Anda di halaman 1dari 69

BAB 1

1.0

PENGENALAN

Bahasa Melayu telah diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Rasmi
Negara kita Malaysia. Bahasa Rasmi merupakan bahasa yang mesti digunakan dalam
segala urusan rasmi kerajaan. Ini dijelaskan dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963 / 1967
Akta 7/67, s.2 yang menyatakan bahawa Bahasa Kebangsaan hendaklah digunakan bagi
maksud-maksud rasmi. Lantaran itu, sebagai rakyat Malaysia menjadi satu kewajipan kita
untuk menguasai bahasa ini dengan baik daripada ujaran serta hukumnya. Penguasaan
yang baik akan memberi cerminan kepada bangsa pengguna bahasa tersebut. Ini dapat
menggambarkan melalui penutur dan pengguna bahasa ini terutama warga Malaysia itu
sendiri. Ketinggian ilmu dan ketinggian intelaktual warga akan digambarkan melalui
ketinggian kualiti bahasa Melayu itu sendiri sebagai Bahasa Kebangsaan.

Untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa


rasmi Negara serta bahasa pengantar yang mampu membicarakan pelbagai bidang ilmu
pengetahuan, kerajaan telah menjalankan beberapa usaha bagi membina dan

memperkembangkan bahasa ini. Bahasa amat penting dalam proses pembelajaran. Oleh
hal demikian murid-murid perlu menguasai bahasa itu dengan menguasai kemahirankemahiran bahasa tersebut. Dalam Bahasa Melayu terdapat tiga kemahiran yang utama.
Kemahiran-kemahiran ini mendasari bahasa Melayu menjadi sebuah bahasa yang ilmiah
dan kekal relevan dalam pelbagai zaman. Tiga kemahiran itu ialah kemahiran lisan
(mendengar dan bertutur). Kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Penguasaan
ketiga-tiga kemahiran ini akan menjadikan penutur bahasa itu seorang yang menguasai
bahasa Melayu dengan baik.

Kecemerlangan dalam pendidikan adalah satu isu yang tidak pernah putus
diperkatakan oleh warga pendidikan. Berbagai-bagai perubahan dan kaedah telah
diperkenalkan dan dijalankan untuk tujuan ini. Setiap tahun tahun Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk memberikan berbagai-bagai
kemudahan dalam pendidikan dengan harapan semoga kemerlangan dalam pendidikan
dapat dinikmati. Namun, hasilnya belum dinikmati dan sampai ke tahap yang diharapkan.

Untuk mencapai kecemerlangan bukanlah sesuatu yang mudah. Matlamat hanya


akan dicapai sekiranya semangat kesedaran dan rasa bertnggungjawab daripada semua
pihak yang terlibat dalam dunia pendidikan. Guru yang merupakan orang yang

bertanggungjawab secara langsung terhadap kecemerlangan murid sekolah, perlulah


berani untuk membuat perubahan atau mengemukakan pandangan kerana merekalah
yang lebih memahami masalah murid.

Pengajaran Bahasa Melayu sekolah rendah memberikan tumpuan pada pelajar


untuk menguasai hasil pembelajaran bagi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca, dan kemahiran menulis. Antara kemahiran-kemahiran ini, kemahiran menulis
adalah dianggap paling sukar untuk dikuasai.

Menulis

merupakan kemahiran asas yang perlu dikuasai oleh semua

pelajar. Kemahiran membina ayat adalah salah satu aspek penting dalam bahasa
Melayu. Banyak kajian yang telah dijalankan mendapati kebanyakan pelajar menghadapi
masalah dalam penulisan terutamanya dari aspek membina ayat dengan betul dan
lengkap. Kebanyakan pelajar menghadapi masalah menyusun idea dalam penulisan dan
tidak dapat mengekspresi dengan baik untuk memastikan penulisan mereka disiapkan
mengikut tujuan yang telah ditetapkan.

Hari ini, menulis terus menjadi kelemahan paling ketara pelajar-pelajar sekolah.
Walaupun skor pencapaian standard telah meningkat dalam beberapa aspek, penulisan
yang lemah terus menjadi masalah yang menonjol. Hal ini kerana, semasa
berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran menulis, didapati pelajar
menghadapi masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau
rangkai kata tidak disertakan. Masalah ini dikenal pasti apabila pelajar tidak dapat
membina ayat tentang sesuatu topik ketika sesi pengajaran dan juga berdasarkan semakan
buku latihan mereka. Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah
utama yang perlu difokuskan ialah meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk
menggunakan kata hubung. Hal ini kerana murid lebih cenderung untuk menulis ayat
tunggal sahaja.

Latihan-latihan seperti melengkapkan ayat, menyusun semula perkataan untuk


menjadi ayat betul, menyusun urutan ayat, dan membina ayat mengikut tahap keupayaan
dan kebolehan pelajar diberi sebagai aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kemahiran
pelajar dalam penulisan.

Semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran menulis, didapati pelajar


menghadapi masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata atau

rangkai kata tidak disertakan. Amalan memberikan pelajar gambar dan perbendaharaan
kata semasa membina ayat dapat memudahkan proses PdP di dalam bilik darjah.
Malangnya, amalan sedemikian bukan sahaja mematikan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif (KBKK) bahkan juga tidak dapat meningkatkan kemahiran membina ayat
dalam penulisan, khasnya membina ayat tentang satu topik.

Masalah ini dikenal pasti apabila pelajar tidak dapat membina ayat tentang
sesuatu topik ketika sesi pengajaran dan juga berdasarkan semakan buku latihan mereka.
Setelah meneliti masalah yang dihadapi, saya merasakan masalah utama yang perlu
difokuskan ialah meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk menggunakan kata
hubung. Hal ini kerana murid lebih cenderung untuk menulis ayat tunggal sahaja.

Tatabahasa ialah hukum bahasa yang perlu dipatuhi oleh setiap orang terutama
dalam penulisan. Namun yang berlaku sekarang ini, ketika menulis sesuatu sama ada
rencana, berita, artikel, esei, surat atau sebagainya, murid selalu melanggar tatabahasa
gara-gara tidak mengetahui atau kurang faham akan tatabahasa.

Kajian-kajian lepas membuktikan terdapat hubungan yang kuat dan impak yang
memberangsangkan antara penggunaan kaedah kontekstual dalam peningkatan mata
pelajaran Bahasa Melayu khasnya dalam kemahiran tatabahasa di pelbagai aras murid.
Justeru itu, tujuan utama kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan
kata hubung dalam ayat Bahagian A Kertas 2 Bahasa Melayu UPSR.

1.1

PERNYATAAN MASALAH

Sebaik sahaja analisa dan analisis peperiksaan dibuat, ada sahaja guru-guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu mengeluh dan berasa tidak puas hati dengan
keputusan yang diperolehi. Ramai murid yang diajar tidak lulus atau gagal memperoleh
keputusan yang memberangsangkan. Apatah lagi bagi murid-murid sendiri. Semasa
proses PdP berjalan, guru bagaikan ditipu dengan keupayaan prestasi pelajar. Apabila
disoal secara lisan, jawapan yang diberikan agak memuaskan. Seolah-olah para pelajar
memahami apa yang diajar oleh guru mata pelajaran. Situasi ini kadang-kadang ada
dalam kalangan guru akan menyalahkan murid kerana tidak membuat ulang kaji, tidak
membaca soalan dengan baik, tidak lancar membaca dan menulis dan tidak minat
terhadapa pelajaran. Sebenarnya, pelajar ini tidak menguasai kemahiran menulis ayat
dengan baik.

Saya telah ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Melayu di Sekolah


Kebangsaan Paya Bungor, Kuantan, Pahang dan kelas yang telah ditetapkan kepada saya
ialah kelas Tahun

5 Gemilang. Saya berasa sangat kecewa apabila saya mendapati

kebanyakkan pelajar kelas ini menghadapi masalah yang serius dalam pembinaan ayat
Bahasa Melayu. Saya mendapati penulisan ayat mereka banyak dipengaruhi oleh bahasa
rojak. Mereka juga masih lemah menghubungkan ayat ayat mengikut frasa ayat yang
betul. Dapatan keputusan Ujian Topikal 1 juga menunjukkan bahawa 45% pelajar kelas
ini gagal membentuk kata hubung yang betul sewaktu membina ayat. Ada juga yang
menyatakan bahawa mereka keliru untuk menggunakan kosa kata yang betul. Saya berasa
sangat terkilan kerana pelajar pelajar ini tidak mengetahui kesalahan kecil yang dibuat
itu mampu memberi kesan dalam pemarkahan Bahagian A,Kertas 2 Bahasa Melayu
UPSR mereka nanti.

Pelbagai teknik dan latihan diberikan ke atas pelajar pelajar ini supaya mereka
dapat mengubah sistem penulisan mereka namun sampai sekarang saya masih gagal
untuk memperbaiki kesilapan mereka sewaktu membina ayat. Oleh yang demikian
penguasaan menulis ayat yang kurang memuaskan dalam kalangan murid ini perlu
ditangani segera dalam mencapai objektif dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu

sekolah rendah iaitu keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan mengeluarkan idea
melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan
pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang gramatis, tanda
baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik, dan kemas.

1.2

SOALAN PENYELIDIKAN
2.1.1 Bagaimanakah untuk meningkatkan kemahiran penggunaan kata hubung
dalam ayat dalam kalangan pelajar Tahun 5 Gemilang?

2.1.2 Sejauh manakah peningkatan kemahiran kata hubung akan mempengaruhi


pemarkahan pelajar?

2.1.3 Adakah para pelajar akan membina ayat majmuk selepas mereka mahir
menggunakan kata hubung dalam ayat?

1.3

OBJEKTIF KAJIAN

1.3.1 Objektif Umum

Membantu pelajar menulis esei Bahasa Melayu dengan baik

1.3.2 Objektif Khusus.


Saya telah memilih kemahiran penggunaan kata hubung dalam ayat bagi jawapan
Bahagian A, Kertas 2 Bahasa Melayu UPSR.Kajian saya ini akan merangkumi objektifobjektif seperti berikut:
i) Untuk meningkatkan kemahiran murid menulis ayat yang lengkap dengan
menggunakan kata hubung.
ii) Untuk meningkatkan keputusan Bahasa Melayu Kertas 2,UPSR para pelajar
terutama Bahagian A.
iii) Meningkatkan peratus lulus mata pelajaran Bahasa Melayu UPSR
SK Paya Bungor.
iv) Meningkatkan penggunaan kata hubung yang betul dalam penulisan karangan
pelajar.

1.4

KEPENTINGAN KAJIAN

Pentingnya kajian ini dijalankan kerana kajian ini amat selari dengan kehendak
dan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) dan Lembaga Peperiksaan
Malaysia(LPM) agar semua murid tidak gagal dalam menguasai kemahiran menulis dan
membina ayat. Oleh itu, adalah diharapkan kajian ini dapat memperbaiki keputusan
peperiksaan bagi mata pelajaaran Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR serta meningkatkan lagi
peratus lulus para pelajar di sesebuah sekolah kebangsaan.

Juga menjadi harapan, kajian ini dapat membantu para guru mata pelajaran
Bahasa Melayu dalam mengatasi kelemahan pelajar dalam membina ayat majmuk dan
seterusnya dapat memahirkan pelajar dalam mengarang terutama karangan esei di
peringkat sekolah rendah lagi.

1.5 BATASAN KAJIAN


Kajian ini menumpukan aspek tatabahasa iaitu berkaitan penggunaan Kata
Hubung dalam ayat bahasa Melayu. Kajian ini akan dijalankan di sebuah sekolah sahaja
iaitu Sekolah Kebangsaan Paya Bungor, Kuantan. Kajian ini dijalankan di sekolah ini

10

kerana sekolah ini merupakan sekolah di mana tempat pengkaji mengajar sekarang.
Keadaan ini bertujuan untuk memudahkan pengkaji untuk membuat kajian atau tinjauan
kemahiran yang akan digunakan semasa kajian.

Sementara itu, sampel yang akan dipilih merupakan pelajar dari Kelas Tahun 5
Gemilang seramai 5 orang pelajar terdiri daripada tiga(3) pelajar lelaki dan dua(2) orang
pelajar perempuan.Jumlah keseluruhan pelajar Kelas 5 Gemilang adalah seramai 22
orang iaitu tujuh(7) orang pelajar lelaki dan lima belas(15) orang pelajar perempuan.
Salah seorang pelajar perempuan sampel ini merupakan pelajar dari kaum Asli. Dapatan
pengkaji, berdasarkan keputusan ujian dan peperiksaan yang lepas, pelajar masih
menunjukkan markah yang rendah dan tidak memberangsangkan.

1.6

RUMUSAN
Dalam bab 1 ini, penyelidik telah menerangkan serba sedikit mengenai latar

belakang dan pernyataan masalah yang hendak dikaji. Selain objektif, dan persoalan ,
kajian juga turut dinyatakan secara ringkas, padat dan jelas. Kepentingan dan batasan
kajian turut dinyatakan secara ringkas.

11

BAB 2
TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapi


antara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses
penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistem iaitu
mengambil kira matlamat, penggunaan bahasa, audiens, dan gaya penulisan. Sehubungan
itu, keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di
sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran menulis pasti dapat
meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran
tertentu.

Berdasarkan Buku Panduan Am Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KPM


2003), bahawa setiap murid adalah berbeza antara satu sama lain sama ada dari segi
pengalaman, tingkah laku, amalan, bakat dan kebolehan. Pelbagai usaha telah dan akan

12

dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama Jabatan Pelajaran Negeri


dengan Pejabat Pelajaran Daerah bagi merangka program kecemerlangan murid
contohnya Kelas Intervensi Awalan Membaca dan Menulis (KIA2M), Program Literasi
dan Numerasi (LINUS), dan Program Bimbingan Membaca dan Menulis (PROTIM).
Melalui program-program yang dirancang diharapkan dapat membantu serta memenuhi
keperluan murid-murid dalam menguasai kemahiran membaca dan menulis. Menulis
melibatkan murid-murid supaya berfikir, menaakul, menyusun dan mengolah idea
sebelum dilahirkan dalam bentuk wacana yang lengkap.

Kemahiran menulis merupakan keupayaan murid menulis perkataan dan ayat dan
mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui dengan menggunakan ayat yang
gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas, cantik dan kemas.
Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan
imaginatif.

Aplikasi strategi, sikap dan masalah guru yang dihadapi dalam kelas memberi
kesan kepada pembelajaran kemahiran penulisan. Menurut kajian Tay Meng Huat (2003)
tentang sikap dan masalah guru dalam pengajaran Bahasa Melayu di Sekolah Rendah,

13

mendapati masalah utama yang dihadapi oleh guru-guru dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu ialah untuk menangani jenis masalah yang berkaitan
dengan murid iaitu kelemahan penguasaan asas Bahasa Melayu dalam kalangan murid,
masalah untuk berfikir serta mengumpul idea, masalah malasdan tiada minat.

Jika kemahiran menulis murid telah dikuasai, pengalaman menulis akan


menyeronokkan murid. Walau bagaimanapun masa yang diperlukan bagi mengajar
kemahiran menulis adalah agak lama, mengajar untuk menghabiskan sukatan, berkongsi
maklumat dengan rakan, penyediaan persediaan mengajar membebankan, namun begitu
mengajar kemahiran menulis harus diteruskan dan guru mengambil berat tentang
kemahiran menulis. Guru-guru mengambil berat tentang kemahiran menulis kerana ia
merupakan salah satu aspek wajib dalam mengajar bahasa selain aspek lisan dan
kefahaman. Selain itu, sikap murid yang dikaji adalah penting untuk diambilkira dalam
menjalankan aktiviti penulisan dalam pengajaran dan pembelajaran, mengikuti
pengajaran

kemahiran

menulis

mengikut

kebolehan

murid,

dan

mengadakan

perbincangan dengan rakan serta guru untuk memperbaiki cara penulisan.

Selain itu, masalah penulisan murid juga turut berpunca daripada gaya pengajaran
guru di dalam kelas. Strategi pengajaran penting kerana menurut Esah Sulaiman (2003)

14

dalam Noor Azizah Ahmad (2006), pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran
boleh digunakan seperti pendekatan berpusatkan guru, pendekatan berpusatkan murid dan
pendekatan berpusatkan bahan. Pemilihan dan perancangan guru dalam menentukan
pendekatan, kaedah, teknik dan aktiviti dalam sesuatu pengajaran untuk mencapai
objektif adalah dikatakan strategi pengajaran. Penggunaan bahan rangsangan tanpa teknik
yang berkesan, mendorong kepada kelemahan penguasaan kemahiran penulisan.

Menurut Abdullah Hassan (2004), guru-guru menghadapi masalah mengajar


Sukatan Baharu Bahasa Melayu 2003 kerana guru-guru tidak terlatih dalam sukatan
baharu yang mengandungi kemahiran komunikasi interpersonal, kemahiran berfikir kritis
dan kreatif (KBKK), dan kemahiran bernilai tambah (KBT) dalam pengajaran bahasa
Melayu. Oleh sebab itu mereka menggunakan pengalaman dan maklumat peribadi dan
tidak berdasarkan ilmu komunikasi interpersonal sebenar. Kemahiran-kemahiran ini tidak
diajarkan sebagai kursus dalam pendidikan guru serta sudah tentu tiada kaedah
mengajarnya.

Selain itu, kecerdasan emosi, kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir, kemahiran


belajar, membuat pengitlakan dan kajian masa depan dalam kemahiran bernilai tambah
tidak diberi fokus dalam pendidikan guru tetapi perlu diajarkan oleh guru di sekolah. Hal

15

ini menimbulkan kesukaran kepada guru-guru untuk mengajar kemahiran menulis


berdasarkan sukatan baru dan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Manakala Yahya Othman (2005) dan Ahmad Khair Mohd. Nor (2005)
menyatakan penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat
semata-mata malah dipengaruhi jugaoleh pengajaran menulis yang bersistem dan
berkesan. Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas
adalah dimulakan dengan menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana
yang dapat difahami apabila dibaca.

Rumus Struktur Frasa mempunyai dua tugas utama iaitu memerihalkan sistem
hubungan sintaksis yang dengan itu memungkinkan berlakunya rumus transformasi.
Proses membina ayat adalah perkara asas dalam kemahiran penulisan pelahiran. Ayat
terdiri daripada perkataan-perkataan yang disusun dalam kelompok-kelompok tertentu.
Setiap kelompok perkataan disusun dengan lengkap.

Susunan kata-kata yang lengkap mengandungi makna yang lengkap. Susunan


unsur-unsur perkataan dalam ayat dasar yang lazim adalah subjeknya mendahului

16

predikat. Abdullah Hasan (2006) menjelaskan bahawa dalam sesuatu binaan ayat,
terkandung susunan urutan perkataan dalam binaan sintaksisi yang boleh dihuraikan
antaranya melalui satu rumus atau peraturan yang dinamakan Rumus Struktur Frasa
(RSF). Rumus RSF ini menyatakan bahawa ayat boleh dibentuk oleh beberapa ayat yang
bertaraf setara yang dihubungkan oleh kata hubung gabungan.

Perkara yang penting dalam membina ayat ialah maklumat yang akan digunakan
untuk membina ayat tersebut. Ini disokong oleh

Edward de Bono (1982) yang

menyatakan bahawa maklumat sememangnya penting kerana maklumat yang banyak


boleh membantu kita berfikir dan membuat keputusan dengan lebih baik. Kepentingan
maklumat turut ditekankan oleh Siti Hawa Munji (1990). Beliau menyatakan alam proses
data deria, seseorang itu haruslah menyusun sejumlah besar rangsangan menjadi strukturstruktur dan bentuk-bentuk yang lebih bermakna.

Pendidikan berlaku apabila proses berfikir berlaku. Edward de Bono juga


menyatakan untuk memahami mengenai berfikir, kita seharusnya memahami bagaimana
minda secara aktif memproses maklumat. Minda sebagai self organizing system
menerima maklumat-maklumat dan maklumat-maklumat tersebut akan tersusun dengan

17

sendirinya lalu membentuk pattern. Menurut beliau lagi, patterning system ini juga
membantu individu untuk melihat dan memahami apa yang berlaku di persekitarannya.

Walaupun banyak teori pengajaran dan pembelajaran bahasa berhubung dengan


pendekatan dan kaedah boleh didapati dan dijadikan sebagai panduan, namun masih
banyak masalah yang timbul yang berkaitan dengan kesalahan bahasa dalam kalangan
para pelajar sekolah khususnya dalam penulisan karangan.

2.2 LITERATUR BERKAITAN

Kata hubung adalah amat penting dalam pembinaan sesuatu ayat. Menurut
(Halliday dan Hasan, 1976:321) ia merupakan penghubung di antara dua komponen
dalam sesuatu teks, to relate utterances to each other, or to mark a boundary in the
discourse( Stubbs, 1983 : 68 ) dan to relate messages to one another on the message
group rank ( Martin, 1981 : 311), dipetik dari Ventola 1987 : 164 ).

18

Menurut Nik Safiah dll.( 1993 : 239 ), kata penyambung ayat ialah kata hubung,
iaitu sejumlah perkataan yang bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih
sehingga menjadi satu bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.

Kajian yang dibuat oleh Kamarudin Husin (dlm Arpan 1998: 33) mendapati
bahawa daripada 250 patah perkataan dalam penulisan karangan, 70% didapati adalah
kesalahan yang tergolong dalam kesalahan ejaan, penggunaan perkataan dan
pembentukan frasa. Dapatan ini juga hampir sama dengan kajian yang dibuat oleh
pengkaji barat iaitu Berthua (1974), Lee (1972) dan Politzer dan Ramirez (1973).

Dalam kajian yang dibuat oleh Md. Daud Taha (dlm Arpan 1998: 34) pula
mendapati bahawa kesalahan ayat yang dilakukan oleh pelajar dalam penulisan karangan
adalah jenis ayat-ayat tidak betul susunannya (33.1%), ayat tidak lengkap atau
tergantung(35.8%) dan ayat-ayat yang berbelit-belit (17.3%). Selain itu, ayat yang
terpengaruh oleh struktur ayat bahasa Inggeris (10.8%) dan ayat yang mirip bahasa lisan
(3%). Manakala, dalam kajian yang dibuat oleh Mohd. Daud Yusof (dlm Arpan 1998:34)
mendapati bahawa 78 orang pelajar membina ayat yang tidak lengkap, iaitu ayat yang

19

tidak ada subjek atau predikat. Di samping itu beliau juga mendapati kesilapan pelajar
kerana menggunakan bahasa dialek dalam menerbitkan atau membina sesuatu ayat.

Berdasarkan dapatan kajian daripada beberapa orang pengkaji di atas tidak dapat
disangkal

lagi

bahawa

kesalahan

bahasa

di

kalangan

pelajar-pelajar

amat

ketara.Kesalahan bahasa yang terdapat dalam penulisan karangan pelajar-pelajar sekolah


pada masa ini menunjukkan bahawa mereka masih belum dapat menguasai bahasa Melayu dengan
sepenuhnya semasa belajar di dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, pelajar-pelajar
perlu didedahkan lagi dengan pelbagai bahan pengajaran dalam aspek penulisan
terutamanya yang berkaitan dengan komponen-komponen penguasaan bahasa, iaitu
struktur ayat, ejaan dan penggunaan kata dalam penulisan.

2.3 KAJIAN BERKAITAN

Berdasarkan Kupasan Mutu Jawapan(KMJ) UPSR Bahasa Melayu yang


diumumkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia dari tahun ke setahun, adalah dapat
dirumuskan bahawa kebanyakkan calon UPSR tidak mahir membina ayat majmuk. Ayat
majmuk terwujud dengan adanya kata hubung.

20

Kupasan Mutu Jawapan (KMJ) UPSR mengandungi maklumat tentang prestasi


calon dalam semua mata pelajaran UPSR. Kupasan terhadap prestasi calon dilengkapi
dengan penjelasan tentang prestasi keseluruhan, prestasi mengikut kumpulan calon dan
prestasi terperinci bagi setiap soalan. Ulasan prestasi terperinci setiap soalan disusuli
dengan pernyataan tentang kekuatan dan kelemahan calon dalam menjawab soalan serta
kesilapan yang sering kali ditemui. KMJ disediakan oleh panel yang terdiri daripada
Ketua Pemeriksa, Ketua Pemeriksa Bersama dan Ketua Pasukan mata pelajaran
berkenaan dengan mengambil kira maklumat daripada semua pemeriksa di bawahnya.

Oleh itu, KMJ dapat dijadikan satu panduan untuk

untuk menjalankan

penyelidikan ini kerana ulasan yang diberi dapat digunakan oleh guru bagi meningkatkan
kemahiran guru dalam proses PdP dalam kelas dan seterusnya dapat meningkatkan
keputusan peperiksaan khas bagi mata pelajaran Kertas 2 Bahasa Melayu UPSR.

2.4

RUMUSAN
Setelah tinjauan dibuat, maka kajian akan dibuat menggunakan beberapa kaedah

bagi tujuan untuk meningkat peratus kelulusan dan kecemerlangan keputusan mata
pelajaran Bahasa Melayu Kertas 2 UPSR.

21

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.0

PENGENALAN

Bahagian ini dianggap bahagian yang amat penting dalam penyelidikan kerana ia
akan mengambarkan pemikiran penyelidik mengenai perjalanan keseluruhan kajian yang
akan sama ada kaedah yang disyorkan dapat menunjukkan keberkesanan atau
menjejaskan pencapaian murid dalam aspek berkaitan tatabahasa iaitu penggunaan
Kata

Hubung

dalam penggunaan ayat Bahagian A,Kertas Bahasa Melayu

Penulisan(kertas 2) bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 6. Pengkaji akan


menghuraikan reka bentuk ujian, alat kaian yang digunakan, tatacara kajian dilaksanakan
dan penganalisan data. Sekiranya metodologi yang dikemukan oleh pengkaji tidak
berfungsi atau tidak sesuai atau tidak mencapai objektif, maka penyelidikan yang dibuat
oleh penyelidik dikira sebagai gagal dan tidak sesuai digunakan.

22

3.1

REKA BENTUK KAJIAN.


Kajian yang akan dijalankan adalah berbentuk Eksperimen. Pengkaji akan

memilih

daripada

jenis

rekabentuk

berkumpulankawalan.

Rekabentuk

ini

membahagikan subjek kajian kepada dua kumpulan secara rawak iaitu satu kumpulan
diberikan rawatan kawalan dan satu kumpulan lagi tidak akan diberikan rawatan iaitu
kumpulan kawalan.

Pemilihan kumpulan ini berdasarkan ujian yang dibuat(ujian saringan). Ukuran


terhadap variable eksperimen ini dibuat sebelum dan selepas rawatan dibuat.Pengkaji
akan membuat bandingan antara subjek dua kumpulan ini.

Apabila kumpulan telah dibahagikan, pengkaji akan memberikan rawatan kepada


kumpulan eksperimen berdasarkan kelemahan yang telah dikenalpasti. Kumpulan
eksperimen akan diberikan bimbingan dan diajar menggunakan kaedah dan teknik
menjawab.

Akhir sekali, kedua-dua kumpulan ini akan diberikan ujian pos bagi memastikan
kaedah yang digunakan tercapai objektifnya.

23

Rajah 3.1 Reka Bentuk Kajian Eksperimen

Berkumpulan-Kawalan

Ujian Pra

Berkumpulan Kawalan

Berkumpulan Eksperimen

Ujian Pos

Analisis Data

Refleksi

24

3.2 Populasi Dan Sampel Ujian

Responden merupakan pelajar Tahun 5 Gemilang, SK Paya Bungor, Kuantan iaitu


seramai 5 orang pelajar iaitu tiga lelaki dan dua orang perempuan.Salah seorang daripada
pelajar perempuan berkenaan merupakan pelajar Orang Asli.Mereka merupakan
sebahagian daripada 22 orang yang terdiri 7 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar
perempuan. Kesemua responden yang akan diuji oleh pengkaji telah menunjukkan
keputusan yang sekadar memuaskan dalam keputusan beberapa ujian terdahulu. Walau
pun keputusan keseluruhan responden baik, tetapi keputusan akan lebih baik jika
responden dapat menguasai sepenuhnya Bahagian A Kertas 2 Bahasa Melayu UPSR.

3.3 Instrumen

Dalam penyelidikan ini, pengkaji akan menggunakan beberapa instrumen sebagai


membantu kajian ini. Antara instrumen utama kajian ini ialah Peperiksaan Pertengahan
Tahun(P2) yang akan responden hadapi kelak. Peperiksaan Pertengahan Tahun(P2) ini
akan pengkaji jadikan sebagai Ujian Pos dan keputusannya akan dijadikan bahan refleksi
pengkaji.

25

3.4

Prosudur Pengumpulan Data

Kajian akan dimulakan dengan memohon kebenaran Guru Besar sekolah selaku
pentadbir sekolah.Kebenaran yang diperoleh melalui pertemuan secara lisan. Keputusan
Peperiksaan P1, Tahun 5 Gemilang akan digunakan sebagai ujian pra. Pelajar yang
menunjukkan bawah 5 markah daripada 10 markah akan dikategorikan sebagai
Kumpulan Eksperimen manakala pelajar yang memperolehi lebih daripada 5 markah
akan dikategorikan sebagai Kumpulan Kawalan. Beberapa cadangan akan diberikan
untuk dijadikan panduan kepada guru-guru setelah kajian tindakan ini dibuat supaya
mereka dapat menggunakan kajian ini sebagai alat membantu proses pengajaran dan
pembelajaran(PdP).

3.5 Analisis Data

Hasil daripada ujian pos, data-data(markah) yang diperolehi itu akan diproses
menggunakan MS Excel. Adalah percayai MS Excel dikatakan cepat dan efisen untuk
menganalisis data markah kerana kajian ini berbentuk kajian kuantitatif. Penggunaan

26

jadual dan graf dalam kajian ini dapat membantu menunjukkan perbezaan pencapaian
responden sebelum dan selepas ujian. Murid-murid yang tidak mencapai skor kelayakan
akan diberikan rawatan seterusnya. Tindakan susulan akan diambil jika murid tidak
memperolehi markah yang ditetapkan.

27

BAB 4.
DAPATAN KAJIAN

4.1 PENGENALAN
Bab ini akan membincangkan demography responden, pencapaian markah pra
ujian dan pasca ujian, purata dan standard deviation bagi pra ujian dan pasca ujian,
dapatan secara lisan dari temubual ataupun temuramah dengan responden kajian.
Dapatan kajian ini amat penting bagi guru-guru Bahasa Melayu di Malaysia. Ianya akan
dapat membantu guru-guru Bahasa Melayu menambahbaikkan lagi kaedah pengajaran
mereka. Dapatan kajian adalah berlandaskan soalan kajian yang telah ditetapkan.

4.2

DEMOGRAPHY RESPONDEN
4.2.1 LOKASI SEKOLAH KAJIAN
Sekolah Kebangsaan Paya Bungor terletak kira-kira 52 kilometer dari bandar

Kuantan.Merupakan sebuah sekolah luar bandar di daerah pentadbiran Pejabat


Pendidikan Daerah Kuantan.Walau pun sekolah ini berada di luar bandar,tetapi sekolah
ini berada di jalan utama persekutuan iaitu KM 52 Jalan Kuantan- Kuala Lumpur.Sekolah

28

Kebangsaan Paya Bungor ini sebelumnya

di panggil Sekolah Melayu Ulu Lepar.

Sekolah Melayu Ulu Lepar mula dibuka pada 5 Mei 1925. Ia terletak di Bekelah
berhampiran

dengan Sungai Berkelah iaitu 7 kilometer dari

Kampung Paya

Bungor.Bilangan pelajar pertama sekolah ini lebih kurang 29 . Pada tahun 1927, pelajar
perempuan

mula diterima belajar iaitu seramai 6 orang. Bangunan di Keledang

dipindahkan ke Kampung Paya Bungor dengan kerjasama daripada penduduk tempatan


sejauh 6 kilometer. Sekolah ini ditutup semula pada zaman darurat dan dibuka semula
pada Tahun 1951. Guru Besarnya pada masa itu ialah En. Sulaiman b. Mat Tia. Beliau
telah menukar nama sekolah ini kepada Sekolah Kebangsaan Paya Bungor. Nama ini
diambil bersempena nama sejenis nama pokok yang terdapat di paya paya dalam
kampung ini.Pada Tahun 1968, sekolah ini telah mendapat satu lagi bangunan baru
menggantikan bangunan Tahun 1927 yang dipindahkan dari Keledang.Kini, Sekolah
Kebangsaan Paya Bungor mempunyai 4 bangunan satu tingkat dan satu blok bangunan
4 tingkat. Sekolah ini juga telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti
makmal ICT, pusat sumber sekolah, bilik j-Qaf, kelas prasekolah, surau, bilik kesihatan,
bilik solat,pejabat pentadbiran dan lain lain lagi yang dapat memberi kemudahan yang
selesa kepada

semua dan murid murid.Sekolah Kebangsaan Paya Bungor kini

mempunyai seramai 29 orang guru yang mengikut opsyen dengan seorang Guru Besar
gred DG41,tiga orang Guru Penolong Kanan dan dibantu dua orang Pembantu Tadbir
bergred N17(p/o) dan seorang Pembantu Pengurusan Murid bergred N17(P).Seramai 283

29

orang murid termasuk 25 orang murid prasekolah menuntut ilmu di sekolah ini dengan
pecahan seramai 94 orang murid daripada kaum Asli,seorang murid daripada kaum
India,seorang daripada kaum Iban dan selebihnya adalah daripada kaum Melayu.
Kebanyakkan daripada murid ini adalah berasal daripada lima kampung yang berdekatan
dengan sekolah ini iaitu Kampung Paya Bungor,Kampung Gelugor dan Kampung Paya
Rambutan.Dua buah kampung lagi adalah daripada perkampungan Orang Asli iaitu
Kampung Orang Asli KM56 dan Kampung Orang Asli Gedong Siam.Sebahagian besar
pekerjaan masyarakat di sini adalah penoreh getah.Pun begitu,terdapat sebilangan
kecilnya adalah bekerja kerajaan kerana terdapat beberapa premis kerajaan di sini seperti
Klinik Kesihatan,Pondok Polis,Pusat Latihan Orang Asli, Pusat Latihan Perhutanan Paya
Bungor dan Pusat Latihan Vertirinar Ulu Lepar.

4.2.2 PROFIL RESPONDEN


Responden kajian adalah seramai 22 orang yang terdiri daripada murid-murid
kelas Tahun 5 Gemilang Sekolah Kebangsaan Paya Bungor. Disebabkan oleh kekangan
masa pemilihan responden diadakan secara rawak tanpa mengira jantina, taraf sosioekonomi,lokasi dan pencapaian akedemik

30

Responden yang berjumlah seramai 22 orang iaitu tujuh(7) orang pelajar lelaki
dan lima belas(15) orang pelajar perempuan. Salah seorang pelajar perempuan sampel ini
merupakan pelajar dari kaum Asli.. Dari jumlah 22 orang tersebut, penyelidik telah
memilih 5 orang murid sebagai responden yang akan dijadikan kajian sepenuhnya. Hasil
dapatan adalah merupakan data kajian ini.

Bilangan responden yang menjadi pemerhatian sepenuhnya ini adalah kecil iaitu
seramai 5 orang sahaja kerana kekangan masa tetapi penyelidik percaya bahawa data
kualitataif akan dapat menyokong data kuantitatif dalam kajian ini.

Daripada 5 orang responden yang terpilih, 2 orang merupakan murid perempuan


dan 3 orang merupakan murid lelaki dari tahun 5 Gemilang. Ke semua umur responden
ialah 11 tahun dan aras kemahiran mereka dalam membina ayat di aras pencapaian
sederhana.

31

BUTIRAN RESPONDEN

BIL.
1.
2.
3.
4.
5.

KOD
PL01
PP01
PP02
PL02
PL03

NAMA

JANTINA

AMIRUDIN BIN MOHD RAEF


AYUWANDIRA BINTI RAZIKIN
IFADILA A/P ADI
M. ASHRAF BIN ABDUL RAOH
M. FIRDAUS BIN SULAIMAN

L
P
P
L
L

KAUM
MELAYU
MELAYU
ORANG ASLI
MELAYU
MELAYU

Rajah 4.1.1 Senarai Nama Dan Data Ringkas Responden

4.3.1 KRITERIA PENSKORAN


PENSKORAN

CEMERLANG-(9-10 MARKAH)
** 4@5 isi

BAIK-(7-8 MARKAH)
** 3@4 isi

MEMUASKAN( 4-6 MARKAH)


** 1@2 isi
PENCAPAIAN TAHAP
MINIMUM(1-3MARKAH)
**1 isi

KRITERIA
1.Menggunakan ayat yang gramatis dan menepati
bahan grafik./tugasan
2. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang
meluas serta sesuai dengan bahan grafik/tugasan.
3. Penggunaan ejaan dan tanda baca yang betul.
1.Menggunakan ayat yang jelas dan menepati bahan
/tugasan.
2. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang
sederhana serta sesuai dengan bahan grafik
/tugasan.
3. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda
baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan ayat.
1.Menggunakan ayat yang mudah dan ringkas,
sesuai dengan bahan grafik /tugasan.
2. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang
terhad dan sesuai.
3.Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan
ejaan.
1.Ayat tidak sesuai dengan bahan grafik /tugasan.
2.Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak
sesuai dengan bahan grafik.
3.Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

Rajah 4.1.2 Kriteria Penskoran

32

4.3.2 ANALISA DATA PEPERIKSAAN P1

BIL.
1.
2.
3.
4.
5.

KOD
PL01
PP01
PP02
PL02
PL03

MARKAH
NAMA
(10)
AMIRUDIN BIN MOHD RAEF
05
AYUWANDIRA BINTI RAZIKIN
04
IFADILA A/P ADI
04
M. ASHRAF BIN ABDUL RAOH
05
M. FIRDAUS BIN SULAIMAN
04
Rajah 4.1.3 Data Peperiksaan P1 Responden

4.4.1 LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN

Setelah dapatan data daripada Peperiksaan P1,markah direkodkan untuk tujuan


analisis dan sebagai bahan kajian pengkaji. Data peperiksan ini juga untuk mengetahui
tahap pencapaian pelajar.Tindakan susulan diambil dengan meletakkan pelajar ini dalam
satu kumpulan Eksperimen. Seterusnya akitiviti pengajaran dan pembelajaran kaedah
kontruktivisme dijalankan kepada pelajar selama 2 minggu. Konstruktivisme adalah satu
fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan
menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina
pengetahuan baru .Konstruktivisme ialah falsafah pembelajaran yang diasaskan kepada
beberapa teori pembelajaran, di antaranya teori perkembangan kognitif dan teori kognitif

33

sosial.Konstruktivisme mencadangkan bahawa manusia membina pemahaman dan


pengetahuannya sendiri tentang dunia di sekelilingnya dengan mengalami dan membuat
refleksi ke atas pengalaman tersebut.Konstruktivisme merupakan satu pendekatan yang
didapati sesuai dipraktikkan dalam pengajaran dan pembelajaran .Dalam pendekatan ini
murid dianggap telah mempunyai idea yang tersendiri tentang sesuatu konsep yang
belum dipelajari. Idea tersebut mungkin benar atau tidak.

4.4.1.2 Aktiviti 1

Pelajar dalam kumpulan ini akan dilatih untuk membina ayat menggunakan kata
hubung.Pengkaji menganggap pelajar sudah mengetahui mengenai kata hubung
berdasarkan pengetahuan pembelajaran yang lalu.
1.

Murid dipecahkan kepada 5 kumpulan dan salah satunya merupakan Kumpulan


Eksperiman.

2.

Setiap kumpulan diberikan sekeping gambar tunggal. Gambar ini merupakan


gambar yang biasa dengan kehidupan murid.
2.1

Kanak-kanak sedang membaca buku

2.2

Seorang lelaki sedang memungut buah durian

34

2.3

Ibu sedang memasak di dapur

2.4

Murid-murid sedang membersihkan bilik darjah

2.5

Kanak-kanak sedang bermain di taman.

3.

Senarai kata hubung diedarkan kepada kumpulan Eksperimen.

4.

Setiap kumpulan dikehendaki membina ayat yang lengkap berdasarkan gambar.

5.

Murid dikehendaki menulis ayat yang lengkap berdasarkan gambar.

6.

Guru mengadakan perbincangan mengenai struktur ayat yang telah dibina.

4.4.1.2 Aktiviti 2
Latihan ini memerlukan pelajar membina ayat majmuk berdasarkan gambar
bersiri yang diberi. Berlainan dengan apa yang pelajar biasa hadapi, para pelajar tidak
diberi perbendaharaan yang berkaitan tetapi pelajar perlu menggunakan kata hubung
untuk mengembangkan isi yang terkandung dalam gambar, kemudian membina ayat
majmuk yang bersesuaian.
i. Pemerhatian
Matlamat gambar bersiri diberi ialah untuk memudahkan pelajar pada peringkat
ini.Gambar bersiri membolehkan pelajar mendapat lebih informasi dan urutan cerita

35

dapat dikawal.Gambar bersiri memperluaskan skop pemikiran pelajar. Dari hasil


penulisan, boleh dikatakan pelajar dapat menghuraikan isi dengan lancar (Jadual A).

Jadual A: Bilangan dan bentuk ayat (ayat tunggal dan ayat majmuk)
yang terdapat dalam kertas jawapan Latihan 2
Pelajar
PL01
PP01
PP02
PL02
PL03

Bil.Ayat Tunggal
3
2
2
3
1

Bil.Ayat Majmuk
2
3
3
2
4

Rajah 4.1.4 Skor Latihan 2

ii. Refleksi
Guru berbincang dan mendapati para pelajar dapat memberi maklumat tentang topik
dengan tepat tanpa sebarang bantuan guru. Walau bagaimanapun kelemahan yang jelas
dapat dilihat dari segi tatabahasa.

Pengajaran dan latihan dalam membentuk ayat akan

diberi penekanan sebelum Latihan 2 diberi. Aktiviti Latihan 2 berjaya menunjukkan


tahap kemahiran pelajar membina ayat majmuk dalam pembinaan ayat dengan
menggunakan kata hubung .

Aktiviti lanjutan akan digubah dengan menggantikan

gambar bersiri kepada gambar komposisi..

36

4.4.1.3 Aktiviti 3
Aktiviti Latihan 3 memerlukan pelajar membina 5 ayat majmuk berdasarkan
gambar tunggal.

Gambar tunggal diberi, guru berharap ini dapat menguji kemahiran

berfikir para pelajar ke tahap yang lebih tinggi.

i. Pemerhatian
Para pelajar berjaya membina bilangan ayat majmuk yang ditetapkan. Pelajar boleh
mengguna kata hubung untuk mengembangkan ayat berdasarkan gambar komposisi.
Mereka berkebolehan menjelaskan idea dan isi dalam gambar tunggal atau gambar
komposisi. Peratus skor menunjukkan kemahiran membina ayat majmuk dalam penulisn
tentang satu topik meningkat (Jadual B).
Jadual B: Bilangan ayat majmuk yang dapat dibina dan peratus skor oleh setiap
pelajar dalam Latihan 3
Pelajar
PL01
PP01
PP02
PL02
PL03

Bil.Ayat Tunggal
2
1
1
2
1

Bil.Ayat Majmuk
3
3
2
3
4

Rajah 4.1.5 Skor Latihan 3

37

ii. Refleksi.
Kekurangan yang perlu diatasi ialah penggunaan kata hubung dalam kemahiran
membina ayat majmuk. Dari segi penggunaan kata hubung, pelajar banyak menggunakan
kata hubung dan dan kata sendi untuk sahaja. Kemahiran membina ayat majmuk
meningkat, tetapi kesalahan ejaan dan perbendaharaan kata bertambah.. Kelemahan ini
akan diatasi dan dberi penekanan dalam pengajaran sebelum Latihan 3 diberi.Aktiviti
lanjutan akan digubah dengan memberi satu situasi tanpa gambar diberi. Perbendaharaan
kata yang berkaitan tidak akan diberi tetapi pelbagai kata hubung akan diberi untuk
menggalak pelajar menggunakannya.

4.4.1.4 Aktiviti 4
Latihan 4 memerlukan pelajar membina 5 ayat majmuk berdasarkan satu situasi
atau keadaan yang diberi. Guru menyenaraikan beberapa kata hubung, pelajar digalak
menggunakan kata hubung yang berlainan dalam kelima-lima ayat itu.

Latihan ini

bertujuan membimbing pelajar membina ayat majmuk dalam penulisan tentang satu
topik, dan diharap pelajar dapat menggunakan pelbagai kata hubung yang bersesuaian .

38

i. Pemerhatian
Senarai kata hubung yang diberi oleh guru tidak dapat membantu murid dalam
kemahiran membina ayat majmuk tentang satu situasi (Jadual C). Ini merupakan satu
outcome di luar jangkaan. Masih ada yang belum menguasai penggunaan kata hubung
yang diberi oleh guru, contohnya kata hubung manakala dan sambil. Akibatnya,
senarai kata hubung yang diberi telah menjadi pengganggu kepada pelajar.
ii. Refleksi
Guru berbincang dan menyediakan satu latihan tambahan untuk pelajar. Satu
situasi yang bersesuaian dengan pengalaman pelajar diberi, tetapi senarai kata hubung
tidak diberi kepada pelajar. Guru berharap pelajar dapat membina ayat-ayat majmuk
dengan pelbagai kata hubung .
Jadual C : Bilangan ayat majmuk yang dapat dibina dalam aktiviti Latihan 4
Pelajar
PL01
PP01
PP02
PL02
PL03

Bil.Ayat Tunggal
2
1
1
2
1

Bil.Ayat Majmuk
4
4
3
3
5

Rajah 4.1.6 Skor Latihan 4

39

4.4.1.5 Aktiviti 5
Latihan 5 memerlukan pelajar membina lima ayat majmuk berdasarkan bahan
grafik dengan kata hubung tidak diberi. Diharap kemahiran membina ayat majmuk dapat
dibina dengan menggunakan kata hubung.

i. Pemerhatian
Kemahiran membina ayat majmuk bertambah baik. Pelajar bukan sahaja dapat
memberikan isi-isi yang berkaitan bahan grafik bahkan dapat menggunakan pelbagai kata
hubung yang sesuai. Pelajar sekurang-kurangnya berjaya membina lebih daripada empat
ayat majmuk yang betul (Jadual D).

ii. Refleksi:
Walaupun kemahiran pelajar membina ayat majmuk meningkat, aktiviti-aktiviti
pengukuhan dan pengayaan perlu disusuli supaya pelajar
pembelajaran ini.

40

peka terhadap teknik

Jadual D: Bilangan ayat majmuk yang dapat dibina oleh setiap pelajar dalam latihan 5.
Pelajar
PL01
PP01
PP02
PL02
PL03

Bil.Ayat Tunggal
2
1
1
2
1

Bil.Ayat Majmuk
4
5
5
4
5

Rajah 4.1.6 Skor Latihan 5

41

SOALAN

KAJIAN:

BAGAIMANAKAH

UNTUK

MENINGKATKAN

KEMAHIRAN PENGGUNAAN KATA HUBUNG DALAM AYAT DALAM


KALANGAN PELAJAR TAHUN 5 GEMILANG?
Soalan kajian pertama ini adalah untuk melihat kaedah dan teknik pengajaran
dalam meningkatkan penggunaan kata hubung dalam membina ayat majmuk bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu

dan ianya diukur melalui pencapaian latihan yang telah

dijalankan terhadap satu kumpulan dalam kajian ini. Jadual di bawah menunjukkan
pencapaian responden di dalam latihan yang telah dijalankan.

BIL.
1.
2.
3.
4.
5.

KOD
PL01
PP01
PP02
PL02
PL03

NAMA
AMIRUDIN BIN MOHD RAEF
AYUWANDIRA BINTI RAZIKIN
IFADILA A/P ADI
M. ASHRAF BIN ABDUL RAOH
M. FIRDAUS BIN SULAIMAN

L2
2
3
3
2
4

L3
3
3
2
3
4

L4
4
4
3
3
5

L5
4
5
5
5
5

Rajah 4.1.7 Skor Kesemua Latihan

Berdasarkan kepada skor semua latihan,didapati semua responden telah


menunjukkan peningkatan dalam pembinaan ayat dari ayat tunggal kepada ayat majmuk
dengan menggunakan kata hubung.Jelaslah bahawa dengan menggunakan kata hubung,
maka pelajar dapat membina ayat majmuk. Dengan itu akan berlaku peningkatan dalam
markah Bahagian A kertas 2 Bahasa Melayu khas dalam peperiksaan UPSR.Hal ini dapat

42

dibuktikan melalui data peperiksaan antara P1(Peperiksaan Awal Tahun) dan


P2(Peperiksaan Pertengahan Tahun).Rajah 4.1.8 menunjukkan pencapaian responden
setelah menggunakan kata hubung dalam ayat.

BIL.
1.
2.
3.
4.
5.

KOD
PL01
PP01
PP02
PL02
PL03

NAMA
AMIRUDIN BIN MOHD RAEF
AYUWANDIRA BINTI RAZIKIN
IFADILA A/P ADI
M. ASHRAF BIN ABDUL RAOH
M. FIRDAUS BIN SULAIMAN

P1
05
04
04
05
04

P2
09
08
09
08
09

Rajah 4.1.8 Analisa Peperiksaan

SOALAN KAJIAN: SEJAUH MANAKAH PENINGKATAN KEMAHIRAN


KATA HUBUNG AKAN MEMPENGARUHI PEMARKAHAN PELAJAR?

Amat lah jelas berdasarkan keputusan peperiksaan P2 yang telah diambil oleh
responden kumpulan eksperimen menunjukkan berlaku peningkatan yang ketara dan
besar. Jika berdasarkan kriteria penskoran Bahagian A Kertas 2 Bahasa Melayu yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia,60% murid daripada kumpulan
eksperimen berada dalam kategori cemerlang manakala selebihnya berada dalam kategori

43

baik.Ini membuktikan bahawa dengan adanya peningkatan kemahiran kata hubung dalam
pembinaan ayat,maka ianya juga akan turut mempengaruhi peningkatan pemarkahan
pelajar.

SOALAN KAJIAN: ADAKAH PARA PELAJAR AKAN MEMBINA AYAT


MAJMUK SELEPAS MEREKA MAHIR MENGGUNAKAN KATA HUBUNG
DALAM AYAT?

Apabila keputusan pemarkahan setiap siri latihan diperolehi seperti di Rajah


4.1.7 ,responden dilihat semakin yakin untuk membina ayat majmuk. Apatah apabila
mendapati,ayat majmuk akan terwujud apabila adanya kata hubung dalam ayat
itu.Ketepikan dulu faktor-faktor lain seperti tanda bacaan,struktur ayat dan sebagainya,
ayat majmuk pasti terhasil apabila pelajar sudah mengusai kemahiran penggunaan kata
hubung dalam ayat. Para pelajar akan dapat membina ayat yang gramatis apabila
membina karangan kerana kebanyakkan ayat yang terbina adalah ayat majmuk. Jelaslah
menunjukkan

bahawa jika pelajar dapat menguasai kemahiran penggunaan kata

hubung,mereka pasti akan membina ayat majmuk.

44

4.2

RUMUSAN
Pada keseluruhannya dapatan kajian ini telah menjawab soalan kajian yang

dikemukakan. Dapatan kajian telah dinyatakan dalam bentuk huraian dan jadual iaitu
secara kuantitatif dan juga kualitataif. Berdasarkan dapatan kajian ini, ianya telah
membuktikan bahawa terdapat kesan yang signifikan terhadap keberkesanan kaedah
pengajaran dan pembelajaran Konstruktivisme.

Bab ini juga telah membincangkan demography responden, pra ujian dan pasca
ujian yang telah dijalankan serta sesi pemerhatian. Kesimpulannya, dapatan kajian
menunjukkan bukti yang kukuh bahawa terdapat keberkesanan yang signifikan melalui
kemahiran penggunaan kata hubung yang telah dijalankan.

Tambahan pula, dapatan kajian telah juga menjelaskan bahawa terdapat


peningkatan dalam penguasaan kemahiran tatabahasa aspek membina ayat dalam
kalangan responden. Dapatan ini membuahkan satu hasil yang amat berfaedah iaitu
melalui

pembelajaran

menggunakan

kaedah

pengajaran

dan

pembelajaran

konstruktivisme khasnya dalam topik aspek membina ayat menjadi satu perkara yang
memudahkan dan menggembirakan murid.

45

BAB 5

5.1

PENGENALAN
Tujuan kajian ini ialah untuk melihat dan mengenal pasti tahap keberkesanan

penggunaan kata hubung dalam ayat dalam meningkatkan kemahiran membina ayat
majmuk dalam kalangan murid Tahun Lima Gemilang SK Paya Bungor,Kuantan. Hanya
lima orang responden sahaja yang di pilih secara rawak dan dijadikan kumpulan
eksprimen.Responden terdiri daripada tiga orang pelajar lelaki dan dua orang pelajar
perempuan dan salah seorangnya merupakan berbangsa Asli.

Bab ini melaporkan secara terperinci perbincangan dan implikasi kajian yang
telah diadakan. Kandungan dalam bab ini ialah rumusan kajian, perbincangan dapatan
kajian, rumusan dapatan kajian dan implikasi kajian. Adalah diharapkan agar laporan
kajian ini akan memberikan pengetahuan yang mendalam tentang Kajian Tindakan
Berasaskan Sekolah.

46

5.2

RINGKASAN KAJIAN

Kajian ini mendedahkan bahawa program intervensi yang menggunakan kaedah


pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme dalam penguasaan kemahiran tatabahasa
membina ayat di kalangan murid Tahun 5 Gemilang,SK Paya Bungor,Kuantan. Analisis
pencapaian / skor individu menunjukkan peningkatan dalam pencapaian di pasca ujian
berbanding pra ujian. Tambahan pula, data kualitatif yang dicatatkan hasil daripada sesi
siri latihan memberikan data yang tepat berkaitan peningkatan minat dan persepsi
responden. Analisis kualitatif ini telah menunjukkan menyokong bahawa kajian ini
menunjukkan bahawa penggunaan kata hubung dalam ayat dapat membantu murid untuk
meningkatkan pembinaan ayat majmuk dan membantu meningkatkan keputusan markah
peperiksaan pelajar.

Kajian ini telah dirancang dengan objektif kajian yang teliti. Penyelidik
berkehendakkan menggunakan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran
penggunaan kata hubung dalam membina ayat dapat menngkatkan pembinaan ayat
majmuk. Secara tidak langsung, penyelidik juga menghendaki program ini dapat
memotivasikan murid untuk mempelajari Bahasa Melayu dengan rasa seronok dan yakin.

47

Kaedah pembelajaran telah digunakan dan diajar kepada responden kajian selama
10 jam, selama 2 minggu. Data telah dikumpulkan melalui pra ujian, latihan bersiri dan
pasca ujian. 5 orang responden telah dipilih dari jumlah 22 orang murid dan telah
didedahkan sepenuhnya dengan kaedah pembelajaran kata hubung.

Kumpulan eksprimen ini telah menduduki pra ujian dan pasca ujian. Pra ujian
adalah untuk mengukur aras pengetahuan sedia ada murid manakala pasca ujian adalah
untuk mengukur peningkatan pencapaian murid setelah didedahkan dengan program ini.

5.3

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN.

Berdasarkan kepada dapatan dan kesimpulan kajian ini, penyelidik ingin


mengutarakan cadangan kepada pihak terbabit agar dapat melaksanakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran kini dalam pengajaran kemahiran membina ayat dengan
menggunakan kata hubung. Penyelidik berpendapat bahawa menguasai kemahiran
tatabahasa membina ayat dalam bahasa Melayu akan turut meningkatkan kemahiran
murid dalam pelajaran Bahasa Melayu Penulisan,Sehubungan itu pengajaran dan

48

pembelajaran kata hubung

adalah merupakan cara yang terbaik untuk mencapai

matlamat tersebut iaitu memastikan pelajar dapat membina ayat majmuk dengan baik.

Drie dan Van Boxtel (2003), Curtis (1998), dan Lieu (1997) turut membuktikan
bahawa pendekatan konstruktivisme dapat membantu pelajar untuk mendapatkan
pemahaman dan pencapaian yang lebih tinggi dan signifikan.

Program ini telah direkabentuk untuk melatih murid menggunakan kaedah


pengajaran dan pembelajaran kata hubung yang menggalakkan mereka untuk menguasai
kemahiran aspek penulisan.

Dapatan kajian telah membuktikan bahawa input yang

signifikan kepada guru-guru tentang pentingnya menggunakan kaedah pengajaran dan


pembelajaran kata hubung untuk menguasai kemahiran tatabahasa membina ayat
dikalangan murid-murid tahun 5 dan seterusnya dapat memberikan peningkatan markah
Bahagian A,kertas 2 Bahasa Melayu UPSR nanti.

Sebagaimana sedia maklum, matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah


rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan menghargai
serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, bahasa perpaduan dan

49

bahasa ilmu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan
Negara.Setelah mengikuti mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah murid dapat:

i.

mendengar, memahami dan menghayati pertuturan yang terdapat

dalam

kehidupan sehari-hari;
ii.

Bertutur dengan petah dan mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta
menggunakan bahasa yang sesuai dan bertatasusila;

iii.

Membaca untuk memahami isi bacaan yang sesuai dengan kematangan.

iv.

Menjadikan pembacaan sebagai satu kebiasaan dan amalan bagi


mendapatkan pengetahuan dan hiburan;

vi.

Menulis pelbagai jenis karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan
format yang betul;

vii.

Menghargai dan menghayati nilai-nilai estetika dalam karangan

prosa

dan puisi;
vii.

Menggunakan bahasa Melayu untuk memperoleh pelbagai ilmu;

viii.

Menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam lisan dan penulisan dan;

50

viii.

Menggunakan bahasa Melayu dengan berkesan untuk berkomunikasi


antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.

Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di peringkat


sekolah rendah seharusnya menekankan kaedah pengajaran dan pembelajaran kata
hubung bagi pembinaan ayat. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu
dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Namun demikian, guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai


kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu
mengajar serta strategi mengajar seperti menggunakan kaedah pengajaran dan
pembelajaran konstruktivisme yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid
berkomunikasi, berinteraksi, dan berfikir.

Justeru, dalam mencapai aspirasi yang dihasratkan, kajian ini telah menyediakan
ruang bagi para guru untuk menjadi lebih kreatif dalam menyampaikan pengajaran
Bahasa Melayu, malah kaedah pengajaran dan pembelajaran kata hubung ini merupakan

51

cara

yang

terbaik

dan

tidak

memerlukan

kos

yang

tinggi

untuk

menjalankannya.Maka,tahap pembinaan ayat pelajar akan meningkat.Hasilnya,bukan


sahaja dapat meningkatkan keputusan di Bahagian A bahkan juga akan meningkatkan
keputusan di Bahgian B,Kertas 2 Bahasa Melayu sekolah rendah.

Penyelidik berpendapat sebelum program ini dijalankan, kualiti pembinaan ayat


dalam Bahasa Melayu boleh dikatakan kurang memuaskan pada keseluruhannya kerana
sebahagian besar tenaga pengajar Bahasa Melayu

yang terlibat tidak mencuba untuk

mempelbagaikan teknik pembinaan ayat kepada pelajar.

Kajian ini telah dapat menambahbaikkan aras pengajaran Bahasa Melayu.


Pengajaran dan Pembelajaran kata hubung telah dapat meningkatkan kecekapan murid
sekali gus telah juga dapat menghapuskan salah anggapan dalam kalangan murid-murid
dan juga guru-guru bahawa kemahiran tatabahasa Bahasa Melayu adalah matapelajaran
yang sukar.

52

5.4

KESIMPULAN DAPATAN KAJIAN

Rumusan dapatan kajian membuktikan bahawa program kemahiran kata hubung


telah memberikan kesan yang positif iaitu pembelajaran menggunakan pembinaan ayat
majmuk serta telah memberikan kesan yang signifikan terhadap pencapaian murid dalam
menguasai kemahiran tatabahasa membina ayat . Tidak dapat dipertikaikan bahawa data
yang diperolehi secara kualitatif dan kuantitatif adalah bukti yang kukuh akan kejayaan
program ini.

Markah yang diperolehi dari kedua-dua ujian membuktikan bahawa terdapat


peningkatan pencapaian kemahiran membina ayat dalam kalangan murid-murid.
Tambahan pula, dapatan data kualitatif menerangkan terdapatnya kesan-kesan positif
terhadap persepsi murid terhadap penggunaan kata hubung ini. Murid-murid yakin dan
percaya bahawa kemahiran penggunaan kata hubung ini telah membantu mereka dalam
menguasai kemahiran membina ayat.

Dari sesi pemerhatian, dapatlah disimpulkan bahawa murid murid telah


mempunyai motivasi diri yang tinggi dan lebih yakin untuk menguasai kemahiran a

53

membina ayat

majmuk dalam matapelajaran Bahasa Melayu dengan belajar

menggunakan. Mereka juga telah mencapai skor pencapaian yang lebih baik berbanding
pencapaian mereka sebelum menjalani program.

Mereka benar-benar yakin bahawa program ini telah membantu mereka


menguasai kemahiran tatabahasa membina ayat majmuk dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu. Kajian Berasaskan Sekolah ini adalah telah berjaya. Ianya telah membuktikan
bahawa pengajaran dan pembelajaran kata hubung telah membantu murid-murid untuk
lebih memahami dan menguasai kemahiran membina ayat majmuk.

Kajian ini telah berjaya atas beberapa faktor. Pertama, responden telah
didedahkan sepenuhnya dengan strategi penggabungjalinan dan penyerapan pengetahuan.
Kajian ini telah dijalankan setiap hari selama 10 jam dan mereka juga telah ditaklimatkan
dengan kebaikan strategi pembelajaran ini. Oleh itu mereka telah benar-benar bersedia
secara fizikal dan mental untuk menjalani kaedah pengajaran dan pembelajaran kata
hubung ini.

54

Selain daripada itu, responden juga telah berpeluang untuk melihat dan
memerhatikan bagaimana strategi menggunakan kaedah penggunaan kata hubung ini
dijalankan kerana penyelidik telah menjelaskan dan menunjukcara kepada mereka. Jadi,
pemahaman mereka lebih mendalam kerana pengalaman sebenar dapat dipraktikkan.

Tambahan pula, kumpulan eksperimenini adalah terdiri daripada murid-murid


yang ghairah untuk belajar kaedah yang baru bagi mereka. Justeru, penyelidik tidak
menghadapi masalah dari segi kawalan kelas kerana kesemua respoden bersemangat
untuk belajar dan sentiasa menumpukan perhatian.

Persepsi murid ke atas mata pelajaran Bahasa Melayu khasnya dalam menguasai
kemahiran membina ayat ialah; majoriti murid mempersepsikan menggunakan
pengajaran dan pembelajaran dapat

membantu membina kebolehan dan pengetahuan,

meningkatkan pencapaian dan pembentukan diri dan guru Bahasa Melayu menggalak
mereka supaya meminati Bahasa Melayu khasnya kemahiran membina ayat majmuk.

Dapatan kajian juga telah merumuskan bahawa pengajaran dan pembelajaran


kata hubung iaitu strategi yang dibentuk telah mampu membawa pelajar ke matlamat

55

pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven bagi mereka, dan juga memberi
makna dalam kehidupan seharian mereka.Kebanyakan pelajar di sekolah tidak mampu
membuat kaitan antara apa yang mereka pelajari dengan bagaimana pengetahuan itu
dapat dimanfaatkan.Ini berlaku oleh sebab cara mereka memproses maklumat dan
perasaan motivasi untuk pelajar tidak tersentuh melalui kaedah pengajaran yang lazim
digunakan (iaitu kaedah syarahan yang abstrak), namun mereka amat perlu memahami
konsep itu untuk memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam
menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani kehidupan dan
bekerja.

Menurut Briner (2005) murid membina pengetahuan mereka dengan menguji idea
dan

pendekatan

berdasarkan

pengetahuan

dan

pengalaman

sedia

ada,

mengaplikasikannya kepada situasi baru yang diperoleh dengan binaan intelektual yang
sedia wujud. Oleh yang demikian, pembelajaran ini berupaya membantu mood membina
ilmu pengetahuan mereka sendiri. lni bermakna, sesuatu ilmu pengetahuan yang dimiliki
seseorang individu adalah hasilan daripada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut;
dan bukannya sesuatu maklumat atau pengajaran yang diterima secara pasif dari luar
kerana ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan dari pemikiran seseorang individu

56

kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap individu membentuk ilmu
pengetahuannya sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara terpilih.

Kesimpulannya, pelajar telah mampu membuat kaitan ini dengan sendiri apabila
belajar menulis sendiri penulisan mereka.Program penggunaan kata hubung yang
mendedahkan responden dengan kaeadah pengajaran dan pembelajaran ini telah
menyedarkan responden bahawa hakikat pembelajaran ialah satu proses pelbagai bentuk
yang kompleks yang menjangkau melepasi kaedah-kaedah jenis latih tubi dan rangsangan
dan tindak balas.Pelajar telah dapat memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru
dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam
kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak
balas mereka sendiri).

Pendekatan pembelajaran dan pengajaran seperti ini mengandaikan minda akan


mencari maksud dalam konteks dengan cara semula jadi, iaitu berkait dengan
persekitaran semasa seseorang itu. Ini berlaku dengan cara pencarian hubungan yang
diterima akal dan kelihatan bermakna.

57

Oleh itu, guru yang dedikasi dan mementingkan kejayaan muridnya pasti tidak
akan menolak kaedah pengajaran dan pembelajaran kata hubung ini dalam proses
pengajarannya. Ianya juga turut menyumbang kepada lahirnya pelajar yang berdikari dan
tidak lagi menjadi pelajar yang hanya menunggu suapan dari gurunya.

5.5

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Dapatan Kajian telah membuktikan bahawa, kaedah pengajaran dan pembelajaran


kata hubung dalam menguasai kemahiran tatabahasa membina ayat majmuk tidak dapat
dipertikaikan lagi. Pencapaian responden meningkat kerana pemahaman yang lebih
mendalam tentang kemahiran tatabahasa membina ayat dan juga kerana terbinanya tahap
keyakinan diri yang tinggi.

Kajian ini sangat berguna kerana ia menawarkan cara yang berkesan bagi guruguru yang selama ini menghadapi jalan buntu untuk meningkatkan kemahiran membina
ayat dalam kalangan pelajarnya. Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini telah dapat
memenuhi keperluan pelajar untuk menguasai kemahiran tersebut.

58

Ramai pelajar merasa kecewa dan tidak berminat lagi untuk belajar Bahasa
Melayu khasnya kemahiran tatabahasa kerana sebelum ini mereka merasakan ianya
sesuatu yang amat sukar. Inilah yang telah menghancurkan semangat mereka untuk
belajar Bahasa Melayu Penulisan. Bagaimanapun, kaedah pengajaran dan pembelajaran
kata hubung dalam meningkatkan pembinaan ayat majmuk

ini telah memecahkan

kebuntuan guru dan juga pelajar untuk menguasai kemahiran tersebut. Ianya lebih berjaya
pelajar untuk lebih aktif, bekerjasama, menarik dan menyeronokkan.

Di sebaliknya pula, tidaklah dapat dinafikan juga bahawa kaedah program ini
menuntut kepada usaha guru yang lebih kreatif , tekun dan lebihan masa daripada guru
turut perlu guru korbankan. Ianya satu kaedah langkah demi langkah yang memerlukan
masa yang panjang tetapi akan menunjukkkan pencapaian yang positif. Malangnya, masa
sering tidak memihak kepada guru kerana guru terikat dengan masa untuk menghabiskan
sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Guru juga terhad untuk memilih bahan daripada
sukatan yang telah ditetapkan tersebut. Akibatnya, niat murni guru untuk memantapkan
lagi proses pengajaran Bahasa Melayu ini sering terbantut.

59

Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2004) merumuskan prinsip asas ini
mempunyai banyak kebaikan terhadap pencapaian pelajar dan ianya dijelaskan kepada
beberapa huraian berikut:

Pembelajaran melibatkan pembinaan makna; Makna perlu dibina oleh pelajar


daripada apa yang dilihat dan didengar oleh mereka; Tafsiran yang dibuat oleh pelajar
mungkin berbeza daripada tafsiran guru; Pembinaan makna secara kasarya dipengarnhi
oleh pengetahuan dan pengalaman lalu;

Pembinaan makna melibatkan proses yang aktif dan berpanjangan; Kanak-kanak


sejak lahir berusaha untuk membina makna tentang persekitarannya; dan seterusnya
proses ini akan berpanjangan sepanjang hidup mereka; dan pelajar bertanggungjawab
terhadap

pembelajaran

masing-masing;

Seseorang

guru

menyediakan

peluang

pembelajaran kepada murid dan murid membina pengetahuan berasaskan pengalaman


yang penah mereka dilalui; Daripada perspektif konstruktivisme,pengetahuan tidak boleh
dipindahkan secara total daripada guru kepada pelajar.

60

Kesimpulannya, kaedah pengajaran dan pembelajaran kata hubung


merupakan salah

ini tetap

satu kaedah yang terbaik dan terbukti telah dapat meningkatkan

kemahiran membina ayat majmuk dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan di
kalangan murid-murid tahun 5 Gemilang,SK Paya Bungor.

5.6

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN

Kajian ini telah dijalankan dengan beberapa batasan kajian. Berasaskan kepada
batasan-batasan ini, berikut dicadangkan beberapa kajian lanjutan :

5.6.1 Kajian Perlu Melibatkan Jenis Responden dengan Bilangan Yang Lebih
Besar.
Kajian ini merupakan kajian yang melibatkan hanya lima pelajar Tahun 5
Gemilang di Sekolah Kebangsaan Paya Bungor sahaja.Pemerhatian, pra
ujian siri latihan dan pasca ujian hanya melibatkan kumpulan yang kecil
sahaja.Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas tentang ciri-ciri responden
yang lebih luas, satu kajian dengan responden yang merangkumi semua
peringkat pelajar boleh dilakukan.Kajian perbandingan yang melibatkan dua

61

atau lebih sekolah yang melibatkan jenis responden dengan bilangan yang
lebih besar adalah sangat sesuai dilakukan. Ini mungkin boleh mencapai
kajian pada peringkat lebih besar yang bersepadu yang mana hasilnya amat
bermanafaat untuk golongan pelajar dan juga pendidik.

5.6.2 Kajian Berdasrkan Perbezaan Jantina.


Berdasarkan dapatan kajian, penyelidik percaya bahawa murid lelaki lebih
aktif dan responsif menjalani program ini. Oleh itu, satu kajian yang lebih
mendalam dicadangkan yang

akan mengkaji perbezaan jantina dengan

kompetensi Bahasa Melayu Penulisan yang sama dan hasilnya

setelah

menjalani kaedah program yang telah dijalankan .

5.6.3 Kajian Ke atas Responden Yang Berlainan Latar Belakang


Satu kajian hubungan sebab dan akibat ( Causal Study) untuk mengukur
kesan faktor sosio ekonomi responden yang berbeza-beza terhadap
program ini juga turut dicadangkan. Memandangkan

kajian ini telah

dijalankan dari kumpulan yang sama( homogenous ) latar belakangnya


iaitu dari sekolah pinggir bandar, adalah lebih baik jika kajian yang

62

mendatang dijalankan ke atas responden yang berlainan latar belakangnya


(heterogeneous), samada melibatkan dari kawasan bandar,

kota raya

ataupun kawasan pendalaman. Ini akan memberikan dapatan kajian yang


lebih detail dan menyeluruh hasil daripada menggunakan kaedah
pengajaran dan pembelajaran ini.

5.6.4 Kajian Ke atas Responden Yang Berbeza Umur


Usaha juga patut dilakukan untuk mengkaji kesan kajian program
intervensi

yang

sama

ke

atas

responden

yang

berbeza

tahap

kematangannya ataupun aras umurnya. Dicadangkan kajian yang sama


dijalankan ke atas responden yang berbeza umurnya ataupun berdasarkan
tahun responden berada di alam persekolahan. Ini sekali lagi akan
membenarkan penyelidik memberikan gambaran yang lebih detail tentang
dapatan kajian ini.

5.6.5 Kajian Dijalankan Ke Peringkat Daerah dan Negeri


Meningkatkan lagi kajian dan skala sampel pelajar ke peringkat daerah dan
juga negeri. Peningkatan skala sample pelajar yang besar ke peringkat

63

daerah dan negeri akan menguatkan lagi hasil kajian program yang telah
dijalankan. Ianya juga telah diketahui umum bahawa jumlah sampel
responden yang lebih besar akan menjamin kepada keesahan dan reliabiliti
kajian tersebut. Ini akan menjadikan kajian tersebut lebih kepada kajian di
peringkat nasional / Negara. Adalah baik kaedah pembelajaran yang
menyeronokkan ini dikaji pada peringkat yang lebih tinggi supaya dapat
mengukur keberkesannya ke atas sampel yang pelbagai.

5.6.6 Jangka Masa Kajian Yang Lebih Lama


Kajian patut dijalankan dalam jangka masa yang lebih panjang dan lama.
Masa mempengaruhi keputusan hasil kajian. Adalah sangat benar bahawa
faktor masa memainkan peranan yang sangat penting dalam mendapatkan
keputusan kajian. Adalah sangat baik sekiranya kajian dijalankan dengan
lebih lama kerana ini akan membenarkan penyelidik lebih memahami dan
mengenali

responden disamping

tindakbalas responden.

64

lebih

lama

dapat

memerhatikan

5.6.8 Penggunaan Teknologi Terkini Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Penggunaan teknologi terkini seperti bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran multimedia interaktif dalam pendidikan Bahasa Melayu
perlu dilipatgandakan supaya ilmu pengetahuan dalam bidang Bahasa
Melayu

terutama isu-isu aspek penulisan

tidak terbelakang atau

ketinggalan.Hal ini juga sejajar dengan langkah kerajaan untuk


meningkatkan penggunaan ICT dalam sektor pendidikan. Untuk itu
jawatankuasa kerja perlu dibentuk dalam kalangan guru-guru berkaitan
bagi menghasilkan lebih banyak bahan Bantu Mengajar Multimedia
seperti CD-ROM interaktif dan kaedah E-Pembelajaran untuk membantu
meningkatkan kemahiran mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan dalam
kalangan pelajar-pelajar. Buat permulaan jawatankuasa ini boleh
beroperasi di semua Pusat kegiatan Guru yang ada disetiap daerah.

KESIMPULAN
Data yang telah didapati membuktikan bahawa kaedah pengajaran dan
pembelajaran kata hubung boleh meningkatkan kemahiran membina ayat majmuk dalam
kalangan pelajar. Berdasarkan pemerhatian didapati bahawa pelajar sangat seronok dan
berminat dengan pelajaran yang disampaikan. Ianya telah membentuk satu sikap positif

65

dalam kalangan pelajar terhadap pelajaran Bahasa Melayu khasnya mempelajari aspek
penulisan. Dapatan kajian ini sangat berguna bagi semua para pendidik yang
sememangnya

menghadapi

berbagai

cabaran

dalam

menjalankan

tugas

yang

sememangnya menghadapi berbagai cabaran dalam menjalankan tugas mereka.

Keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa kajian ini mendapati kefahaman


murid dalam mempelajari kemahiran membina ayat majmuk menggunakan menggunakan
kata hubung adalah tinggi. Tahap amalan pelaksanaannya juga tinggi. Namun, tahap
amalannya dari perspektif pelajar pula adalah sederhana.

Hal ini mungkin disebabkan wujudnya kekangan dan beberapa aspek yang
memberi kesan kepada amalan menggunakan kata hubung seperti faktor sikap dan prinsip
guru itu, prasarana, pentadbir, masyarakat dan lain-lain.

Namun begitu, strategi menggunakan pengajaran dan pembelajaran pengajaran


membina ayat majmuk berdasarkan penggunaan kata hubung terutamanya di kawasan
luar bandar amat perlu diteruskan bagi menjamin prestasi pelajar dalam subjek Bahasa
Melayu penulisan setanding dengan pelajar di kawasan bandar sekali gus membantu misi

66

negara untuk melahirkan masyarakat yang celik ilmu dan menghargai bahasa Kebangsaan
negaranya sendiri.

67

RUJUKAN

Abdullah Hassan (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. Dewan Bahasa
dan Pustaka : Kuala Lumpur

Abtar, K. (2007). Integrating library resources into a web-based learning. Journal BTP.
Siri 1, Disember 2007: 25-39.

Abdul Jalil Othman (1997). Kesan teknik penggabungan ayat terhadap pertautan dalam
karangan Bahasa Melayu pelajar Tingkatan 1. Disertasi Sarjana, Fakulti Pendidikan,
Universiti Malaya.

Awang Sariyan(1994). Ceritera Bahasa. 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka (cetakan kedua 1995, cetakan ketiga 2002)

Koh Boh Boon (1989). Beberapa aspek penting dalam pengajaran karangan bergambar.
dIm. Koh Boh Boon,

Perspektlf-perspektif dalam pengajaran Bahasa

Malaysia.Kuala Lumpur: DBP.

68

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Sukatan pelajaran Bahasa Melayu KBSM.


Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kuriku1um.

Kementerian Pe1ajaran Malaysia. (2004). Format pentaksiran Bahasa Melayu SPM.


Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.

MahzanArshad (2003). Pendidikan literasi Bahasa Melayu: Satu pendekatan bersepadu.


Kuala Lumpur: Utusan.

Marohaini Yusof, Mahzan Arshad, & Abdul Jalil Othman (2004). Buku teks Bahasa
Melayu Tingkatan 4. Kuala Lumpur: DBP.

Roslina Othman (2002) Strategi pembelajaran koperatif dalam kalangan kanak-kanak


bermasalah pendengaran di Kelantan . [Atas talian]
http:://simahmamat.blogspot.com/
www.scribd.com/doc/27241537/PRINSIP-PENGAJARAN

69

Anda mungkin juga menyukai