Anda di halaman 1dari 12

FADILAT 10

HARI TERAWAL
ZULHIJJAH

SHAYKH YŪSUF AL-QARAḌĀWĪ


ḤAFIẒAHULLĀH

Diterjemahkan Oleh:
MOHAMMAD SYAFIQ ISMAIL
Terbit edisi e-buku, Julai 2020
© Angkatan Belia Islam Malaysia

Judul Asal: Faḍl al-‘Ishr al-Awā’il min Dhī al-Ḥijjah


Pengarang: Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī Ḥafiẓahullāh
Penterjemah: Mohammad Syafiq Ismail
Penyunting dan transliterasi: Mohd Khairul Anwar Ismail
Reka Bentuk Kulit: Perusahaan Tukang Buku KM
Reka Bentuk Huruf: Muhammad Fateh

ABIM PRESS PLT (LLP0012799-LGN)


No. 6, Jalan TC 2A/2
Taman Cemerlang
53100 Kuala Lumpur
MALAYSIA

No. Telefon (P): +603-4108 4500


No. Telefon (HP/Whatsapp): +6013 3916299
No. Faks: +603-41082400
Emel: abimpressmy@gmail.com
Laman Sesawang: www.abimpress.com
FB: www.facebook.com/abimpressmy

Lihat juga pelbagai judul E-Buku yang lain yang boleh


dimuatturun secara percuma di halaman FB Abim Press:

ABIM PRESS
MUKADIMAH
PENTERJEMAH

Atas nama Yang Kasih, daku menulis. Selawat dan salam buat
kekasih.

Segala puji bagi Allāh, sepertimana yang layak bagiNya Yang


Azali nan Abadi, amin, atas segala kurniaNya, mengizinkan
kita menterjemahkan karya ringkas Shaykh Yūsuf al-
Qaraḍāwī ini, yang mengingatkan kita tentang ketibaan hari-
hari yang mulia, yaknilah 10 hari terawal Zulhijjah.

Meskipun dalam kekangan PKPP, tetaplah tidak


menghalang kita daripada meraih keberkatan hari-hari ini,
dengan amalan-amalan khas seperti puasa, solat-solat sunat,
berzikir, dan yang terutamanya ialah puasa Hari ‘Arafah, di
3
mana Rasūlullāh menjanjikan bahawa amalan tersebut akan
mengampunkan dosa dua tahun: tahun sebelum dan tahun
selepasnya.

Begitu juga, kita yakin bahawa amalan baik di musim susah


ini, lebih banyak pahala dan keberkatannya, berbanding amalan
baik di musim senang. Sepertimana yang sabit dalam Qawā‘id
Fiqh, “Al-Ajr ‘alā qadr al-Mashaqqah” (Pahala itu sesuai
dengan kadar kesusahan pelaksanaannya). Maka berganda-
gandalah pahalanya pula, amalan baik pada 10 hari terawal
Zulhijjah ini, yang tidak wajar dilepaskan tanpa direbut oleh
setiap muslim untuk memperbanyakkan bekal Akhiratnya.

Terima kasih kita ucapkan buat pihak ABIM PRESS atas


kesudian menerbitkan dan menyebarkannya secara gratis nan
online. Tiada hakcipta yang kita tuntut di balik terbitan ini,
ia bebas diulangcetak dan disebarkan oleh sesiapa saja, dan
digunakan dalam kajian-kajian.

Sesungguhnya tiada apa yang kita miliki melainkan


kesalahan dan kesilapan. Sementara seluruh kebaikan
itu hanyalah milik Allāh. Sekiranya terdapat sebarang
kekurangan dan kesilapan dalam terjemahan ini, mohon
segera dimaklumkan agar segera diperbetulkan, kerana tiada
kitab yang sempurna melainkan al-Qur’ān.

Allāh Maha Mengetahui.

Syafiq atTauhidi (Mohammad Syafiq Ismail)


Syuruq 25 Zulkaedah 1441H / 16 Julai 2020M
Maktabah atTauhidi, negeri Sabah alMahmiyah billah.
4
FADILAT 10 HARI TERAWAL
ZULHIJJAH

Saudara muslimku, kita akan bertemu dengan bulan yang


suci, bulan Zulhijjah, yaknilah salah satu daripada bulan-
bulan al-ḥurum (yang suci dan terhormat) dan juga (salah
satu daripada) bulan-bulan haji. Berkenaan hari-hari
terawal bulan yang mulia ini, 10 harinya, Allāh bersumpah
dengannya di dalam kitabNya:

‫ﭑﭒﭓﭔﭕ‬
“Demi Fajar, dan demi malam yang sepuluh.”
(Sūrah al-Fajr, ayat 1-2)

5
Ia merupakan antara hari-hari yang termulia di sisi
Allāh, dan amal soleh padanya berganda-ganda pahalanya
kurniaan daripada Allāh.

Bulan-bulan yang terhormat itu lebih mulia di sisi Allāh


Subḥānahu wa Ta‘ālā berbanding bulan-bulan selainnya,
sepertimana firmanNya Ta‘ālā:

‫ﮤﮥﮦﮧﮨﮩﮪ‬
‫ﮫﮬﮭﮮﮯﮰﮱﯓ‬
‫ﯔﯕﯖﯗ‬
“Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi
(hukum) Allāh ialah dua belas bulan, (yang
telah ditetapkan) dalam Kitab Allāh semasa
Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya
empat bulan yang dihormati.” (Sūrah al-
Tawbah, ayat 36)

Bulan-bulan terhormat yang mulia di sisi Allāh itu ialah:


Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab.

FirmanNya Subḥānahu wa Ta‘ālā:

‫ﯘﯙﯚﯛﯜﯝﯞﯟﯠ‬
“Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang
betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya
diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati
itu (dengan melanggar laranganNya).” (Sūrah
al-Tawbah, ayat 36)
6
Perbuatan menzalimi diri sendiri itu tentulah haram
nan terlarang pada kesemua bulan (yakni setiap masa),
akan tetapi, ia (perbuatan zalim itu) pada bulan-bulan ini
lebihlah tegas (penekanan hukumnya).

10 hari terawal daripada bulan Zulhijjah ini dimuliakan,


kerana ia merupakan daripada bulan-bulan terhormat –
bulan Zulhijjah – dan kerana ia sendiri merupakan bulan
Zulhijjah, yang mana ia menghimpunkan dua perkara:
ia merupakan bulan haji, dan bulan terhormat. Allāh
Subḥānahu wa Ta‘ālā berfirman:

‫ﭑﭒﭓﭔ‬
“(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu
ialah beberapa bulan yang termaklum.” (Sūrah
al-Baqarah, ayat 197)

Yakni, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah.

Syawal adalah daripada bulan haji sahaja, bukan bulan


terhormat. Akan tetapi, Zulhijjah, terhimpun padanya
dua perkara ini (bulan haji dan bulan terhormat) – ia
dan bulan Zulkaedah juga daripada bulan terhormat dan
bulan haji.

Demikian juga, hari-hari ini (10 hari terawal Zulkaedah),


di mana kebanyakan amalan-amalan haji dilaksanakan.
Hari Tarwiyah pada 10 hari (terawal) Zulhijjah (yakni 8
Zulhijjah), Hari ‘Arafah pada 10 hari (terawal) Zulhijjah
(yakni 9 Zulhijjah), dan Hari al-Ḥajj al-Akbar yakni Hari

7
Kesepuluh dan Hari Raya (Aidil Adha) dan Hari al-Naḥr,
juga pada 10 hari (terawal) Zulhijjah ini.

Sebaik-baik hari dalam setahun itu ialah pada 10 hari


(terawal) Zulhijjah ini, yaknilah Hari ‘Arafah. Laylatul
Qadar merupakan sebaik-baik malam dalam setahun, secara
mutlak. Hari ‘Arafah pula adalah sebaik-baik hari dalam
setahun, secara mutlak. Sepertimana 10 malam (terakhir)
Ramadhan merupakan sebaik-baik malam, maka 10 hari
(terawal) Zulhijah ini juga merupakan sebaik-baik hari pula.

Berikut ini merupakan sebahagian fadilat hari-hari yang


agung ini, yang sabit sahih di dalam hadis-hadis daripada
Rasūlullāh ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, dengan peringatan
(baginda) berkenaannya, dan gesaan agar mentaati Allāh
(yakni memperbanyakkan amal taat) padanya (10 hari
terawal Zulhijjah ini).

Pada 10 hari (terawal) Zulhijjah ini, Allāh memuliakan


nan melebihkan amalan-amalan padanya, melebihi selainnya
(yang dilakukan pada selain 10 hari terawal Zulhijjah ini). Ini
merupakan kurnia Allāh Subḥānahu wa Ta‘ālā dan rahmat
kasihNya, sepertimana yang diriwayatkan di dalam hadis:

ٍ ‫إ َِّن ِل َربِّ ُك ِف أَ َّي ِم دَه ِرُك ن َ َف َح‬


‫ فَتَ َع َّر ُضوا لَهَا‬،‫ات‬
“Sesungguhnya Tuhan kalian, pada hari-hari
tertentu dalam tahun kalian itu, akan memiliki
musim tiupannya (kebaikannya). Maka rebutlah
ia.” (H.R. al-Ṭabrānī)

8
Allāh Subḥānahu wa Ta‘ālā, dari masa ke masa,
memberikan kita peluang dengan musim-musim
kebaikan, musim orang-orang yang taat nan bertakwa.
Sepertimana juga, di dunia ini, ada musimnya yang direbut
oleh orang-orangnya, di mana mereka memperbanyakkan
kegiatan mereka untuk beroleh dapatan keuntungan dan
harta daripadanya, maka, Allāh Subḥānahu wa Ta‘ālā
juga menjadikan bagi orang-orang (pendamba) Akhirat
musim-musimnya (untuk berebut kebaikan). Bulan
Ramadhan itu satu musim (kebaikan), 10 hari (terawal)
Zulhijjah itu juga satu musim (kebaikan), bulan-bulan
terhormat itu pula satu musim (kebaikan) juga. Inilah ia
sebahagian musim-musim kebaikan, yang dikurniakan
Allāh Subḥānahu wa Ta‘ālā.

Makna ia (hari-hari mulia ini) sebagai ‘musim’: Manusia


berusaha untuk memperbanyakkan padanya segala macam
usaha mendekatkan diri kepada Allāh Subḥānahu wa
Ta‘ālā, dengan amal kebaikan, dan menjauhi kejahatan.

Di antara amal soleh yang diriwayatkan daripada Nabi


ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam, khusus berkenaan 10 hari ini,
ialah sabdanya:

ِ ‫فَ َأ ِكثُوا ِف ِهي َّن ِمن التَّسب‬


ِ ‫ِيح َوالتَّح ِمي ِد َو َّالت ِل‬
‫يل َوالتَّكب ِِري‬
“Perbanyakkanlah padanya (10 hari terawal
Zulhijjah itu) dengan tasbīḥ (ucapan
SubḥānAllāh), taḥmīd (ucapan Alḥamdulillāh),

9
tahlīl (ucapan Lā ilāha illAllāh), dan takbīr
(ucapan Allāhu Akbar).” (H.R. al-Ṭabrānī)

Yakni, amalan berzikir mengingati Allāh Subḥānahu wa


Ta‘ālā. Oleh kerana itu, para Sahabat berzikir mengingati
Allāh pada 10 hari (terawal) Zulhijjah ini.. mereka berzikir
mengingati Allāh Subḥānahu wa Ta‘ālā, hatta di dalam
kawasan pasar, ketikamana mereka bertemu satu sama lain,
mereka bertakbir, “Allāhu akbar, Allāhu akbar!”, hinggalah
kawasan pasar tersebut bergema dengan takbir..

Begitu juga, sedekah pada hari-hari ini, pahalanya


berganda-ganda. Serta, disunatkan untuk berpuasa pada 9
hari (terawal – bermula daripada 1-9) Zulhijjah, dan yang
paling dituntut ialah puasa Hari ‘Arafah (yakni pada 9
Zulhijjah). Kerana, Nabi alayhi aṣṣalātu wassalām bersabda:

‫ــال أَن ُي َكفِّ َــر‬ َ ‫هللا ت َ َع‬


ِ ‫ــب عَ َــى‬ ُ ‫ِص َيــا ُم يَــو ِم ع ََرفَــ َة اَحت َ ِس‬
‫ َس ـنَ ًة قَبـ َ ُـه َو َس ـنَ ًة بَعـ َـد ُه‬، ِ‫ـوب َسنَـ ـتَني‬ َ ‫ُذنُـ‬
“Puasa Hari ‘Arafah, daku mengharapkan agar
Allāh Ta‘ālā mengampunkan dosa dua tahun
(kerana puasa itu), tahun sebelumnya dan
tahun selepasnya.” (H.R. Muslim)

Adapun bagi mereka yang mengerjakan haji, tidak


disunatkan untuk mereka berpuasa pada hari ini (Hari
‘Arafah). Nabi ṣallAllāhu ‘alayhi wa sallam tidak berpuasa
di ‘Arafah, dan minum di hadapan orang ramai, agar
mereka mengetahui bahawa baginda tidak berpuasa.

10
Kerana demikian (tidak berpuasa ‘Arafah bagi mereka yang
mengerjakan haji), menjadikan manusia lebih kuat untuk
melaksanakan ketaatan kepada Allāh, dan tidak penat pada
hari itu.

Demikian juga, di antara amalan yang disunatkan


pada hari-hari ini (10 hari terawal Zulhijjah), ialah
menghubungkan silaturahim antara sesama, dan ziarah
menziarahi antara mukminin, khususnya pada Hari ‘Īd
(Aidil Adha 10 Zulhijjah).

***

Alḥamdulillāh, segala puji bagi Allāh, dahulu, kini


dan selamanya, atas penyempurnaan terjemahan bagi
karangan Shaykh Yūsuf al-Qaraḍāwī ini, yang dijudulkan
sebagai ‘Fadilat 10 hari terawal Zulhijjah’, pada syuruq
25 Zulkaedah 1441H, bersamaan Selasa 16.7.2020M, di
Maktabah atTauhidi, negeri Sabah alMahmiyah billah, di
tangan empunya segala dosa dan kesilapan Syafiq atTauhidi.
Semoga Allāh yang baik menerimanya dan mengumumkan
manfaatnya kepada seluruh umat.

11
12

Anda mungkin juga menyukai