Anda di halaman 1dari 10

Seminar Penyelidikan Jawi dan Manuskrip Melayu [2012]

Penyelidikan manuskrip Melayu berunsurkan keIslaman

Prof. Madya Zakaria bin Mustaffa,


Abdul Syukur Mohd. Ali

UiTM Puncak Alam

Abstrak
Manuskrip menjadi sumber penting yang member imej
tertentu terhadap perkembangan budaya dalam sesebuah
masyarakat manusia. Perkembangan pemikiran mereka
hanya boleh ditelaahkan melalui bahan bertulis yang
masih ada dan dipunyai oleh masyarakatnya sendiri atau
oleh bangsa lain yang mampu menilai bahan tinggalan
tersebut pada generasi baru. Lantaran itu bangsa Melayu
yang pernah mencapai kegemilangan dan mendapat
perhatian dunia Timur dan Barat khususnya Pusat
Pengajian Tinggi berterusan menjadi bahan kajian. Realiti
ini jelas bila kita perhatikan kedatangan Barat yang
terhenti di Kepulauan Melayu khususnya Melaka dalam
usaha mereka menjajah yang pastinya ada sesuatu
keistimewaan pada masyarakat tersebut. Jadi bahan-
bahan yang ada diseluruh rantau Asia Tenggara dan
pelusuk dunia perlu diterokai untuk menilai ketinggian
budaya bangsa Melayu. Pengkajian hanya dapat
disempurnakan bila usaha bersama dan terpimpin
dilakukan. Jadi untuk peringkat awal perlulah usaha
pengumpulan kajian dalam batas terkini dilakukan bagi
melicinkan pelbagai pihak samada pelajar, pensyarah,
pengkaji dari organisasi dan perseorangan meneruskan
usaha yang murni ini. Tulisan ini akan memaparkan suatu
himpunan bibliografi dari beberapa Institusi Pengajian
Tinggi yang pernah terlibat seperti UiTM, UKM, UM, USIM,
UPSI, UPM, USM dan lain. Penumpuan kajian diberikan
hanya kepada manuskrip bercorak ke Islaman semata-
mata.
Katakunci: manuskrip, Alam Melayu, Institusi Pengajian
Tinggi

1
Pendahuluan
Kajian terhadap manuskrip Melayu merupakan satu kajian yang telah lama dijalankan,
bukan sahaja oleh pengkaji manuskrip Melayu, malah oleh pengkaji Barat. Kajian
terhadap manuskrip Melayu bermula apabila kuasa penjajah mendapati sebahagian
kekayaan budaya Melayu terakam dalam manuskrip Melayu yang terdapat bukan sahaja
di Malaysia, tetapi di mana sahaja terdapat bangsa Melayu, khususnya di rantau Alam
Melayu seperti di Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thailand, Kemboja, malah di Sri
Lanka. Kesan dari kesedaran ini, kuasa penjajah mula berusaha mengumpul sebanyak
mungkin naskhah manuskrip Melayu di rantau Alam Melayu. Di antara kuasa penjajah
yang begitu ghairah menjalankan usaha ini ialah penjajah British di Semenanjung Tanah
Melayu (Malaysia) dan penjajah Belanda di Indonesia. Penjajah British melalui Sir
Stamford Raffles telah mengambil Abdullah Munshi sebagai pekerjanya dalam usaha
mendekati masyarakat Melayu seterusnya mempelajari manuskrip Melayu yang banyak
dihasilkan oleh bangsa Melayu. Kejayaan Stamford Raffles telah mendorong golongan
padri melakukan usaha yang sama kerana mereka berpendapat usaha ini dapat
membantu mengenali masyarakat Melayu dalam misi gerakan kristianisasi. Kedua-dua
golongan ini akhirnya telah membawa pulang sejumlah besar naskhah manuskrip Melayu
ke Britain, Belanda dan negara Eropah yang lain.

Sehubungan dengan itu, para sarjana Barat di Eropah dan Amerika Syarikat telah
menubuhkan banyak pusat-pusat pengajian ketimuran yang bertanggungjawab
melahirkan golongan orientalisma. Pusat pengajian ini menjadikan negara Timur,
khususnya negara-negara Islam sebagai bahan kajian. Dalam mencapai matlamat
organisasi ini, usaha pengumpulan naskhah manuskrip Melayu oleh kuasa penjajah di
rantau Alam Melayu adalah satu usaha yang dapat melengkapkan penubuhan pusat ini.
Mereka bukan sekadar mengumpulkan naskhah manuskrip Melayu khususnya, tetapi juga
mempelajari bahasa dan budaya bangsa Timur.

Pada masa kini, manuskrip Melayu telah dijadikan satu warisan bangsa Melayu dan telah
dikumpulkan oleh beberapa agensi pemerintah. Di Malaysia, terdapat beberapa jabatan
kerajaan yang menumpukan kepada pengumpulan naskhah manuskrip Melayu, di
antaranya ialah Pusat Manuksrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, Arkib Negara,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Islam (JAKIM) dan beberapa perpustakaan universiti di
negara ini. Sementara di Indonesia, institusi maklumat yang bertanggungjawab
melakukan usaha ini ialah Muzium Jakarta. Walau bagaimanapun, jabatan-jabatan ini
hanya membuat koleksi naskhah manuskrip yang mereka dapati dan membuat indeks
sahaja. Mereka tidak menjalankan kajian terperinci terhadap naskhah tersebut.

Manuskrip Melayu merupakan satu hasil karya yang ditulis dengan tulisan tangan dan
menggunakan alat tulis setempat. Karya ini ditulis dengan menggunakan tulisan Jawi
(abjad Arab yang telah disesuaikan dengan Alam Melayu). Bahasa yang digunakan pula
ialah bahasa Melayu. Ia mula dihasilkan oleh masyarakat Melayu di Alam Melayu sebaik
sahaja bermulanya usaha penyebaran Islam di rantau alam Melayu. Oleh kerana itu,
kebanyakan manuskrip Melayu meliputi bidang pengajian Islam seperti bidang agama,
kemasyarakatan, perubatan, petua dan pantang larang, falsafah, perundangan dan
sebagainya.

Dalam kajian Syed Muhammad Naguib al-Attas, manuskrip Melayu yang paling awal
muncul di Alam Melayu dikesan pada abad ke 16 masihi bertajuk Bahr al-lahut. Walau
bagaimanapun, manuskrip ini tertumpu kepada perbincangan akidah dan tasawuf.
Bermula dari tarikh ini, masyarakat Melayu di rantau Alam Melayu terus melahirkan
naskhah manuskrip. Di antara penulis naskhah manuskrip yang awal ialah Hamzah
Fansuri dengan contoh karyanya Syair Sidang Fakir, Syeikh Nuruddin al-Raniri dengan
contoh karyanya yang bertajuk Sirat al-mustaqim dan diikuti oleh Syeikh Abdul Rauf
Singkel dengan contoh karya beliau yang bertajuk Mirat al-tullab. Contoh naskhah
manuskrip yang paling terkenal di Melaka ialah Hukum Kanun Melaka yang merupakan
satu rakaman undang-undang yang digunapakai dalam Kesultanan Melayu Melayu. Selain
itu, Tun Seri Lanang dikenalpasti sebagai penulis naskhah manuskrip Sejarah Melayu
yang menjadi dasar kepada salasilah Raja-raja Melayu.
Pengkaji manuskrip
2
Antara individu yang terlibat dalam kajian manuskrip di Nusantara ini ialah:
Drewes (1951, 1974 1976, 1977, 1986 (with Brakel), D. A. Rinkes (1909), Voorhoeve
(1955), Nieuwenhuijze (1945), Doorenbos (1933), A. H. Johns (1953, 1965), S. M. N. al-
Attas (1966, 1969, 1970a, 1970b, 1974, 1988), A. Hasymy (1976), Braginsky (1993,
1998), Abu Hasan Sham (1991, 1993), Hashim Musa (1998), W. M. Saghir Abdullah (1983,
1985, 1987 1990, 1991, 1996, ect), , Ahmad Daudi (1983), Matheson (1971), P. Riddel
(1984, 1990), and etc, Mohd. Nor Ngah (1982), Manning Nash (1974), J.D. Luciani, P.
Wolff, Frederick Barny (Kitab Ummu al Barahim), Drewes ( Tafsir: 1977)( Mohd. Nor Ngah,
1983,7-8) Professor V. I. Braginsky- S.O.A.S London.

Pusat manuskrip

Antara pusat- pusat manuskrip yang ada hubungan dan menyimpan bahan bertulisan
jawi ini ialah:
Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia
Pusat Islam/ Jabatan Kemajuan Islam
Arkib Negara Malaysia
Muzium negeri dan Muzium Negara
Pelbagai perpustakaan (universiti, negeri dan daerah) termasuk di negara yang
menjajah Nusantara seperti Belanda, British dan wilayah asal seperti Pattani,
Aceh, Jawa, Mindanao dan lain-lain.
KIVT- LV, Institut Kerajaan untuk bahasa , Budaya dan Sejarah, Jakarta,
Indonesia

Penyelidikan Manuskrip
Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu
perkara, menyelami dengan lebih mendalam, menjalankan kajian menyeluruh atau
menyiasat dengan lebih terperinci. Penyelidikan merupakan cara untuk kita mencari
kebenaran. Dalam konteks ini, penyelidikan ialah cara kita berusaha dengan
menggunakan kaedah-kaedah penyelidikan sainstifik untuk memperjelas pelbagai gejala
dan permasalahan dengan menemukan sebab musabab yang sebenarnya wujud dari
lanjutan sesuatu akibat. Oleh itu orang yang menjalani penyelidikan ilmiah, sewajarnya
berusaha menemukan rumusan tentang pelbagai pengertian yang saling berkaitan
dengan pelbagai fenomena yang diselidiki.

Penyelidikan didefinasikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati,


mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik
dengan bertujuanmeningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan manusia sejagat.
Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan
dan penemuan baru dengan mengunakan kaedah mengenalpasti dan persoalan
yang bersesuaian dengan bidang-bidang tertentu. Jelasnya penyelidikan ialah
proses mencari pengetahuan, pengalaman dan ilmu baru. Penyelidikan merupakan
antara cara yang dilakukan oleh manusia dalam mencari kebenaran dan ketepatan.
Dalam perkataan lain, penyelidikan ialah proses penghasilan dan penambahan
pengetahuan tentang manusia, alam sekitar dan sebagainya. Perasaan ingin tahu yang
ada di dalam diri manusia akan sentiasa teransang untuk mengetahui lebih lanjut sesuatu
perkara yang dilihat dan dialami.

Dalam usaha mencari kebenaran, manusia menempuh pelbagai cara dan usaha.
Antaranya melalui penemuan secara kebetulan, melalui try and error, melalui
kewibawaan, melalui penyelesaian secara spekulasi, melalui pemikiran kritis, pengalaman
dan penyelidikan ilmiah. Dalam konteks penyelidikan ilmiah misalnya, kaedah yang
dilakukan adalah melalui penyiasatan jitu dan teliti terhadap semua bukti yang diperolehi
berkaitan dengan permasalahan yang dinyatakan sehingga sampai kepada permasalahan
tersebut. Ini bermakna penyelidikan bukan aktiviti pemindahan pernyataan atau
kebenaran dari sumber menjadi maklumat lain semata mata , misalnya dari kertas kerja
menjadi buku. (Sulaiman Masri 2005 Sulaiman Masri 2005,1-5)

3
Kertas ini lebih memfokus kepada penyelidikan manuskrip. Manuskrip dalam
bahasa mudahnya diterjemah sebagai buku, makalah atau kitab yang tertulis dengan
tangan. Dalam konteks manuskrip Melayu, kebanyakan manuskrip ditulis berlandaskan
subjek Islam. Pendedahan kepada manuskrip Islam ini penting bagi menimbulkan
kesedaran dan memberi gambaran yang jelas bagaimana sesebuah manuskrip itu
dihasilkan. Di samping itu, manuskrip memperjelaskan nilai keaslian material serta isi
kandungan yang autentik yang memberi kesan kepada umat Islam dalam menilai sumber
maklumat yang diterima.

Penyelidikan manuskrip yang berdasarkan Islam juga meningkatkan pengetahuan


tentang pengarang utama Islam dan karya mereka. Mereka juga perlu tahu susur-galur
hirarki kitab-kitab Islam yang terdiri daripada matan, sharh, hashiyah dan hawamish.
Mengetahui sumber-sumber rujukan utama dan sekunder untuk setiap mazhab amat
penting bagi mengelak kekeliruan dalam pemahaman sesuatu masalah. Ia juga memberi
peluang untuk umat Islam tahu dengan terperinci metodologi penghasilan sesuatu hukum
itu diputuskan yang berpaksi kepada nas-nas yang tepat dan bernas. Kesemua ini adalah
identiti khusus untuk sumber ilmu Islam yang menjadikan ianya jati diri tersendiri, lain
dari yang lain. (.Wan Ali Wan Mamat, Fazli Omar . 2011)

Manuskrip ialah naskhah bertulis tangan yang merupakan karya seseorang


penulis. Manuskrip terdiri daripada pelbagai bidang/subjek seperti
hikayat,tradisional,perubatan dan lain-lain. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua (2008)
manuskrip adalah naskhah, buku dan lain-lain yang bertulis dengan tulisan tangan atau
bertaip (Kamus Pelajar Bahasa Malaysia Edisi Kedua ,2008). Dalam hal itu, Kamus Dewan
Edisi Empat 2007 pula menyatakan manuskrip ialah. naskhah tulisan tangan atau bahan
(sesuatu karya) yang telah disediakan oleh penulis untuk dicetak dan diterbitkan dalam
bentuk buku dan lain-lain (Hajah Noresah binti Baharom 2007).

Secara umumnya, penyelidikan manuskrip adalah bidang penyelidikan tradisional


yang mengkaji karya kesusasteraan yang bertulis sejak beberapa abad yang lalu.
Penyelidik akan didedahkan dengan karya-karya yang besar dan penting dalam
pembinaan tamadun manusia, malah ia mewakili sesuatu kelompok masyarakat
dipersekitaran penghasilan manuskrip tersebut. Di dalamnya sarat dengan pelbagai
naratif tentang agama,bangsa, perjuangan, sistem pemerintahan, budaya,perubatan,
pendidikan serta sosial masyarakatnya. Manuskrip dianggap sebagai suatu karya yang
sangat berharga, ekoran kemampuannya mengungkapkan keperihalan agama, kehidupan
dan ketamadunan manusia zaman silam dan seterusnya dapat dijadikan rujukan di
zaman ini.

Penyelidikan manuskrip mengasah kemahiran penyelidik dalam menganalisis


dan menginterpretasikan teks-teks untuk melihat refleksinya kepada dunia realiti
manusia di zaman silam di samping kerelevanannya di masa kini. Ini adalah disebabkan
penyelidikan ini memerlukan penyelidiknya sentiasa berurusan dengan data-data yang
penting dan berguna dalam konteks kemanusiaan, khususnya agama itu sendiri. Maka
tidak hairanlah penyelidik perlu dilatih untuk mengesan gagasan serta mesej tersirat
pengarang manuskrip tersebut kepada khalayak pembaca segenap zaman (Roosfa
Hashim, 2011 ).

Dalam penyelidikan manuskrip seseorang penyelidik mestilah seorang yang


mampu mengkritik dan menilai pemikiran pengarang-pengarang silam berdasarkan
konteks persekitaran dan zaman penciptaan manuskrip tersebut untuk menemukan
keunikan, kreativiti, serta kepekaan pengarang terhadap zamannya. Namun, ia tidak
terhad sekadar kemahiran analitikal seperti itu sahaja. Untuk melihat kemahiran lain yang
mampu diperoleh oleh pelajar ini dalam bidang kesusasteraan, maka perlu diperhalusi
metodologi yang digunakan dalam kajian kesusasteraan Melayu tradisional secara khusus
(Rahimin Affandi Abdul Rahim, Idris Awang, 2006).

Dengan kata lain, penyelidikan manuskrip mendedahkan penyelidiknya dengan


dokumen-dokumen besar dan penting dalam sejarah dan perkembangan sesuatu bangsa.
Penyelidikan yang bersifat kesusasteraan tradisional ini bukanlah sebarangan tetapi
4
yang memiliki nilai teks yang tinggi, yakni berkaitan dengan agama, budaya, sistem
pentadbiran lama, undang undang dan surat-surat pembesar terdahulu. Selain itu
terdapat juga naskhah-naskhah yang berkaitan dengan penampilan kearifan lokal
masyarakat yang unik dan istimewa seperti naskhah mantera, petua, ilmu pertukangan
kapal dan seumpamanya. Penyelidikan manuskrip tidak sekadar memberikan
pengalaman tapi memberikan suatu pendedahan besar tentang kemahiran menjejak,
merakam, dan mendokumentasikan data untuk pelbagai kegunaan di masa hadapan.

Kajian manuskrip satu tuntutan


1 Mengoreksi semula amalan masyarakat
2 Mengenalpasti sumber ambilan ulama terdahulu
3 Mampu mensusurgalurkan sejarah penyebaran Islam ke Asia Tenggara
4 Memcapai kefahaman Islam dan ketulinannya
5 Perpaduan ummah menjadi matlamat kedatangan Islam
6 Mengenali jatidiribangsa dan budaya
(Oman Fathurahman, 2003)
Garispanduan kearah kesempurnaan kajian manuskrip
a Mengenali penulis kitab dan budayanya .
b Mengetahui tulisan jawi dan perkembangannya .
c Memahami ajaran Islam termasuk Akidah ,Syariah dan Tasauf serta sejarah .
d Mendalami ilmu Al Quran dan al Hadis
e Memahami budaya Melayu dan keserasiannya dengan tulisan jawi .
f Alat bantu penyelidikan diperlukan seperti kamus bahasa, kamus berkaitan bidang
kajian ,al-Quran terjemahan ,himpunan hadis sahih (lebih baiklagi sekiranya ada cd)
dan perisian jawi .

Perolehan sumber dalam kerja penyelidikan .


Manuskrip boleh didapati dari :
a Koleksi Persendirian di Arkib Negara
b Manuskrip di Arkib Negara kebanyakannya masih belum disusun yang perlu kepada
penkatalogan dan anotasi terlebih dahulu.
c Diperolehi daripada keturunana penulis, penyalin dan ulama-ulama muktabar .
d Berpandukan kepada senarai yang dikeluarkan oleh pihak tertentu dan bercetak
seperti Perpustakaan Negara Malaysia, Perpustakaan Negeri dan Pusat Islam.
e Himpunan koleksi yang sudah diperkemaskan seperti senarai manuskrip di Afrika
Selatan, Amerika Syarikat, Perancis, Jerman, Belanda, Jerman Barat, England,
Singapura dan lain-lain,
f Dari penyimpan-penyimpan manuskrip dan mereka yang prihatin terhadapnya seperti
Khazanah Fataniah serta pengumpul koleksi bahan lama.
g Berhubung dengan pusat-pusat penyelidikan di luar Negara seperti pusat penyelidikan
di Jakarta, Universiti Singapura dan Universiti Australia
h Membuat carian melalui laman-laman web atau blog .
i Ekspedisi mencari dan mengesan manuskrip di setiap negeri yang melibatkan institusi
pendidikan tradisional seperti pondok,pesantren, institusi pendidikan ,dan keturunan
ulama terkenal.
j Menghadiri seminar berkaitan manuskrip pada peringkat kebangsaan dan
antarabangsa .

Penerokaan intelektual terhadap penulisan silam di Pusat Pengajian tinggi


Siri Nadwah Ulama Nusantara 1-1V anjuran Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Contoh Nadwah ke IV di Kota
Bharu, Kelantan, 2010
-Manuskrip Umdat al-Muhtajin: Sumber Biografi Abdul Rauf Ali al-Fansuri al-Singkili
-Ketokohan Sheikh Muhammad Muhajirin Amsar al-Dary sebagai Ilmuwan Hadis
Nusantara: Analisis terhadap Kitab Misbah al-Zulam Sharh Bulugh al-Maram
-Pengaruh Pemikiran Akidah al-Ghazali dalam Kitab Jawi: Tinjauan terhadap Kitab
al-Durr al-Nafis dan Sayr al-Salikin
-Corak Pemikiran Perubatan Penulis Manuskrip dalam MSS1292 Kitab Tibb
-Konteks Historiografi Kitab Sharab al-Ashiqin Karya Hamzah Fansuri

5
-Sumbangan al-Thimar al-Shahiyah fima La Yastaghni al-Mubtadaun Anhu min al-
Masail al-Nahwiyyah dalam Pengajian Ilmu Tatabahasa Arab di Nusantara

Muhammad Adib dll, (2010), Metod penulisan kitab Matla al-Badrayn wa Majma al-
Bahrayn, Jurnal Melayu, 5
-----------, (2011), Pemikiran Usul Fiqh dalam kitab al-Fatawa al-Fataniyyah, Jurnal Melayu,
7
Zamri Rajab, dll, (2011), Penggunaan shahid al-Quran dalam kitab Sharh Ibn Aqil dan
Sharh Qatr al-Nada wa al-Sada bab al-marfuat: satu kajian bandingan,GEMA,
Online Journal of Language Studies, 11(2)
Syamsun Niam, (2011), Wasiyat Tarekat Hadratu al-Syeikh Hasyim Asyari dalam kitab
Tamyiz al-Haq min al-Batil, SARI, Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29 (1)
Liaw, Yock Fang, (2007), Naskah undaang-undang Melaka:Suatu tinjauan, SARI: Jurnal
Alam dan Tamadun Melayu, 25
Wan Mohd Nor W. Daud, Kerangka komprehensif pemikiran Melayu abad ke 17 masihi
berdasarkan manuskrip Durr al-Faraid karangan Syeikh Nuruddin al-Raniri, SARI:
Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 25

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia


Salmah Ahmad & Mohd Syukri Yeoh Abdullah. 2009. Al-Simit Al-Majid (Kalung Kemuliaan)
dan Masyarakat Melayu. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu
Mohd Syukri Yeoh Abdullah, Salmah Ahmad & Mohammad Fadzeli Jaafar. 2009. Panduan
Individu Menuju ke Jalan Allah "Mesej Umdat Al-Muhtajin Ila Suluk Maslak Al-Mufridin".
Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu
Haron Daud. 2009. Kitab ilmu nujum Melayu. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu.

Ding Choo Ming. 2009. Pengajian di Alam Melayu: Dari tradisi manuskrip ke maklumat
digital. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu.

E-Manuskrip oleh Fakulti al-Quran dan Multimedia, Universiti Sains Islam Malaysia
Institut Peradapan Melayu, Universiti Perguruan Sultan Idris telah mengadakan Seminar
Antarabangsa Tamadun Melayu 1-111

My Manuskrip oleh Pusat Digital Manuskrip Melayu oleh Fakulti Sains Komputer dan
Teknologi Maklumat, Universiti Malaya dan Dewan Bahasa dan Pustaka terdapat 69 tajuk
telah didigitalkan termasuk berkaitan agama seperi Kisah Nabi dan Kitab al-Tib

Universiti Putra Malaysia:


Adi Yasran Abdul Aziz. (2011). Batu Bersurat Terengganu: Perbandingan Sistem Tulisan
Jawi & Kosa Kata pada Batu Bersurat Piagam Terengganu dengan Manuskrip Undang-
Undang Melaka dan Kedah dlm. Mohd Yusof Abdullah & Rashid Hamat, Batu Bersurat
Piagam Terengganu, pp. 172-186. Kuala Terengganu: Lembaga Muzium Negeri
Terengganu.

Adi Yasran Abdul Aziz & Emyliza Sharida Asari. Sumbangan Kitab Itqan Al-Muluk bi Tadil
Al-Suluk dalam Perkembangan Sistem Ejaan Jawi dlm. Symposium on Islamic
Heritage and Civilization, University of Malaya, 2009
Adi Yasran Abdul Aziz & Hashim Musa. The Manuscript Of Undang-Undang Kedah: A Canon
Of Law Of An Early Malay State dlm. The Association of South-East Asian Studies in
the United Kingdom (ASEASUK) Conference, Swansea University, 2009.

Adi Yasran Abdul Aziz & Mohd Sukki Othman. Undang-undang Pelabuhan Kedah dari
Perspektif Sejarah dan Budaya dlm. The International Seminar on Trade and Finance
in the Malay World: Historical and Cultural Dimensions, Goethe-University of
Frankfurt, 2010 (Diterima untuk diterbitkan dalam Kemanusiaan: The Asian Journal of
Humanities, March 2012).
Noor Muhammad, Salmah Jan (2006), Transliterasi dan Kajian Pustaka Melayu dalam
Bustan al-Salatin, Masters Thesis.

6
Musa, Hashim, (2009), Itqan al-Muluk tadil al-suluk, Undang-undang bagi diri kerajaan
Terengganu: Islamic influence in statecraft in a traditional Malay state. 25th
Conference ASEASUK 11-12 Sept 2009, Universiti Swansea, Wales, UK.

Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid dan Helwana Muhammad, Manuskrip Perubatan
Melayu-Islam di Fatani: Ulasan Terhadap Manuskrip Kitab Tayyib al-Ihsan fi Tibb al-Insan
Karya Syeikh Ahmad al-Fatani , Jurnal al-Tamaddun, Bil.3, Disember 2007, Kuala Lumpur:
Jabatan Sejarah Dan Tamadun Islam, APIUM

Faisal @ Ahmad Faisal Abdul Hamid, Niswa @ Noralina Abdullah & Nurul Wahidah Fauzi.
2009. Kajian-Kajian Mengenai Manuskrip Melayu Islam Di Jabatan Sejarah Dan Tamadun
Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya : Suatu Tinjauan Awal. Simposium
Warisan dan Tamadun Islam 2009.
Faisal @ Ahmad Faisal Bin Abdul Hamid dan Nurul Wahidah Binti Fauzi, Kaedah
Penyelidikan Ulama Melayu Dalam Karya Perubatan Tradisional : Tinjauan Terhadap Kitab
Tibb Karangan Haji Ismail Bin Mustafa Pontianak, (Proceding Seminar Metodologi
Penyelidikan Islam, anjuran USM, Pulau Pinang pada 15hb. Februari 2008)

Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid, Transliterasi, Anotasi Dan Kajian Semula
Terhadap Teks Kitab Taj al-Salatin karangan Bukhari al-Jauhari, (Laporan Penyelidikan
tahun 2006)
Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid, Transliterasi Dan Kajian Teks Terhadap Kitab
Faridah Al-Faraid Fi Ilm Al-Aqaid Karangan Syeikh Ahmad Bin Muhammad Zin Al-Fatani,
(Laporan Penyelidikan tahun 2004).
Abd Ur-Rahman Mohamed Amin Sumbangan Haji Abdul Halim al-Hadi dalam bidang
hadith : tumpuan kepada kitab Tajdhib Atraf al-Hadith
Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, 2007.
Abdul Fatah Wan Sidek. Hadith-hadith berkenaan tasawuf dalam kitab-kitab Jawi : takhrij
dan analisis.
Thesis (Ph.D) -- Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, 2010.
Abdunloh Dorloh. Kitab Wushah al-afrah wa isbah al-falah karangan Sheikh Muhammad
bin Ismail al-Fatani : tahqiq dan analisis
Dissertation (M.Syariah) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, 2010.
Faizuri Abd. Latif. Pemikiran Tuan Minal dalam akidah ketuhanan : kajian terhadap kitab
'Aqidah al-Najin
Thesis (Ph.D.) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, 2009.
Fauzi Deraman. Kedudukan Hadith dalam Kitab Jawi : satu kajian terhadap karya-karya
Syeikh Dawud bin Abdullah Al-Fataniy 1
Thesis (Ph.D.) -- Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, 1997.
Hasbullah Mohamad. Hadith-hadith akidah di dalam kitab-kitab jawi : tumpuan kepada
Kitab `Aqidah al-Najin
Dissertation (M.Usuluddin) -- Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, Bahagian Pengajian
Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2002.
Jamalluddin Hashim. Kitab Al-Sirat Al-Mustaqim karangan Shaykh Nur Al-Din Al-Raniri
(Kitab Al-Taharah dan Al-Salah) : teks dan analisis
Thesis (Ph.D) -- Jabatan Fiqh dan Usul, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2011.

Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya


Hashim bin Musa, The Study of the Malay Sastera Kitab or Manuscripts and Traditional
Literary Works on Malay-Islamic Thought: A Brief Survey, Research Report presented to
the International Institute for Asian Studies, Leiden, the Netherlands, June, 1999.
Abu Hassan Sham. Syair-syair Melayu Riau : tumpuan khas kepada Syair Kitab al-Nikah
dan lain-lain syair agama Raja Ali Haji / oleh Abu Hassan bin Mohd. Sham.
7
Thesis (Ph.D.) -- Jabatan Pengajian Melayu, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti
Malaya, 1992.
Fadell Hayeeharasah. Kitab Mun-yat al-musalli : analisis tema dalam konteks tautan,
maklumat dan subjek
Dissertation (M.Malay Stud.) -- Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 2009.

Rancangan penyelidikan PUSKAM


Pusat kajian manuskrip Alam Melayu (PUSKAM), Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam
memainkan peranan penting di Universiti Teknologi MARA dalam pengembangan
manuskrip. Beberapa kajian telah dijalan oleh pusat ini, disamping pameran, lawatan ke
Perpustakaan Negara Malaysia dan seminar kearah merealisasikan tujuan
penubuhannya.
Antara penyelidikan PUSKAM seperti berikut:-
PM Dr. Mujaini Tarimin, dll., Kaedah Fiqh Muamalat abad ke 13 hingga ke 15H: Kajian
perbandingan manuskrip dan karya fiqh kotemporari
Zakaria Mustaffa, dll.,Transliterasi naskhah manuskrip MSS 2397 al-tarhib wa al-taghrib
Fairuzah Hj. Basri, dll., Transliterasi naskhah MSS 2488, Durr al-Nafis
Baterah Alias, dll.,Transliterasi Naskhah Manuskrip MSS 2008- Kitab Muhimmah
Dr. Mohd. Asmadi Yakob, dll., Gaya hidup sihat melalui pemakanan: Kajian terhadap
penulisan ulama-ulama Nusantara dalam kitab Jawi

Sumbangan Individu dalam penyelidikan Jawi


Wan Mohd Saghir bin Abdullah
Beliau banyak memberi sumbangan dalam perkembangan manuskrip tanahair dari sudut
penelungkaran bahan dari pelbagai lokasi, pakar rujuk siswa-siswa, penyebaran
maklumat khususnya dari sudut pembentangan kertaskerja, penulisan (buku, majalah
dan surat khabar), penyimpanan bahan dan percetakan melalui khazanah Fataniah.
Sumbangan beliau dalam bentuk buku, antara lain:-
Khazanah Karya Pusaka Asia Tenggara, Jilid 1 (1991)
Muniyatul Musalli Syeikh Daud al-Fatani, 1991
Wasiat Abrar Peringatan Akhyar Syeikh Daud al-Fatani, 1990
Fatwa tentang binatang hidup dua alam: Syeikh Ahmad al-Fatani
Individu lain yang pernah menulis (bentuk buku) misalnya;-
Amdan bin Hamid, (2008) Siri Ilmu Tasauf: Qatrul Ghaisiah (Titisan Hujan dalam Ilmu
Sufi, Johor Bharu , Perniagaan Jahabersa
----------,(2009), Siri Ilmu Tasauf: Dhiaul Murid (Mencari Cahaya Keesaan) oleh Syeikh
Daud bin Abdullah al-Fatani, Johor Bharu, Perniagaan Jahabersa
----------,(2007), Hidayatul Mutafakkirin (Ke arah Petunjuk Allah dan Rasulnya) oleh Husin
bin Muhammad Thaibul Masudil Banjari, Johor Bharu, Perniagaan Jahabersa
Zakaria b. Hj. Ahmad Wan Besar, (2010) Terjemahan al-Qaulu tam fi Ahkam al-Makmun
wal Imam (Hukum Makmun dan Imam), Alor Star, Pustaka Darusalam
Drs. H. Aliy Asad, (1983), Terjemah Nasaihul Ibad (Nasihat Penghuni Dunia)- Ibn Hajar al-
Asqalani dan Imam Nawawi al-Banteni, Penerbit Menara Kudus
Achmad Sunarto,(Penyunting), (1990), Terjemah Shamsul Maarif (Perisai Mukmin dalam
Kehidupan)
Al-Zarnuji, (2006),Talim al-mutaalim fi tariq al-taalum (Pelita Penuntut), Johor Bharu,
Perniagaan Jahabersa
Liaw Yock Fang, (2003), Karya Agong: Undang-undang Melaka dan Undang-undang Laut,
K.Lumpur, Yayasan Karyawan

Buku-buku terbitan Perpustakaan Negara


Turut memperlengkapkan pengkaji di pelbagai universiti dan individu hari ini ialah buku
hasil cetakan Perpustakaan Negara Malaysia
Katalog Manuskrip Melayu di Belanda, 1985
Manuskrip Melayu Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia: Satu Katalog Ringkas, 1987
Katalog Manuskrip Melayu Microfom, 1989
Manuskrip Melayu Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia: Satu Katalog Ringkas,
Tambahan Pertama, 1990
Katalog Manuskrip Melayu di Perancis, 1991
Katalog Manuskrip Melayu di Jerman Barat, 1992
8
Katalog Manukrip Melayu di Singapura, 1993
Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu, 1997
Katalog Manuskrip Melayu Microfom Tambahan Pertama 1998
Katalog Manuskrip Melayu di Afrika Selatan, 1998
Katalog Manuskrip Melayu-Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia, 2000
Katalog Manuskrip Melayu-Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia Tambahan Pertama
2001
Katalog Manuskrip Melayu-Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia Tambahan Kedua 2002
Katalog Manuskrip Melayu-Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia Tambahan Ketiga 2003

Kesimpulan
Naskhah atau manuskrip merupakan salah satu bentuk khazanah budaya yang
mengandungi tulisan yang mencerminkan pelbagai pemikiran, pengetahuan, adat istiadat
kepercayaan serta perilaku masyarakat lalu disamping paparannya berbentuk fizikal pada
istana, masjid, batu bersurat, artifak, senjata, tembikar, tenunan, surat perjanjian dan
sebagainya. Tinggalan atau warisan ini menentukan tahap pemikiran atau kebudayaan
masyarakat bagi tempoh dan lingkungan tertentu. Nusantara tidak terpisah dari limpahan
budaya yang jelas begitu tinggi dan hebat ketika bertapaknya Islam di rantau ini. Semua
ini boleh diamati melalui tinggalan manuskrip berbentuk adat, hikayat, bahasa, agama,
tarekat, falsafah, prosa dan puisi yang terdapat di institusi maklumat sama ada di
perpustakaan, arkib, muzium, pusat pengajian tinggi termasuk milikan individu
bercenderungan terhadapnya. Kesedaran terhadap nilai ilmu yang tersimpan didalam
karya insan berilmu dahulu mendorong pelbagai pihak merapatkan diri dan terasa ingin
ikut serta mengkaji dan paling kurang mereka bertindak sebagai penyimpan bahan-bahan
lama tersebut. Kajian yang sudah melimpah ke Institusi Pengajian Tinggi khususnya
jurusan agama nantinya member impak yang mendalam terhadap pendidikan Islam yang
sebelum ini dimonopoli oleh pondok atau pesantren, beberapa tahun terdahulu bidang
pengajian Melayu hanya menelusuri kitab-kitab berbentuk hikayat, novel, puisi semata-
mata. Menariknya lagi pada hari ini peruntukan disediakan untuk penyelidikan lanjut
terhadap manuskrip, ditransliterasi (yang mendapat sambutan dalam pengajian di surau
dan masjid) disamping usaha mengekal dan menyebarkannya dengan cara digital
sehingga bahan ini dapat dicapai walau dimana kita berada. Namun usaha dijalankan
akan lebih bermanafaat sekiranya semua tenaga pengumpulan dan pengkajian dibuat
secara bersama dan serentak agar hasilnya cukup efektif dan keutamaan dapat
dilansungkan dengan organisasi yang boleh menjadi rujukan berkaitan manuskrip
bercorak keagamaan ini.

Rujukan
Oman Fathurahman, Pentingnya memelihara, melestarikan dan memanafatkan khazanah
naskah Islam Nusantara: sebuah refleksi, Jurnal Lektur Keagamaan, Vol.1, No.1, 2003
Shaharir bin Mohamad Zain, Sains dan Teknologi Melayu Sebelum Penjajah Eropah, Jurnal
Antarbangsa Dunia Melayu 2003, 1(2)
Baharuddin Zainal, Peluang-peluang Penyelidikan Kualitatif dalam Ilmu Falak
Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu,(1997), K.Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia
Amat Johari Moain, Sejarah Perkembangan Pengintelektualan Bahasa Melayu dalam
Journal Filologi Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, Jilid 8, 2000
Ding Choo Ming, Penyelenggaraan Edisi Baru Manuskrip Melayu: Membina Semula
Naskhah Asal? dalam Journal Filologi Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, Jilid 8, 2000
A.Rahim Marsidi, al-Quran Sebagai Sumber Pemikiran dalam Kesusasteraan Melayu
Islam, dalam Journal Filologi Melayu,Perpustakaan Negara Malaysia, Jilid 8, 2000
Wan Ali Wan Mamat, Hubungan Kearifan Antara Bangsa Melayu Melalui Naskhah Kuno,
dalam Journal Filologi Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, Jilid 13, 2005
Che Siah bt. Hj. Che Man, Kitab Sirat al-Mustaqim, Kitab Ilmu Fiqh Pertama dalam Bahasa
Jawi, dalam Journal Filologi Melayu,Perpustakaan Negara Malaysia, Jilid 13, 2005
Hashim Musa, A Brief Survey on the Studies of the Malay Sastera Kitab (Manuscripts and
Printed Jawi Book) on Malay-Islamic Thought by Dutch Scholars, dalam Journal Filologi
Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, Jilid 9, 2001
Wan Mohd. Saghir Abdullah, Pengarang Manuskrip Kitab di Alam Melayu, dalam Journal
Filologi Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia, Jilid 3, 1994

9
Sulaiman Masri 2005, Kaedah Penyelidikan dan Panduan Penulisan, Kuala Lumpur :
Utusan Publication
Dr. Wan Ali Wan Mamat, Fazli Omar . 2011 , Ke arah Memperkasakan Pustakawan dan
Kepustakawanan Islam di Malaysia, Seminar Kebangsaan Perpustakaan Akademik, 5-7
Julai 2011, di Kota Bharu, Kelantan
Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, (2008) Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Kedua, Kuala
Lumpur : DBP
Hajah Noresah binti Baharom, (2007), Kamus Dewan (Edisi 4), Kuala Lumpur : DBP
Roosfa Hashim, (2011), Perkembangan Jurnal Ilmiah Melayu Dalam Kalangan Melayu
Watan (Development of Scholarship Journals among the Malays), Jurnal Melayu (6)

10

Anda mungkin juga menyukai