Anda di halaman 1dari 30

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu


Ding Choo Ming ABSTRAK Dalam masyarakat Melayu feudal yang tidak banyak saluran maklumat, manuskrip Melayu adalah satu-satunya sumber maklumat peribumi bertulis yang kita warisi sehingga kini. Isi kandungan manuskrip itu kaya dan pelbagai. Oleh sebab itu, kebanyakan manuskrip boleh dikaji dari banyak segi: bahasa, budaya, falsafah, ugama, perubatan, sains dan teknologi, selain sejarah dan sastera yang lazim dilakukan selama ini. Selain itu, penulisan manuskrip dalam masyarakat Melayu masa dahulu tidak dimaksudkan sebagai karya sejarah atau sastera semata-mata, tetapi untuk memaklumkan, mendidik dan menghiburkan secara umum. Semua maklumat itu, tidak kira yang bersifat praktikal atau moral, telah disampaikan sama ada secara langsong, iaitu eksplisit, atau secara tidak langsong, iaitu implicit. Makalah ini ini akan membincangkan pemikiran, pendidikan, hiburan dan panduan dalam beberapa buah manuskrip itu untuk menolong orang Melayu menyelesaikan masalah mereka, sekali gus menolong membaiki hidup mereka dari masa ke masa. Kata Kunci: Maklumat peribumi, kepengarangan, orientalis, hubungan diplomatik, masalah kepimpinan

Pendahuluan
Manuskrip Melayu adalah sumber maklumat yang mengandungi pemikiran, ilmu dan akal budi peribumi Melayu yang terawal dan yang tidak putus-putus itu, maka telah mendapat perhatian orang Inggeris dan Belanda demi kepentingan politik dan ekonomi mereka. Merekalah juga yang bersungguh-sungguh memulakan pengumpulan teks itu, kemudian memulakan pengajian Melayu secara formal di Delft pada 1842, di Leiden pada 1877 (Ismail Husein 1974) dan di SOAS pada 1916 (Jones 1982 & 1985). Kerja pengumpulan manuskrip Melayu telah dibantu orang Melayu yang dibayar upah untuk mencari dan menyalinnya (Ding 1987). Setelah dipunggah dari istana Melayu oleh pengumpul Eropah, manuskrip Melayu yang disimpan di beberapa buah perpustakaan dan muzium di Eropah
195

Aswara Bab 9.pmd

195

10/6/2009, 9:01 AM

Jurnal ASWARA

pada mula-mulanya itu telah dibuat salinannya untuk akhirnya dijual kepada semakin banyak perpustakaan di semakin banyak negara di seluruh dunia. Pengalihan, semacam migrasi, manuskrip Melayu dari Dunia Melayu ke Eropah pada mula-mulanya adalah kerugian besar kepada perkembangan budaya, sastera dan bahasa Melayu. Muhammad Haji Salleh juga merasa tersekat dan marah terhadap perkara itu, lalu mengatakan sebab-sebabnya:
The possibility of these works being studied, analysied and their history noted were for a long time quite lost to the Malays. In the earlier days when the discipline of literature was not taught, and very few manuscripts were to be found, the situation was almost hopeless. Thus, Malay literature, measured from the Western idea of presence, effectively did not substantially exist, except in hearsay. Thus, young Malaysian began to study their literature as a negative art and unsophisticated (2006: 251).

Sebelum dikumpul dan diangkut ke negara Eropah, penyalinan manuskrip di Dunia Melayu adalah perkara biasa (Voorhoeve 1967). Daripada penyalinan yang berulang kali dilakukan dari masa ke masa itulah maka sudah ada 30 versi Hikayat Indraputra, 21 versi Sirat Mustaqim, 26 versi Tajus Salatin dan 18 versi Sejarah Melayu yang disimpan di perpustakaan yang berbeza-beza (Ding 1987 & 2003a). Selain itu, penyalinan dan penyebaran manuskrip Melayu telah meningkat kepada skala yang luar biasa pada pinggir abad ke-19 berikutan peningkatan usaha pengumpulan dan penyalinan yang diarah pengumpul, pengkaji dan orientalis Eropah. Antara mereka itu adalah J. Brandes, T. S. Raffles, H. N. van der Tuuk, Snouck Hurgronje, van Ophuijsen, Nommensen, L. W. C. van den Berg, H. C. Klinkert dan H. von de Wall. Dalam tempoh dua ratus tahun, bermula daripada usaha perintis Valentijn dan G. H. Wendly (Winstedt 1920) pada abad ke-18, kira-kira 6,000 manuskrip Melayu telah dibawa ke Belanda, United Kingdom, Francis dan Germany. Daripada banyak segi, pengumpulan manuskrip yang dilakukan orang Eropah itu telah memecah-belahkan koleksi asal manuskrip di Dunia Melayu. Sebelum itu, walaupun banyak juga manuskrip yang dipinjam dari satu tempat (istana) untuk disalin di satu tempat (istana) yang lain itu tidak dipulangkan (Ding 1987), tetapi manuskrip yang berkenaan masih tetap ada di Dunia Melayu, melainkan yang sudah terbakar seperti koleksi manuskrip di rumah Raja Haji Abdullah, di Pulau Penyengat, yang terbakar pada 1923. Hal itu berbeza sama sekali setelah manuskrip Melayu jatuh ke tangan orang Eropah.

196

Aswara Bab 9.pmd

196

10/6/2009, 9:01 AM

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu

Namun, kita mesti berterima kasih kepada orang Eropah bukan sahaja telah menyelamatkan manuskrip Melayu di Eropah, tetapi juga telah menyelenggaranya, termasuk mengkatalognya (walaupun bukan semua) secara profesional dan teliti untuk pertama kali dalam sejarah. Hasilnya, banyak katalog manuskrip sudah diterbitkan dan kajian manuskrip telah dilakukan. Selain itu, daripada koleksi manuskrip yang dijaga dan diselenggara dengan baik di Eropah itulah negara-negara lain telah mendapat salinan mikro, faksimili, fotokopi dan kini digital banyak manuskrip untuk dijadikan asas pembinaan koleksi manuskrip Melayu masing-masing, termasuk yang berlaku di Pusat Manuskrip di Perpustakaan Negara Malaysia, Koleksi Kebangsaan di Perpustakaan Universiti Malaya, Koleksi Khas di Perpustskaan Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga Dewan Bahasa dan Pustaka. Ini bermakna bahawa penyebaran manuskrip di tangan orang Eropah itu telah juga membawa banyak rahmat kepada kesarjanaan Melayu selama ini. Ia setidaktidaknya telah memudahkan sekaligus meningkatkan pengajian dan kesarjanaan serta pemikiran dalam manuskrip Melayu di seluruh dunia, satu tapak kecil dalam langkah besar mengantarabangsakan pengajian Melayu dalam pengertian yang tertentu. Kini, masalah susah mendapatkan salinan teks manuskrip Melayu untuk penyelidikan sudah tidak timbul lagi dengan adanya kecanggihan teknologi ICT, pangkalan data dan Internet (Ding 1999), lebih-lebih lagi pangkalan data Pusat Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara Malaysia di Kuala Lumpur pada http:/ /www.pnm.my/manuskrip/melayu, dan juga www.melayuonline.com yang diselenggarakan Balai Kajian dan Pengembangan Budaya Melayu, di Jogjakarta, Indonesia. Kini, manuskrip Melayu sudah dikenalpasti tersebar di 151 buah institusi di 28 buah negara seperti yang tersebut di bawah ini (Chambert-Loir & Oman 1999), termasuk di Afrika Selatan (di South African Cultural History Museum; South African Library; University of South Africa Library; University of Durban-Westville, Documentation Center), Australia (di National Library of Australia; Australian National University Library; Monash. University Library; University of Sydney Library; State Library of New South Wales; Dixion Library Sydney). Austria (di Museum fur Volkerkunde (Viena). Belgium - Bibliotheque Royale Albert I Brussel) dan Brunei (di Dewan Bahasa dan Pustaka (Bandar Seri Begawan); Muzium Brunei (Bandar Seri Begawan); Pusat Dawah Islamiah (Bandar Seri Begawan); Pusat Sejarah (Bandar Seri Begawan). Dalam masyarakat Melayu feudal yang tidak banyak saluran maklumat, manuskrip Melayu adalah satu-satunya sumber maklumat
197

Aswara Bab 9.pmd

197

10/6/2009, 9:01 AM

Jurnal ASWARA

peribumi bertulis yang kita warisi sehingga kini. Isi kandungan manuskrip itu kaya dan pelbagai, maka meliputi ilmu bintang, ilmu penujuman, ilmu ubat-ubatan, ilmu tadbir mimpi, ilmu kias, ilmu raksi, ilmu berahi, ilmu bahasa, ilmu pertukangan, ilmu pertanian, ilmu hitungan, ilmu undangundang, ilmu pertanian, ilmu pelayaran, antara yang lain-lain (Ismail Hussein 1974; Teuku Iskandar 1996; Harun Mat Piah 2000). Oleh sebab itu, kebanyakan manuskrip, terutamanya yang diberi judul sebagai sejarah dan hikayat itu boleh dikaji dari banyak segi: bahasa, budaya, falsafah, ugama, perubatan, sains dan teknologi, selain sejarah dan sastera yang lazim dilakukan selama ini. Selain itu ingin dinyatakan bahawa penulisan manuskrip dalam masyarakat Melayu masa dahulu tidak dimaksudkan sebagai karya sejarah atau sastera semata-mata, tetapi untuk memaklumkan, mendidik dan menghiburkan secara umum. Sehubungan itu, manuskrip Melayu lebih wajar dilihat sebagai sumber maklumat secara umum kerana ruang lingkupnya luas dan meliputi pelbagai ilmu dan maklumat. Walaupun tidak salah kiranya ia dikaji dari segi sejarah atau sastera kerana memang ada kedua-dua unsur itu, tetapi kepada pengkaji yang ingin mengkajinya dari segi sastera, ingin dinyatakan bahawa sastera dalam masyarakat Melayu masa dahulu tidak terhad pengertiannya kepada sastera tulen atau belles letters. Ini disebabkan orang Melayu dahulu tidak membezakan sastera tulen dan sastera terapan, tetapi prihatin tentang karya yang baik dalam erti kata yang indah bahasanya, baik isinya, tinggi nilai moralnya, lebih-lebih lagi yang boleh mendatangkan faedah. Sebaliknya, karya yang tidak baik adalah yang janggal bahasanya, buruk isinya dan rendah moralnya, maka tidak mendatangkan faedah. Sehingga kini pengetahuan kita tentang manuskrip Melayu baik sebagai karya sastera, sejarah, ugama, falsafah dan sebagainya bukan sahaja terbatas, tetapi juga terkeliru. Keterbatasan dan kekeliruan itu disebabkan sehingga kini tidak banyak manuskrip Melayu sudah dikaji, selain belum ada definisi yang boleh diterima sebulat suara oleh sarjana tentang hikayat, sejarah, pengarang, kepengarangan, penaung dan sistem penaungan dalam masyarakat Melayu.

Mengkaji dengan Niat yang Baik


Dari banyak segi manuskrip Melayu adalah sumber maklumat peribumi Melayu yang sudah menjadi asas kepada orang Melayu berkomunikasi, mengurus diri, membuat keputusan, mendapat pendidikan, ilmu dan hiburan, selain telah dikembangkan dari masa ke masa, sesuai dengan
198

Aswara Bab 9.pmd

198

10/6/2009, 9:01 AM

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu

keperluan dan kebolehan orang Melayu. Minat kita kepada tajuk ini bukan sahaja kerana pentingnya maklumat peribumi Melayu kepada orang dan masyarakat Melayu, tetapi juga minat orang Eropah terhadapnya sebelum ini, lebih-lebih lagi kerana peningkatan minat di seluruh dunia terhadap maklumat peribumi berikutan berlangsungnya 1st International Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil, pada 1992. Sebelum itu, minat orang Eropah kepada maklumat peribumi di luar Eropah sudah tercetus setelah Christopher Columbus menemui Amerika Syarikat pada 1492. Penemuan maklumat, ilmu dan tamadun orang asli di benua itu besar implikasinya dalam memperhebat proses defeudalisasi, pemodenan, pendemokrasian dan pembebasan diri sehingga hari ini. Semua perkembangan itu ada kaitan dengan kesedaran manusia secara umum tentang pentingnya peranan maklumat sebagai sumber pembangunan, ekonomi, ilmu dan kuasa yang lebih penting daripada tanah, tenaga manusia, modal dan lain-lain sumber ekonomi, pembangunan, ilmu dan kuasa tradisional yang semakin kurang, kalau tidak yang pupus, setelah semakin banyak digunakan. Tetapi maklumat dan pemikiran manusia adalah yang sebaliknya: semakin banyak digunakan semakin berkembang. Namun demikian, ingin dinyatakan di sini bahawa semua maklumat itu, tidak kira yang bersifat praktikal atau moral, telah disampaikan sama ada secara langsung, iaitu eksplisit, atau secara tidak langsung, iaitu implisit. Maksud maklumat implisit adalah ia telah dikiaskan atau disampaikan di sebalik legenda, mitos dan dongeng. Cara penyampaian ini telah membuat kita, lebih-lebih lagi pegawai-sarjana penjajah Eropah masa dahulu meragui nilainya. Masalah, halangan dan kemusykilan yang dihadapi semasa mengkaji manuskrip Melayu kerana sifat-sifatnya yang tersendiri itu akan diperkatakan nanti. Sebelum itu, ingin dijelaskan di sini bahawa itulah juga cara yang selamat untuk pengarang masa dahulu menyampaikan kritikan dan komen mereka terhadap sikap, perbuatan dan sifat raja-raja dan pegawai mereka yang tidak boleh ditentang, ditegur dan dikritik secara terbuka, selain itulah juga konvensi dan tradisi umum kepengarangan Melayu: suka berkias untuk tidak menyinggung perasaan pembacanya di satu pihak, selain mahu pembacanya mempunyai daya imaginasi yang tinggi di satu pihak yang lain. Tradisi dan tujuan kepengarangan manuskrip untuk memaklumkan, mendidik dan menghiburkan itu barangkali sukar difahami sarjana orientalis pada pinggir abad ke 19. Sehingga kinipun, hati, akal, budi dan kebijaksanaan kaum peribumi Melayu masih tidak mereka fahami dengan baik dengan manuskrip yang tidak mempunyai fakta sejarah itu dikaji sebagai sumber sejarah pada mula-mulanya, kemudian sebagai karya sastera, wahal
199

Aswara Bab 9.pmd

199

10/6/2009, 9:01 AM

Jurnal ASWARA

tidaklah demikian halnya. Walaupun terassa tidak saintifik dan logik kepada orientalis, tetapi manuskrip itu telah memberi pendidikan, hiburan dan panduan kepada orang Melayu menyelesaikan banyak masalah mereka, sekali gus telah menolong membaiki hidup mereka (Muhammad Haji Salleh 2006: 333-334). Kesemuanya dihargai orang Melayu dahulu, maka telah menduduki ruang istimewa dalam hati dan jiwa mereka. Sebagai khalayak peribumi, mereka sangat prihatin kepada akal budi, ilmu, maklumat, peristiwa sejarah, ide, lebih-lebih lagi nilai falsafah yang terdapat dalam manuskrip itu. Kini, koleksi manuskrip Melayu yang berjumlah kira-kira 10,000 judul dan salinannya di seluruh dunia wajar dipandang sebagai sumbangan intelektual, pemikiran, kesarjanaan dan kreativiti pengarang Melayu di pelbagai bidang kepada umat manusia. Di sini, kita mesti tahu bahawa manuskrip Melayu sudah dikarang di banyak istana Melayu yang juga berperanan sebagai pusat kuasa dan ilmu di Dunia Melayu. Sehubungan itu, pentingnya manuskrip itu kepada kita juga disebabkan teks-teks itu adalah daripada tradisi penulisan yang agung yang tidak putus-putus sejak abad 13 hingga pinggir abad 19 di banyak istana Melayu. Di sinilah terkumpulnya pemikir, pengarang, ulama, penasihat dan pakar rujuk kepada raja-raja Melayu. Sepanjang yang diketahui, tidak kurang daripada 70 buah kerajaan Melayu di Dunia Melayu sehingga akhir abad 19. Bilangan itu berubah dari masa ke masa kerana kerajaan yang kecil dan lemah itu lazimnya ditakluki kerajaan yang lebih besar dan kuat. Namun, tidak ada kerajaan Melayu yang besar dan kuat sehingga telah dapat menguasai keseluruhan Dunia Melayu serentak. Ini adalah termasuk kerajaan Srivijaya dan Melaka walaupun kedua-duanya dapat meluaskan kuasa dan pengaruh mereka ke kawasan yang lebih luas berbanding dengan kerajaan Melayu yang lain. Hasilnya, terbentuklah bermacam-macam pakatan tentera antara sebuah kerajaan Melayu dengan sebuah kerajaan Melayu yang lain dengan yang kecil dan lemah itu mencari perlindungan daripada yang lebih besar dan kuat. Kisah seumpama itu boleh dirujuk dalam Tuhfat al-Nafis, misalnya. Selain itu, Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah juga memainkan peranan seorang diplomat mengembara ke sana ke mari untuk menunjukkan kuasa kerajaan Melaka kepada kerajaan Melayu yang lain, lebih-lebih lagi kepada kerajaan Java. Proses itu berlarutan sehingga 1824 apabila Inggeris dan Belanda membelah-bahagikan Dunia Melayu kepada dua wilayah dikuasai mereka. Dalam rencana ini, kita cuba berkenalan dengan sebahagian pemikiran yang terdapat dalam keanekaragaman manuskrip Melayu di pelbagai bidang. Usaha itu menuntut kita menghormati manuskrip Melayu
200

Aswara Bab 9.pmd

200

10/6/2009, 9:01 AM

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu

sebagai produk daripada sistem kepengarangan Melayu yang mempunyai mekanismenya, maka didapati berbeza daripada yang terdapat di Eropah atau kita masa kini. Sehubungan itu, nasihat daripada Amin Sweeney (1994: xii) tentang pengkajian kita ke atas manuskrip Melayu sebagai sumber maklumat adalah kita perlu memahami dan menghayatinya dengan niat yang baik dan tidak boleh memburuk-burukkannya. Ini disebabkan memahami manuskrip yang ditulis untuk masyarakat masa dahulu lain daripada kita memahami buku cetak, lebih-lebih lagi bahan digital masa sekarang. Ini juga bermakna bahawa manuskrip Melayu mesti difahami kerana keunggulannya secara keseluruhan dan bukannya hanya menerima aspek-aspek yang kita percayai sebagai yang sesuai dan baik. Selanjutnya, Eddin (2003: 9-11) menambah bahawa mengubah atau memanipulasi fakta masa lampau, baik dalam buku sejarah atau manuskrip Melayu, adalah penipuan yang hanya akan menenggelamkan kita sendiri. Selama berkurun-kurun, ratusan orang pengarang dan penyalin Melayu dengan kebolehan dan kepakaran mereka yang berbezabeza itu bukan sahaja sudah menghasilkan ribuan manuskrip yang indah, dalam maknanya, selain penuh dengan rahsia dan kaya isinya (Braginski 1989 & 1998), tetapi juga telah membina tradisi dan konvensi kepengarangan yang unik (Ding 1999b). Antara pengarang dan penyalin Melayu yang diketahui nama adalah Tun Seri Lanang, Raja Chulan, Raja Ali Haji, Bukhari al-Jauhari, Muhamma Bakir, Muhammad Ching Saidullah, dan Muhammad bin Omar Sheikh Farid (Siti Hawa Salleh 1997). Secara langsung atau tidak langsung, mereka telah memperkayakan pengetahuan, mempertingkatkan mutu hidup, membentuk perwatakan dan keindividualan orang Melayu turun-temurun. Oleh sebabsebab itu, manuskrip Melayu juga boleh dimanfaatkan sebagai sumber maklumat tentang hal ehwal orang Melayu. Namun, untuk memahami orang Melayu dan budayanya tidaklah semudah seperti membaca cerita dalam manuskrip itu, tetapi memerlukan ilmu yang khusus, malahan semiotik, linguistik dan filologi yang boleh menolong kita memecahkan rahsia yang terkandung dalam kod hermeneutik Melayu itu.

Kedudukan Kerajaan Melayu di Dunia


Kita selalu diingatkan bahawa kebudayaan Melayu mesti difahami dalam konteks sejarahnya. Berlatarbelakangkan fakta sejarah, sejak 100 TM lagi, tempo pembangunan Dunia Melayu sudah semakin rancak seiring dengan pengembangan dan keamatan perdagangannya dengan China,
201

Aswara Bab 9.pmd

201

10/6/2009, 9:01 AM

Jurnal ASWARA

India dan Arab. Sehubungan itu, sebelum ketibaan Vasco de Gama (14691524) di Dunia Melayu, pelabuhan-pelabuhan dari Melaka sehingga Moluku sudah menjadi tempat pertemuan pedagang dari banyak negara dengan banyak sekali kapal, jong, tongkang dan media pengangkutan laut lain yang membawa barang dan penumpang. Antara pelabuhan yang sibuk dan mewah, maka sudah menarik perhatian orang Eropah adalah Melaka yang sudah ditawan Portugis pada 1511. Peristiwa itu adalah pembuka babak baru sejarah penjajahan Eropah sehingga menguasai sebahagian besar Dunia Melayu sehingga abad ke-20. Namun, tradisi penulisan manuskrip berbahasa Melayu dalam tulisan Jawi itu yang diberi penaungan raja-raja Melayu terus berkembang selama ratusan tahun tanpa terganggu sejak kedatangan ugama Islam pada abad ke-12. Fakta itu menunjukkan sejarah di Dunia Melayu bukan sahaja dipenuhi kisah interaksi antara orang peribumi dengan orang bukan peribumi, tetapi juga tradisi pengembangan sastera bertulis di istana Melayu. Hal ini ada kaitan erat dengan keterlibatan raja-raja Melayu dalam kegiatan kebudayaan selaras dengan peningkatan kekuatan ekonomi dan politik. Selain Itu, wajar dinyatakan di sini bahawa istana yang menjadi pusat kerajaan Melayu itu bukan sahaja tempat tumpuan pemikir, pengarang, filsuf, ulama, pakar rujuk undang-undang dan pentadbiran, misalnya, tetapi juga tempat melahirkan tokoh-tokoh dan pegawai-pegawai sokongan kerajaan yang berkenaan. Perkembangan itu memantapkan kedudukan istana sebagai pusat kuasa, maklumat dan ilmu di Dunia Melayu. Kesemua itu perlu difahami dalam konteks peningkatan kemakmuran kerajaan Melayu selari dengan rancaknya perdagangan antarabangsa melalui Selat Melaka dan selat-selat yang lain. Perkembangan itu ada kaitan pula dengan pelayaran laut Christopher Columbus (1451-1506), Ferdinand Magellan (1489-1521) dan juga Francis Drake (1540-1596) yang telah membuka laluan baru pelayaran dan perdagangan laut, lanjutan kepada pengembaraan Marco Polo (1254-1324) yang mengikuti jalan sutera dari Venice ke China dan telah singgah di Sumatera dalam perjalanannya menaiki kapal balik ke Venice. Daripada warkah yang ditulis raja-raja Melayu, termasuk Sultan Iskandar Muda di Aceh kepada Raja James I pada 1615, Sultan Nuku di Tidore kepada John Crisp, gabenor di Bengkulu pada 1785, Sultan Muhammad Yasin XVIII kepada Kol. J. Oliver pada 1802 dan Sultan Syarif Kasim di Pontianak kepada Raffles pada 1811, ternyata bahawa raja-raja Melayu sudah mempunyai hubungan baik dengan teman sejawatan mereka dari China sampailah ke Eropah. Ini menyatakan juga bahawa raja-raja Melayu yakin tentang kebolehan dan kebijaksanaan
202

Aswara Bab 9.pmd

202

10/6/2009, 9:01 AM

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu

mereka mengurus hubungan mereka dengan kuasa-kuasa asing, selain menyedari kedudukan mereka dan peranan mereka dalam hal ehwal dunia, lebih-lebih lagi sistem ekonomi, perdagangan, perniagaan antarabangsa dan pergolakan politik di Dunia Melayu. Selain itu, Dunia Melayu sudah juga mempunyai ramai pemikir dan ahli falsafah, termasuk Bukhari al-Jauhari (1603- ), Hamzah Fansuri ( -1606) dan Nurrudin al-Raniri ( -1658) dan Abdul Rauf Singkel (1615-1693) di Aceh. Mereka sudah mengembangkan idea politik dan pemikiran ugama, maka boleh dikatakan sezaman, kalau pun bukan mendahului, pemikiran Islam, Asia dan Eropah. Setelah mengkajinya, Farish A Noor (2002: 18-9) menekankan bahawa karya Melayu-Islam Tajus-Salatin sudah dikarang Bukhari al-Jauhari lebih kurang setengah abad sebelum Leviathan (1651) yang ditulis Thomas Hobbes (1588-1679), seorang ahli falsafah Inggeris, berisikan falsafah politik yang menitikberatkan kontrak sosial dalam pengawalan kelakuan manusia yang mementingkan diri.

Sumber Maklumat Rasmi Kerajaan Melayu


Walaupun orang Melayu mulai kehilangan kuasa politik dan ekonomi sedikit demi sedikit sejak abad ke-15 setelah kejatuhan Melaka di tangan Portugis, tetapi tidak kehilangan kuasa mereka di bidang kebudayaan dan kesusasteraan sehingga pinggir abad ke-19. Ini disebabkan adanya sokongan yang padu dan terus-menerus daripada raja-raja Melayu kepada penghasilan penulisan manuskrip dan keris, antara yang lain-lain, sehinggakan manuskrip telah menjadi bukan lagi kesusasteraan rasmi semata-mata (Muhammad Haji Salleh 2006), tetapi lebih penting dan besar peranannya, iaitu sebagai sumber maklumat rasmi di kebanyakan kerajaan Melayu sehingga abad ke-19. Ini juga bermakna bahawa selama lebih kurang enam ratus tahun, sejak abad ke-14 hingga abad ke-19, pengarang Melayu yang sudah menyaksikan pelbagai konflik, interaksi dan pergolakan politik dan ekonomi yang berlaku antara rajah-rajah Eropah dengan raja-raja Melayu. Walaupun orang Melayu dan kaum peribumi yang lain di Dunia Melayu sudah tunduk kepada kuasa penjajahan Eropah, bermula dengan sultan Melayu meminta pertolongan daripada kuasa Eropah untuk melindungi mereka daripada serangan kerajaan Melayu yang lain, tetapi orang Melayu tidak pernah diasimilasikan sehingga kinipun kerana kuasa dan penguasaan Eropah itu. Dalam konteks itu, perhatian wajar diberi kepada isi kandungan dan maksud dalam manuskrip Melayu yang besar, popular dan penting yang diberi sebagai
203

Aswara Bab 9.pmd

203

10/6/2009, 9:01 AM

Jurnal ASWARA

contoh, seperti Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat RajaRaja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa dan Tuhfat al-Nafis. Dalam manuskrip yang dikarang dari masa ke masa itu, keruntuhan kerajaan Melayu yang berkenaan dikaitkan dengan masalah kepimpinan dan soal moral raja-raja Melayu yang berkenaan. Keruntuhan kerajaankerajaan itu tidak ada kena-mengena kuasa penjajahan Eropah yang nyata dirasai pada pinggir abad ke-19 walaupun sebuah demi sebuah kerajaan Melayu sudah jatuh ke tangan setelah jatuhnya Melaka ke tangan Portugis pada 1522. Sebaliknya, keruntuhan kerajaan Melayu selalu dikaitkan dengan falsafah raja adil raja disembah dan raja zalim raja disanggah, buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat dan juga kontrak sosial antara raja dengan rakyat. Nilai-nilai moral dan falsafah itu telah diberi ruang khas dalam karya-karya itu, sama ada secara implisit atau eksplisit. Sehubungan itu, banyak soalan boleh dibangkitkan tentang pentingnya manuskrip Melayu kepada kita selepas negara kita merdeka selama 50 tahun, lebih-lebih lagi pada abad ke-22 ini. Antaranya adalah pertama, adakah manuskrip Melayu yang ditulis dalam masyarakat feudal dahulu masih sesuai dan boleh memberi manfaat yang diperlukan kita dalam dalam masyarakat demokratik? Kedua, kalau sesuai lagi, apakah sebabnya bilangan pengkaji manuskrip Melayu sudah berkurang akhirakhir ini? Ketiga, kalau demikian, apakah boleh dan harus dilakukan untuk menyemarakkan minat orang ramai secara umum dan pengkaji secara khusus kepada manuskrip Melayu? Keempat, berapa lamakah kita boleh bersikap pura-pura dengan menganggap manuskrip itu masih penting dan sesuai? Kelima, bagaimana manuskrip harus difahami dan dimanfaatkan, selain untuk kajian sejarah dan masa lampau? Jawapan kepada kesemua soalan tersebut bergantung kepada sikap, tujuan dan keperluan kita sekarang. Yang jelas ialah walaupun peristiwa sejarah dan kelakuan raja-raja Melayu di Pasai, Aceh, Melaka, Riau dan Kedah, misalnya dalam Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Aceh, Sejarah Melayu, Tuhfat al-Nafis, Hikayat Merong Mahawangsa berbeza dengan kelakuan pemimpin-pemimpin kita masa sekarang, tetapi ajaran moral dan nilai falsafah di sebalik keruntuhan kerajaan-kerajaan itu masih boleh dijadikan cermin dan pedoman tambahan sampai bila-bila masa. Banyak peperangan dan persengketaan yang berlaku masa ini adalah kerana kita tidak belajar daripada sejarah. Pentingnya manuskrip itu kepada kita masa kini dan juga generasi yang akan datang terletak juga pada falsafah pengurusan diri dan pentadbiran negara. Kejatuhan kerajaan Melayu masa dahulu juga disebabkan raja Melayu masa dahulu tidak
204

Aswara Bab 9.pmd

204

10/6/2009, 9:01 AM

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu

menghirau nasihat daripada penasihatnya, lebih-lebih lagi pengajaran daripada kejatuhan raja-raja dan kerajaan Melayu sebelum mereka.

Pengajian Manuskrip Melayu


Setakat ini, hanya sekitar 30% daripada 10,000 buah manuskrip Melayu telah dikaji. Ini juga bermakna bahawa masih banyak ilmu dan maklumat peribumi Melayu di pelbagai bidang belum diketahui. Keterbatasan maklumat dan ilmu peribumi Melayu adalah juga antara kritikan Ismail Hussein (1974) dan Muhammad Haji Salleh (2006) terhadap buku perkembangan sejarah sastera Melayu klasik yang telah dipelopori penulisannya oleh R. O. Winstedt pada 1958, berdasarkan lebih kurang 300 buah manuskrip Melayu, termasuk Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Merong Mahawangsa dan Hikayat Raja-Raja Pasai, yang juga boleh dikaji dari aspek yang lain. Projek gergasi seumpama itu berdasarkan kajian manuskrip Melayu sudah dilakukan di bidang ilmu yang lain. Antara contoh itu adalah Harun Mat Piah, Abdul Rahman, Jelani Harun, Muhammad Taib Osman dan Liaw Yock Fang. Hanya setelah dibuat kajian khusus di satu-satu bidang ilmu yang tertentu dapatlah diketahui selok-belok, kedalaman, keluasan sekaligus perkembangan akal budi, intelek, pemikiran, falsafah, nilai, ilmu dan maklumat peribumi Melayu di bidang ilmu yang berkenaan. Sekiranya minat orang Eropah abad 19 ke atas manuskrip Melayu lebih banyak didorong keperluan mereka untuk mendapatkan maklumat tentang perkembangan politik dan sejarah kerajaan-kerajaan Melayu untuk kepentingan penjajahan, tetapi setelah dikaji, kita dapati manuskrip Melayu, terutamanya Sejarah Melayu, lebih wajar ditafsir semula dari segi falsafah politik Melayu berdasarkan waadat Sang Sapurba dengan Demang Lebar Daun dan implikasinya, kerana unsur-unsur wasiat, alegori, nilai kemanusiaan, humor dan nilai ketatanegaraan, antara yang lain-lain. Walaupun perbezaan antara sejarah dan falsafah sukar dijelaskan, memandangkan banyak pengajaran sejarah telah dikiaskan di sebalik cerita legenda, tetapi kita mesti memahami maksud sebenar karya itu ditulis: keprihatinan raja-raja Melayu untuk mengingatkan orang ramai tentang hal, perkara, orang, kejadian dan peristiwa yang sudah mereka ketahui, dan juga mahu orang lain yang tidak tahu itu supaya tahu dan juga tidak melupakannya. Di sini pengarang manuskrip yang berkenaan itu didapati kurang mementingkan pengesahan peristiwa sejarah yang lepas, tetapi lebih berminat untuk menonjolkan pengajaran daripada
205

Aswara Bab 9.pmd

205

10/6/2009, 9:01 AM

Jurnal ASWARA

peristiwa yang sudah lepas. Selain itu, kita dapati kontrak sosial antara Sang Sapurba dengan Demang Lebar, misalnya, masih diperlukan untuk menjaga keharmonian dan perpaduan negara yang berbilang kaum di Malaysia. Sayugia dinyatakan bahawa nilai moral dan falsafah itu akan merentasi jurang zaman dan ruang fizikal. Pendek kata, pentingnya manuskrip yang diminati orang Eropah dahulu dari segi politik dan sejarah itu lebih bermakna kepada kita kerana nilai moral dan falsafahnya.

Sumber Maklumat, Pendidikan dan Hiburan


Banyak manuskrip yang kita warisi adalah karya tulis dengan isi yang kaya dan ruang lingkup yang luas, maka mempunyai kedalaman dan keluasan masing-masing. Dalam Hikayat Merong Mahawangsa telah juga diceritakan kisah kedatangan Islam ke Dunia Melayu dengan cara yang rumit, tetapi menarik, maka adalah satu lagi sumber maklumat yang menarik tentang hal itu, selain memperkatakan kewujudan bersama Hinduisme dan Islam. Itulah juga sebab adanya keanekaragaman isi dan maklumat dalam manuskrip Melayu dengan setiap manuskirp itu mempunyai keistimewaannya sendiri yang tidak terdapat dalam teks yang lain. Tanpa keistimewaan, lebih-lebih lagi keaslian, kesusasteraan Melayu masa silam itu, misalnya, pasti sudah mati bukan sahaja kerana mengulangi apa yang sudah ditulis pengarang lain sebelumnya, tetapi juga tidak mencerminkan perubahan yang sentiasa berlaku kerana perubahan masa dan kehendak khalayak di Dunia Melayu yang boleh dipandang dari banyak segi sebagai melting pot of culture. Walaupun manuskrip yang kita warisi itu tidak semestinya wujud dalam bentuk yang ada itu oleh pengarang Melayu asal yang tidak diketahui identiti mereka lagi, tetapi mereka telah memberi bentuk, susunan, cerita, bahasa dan mesej asas yang terkandung dalam manuskrip yang kita warisi itu. Berbekalkan pengetahuan yang ada, kita akan cuba mengupas mengapa Hikayat Hang Tuah, Sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa dan lain-lain itu bukan sahaja karya kesusasteraan, tetapi juga sumber pemikiran orang Melayu. Untruk berbuat demikian, perlu difahami bahawa masyarakat Melayu sehingga abad ke-19 adalah masyarakat feudal. Ia dibahagikan kepada dua kelas yang jelas organisasinya: kelas pemerintah yang terdiri daripada raja dan bangsawan di satu pihak dengan kelas rakyat biasa yang diperintah di satu pihak yang lain. Hubungan dan perbezaan antara kedua-dua golongan masyarakat itu dipertahankan dengan kuasa pemerintahan dipegang
206

Aswara Bab 9.pmd

206

10/6/2009, 9:01 AM

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu

golongan raja dan kerabatnya yang telah diberi kepercayaan mistik daripada segi ideologi, mungkin pengaruh dari Hinduisme. Mereka ini ditonjolkan mempunyai hak dan kuasa separuh-Tuhan (semi-divine rights and powers) yang lazim diceritakan dalam manuskrip Melayu dari zaman Hindu. Selain menyampaikan ilmu, panduan dan teladan, manuskrip yang berkenaan juga menghiburkan. Kesemuanya itu penting kepada kemandirian masyarakat dan juga peningkatan taraf hidup individu dan masyarakat. Yang menarik ialah kesemuanya itu boleh dijumpai dalam Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hikayat Isma Yatim, Tuhfatal-Nafis, Hikayat Syamsul Anwar, Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Merong Mahawangsa dan lain-lain, walaupun komponen sejarah, pendidikan, hiburan dan lain-lain itu tidak sama banyak. Seterusnya, Hikayat Hang Tuah yang terkenal kerana fungsi didaktiknya itu juga sangat menghiburkan. Ia juga barangkali adalah manuskrip Melayu dan sumber maklumat bertulis yang pertama dalam bahasa Melayu menceritakan pengembaraan orang Melayu ke China, India dan Rom, lebih-lebih lagi Hang Tuah adalah orang Melayu yang bersifat global kerana juga mengetahui banyak bahasa asing, selain pandai menyesuaikan diri dengan keadaan yang sentiasa berubah. Selain itu, Sejarah Melayu, yang diitiraf sebagai karya sastera agung itu juga adalah sumber maklumat penting daripada abad ke-17. Ia tidak sahaja memperkatakan kegemilangan sejarah raja-raja Melayu dengan banyak daripada kisah sejarah itu telah disulami legenda yang berbau metafora, tetapi juga menyampaikan ajaran daripada raja-raja Melayu masa lampau tentang maksud balasan dan hukuman. Selanjutnya Adat Istiadat RajaRaja Melayu adalah juga sumber maklumat yang berisikan panduan membuat dakwat dan warna, aloi dan keris, selain maklumat tentang adat istiadat dan pantang larang yang diamalkan orang Melayu kelas atasan. Seperti Sejarah Melayu dan Tuhfat al-Nafis, maka Syair Perang Makasar dan juga Sejarah Melayu dan Bugis juga adalah teks sejarah dengan banyak peristiwa telah diadunkan dalam cerita mitos. Demikian juga dengan isi sastera kitab dan kitab ketatanegaraan. Selain menyampaikan kebenaran agama, teks-teks itu juga menceritakan sejarah dan sains, walaupun dikarang khusus untuk mengajar raja-raja dan pemimpin-pemipin tentang hal pentadbiran dan pengurusan. Seperti yang disebut tadi, dalam teks undang-undang, lebih banyak ruang dan perhatian telah diberi kepada maklumat tentang undang-undang dan hukuman, keselamatan dan keadilan, seperti lebih banyak perhatian telah diberi kepada herba, mantra, penyakit dan cara mengubatinya dalam kitab tib (Harun Mat Piah 2006).
207

Aswara Bab 9.pmd

207

10/6/2009, 9:01 AM

Jurnal ASWARA

Walau bagaimanapun antara sumber maklumat Melayu yang penting adalah Sejarah Melayu, kerana kaya isinya, selain bersifat didaktif dan menghiburkan. Ia pernah dan selalu dikaji dari segi sejarah dan sebagai karya sastera, tetapi lebih wajar dikaji dari segi pemikiran serta falsafah. Ini juga disebabkan kiasan legenda Puteri Gunung Ledang dalam erti kata bahawa hawa nafsu yang tidak terkawal daripada raja yang paling berkuasa di Dunia Melayu dewasa itu perlu dikritik dan disekat. Jika tidak, ia akan menghancurkan asas-asas nilai yang telah membuat Melaka menjadi sebuah kerajaan yang terulung (Muhamad Haji Salleh 2006: 344-5). Pengajaran dan kritikan lain yang tersembunyi di sebalik legenda itu adalah keangkuhan raja yang berkuasa, ketidakwarasan fikiran manusia yang sudah melupakan dirinya dan juga suara yang kuat dan lantang daripada seorang wanita mempertahankan hak-haknya. Kisah seorang puteri dapat memperbodohkan seorang raja dan seterusnya mematahkan egonya itu adalah perkara yang penting dan yang boleh digunakan dalam menganalisa jiwa (psche) orang Melayu. Sayogia diulangi bahawa manuskrip yang dikaji sarjana Eropah lebih dari segi sejarah itu boleh juga dikaji dari segi antropologi, sosiologi, malahan falsafah dan ketatanegaraan justeru ide asas Sejarah Melayu dan Hikayat Raja-Raja Pasai adalah falsafah dan pentadbiran Ini juga disebabkan tindakan raja yang membawa kerobohan kerajaan telah mempengaruhi pandangan pengarang Melayu tentang kemandirian kerajaan yang berkenaan. Sehubungan ini, isu utama yang ingin ditonjolkan dalam karya-karya itu adalah raja sebagai ketua eksekutif negara mesti bermoral tinggi, adil dan cekap dalam pentadbiran, selain pandai memilih penasihat, bendahara, panglima dan pegawai sokongan yang diperlukan. Cerita moral dan kiasan yang ada kaitan dengan raja-raja dalam teksteks itu menyatakan bahawa raja bukan sahaja menentukan nasib mereka sendiri, tetapi juga rakyat dan negara. Oleh sebab itu, teks pensejarahan dan ketatanegaraan telah dikarang untuk menyampaikan pengajaran dan pendidikan. Setelah melakukan kezaliman dan melanggar tata susila moral, tidaklah susah untuk diramal tentang bala petaka yang akan menimpa diri raja dan kerajaan yang diketuainya.

Warkah dan Undang-undang


Selain manuskrip yang panjang dan rumit, warkah yang pendek juga adalah sumber yang penting bagi kita mencari maklumat eksplisit dan implisit tentang orang, budaya dan masyarakat Melayu, kerana dua sebab.
208

Aswara Bab 9.pmd

208

10/6/2009, 9:01 AM

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu

Pertama, ia adalah sumber bertulis yang paling tepat seperti yang ditinggalkan pelaku sejarah pada masa dan tempat peristiwa yang berkenaan berlaku. Kedua, warkah yang kita warisi itu tidak diubah orang lain seperti manuskrip yang lain. Walaupun berfungsi sebagai saluran komunikasi dari satu pihak kepada satu pihak yang lain, tetapi banyak maklumat sosioekonomi, budaya dan politik dan hal ehwal Melayu yang lain boleh juga didapati daripadanya. Sebelum ini sudah dinyatakan bahawa surat-menyurat antara raja-raja Melayu dengan rajah putih di Nusantara, Eropah, China dan lain-lain itu bukan sahaja petunjuk tentang hubungan diplomatik antara kerajaan Melayu dengan kerajaan bukanMelayu, tetapi juga menunjukkan kerajaan Melayu yang berkenaan itu juga adalah yang berdaulat, berwibawa, bebas dan merdeka, walaupun maklumat lumrah dalam surat-surat itu adalah tentang kebenaran untuk berdagang, kutipan cukai, pengisytiharan pertabalan, perkahwinan dan penaklukan, selain maklumat raja-raja Melayu mencari perlindungan daripada raja-raja bangsa asing, misalnya. Sekiranya Surat Daripada John Hendric Tobias Kepada Seri Paduka Sultan Syarif Uthman ibni al-Marhum Sultan Syarif Abdul Rahman al-Qadri, Sultan Pontianak, bertarikh 5 April 1832 (MS 2285 PNM) itu berisikan maklumat tentang hasrat John Hendric di Betawi untuk menemui Sultan Syarif di Pontianak, tetapi Surat Perlantikan Seri Paduka Raja Ali Abdillah Sebagai Raja Muda Daripada Gabenor-Jeneral Nederland-Hindi, bertarikh 9 Februari 1858 (MS 2138 PNM) itu pula berisikan maklumat tentang gabenor-jeneral Nederland-India di Bogor ingin mengisytiharkan Seri Paduka Raja sebagai Raja Muda di Riau (Siti Mariani 2006). Selain itu, surat itu juga menggesa semua orang di Riau menunjukkan taat setia kepada baginda. Kalau warkah yang pertama itu adalah surat peribadi, tetapi yang kedua itu surat rasmi kerana ia juga berisikan arahan dan perintah. Maklumat dan kearifan yang berlapis-lapis seumpama itu boleh juga digali daripada Light Letters (Ms 40320/3 di Perpustakaan SOAS) (Skinner 1964; Ahmad Jenali Halimi 2006: 300; Wan Shamsuddin Mohd Yusof 2006). Antara maklumat eksplisit itu adalah kerajaan penjajah Inggeris di Pulau Pinang meminta kerajaan Melayu di Kedah membekalkan barang makan dan minum. Yang menarik di sini adalah maklumat implisitnya, iaitu kearifan lokal di sebalik maklumat eksplisit, termasuk perbezaan tahap pembangunan antara Kedah (yang sudah maju) dengan Pulau Pinang (yang baru dibangunkan) dewasa itu, selain hubungan diplomatik antara kerajaan Melayu di Kedah dengan kerajaan penjajah Inggeris di Pulau Pinang dengan kedudukan Kedah masa itu
209

Aswara Bab 9.pmd

209

10/6/2009, 9:01 AM

Jurnal ASWARA

harus difahami dalam konteks percaturan politik kerajaan Melayu berdepan dengan kerajaan penjajah Inggeris. Walaupun peperangan kerap berlaku di Dunia Melayu pada masa lalu, tetapi, setelah Melaka kalah kepada Portugis pada 1521, kerajaan Melayu yang lain tidak menempuhi zaman kegemilangan setanding kerajaan Melaka lagi. Keadaan itu turut dialami Kedah yang pernah muncul sebagai kerajaan Melayu yang kuat pada masa lalu. Tetapi, sejak 1770, ia sudah termasuk ke dalam senarai kawasan yang diminati Syarikat East India British, maka telah diambil Francis Light pada 1786 untuk ditukarkan menjadi gudang British sekaligus pangkalan tentera laut dalam perjalanan lautnya antara China dan India. Kesemua itu berlaku dalam kerangka strategi penjajah Inggeris mahu meluaskan pengaruhnya di Dunia Melayu dalam pergelutan kuasanya dengan kerajaan Belanda. Di bawah pentadbiran British, Pulau Pinang telah membangun dengan cepat sehingga telah menarik orang Cina dan India dari tempat lain, termasuk China dan India. Maklumat implisit lain yang penting di sebalik kesemua itu adalah tidak mungkin penghantaran surat dan pembekalan barang minum dan makan di antara kedua-dua tempat yang terpisah dengan laut itu tanpa adanya kemudahan pengangkutan laut, iaitu perahu dan kapal misalnya, selain tenaga kerja seperti kelasi, nakhoda, lebih-lebih lagi prasarana yang lain, termasuk pangkalan, jalur pelayaran, gudang dan kawalan keselamatan. Sehubungan itu, daripada nama nakhoda orang Melayu, India Muslim dan Cina yang disebut dalam surat-surat itu, seperti Gussin Sab, Bapu, Alias, Lebai Marikan dan Ipalu, ternyata bahawa Kuala Kedah dewasa itu sudah mempunyai penduduk berbilang kaum. Kesemua maklumat kecil itu besar maknanya sebagai nota kaki kepada maklumat tentang pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu di peringkat awal lagi (Furnivall 1983). Selanjutnya, maklumat implisit and eksplisit tentang undangundang sudah tentu boleh didapati daripada banyak karya undangundang yang sudah dikarang. Antaranya adalah Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Kanun Pahang, Undang-Undang Kedah, Undang-Undang Johor, Undang-Undang 99 Perak, Adat Aceh, Undang-Undang Perahu dan Undang-Undang Belayar. Kepelbagaian teks undang-undang itu dengan keanekaragaman isinya itu penting kepada penerusan kemandirian dan peningkatan kemakmuran dan pengembangan kerajaan-kerajaan Melayu. Kemakmuran Dunia Melayu pada keseluruhannya sehinggakan telah menarik pedagang dari China, India and Arab seperti yang telah disebut sebelum ini tidak akan kekal tanpa adanya penguatkuasaan pelbagai undang-undang secara
210

Aswara Bab 9.pmd

210

10/6/2009, 9:01 AM

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu

berkesan dalam melindungi keselamatan nyawa dan harta benda, keamanan sosial dan negara. Maklumat implisit yang terkandung dalam teks undang-undang secara eksplisit itu menyatakan pentingnya peraturan dan hukum hakam berjual beli, sewaan, timbangan, hutang piutang, bunga, gadaian dan denda. Kesemua itu adalah asas dalam menjamin keselamatan awam dan sekaligus melicinkan pentadbiran sistem ekonomi dan perdagangan. Selain teks undang-undang tentang perdagangan, ada banyak lagi teks undang-undang tentang pengurusan individu dan keluarga. Biasanya maklumat yang berkenaan dinyatakan secara eksplisit.

Tidak Saintifik?
Contoh kejatuhan kerajaan Melayu dikaitkan kezaliman rajanya boleh juga didapati dalam Hikayat Raja-Raja Pasai, Hikayat Aceh dan Hikayat Banjar. Pada asasnya, pelanggaran persetujuan yang dibuat antara Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun adalah kiasan kepada kejatuhan kerajaan dalam teks-teks yang tersebut. Mesej itu telah juga disiratkan dalam falsafah ketatanegaraan. Dalam Hikayat Raja-Raja Pasai, Tun Abdul Jalil dibunuh ayahnya, Sultan Ahmad, akibat cemburu dengan Puteri Gemerencang dari Majapahit kerana memilih anaknya sebagai suami. Dalam Syair Raja Muda Perlis telah diselitkan pengajaran di celah-celah naratif yang indah itu malapetaka menimpa raja yang tidak dapat mengawal hawa nafsu, kemurkaan, keberahian dan juga cepat menjatuhkan hukuman tanpa periksa terlebih dahulu. Demikian juga kejatuhan raja dan kerajaan dalam Hikayat Hang Tuah dikaitkan dengan sifat negatif dan perangai buruk daripada raja dan kerabatnya. Kesemua maklumat itu membawa makna bahawa pengarang masa dahulu merasa juga bertanggungjawab untuk menegur raja supaya insaf dan membaiki kelemahan mereka, selain dikehendaki mengarang karya yang indah dan yang menghiburkan. Cara yang paling praktikal untuk menegur dan mengkritik raja dan kerabatannya ialah melalui kiasan, mitos dan legenda. Tetapi, kod pengarangan dan teknik penceritaan itu ditegur Winstedt dalam kata pengantarnya yang berbunyi:
Anyone who surveys the field of Malay literature will be struck by the amazing abundance of its foreign flora and the rarity of indigenous growth. Malay folklore, even, is borrowed, most of it, from the vast store house of Indian legends, an early crop garnered in the Hindu period, and later in the Islamic (1969: v) 211

Aswara Bab 9.pmd

211

10/6/2009, 9:01 AM

Jurnal ASWARA

Pandangan Winstedt itu bertentangan dengan nilai estetik kepengarangan Melayu yang mempunyai puitika dan tradisinya. Di sini, ternyata bahawa peranan yang dimainkan metafora, mitos dan legenda dalam teks-teks itu dan juga seperti yang dihuraikan Muhammad Haji Salleh, seperti yang dipetik di bawah ini, tidak difahami, apatah lagi dihayati orientalis:
All literary pieces are alternative vehicles on the long and difficult trail towards narrating truth. They provide not the straight route, but also the richer artistic detours that help interpret reality in more appealing ways and make reception all the more enjoyable. Helped along by traditional literary devices, they partake in almost all literary narration and benefit from time-tested techniques (2006: 336).

Selain berperanan sebagai kod kerahsiaan maklumat yang perlu difahami orang yang ingin mengkaji manuskrip Melayu untuk menghayati kekayaan daya khayalan pengarang, mitos dan legenda itu telah juga membuat ceritanya lebih bermisteri dan mencabar. Antara contohnya adalah kisah kedatangan Islam di Kepulauan Melayu dalam Hikayat Merong Mahawangsa dan Hikayat Indera Jaya dengan melibatkan watak Sheikh dari Baghdad dan mitos yang digunakan untuk mewakili peristiwa, malah kebenaran. Ini disebabkan mitos dapat memenuhi keperluan yang khusus dan yang umum dalam masyarakat Melayu (Abdul Rahman Kaeh 2002). Itulah juga sebabnya penceritaan peristiwa dalam Sejarah Melayu bukan sahaja berbeza, tetapi juga jauh lebih menarik berbanding dengan yang terdapat dalam buku sejarah di sekolah dan universiti sekarang. Dengan cara itulah proses kedatangan Islam yang rumit ke Dunia Melayu itu disampaikan dalam Hikayat Raja-Raja Pasai atau Hikayat Merong Mahawangsa atau Hikayat Indera Jaya. Kita tidak menemui penceritaan seumpama itu dalam buku teks sekolah atau buku sejarah tentang ketibaan Islam di Malaysia masa sekarang. Seterusnya, penggunaan peribahasa dan pantun yang indah bahasanya dan padat strukturnya telah banyak digunakan untuk membantu panggilan semula memandangkan maklumat dalam manuskrip sangat susah dicari, lantaran tidak ada dua versi manuskrip itu sama, selain hakikatnya bahawa semua manuskrip adalah untuk diperdengarkan kepada khalayak ramai orang, dan bukannya untuk dibaca seorang diri dengan senyap. Oleh sebab deria pendengaran amat penting, maka perkara yang serius, falsafah yang abstrak, ilmu yang tinggi, konsep yang rumit dan idea yang susah perlu dihiasi pantun, syair dan pepatah, misalnya, yang sedap didengar,

212

Aswara Bab 9.pmd

212

10/6/2009, 9:01 AM

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu

mudah diingat dan lama-kelamaan menjadi popular. Dalam konteks ini, contoh yang baik tidak lain daripada Syair Perahu dan Syair Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri mengenai ajaran sufi. Demikian juga dengan nasihat dan pengajaran dari Raja Ali Haji dalam Gurindam Dua Belas dan juga Syair Sifat Dua Puluh. Kepercayaan orang Melayu masa dahulu kepada faedah manuskrip yang mengandungi pelbagai maklumat yang mereka perlukan itu tentunya ada kaitan dengan penghormatan yang diberi masyarakat itu kepada pengarangnya, maka adalah sebahagian daripada fungsi pengarang yang diperkatakan Foucault (1979). Mereka dihormati kerana mempunyai ilmu, pengalaman, kepandaian dan kehebatan, selain kedudukan sosial kerana ada hubungan dengan raja dan kerabatnya, selain telah mengasaskan bentuk kepada karya mereka. Tun Seri Lanang adalah keturunan kerabat raja di Melaka yang sejarahnya telah diamanahkan untuk dituliskan. Beliau adalah perdana menteri sewaktu arahan itu diberi. Ketika diarah raja untuk mengarangnya, beliau sudahpun seorang pengarang yang terkenal, malahan sejarawan yang terulung. Sultan memilih beliau juga adalah petanda yang beliau adalah pengarang yang paling baik, mungkin kerana pengetahuannya dan juga gaya penulisannya. Tanpa ragu-ragu beliau adalah pengarang Melayu yang paling layak memandangkan Sejarah Melayu yang kaya isinya itu sudah dikarang dengan gaya dan bahasa yang indah. Selain itu, barangkali tidak ada pengarang lain yang boleh menandinginya. Beliau bijak dan juga menyedari hubungan kuasa dan kewibawaan rapuh antara orang Eropah dengan raja-raja Melayu pada keseluruhannya. Dari sebalik pintu istana, beliau dan pengarang Melayu yang lain telah menyaksikan perubahan yang berlaku di sekitar mereka. Melihat itu, tubuh badannya telah berisikan roh dan jiwa yang sensitif dan terseksa. Beliau menyatakan kepada dirinya mesti membuat kerja itu dengan betul: menulis sejarah yang benar seperti yang diarahkan untuk dimanfaatkan generasi yang akan datang.

Ke Mana Hala Tujuan Kita?


Era moden yang bermula di Eropah pada pertengahan abad ke-19 berikutan revolusi perindustrian di England itu juga adalah detik masa yang paling mendukacitakan Dunia Melayu. Setelah mencapai tahap ketinggian yang tertentu dalam pengeluaran dan pengedaran manuskrip Melayu sehingga abad ke-19, peranan hakiki raja-raja Melayu sebagai
213

Aswara Bab 9.pmd

213

10/6/2009, 9:01 AM

Jurnal ASWARA

penaung kepada kegiatan kebudayaan Melayu sudah merosot sedikit demi sedikit sehingga akhirnya aktiviti mereka dibataskan kepada adat resam dan agama. Kisah penglibatan orang Inggeris yang lain dalam pengajian Melayu boleh dirujuk dalam rencana Russell Jones (1984) dan Ding (2006). Namun, Werndly wajar dipuji sebagai orang yang telah merintisi pengajian Melayu dengan mengumpul manuskrip Melayu pada 1736 lagi. Usaha itu telah dimantapkan Marsdan, Wilkinson, Maxwell dan Winstedt, antara yang lain-lain. Sehubungan itu, kehadiran British di Kedah dan Pulau Pinang dan juga kawasan sekitarnya semakin kuat terasa sejak 1820. Dalam konteks pengajian Melayu, pengaruh Inggeris sudah membuat intelek Melayu masa itu menyusun semula pengetahuan mereka berpandukan fikiran orientalis. Sementara itu, pegawai tadbir Inggeris telah mula memainkan peranan sebagai penaung baru kebudayaan Melayu. Mereka termasuk A. W. Hamilton, C. A. Gibson-Hill, H. Overbeck, John Crawfurd, R. J. Wilkinson, R. O. Winstdet, Stamford Raffles, W. E. Maxwell dan W. G. Maxwell, aktif mendokumentasi cerita rakyat, pantun, peribahasa, mengkaji kebudayaan Melayu dan sebagainya (Gullick 1991 & Jones 1984). Ketika itu penglipur lara, termasuk Pawang Ana, Mir Hassan dan banyak lagi tukang cerita dan penyalin Melayu yang lain digalakkan untuk mengumpul, mengubah, menyalin dan merakam pantun, cerita rakyat dan budaya popular yang lain. Akan tetapi, bentuk karya sastera itu diterbitkan dan digunakan sudah ditentukan pegawai tadbir penjajah Inggeris (Amin Sweeney 1994: 4). Dalam konteks itu, Syed Hussein Alatas (1977) dan Shamsul (2007), antara yang lain-lain, telah mengulas bahawa kerajaan penjajah British bukan sahaja sudah mengubah pandangan dunia terhadap orang Melayu, tetapi juga orang Melayu tentang diri mereka. Perkembangan itu menyumbang kepada pesimisme orang Melayu, dan yang menyumbang kepada pesimisme orang Melayu yang akhirnya meresap masuk ke dalam kesedaran bawah orang Melayu adalah kejatuhan kerajaan Melayu-Islam seperti di Melaka, kekalahan Riau-Lingga, pendomestikasian Jogjakarta dan Surakarta (Carey 1981; Farish A Noor 2005: 54). Selari dengan peningkatan kuasa penjajalahn itu, Dunia Melayu sudah semakin banyak dibuka, dikaji, dikategorikan dan akhirnya dikuarantinkan mengikut atur cara pengetahuan penjajah. T. S. Raffles, R. O. Winstedt, R. J. Wilkinson, H. Clifford dan lain-lain yang telah mengawal dan mengkotak-kotakkan Dunia Melayu dalam rangka pandangan dunia orang Barat (Tunku Shamsul Baharin dll 1981). Mereka bukan sahaja mendefinisi semula, tetapi juga membentuk semula kebudayaan Melayu dalam percubaan untuk memahaminya dengan
214

Aswara Bab 9.pmd

214

10/6/2009, 9:01 AM

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu

harapan akan dapat terus-menerus menjajah Dunia Melayu. Selain itu, mengikut pandangan orang Inggeris, kajian antropologi Melayu meliputi mengkaji manuskrip Melayu. Tetapi, mereka mendapati sukar untuk memahami Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah and lain-lain kerana teks-teks itu tidak memberi makna sejarah seperti yang mereka kehendaki, lagipun mendapati maklumat dalam manuskrip Melayu kurang saintifik, maka tidak masuk akal, kerana penuh dengan kisah fantastik, legenda Muslim serta mitos yang tidak mereka faham. Mereka lantas memperlekehkan Hikayat Hang Tuah juga kerana anakronisme, tetapi memejam mata kepada anakronisme yang terdapat dalam banyak drama William Shakespeare (1564-1616). Entahlah apa pandangan mereka terhadap anakronisme dalam novel fiksi sains karya Niffenegger (2003). Tidak kira apa juga jawapan itu, yang nyata ialah R. O. Winstedt adalah antara perintis sarjana kolonial pada era kesarjanaan orientalis berkembang seiring dengan penjajahan British. Idea dan teori mereka sudah menolong membina semula atur cara pengetahuan dan kuasa penjajah mental dari kajian orientalis (Amin Aweeney 1994: 6). Kini, tulisan orientalis itu telah membuka mata kita untuk melihat kajian orang Eropah abad ke-19 yang dilihat daripada sudut pandangan mereka yang terganggu dengan perkembangan di Dunia Melayu yang tidak difahami mereka. Kritikan mereka terhadap sejarah, hikayat dan karya sastera itu mewakili barangkali kritikan orang barat ke atas keadaan Melayu di bawah tekanan penjajah (Syed Hussein Alatas 1977). Oleh itu, adalah memberangsangkan kita setelah kita mendapati semakin banyak sarjana Melayu mulai sedar sejarah dan tamadun Melayu sudah disalahfahamkan sarjana penjajah Inggeris lebih daripada lima dekad dahulu. Sarjana Melayu kini bertanya mengapa orang Eropah terusmenerus melihat orang dan kebudayaan orang bukan Eropah seolaholah tidak mempunyai apa yang dipunyai orang Eropah. Bukankah orang bukan-Eropah juga mempunyai identiti mereka? Mengapa orang Eropah mengekalkan pandangan negatif mereka seolah-olah orang Melayu kurang bertamadun? Tahukah orang Eropah bahawa memikirkan orang lain daripada segi negatif adalah tidak baik, malah adalah semacam provokasi?

Penutup
Walau bagaimanapun, pemergian pegawai pentadbir penjajah Inggeris selepas Tanah Melayu merdeka pada 1957 itu tidak sekali-kali bermakna pemikiran dan ideologi orang di Dunia Melayu sudah bebas daripada
215

Aswara Bab 9.pmd

215

10/6/2009, 9:01 AM

Jurnal ASWARA

belenggu penjajah. Sehingga tahun 1970-an, selepas tiga dekad negara kita merdeka, mental kita masih dijajah British dan Belanda. Ironi dan masalah itu barangkali boleh dikaitkan dengan hakikat bahawa masih banyak lagi penulisan yang bersentrikkan Eropah dan ide-ide itu membuat Eropah terus menerus berada di pusat hal ehwal global (Syed Hussein Alatas 1977; Shamsul 2007). Perkembangan itu ada juga kaitannya dengan masih banyak daripada profesor di universiti tempatan ketika itu telah dilatih di United Kingdom atau Netherlands, selain banyak penerbitan yang mereka gunakan sebagai sumber rujukan dan maklumat tentang sejarah, kesusasteraan, kebudayaan, ketamadunan Melayu itu sudah diterbitkan di Netherlands and United Kingdom (Ding 2003b; Muhammad Haji Salleh 2006). Antara bahan terbitan berkala yang penting adalah Verhandelingan van het Bataviaasch Genootscahap (1779-1950), Tijdschrift voor Indische Taal-, Land- en Volkenkunde (1853-1958), Journal of Indian Archipelago and Eastern Asia (18471859). Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde (1853 ), dan seterusnya JMBRAS (1878 - ). Antara penerbitan yang baik itu, yang paling kuat pengaruhnya ke atas pengajian manuskrip Melayu tidak lain daripada A History of Classical Malay Literature (1969) (terbitan asal pada 1958) karya R. O. Winstedt. Ia masih digunakan sebagai teks utama dalam pengajian kesusasteraan Melayu di seluruh dunia sehingga kini. Sementara itu, sebahagian besar buku tentang sejarah perkembangan sastera Melayu lama yang ada di pasaran kini sama ada berupa replika atau versi lain daripada buku Winstedt tadi. Oleh itu, ada banyak perlu dilakukan untuk mengembalikan perspektif, definisi, estetik, identiti, epistemologi, puitika, cara berfikir dan pengorganisasian maklumat tentang kebudayaan dan kesusasteraan Melayu yang tidak kurang nilainya berbanding dengan kesusasteraan dan kebudayaan Eropah, tetapi sudah diputarbelitkan, disalahtafsirkan dan diperlekehkan (Farish A Noor 2002 & 2005: Muhammad Haji Salleh 2006). Dalam kerja menulis semula sejarah peradaban Melayu itu, kita perlu menumpukan perhatian kepada manuskrip Melayu, satu-satunya sumber maklumat peribumi bertulis yang kita warisi. Manuskrip Melayu yang telah ditulis dalam huruf Jawi antara kurun ke-13 hingga kurun ke-19 itu bukan sahaja telah mencerminkan kerajaan-kerajaan Melayu semasa aman dan bergolak, tetapi juga telah menawarkan banyak maklumat praktikal dan moral yang lain tentang kemandirian dan peningkatan taraf hidup orang Melayu. Selain menggambarkan masyarakat Melayu feudal dahulu, kita berterima kasih kepada pengarang Melayu yang sudah bekerjasama dalam menceritakan
216

Aswara Bab 9.pmd

216

10/6/2009, 9:01 AM

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu

aneka perwatakan raja, bendahara, pahlawan, orang Melayu dan orang asing yang berinteraksi dengan orang Melayu. Berlatarbelakangkan persekitaran fizikal, sosial, ekonomi, politik, nilai, kepercayaan, kebijaksanaan dan fikiran mereka, teks-teks itu boleh memberi maklumat yang baik, malah representatif tentang orang Melayu. Daripada manuskrip itulah kita mendapati raja Melayu telah surat-menyurat dengan raja-raja di Eropah, dan juga menyaksikan raja-raja Melayu berperang sesama mereka, maka berlakulah jatuh dan bangunnya kerajaan Melayu bersilih ganti di kedua-dua belah Selat Melaka dan tempat lain di luar Selat Melaka, selain kedatangan orang Eropah dan akhirnya raja-raja Melayu kehilangan kuasa ekonomi, politik dan tanah. Selain itu, kita juga menyaksikan rajaraja Melayu memohon petunjuk daripada penasihat, bendahara, pengarang dan ulama dari masa ke masa dalam menyelesaikan persengketaan dan masalah pengurusan dan pentadbiran. Kini, manuskrip itu adalah satu-satunya dokumen bertulis yang masih kekal kerana proses penyalinan, penulisan semula dan penyuntingan berulang-ulang dari masa ke masa. Maklumat dan ilmu dalam manuskrip itu bukan sahaja lebih banyak, tetapi juga lebih mudah dimanfaatkan berbanding dengan yang terdapat pada batu bersurat, daun, kulit binatang, papan dan lain-lain yang kebetulan jarang-jarang ditemui lagi. Ribuan manuskrip Melayu yang ada itu masih penting kepada orang Melayu masa kini dan masa depan sebagai sumber maklumat dan pendidikan, jika tidak lagi sebagai sumber hiburan Tidak kira sama ada maklumat itu bersifat sastera, separuh-sastera ataupun bukan-sastera, dan juga tidak kira sama ada maklumat itu disampaikan secara implisit atau ekplisit, kesemua manuskrip itu perlu dipandang sebagai sumber maklumat yang penting tentang hal ehwal orang, budi, institusi sosial, intelek, budaya, ekonomi, politik, sains, teknologi, pertanian, penujuman, citra rasa, pendidikan, hiburan, perubatan dan lain-lain tentang orang Melayu. Kesemua maklumat itu penting untuk menjamin penerusan jati diri orang Melayu masa kini dan masa depan. Tetapi, maklumat dan ilmu yang penting itu sudah dikritik sarjana orientalis sebagai cerita fantasi, dongeng, maka dipertikaikan nilai dan kebenarannya. Masalah ini boleh diatasi dengan manuskrip itu dikaji sebagai sumber maklumat secara umum dari banyak disiplin, dan bukan sahaja sebagai sumber sejarah atau sastera. Jika tidak, pendapat dan pandangan negatif daripada Winstedt dan sarjana Eropah yang lain yang sudah mengkaji manuskrip Melayu dari perspektif ilmu sejarah Eropah itu sukar dibetulkan. Masalah lain yang kita hadapi adalah susah mencari maklumat khusus yang dikehendaki, kerana tidak ada indeks, lagipun tidak ada dua versi manuskrip itu betul217

Aswara Bab 9.pmd

217

10/6/2009, 9:01 AM

Jurnal ASWARA

betul sama. Kemerosotan minat pada masa kini kepada manuskrip boleh difahami. Sebahagian masalah itu sudah dibincangkan (Ding 1999c). Walaupun tempat manuskrip adalah di muzium dan perpustakaan, tetapi isinya harus dimanfaatkan, dengan kita memindahkan akal, budi, ilmu dan nilainya ke dalam hati kita, dan manuskrip itu tidak wajar dipandang sebagai artifak, bahan mati, penghias muzium dan perpustakaan sematamata.

Rujukan
A. Samad Ahmad (1979). Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdul Rahman bin Haji Ismail (1998). Sejarah Melayu the Malay Annals. MS Raffles No. 18. Kuala Lumpur: MBRAS. Abdul Rahman Embong (1995). Antropologi dan Sosiologi Menggaris Arah Baru. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. (2006). Peranan dan Orientasi Sains Sosial Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Abdul Rahman Kaeh (2002). Hindu Berunsur Hindu-Islam: 77-94. Dlm Warisan Manuskrip Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Abdullah Zakaria bin Ghazali (1994). Misa Melayu. Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu . & Zainal Abidin Borhan (2006). Naskhah Kesultanan Melayu: Khazanah Masa Lalu, Penelitian Masa Kini, Membina Masa Depan. Kesultanan Melayu. Penyelenggara: Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmad Jelani Halimi (2006). Surat Perdagangan Kedah-Inggeris pada Separuh pertama Abad ke-18. Kesultanan Melayu: Kedah. Penyelenggara Rogayah H. Hamid & Mariyam Salim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmat bin Adam (1971). A Descritpive Account of the Malay Letters Sent to Thomas Stamford Raffles in Malacca in 1810 and 1811 by the Rulers of the Indigenous States of the Malay Archipelago. (Thesis MA) London: School of Oriental and African Studies. An Online Timeline of Indonesian History (http://www.gimonca.com/ sejarah/sejarah0l.shtm1) (20 Jun 2006)

218

Aswara Bab 9.pmd

218

10/6/2009, 9:01 AM

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu

Andaya, Leonard Y. (1975). The Kingdom of Johor, 1641-1728: Economic and Political Developments. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Bastin, John (1969). Sir Thomas Stamford Raffles, With an Account of the Raffles-Minto Manuscript Collection. Presented to the India Office Library on 17 July 1969 by the Malaysia-Singapore Commercial Association. Liverpool: Ocean Steam Ship Company. Bazrul Bahaman (2006). Salasilah Tambusai: Sebuah Manuskrip Sejarah: 447-464. Dlm Kesultanan Melayu . Penyelenggara: Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Blagden, C Otto (1930). Two Malay Latters from Ternate in the Moluccas Written in 1521 and 1522. BSOAS 6: 87-101. Braginsky, V. I. & Bodlyreva, M. A. (1989). Naskah Melayu di Leningrad. Kuala Lumpur: Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia. (1998). Yang Indah, Berfaedah dan Kamal: Sejarah Sastera Melayu dalam Abad 7-19. Jakarta: INIS. Chambert-Loir, H. (1980). Catalogue des catalogues de manuscripts malais. Archipel 20: 45-69. . & Oman Fathurahman (1999). Panduan Koleksi Naskah-Naskah Indonesia Sedunia: World Guide to Indonesian Manuscript Collections. Jakarta: Ecole francaise d-ExtremeOrient & Yayasan Obor Indonesia. Ding Choo Ming (1987). Access to Malay Manuscripts. BKI 143 (4): 425-451. (1999a). Pendigitasian Memberi Sayap Baru Kepada Manuskrip Melayu untuk Memasuki Melinum III. Simposium Internasional Pernaskahan Nusantara III: Tradisi Tulis Nusantara Menjelang Milenium III, Sponsored by MANASSA (Masyarakat Pernaskahan Nusantara), Fakultas Sastera Universitas Indonesia, Kampus UI Depok, Jakarta. (1999b). Raja Aisyah Sulaiman: Pengarang Ulung Wanita Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. (1999c). Masalah Pengumpulan, Pendokumentasian dan Pengajian Manuskrip Melayu. Jurnal Filologi Melayu. 7: 21-41 (2002). Khatijah Terung Dengan Karyanya Perhimpunan Gunawan Bagi Lak-Laki dan Perempuan. Jurnal Filologi Melayu. 10: 19-33. (2003a). Kajian Manuskrip Melayu: Masalah, Kritikan dan Cadangan. Kuala Lumpur: Utusan Publications.
219

Aswara Bab 9.pmd

219

10/6/2009, 9:01 AM

Jurnal ASWARA

(2003b). Information Imperialism: the Unilateral Information Flow from Developed Countries to Developing Countries . Media Asia : An Asian Mass Communication Quarterly 30 (1): 11-21 (2005). Projek Pemetaan Manuskrip Pribumi Nusantara, kertaskerja dibentangkan di Simposium Internasional Pernaskahan Nusaantara IX, di Keraton Buton, Sulawesi Tenggara, Buton. (2006). Penglibatan Bukan Melayu dalam Pengajian Dunia Melayu. Pemikir 43: 165-182. (2007a). Our Culture Our Future. Jurnal Aswara 2 (1): 29-40. (2007b). Kearifan Lokal Dalam Naskah Nusantara Di Pinggir Abad ke 19, kertas kerja di Simposium Internasional Pernaskahan Nusantara XI: Kearifan Lokal yang Terkandung dalam Naskah Nusantara di Bima, Nusa Tenggara Barat. . & Juhana Salim (2005). Kemudahan Maklumat dan Maysarakat [Kumpulan Nota Kuliah TP 2213, Fakulti Sains & Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia]. Farish A Noor (2002). The Other Malaysia: Writings on Malaysia/s Subaltern History. Kuala Lumpur: Silverfishbooks. (2005). From Majapahit to Putrajya: Searching for Another Malaysia. Kuala Lumpur: Silverfishbooks. . & Eddin Khoo (2003). Spirit of Wood: the art of Malay Woodcarving Works by Master Carvers from Kelantan, Terengganu and Pattani. Hong Kong: Periplus Editions. Foucault, Michel (1979). What Is An Author? 141-160. Dlm Textual Strategies Perspectives in Post-Structuralist Criticism. Ed by Harari Josue V. Ithaca: Cornell University Press. Gallop, Annabel Teh (2002). The Legacy Of The Malay Letter; Warisan Warkah Melayu. London: The British Library for the National Archives of Malaysia, 1994. . Seni Hiasan manuskrip Melayu: 233- 259. Dlm Warisan Manuskrip Melayu . Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. . & Bernard Arps (1991). Golden Letters: Wiritings, Traditions of Indonesia. Surat Emas: Budaya Tulis di Indonesia. London: The British Library; Jakarta: Yayasan Lontar. Gullick, J. M. (1991). William Maxwell and the Study of Malay Society. JMBRAS 64 (2): 7-46.
220

Aswara Bab 9.pmd

220

10/6/2009, 9:01 AM

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu

Hall, D. G. E. ed (1961). Historians of Southeast Asia. London: Oxford University Press (Historical writings on the peoples of Asia). Harun Mat Piah (1987). Manuskrip-Manuskrip Melayu dalam Koleksi Library of Congress, Amerika Syarikat. Sari 5: 3-15. (2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2002). Puisi Melayu Tradisional 149-170 Dlm Warisan Manuskrip Melayu . Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. (2006). Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu . Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Hasaruddin (2006). Tula-Tulana Raja Indara Pitara: Transformasi Naskah Melayu di Buton. Kumpulan Makalah Simposium Internasional Pernaskahan Nusantara X Budaya Lokal dan Manifestasinya dalam Naskah Nusantara, Palembang. Ismail Hussein (1974). The Study of Traditional Malay Literature with a Selected Bibliography. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jelani Harun (2002). Sastera Undang-Undang dan Kesusasteraan Panduan Kerajaan Melayu: 133-148 Dlm Warisan Manuskrip Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Johns, A. H. (1970). The Turning Image: Myth and Reality in Malay Preceptions of the Past: 43-67. Dlm Anthony Reid & David Marr (ed). Preceptions of the Past in Southeast Asia. Singapore: Heinemann Educational Books (Asia) for the Asian Studies Association of Australia. Jones, Russell (1974). More Lights on Malay Manuscripts. Archipel 8: 45-58. (1982). The First Indonesian Mission to London. Indonesia Circle 28 (June): 9-20. (1985). Malay Studies and the British. Archipel 28: 117148. (1986). The Origins of the Malay Manuscript Tradition. VKI 115: 121-143. Kassim Ahmad ed. (1964). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kratz, E. U. (1979). A Malay Letter to Louis XV, King of France. Archipel 17: 48-61. (1980). A Brief Description of the Malay MSS of the Overbeck Collection at the Museum Pusat Jakarta. JMBRAS 53 (1): 90-106.
221

Aswara Bab 9.pmd

221

10/6/2009, 9:01 AM

Jurnal ASWARA

(1987). Some Malay Letters on Trade (MS 40320/SOAS) Indonesia Circle 44 3-16. (1993). A Collection of Malay Letters from the Museum fur Volkenkunde, Berlin. Jurnal Filologi Melayu. 2: 68-94. (1994). Surat-Surat Light, Dlm Gallop Annabel Teh (ed). The Legacy of Malay Letter. London: The British Library for the National Archives of Malaysia. (1988). A Collecton of Malay Letters in the State Archives of Denmark. International Workshop on Malay Manuscripts, Leiden. Maier, Hendrik Menko Jan (1985). Fragments of Readings: The Malay Hikayat Merong Mahawangsa. Alblasserdam: Offsetdrukkerij Kanters, B. V. Minnis, A. J. (1984). Medieval Theory of Authorship, Scholastic Literary Attitudes in the Later Middel Ages. Aldershot (England): Wildwood Press. Muhammad Haji Salleh (1991). Yang Empunya Cerita: The Mind of the Malay Author. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1992). Puitika Sastera Melayu: Suatu Pertimbangan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. (1994). Syair Tantang Singapura Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (2002). Hang Tuah Dalam Budaya Alam Melayu: 95-108. Dlm Warisan Manuskrip Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. (2004). Renewing the Author: the Malay Athor on Page and Stage. Tenggara 47/48 153-171. (2006). Romance and Laughter in the Archipelago: Essays on Classical and Contemporary Poetics of the Malay World. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains Malaysia. Orwell, George (1978). Why I Write. Dlm Davison, Peter; Meyersohn, Rolf & Shils, Edward (ed). Authorship . Cambridge (Eng): Chadwyck-Healey. Reid, Anthony (1988). Southeast Asia in the Age of Commerce, 14501680: vol. 1-The Lands Below the Winds. New Haven: Yale University Press. (1993). Southeast Asia in the Age of Commerce, 14501680: vol. II Expansion and Crisis. New Haven: Yale University Press.

222

Aswara Bab 9.pmd

222

10/6/2009, 9:01 AM

Pemikiran Melayu dalam Manuskrip Melayu

Ricklefs, M. C. & Voorhoeve, P. (1977). Indonesian Manuscripts in Great Britain: a Catalogue of Manuscripts in Indonesian Languages in Biritsh Public Collection . London: Oxford University Press. Roxas-Lim, Aurora (2003). Southeast Asian Art and Culture: Ideas, Forms and Societies. Jakarta: Asean Committee on culture and Information ArtPost Asia, Inc. Schoeler, Gregor (2006). The Oral and the Written in Early Islam. Translated by Uwe Vagelpohl. Edited by James E. Montegomery. Abingdon: Routledge. Shaharil Talib (1991). Tuhfat al-Nafis: Naskah Terengganu. Kuala Terengganu: The House of Tengku Ismail. Siti Hawa Haji Salleh (1977). Kesusasteraan Melayu Abad Kesembilan Belas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Mariani S. M. Omar (2006). Warkah Raja-Raja Melayu di Pusat Manuskrip Melayu: 50-72 Dlm Kesultanan Melayu. Rogayah A. Hamid & Mariyam Salim (ed). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Skinner, C. (1964a). A Kedah Letter of 1839. Dlm Bastin & R. Roolvink (ed): Malaysan and Indonesian Studies: Essays Presented to Sir R. O. Winstedt. Oxford: Oxford University Press. (1964b). A Trengganu Letter of 1839. Journal of South East Asian History 5 (1): 178-187. Shamsul A.B. (2007). Reinventing Traditional Values for Our Culture: A Malaysian Organizational Response: 173-183. In Ooi Kee Beng & Ding Choo Ming (ed) Continent, Coast, Oceans: Synamics of Regionalism in Eastern Asia. Singapore: Institute of Southeast Asia and Bangi: Institute of the Malay World and Civilization. Sweeney, Amin (1974). The Rama Repertoire in the Kelantan Shadow Play: A Preliminary Report. 5-18 In Mohd Taib Osman (ed). Traditional Drama and Music of Southeast Asia . Kuala Lumopur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1994). Malay Word Music: a Celebration of Oral Creativity. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Swettenham, Frank (1895). The Real Malay in Malay Sketches. London: Bodley Head. Syed Hussein Alatas (1977). The Myth of the Lazy Race: a Study of the Image of the Malays, Filipinos and Javanese from the 16th to the 20th Century and Its Function in the Ideology of Colonial Capitalism. London: Frank Cass.
223

Aswara Bab 9.pmd

223

10/6/2009, 9:01 AM

Jurnal ASWARA

Syed M. Naquib Al-Attas (1966). Raniri and the Wujudiah of the 17th Century Acheh. Kuala Lumpur: MBRAS. Teuku Iskandar (1996). Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad. Jakarta: Libr. Tweddell, Collin E & Kimball, Linda Amy (1985). Introduction to the Peoples and Cultures. New York: Prentice-Hall. Tunku Shamsul Baharin, Chandran Jeshurun & A Terry Rambo (1981). A Colloquium on Southeast Asian Studies: Proceedings of an International Conference held at Kota Kinabalu, Sabah, 22-26 November 1977. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. Voorhoeve, P. (1967). A Malay Scriptorium: 257-266. Dlm Malayan and Indonesian Studies: Essays Presented to Sir Richard Winstedt in his 85th Birthday. Edited by John Bastin and R. Roolvink. Oxford: Clarendon Press. (1969). Notes on Some MSS in the Library of the Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. BKI 125 (3): 371-373. (1973). Les manuscripts malais de la Bibliotheque Nationale de Paris. Archipel 6: 42-80. (1980). List of Malay MSS which were Formerly Kept at the General Secretariat in Batavia. Archipel 20: 71-77. Wallace, Russell (1869). The Malay Archipelago. London: MacMillan. Wan Shamsuddin Mohd Yusof (1975). Surat Sultan Amad Tajuddin Halim Syah II (1804-1845): Suatu Pengenalan. Kesultanan Melayu: Kedah. Penyelenggara Rogayah H. Hamid & Mariyam Salim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006Ward, Philip. Indonesian Traditional Poetry. New York: The Orlander Press. Winstedt, R. O. (1920a). Malay Mss at the Libraries of London, Brussels and the Hague. JSBRAS 82: 154-161. (1920b). Malay Works Known by Werndly in 1730. JSBRAS 82: 163-165. (1969). A History of Classical Malay Literature. Kuala Lumpur: Oxford University Press. Zahir Ahmad (2006). Peringatan Raja-Raja Kedah: Suatu Pengenalan Naskah. Kesultanan Melayu: Kedah. Penyelenggara Rogayah H. Hamid & Mariyam Salim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

DING CHOO MING, (Prof. Dr.), Fellow Penyelidik Utama, Institut Alam & Tamadun Melayu, UKM. beliau boleh dihubungi melalui e-mel dingukm@yahoo.com
224

Aswara Bab 9.pmd

224

10/6/2009, 9:01 AM

Anda mungkin juga menyukai