Anda di halaman 1dari 4

Kebaikan Mempelajari Karya Sastera (Kepentingan)

Isi-isi penting

 Mengenali dan mencintai bahasa ibunda kita


 Memperbanyakkan perbendaharaan kata dan perkataan
 Memberikan pengajaran berdasarkan apa yang terkandung dalam
karya sastera
 Mengenali dan menghargai sasterawan negara
 Menghargai kisah masa lalu dan pencapaian masyarakat tempatan
 Melahirkan generasi yang menghargai art dan budaya

Pendahuluan

Pada era globalisasi ini, pelbagai rintangan dan cabaran yang


dihadapi oleh kita secara individu, masyarakat dan negara untuk mencapai
kejayaan. Salah satunya adalah penguasaan bahasa yang menjadi
pengantara komunikasi antara satu sama lain. Kebanyakan di antara kita
perlu menguasai bahasa Inggeris dan Mandarin untuk bersaing di
peringkat antarabangsa sehingga menyebabkan bahasa ibunda kita iaitu
Bahasa Melayu kian hilang ditelan zaman. Cabaran ini perlu diatasi supaya
bahasa yang diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan apabila kita
mengecapi kemerdekaan lebih 60 tahun yang lalu tidak hilang begitu
sahaja. Masyarakat kita seharusnya mempelajari dan menghargai karya-
karya sastera yang menggunakan Bahasa Melayu. Oleh sebab yang
demikian, pembelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu di sekolah adalah mustahak. Untuk menyokong kenyataan
tersebut, mari kita huraikan kebaikan mempelajari karya sastera dan
kepentingannya kepada semua.
ISI 1 :

Kepentingan mempelajari karya sastera yang paling ulung adalah


supaya kita mengenali dan mencintai bahasa ibunda kita. Ibarat kata
pujangga, tak kenal maka tak cinta. Salah satu cara untuk mempelajari
bahasa adalah dengan menelaah karya-karya sastera yang ditulis mengikut
tahap penggunaan bahasa yang tinggi. Hal ini kerana karya sastera Bahasa
Melayu khususnya terdiri daripada pelbagai jenis seperti penulisan novel,
cerpen, sajak, syair dan juga puisi. Corak penulisan yang mempunyai format
seperti ritma menjadikan karya sastera itu menarik dan indah untuk
dibacakan. Keunikan ini menjadikan bahasa Melayu berbeza dengan bahasa
lain di mana kita boleh berasa bangga kerana mempunyai identiti tersendiri.
Pihak berkuasa hanya perlu memperbanyakkan karya sastera di pandangan
umum seperti media massa untuk memupuk semangat cinta terhadap bahasa
Melayu dalam kalangan orang awam. Kecintaan terhadap bahasa
kebangsaan kita akan terpupuk jika mempelajari karya sastera.

ISI 2:

Manfaat lain mempelajari karya sastera adalah kita dapat


memperbanyakkan perbendaharaan kata atau perkataan yang terkandung
dalam sesuatu bahasa. Sebagai contoh, karya sastera bahasa Melayu
kebanyakannya dihasilkan pada zaman dahulu yang banyak menggunakan
perkataan bahasa Melayu klasik. Perkataan yang mungkin asing bagi
generasi hari ini tetapi merupakan perkataan biasa pada zaman terdahulu.
Secara tidak langsung, kita dapat meluaskan horizon perbendaharaan yang
kita ketahui. Persis kata peribahasa, laut ditimba tidak akan kering. Sama
seperti mempelajari ilmu, pembelajaran dalam bidang bahasa juga tidak
terhad kerana banyak ruang yang kita boleh terokai. Apabila masyarakat kita
mempunyai perbendaharaan kata yang baik sama ada dalam penulisan atau
pertuturan, nescaya bangsa kita akan menjadi lebih berketrampilan dan
intelek. Hanya dengan mempelajari karya-karya sastera, kita dapat
menambah pengetahuan tentang frasa-frasa dan perkataan sesebuah
bahasa.
Isi 3 :

Seterusnya, kebaikan yang diperoleh seseorang apabila mempelajari


karya sastera adalah dapat mengambil iktibar daripada kisah yang
terkandung dalam setiap penulisan karya. Sebelum muncul hiburan berbentuk
digital yang kita nikmati di skrin televisyen atau pun telefon pintar, masyarakat
dahulu mendapat hiburan atau informasi daripada karya-karya sastera seperti
penulisan syair dan persembahan wayang kulit. Penulis akan menceritakan
isu-isu yang berlaku dalam kehidupan mereka atau masyarakat sekeliling
sebagai satu pengajaran kepada orang lain yang membaca karyanya.
Perkara ini signifikan dalam mendidik masyarakat untuk melakukan perkara
yang baik dan meninggalkan perkara yang tidak bermanfaat dalam kehidupan
kita. Dengan pembacaan karya sastera, kita akan membuka minda untuk
melihat sudut pemikiran yang berbeza daripada pengkarya dan kisah yang
diceritakan. Kita hanya perlu buang yang keruh, ambil yang jernih. Jelaslah
bahawa mempelajari karya sastera memberi iktibar yang baik kepada
pembacanya.

Isi 4 :

Pada yang sama, mempelajari karya sastera dapat membantu kita


untuk mengenali dan menghargai penulis-penulis karya ini. Kita sebagai ahli
masyarakat tidak semuanya mempunyai bakat dan pengetahuan yang tinggi
untuk menulis sesebuah karya. Lazimnya, mereka yang menghasilkan karya
sastera terdiri daripada lepasan graduan bahasa dan juga cendiakawan yang
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam sesuatu perkara. Daya intelek
yang digabungkan dengan bahasa dalam penghasilan sebuah karya
sewajarnya dihargai kerana ia membentuk prinsip dan falsafah hidup yang
positif. Penganjuran Anugerah Sastera Negara menjadi satu contoh dalam
menghargai penulis karya sastera di samping menghargai serta mengangkat
martabat bahasa ibunda kita. Masyarakat yang menyanjungi golongan
sasterawan adalah lebih baik jika dibandingkan dengan masyarakat yang
mengidolakan golongan selebriti masa kini. Intihannya, penulis karya sastera
akan lebih diketahui dan dihargai kerana mereka merupakan perakam
peristiwa masa lalu kita jika kita mempelajari karya sastera.
Penutup

Secara kesimpulannya, banyak kebaikan yang diperoleh sekiranya kita


mempelajari karya sastera sesebuah bahasa terutamanya bahasa ibunda
kita. Setiap pihak berperanan untuk memupuk generasi masa kini untuk
mempelajari karya sastera bahasa Melayu. Selain daripada pembelajaran
secara konvensional di sekolah, penerapan karya sastera dalam hiburan
seperti filem, drama dan iklan sedikit sebanyak dapat menyumbang kepada
perkembangan karya sastera dalam masyarakat. Pemimpin sebelum ini yang
menumpukan agenda pembangunan negara ke arah sains dan teknologi telah
meninggalkan kesan buruk kepada karya sastera kita. Selain dianggap bosan,
pelbagai stigma lain yang menghalang masyarakat untuk menghargai warisan
bangsa yang dipusakakan oleh nenek dan moyang kita. Semoga inisiatif
untuk memartabatkan semula karya sastera di khalayak umum disokong agar
generasi yang menghargai adat dan budaya dapat dilahirkan semula.

Anda mungkin juga menyukai