Anda di halaman 1dari 23

Kegemilangan Warisan Khazanah Ilmu dan Teknologi Melayu di Nusantara:

Langkah ke Hadapan dalam Usaha Pemeliharaan dan Pemuliharaan.

Oleh

Kamariah binti Abu Samah


Ketua Pusat Dokumentasi Melayu,
Jabatan Dasar dan Penyelidikan
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abstrak.
Manuskrip Melayu bukan sahaja sumber primer sejarah dan persuratan malah menjadi bukti
bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca, bahasa perhubungan perdagangan dan diplomatik
antara kerajaan Melayu nusantara dan kerajaan luar di abad lampau. Manuskrip Melayu
merupakan lambang tamadun dan peradaban bangsa yang perlu dipelihara dan dipulihara agar
apresiasi dan kesinambungan ilmu pengetahuan serta kebijaksaan masyarakat terdahulu terus
terpelihara di minda dan membentuk jati diri bangsa.

Kertas ini memberikan interpretasi kepada warisan khazanah ilmu kebahasaan, kesusasteraan
dan persuratan awal, manuskrip Melayu dalam ruang lingkup dan definisi takrifan Melayu yang
turut mengaitkan persuratan berasal dan tersebar di Selatan Thailand. Cabaran dalam
pemeliharaan khazanah persuratan silam mencetuskan beberapa pendekatan untuk melestarikan
manuskrip Melayu dengan memberikan perhatian kepada akses, pemeliharaan, pelestarian dan
mengupaya teknologi masa kini yang mampu memberi impak kepada khalayak pengkaji, sarjana,
pelajar, masyarakat dan generasi muda. Institusi penyimpan dan repositori manuskrip Melayu
seperti Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Arkib Negara Malaysia (ANM), Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP), muzium-muzium negeri merupakan organisasi penting dalam memastikan
pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah warisan tamadun bangsa dilaksanakan secara
profesional. Perhatian oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, pihak kerajaan dan organisasi
antarabangsa memberikan petunjuk dan potensi untuk memelihara dan memperkasakan
pelestarian manuskrip Melayu, termasuk repositori milik individu dan swasta.

1
Manuskrip Melayu yang menyimpan kekayaan ilmu dan pengetahuan peribumi Melayu
merupakan sumber primer yang ditulis oleh jurutulis istana dan para pujangga berkembang pesat
di abad ke-15 dan meneruskan kesinambungan hingga ke pertengahan abad ke 20. Manuskrip
Melayu bukan sahaja sumber primer sejarah dan persuratan malah menjadi bukti bahasa Melayu
sebagai bahasa lingua franca, bahasa perhubungan perdagangan dan diplomatik antara kerajaan
Melayu nusantara dan kerajaan luar di abad lampau. Djamaris (1990) 1 memperkenalkan karya
sastera Melayu klasik yang ditulis dengan tangan pada kertas dengan istilah Inggeris sebagai
manuscript, dalam bahasa Belanda disebut handschrift. Definisi Perpustakaan Negara Malaysia2
menyebut;
“Manuskrip Melayu adalah segala bentuk tulisan tangan menggunakan skrip Jawi dalam
bahasa rumpun Melayu mengenai alam dan tamadun Melayu yang berusia sekurang-kurangnya
100 tahun”.

Himpunan koleksi PNM berkait geografi, bahasa dan bangsa ditakrifkan sebagai;
“Nama suatu bangsa dan bahasa (terutama di Semenanjung Malaysia); nama asal bangsa yang
mendiami seluruh daerah Nusantara di Asia Tenggara serta bahasanya;”

3
Md. Salleh Yaapar (2016) memberikan lapisan takrifan identiti Bangsa Melayu yang
menjangkau garis masa, sempadan geografi, dan perundangan. Pertama, Melayu adalah
Malayo-Polynesia, berasaskan faktor antropologi, termasuk bahasa dalam konteks rumpun
bangsa yang besar tersebar dalam Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Kedua, Melayu di
Kepulauan Melayu termasuk semua kumpulan etnik atau penduduk pribumi Malaysia,
Indonesia, Brunei, Singapura, Selatan Thai dan Filipina, merupakan kesatuan identiti berasaskan
“faktor antropologi, bahasa dan kesatuan lengkungan geografi”. Dan ketiga, identiti orang
Melayu di negara Malaysia, berasaskan faktor agama dan perundangan, khususnya
Perlembagaan Negara.

1
Drs. Edwar Djamaris. Menggali sastra Melayu Klasik (Sastra Indonesia Lama): Sastra Tradisional,
Sastra Berisi Sejarah dan Sastra Pengaruh Islam. Jakarta: Balai Pustaka, 1990: 13-14.
2
Dasar Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia, 2014.
3
Dr. Md. Salleh Yaapar, Prof. Dato’ Seri (2016). Melayu Mahawangsa: Asal-usul, Penghijrahan dan
Peradabannya. Konvensyen Penyatuan Bangsa 9-10 Nov. 2016, Dewan Agung, Universiti Teknologi
Mara, Shah Alam.

2
Penulis Portugis, Eredia 4 , merujuk luasnya ketersebaran penuturan dan penggunaan bahasa
Melayu pengenalan bangsaa Melayu dengan menyebut;
…“throughout all the continental territory of Ujontana (which he defined as covering the Malay
Peninsula beneath Junk Ceylon) the Malay language is used, and the natives describe themselves
as 'Malayos.” .

Valentyn 5, seorang penulis Belanda pada abad ke 18 turut menggunakan istilah "Melayu" untuk
merujuk kepada orang-orang dari Pahang, Johor, Lingga, Patani, dan Haru. Sir Stamford Raffles
6
telah memberikan pandangannya berkaita Melayu sebagai "I cannot but consider the Melayu
nation," … "as one people, speaking one language, though spread over so wide a space, and
preserving their character and customs. . . . "

Dapatlah dikatakan perkembangan bahasa dan bangsa Melayu dalam perspektif nusantara
memperkayakan perkembangan pengetahuan dan pandangan sarwajagat pemikiran bangsa.
Manuskrip Melayu merupakan lambang tamadun dan peradaban bangsa lantaran kekayaan
penulisan dan pengembangan ilmu pengetahuan serta kebijaksaan masyarakat terdahulu yang
didokumentasikan, disuratkan, ditulis dan disalin dan kini membentuk budaya, adat-istiadat,
sejarah, pemerintahan, pentadbiran dan pelbagai aspek kehidupan yang meneruskan
kesinambungannya ke masa kini.

Konsep Ilmu
Perkataan ‘Ilmu’ dari segi etimologinya berasal dari kata dasar di mana kata jamaknya `ulum/ ’
bermaksud ilmu-ilmu. Kamus al-Munjid7 mendefinisi ilmu sebagai “memperolehi pengetahuan
tentang sesuatu perkara dengan sebenar-benarnya atau mengetahui sesuatu perkara berdasarkan
keyakinan dan pengetahuan. Dalam klasifikasi ilmu `aqli, Ibn Khaldun membahagikan kepada
empat bahagian iaitu ilmu logik, ilmu fizik (ilmu perubatan dan ilmu pertanian), ilmu metafizik

4
J. V. G. Mills (trans.), "Eredia's description of Malacca, Meridional India, and Cathay," JMBRAS, VIII,
1 (1930): 30.
5
Hervey, Valentijn's Description of Malacca: 64-5.
6
T. S. Raffles, "On the Melayu Nation with a Translation of the Maritime Institutions," Asiatick
Researches, XII (1816), p. 103.
7
Al-Munjid fi al-Lughah (1992), c. 32. Beirut: Dar al-Mashriq: 527.

3
(ilmu sihir dan ilmu tentang rahsia-rahsia huruf) dan ilmu pembelajaran (kejuruteraan, aritmetik,
muzik dan astronomi)8.

Ilmu Melayu membentuk korpus pengetahuan, epistemologi orang Melayu daripada perspektif
pemikiran. Kepustakaan ilmu dalam manuskrip Melayu dikategorikan oleh Djamaris (1990)
yang mengandungi;
1) sastra sejarah; Hikayat Aceh, Hikayat Raja-Raja Pasai, Sejarah Melayu, Tarikh Fathani,
Hikayat Patani, Hikayat Merong Mahawangsa (Sejarah Negeri Kedah)
2) undang-undang; Undang-undang Melaka, Undang-undang Palembang, Undang-undang
Jambi, Undang-Undang Pelayaran.
3) petunjuk bagi raja: petunjuk bagi raja dalam menjalankan pemerintahan, Tajussalatin,
Undang-undang Patani, kewajipan moral, peranan dan tanggungjawab raja-raja, mentari,
laksamana, temenggung, bendahara, hulubalang, rakyat terhadap rakyat dan Allah.
9
Winstedt (1969) membicarakan penelitian terhadap adat istiadat turun temurun
(customary law), adat-istiadat, dan undang-undang adat.

Tumpuan terhadap bidang kearifan tempatan dan kemahiran insaniah dalam manuskrip Melayu
diperkenalkan menerusi Pusat Repositori Kearifan Tempatan, Universiti Sains Malaysia (USM),
kearifan yang berteraskan kepakaran masyarakat telah mula berkembang sejak permulaan
tamadun manusia yang terus membudaya dalam masyarakat. Ini merangkumi pelbagai disiplin
yang dikelompokkan ke dalam beberapa alam; seperti alam sejarah, alam sastera, alam
pendidikan, alam masyarakat desa, alam perubatan tradisional, alam rohaniah, alam seni, alam
pembinaan, alam perkapalan dan perniagaan, alam pengurusan/adat tradisional Melayu, alam air,
alam belantara dan alam pertanian 10.

8
Ibn Khaldun, `Abd al-Rahman (1996M./1417H.), Muqaddimah Ibn Khaldun, c. 3. Beirut: Dar al-
Fikr,:549-707.

9
Winsted.A History of Classical Malay Literature, 1969: 167-172,

10
Bidang fokus kajian oleh Pusat Repositori Kearifan Tempatan Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

4
Perkembangan ilmu dan pengetahuan masyarakat lampau memperlihatkan kebijaksanaan orang
Melayu dalam mengatur kehidupan dan persekitaran bagi penghasilan ilmu baru yang
berlandaskan asas agama dan aspek spiritual dan fizikal secara menyeluruh menjadi citra budaya
yang unggul. Kegiatan menghasilkan karya-karya dalam pelbagai bidang ilmu yang akhirnya
membentuk sebuah korpus ilmu pengetahuan bangsa Melayu yang berteraskan Islam
melambangkan tahap keintelektualan bangsa11.

Harun Mat Piah, tokoh pengkaji manuskrip Melayu, mempelopori penelitian perubatan
tradisional dengan pendekatan yang eksklusif dari segi konsep terhadap penyakit, mendiagnosis
penyakit, merawat penyakit, mengubat penyakit, pantang larang dan cara mengelak penyakit,
demikian juga kaedah rawatan, ramuan dan proses pembuatan ubat, istilah-istilah yang
digunakan dan lain-lain aspek secara keseluruhan.pendekatan kandungan ilmu melalui
pembahagian yang dibuat terhadap genre sastera yang diterima umum setakat meliputi: 1. Cerita
atau naratif: sastera rakyat; sastera epik; sastera hikayat; sastera sejarah; dan sastera kenabian
(ceritera para nabi dan tokoh-tokoh Islam) 2. Bukan cerita: sastera kitab; sastera undang-undang
dan ketatanegaraan; dan sastera sains dan teknologi tradisional (kepustakaan ilmu atau
epistemologi tradisional). Kedua-dua bidang cerita atau naratif mengandungi ilmu kemanusiaan
dan kemasyarakatan, ilmu sejarah dan ketamadunan, ilmu agama dan falsafah.

Wan Dasuki (2014)12 mengungkapkan tentang teknologi senjata api yang pernah dipraktikkan
oleh orang Melayu dalam manuskrip ilmu bedil yang menyentuh soal teknologi senjata api
Melayu, yang menjadi “sehimpunan karya tradisi yang berbentuk pedoman (treatise)”.

11
Peranan Ulama Dalam Pembangunan Keintelektualan Melayu: Perspektif Sosio-Sejarah* Oleh:
Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. Konvensyen Penyatuan Bangsa 9-10 Nov. 2016, Dewan Agung,
Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.
12
Wan Mohd Dasuki Wan Hasbullah, Siti Radziah Mustafa, 2014. Manuskrip Ilmu Bedil Sebagai Sumber
Etnosejarah Teknologi Senjata Api Melayu (Malay Manuscripts on Firearms as an Ethnohistorical
Source of Malay Firearms Technology). Dalam KEMANUSIAAN Vol. 21, No. 1, (2014), 53–71
Universiti Sains Malaysia.

5
Penulisan manuskrip melayu dari wilayah Selatan Thailand turut memperkayakan korpus ilmu

dan pengetahuan masyarakat Melayu. Ulama Melayu, misalnyat menghasilkan karya dalam

pelbagai aspek ilmu, antaranya;

i. Fardu Kifayah. Contohnya, karya dalam bidang perubatan termasuk Sia-Sia Berguna
oleh Safiyyuddin al-‘Abbasi dan Tayyib al-Ihsan fi Tibb al-Insan oleh Ahmad bin
Muhammad Zain al-Fatani. Dalam bidang matematik, Ahmad bin Muhammad Zain
al-Fatani menulis Tahqiq Matn al-Sakhawi fi ‘Ilm al-Hisab. Dalam bidang astronomi
dan falak pula, contoh karya termasuk Ghayah al-Idrak fi ‘Amal bi Kurrah al-Aflak
karya Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani.
ii. Karya-karya berbentuk sejarah seperti sirah Nabi SAW dan tokoh-tokoh Islam,
contohnya Badr al-Tamam wa al-Nujum al-Thawaqib karya Ahmad bin Muhammad
Zain al-Fatani; dan al-Durr al-Basim fi Ashab al-Kahf wa al-Raqim karya
Muhammad bin Ismail Daud al-Fatani, sejarah tempatan iaitu Tarikh Fatani oleh
Faqih Ali al-Fatani; Tarikh Lampung Pecah oleh Ahmad bin Muhammad Zain al-
Fatani.
iii. Bidang sastera, persuratan dan bahasa Melayu pula, Daftar Cakap Melayu oleh
Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani. 13

Khazanah persuratan warisan dalam tulisan jawi ini memerlukan usaha untuk dipelihara, dikaji
dan disebarluaskan kandungannya bukan sekadar untuk tatapan bangsa, lebih penting lagi,
sebagai sumber ilmu dan simbol jati diri keintelektualan dan identiti bangsa yang berteraskan
Islam.

Manuskrip Melayu mencerna peristiwa dan sejarah di Selatan Thailand.


Malay Concordance, usaha Ian Proudfoot, bukan sahaja menjadi sumber rujukan konkordans,
malah mempunyai kelebihan untuk menelusuri kandungan, petikan berkait sesuatu konsep, kata,

13
Muhammad Mustaqim Mohd Zarif. Ulama Dalam Pembangunan Keintelektualan Melayu: Perspektif
Sosio-Sejarah. Konvensyen Penyatuan Bangsa 9-10 Nov. 2016, Dewan Agung, Universiti Teknologi
Mara, Shah Alam.

6
berkait sejarah dan peristiwa. Beberapa petikan yang penting ditemua berkait dengan wilayah
selatan Thailand di zaman lampau antaranya;

Tahun 1640-an

Bustan al-Salatin of Nur al-Din Muhammad b. `Ali b. Hasanji Hamid al-Raniri


....... Pahang pun larilah ke hulu. Anaknya yang bernama Paduka Seri Maharaja dan beberapa
BS.R 2/13:257
orang hulubalang sertanya pun dapat habis dibunuh raja Johor. Dan raja pun sudah ke Patani!"
Demi didengar hadarat Yang Maha Mulia, maka baginda pun diam seketika lalu bersabda,
"Subhanallah, betapa jua hikmat negeri Johor itu, beberapa pun kita hendak membaiki ...

Tahun 1650-an

Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu). Samad Ahmad (ed.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1979. Teks: 1612 dan kemudian 1808.

SM 190:22 ...... "Daulat Sultan Mahmud Syah." Kalakian maka Sultan Mahmud pun menitahkan Seri
Maharaja menyerang Kelantan. Pada zaman itu, negeri Kelantan itu terlalu besar; besar
daripada Petani. Sultan Menawar Syah nama rajanya, anak saudara pada Sultan Iskandar Syah, tiada
baginda mau menyembah ke Melaka; asalnya daripada anak cucu Raja Culan. Maka Seri Maharaja ..
SM 228:21 ... itu. Maka Cau Seri Bangsa pun berbuat negerilah di sana. Setelah sudah, maka negeri itu
dinamai baginda Pak Tani, mengikut nama payang itu, maka disebut orang datang sekarang Petani.
Maka Cau Seri Bangsa pun menyuruhkan menterinya Okun Pola namanya, mengadap ke Melaka,
mohonkan nobat pada Sultan Mahmud Syah. Maka Okun Pola pun pergilah; berapa lamanya ..
SM 228:31 ... mana adat mengarak surat dari Pahang demikianlah. Setelah datang ke balai, maka surat pun
dibaca orang, demikian bunyinya: "Paduka anakanda Cau Seri Bangsa, raja dalam
negeri Petani empunya sembah, datang kepada paduka ayahanda Seri Sultan Mahmud Syah al-
mu`azam maliku'l-mukarram zillu'llahu fi'l-`alam, yang di atas takhta kerajaan dalam negeri
Melaka, .
SM 229:5 .. Okun Pola, dan dipersalin baginda akan Okun Pola. Maka surat dan khatab pun diaraklah turun
ke perahu. Okun Pola pun belayarlah. Setelah berapa lama di jalan, maka sampailah ke Petani; maka
surat dari Melaka pun diarak ke dalam, telah sudah dibaca, maka Cau Seri Bangsa pun terlalu
sukacita, lalu ia pun nobatlah, gelar baginda Sultan Seri Ahmad Syah, ......”

Tahun 1700

Kassim Ahmad (ed.), Hikayat Hang Tuah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1975

Tuah 416:12 “...... tuanku, patiklah ke benua Siam itu." Maka titah baginda, "Benarlah kata Laksamana itu.
Pada bicara kita, kerana kita ada menengar khabar negeri baharu diperbuat, namanya Patani; pada
bicara kita, kita hendak suruh alahkan." Maka sembah Laksamana, "Daulat tuanku, barang kala patik
lalu ke laut Patani itu patik singgah melihat dia, tetapi, pada ......
Tuah 416:14 ... menengar khabar negeri baharu diperbuat, namanya Patani; pada bicara kita, kita hendak
suruh alahkan." Maka sembah Laksamana, "Daulat tuanku, barang kala patik lalu ke laut Patani itu

7
patik singgah melihat dia, tetapi, pada firasat patik, terlalu baik tempat kedudukan Patani itu, tiada
dapat dialahkan oleh musuh." Maka titah raja, "Karanglah surat dan
Tuah 416:16 alahkan." Maka sembah Laksamana, "Daulat tuanku, barang kala patik lalu ke laut Patani itu
patik singgah melihat dia, tetapi, pada firasat patik, terlalu baik tempat kedudukan Patani itu, tiada
dapat dialahkan oleh musuh." Maka titah raja, "Karanglah surat dan bingkis oleh Bendahara."
Bendahara pun menyembah lalu keluar duduk di balai gendang mengarang ..
Tuah 417:1 lalu belayar menuju benua Siam. Berapa lamanya maka sampailah antara Hujung Sawang. Maka
kata Laksamana, "Hai mualim, apa nama negeri ini?" Maka kata mualim itu, "Inilah
negeri Patani namanya." Maka Laksamana pun menyuruh belokkan perahu itu menuju penarikan
lalu dilabuhnya. Maka Laksamana pun turun ke sampan lalu menuju Patani. Setelah datang ke
pantai, .
Tuah 417:4 .... mualim itu, "Inilah negeri Patani namanya." Maka Laksamana pun menyuruh belokkan perahu
itu menuju penarikan lalu dilabuhnya. Maka Laksamana pun turun ke sampan lalu menuju Patani.
Setelah datang ke pantai, maka Laksamana pun naik ke darat lalu ke bandar. Maka dilihatnya kota
Patani itu. Maka Laksamana pun memuji-muji akan kedudukan negeri itu, sukar .
Tuah 417:5 ......... lalu dilabuhnya. Maka Laksamana pun turun ke sampan lalu menuju Patani. Setelah datang
ke pantai, maka Laksamana pun naik ke darat lalu ke bandar. Maka dilihatnya kota Patani itu. Maka
Laksamana pun memuji-muji akan kedudukan negeri itu, sukar dialahkan oleh musuh. Adapun maka
pintu gerbangnya itu, kepala naga matahari hidup, ekornya matahari ....

Tahun 1730-an

Hikayat Patani Siti Hawa Haji Salleh (ed.), Hikayat Patani, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1992. Siri Warisan Sastera Klasik. Naskah Library of Congress, Washington
DC,1839
Pat 1:2” §§ Inilah suatu kisah yang diceterakan oleh orang tua-tua, asal raja yang berbuat negeri Patani Dar
al-Salam. Adapun raja di Kota Maligai itu namanya Phaya Tu Kerub Mahajana. Maka Phaya Tu
Kerub Mahajana pun beranak seorang laki-laki, maka dinamai anakanda baginda itu .
Pat 5:4 . ke Kota Maligai. Hatta antara dua bulan lamanya, maka negeri itu pun sudahlah. Maka baginda pun
pindah hilir duduk pada negeri yang diperbuat itu, dan negeri itu pun dinamakannya Patani Dar al-
Salam. Arakian pangkalan yang di tempat pelanduk putih lenyap itu pada Pintu Gajah ke hulu
Jambatan Kedi, pangkalan itulah tempat Encik Tani naik turun merawa dan .”

Tahun 1820-an

Siti Hawa Salleh, Hikayat Merong Mahawangsa, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti
Malaya, 1991. Teks 1821

MW 36:28 “... serta bertanya nama negeri itu. Maka titah rajal perempuan, "Baiklah, mamakku, patut
sangat mamakku kembali mengadap paduka ayahanda baginda itu ke Kedah, sembahkan negeri
ini Patani namanya, dengan sebab Itulah keris Lela Mesani itu, jadi dinamakan negeri ini Patani."
Maka menteri keempat menyembah lalu berjalan kembali mengadap Raja Merong Mahapudisat .

8
MW 60:10 .. isteri anak raja itu kerana menteri itu pun daripada bangsa seorang raja juga asalnya, yang
bersama pergi ke negeri tiga buah dahulu itu, iaitu Benua Siam, negeri Perak, negeri Petani; ialah yang
menjadi menteri yang besar pada zaman Raja Merong Mahawangsa dahulu. Sebab itulah menjadi baik
rupa parasnya dan ialah yang menjadi menteri besar pada Raja ......

Von de Wall Letters


Ml 174 & Ml 175, Perpustakaan Nasional Republik Indonesia, Jakarta. Cod.Or. 3388b,
Library of Leiden University.

VdW HI 61:23 . lepas | encik kenda menggantih kapas , batang cempedak tumbuh di batu ; oleh Wilanda
menjadi lepas , kalau tidak tentu begitu | batang cempedak tumbuh di batu , kerikil dari Patani ; kalau
tidak tentu begitu , bila akan kekal selama ini | kerikil dari Patani , asam gelugur dibelah-belah ; bila akan
kekal jadi begini , patutlah syukur kepada Allah | ....

Tahun 1880-an

Hikayat Seri Kelantan


Mohd. Taib Osman (ed.), Hikayat Seri Kelantan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2004. Siri Warisan Sastera Klasik.
Naskhah "Hikayat Seri Kelantan", Library of Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
[photocopy]

SKel 26:30 “ ..... negeri Pattani itu pergi ke mana-mana jatuh belum ketahui lagi masa itu. Alkisah, maka
tersebutlah Long Junus anak Long Sulaiman itu. Ia pun sudah besarlah di dalam negeri Pattani, duduk
bersama-sama ibunya dipelihara oleh orang besar negeri itu, iaitu nenek* bagi Long Junus itu. Adapun
(nama) raja negeri Pattani pada masa itu namanya Nang Cayang. ...

Hikayat Johor serta Pahang


M.A. Fawzi Basri, Warisan Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia,
1983 — pp.39-60.
Microfilm JQ Mal.3, National Library of Singapore.
Teks manuskrip: 1917
J&P 42:33 . “Nang Cayang itu. Maka diperbuatkan nyanyi oleh orang: | Zaman-zaman terkukur
mati , Mati di bawah terbang perat ; Zaman-zaman Raja Johor mari , Mari membunuh Dang
Sirat. | Dari Patani ke Tanjung Kandis , ditiup angin selatan daya ; Dari mula ianya manis , Rupanya
Sultan kena perdaya.| Maka apakala sampai ke Trengganu dijadikan oleh Sultan Abdul Jalil .....”

9
2. Penyelidikan, Penelitian Merentas Ranah Ilmu.

Selain fakulti dan jabatan berkaitan bidang sastera dan sains sosial, penubuhan pusat pengajian
tamadun dan peradaban Melayu di institusi pengajian tinggi di Malaysia kini merancakkan dan
memperluaskan dunia kajian dan penyelidikan manuskrip Melayu merentas pelbagai ranah ilmu
selain sejarah dan filologi, meliputi adab ketatanegaraan, ilmu watan (indigenous knowledge),
perubatan tradisional, pengurusan, budaya, sains dan teknologi serta pelbagai lagi membawa
suatu pandangan dunia (world view) terhadap korpus pengetahuan dan kearifan bangsa. Secara
umumnya, kajian dan penyelidikan manuskrip Melayu di pusat akademik dikuasai oleh
kumpulan tertentu seperti ahli filologi, pengkaji, sarjana dan para mahasiswa dengan kemahiran
khusus seperti filologi, kodikologi, transliterasi, dan tahqiq dan sebagainya.

Antara institusi dan pusat pengajian yang menjadi pemain penting mengangkat wahana warisan
persuratan Melayu adalah;
UM - Akademi Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Islam, Pusat Dialog Peradaban
UKM - Pusat Kajian Manuskrip Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
USM - Pusat Kearifan Tempatan
UITM - Pusat Kajian Manuskrip Alam Melayu, UITM (PUSKAM)

Tidak kurang juga pentingnya peranan oleh institusi perpustakaan, muzium, galeri yang memberi
perhatian terhadap sumbangan manuskrip Melayu untuk menzahirkan keistimewaan pemikiran,
akal budi dan citra kecendikiawanan bangsa. Kepelbagaian program untuk mengetengahkan
kekayaan khazanah warisan persuratan Melayu menjurus kepada usaha untuk saling melengkapi
kekuatan institusi pengajian Melayu dalam mengangkat khazanah bangsa. Sumbangan badan
bukan kerajaan seperti Badan Warisan, Yayasan WarisanNegara, Yayasan Karyawan, Yayasan
Warisan Johor, Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme, Melaka (IKSEP) dan Dunia Melayu
Dunia Islam melihat betapa pentingnya manuskrip Melayu dalam tamadun dan identiti bangsa
dan sejarah negara. Begitu juga peranan organisasi seperti Perpustakaan Negara Malaysia

10
(PNM), Muzium Negara Malaysia, Muzium Kesenian Islam Malaysia, muzium-muzium negeri
seperti Muzium Negeri Terengganu, Muzium Diraja Sultan Abu Bakar, Pahang, Perbadanan
Muzium Melaka (PERZIM), Muzium Warisan Melayu, Muzium Negeri Kelantan, Muzium
Warisan Melayu, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
menyemarakkan lagi usaha memartabatkan manuskrip Melayu sesuai dengan matlamat
organisasi.

Pengurusan pemeliharaan dan pemuliharaan koleksi manuskrip Melayu di perpustakaan,


misalnya dilaksanakan menerui pengawetan, penjilidan dan pembaikan bagi memastikan warisan
intelek Melayu dipelihara secara terancang dan mengikut standard yang ditetapkan bagi
menjamin kelangsungan hayat khazanah bagi kegunaan dan rujukan masa kini dan akan datang.
Selain program pencegahan, pembaikan, rawatan, pewasapan, penyahasidan, pelapisan dan tugas
lain yang difikirkan perlu, dilaksanakan oleh pihak muzium, perpustakaan dan arkib.

Pendokumentasian merupakan usaha yang amat penting dalam pemeliharaan manuskrip Melayu.
Program pengesanan merekodkan setiap judul yang ditemui berserta catatan penting termasuklah
sejarah dan latar belakang manuskrip dan menjadi pengisian penting pangkalan data yang
dibangunkan kemudian untuk mengesan lokasi keberadaan sesuatu judul, sama ada bagi naskhah
simpanan organisasi mahupun milik individu dan pihak swasta.

Penyediaan kemudahan penyimpanan, pemuliharaan dan penyalinan semula manuskrip mengikut


piawaian antarabangsa dipastikan untuk memastikan kelangsungan hanyatnya. Ini termasuklah
penyalinan mikrofilem bagi mengurangkan kerosakan terhadap bahan asal. Menjadi amalan
sebilangan besar perpustakaan menyediakan salinan bahan untuk rujukan pengkaji dan pelajar.

Rujukan dan penyelidikan memberi peluang kepada pelajar dan pengkaji untuk mencungkil dan
membongkar intipati ilmu dan kandungan manuskrip Melayu menggali akal budi Melayu,
khususnya ilmu baru dan merentasi pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Khidmat nasihat

11
kepakaran bagi pemeliharaan dan pemuliharaan oleh pihak ANM dan PNM membantu pemilik
naskhah untuk menjaga harta warisan ilmu dengan kesedaran yang tinggi terhadap penjagaan
bahan.

Program promosi dan penyebaran ilmu hasil kajian bertujuan mendidik masyarakat berkaitan
kekayaan ilmu dan kandungan manuskrip Melayu dengan pelbagai pendekatan. Wacana, bengkel
dan seminar dirancang untuk meningkatkan minat masyarakat menjadikan manuskrip Melayu
sebagai bahan kajian dan rujukan. Pameran manuskrip Melayu antara pendekatan untuk bagi
menjangkau khalayak di luar Lembah Kelang serta sering diisi dengan aktiviti demontrasi
pemeliharaan manuskrip, baca naskhah, dan transliterasi/kalam jawi.

Aplikasi teknologi kini seperti blog, portal dan facebook menjadi pendekatan berkesan untuk
menarik minat pengkaji, pelajar, pustakawan, kurator dan individu untuk bertukar-tukar
pandanga dan memeropelhe maklumat penting yang memeperkayakan pengalaman dan ilmu
menangani manuksrip Melayu.

12
3. Dewan Bahasa dan Pustaka: Peranan Dalam Pembinaan dan Pengembangan Sastera
Tradisional.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau nama asalnya Balai Pustaka ditubuhkan pada 22 Jun

1956 di Johor Bharu, Johor kini adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian

Pendidikan Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan fungsi membina dan

mengembangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera kebangsaan bertunjangkan objektif

penubuhannya, iaitu:

 ..”untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk
sains dan teknologi;
 untuk memperkembangkan bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan;
 untuk mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan
buku-buku, majalah-majalah, risalah-risalah dan lain-lain bentuk kesusasteraan dalam
bahasa kebangsaan dan dalam bahasa-bahasa lain;”14

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah antara institusi terawal di Malaysia
yang menghimpun, membongkar dan menyelidik hasil kesusasteraan lama untuk dimanfaatkan
oleh pelbagai peringkat khalayak khususnya dalam bidang pendidikan. Selaras dengan matlamat
dan fungsi penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1956 untuk
mengembangkan bakat sastera dan penerbitan, tugas ini bermula dengan “membongkar dan
menyelidik hasil-hasil kesusasteraan Melayu lama” sebagai sebahagian dari usaha untuk
“menjaga hal ehwal bahasa dan sastera.” Ketika itu, DBP memainkan peranan dan melaksanakan
tanggungjawab untuk memperkenalkan kesusasteraan Melayu ke sekolah-sekolah serta
menggalak pengajian dan pengajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu. Tumpuan penyelidikan
ketika itu adalah untuk “mengumpul, menyelenggara dan membuat penyesuaian hikayat-hikayat

14
Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (semakan tahun 1978, pindaan dan peluasan 1995).

13
lama” sejak 1960-an 15 . Naskhah-naskhah lama dalam bahasa Meayu diperoleh dari individu
sama ada dibeli atau dihadiahkan oleh individu di seluruh Persekutuan Tanah Melayu.Usaha ini
selaras dengan tujuan mendirikan sebuah “perpustakaan yang khas dan lengkap untok buku2
bahasa, hikayat, kebudayaan, kemasharakatan dan kesusasteraan Melayu”.

Dalam usia 58 tahun penubuhannya, pelbagai usaha yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka melalui penyelidikan, penerbitan dan pengembangan untuk sentiasa mempersegar
kesinambungan manuskrip Melayu mengisi ruang menjangkau khalayak. Namun, usaha
mempersegar semula apresiasi dan kecintaan khalayak terhadap manuskrip Melayu memerlukan
kepada pelbagai pendekatan menjangkau khalayak agar khazanah ilmu ini dapat digarap, disebar
dalam ruang dunia nyata dan siber.

3.1 Penyelidikan dan Penelitian Manuskrip Melayu.

Keprihatinan yang diungkapkan oleh pihak kerajaan harus menjadi suntikan untuk
meningkatkan dan memperluaskan sumbangan dan peranan pebagai pihak dalam mengangkat
martabat manuskrip Melayu.

...”usaha membangunkan jati diri dan citra sebagai bangsa yang dihormati, adalah menjadi
tanggungjawab para cendekiawan tempatan untuk terus mempertahankan dan
memartabatkan manuskrip Melayu sebagai dokumen warisan negara yang terpenting”.

(Ucapan YAB Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
dalam perasmian Pameran Antarabangsa Manuskrip Melayu 2014, 26 Mei 2014.)

Oleh itu, peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh Bahagian Penyelidikan Sastera dalam
menerusi Sasaran Kerja Utama (2006-2010) memperbanyak hasil kajian naskhah Melayu klasik
demi menyebarkan wadah pemikiran bangsa menerusi hasil penyelidikan dan penerbitan terus
memberi impak dan dampak dalam persuratan dan penerbitan. Antaranya, Transliterasi dan
Analisis Naskhah Melayu Tradisonal, Intisari Karya Klasik, Mempermudah Cerita Rakyat,
Kajian Perbandingan Karya Klasik (karya klasik Melayu dengan karya Cina dan India) dan

15
Meniti Jejak Membaharui Babak. Terbitan sempena ulang tahun ke 56 Dewan Bahasa dan Pustaka.

14
Program Kajian Naskhah Kesultanan Melayu 16 yang menyerlahkan sejarah pemerintahan
kesultanan dengan mengkaji naskhah-naskhah yang terhasil menggali fakta-fakta, dan
mengukuhkan sejarah pemerintahan, tradisi, budaya, ekonomi dan warisan dalam Kesultanan
Melayu. Antara penyelidikan naskhah berimpak tinggi:

i. Hikayat Puteri Saadong


ii. Kajian Naskhah Perubatan Melayu Tradisional
iii. Kajian Naskhah Kesultanan Borneo
iv. Kajian Naskhah Kesultanan Johor
v. Kajian Tokoh Sastera Melayu Tradisional (Tokoh Pujangga Silam)
vi. Kekuasaan dalam Naskhah Melayu Nusantara

17
Dalam memperkasa korpus sastera Melayu, SKU 2011-2015 kegiatan penyelidikan
dipertingkat dalam menangani kekurangan bahan sastera yang bermutu dan ilmuwan sastera
yang terbatas bilangannya. Antara program berimpak tinggi yang dirancang meliputi:
i. Kajian Naskhah Kesultanan Melayu Perak,
ii. Bengkel Kesultanan Melayu Selangor,
iii. Perubatan Melayu Tradisional
iv. Sakuntala/Syair Siti Zubaidah
v. Hang Tuah / Romance of the Three Kingdom

3.2 Penerbitan Berasaskan Manuskrip Melayu.

Penerbitan sesebuah karya harus sesuai dengan khalayaknya, khususnya dalam


memperkenal bentuk dan corak hasil-hasil sastera lama dan karya sastera klasik kepada
umum dibuat dalam bentuk dan bahasa yang mudah difahami. Naskhah-naskhah teks klasik
penerbitan awal DBP di tahun 60-an terus menjadi ikon dalam pembacaan sastera klasik,
antaranya; Hikayat Hang Tuah, Merong Mahawangsa, Pandawa Lima, Chakel Waneng
Pati, Tajus salatin, Bustan al-Katibin, Hikayat Patani dan Sulalatus Salatin. Nama-nama
karyawan seperti Abdul Samad Ahmad, Baha Zain, Khalid Hussain, Kassim Ahmad, dan
Hassan Ahmad adalah antara tokoh dan pelopor dalam kajian sastera rakyat dan manuskrip

16
Sasaran Kerja Utama 2006-2010 Dewan Bahasa dan Pustaka.
17
Sasaran Kerja Utama 2011-2015 Dewan Bahasa dan Pustaka

15
Melayu DBP. Penerbitan selepas tahun 2000 menampilkan sumbangan tokoh-tokoh
ilmuwan dan generasi muda yang memperkaya khazanah bercetak persuratan Melayu.

3.3 Mengupaya Teknologi Maklumat.

Dalam kehidupan dunia yang semakin canggih dan gaya hidup yang ”pantas”, teknologi
maklumat dan komunikasi alat adalah alat penyebaran yang amat berkesan dalam menjangkau
khalayak merentas sempadan geografi dan masa. Laman sesawang, aplikasi komputer, pangkalan
data, telefon pintar, media baru seperti blog, facebook dan twitter menjadi popular dan
mempopularkan produk dan perkhidmatan.

E- Buana, sebuah repositori maklumat, sumber rujukan dan bahan berkaitan alam dan budaya
Melayu merupakan wadah bagi mengakses dan berkomunikasi dengan DBP.

e-Kamus e-Puisi e-Jurnal


-Kamus Bahasa Melayu
-Sosial
-Kamus Sains -Peribahasa
-Kamus MABBIM -Kejuruteraan
-Pantun
- Perubatan
-Bahasa Sukuan -Gurindam
-Sosial
-Kamus Thai Melayu Dewan -Puisi
-Bahasa
-Syair
-Agama
-Teknologi
e-Majalah e-Ensiklopedia -Lain-lain
-Dewan Masyarakat -Bahasa
-Pelita Bahasa -Sains e-Perubatan
-Dewan Budaya --Bahasa
-Dewan Sastera -Agama Melayu
-Dewan Bahasa -Teknologi
-Dewan Pelajar -Lain-lain
-Dewan Kosmik
-Dewan Ekonomi
-Dewan Siswa -Alat-alat Perubatan
-Tunas Cipta -Jenis Perubatan
-Cara Perubatan

e-Pendeta Lain-lain
-Tokoh Sasterawan e-Budaya
-Pakar Kewangan -Agama
-Tokoh Ulamak -Bahasa
-Tokoh Sukan -Sastera
-Seniman -Permainan Tradisional
-Tokoh Pendidik e-Ekonomi e-Sejarah -Nama dan Pangkat
-Tokoh Politik -Seni Bina
-Tokoh Akademik -Salasilah
-Pertanian Seni Mempertahankan Diri
-Asal usul -Makanan
-Perniagaan
-Perang Dunia
-Felda -Pakaian Tradisional
-Kesultanan Melayu
-Hartanah -Etnik
-Pustaka Melayu
-DEB
-Galeri
-Pendidikan
-Sistem Politik

16
Strategi lautan biru menjadi landasan bagi DBP menjalin kerjasama mengoptimumkan
sumber tenaga, kepakaran dan perbahanan bagi memperkaya khazanah persuratan dan
kepustakaan Melayu sama ada di peringkat jabatan, antara organisasi dalam dan luar negara.
Mymanuskrip, (2009, versi 2017) terhasil dari kerjasama Fakulti Sains Komputer dan
Teknologi Maklumat Universiti Malaya, Perpustakaan UM, Perpustakaan UKM dan DBP
dalam mempromosi khazanah manuskrip Melayu dan menjana penyelidikan.

3.4 Pemasyarakatan

Penghayatan isi kandungan manuskrip Melayu amat bergantung kepada keupayaan dan
kemahiran membaca tulisan jawi lama. Ciri-ciri seperti ketiadaan tanda bacaan,
ketidakselarasan ejaan, gaya tulisan dan khas yang pelbagai adalah cabaran yang besar
kepada pencinta naskhah atau individu yang berminat. Namun, galakan dan pendedahan
program sesuai dengan khalayak akan memberi impak yag menggalakkan. Program baca
naskah klasik yang melibatkan institut perguruan, pelajar-pelajar sekolah, perpustakaan,
pelajar IPT dan penyertaan pelbagai kaum memberi impak langsung kepada para guru
untuk mempersembahkan syair dengan lebih kreatif sebagai alternatif dan variasi dalam

17
meningkatkan penghayatan dan pengajaran puisi tradisional bersumberkan manuskrip
Melayu. Variasi dalam penyampaian menarik minat pelajar dalam pembelajaran syair,
contohnya dendang Arab, Pak Kadok, Trek tek tek dan Selindang Delima dan
mengukuhkan modul dan kurikulum pembelajaran jawi kepada pelatih dan pensyarah
Institut Pendidikan Guru, khususnya tulisan jawi klasik.

Oleh itu, pemuliharaan dan pemeliharaan naskhah dan manuskrip Melayu bukan hanya
terbatas kepada memanjangkan hayat fizikal menerusi pengawetan, pembaikan dan
penjilidan. Pemeliharaan khazanah ilmu warisan persuratan Melayu dalam minda dan
jiwa masyarakat harus berterusan dari generasi ke generasi agar kecintaan kepada tradisi
ilmu kearifan bangsa tidak pudar ditelan masa.

3.5 Transliterasi dan Penyelidikan

Secara umumnya transliterasi atau alih aksara adalah asas permulaan bagi individu
mengenali dan menyelami isi kandungan manuskrip Melayu. ”Jika tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya”. Oleh itu jika tidak dipindah aksara, manakan dapat
isinya. Oleh itu, mulai tahun 2013, program transliterasi dipergiat agar sebanyak mungkin
isi kandungan manuskrip Melayu dapat difahami masyarakat, di samping menjana
penyelidikan, memperkaya khazanah kajian dan penerbitan. Kolaborasi dengan pelbagai
pihak termasuk IPTA, dan swasta ditingkatkan agar sejumlah besar ilmu pengetahuan dan
kearifan bangsa Melayu seperti persuratan, perubatan tradisional, petua, azimat,
pengurusan dan teknologi dapat diterokai dan disebar dengan cepat.

Bengkel Penataran Manuskrip Melayu yang memberi bimbingan mentrasliterasikan


(merumikan) dan penyelidikan berteraskan filologi memberi kesedaran kepada pelajar
universiti, pengkaji dan individu mendalami intipati naskhah pelbagai tema meliputi
genre sejarah, sastera, sastera kitab, undang-undang dan syair. Siri bengkel mendapat
penyertaan lebih 300 orang peserta dengan sesi yang dijalankan dengan sinersi PNM
(2016), ATMA, UKM (2017). BPMM berjaya meningkat jumlah penyelidikan, jumlah
penyelidik dari pelbagai institusi.

18
3.6 Muzium Pusat Persuratan Melayu (MPPM)

Bahasa Melayu mempunyai sejarah yang panjang dan amat signifikan dalam dunia
pendidikan sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi negara. Bahasa yang menjadi alat
perpaduan, bahasa Melayu tinggi dan bahasa komunikasi terbina di atas atas persuratan awal
yang berkembang di alam Melayu. Sumbangan karya agung dan tokoh persuratan awal
seperti Tun Seri Lanang, Bukhari Al-Jauhari, Tok Kenali, Sheikh Daud Fatani dan Abdul
Samad Al-Palembangi, Hamzah Fansuri, Munshi Abdullah dan ramai lagi tokoh menjadi
pengisian kepada MPPM. Perjuangan tokoh persuratan mengembangkan bahasa Melayu
menerusi pelbagai media paparan termasuk multimedia interaktif, meningkatkan semangat
kecintaan masyarakat terhadap bahasa Melayu.

MPPM menjadi pentas memartabatkan bahasa Melayu dengan matlamat;

i. Menjadikan MPPM sebagai sebuah institusi untuk mengumpul, mendokumen,


memelihara, memulihara, mempamer serta menyebarkan maklumat dan artifak
mengenai sejarah perkembangan dan kemajuan bahasa dan persuratan Melayu.

ii. Pusat Persuratan Melayu dijangka menjadi pusat penyelidikan persuratan Melayu di
samping fungsi pengembangan dan penyebaran menerusi muzium dan pameran. Oleh
itu pengisian dan perbahanan yang meliputi artifak dan bahan-bahan perlu dilihat
secara menyeluruh dan bersesuaian dengan konsep dan reka bentuk muzium yang
ditetapkan.

iii. Menjadikan PPM sebagai pusat sumber pendidikan (learning institution centre) dan
pusat rujukan warisan persuratan Melayu.

iv. Urusan dalam membangun dan memantapkan bahasa dan sastera khususnya, sekali
gus ada kaitan dengan sistem pendidikan di sesebuah negara. Lebih-lebih lagi dalam
sistem pendidikan kebangsaan. Peranan ini harus ditonjolkan dalam perspektif
mengumpulkan bahan-bahan yang penting yang dapat dipamerkan untuk penghayatan
masyarakat.

v. Sebagai pusat untuk menonjolkan kepentingan bahasa, sastera dan persuratan Melayu
di Malaysia dalam konteks perkembangan sosio-ekonomi negara. Meliputi
perkembangan aspek-aspek bahasa dan persuratan Melayu dalam pelbagai bidang
dan pelbagai medium yang berlaku di Malaysia dan diaspora alam Melayu amnya
pada masa dahulu, kini dan akan datang.
vi. Sebagai pusat menjana penyelidikan persuratan Melayu di samping mengeratkan
hubungan dalam bidang kesarjanaan dan pemuziuman yang strategik dengan institusi

19
serta pusat-pusat kecemerlangan kepustakaan Melayu di peringkat global. Jalinan
usaha sama ini diharap dapat melahirkan lebih ramai sarjana-sarjana yang bakal
menerajui penyelidikan tentang persuratan Melayu di persada antarabangsa.
vii. Sebagai pusat pengukuhan dan pemurnian semangat kebangsaan sesuai dengan
konsep kontrak sosial negara, khususnya bagi meneruskan kesinambungan sejarah,
perkembangan dan pembangunan dunia persuratan Melayu.

4. HALA TUJU PEMELIHARAAN DAN PELESTARIAN


Tumpuan dan perhatian semaikn diberikan oleh pihak kerajaan dan organisai membuka ruang
umtuk memartabatkan dan memperkasakan manuskrip Melayu sebagai wadah tamadun dan
peradaban bangsa Melayu.

4.1 Kongres Budaya 2017


Pra Kongres Budaya: sektor seni dan manuskrip Melayu telah mengangkat beberapa resolusi
penting antaranya, menjadikan manuskrip Melayu sumber pendidikan dan modul TITAS;
merangkumkan intipati manuskrip Melayu dalam pengajian seni kreatif dan teknologi maklumat;
pendidikan tulisan jawi di peringkat sekolah untuk kemahiran bacaan dan penulisan; serta
penubuhan pusat penyelidkan tamadun dan warisan di universiti negeri-negeri untuk
menyemarakkan kajian terhadap khazanah warisan.

4.2 Program Memartabatkan Bahasa Melayu-DBP 2016-2020-2025


Strategi “Khazanah Persuratan Melayu Mendapat Pengiktirafan Unesco” dirancang dengan
menubuhkan Panel Khazanah Persuratan Melayu bagi melaksanakan pemilihan karya untuk
diangkat ke peringkat UNESCO di samping memberikan pengiktirafan kepada karya yang
bermutu dan pengajuran seminar dan forum untuk melestarikan manuskrip Melayu akan
melipatgandakan impak penyebaran dengan lebih pesat.

4.3 Penyelidikan Berteraskan Manuskrip Melayu.


Tahun 2016 dan 2017 memperlihatkan usaha penyelidikan khazanah warisan manuskrip Melayu
oleh DBP dipergiatkan. Kajian dan transliterasi Kitab Ilmu Bedil koleksi DBP yang diiktiraf
sebagai Memory of the World Asia Pacific Register, oleh Unesco pada 2016 meneroka ilmu
teknologi persenjataan tradisional Melayu dari sudut bahasa, sastera, teknologi dan ilmu

20
makrifat. Manuskrip Sulalatus Salatin yang diiktiraf sebagai Memory of the World Register,
Unesco pada tahun 2001 dilestarikan menerusi seminar dan siri wacana secara bersinergi dengan
Universiti Malaya (UM), Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM), Universiti Malaysia Kelantan
(UMK), Universiti Malaya (UM) dan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) .

Wacana Naskhah Negeri Sembilan, Ogos 2017 merupakan kesinambungan penelitian dokumen
pemerintahan dan politi kerajaan Melayu yang mencungkil kekayaan bahasa, sastera, terhadap
manuskrip Melayu yang kurang diperkatakan dan meningkatkan penemuan ilmu dan judul yang
tidak diketahui sebelumnya.

4.4 Peranan Badan Antarabangsa.


Perkembangan wacana akademik dan pemeliharaan mansukrip Melayu turut menarik perhatian
dan menjadi program utama organisasi dan badan dunia seperti British Library yang
menawarkan dana bagi penyelidikan dan pelestarian manuskrip dunia menerusi Endangered
Archive Programme. Manuskrip Melayu simpanan surau di Sumatera dan koleksi persendirian di
Pulau Penyengat, Riau antara yang berjaya didigitalkan dan memberi akses yang luas dan
percuma kepada khalayak.

The Islamic Manuscript Association (TIMA) yang berpangkalan di Cambridge, United Kingdom
menawarkan dana bagi pendigitalan, pengkatalogan, penyelidikan dan penerbitan terhadap
mansukrip Arab dan Islam di seluruh dunia, di samping memberikan khidmat kepakaran dalam
pemeliharaan dan pemuliharaan manuskrip dunia. DBP secara bersinergi dengan TIMA telah
menganjurkan Workshop on Conservation of Manuscripts (2014) selama dua hari dengan
penglibatan pustakawan, kurator dan pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM).

Unesco menerusi program Memory of the World telah mengangkat dan memberi pengiktirafan
kepada dokumentari warisan dunia yang memberi signifikan yang besar kepada tamadun,
peradaban dan impak global. Sulalatus salatin, Hikayat Hang Tuah, Surat-surat Sultan Abdul
Hamid dan Batu Bersurat Terengganu memperoleh pengiktirafan dunia yang secara langsung
meningkatkan minat masyarakat untuk mengenali dan mengkaji judul-judul tersebut. Kitab Ilmu
Bedil koleksi DBP telah memperoleh Memory of the World Asia Pacific yang meletakkan

21
naskah ini standing Nagakretagama nukilan Mpu Prapanca. Penerokaan untuk mengemukakan
pencalonan judul bersama antara negara Asia Tenggara pastinya akan merapatkan hubungan
diplomatik dan kerjasama yang lebih erat dalam semangat Komuniti Budaya ASEAN.

5. Cadangan

5.1 Program pelestarian manuskrip Melayu diperkasakan agar dapat memberi input dan
impak yang besar dalam memartabatkan dan membudayakan manuskrip Melayu dalam
pelbagai peringkat masyarakat, dan merentas negara. Kuliah bimbingan, wacana, dan
pertandingan berpotensi meningkatkan penghayatan terhadap karya, sumber sejarah
dan ilmu tradisional merentas khalayak kanak-kanak, remaja dan dewasa.

5.2 Keberadaan (availability) dan kebolehcapaian (accessibility) pelbagai judul manuskrip


Melayu melalui portal dan pendigitalan di peringkat tempatan, negara dan rantau
nusantara perlu dipergiat dan dipertingkatkan untuk membuka minda pembaca kepada
kepelbagaian khazanah persuratan yang melatari sejarah, budaya, pemikiran diaspora
Melayu. Kerjasama perkongsian sumber dan koleksi saling melengkapi keperluan

22
pembacaan, penelitian dan penerbitan berasaskan manuskrip Melayu agar tersebar luas
menjangkau khalayaknya.

5.3 Sokongan dan kolaborasi dengan dengan pelbagai pihak sama ada di peringkat
kerajaan, swasta, badan bukan kerajaan, organisasi antarabangsa, mampu
memperluaskan khalayak pencinta persuratan Melayu serta menanam semangat
cintakan sejarah dan tamadun bangsa.

5.4 Dasar, syor dan cadangan memperkasakan pemeliharaan dan pelestarian manuskrip
Melayu sebagai khazanah warisan ilmu dan teknologi bangsa Melayu perlu diberi
perhatian dan tindakan agar sumber primer terus relevan dalam pelbagai aspek
kehidupan masyarakat kini dan akan datang.

RUMUSAN.

Selain menghimpun dan membina khazanah warisan persuratan, tradisi pembacaan, pengajian,
penyelidikan dan penyebaran ilmu yang diwarisi bermula dari kegiatan penyalinan khazanah
oleh jurutulis dan penyalin zaman silam tidak mungkin dapat bertahan menempa arus
pemodenan dan globalisasi masa kini dan akan datang tanpa usaha berterusan pelbagai pihak
untuk mencari kepelbagaian pendekatan dan kaedah memasyarakatkan dan mempopularkan
karya-karya manuskrip Melayu menjangkau khalayak, sama ada di pentas maya mahupun di
alam nyata. Perpustakaan, muzium dan galeri serta pemilik individu perlu menggembeling usaha
bagi mempergiat secara terarah supaya paduan organisasi-organisasi ini dapat merealisasikan
sebuah pusat sehenti sumber rujukan menghimpun koleksi manuskrip Melayu bertulis atau
digital dan memastikan keberadaan (availability) dan kebolehcapaian (accessibility) melalui
portal dan pendigitalan.

23

Anda mungkin juga menyukai