Anda di halaman 1dari 5

KEWUJUDAN BUDAYA PERNIAGAAN DAN PERDAGANGAN DALAM

PERADABAN MELAYU:
SATU PEMBUKTIAN MELALUI KAJIAN PERBANDINGAN ANTARA KITAB TAUFAT
AL NAFIS, SULALAH AL-SALATIN DAN MERONG MAHAWANGSA

1.1 Latarbelakang Kajian


Tradisi niaga di kalangan masyarakat Melayu paling awal ditemui wujud sejak
zaman pra sejarah terutama semasa zaman mesolitik iaitu zaman batu pertengahan,
Melalui kajian arkeologi beberapa sarjana telah menemui beberapa bahan yang pemah
digunakan masyarakat ketika itu yang menjadi barangan utama untuk aktiviti
perdagangan awal ketika itu. Pada zaman Hoabinhian mereka yang tinggal di kawasan
terbuka khususnya di tebing-tebing sungai dan pesisiran pantai, telah tahu bemiaga
dalam ertikata yang mudah iaitu secara tukar barang. Kemunculan kebolehan ini
banyak dikaitkan dengan kemunculan kebolehan membina perahu. Berikutan dari itu
masyarakat zaman ini telah bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan
menyusur sungai atau pantai. Secara langsung membuka peluang untuk kewujudan
perdagangan primitif atau peringkat awal. Pada tahap ini perdagangan adalah dalam
bentuk sistem tukar barang.

1.2 Permasalahan Kajian

Sesuatu yang penting untuk diperkatakan pada masa ini ialah tentang persoalan
adakah budaya niaga atau budaya keusahawanan pemah menjadi budaya masyarakat
Melayu atau ia merupakan satu budaya baru yang hingga kini cuba ditanamkan dalam
kehidupan masyarakat Melayu. Hinggakan kadang-kadang terdengar kata-kata yang

kelihatannya menggambarkan seolah-olah orang Melayu tidak mempunyai kepintaran


dan kebolehan bemiaga kerana tidak memiliki satu budaya niaga yang kuat dan berjaya
yang menjadi tradisi nenek moyangnya. Lantaran itu peniaga dan pedagang Melayu
sering dimomok dengan kata-kata negatif yang membelakangkan kebolehan dan
kepintaran mereka dalam bidang pemiagaan apatah lagi perdagangan antarabangsa.
Tuduhan seperti ini memang begitu mudah untuk dilemparkan dan kemudiannya
diterima pula hingga membina kepercayaan di kalangan masyarakat umum seolah-olah
ia sesuatu yang benar. Persoalannya adakah tanggapan-tanggapan ini benar atau ia
dibuat secara membabi buta tanpa sebarang pembuktian dan penyelidikan.
Lantaran untuk menjawab persoalan inilah, penulis terpanggil untuk membuat
penyelidikan awal tentang budaya niaga di kalangan orang Melayu ini.

1.3 Kepentingan Kajian


Kajian ini penting dalam membuktikan bahawa perdagangan dan perniagaan bukan
perkara yang baharu bagi masyarakat melayu,Ianya sudah berakar umbi ratusan tahun
dahulu.Banyak bukti dan penemuan-penemuan yang boleh di perolehi melalui kajian
dalam teks-teks melayu lama seperti Kitab Taufat Al Nafis, Sulalah Al-Salatin Dan
Merong Mahawangsa menjurus kepada kenyataan bahawa bangsa melayu adalah
bangsa yang hebat dalam dunia perdagangan dan perniagaan dan ianya juga
merupakan sebahagian daripada budaya dalam masyarakat melayu silam.Kajian ini
juga akan membuktikan bahawa kehebatan bangsa melayu dalam dunia perdagangan
dan perniagaan telah terhakis dan hilang atas beberapa faktor dan sebab.

1.4 Objektif Kajian

Penulisan tesis ini dibuat kerana beberapa objektif iaitu:


1. Kehebatan masyarakat Melayu silam dalam dunia perniagaan dan
perdagangan akan diselusuri untuk memaparkan realiti yang pernah berlaku
dalam masyarakat Melayu. Lantaran itu beberapa karya agung seperti Kitab
Taufat Al Nafis, Sulalah Al-Salatin Dan Merong Mahawangsa akan
digunakan.
2. Menilai persamaan, perbezaan dan hubungan budaya perdagangan dan
perniagaan masyarakat melayu di dalam ketiga-tiga kitab .
3. Segala tulisan ini kemudiannya akan dibandingkan dengan pandangan
sarjana-sarjana yang pemah membuat kajian ke atas teks ini dan juga ke
atas budaya niaga Melayu.
4. Kajian ini juga kemudiannya akan menilai sejauh mana pencapaian orang
Melayu dalam bidang pemiagaan selepas merdeka terutama selepas dasar
ekonomi baru dilancarkan dan pencapaian orang Melayu pada alaf baru ini.
1.5 Skop Kajian
Skop kajian ini hanya menumpukan perhatian kepada tiga kitab Taufat Al Nafis, Sulalah
Al-Salatin Dan Merong Mahawangsa dalam aspek perdagangan dan perniagaan serta
budaya niaga. Ini kerana hanya kitab-kitab ini sahaja yang akan dibuat perbandingan
dalam kajian ini. Daripada ketiga-tiga kitab inilah Kehebatan masyarakat Melayu silam
dalam dunia perniagaan dan perdagangan akan diselusuri untuk memaparkan realiti

yang pernah berlaku dalam masyarakat Melayu dan dipersembahkan kepada khalayak
umum.

1.6 Metodologi Kajian


Kajian ini merupakan kajian berbentuk sejarah dan analisis isi kandungan kitab. Oleh
itu, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif. Teknik pengumpulan data adalah
berasaskan kaedah kajian kepustakaan. Ia termasuklah kaedah persejarahan,
dokumentasi dan temubual. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan
metode komparatif, induktif dan deduktif.
Menurut Rubin (1990:182-183), metode kualitatif analisis isi kandungan dokumen
adalah pendekatan yang paling praktikal untuk mengkaji bahan seperti kitab dan isi
kandungannya. Berikut adalah prosedur yang dilalui oleh penyelidik:
1. mengumpul data kualitatif berupa kitab-kitab, buku-buku sejarah, jurnal,
dokumen, gambar dan temubual2 (teknik temubual berstruktur).
2. gerak kerja dalam menganalisis data adalah dengan membuat perbandingan,
mengenali bentuk, mengelompok, mencari hubungan, membuat rumusan dan
membuat tafsiran.

1.7 Sorotan Literatur


Umum mengetahui bahawa kitab Sulalah al-Salatin atau Sejarah Melayu adalah kitab
sejarah yang paling banyak dikaji oleh sarjana dari Timur dan Barat. Banyak ulasan,
analisis dan perbandingan tentang Sulalah al-Salatin dalam buku dan seminar telah
dibuat dengan melihat kepada perspektif yang berbeza-beza. Oleh itu amat sukar untuk

memuatkan semua hasil kajian para sarjana tersebut dalam tempat yang terhad ini.
Walau bagaimana pun antara kajian terawal tentang Sulalah al-Salatin telah dilakukan
oleh Nuruddin al-Raniri. Barangkali beliau adalah orang yang pertama mengkaji kitab
Sulalah al-Salatin kerana beliau hidup sezaman dengan Tun Sri Lanang di Aceh dan
menjadi sahabat akrabnya. Ini kerana, beberapa fakta dalam kitab Bustan al-Salatin
diambil daripada Sulalah al-Salatin terutama dalam bab 2 fasal ke 12

Dalam menyoroti kajian terdahulu, Roolvink, Hsu Yun Tsiao, Sanusi Samid, Yusof
Iskandar dan De Jong adalah antara sarjana yang telah mengkaji Sulalah al-Salatin
dari aspek nilai sejarah. Hsu Yun Tsiao misalnya dalam artikelnya yang bertajuk
Meninjau Sejarah Melayu dari segi nilaian sejarah telah membincangkan tentang kitab
Sulalah al-Salatin meliputi aspek gaya bahasa, bab dan nilai sejarah di dalamnya.

Kajian terbaru Sulalah al-Salatin telah dilakukan oleh beberapa orang penyelidik dan
dibentangkan dalam Seminar Memartabatkan Karya Agung 400 tahun Sulalah alSalatin yang telah diadakan pada 13 Oktober 2012 di Kota Tinggi. Antara artikelnya
ialah tulisan Muhammad Haji Salleh yang bertajuk Genius sastera Sulalah al-Salatin,
Waad, wasiat dan nasihat dalam Sulalah al-Salatin oleh Zainal Abidin Borhan, Tun Sri
Lanang dalam sejarah dua bangsa, terungkap setelah 400 tahun oleh Pocut Haslinda
Syahrul Azwar dan Tun Sri Lanang Seorang Bendahara dan Pujangga Tersohor oleh
Kamdi Kamil.

Anda mungkin juga menyukai