2003
Perbahasan berhubung dengan konsep ul-funlr' dalam tasawuf sememangnya
menimbulkan kontroversi di kalansan umat Islam. Perkara ini berlaku ekoran
daripada anggapan dan pendapat sesetengah pihak yang mengatakan bahawa konsep
ini adalah hasil cedokan daripada doktrin agama lain khususnya doktrin nrrvunu
dalam Buddhisme. ~ukteruitu, kajian ini adalah bertujuan untuk mernbandingkan
kedua-dua konsep tersebut di samping melihat sejauhmanakah persamaan dan
perbezaan yang wujud di antara keduanya. Kajian yang dilakukan ke atas pelbagai
hasil karya para pengkaji dan tokoh dalam kedua-dua aliran mcndapati terdapat jurang
perbezaan yang nyata memandangkan konsep dan metodologi yang digunakan oleh
para pengamalnya berbeza antara satu sama lain dan bersifat tersendiri khususnya
yang melibatkan prinsip-prinsip asas clan dasar. Hal ini dapat dibuktikan bilamana
konsep al-fUnZ yang menjadi pegangan golongan sufi mempunyai kaitan yang rapat
dengan konsep tauhid iaitu mempercayai bahawa hanya Allah sebagai Tuhan Yang
Esa dan menolak sebarang bentuk penyekutuan, penyerupaan antara Tuhan dengan
makhluk dan seurnpamanya. Fenomena ini secara tidak langsung telah menolak
pendapat yang mengatakan konsep al-$anZ ' ini mempunyai persamaan dengan teori
hul;l, ittihad, wahdat al-wujiid dan sebagainya yang secara jelas bercanggah dengan
prinsip-prinsip Islam. Berbeza dengan nrrvunu dalam Buddhisme yang dilihat lebih
mirip kepada aliran falsafah, tidak meletakkan aspek ketuhanan sebagai aspek centrul
dalarn kerohanian mereka. Perbezaan yang jelas pada prinsip dasar ini seterusnya
telah mernpengaruhi aspek metodologi yang digunakan meskipun secara kasarnya
terdapat beberapa persamaan di antara keduanya. Namun, dalam ha1 ini, tasawuf
Islam dilihat lebih menonjol apabila ia menetapkan suatu garis piawai yang khusus
berdasarkan kepada syariah bagi menjamin matlamat untuk mendekatkan diri kepada
Allah tidak lari daripada landasan yang ditetapkan. Garis piawai inilah juga yang
menjadi pegangan golongan sufi yang sebenar sebagai salah satu usaha mereka untuk
menyerlahkan ketulenan disiplin ilmu t u ~ yang f ortodoks di sarnping berusaha
untuk membersih dan menjernihkan disiplin ilmu tersebut dari sebarang bentuk
penyelewengan yang memberi kesan langsung kepada agarna Islam itu sendiri.
I Cohan -Tesis I
Tidak Di benarkan Membuat
Saiinan Fotokopi
Arahan
Ketua
Bahagian Koleksl Asia Tenggara I Khas
THE CONCEPT OF AL- FAN^ AND NIRKANA :A COMPARATIVE STUDY
BETWEEN TASAWUF ISLAM AND BZJDDHISM MYSTIClSM
ABSTRACT