu daripada era batu bersurat lagi. Memang telah wujud
kerajaan Islam yang berdaulat sejak zaman batu bersurat lagi di Terengganu. Tradisi budaya
ilmu dan pendekatan yang mengutamakan pemerintahan Islam yang diamalkan di Terenganu
di zaman selepas era BBT telah menjadi living tradition yang berpanjangan di Terengganu
yang kemudiannya mencetuskan kelahiran PIM.86

4.4. PIM Dan Sistem Pendidikan Islam

Mustahil PIM ini lahir daripada ruang yang hampa dan mesti ada sebab yang
mendorong ianya ditulis. Ini membuktikan bahawa sistem pengajian Islam memang
berkembang pesat di zaman ini sehingga mampu menghasilkan Perlembangaan Itqan Muluk
ini.
Sejarah pendidikan Islam di Alam Melayu ternyata telah mampu melahirkan modal
insan yang kompeten, termasuklah ilmuan Islam yang bertindak sebagai penasihat kepada

85
Zainal Abiding Abdul Wahid (1992),” Penubuhan Kongres Melayu Se-Malaya Dan Kelahiran UMNO “
Dalam Zainal Abiding Abdul Wahid Et.Al, Malaysia : Warisan Dan Perkembangan, Kuala Lumpur : DBP, h.
193-195
86
Rahimin Affandi Abd Rahim, (2010) Batu Bersurat Di Terengganu : Satu Tafsiran Terhadap Pelaksanaan
Syariah Islam, Jurnal Fiqh, Jabatan Fiqh & Usul, APIUM, h. 18-45.
16

pemerintah. IPT Islam ini bukan setakat membekalkan modal insan biasa, bahkan mengajar
mereka sebagai pemikir masyarakat. Memang ada sukatan pelajaran (usul fiqh) yang
mengajarkan pelajar kepentingan mengambilkira realiti tempatan Tanah Melayu dalam
bertindak.87 Ulamak ini tidak seperti dikatakan oleh sarjana barat yang hanya bertindak
menterjemahkan karya timur tengah semata-mata. Bahkan mereka mampu mengadun ilmu
Islam agar sesuai dengan kehendak Tanah Melayu. Maknanya teori ilmu politik Islam ini
berjaya dijelmakan dalam bentuk pelan bertindak untuk diamalkan dalam masyarakat.
Ia menggabungkan prinsip politik Islam dengan ciri-ciri tempatan Terengganu pada
masa itu. Mustahil hal ini timbul tanpa wacana ini dijana dan disentuh dalam perbincangan
ilmu pada masa itu. Ia juga membuktikan memang wujud interaksi antara negeri Terengganu
dengan Timur Tengah88 - yang membekalkan maklumat tentang konsep-konsep Islam kepada
pemerintah Islam di Terengganu dalam bentuk PIM.
Apa yang menarik lagi, penerimaan konsep-konsep politik Islam ini dibuat secara
selektif dan sentesis yang disesuaikan dengan realiti Tanah Melayu. Tidak hairan apabila
banyak daripada formula Islam daripada Alam Melayu ini telah tersebar kepada masyarakat
Timur Tengah. Hal ini kemudiannya dapat memperkayakan lagi bahan keilmuaan Islam.
Contoh yang lain boleh dilihat dengan formula Harta Sepencarian yang diperkenal oleh
Syeikh Daud Patani di peringkat dunia dan kemudiannya formula ini telah diterimapakai
sebagai kaedah yang baku untuk menyelesaikan masalah pembahagian harta selepas
berlakunya perceraian.89
Suatu hal yang agak menarik untuk dikaji adalah wujudnya gabungan antara ulama
dan umara yang cukup kuat dalam pentadbiran negeri Terengganu. Ini terbukti apabila
ulamak memainkan peranan aktif dalam pentadbiran negeri sehingga sekarang. Di zaman
Terengganu silam ini, peranan ulamak bukan setakat mengasaskan tetapi terlibat secara
maksimum dalam pentadbiran negara. Kita dapat mengetahui bagaimana ulamak Terengganu
terlibat sebagai penasihat dan meletakkan batu asas kepada perlembagaan negeri. Ianya juga
menjadi bukti bagaimana ulamak Terengganu bertindak di luar sistem pemerintahan negeri
sebagai agen yang menjana dan mencetuskan semangat nasionalisme awal. Hal ini boleh
dirujuk kepada kes penentangan Haji Abdul Rahman Limbung.90

4.5. PIM Dan Tradisi Agama Masyarakat Melayu Terengganu.


Masyarakat Terengganu ini amat kuat pegangan agama dan tradisi pengajian agama.
Ia mempunyai tapak dan tinggalan warisan sejarah yang membuktikan proses Islamisasi
terawal di Tanah Melayu. BBT menjadi lambang kebanggaan masyarakat Islam di
Terengganu yang bakal membentuk jati diri Islam yang jitu. Setiap manusia dalam
menangani kehidupannya terpaksa bergantung dan mengambilkira tiga dimensi (telah lalu,
sekarang dan akan datang). Ketiga-tiga dimensi ini perlu ditangani secara seimbang. Asas
telah lalu (turath) tidak boleh ditinggalkan kerana ia merupakan pedoman berguna bagi kita
menghadapi zaman sekarang dan akan datang. Warisan silam ini dihasilkan melalui

87
Rahimin Affandi Abd. Rahim, Abdullah Yusof, Ruzman Md. Noor & Nor Adina Abdul Kadir. (2011),
Pemikiran Pendidikan Islam Dalam Sejarah Tradisi Alam Melayu: Analisis Kritikal. Dalam Prosiding
International Conference Of Islamic Civilization And Malay Identity 2011 (ICICMI2011), h. 17-30 (ISBN:978-
967-5478-44-4)
88
Lihat Mohamed Redzuan Othman (2001), " Pengaruh Timur Tengah Dalam Perkembangan Awal Kesedaran
Politik Melayu ", dalam (edit) Mohamed Redzuan Othman, Jendela Masa : Kumpulan Esei Sempena Persaraan
Dato' Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur : Penerbit UM, h. 245-247.
89
Rahimin Affandi Abd. Rahim (2006), “Ulamak Dan Paradigma Menanggani Kebudayaan Melayu “, dalam
Hashim Awang(ed.), Othman Yatim dan Nor Azita Che Din (2006), Wacana Budaya, Kuala Lumpur : APMUM,
h. 55-80
90
Timah Hamzah ( 1981), Pemberontakan Tani 1928 Di Terengganu : Satu Kajian Ketokohan Dan Kepimpinan
Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Lumpur : DBP, h. 26-125.
17

pengalaman pemikiran sarjana lalu bakal menjadi akar kekuatan diri setiap manusia, agar ia
tidak melupai akar umbi sejarahnya, tanpa akar umbi sejarah ini, manusia akan hilang
identitinya (seperti kiambang di atas air yang tiada bumi untuk ia menyalurkan akar yang
menyebabkan ia tidak tahan lama).91 Apa yang ditegaskan oleh Zainal Kling bahawa
masyarakat peribumi akan berbangga dengan tinggalan sejarah silam yang kemudiannya akan
memperkukuhkan lagi semangat perpaduan sesama ahli masyarakat. Hal ini tidak akan
berlaku kepada masyarakat yang tidak mempunyai akar umbi sejarah yang boleh
dibanggakan.
Kawasan ini mempunyai sejarah sistem pengajian ilmu agama yang agak panjang
dengan pelbagai ulamak yang bertaraf dunia. Mohamed Redzuan Othman telah mencatatkan
bahawa seorang ulamak Terengganu, Abdul Malik Abdullah telah dikenali ramai pada abad
ke 18-19 yang terlibat mengajar di Masjidil Haram, di samping terlibat menulis kitab agama.
Tokoh ini turut dikenali ramai bukan setakat oleh pelajar daripada rantau Alam Melayu
bahkan juga kepada pelajar Arab.92 Karya tulisan tokoh ini dikatakan telah dijadikan sumber
rujukan utama oleh serangkaian pondok di Alam Melayu.93
Reputasi Terengganu sebagai pusat ilmu agama Islam terserlah apabila ianya dikenali
sebagai Serambi Mekah suatu masa dahulu selain daripada Kelantan dan Acheh. Gelaran
Serambi Mekah ini mempunyai beberapa maksud utama;
1. Tempat ini telah menjadi tempat persiapan awal yang wajib dihadiri untuk pelajar agama
yang ingin melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi ke Mekah.94
2. Terdapat ungkapan yang menyebut bahawa sesiapa yang belajar di tempat ini mutu ilmu,
autoritinya dan suasana masyarakatnya bersamaan seperti belajar di kota Mekah.
Maksudnya, bagi sesiapa yang tidak berpeluang belajar di Mekah, sudah memadai
andainya mereka berpeluang belajar di kawasan Serambi Mekah ini.95
3. Kawasan Serambi Mekah ini terkenal dengan pengamalan budaya Rehlah Ilmiah.96
Konsep ini menuntut pelajar agama sentiasa berusaha keras di dalam menuntut ilmu di
pelbagai tempat tempat yang berbeza, bukan setakat untuk menimba ilmu bahkan
pengalaman (seperti menyaksikan sosiologi masyarakat yang berbeza). Hasilnya,
pengamalan konsep ini akan melahirkan ulama Islam yang mantap dari segi ilmu, akhlak
dan pengalaman hidup yang kemudiannya mengikut epistemologi Islam bakal melahirkan
hikmah (kebijaksanaan).97 Apa yang jelasnya pengamalan budaya rehlah ilmiah ini telah
secara langsung memankinkan perkembangan ilmu Islam di kawasan Timur Laut dan
sekitarnya.

91
Zainal kling, (2000), “ Keranamu Malaysia : Negara Itu Adalah Akar Umbi Kehidupan Dan Essensi
Kewujudan Manusia “, Dalam Perpaduan, Bil. 3, h. 4-11
92
Lihat Mohamed Redzuan Othman (2001), " Pengaruh Timur Tengah Dalam Perkembangan Awal Kesedaran
Politik Melayu ", dalam (edit) Mohamed Redzuan Othman, Jendela Masa : Kumpulan Esei Sempena Persaraan
Dato' Khoo Kay Kim, Kuala Lumpur : Penerbit UM, h. 245-247.
93
Md Sidin Ahmad Ishak (1992), Malay Book Publishing And Printing In Malaya And Singapore 1807-1949,
Tesis Phd, University Of Stirling, 1992, h. 107.
94
Rahimin Affandi Abd. Rahim (2003), “ Analisis Sejarah Dakwah Dan Jalinan Intelektuaal Rantau Malaysia-
Indonesia “, dalam (edit oleh Zulkiple Abd. Ghani) Jaringan Dakwah Malaysia-Indonesia, Terbitan Jabatan
Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, UKM dan Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (UMSU), Bangi, h.
47-74.
95
Aziz Deraman (2013), Citra Budaya Kelantan, dalam (edit) Mahmood Zuhdi Abd Majib, Puri Kencana :
Kecemerlangan Satu Abad Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan, Kota Bharu : MAIK, h.
529.
96
Azyumardi Azra (1998), Esei-Esei Intelektual Muslim Dan Pendidikan Islam, Jakarta : LOGOS, h. 89-90
97
Rahimin Affandi Abd. Rahim, Ruzman Md. Noor & Nor Adina Abdul Kadir ( 2011), " Pemikiran Pendidikan
Islam Dalam Sejarah Tradisi Alam Melayu: Analisis Kritikal ". Dalam Prosiding International Conference Of
Islamic Civilization And Malay Identity 2011 (ICICMI2011), h. 17-30
18

4. Sistem pengajian ilmu Islam telah disusun rapi dengan mengambilkira realiti tempatan
wilayah Timur laut. Ianya dibuat secara sentesis bila mana ulamak Melayu telah meniru
bentuk halaqat pengajian ilmu-ilmu Islam daripada sistem pengajian Masjidil Haram di
Mekah yang disesuaikan dengan ciri-ciri tempatan Melayu dari segi bentuk asrama, style
pakaian dan sebagainya yang melahirkan sistem pengajian pondok yang lebih
berorientasikan tempatan.98 Ringkasnya, tindakan ulamak Melayu ini didorong dengan
prinsip mengakui keabsahan dan menghormati kebudayaan tempatan Melayu dan tidak
meniru secara bulat-bulat kesemua unsur-unsur dari Timur tengah.

Hal ini kekal sehingga sekarang apabila Terengganu mempunyai institusi pendidikan
Islam (pondok, IPT dan Maahab Tahfiz) dan jumlah pelajar agama yang secara relatifnya
agak tinggi di Malaysia.99 Ini termasuk juga dengan jumlah pelajar daripada kawasan ini
yang melanjutkan pelajaran agama di beberapa universiti Islam di Timur Tengah. 100 Rata-
ratanya masyarakat Islam di kawasan ini tidak merasa cukup dan berpuas hati dengan segala
pencapaian positif yang terhasil daripada kesedaran kebangkitan semula Islam di tahun-tahun
1970-1980an, memandangkan pada masa yang sama penyebaran fahaman sekularisme tetap
juga secara utuh berkembang di Malaysia seiringan dengan timbulnya kesedaran Islam.101
Apa yang boleh dibanggakan lagi, hingga pada masa sekarang, keluarga Melayu di
Terengganu amat mementingkan kecemerlangan anak-anak mereka dalam bidang
pendidikan. Hal ini terserlah apabila setiap tahun negeri Terengganu ada mencatatkan
keputusan peperiksaan peringkat rendah dan menengah yang tertinggi di Malaysia.

5. Kesimpulan

Sebagai rumusan akhir, setakat yang telah dikemukakan dengan panjang lebar dalam
kajian ini, dapat dikatakan bahawa negeri Terengganu memang merupakan tempat terawal di
Tanah Melayu yang menerima dan menghayati ajaran Islam secara holistik. Kesemua perkara
ini boleh dirujuk kepada dua sumber sejarah Terengganu, Batu Bersurat Terengganu dan
Perlembangaan Itqan Muluk. Walaupun kandungan BBT ini agak ringkas, tetapi maklumat
yang boleh diperolehi secara apa yang tersurat dan tersirat daripada BBT adalah agak banyak
sekali. Maklumat pengamalan ajaran Islam di dalam BBT ini kemudiannya diteruskan dalam
masyarakat Melayu Terengganu dalam bentuk yang lebih dinamik lagi. Hal ini secara
langsung dapat dikesan maklumatnya daripada Perlembangaan Itqan Muluk. Setakat yang
telah dibentangkan, kita dapat mengetahui masyarakat wilayah Timur Laut yang agak unik
dan mempunyai elemen konstektual yang tersendiri berbanding dengan masyarakat Islam
daerah lain di Malaysia. Demi untuk melengkapkan lagi pandangan ini, suatu kajian lanjutan
khususnya di peringkat pasca siswazah perlu dilakukan, sekurang-kurangnya bagi menggali
warisan tradisional Melayu-Islam di wilayah timur laut ini yang memang kaya dengan
pelbagai sumber keilmuaan yang amat berguna.

98
Md. Sidin Ahmad Ishak, The Malays In The Middle East, With A Bibliography Of Malay Printed Works
Published In The Midde East, Kuala Lumpur, 2000, h. 29-30.
99
Lihat sebagai contohnya Marzuki Haji Mahmood (2003), “ Keberkesanan dan sambutan masyarakat terhadap
pengajian Islam di Institusi pengajian Islam “, dalam edit. Oleh Suzalie Mohamed, Memahami isu-isu
pendidikan Islam di Malaysia, Kuala Lumpur : IKIM, h. 179-186.
100
Mona Abaza (1994), “ Islam in South East Asia : Varying impact and images of the Middle East “, dalam
Husin Mutalib (Ed.) Islam, Muslim and the modern state, case-studies of Muslim in Thirteen countries, London
: The Oxford university press.
101
Muhammad Abu Bakar (2000), “ Dakwah Di Persimpangan : Halatuju Dan Masa Depan Islam Di Malaysia
“, dalam ed. Oleh Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Dakwah Gerakan Islam Alaf Baru, Bangi : UKM, h. 207-
219.

Anda mungkin juga menyukai