Anda di halaman 1dari 40

Aksara: Menjejaki Tulisan Melayu

Panduan Sumber

-1-

Kandungan

Kandungan Mukaddimah Perpustakaan Rujukan Lee Kong Chian Sejarah bahasa dan tulisan Melayu Kedatangan Islam dan Tulisan Jawi Kedatangan Penjajah dan Tulisan Rumi Manuskrip Melayu Hikayat dan Syair Penghargaan

2 3 4 7 16 22 28 36 39

-2-

Mukaddimah

Bahasa Melayu pernah pada suatu masa dulu menjadi bahasa perantaraan ataupun lingua-franca di rantau Asia Tenggara. Ia juga telah melalui pelbagai perubahan semenjak ia digunakan sebagai alat perhubungan. Begitu juga dengan sistem tulisan bahasa Melayu. Inilah yang menjadi teras Pameran Aksara: Menjejaki Tulisan Melayu. Sejak zamanberzaman, pelbagai jenis aksara telah digunakan di rantau ini. Ini adalah kesan dan akibat daripada pengaruh dan perhubungan mereka dengan pelbagai tamadun besar pada masa lalu. Dari satu sudut, ia juga jelas mencerminkan tentang keupayaan dan kesudian orang Melayu menghadapi perubahan serta mengubahsuaikan unsur-unsur asing untuk keperluan dan kemajuan mereka. Panduan sumber ini menyenaraikan sumber-sumber yang terdapat di Perpustakaan Rujukan Lee Kong Chian berkenaan dengan pameran Aksara. Ia adalah bahanbahan rujukan yang dapat dimanfaatkan para pengkaji, guru-guru, para pelajar dan peminat bahasa Melayu yang akhirnya dapat menghasilkan kajian-kajian yang dapat memperkayakan khazanah bahasa dan budaya serta warisan masyarakat Melayu. Mohd Raman Daud Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Pameran Aksara: Menjejaki Tulisan Melayu

-3-

Perpustakaan Rujukan Lee Kong Chian

Perpustakaan Rujukan Lee Kong Chian yang memenuhi tingkat 7 ke tingkat 13 mempunyai koleksi melebihi 500,000 bahan di dalam pelbagai bidang dan format. Ia bersesuaian dengan tekadnya untuk menjadi sebuah pusat sumber maklumat utama bagi kajian dan rujukan terutama sekali yang berkaitan dengan Singapura dan Asia Tenggara untuk memenuhi keperluan informasi golongan pengkaji, karyawan dan juga para pengguna am. Koleksi-koleksi di Perpustakaan ini disusun berdasarkan bidang-bidang berikut: Tingkat 7 Koleksi Sains Sosial dan Kemasyarakatan Koleksi Sains dan Teknologi Tingkat 8 Koleksi Seni dan Perniagaan Tingkat 9 Koleksi Cina, Melayu dan Tamil Tingkat 10 Koleksi Kanak-kanak Asia Koleksi Penderma Tingkat 11 Koleksi Singapura and Asia Tenggara Tingkat 13 Koleksi Bahan-bahan Nadir

-4-

Koleksi Cina, Melayu dan Tamil (Tingkat 9) Koleksi-koleksi ini dibangunkan bagi memartabatkan peranan Perpustakaan Rujukan Lee Kong Chian sebagai sebuah pusat rujukan dan penyelidikan yang cemerlang dengan memenuhi keperluan rakyat Singapura mencari dan mengakses maklumat di dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil. Ia kini mempunyai sebanyak 67,200 bahan. Koleksi-koleksi ini mengenengahkan budaya dan nilai tradisional yang mencerminkan aspek-aspek sosio-ekonomi, kebudayaan dan kesusasteraan ketiga-tiga kumpulan etnik di Singapura. Koleksi Melayu Koleksi Melayu menyentuh segala aspek kehidupan masyarakat di Kepulauan Melayu, termasuk sosio-ekonomi, politik, kebudayaan, agama, bahasa, kesusasteraan dan pembangunan negara. Bahan-bahan Koleksi Rujukan Melayu Am ini membentuk bahagian yang besar di antara keseluruhan Koleksi Melayu Perpustakaan Rujukan Lee Kong Chian. Koleksi ini mengandungi monograf, terbitan berkala, bahan-bahan pandang-dengar dan mikrofilem. Juga terdapat bahan-bahan khusus untuk rujukan seperti kamus, ensiklopedia, direktori, biografi, bibliografi, buku tahunan, peta, indeks dan abstrak. Antara yang menarik yang boleh didapati di dalam koleksi ini ialah koleksi berkenaan kesusasteraan, bahasa dan Islam. Koleksi Kesusasteraan merangkumi kedua-dua sastera Melayu tradisional/klasik dan moden. Koleksi ini diperkayakan dengan bahan-bahan yang menyentuh tentang teori dan falsafah kesusasteraan, puisi, drama, novel, esei dan kritikan kesusasteraan oleh penulis-penulis dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand. Koleksi Bahasa terdiri daripada bahan-bahan tentang bahasa Melayu dan perkembangannya. Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu pada suatu ketika dahulu. Ia juga adalah bahasa yang utama dan memainkan

-5-

peranan penting sewaktu pengislaman Semenanjung Melayu. Bagi menghargai peranan yang dimainkan oleh bahasa Melayu dalam masyarakat, Perpustakaan Rujukan Lee Kong Chian cuba mengabadikan intipati bahasa ini dari berbagai aspek, termasuk falsafah dan teori, fonologi dan nahu. Koleksi Islam tertumpu pada bahan-bahan berkaitan dengan ketamadunan Islam seperti nilai-nilai, amalan-amalan serta cara kehidupan Islam. Penekanan khas diberikan kepada sumber-sumber berkenaan Islam di Kepulauan Melayu. *Buku yang no pengkelasan bermula dengan R boleh didapati di tingkat 9 dan buku yang no pengkelasan bermula dengan RSING RSEA atau RCLOS boleh didapati di tingkat 11.

-6-

Sejarah bahasa dan tulisan Melayu


Judul: Kajian sejarah perkembangan bahasa Melayu Penulis: Harun Aminurrashid Penerbit: (1966). Singapura, Pustaka Melayu. No. Pengkelasan: RCLOS 499.23082 HAR Buku yang mengenalkan sejarah Bahasa Melayu yang bermula dari kewujudannya hingga ke perkembangannya di Alam Melayu, khasnya di Tanah Melayu dan Singapura. Diantara isi kandungan yang terdapat dalam buku ini ialah tentang perkembangan kamus bahasa Melayu, tulisan rumi menjadi tulisan rasmi bahasa Melayu, orang-orang barat mengkaji bahasa Melayu dan nahu Melayu tersusun.

Judul: Epigrafi Melayu: sejarah sistem tulisan dalam Bahasa Melayu. Penulis: Hashim bin Hj Musa Kuala Lumpur: (2006).Dewan Bahasa dan Pustaka. No. Pengkelasan: RSEA 499.2811 HAS Buku rujukan tentang kepelbagaian sistem tulisan iaitu Pallawa, Kawi, Jawi dan Rumi yang digunakan oleh bahasa Melayu. Hasil kajian dibuat berdasarkan peninggalan sejarah dalam bentuk palaeografi dan epigrafi. Ia juga menyentuh bahasa-bahasa daerah yang lain seperti Rejang, Lampung, Batak, Kerinci, Lembak, Pasemah, Makasar-Bugis dan sebagainya yang digunakan untuk menulis sastera dan persuratan Melayu.

-7-

Judul: Bahasa Melayu abad ke 16: satu analisis berdasarkan teks Melayu Aqaid Al-Nasafi. Penulis: Asmah Hj. Omar. Penerbit: (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. No. Pengkelasan: R499.2305 ASM Satu kajian mengenai penggunaan bahasa Melayu pada abad keenam belas berdasarkan manuskrip Aqaid Al-Nasafi. Manuskrip ini dianggap yang tertua pernah ditemui. Ia menyingkap perkembangan evolusi bahasa Melayu dari segi ejaan Jawi, sistem morfofonemik, morfologi, nahu dan perbendaharaan kata.

Judul: Pensejarahan Bahasa Melayu: beberapa pandangan awal. Penerbit: (1990). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. No. Pengkelasan: R 499.23009 PEN Buku ini memuatkan sebanyak 6 buah pandangan awal tentang perkara yang perlu diperhatikan apabila mengkaji sejarah bahasa Melayu. Kesemua pandangan dan saranan banyak menyentuh tentang persoalan ilmiah dan praktis yang boleh dimanfaatkan untuk kajian menyeluruh tentang sejarah bahasa Melayu.

-8-

Judul: Sejarah Bahasa Melayu Penulis: Abdul Rashid Melebek Penerbit: (2006). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. No. Pengkelasan: R 499.2809 ABD Buku ini menjelaskan tentang sejarah dan rumpun bahasa dan bangsa Melayu. Ia dibahagikan kepada sembilan bab yang merangkumi keluarga bahasa-bahasa Nusantara, asal usul bahasa dan bangsa Melayu, pertumbuhan dan penyebaran bahasa Melayu, bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik, termasuk Pasai-Samudera, Melaka, Aceh, Johor-Riau dan penggunaannya dalam persuratan Melayu dan bahasa Melayu dari abad ke-19 hingga ke-20.

Judul: Mukadimah ilmu etimologi. Penulis: Collins, J. T. Penerbit: (2003). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. No. Pengkelasan: R 499.282 COL Buku ini memperkenalkan dan membicarakan ilmu metodologi etimologi. Ia membincangkan takrif dan prinsip etimologi, kaedah dan pedoman etimologi, serta merumuskan kembali makna etimologi pada zaman pembangunan hingga pencapaian terkini.

-9-

Judul: Dunia Melayu dan dunia Indocina. Penerbit: (1995).Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. No. Pengkelasan: R 909.049923 DUN Buku ini diterbitkan demi menyemarakkan dan mempertingkatkan kesedaran serta pemahaman tentang sejarah Indocina dalam hubungannya dengan dunia Melayu. Bab 8 hingga 15 menceritakan perihal dunia Melayu dan Campa, sejarah Campa dan pengaruh Melayu di Campa.

Judul: Bibliografi dialek Melayu dan bahasa serumpun di Nusantara. Penerbit: (1981).Bangi: Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. No. Pengkelasan: R 016.4999231 KEE Bahagian I meliputi bahan-bahan mengenai dialek Semenanjung Tanah Melayu, Borneo, Jawa dan Sumatera. Bahagian II pula mengandungi bahan-bahan mengenai bahasa bahasa yang serumpun dengan bahasa Melayu. Semua butiran disusun menurut abjad dan memaparkan nama pengarang, judul buku dan juga nombor pengkelasannya.

- 10 -

Judul: Alam dan penyebaran Bahasa Melayu Penulis: Asmah Hj. Omar Penerbit: (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. No. Pengkelasan: R 899.288 ASM Salah sebuah buku daripada siri monograf sejarah Bahasa Melayu. Buku ini merupakan kajian mengenai penyebaran Bahasa Melayu dalam konteks ruang dan masa dengan menitikberatkan peranan penuturnya. Peranan mereka dari segi gerak fizikal, termasuk sistem dan institusi sosial yang mereka anggotai.

Judul: Susur galur Bahasa Melayu Penulis: Asmah Hj. Omar Penerbit: (1985). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Malaysia. No. Pengkelasan: R 499.23009 ASM Sebuah buku yang menjejak sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu termasuk perkembangan bahasa serumpun, sejarah bangsa atau suku bangsa penutur. Penulis membuat perbandingan di antara dialek-dialek Melayu dan rekonstruksi dalam sistem fonologi. Kajian ini dapat menentukan hubungan antara bahasa Melayu moden, klasik dan kuno.

- 11 -

Judul: Bahasa Melayu dunia: sejarah singkat. Penulis: Collins, J. T. Penerbit: (2005).Jakarta: Yayasan Obor Indonesia. No. Pengkelasan: R 499.2809 Buku ini memberi gambaran ringkas tentang perkembangan Bahasa pra sejarah Melayu pada masa prasejarah di Kalimantan Barat hingga tersebar dengan cepat ke Sumatra, Semenanjung Malaysia, bahagian utara Jawa, Kalimantan utara dan timur, barat Filipina serta bahagian timur Indonesia. Gambar, peta dan indeks terdapat di dalam buku ini, yang dibahagikan kepada empat bab iaitu tinjauan prasejarah Bahasa Melayu, awal Bahasa Melayu moden, akhir Bahasa Melayu Moden dan Bahasa Melayu pasca kolonial.

Judul: Bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun Melayu. Dalam Tamadun Melayu Jilid Empat (ms.1600-1611). Penerbit: (1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. No. Pengkelasan: R 909.049923 TAM Tulisan Nik Safiah Abdul Karim mengenai Bahasa Melayu dalam pembinaan tamadun Melayu. Beliau memperkatakan tentang bahasa Melayu dan tamadun terdahulu, bahasa Melayu kini, bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang sempurna dan indah lagi berkesan.

- 12 -

Judul: Warisan leluhur: sastra lama dan aksara Batak Penulis: Kozok, Uli Penerbit: (1999). Jakarta : Kepustakaan Populer Gramedia. No. Pengkelasan: R 899.2218 KOZ Tradisi Batak terkenal dengan buku-buku daripada kulit kayu yang berlipat yang berisi aksara-aksara dan gambar-gambar yang penuh misteri. Buku ini memperkatakan tentang tulisan tradisi Batak. Kandungannya padat dan jelas dan membantu pembaca memahami dunia sastera lama Indonesia.

Judul: Aksara Penerbit: (1995). Jakarta: Yayasan Harapan kita. No. Pengkelasan: RSEA 959.8 AKS Buku ini memberi penjelasan tentang aksara yang dimiliki oleh pelbagai kelompok masyarakat di Indonesia sama ada yang masih lagi digunakan sehingga hari ini ataupun yang hanya tinggal menjadi sejarah. Ia disertakan dengan gambar berwarna warni dan ulasan mengenai budaya tulis di Indonesia.

- 13 -

Judul: La Galigo : menelusuri jejak warisan sastra dunia Penerbit: (2003). Makassar, Indonesia : Kerjasama Pusat Studi La Galigo, Divisi Ilmu Sosial dan Humaniora, Pusat Kegiatan Penelitian, Universitas Hasanuddin [dan] Pemerintah Daerah Kabupaten Barru. No. Pengkelasan: R 899.221 SEM La Galigo ialah sebuah karya sastera yang terpanjang di dunia dan ditulis di dalam aksara Bugis. Epik ini menceritakan tentang kehidupan para dewa-dewi dari langit sampai tujuh keturunan yang berasaskan mitologi suku bangsa Bugis. Buku ini merupakan kumpulan kertas kerja yang dibentangkan di sebuah seminar.

Judul: Indonesian Palaeography: A History of Writing in Indonesia from Beginnings to c.A.D. 1500 Penulis: Casparis, J. G. de Penerbit: (1975). Leiden: Brill. No Pengkelasan: RCLOS 499.2017 CAS Kajian sejarah sistem tulisan di Indonesia. Penulis membincangkan tentang jenis-jenis tulisan yang dijumpai dan digunakan di Indonesia.

- 14 -

Judul: Sejarah kesusasteraan Melayu II Penulis: Abdul Samad Ahmad. Penerbit: Kuala Lumpur: (1965). Dewan Bahasa dan Pustaka. No Pengkelasan: R 899.2300802 ABD Kandungan bab kedua di dalam buku bertajuk Sejarah Kesusasteraan Melayu, ini memperkatakan tentang huruf dan tulisan zaman purba serta menerangkan tentang perbezaan tulisan Melayu yang pernah digunakan pada zaman lampau seperti Renchong, Kawi dan Lampong.

- 15 -

Kedatangan Islam dan Tulisan Jawi

Judul: Aspek penggunaan bahasa dalam warkah-warkah Melayu lama: Satu kajian. Penulis: Ab Razak Ab. Karim. Kuala Lumpur: Penerbit: (2002). Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya. No. Pengkelasan: R 499.281 ABD Satu kajian tentang surat-surat Melayu lama dari tahun 1521 hingga 1899. Ia merangkumi berbagai aspek linguistik termasuk kosa kata dan aspek wacana, serta sejarah sistem ejaan Jawi.

Judul: Ragam hias batu nisan dan makam: satu pengenalan. Penulis: Awang Haji Mohamad Bin Salim. Penerbit: (2003). Bandar Seri Begawan: Jabatan MuziumMuzium Brunei, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, Negara Brunei Darussalam. No. Pengkelasan: RSEA 731.76095955 MOH Buku ini diterbitkan sebagai sumber maklumat mengenai bentuk - bentuk ukiran dan pola hias yang terdapat di atas permukaan batu nisan dan makam. Kebanyakan koleksi batu - batu nisan yang terdapat dalam buku ini adalah daripada batu - batu nisan lama seawal abad ke 15 Masihi sehingga akhir abad ke 19 Masihi.

- 16 -

Judul: Sejarah perkembangan tulisan Jawi. Penulis: Hashim Haji Musa. Penerbit: (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. No. Pengkelasan: R 499.2811 HAS Buku ini memuatkan hasil kajian tentang pertumbuhan dan perkembangan tulisan jawi dari abad ke13 Masihi hingga kini. Ia tertumpu pada pensisteman ejaan jawi dari tahap Batu Bersurat Terengganu ke tahap penubuhan kerajaan Melayu di Sumatera hingga ke Kepulauan Melayu bermula dari abad 14 ke abad dua puluh, Seni khat yang terdapat dalam tulisan Jawi juga turut dibincangkan.

Judul: Pengaruh Islam yang tercermin dalam beberapa nashkah Melayu Penulis: Yusuf Yumsari Penerbit: (1994). Jakarta: Perpustakaan Nasional RI. No. Pengkelasan: R q899.2809 YUS Hasil tulisan yang memperkatakan tentang koleksi manuskrip Melayu di Perpustakaan Nasional Republik Indonesia. Kedatangan Islam di Nusantara telah memperkayakan perbendaharaan bahasa Melayu dan menimbulkan era baru dalam kesusasteraan. Maka Islam telah mempengaruhi beberapa karya sastera Melayu terutama manuskrip yang mengandungi cerita tentang keagungan agama Islam dan para Nabi serta pahlawan Islam.

- 17 -

Judul: Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu. Penerbit: (1997). Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia. No Pengkelasan: R q499.2811 TRA Manuskrip Melayu mencerminkan pemikiran bangsa Melayu. Tulisan berkembang dengan pesatnya dalam tamadun Melayu. Ia membuktikan keinteklektualan dan kemahiran masyarakat Melayu pada zamannya. Buku Penulisan Manuskrip Melayu ini merupakan himpunan 17 buah kertas kerja yang dibentangkan di seminar antarabangsa manuskrip Melayu. Melalui salah satu kertas kerja, James T Collins telah mengutarakan perihal ciri-ciri Bahasa Melayu pada abad ke-17. Tiga perkara yang telah dibincangkannya ialah orotografi, ekologi dan kesejagatan media. Beberapa tulisan Bahasa Melayu dalam berbagai ortografi yang menunjukkan keindahan dan kewibawaan Bahasa Melayu dalam aksara Jawi telah ditampilkan sebagai contoh. Aksara Nusantara lain saperti Rencong dan Lampung juga telah digunakan untuk menghasilkan syair, mantera dan manuskrip Melayu. Buktinya Hikayat Nur Muhammad ada terdapat di perpustakaan Bodley. Collins berpendapat penyelidikan Bahasa Melayu tidak terbatas pada ortografi Jawi sahaja tetapi membuat perbandingan dengan bahasa-bahasa lain di rantau ini pada abad yang sama.

- 18 -

Judul: Pembakuan ejaan Jawi. Dalam Dialog Selatan 1 (ms. 48-56). Penulis: Amat Juhari Moain. Penerbit: (1995). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. No. Pengkelasan: R 306.08992 DIA Kertas kerja tulisan Amat Juhari Moain memperkatakan tentang pembakuan Jawi seperti sistem ejaan, pelestarian dan penggunaan tulisannya.

Judul: Islam dalam sejarah dan kebudayaan Melayu; suatu mukaddimah mengenai peranan Islam dalam peradaban sejarah Melayu-Indonesia, dan kesannya dalam sejarah pemikiran, bahasa, dan kesusasteraan Melayu. Penulis: Al-Attas, M.N.S. Penerbit: (1972). Kuala Lumpur: Universiti Kebangsaan Malaysia. No. Pengkelasan: R 959.5 ATT Buku sempena syarahan pengukuhan pelantikan jawatan penulis sebagai Professor Bahasa dan Kesusateraan Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Ia bertujuan untuk memajukan satu perbincangan ilmiah yang luas mengenai peristiwa peradaban dalam sejarah Kepulauan MelayuIndonesia dan kesannya dalam sejarah pemikiran, bahasa dan kesusasteraan Melayu amnya

- 19 -

Judul: Manifestasi Tulisan Jawi Penerbit: (2006). Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia dan Jabatan Muzium Malaysia No Pengkelasan: R ART 745.619927 Sebuah buku rujukan yang diterbitkan sempena dengan pameran Manifestasi Tulisan Jawi. Banyak bahan-bahan berkaitan dengan tulisan Jawi yang berjaya dikumpulkan telah dapat didokumenkan dan dilestarikan di dalam buku ini. Judul Artikel: Tulisan Jawi: Pemangkin utama kecemerlangan dunia Sumber: Pemikiran Melayu Penulis: M. Husnan Lubis No Pengkelasan: R 305.89928 PEM Artikel yang memperkatakan tentang tulisan Jawi. Menurut penulis ia telah membangkitkan dunia intelektual Melayu. Kedatangan Islam telah dapat dimanfaatkan oleh ulama den cendekiawan Melayu untuk menyesuaikan huruf Arab dengan tulisan Melayu. Tulisan Jawi memainkan peranan penting dalam perantaraan ilmu pengetahuan. Penterjemahan daripada buku-buku berbahasa Arab telah dilakukan dalam bidang keagamaan, kesusasteraan dan sejarah. Tulisan Jawi dapat meluaskan pembacaan dan penulisan dalam dunia Melayu. Namun begitu, kedatangan penjajah.telah melumpuhkan pengunaan tulisan Jawi dan usaha untuk merumikan tulisan Melayu telah dimulakan semenjak tahun 1701.

- 20 -

Judul: Sejarah awal kemunculan dan pemapanan tulisan Jawi di Asia Tenggara. Dalam Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu (ms. 53-108). Penulis: Hashim Bin Musa. Penerbit: (1995). Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. No. Pengkelasan: R 016.09109595 SEM Buku yang mengungkap sejarah ringkas kemunculan tulisan Jawi dan kedatangan Islam di Kepulauan Melayu. Terdapat beberapa contoh inskripsi terawal zaman permulaan Islam di Asia Tenggara, tertulis dalam bahasa Arab sepenuhnya seperti Batu Nisan Champa, Batu Nisan Mukhdarah di Brunei, Batu Nisan Fatimah di Leran, Surabaya, Batu Nisan Malik Al-Salleh Pasai dan Batu Bersurat Terengganu.

Judul: Penulisan Sejarah Melayu di Lingga dan Riau Sumber: Tamadun Melayu Jilid dua Penulis: V G Matheson No. Pengkelasan: R 909.049923 Perbincangan mengenai sejarah Melayu dalam Keringkasan Sejarah Melayu dan Tuhfat al-Nafis. Gambaran dibuat oleh penulisnya Tengku Mohd Saleh pada buku Keringkasan Sejarah Melayu versi Melayu tentang Bugis. Kerajaan raja-raja Melayu di Lingga-Riau dianggap teragung di Tanah Melayu. Bagi buku Tuhfat al Nafis, Penyegat ialah pusat sejarah Bugis. Bangsa Bugis merupakan penyelamat Riau dari Raja Kecil di Minangkabau dan Belanda. Yamtuan Muda Bugis telah membawa keamanan dan kemakmuran di Riau.

- 21 -

Kedatangan Kolonial dan tulisan Rumi

Judul: L`Indonesia nella relazione di viaggio di Antonio Pigafetta Penulis: Pigafetta, Antonio Penerbit: (1972). Roma : Instituto Italiano peril Medio ed Estremo Oriente. No. Pengkelasan: RSEA 959.801 PIG Daftar kata Melayu-Indonesia-Itali hasil tulisan Antonia Pigafetta seorang bangsawan yang berasal dari Vicenza, Itali Utara bersama Magelan pada tahun 1519. Daftar kata sebanyak 426 perkataan dianggap sebagai kamus Melayu/ Italia pertama. Ia juga merupakan kamus Bahasa Melayu/ Bahasa Eropah yang pertama di dunia.

Judul: Warkah al-ikhlas 1818-1821 Penyelenggara: Badriyah Haji Salleh Penerbit: (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka No. Pengkelasan: R SING 091 WAR Transliterasi sekumpulan surat antara pembesar-pembesar Melayu dari Pahang, Riau and Siak, dan wakil Kompeni Inggeris, Major Farquhar. Surat-surat ini ditulis dari 18181821 dan dibukukan dalam The Farquhar letter book. Diantara para pembesar yang berhubungan dengan Farquhar pada waktu itu ialah Sultan Hussein and Temenggong Abdul Rahman. Sebuah rujukan yang menarik kerana ia memaparkan kedatangan Kompeni Inggeris dari kacamata raja-raja Melayu.

- 22 -

Judul: The Farquhar letter book [Buku elektronik] Penerbit: (1822). The National Library Board Rujukan: www.nlb.gov.sg Kumpulan surat-surat yang ditulis dalam huruf Jawi di antara pembesar-pembesar Melayu, seperti Sultan Hussein dan Temenggong Abdul Rahman, dengan William Farquhar dari tahun 1818 1821. Judul: Kesusasteraan Melayu Rendah Penulis: Sumardjo, Jakob Penerbit: (2004). Yogyakarta : Galang Press. No. Pengkelasan: 899.22109 SUM Kesusteraan Melayu Rendah menganalisa karya-karya sastera yang ditulis oleh orang-orang bukan Melayu seperti Tionghua (China), Belanda dan peribumi. Disifatkan sebagai sastera Melayu rendah kerana karya-karya ditulis dengan mengunakan bahasa Melayu pasar yang dituturkan oleh orang kebanyakan. Berbeza dengan bahasa Melayu tinggi yang mengunakan bahasa bangsawan atau bahasa istana, dan penulisnya juga adalah daripada kalangan orang-orang bangsawan. Kesusteraan Melayu Rendah mustahak kerana jumlahnya yang banyak. Karya tertua bertarikh seawal 1875, iaitu terjemahan karya Pont Jes yang berjudul lawah-lawah. Karya-karya kesusteraan Melayu Rendah juga bermutu dari segi isi dan ia mendedahkan pengaruh kebudayaan bangsa lain seperti pengaruh Tionghua, melalui terjemahan bukubuku dalam bahasa Tionghua.

- 23 -

Judul: Daftar ejaan: rumi jawi Penerbit: (1999). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. No. Pengkelasan: 499.2881 DAF Membaca nashkah jawi lama adalah payah walaupun anda fasih jawi. Ini kerana ejaan jawi mengikut sebutan sesuatu masa itu dan juga loghat daerahnya. Daftar ejaan Rumi-Jawi yang diselenggarakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan diterbitkan pada tahun 1988 ini bertujuan untuk menyelaraskan ejaan Jawi dan Rumi. Ia telah disusun mengikut abjad kata induk, daftar ini membakukan ejaan Melayu Rumi dan Jawi.

- 24 -

Singapura: Gaya penulisan baru dan

Judul: Memoranda Kumpulan tulisan Angkatan Sasterawan 50 dengan lampiran rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga Penerbit: Oxford University Press (1962) No Pengkelasan: RCLOS 499.23 ANG Memoranda menghimpunkan pemikiran-pemikiran tentang bahasa dan kesusasteraan Melayu yang telah dibentangkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang pertama hingga yang ketiga. Diantara kertas kerja yang terdapat ialah tentang memorandum mengenai tulisan rumi untuk bahasa Melayu yang diusulkan oleh ASAS 50.

Judul: Dari gerhana ke puncak purnama : biografi Asas 50, 55 tahun dalam persuratan Penulis: Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz Penerbit: (2005). Angkatan Sasterawan 50 No. Pengkelasan: RSING Malay 899.28095957 DAR Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50) merupakan antara persatuan yang mencorak perkembangan sastera Melayu moden. Buku ini telah merakamkan detik-detik penting dan kegiatan-kegiatan ASAS 50 sepanjang 55 tahun di arena persuratan.

- 25 -

Judul: Darah Kedayan Penulis: Harun Aminurrashid Penerbit: Pustaka Melayu (1959) No Pengkelasan: RCLOS 899.2305 HAR Novel ini telah dicetak buat pertama kalinya dengan tulisan Jawi pada tahun 1947. Ia mengisahkan tentang adatistiadat dan cara-cara kehidupan satu suku bangsa Borneo Utara. Buku ini juga terdapat di dalam edisi bahasa Inggeris dan Mandarin.

Judul: Percetakan awal di jajahan selat, 1806-1858 Penulis: Byrd, Cecil K (Dewan Bahasa dan Pustaka) Penerbit: Singapore: National Library, 1970 [1971] No Pengkelasan: RSING 686.2095957 BYR Sebuah rujukan tentang sejarah awal percetakan di negerinegeri Selat (Straits Settlements) iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Ia menyenaraikan bahan-bahan yang terdapat di dalam simpanan Lembaga Perpustakaan Negara Singapura, Arkib Negara Singapura, Universiti Kebangsaan Singapura, Perpustakaan Awam Pulau Pinang dan di Universiti Malaya.

- 26 -

Mikrofilem Judul: Terkorban dibilek 69 atau anak hendak berhari raya Penulis: Ahmad Lutfi. Penerbit: Singapore : National Library, [19--] Nota: Teks dalam Jawi. No. Mikrofilem: NL24404. No. Pengkelasan: R SING Malay 899.283 AHM Judul: Geylang Serai karam atau kerana joget moden Penulis: Ahmad Lutfi. No. Mikrofilem: NL22507. No. Pengkelasan: R Malay 899.283 AHM Judul: Hoki, atau, Akibat pergaulan modern Penulis: Ahmad Lutfi. Penerbit: Singapura : Qalam, [1949?]. Nota: Teks dalam Jawi. No: Pengkelasan: RCLOS Malay 899.2305 AHM

- 27 -

Manuskrip Melayu

Judul: Katalog pameran manuskrip Melayu antarabangsa: manuskrip Melayu: satu penghayatan minda Melayu. Penerbit: (1995). Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. No. Pengkelasan: R 011.31 KAT Katalog ini menyenaraikan 115 manuskrip yang boleh digunakan sebagai panduan para pengkaji dan peminat manuskrip. Maklumat ringkas bagi setiap nashkah juga terdapat di katalog ini untuk memudahkan pengenalan manuskrip-manuskrip tersebut.

Judul: Katalog manuskrip Melayu di Singapura Penerbit: Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia No. Pengkelasan: RSING 011.31 KAT Daftar buku manuskrip Melayu yang terdapat di Singapura. Susunan dalam katalog ini tidak mengikut sebarang susunan. Maklumat manuskrip bersifat deskriptif seperti judul, struktur, tulisan, sejarah dan kandungan. Ada disertakan indeks judul dan indeks nama.

- 28 -

Judul: Katalog pameran manuskrip Melayu : melestarikan manuskrip Melayu warisan agung bangsa. Penerbit: (2006). Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia. No. Pengkelasan: R 011.31 KAT Sebuah kumpulan buku-buku manuskrip Melayu yang dipamerkan di Perpustakaan Negara Malaysia. Manuskrip yang tercatit mewakili pelbagai bidang ilmu berkaitan dengan persuratan Melayu. Terdapat keterangan ringkas tentang manuskrip yang dipaparkan.

Judul: Katalog manuskrip Melayu koleksi Perpustakaan Negara Malaysia. Penerbit: (2000). Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. No. Pengkelasan: R 011.31 KAT Katalog ini bertujuan untuk memudahkan pengkaji manuskrip mengesan dan merujuk manuskrip Melayu yang berada di dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia. Senarainya disusun mengikut nombor manuskrip dan dilampirkan butir-butirnya.

- 29 -

Judul: Katalog pameran persuratan Melayu: warisan intelek silam: sempena sambutan Bulan Bahasa dan Sastera 2003, 17 September-6 Oktober, 2003. Penerbit: (2003). Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. No. Pengkelasan: R 01609074059 KAT Senarai katalog bahan-bahan yang dikumpulkan sempena pameran persuratan Melayu: warisan intelek silam yang diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia pada tahun 2003. Ia merupakan senarai 142 nashkah manuskrip Melayu dan buku-buku nadir daripada koleksi Perpustakaan Negara Malaysia.

Judul: Katalog induk manuskrip Melayu. Penerbit: (1993). Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. No. Pengkelasan: R SEA q011.31 KAT Katalog ini mengandungi 2,153 judul manuskrip Melayu daripada koleksi peribadi dan juga dua belas institusi di Malaysia. Ia disusun mengikut abjad bermula dengan nama institusi dan diikuti dengan koleksi peribadi dan indeks judul. Setiap kemasukan disertakan maklumat ringkas termasuk judul, pengarang/penyalin, tempat dikarang/salin, halaman/ folio dan ukuran manuskrip tersebut.

- 30 -

Judul: Katalog manuskrip Melayu di Belanda = Catalogue of Malay manuscripts in the Netherlands Penulis: Ali Hj. Wan Mamat, Wan Penerbit: (1985). Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. No. Pengkelasan: 011.0209595 KAT Katalog ini mengandungi koleksi manuskrip Melayu yang terdapat di perpustakaan Universiti Leiden. Senarai nashkah telah disusun menurut koleksi yang terdapat di beberapa perpustakaan di negara Belanda. Tajuk Indeks juga ada disertakan.

Judul: Katalog manuskrip Melayu di Jerman Barat = Catalogue of Malay manuscripts in West Germany Penyusun: Asma Ahmat Penerbit: (1992). Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, No. Pengkelasan: RSING 011.31 ASM Sebuah koleksi manuskrip Melayu yang terdapat di beberapa buah perpustakaan di Jerman Barat. Manuskrip-manuskrip dalam koleksi ini meliputi berbagai aspek seperti sastera, sejarah, adat, agama, undang-undang, syair dan pantun.

- 31 -

Judul: Katalog manuskrip Melayu di Afrika Selatan. Penerbit: (1998). Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia No. Pengkelasan: R 015.68 KAT Katalog ini mempunyai senarai 55 buah nashkah yang mengandungi 74 judul manuskrip Melayu yang terdapat di Afrika Selatan. Sebahagian besar manuskrip ini tersimpan di dalam koleksi individu sebagai khazanah warisan keluarga dan masyarakat bangsa Melayu Cape. Disenaraikan menurut koleksi dan mempunyai indeks-indeks judul dan nama.

Judul: Manuskrip Melayu warisan budaya negara. Penerbit: (1984). Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. No. Pengkelasan: R 016.09109595 MAN Katalog ini mengandungi 38 catatan manuskrip Melayu yang dipamerkan sempena Pameran Manuskrip Melayu Warisan Budaya Negara. Tajuk-tajuknya disusun mengikut lima bidang iaitu agama, kesusasteraan, perubatan, sejarah dan undangundang.

- 32 -

Judul: Kajian manuskrip Melayu: Masalah, kritikan dan cadangan. Penulis: Ding, C. M. Penerbit: (2003). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. No. Pengkelasan: R 091.09 DIN Buku ini telah memenangi hadiah sastera Kumpulan Utusan 2002 bagi kategori kajian sastera. Ia membincangkan perkembangan kajian-kajian tentang manuskrip Melayu yang kebanyakannya ditulis oleh pegawai pentadbiran, sarjana amatur, sejarawan, antropologis atau sosiologis atas dasar ingin tahu tentang hal-ehwal kaum yang dijajah. Ia merupakan kajian yang terperinci dari segi latar belakang, definisi, koleksi, masalah perolehan, kritikan perbandingan dan pengaruh asing.

Judul: Sulalatus Salatin = Sejarah Melayu Penerbit: (1979). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. No. Pengkelasan: RSing 959.5 SEJ Satu kajian mengenai Sejarah Melayu oleh A Samad Ahmad berdasarkan tiga naskhah yang diperolehi dari Dewan Bahasa dan Pustaka.

- 33 -

Judul: Sulalat al-salatin: ya`ni perteturun segala raja-raja (Sejarah Melayu Penulis: Tun Seri Lanang Penerbit: (1997). Kuala Lumpur: Terbitan bersama Yayasan Karyawan dan Dewan Bahasa dan Pustaka. No. Pengkelasan: R 899.28 SER Karya yang memperkatakan tentang sejarah kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman pemerintah Melayu. Salinan buku ini ada 34 bab yang ditulis oleh Tun Seri Lanang ketika menjadi Bendahara, pada tahun 1612. Sejarah ini amat penting kerana ia mengambarkan adat istiadat kerajaan, salahsilah raja-raja Melayu dan sejarah mengenai kerajaan Melayu.

Judul: Seminar antarabangsa manuskrip Melayu : melestarikan manuskrip Melayu warisan agung bangsa, 10-11 Julai 2006, Kuala Lumpur / anjuran Perpustakaan Negara Malaysia, Arkib Negara Malaysia dan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia. No: Pengkelasan: Malay 016.09109595 SEM -[LIB] Kumpulan kertas kerja yang dibentangkan di seminar antarabangsa manuskrip melayu anjuran Perpustakaan Negara Malaysia. Antara topik yang dibentangkan ialah sejarah awal penulisan manuskrip Melayu,sejarah awal penulisan manuskrip Melayu, peranan naskah Melayu bagi kehidupan di era global dan manuskrip Melayu sebagai wadah ilmu bagi perubatan.

- 34 -

Judul: Jurnal Filologi Penerbit: Kuala Lumpur, Perpustakaan Negara Malaysia No Pengkelasan: R 499.28 JFM Jurnal ini ialah sebuah ilmiah penerbitan yang khusus mengenai manuskrip Melayu. Makalah-makalah yang terkandung disumbangkan oleh tokoh dan sarjana bidang filologi Melayu.

- 35 -

Hikayat dan Syair

Judul: Syair tantangan Singapura abad kesembilan belas Penyelenggara: Muhammad Haji Salleh Penerbit: (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan, Malaysia. No. Pengkelasan: S899.230081102 SYA Ia mengandungi 3 syair iaitu, Syair Dagang Berjual Beli, Ini Syair Potong Gaji dan Ini Syair Tenku Prabu di Negeri Singapura Adanya. Syair-syair yang ditulis menunjukkan pergolakan jiwa orang-orang Melayu yang bernada protes menentang tampuk pemerintahan penjajah dan juga golongan bangsawan.

Judul: Tafsir puisi Hamzah Fansuri dan karya-karya Shufi Penulis: Mohd Shaghir Abdullah Haji Wan No. Pengkelasan: R 899.281 MOH Buku ini merupakan terjemahan puisi karya Syeikh Hamzah al-Fansuri dari manuskrip Melayu/Jawi salinan Tuan Guru Mahmud bin Yusuf Terengganu. Bahagian awal membicarakan riwayat hidup Syeikh Hamzah al-Fansuri, Syamsuddin asSumatra-i dan Abdur Rauf bin Ali al-Fansuri. Juga dilampirkan manuskrip Melayu/Jawi, sebuah karya Syeikh Nuruddin ar-Raniri berjudul Durarul Faraid. Buku ini penting buat kajian sastera klasik Melayu dan perbahasan ilmiah.

- 36 -

Judul: Kesusasteraan Melayu tradisional Penyunting: Zalia Shariff and Jamilah Hj Ahmad. Penerbit: (1993). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. No. Pengkelasan: R 899.2300901 KES Karya-karya sastera mencerminkan pandangan dan perasaan dunia masyarakat Melayu. Buku ini membentangkan kajian para sarjana Malaysia tentang genre-genre sastera Melayu tradisional. Ia merupakan kajian yang menyeluruh dan berbeza dari yang dibuat oleh para orientalis. Buku ini mengandungi sebelas bab. Salah satu bab menghuraikan beberapa konsep dan istilah sastera tradisional, Melayu dan Nusantara. Judul: Karya lengkap Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (jilid 2). Puisi dan ceretera. Penyunting: Amin Sweeney Penerbit: (2006). Jakarta: Kepustakaan Populer Gramedia No. Pengkelasan: R Malay 959.5 KAR Empat karya klasik Munsyi Abdullah terdapat di dalam buku ini. Karya-karya tersebut ialah Syair Singapura Terbakar, Syair Kampung Gelam Terbakar, Ceretera Kapal Asap dan Ceretera Haji Sabar Ali. Syair Singapura Terbakar telah menggambarkan tentang kebakaran besar yang melanda Singapura pada awal abad ke 19. Ceretera Kapal Asap pula telah merakamkan kekaguman Munsyi Abdullah dengan pencapaian teknologi orang-orang Barat ketika itu.

- 37 -

Judul: Direktori Majalah-Majalah Melayu Sebelum Merdeka Penyusun: Hamedi Mohd Adnan Penerbit: (2002). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. No. Pengkelasan: R 059.9928 HAM Penerbitan majalah-majalah di dalam bahasa Melayu pada peringkat awal telah dirangsang oleh faktor agama dan juga perjuangan bersifat kebangsaan. Malah, majalah agama amat ketara kerana terdapat hampir 30 majalah keagamaan yang diterbitkan sehingga penghujung tahun 1941. Kemudian barulah ia diikuti dengan majalahmajalah yang berkaitan dengan semangat kebangsaan dan kesusasteraan. Inilah yang menjadi bahan perbicaraan buku ini. Selain itu direktori ini juga yang menyenaraikan majalah seperti Mastika, Hiboran dan Temasek yang pernah diterbitkan dari tahun 1900 hingga 1957. Butir-butir penerbitan majalah-majalah tersebut, seperti penerbit, jenis, pengarang dan penyunting dapat membantu pengkaji membuat penyelidikan lanjutan. Tambahan pula, penulis telah menyertakan penjelasan ringkas dan latar belakang setiap satu majalah tersebut.

- 38 -

Penyumbang
Endon Salleh Haslinda Mohd Yusof Johan Abdul Rahman Mohammad Ashif Padili Nor Afidah Abdul Rahman Saliyah Sapeon Sukinah Suradi

Pereka Grafik
Suhaimi Ali

Pengimbas Gambar
Norida Wahab

Penyunting
Juffri Supaat

- 39 -

- 40 -

Anda mungkin juga menyukai