Anda di halaman 1dari 6

PN. NUR HABIBAH BT YUSUF & PN.

NOOR HASNI BT ABD WAHAB (PANITIA BM SABK


SYUBBANIAH)

NAMA SEKOLAH : SABK SYUBBANIAH


TAJUK : TEMA (KESUSASTERAAN)
NAMA GURU :

PN.NUR HABIBAH BT YUSUF


PN.NOOR HASNI BT ABD WAHAB

Memupuk Minat Membaca Sastera


Sedarsawasa yang lalu,karya sastera amat di minati oleh semua bangsa di Tanah
Melayu.Karya sastera juga boleh didefinisikan sebagai wadah atau sarana untuk menyatakan
dunia masyarakat dan zamannya.Karya sastera merupakan karya yang mempunyai daya
kreatif yang asli dan tersendiri.Di Negara kita,juga terdapat Sasterawan Negara yang ternama
dan terbilang.Saban hari, karya sastera semakin hilang ditelan zaman yang serba canggih dan
moden.Pemuda dan pemudi pada zaman canggih ini,kurang meminati karya sastera kerana
mereka tiada masa untuk membaca sesuatu karya sastera seperti cerpen,drama,sajak puisi dan
sebagainya.Justeru,kerajaan perlu mengambil usaha-usaha yang drastik untuk memupuk
minat membaca karya sastera di kalangan masyarakat agar karya sastera tidak lupus ditelan
zaman yang serba moden.
Antara usaha yang perlu diambil oleh kerajaan untuk memupuk minat membaca
karya sastera di kalangan masyarakat.Bagaimana?Dengan menganjurkan kursus penulisan
karya sastera terutamanya di kalangan pelajar-pelajar sekolah.Dengan ini,pelajar-pelajar akan
dapat mengetahui apa yang dimaksudkan dengan karya sastera dan juga mengetahui cara-cara
untuk membaca karya sastera yang baik dan bagus. Dengan adanya kursus seperti ini mereka
akan dapat membaca karya sastera dengan menggunakan daya kreatifiviti mereka yang asli
dan mempunyai idea yang tersendiri.Contohnya menganjurkan Perkampungan Penulis Muda
bagi pelajar sekolah dan juga masyarakat.Ibu bapa juga perlu memberi dorongan yang kuat
terhadap anak mereka yang meminati karya sastera.Bagaimana?Membenarkan anak mereka
mengikuti program yang dianjurkan oleh kerajaan.Seperti,bengkel mengarang cerpen,puisi
dan pelbagai karya sastera yang lain.
Usaha yang kedua adalah mengadakan kempen membaca secara besar-besaran
bagi memupuk minat membaca di kalangan pelajar mahupun masyarakat.Justeru,untuk
menghasilkan sebuah karya yang baik memupuk minat membaca di dalam diri seseorang
merupakan satu intensif yang bijak.Dengan wujudnya minat membaca para pelajar mahupun
masyarakat dapat memperolehi perkataan yang baru dan indah sebutannya untuk
menghasilkan karya sastera yang baik.Kempen seperti ini perlu dianjurkan dengan lebih
kerap lagi,agar minat membaca dan minat terhadap karya sastera tidak akan hilang begitu
sahaja.Melalui kempen seperti ini,para pelajar dan juga masyarakat akan dapat melihat
pelbagai jenis karya sastera yang telah dikarang oleh pengarang mahupun sasterawan
Negara.Contohnya,kempen ini perlu dianjurkan sebulan sekali atau dua bulan sekali agar
minat terhadap membaca dan juga minat terhadap karya sastera dapat dikembangkan dan
diperluaskan dengan lebih pesat lagi.
PENYEDIAAN ITEM BAHASA MELAYU TEMA : KESUSASTERAAN
(SABK SYUBBANIAH) 2015

PN. NUR HABIBAH BT YUSUF & PN. NOOR HASNI BT ABD WAHAB (PANITIA BM SABK
SYUBBANIAH)

Usaha yang seterusnya adalah menerapkan minat membaca karya sastera semasa
pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.Sekiranya cara ini
dijalankan,kemungkinan besar minat membaca karya sastera dapat ditanamkan di dalam diri
para pelajar dan juga guru-guru.Terdapat juga guru yang tidak tahu apa itu karya
sastera,Walaupun tugasnya sebagai seorang guru, belum pasti guru itu tahu apa yang
dimaksudkan dengan karya sastera.Justeru,dengan menerapkan minat membaca karya sastera
semasa pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah,secara automatiknya para pelajar akan
mengetahui serba sedikit tentang karya sastera.Pihak sekolah atau pihak yang berkenaan
perlulah menitikberatkan perkara sebegini agar minat terhadap karya sastera tidak akan
hilang dari jiwa para pelajar mahupun guru-guru.Contohnya,menambahkan masa mata
pelajaran bahasa melayu agar guru dapat menerangkan dengan lebih terperinci,memberi
perhatian semasa guru mengajar.Guru juga perlulah memberi komitmen yang terbaik
sekiranya para pelajar bertanya soalan tentang karya sastera.
Selain itu,Kementerian Pelajaran perlulah mengadakan Minggu Sastera seperti
minggu yang diadakan sekarang.Seperti,minggu bahasa Melayu,,minggu bahasa Inggeris dan
sebagainya. Dengan adanya minggu Sastera ini,karya sastera tidak akan lupus ditelan zaman
dan para pelajar dapat mengembangkan minat membaca karya sastera.Minggu sastera ini juga
dapat memupuk sikap suka membaca kepada para pelajar yang malas untuk membaca karya
sastera.melalui minggu sastera ini,pihak sekolah dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk
menghasilkan karya para pelajar, selain memupuk minat membaca karya sastera.Secara tidak
langsung,minggu sastera ini dapat memberi input yang positif terhadap usaha kerajaan untuk
memupuk minat membaca karya sastera di kalangan para pelajar,guru-guru dan juga
masyarakat. Dengan wujudnya minggu sastera di semua sekolah di Malaysia,minat
membaca karya sastera tidak akan hilang ditelan zaman.
Usaha seterusnya adalah memperluaskan perpustakaan di sekolah dan
memperbanyakkan buku tentang karya sastera di perpustakaan sekolah dan juga perpustakaan
awam.Setiap sekolah mempunyai perpustakaan sendiri,namun kadar kemasukan para pelajar
sangat mengecewakan.Untuk memupuk minat membaca karya sastera dn juga minat
membaca buku,kerajaan dan juga pihak sekolah perlu menaiktarafkan perpustakaan di
sekolah.Contohnya,sebuah perpustakaan perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan
juga karya sastera,menambahkan kemudahan asas yang diperlukan dan sebagainya.
Dengan wujudnya usaha-usaha yang drastik dan konkrit,masalah memupuk
minat membaca karya sastera dapat diatasi dengan begitu mudah sekali.Pihak kerajaan dan
pihak sekolah juga perlu berusaha untuk memupuk minat membaca karya sastera dikalangan
para pelajar mahupun masyarakat.PUPUKLAH MINAT MEMBACA KARYA SASTERA
DARI KECIL
( 706 patah perkataan)

PENYEDIAAN ITEM BAHASA MELAYU TEMA : KESUSASTERAAN


(SABK SYUBBANIAH) 2015

PN. NUR HABIBAH BT YUSUF & PN. NOOR HASNI BT ABD WAHAB (PANITIA BM SABK
SYUBBANIAH)

Penulisan 5 : Dimensi Masyarakat : Usaha Memupuk Minat Orang Ramai Membaca Karya
Sastera
Minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat ini semakin
berkurangan.
Bincangkan langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik
minat orang ramai membaca karya sastera.

Pada zaman berteknologi tinggi ini, orang ramai telah memilih untuk memiliki sebuah
komputer untuk mendapatkan maklumat daripada internet berbanding mencari maklumat atau
membaca daripada buku. Hal ini menyebabkan minat untuk membaca karya-karya sastera
dalam kalangan rakyat makin berkurangan. Malah ada yang telah lupa dan tidak kenal akan
karya sastera yang dihasilkan oleh sasterawan negara seperti Usman Awang, Shahnon
Ahmad, A.Samad Said dan sebagainya. Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana karya
sastera yang dihasilkan merupakan warisan bangsa yang menunjukkan identiti dan bangsa
kita. Minat untuk membaca karya-karya sastera ini perlu disemarakkan semula dalam
kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh
pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai untuk membaca karya sastera?
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang
ramai membaca karya sastera termasuklah peranan pihak sekolah khususnya Pusat Sumber
Sekolah. Pusat Sumber Sekolah perlu memperbanyak buku sastera dan karya agung seperti
novel Ranjau Sepanjang Jalanoleh Shahnon Ahmad, Salina oleh A.Samad Said, Saudagar
Besar Dari Kuala Lumpur oleh Kamaludin Muhamad dan Tulang-tulang Berserakanoleh
Usman Awang agar murid mahupun guru berpeluang untuk membacanya. Pusat sumber boleh
mengadakan pertandingan mengulas novel, sajak, puisi dan pantun pada setiap bulan.
Langkah ini membolehkan para pelajar untuk membaca karya-karya sastera memandangkan
mereka ingin menghasilkan ulasan yang menarik. Secara tidak langsung, minat pelajar
terhadap karya sastera akan semakin bertambah. Pihak sekolah turut boleh menggalakkan
setiap kelas menyediakan satu ruang atau sudut membaca di kelas bagi memudahkan pelajar
untuk menghayati karya sastera ketika guru tiada di dalam kelas. Tegasnya, pihak sekolah
memainkan peranan yang penting dalam menarik minat pembaca terhadap karya sastera.
Selain itu, peranan ibu bapa juga amat penting dalam mengambil langkah untuk menarik
minat anak-anak membaca karya sastera. Ibu bapa haruslah memberikan pendedahan tentang
karya sastera kepada anak-anak sejak kecil lagi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Contohnya, ibu bapa boleh membaca sastera rakyat kepada anak-anak sebelum
mereka masuk tidur Melalui cara ini, hubungan silaturahim antara ibu bapa dengan anak
bukan sahaja dapat dipereratkan, malah anak-anak dapat mengetahui cara hidup dan budaya
masyarakat kita sendiri. Selain itu, ibu bapa bolehlah membelikan karya sastera untuk dibaca
oleh anak-anak supaya mereka dapat menghayati keindahan hasil warisan bangsa selain dapat
mengisi masa lapang dengan berfaedah. Ibu bapa boleh menghadiahkan novel yang sesuai
kepada anak-anak mengikut umur mereka. Ibu bapa juga perlu pilih bahan bacaan yang
hendak dibeli untuk anak-anak sewaktu membawa mereka berkunjung ke kedai buku
PENYEDIAAN ITEM BAHASA MELAYU TEMA : KESUSASTERAAN
(SABK SYUBBANIAH) 2015

PN. NUR HABIBAH BT YUSUF & PN. NOOR HASNI BT ABD WAHAB (PANITIA BM SABK
SYUBBANIAH)

mahupun pameran buku. Seterusnya, ibu bapa harus menyediakan sebuah perpustakaan mini
yang dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan khususnya karya-karya sastera seperti prosa
atau puisi tradisional dan moden yang dihasilkan oleh pengarang tersohor di rumah. Dengan
itu, minat anak-anak untuk membaca karya sastera dapat dipupuk dan disemai dalam jiwa
mereka.
Di samping itu, media massa turut memainkan peranan yang penting dalam
mengambil langkah menarik minat semua lapisan masyarakat membaca karya sastera.
Sebagai contohnya, pihak media boleh mempromosikan karya sastera kepada masyarakat
melalui radio, televisyen dan surat khabar. Melalui cara ini, lapisan masyarakat dapat
mengetahui cara untuk mendapatkan karya sastera di pasaran. Bukan itu sahaja, pihak media
juga boleh menyiarkan sudut sastera atau ulasan karya sastera yang agung di akhbar dan
majalah kepada orang ramai. Dengan itu, orang ramai berpeluang untuk mengenali karya
sastera di negara kita dengan lebih mendalam. Tambahan pula, pihak media turut boleh
menganjurkan peraduan teka teki atau menulis sajak dan syair yang bertemakan karya-karya
sastera. Jelasnya, pihak media haruslah mengambil langkah untuk menarik perhatian orang
ramai untuk membaca karya sastera.
Seterusnya, pihak kerajaan haruslah mengadakan pameran karya sastera dan kempen
menghayati karya sastera di seluruh pelusuk negara. Melalui langkah ini, rakyat berpeluang
untuk mengenali karya-karya sastera ini dengan lebih dekat. Tambahan pula, pihak kerajaan
boleh membina perpustakaan rakyat di setiap daerah bagi memudahkan rakyat untuk
membaca ataupun meminjam karya-karya sastera untuk dibaca. Pihak kerajaan turut boleh
mengambil inisiatif untuk mengurangkan kadar cukai penerbitan karya sastera. Langkah ini
dapat menurunkan harga buku tersebut agar semua rakyat khususnya golongan berpendapatan
rendah berpeluang untuk memiliki karya-karya sastera itu sendiri. Oleh itu, jelaslah bahawa
pihak kerajaan turut memainkan watak yang utama dalam mengambil langkah untuk menarik
minat orang ramai membaca karya sastera.
Akhir sekali, pihak-pihak NGO seperti syarikat penerbitan harus menerbitkan lebih
banyak karya sastera supaya karya tersebut mudah didapati di pasaran. Pihak penerbit boleh
bekerjasama dengan penulis untuk mengeluarkan berbagai-bagai genre sastera. Penerbit juga
perlu memberikan bayaran setimpal dan berpatutan kepada penulis. Persatuan Karya-karya
Sastera boleh ditubuhkan untuk melindungi karya-karya penulis supaya tidak dplagiat oleh
pihak tertentu yang bermotifkan keuntungan dan bagi membolehkan para peminat berkongsi
pendapat bersama dengan penulis. Kerajaan juga boleh meningkatkan jumlah penerbitan
karya sastera dalam setahun dan bekerjasama dengan seberapa ramai penulis dan penerbit
untuk menghasilkan karya sastera yang bermutu.
Berdasarkan perbincangan di atas, dapat disimpulkan bahawa semua pihak menggalas
tanggungjawab yang berat dalam usaha untuk menghidupkan minat orang ramai membaca
karya sastera. Masyarakat pula harus bersikap berhati terbuka supaya langkah-langkah
tersebut mendapat sambutan yang hangat dan seterusnya berjaya direalisasikan. Kita selaku
warga Malaysia haruslah mencintai dan menghayati karya sastera kita kerana ia merupakan
warisan bangsa dan mencerminkan identiti kita.
( 828 patah perkataan)
PENYEDIAAN ITEM BAHASA MELAYU TEMA : KESUSASTERAAN
(SABK SYUBBANIAH) 2015

PN. NUR HABIBAH BT YUSUF & PN. NOOR HASNI BT ABD WAHAB (PANITIA BM SABK
SYUBBANIAH)

CONTOH ITEM KBAT

1. Sekiranya anda adalah Sasterawan Negara, apakah cara-cara untuk menarik minat
masyarakat membaca buku-buku sastera?

2. Pada pendapat anda, wajarkah seorang pelajar menceburi bidang kesusasteraan?


Berikan alasan anda.
3. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan bidang kesusasteraan
ini pupus?
4. Seandainya anda diberi peluang untuk mendeklamasikan sajak di sekolah, apakah
reaksi anda?
5. Sekiranya anda adalah seorang guru, apakah nasihat-nasihat yang perlu diberikan
kepada murid-murid yang kurang berminat dengan pembelajaran sastera?

Info Formulasi Jawapan


1. Sekiranya anda adalah Sasterawan Negara, apakah cara-cara untuk menarik minat
masyarakat membaca buku-buku sastera?
-menganjurkan kursus penulisan karya kreatif saastera kepada pelajar sekolah.
-adakan/anjurkan Perkampungan Penulis Muda Karya Sastera di tempat-tempat
awam seperti pasaraya besar dan premis-premis kerajaan.
-menubuhkan Persatuan Karya-karya Sastera untuk melindungi karya-karya penulis
supaya tidak diplagiat oleh pihak tertentu yang ingin mengaut keuntungan.
-bekerjasama dengan seberapa ramai penulis dan penerbit untuk menghasilkan karya
Sastera yang bermutu.

2. Pada pendapat anda, wajarkah seorang pelajar menceburi bidang kesusasteraan?


Berikan alasan anda.
-wajar kerana
a.
Memastikan kelestarian dan kesinambungan budaya warisan bangsa
Melayu tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.
PENYEDIAAN ITEM BAHASA MELAYU TEMA : KESUSASTERAAN
(SABK SYUBBANIAH) 2015

PN. NUR HABIBAH BT YUSUF & PN. NOOR HASNI BT ABD WAHAB (PANITIA BM SABK
SYUBBANIAH)

b.
pelajar dapat menghayati karya sastera dengan menggunakan daya
kreativiti tersendiri.
3. Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan bidang kesusasteraan
ini pupus?
-mengarus perdanakan bidang kesusasteraan sebagai wahana dalam memupuk
integrasi nasional melalui aspek ekonomi, sosial, pendidikan.
-mewajibkan subjek kesusteraan kepada semua bangsa dipelajari di semua
peringkat pengajian dan institusi pendidikan di Malaysia.
4. Seandainya anda diberi peluang untuk mendeklamasikan sajak di sekolah, apakah
reaksi anda?
-Menerima peluang tersebut sebagai satu cabaran kepada diri sendiri.
-mencuba mendeklamasikan sajak dengan baik.
-menghayati bait-bait sajak dari segi maksud tersuratnya dan intonasi suara.
5. Sekiranya anda adalah seorang guru, apakah nasihat-nasihat yang perlu diberikan
kepada murid-murid yang kurang berminat dengan pembelajaran sastera?
-menerapkan keutamaan pembelajaran Sastera dalam pdp.
-menerangkan prospek kerjaya sebagai penulis dan pengkrya agung yang dapat
menjana ekonomi.
-Mempopularkan seni Sastera sebagai wadah dalam memerjuangkan wrisan bangsa
dan mencerminkan identiti bangsa Melayu di Malaysia khususnya dan di Nusantara
Melayu amnya.

PENYEDIAAN ITEM BAHASA MELAYU TEMA : KESUSASTERAAN


(SABK SYUBBANIAH) 2015

Anda mungkin juga menyukai