Anda di halaman 1dari 3

Benarkah generasi kurang minat dekati kegiatan sastera

Oleh AZMI ABDUL MALEK



MAMPUKAH cendekiawan sekurang, membantu masyarakat melahirkan lebih ramai tokoh sastera dan
budaya Melayu sekiranya generasi muda kurang mina mendekati kesusasteraan negara masa kini?

Persoalan ini kerap menjadi perbincangan hangat beberapa tokoh sastera dan budaya negara di
majlis seminar, forum dan simposium anjuran persatuan penulis ternama di negara ini.

Tumpuan ibubapa terhadap Sains dan Teknologi mungkin menggalakkan anak mereka lupa pada
sejarah dan warisan budaya bangsanya sendiri.

Sebagai contoh, Jepun dan Korea sudah jauh maju dalam bidang teknologi, tetapi masih mampu
memelihara adat resam dan budaya masing-masing.

Perkara ini boleh dilakukan apabila pemerintah dan rakyat bekerjasama untuk memelihara nilai-
nilai dan warisan budaya mereka.

Bagaimanapun negara ini belum terlambat untuk mengangkat martabat bangsa dan budaya yang
menjadi teras jati diri anak Melayu.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen yang juga bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Datuk Dr. Wan Hashim Wan Teh meminta Kementerian Pelajaran memperkenalkan buku Uda
dan Dara karya penyair tanah air, Usman Awang di sebagai teks Kesusasteraan Melayu di peringkat
sekolah menengah.

Beliau berkata, langkah ini mingkin boleh menarik minat generasi muda menghayati sastera dan
warisan bangsanya serta pembentukan jati diri masing-masing.

Menurutnya, usaha memperkenalkan buku Uda dan Dara kepada pelajar sekolah menengah di
negara ini juga boleh mengangkat martabat sastera dan bangsa Melayu di dunia.

Ketika berada di tingkatan empat beliau terpaksa membaca an menghafal cerita Romeo And
Juliet dalam mata pelajaran Kesusasteraan Bahasa Inggeris.

Jalan ceritanya yang memaparkan pelbagai isu menyeronokkan pelajar membacanya sehingga
menimbulkan minat mendalam di sanubari kamu, katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan pendapatnya di Seminar Membina Dunia
Persuratan dan Warisan Perak sempena Hari Sastera Ke 13 yang diadakan di Ipoh baru-baru ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Luar Bandar Negeri,
Datuk Shaarani Mohamad mewakili Menteri Besar Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali menutup Hari
Sastera tersebut.

Program selama dua hari itu dianjurkan Kerajaan Negeri Perak dengan kerjasama Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan serta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Hari Sastera itu diselenggarakan Gabungan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) yang
menampilkan beberapa pembentangan kertas kerja bertajuk Kebangsawanan Dalam Dunia Melayu,
Tradisi Persuratan: Puncak-puncak Persuratan Melayu Mutakhir di Malaysia; Tradisi Persuratan: Pucak-
puncak Persuratan Melayu Mutakhir di Rantau, Membaca Masa Depan Persuratan di Malaysia dan Dunia
Melayu dan Membina Dunia Persuratan dan Warisan Perak.

Wan Hashim juga menimbulkan persoalan bahawa mampukah pejuang sastera dan budaya
masa kini melahirkan pelapis untuk menyelidik dan menulis buku bercorak sastera kreatif serta diskriptif.

Penyair terkenal tanah air, Baha Zain juga melahirkan kebimbangan tentang semangat
perjuangan anak Melayu mempertahankan kedaulatan Bahasa Melayu yang dianggap semakin pudar.

Beliau menyarankan pemimpin Melayu dalam pelbagai bidang terus memperjuang dan
mempertahankan kedaulatan Bahasa Mekayu.


Menurutnya, masih banyak lagi nama jalan di negara ini menggunakan nama Inggeris sedangkan
penghuni sekitarnya adalah golongan elit dan pemimpin besar negara.

Pihak pemerintah juga harus menyediakan peruntukan besar dan khas kepada penggiat sastera
dan budaya di peringkat negeri sebagaimana yang dilakukan kerajaan negeri Johor dan Sarawak,
tambahnya.

Sementara itu, Mohd. Tajol Rosli berkata, kerajaan negeri sedia menerima pembabitan pujangga
dan pemikir Melayu yang mahu membantu membangunkan rakyat melalui Rancangan Malaysia
Kesembilan (RMK-9) sekali gus menguatkan proses glokal yang disarankan Timbalan Perdana Menteri
Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurut beliau, pujangga dan pemikir terbabit boleh memberikan pandangan berkaitan strategi
pembangunan negeri pada masa akan datang mulai sekarang demi kepentingan bersama.

Tambah beliau, sejak awal abad ke tujuh sejarah Nusantara membuktikan keunggulan dunia
Melayu yang melahirkan beberapa tokoh budayawan, sasterawan dan golongan pemikir yang berganding
bahu dengan pemerintah membina keintelektualan bangsa yang cukup hebat.

Mohd. Tajol Rosli menjelaskan, dari segi sejarah sastera lisan bukan sahaja bersifat lisan malah
tulisan yang berbentuk keintelektualan yang boleh menyatukan pelbagai golongan khalayak ramai.

Beliau berkata, golongan bangsawan dianggap nadi penggerak seniman melalui majlis-majlis
istana berbentuk keintelektualan yang boleh menyatukan pelbagai golongan khalayak ramai.

Beliau berkata, golongan bangsawan dianggap nadi penggerak seniman melalui majlis-majlis
istana berbenuk keramaian di balai rong seri, pentas, bangsal dan tepi bendang.

Katanya, di istana muncul penulis dan pujangga yang dikenali sebagai tok dalang, penglipur lara,
pemain selampit, tukang rebana, rebab yang menghiburkan orang ramai di samping membawa
pengajaran dan ikatan sosial lebih akrab.

Tambahnya, Islam menjadi agama yang mengukuhkan lagi tradisi persuratan tersebut sehingga
generasi kini dapat membacanya dalam bentuk rencong dan sanskrit.

Menurut Tajol Rosli, dalam kesedaran menghadapi idea globalisasi, pelbagai budaya dan
heterogeneity yang cukup hebat sekarang ini bangsa serumpun diharap dapat membina jati diri dengan
roh dan semangat bahasa,

(Sumber : Utusan Malaysia (06/10/2005) )

http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=662&PHPSESSID=43853e4fdc91c91
642b4ffc6ae3dd02f
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan konsep kesantunan berbahasa dalam masyarakat Melayu, sila
rujuk bahan berikut : 1. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media oleh Asmah Haji Omar.
Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007; 2. Panduan Utamakanlah Kesantunan Berbahasa oleh Amat Juhari Moain Dewan
Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1992 ; 3.Budi Bahasa dan Kesantunan Berbahasa oleh Azizah Ahmad Dewan Bahasa
01/07/2005 ; 4. Manifestasi Kesantunan Berbahasa oleh Khoo Thong Eng Pelita Bahasa 01/11/1994; 5. Prinsip
Kesantunan Bahasa oleh Ma'aroff Abdul Rahman Dewan Bahasa 01/07/2005; 6.Kesantunan Berbahasa oleh Jumaat
Mohd Noor Pelita Bahasa 01/10/1989; 7. Kesantunan Berbahasa oleh Indirawati Zahid Dewan Bahasa 01/03/2005;
8. Budaya Bahasa Melayu dan Kesantunan Berbahasa oleh Ami Masra Utusan Zaman 27/11/1994; 9. Kesantunan
Bahasa Diabaioleh Dr Nik Safiah Karim - Berita Harian 17/08/2006; 10. Penggunaan Kata Panggilan: Kesantunan
Berbahasa oleh Abdullah Hassan Watan 29/08/1996.

Anda mungkin juga menyukai