Anda di halaman 1dari 52

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

1.0 PENGENALAN Islam di Eropah terutamanya di Sepanyol yang berpusat di Cordova telah banyak melahirkan tokoh-tokoh pemikir Islam. Orang yang berusaha mengembangkan Tamadun Islam di Sepanyol iaitu golongan Arab dan ahli fikir yang berpindah ke Sepanyol ketika pembukaan Sepanyol dan selepasnya dan juga orang yang lahir di Sepanyol sendiri yang lahir hasil persemendaan dan pergaulan antara masyarakat Islam Sepanyol dan umat Islam yang berhijrah ke Sepanyol semasa pembukaannya. Perhubungan dan kerjasama antara dua golongan berkenaan lahirlah pelbagai bentuk tamadun kemajuan intelektual yang meliputi beberapa bidang ilmu pengetahuan.1 Antaranya ialah ilmu Kalam, ilmu falsafah, ilmu sains, seni dan sastera Arab. Kemajuan tamadun kebendaan juga pesat berkembang di bidang seni bina, perhubungan serta kemajuan sains dan teknologi. Masyarakat Sepanyol Islam merupakan masyarakat majmuk yang terdiri daripada komuniti-komuniti Arab (Utara dan Selatan), al-Muwalladun (orang-orang Sepanyol yang memeluk Islam), Barbar (umat Islam yang berasal dari Afrika Selatan), alShaqalibah (penduduk daerah di antara Konstantinple dan Bulgaria yang menjadi tawanan Jerman dan dijual kepada penguasa Islam untuk dijadikan tentera upahan), Yahudi, Kristian Muzareb yang berbudaya Arab, dan Kristian yang masih menentang kehadiran Islam. Semua komuniti kecuali yang terakhir iaitu Kristian yang menentang Islam telah memberikan sumbangan saham intelektual terhadap terbentuknya lingkungan budaya Andalus yang melahirkan kebangkitan Ilmiah, sastera, serta pembangunan fizik.2
1

Angkatan Belia Islam Malaysia (1997). Warisan tamadun Islam ( The Heritage Islamic Civilization). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm.,9. 2 Cliffrord Edmund Bosworth (2004). The New Islamic Dynasties : A Chronological and gencalogical manual. Edinburgh: University Press. hlm., 11-14.

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Peta 1 menunjukkan arah penaklukan Andalus yang dilakukan oleh orang Islam

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

2.0 FAKTOR PERKEMBANGAN INTELEKTUAL Islam telah memerintahkan penganutnya supaya berusaha mencari dan mendalami pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Semua bidang ilmu yang berkait dengan keperluan dan kepentingan masyarakat Islam, wajib dipelajari. Ini kerana tanpa penguasaan yang sewajarnya terhadap ilmu-ilmu tersebut tidak akan memungkinkan umat Islam mencapai kestabilan dan keselesaan di dalam kehidupan bermasyarakat. Justeru, kitab suci al-Quran dan Hadith bukan sekadar hanya memberikan galakan malah ia sendiri turut memaparkan beraneka pemikiran dan garisan yang memberi peluang kepada manusia untuk mengkaji dan menyelidiki isi kandungannya. Ini bermakna alQuran dan Hadith merupakan sumber utama kepada ilmu pengetahuan manusia . Faktor inilah yang mendorong umat Islam di Sepanyol menyedari akan kepentingan ilmu yang telah membawa kegemilangan tamadun Islam Sepanyol yang berpusat di Cordova sehinggalah kejatuhannya ke tangan kerajaan Kristian pada kurun ke-16 M. Galakan pemerintah terhadap perkembangan kegiatan intelektual turut

menjadikan Andalus sebagai sebuah pusat kegiatan keilmuan di Eropah pada masa pemerintahan kerajaan Bani Umayyah yang diasaskan oleh Abdul Rahman al-Dakhil. Pemerintah-pemerintah Islam di Andalus amat prihatin terhadap perkembangan dan kemajuan kegiatan intelektual Islam di dalam pelbagai bidang. Mereka amat berminat menjemput dan mengumpulkan para cendiakawan dari segenap ceruk rantau dunia untuk menampung keperluan institusi keilmuan yang didirikan hampir setiap buah bandar di Andalus. Sejak dari mula Bani Umayyah berkuasa di Andalus para pemimpinnya 3 telah menunjukkan minat yang mendalam dalam bidang keilmuan.

Syed Mahadzir (2005). Sejarah perkembangan dan kebangkitan Islam. Selangor: Penerbit PCT Sdn. Bhd. hlm., 35.

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Institusi Pendidikan Islam- Perpustakaan Islam 3.0 INSTITUSI PENDIDIKAN Perkembangan pesat kegiatan ilmu pengetahuan berlaku di Andalus setelah umat Islam berjaya menguasainya pada tahun 92H/711 M. Masyarakat Islam Andalus menaruh perhatian besar terhadap kegiatan keilmuan. Masjid-masjid telah yang didirikan dijadikan pendorong perkembangan keilmuan. Di masjid kanak-kanak Islam diajar membaca alQuran serta perkara-perkara asas agama yang lain sebelum ke peringkat tinggi. Terdapat sebuah sekolah di setiap buah masjid. Kanak-kanak diajar membaca, menulis dan mengira (3M). Di peringkat pengajian menengah4 hampir keseluruhannya adalah milik peribadi. Masyarakat umum juga telah menjadikan rumah mereka sebagai pusat kegiatan perkembangan pengetahuan. Mereka menjadi sukarela membenarkan rumah mereka sebagai tempat pengajaran kanak-kanak.

Sistem kurikulum adalah tidak selaras. Program pendidikannya meliputi subjek nahu, karangan, hafalan, cerita-cerita rakyat, sejarah, matematik, astronomi, pengantar ilmu perubatan, kehakiman dan lain-lain. Pelajar juga akan dianugerahkan sebagai menandakan mereka layak mengajar mata pelajaran berkenaan. . Ibid. hlm., 36.

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Pada asasnya, pendidikan menengah tidak secara formal kerana pelajar didedahkan telah didedahkan mata pelajaran yang asas untuk terus melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi5. Jumlah institusi pengajian tinggi yang banyak juga terdapat di bandar-bandar lain di Andalus seperti Seville, Granada, Xativa, Denia, Almeria, Valencia, Malaga, Toledo, Badajoz dan lain-lain. Orang yahudi6 yang dahulunya hidup tertindas di bawah pemerintahan Visogoth kini berpeluang menuntut ilmu pengetahuan dan berpeluang mengembangkan berbagai bidang ilmu di sekitar Andalus.

4.0 KHAZANAH INTELEKTUAL ISLAM 4.1 Ilmu Falsafah Islam di Sepanyol telah mencatat satu lembaran budaya yang sangat menakjubkan dalam bentangan sejarah Islam. Sepanyol adalah sebagai jambatan penyeberangan ilmu Yunani-Arab ke eropah pada abad ke-12. Minat terhadap falsafah dan ilmu pengetahuan mulai dikembangkan pada abad ke-9 M selama pemerintahan penguasa Bani Umayyah yang ke-5, Muhammad Ibn Abdurrahman.7 Tokoh utama dalam sejarah falsafah ArabSepanyol ialah Abu Bkar Muhammad ibn al-Sayigh yang dikenali sebagai Ibn Bajjah. 8
5

Pelajaran di peringkat tinggi ditumpukan kepada mata pelajaran tata bahasa dan karangan, sejarah dan perundangan, ilmu asas perubatan, matematik dan astronomi, politik, ilmi perkamusan dan lainnya. Tidak wujud dualisme atau pemisahan antara pelajaran keagamaan dan kemasyarakatan. Satu corak pendidikan yang bersepadu telah diwujudkan dalam sistem pendidikan di Andalus. Haji Dusuki Haji Ahmad (1978). Ikhtisar perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm., 37. 6 Di kalangan orang yahudi terdapat sarjana-sarjana besar seperti Aben Ezra, Jonah Ben Gannach, Maimonides, Bechai, dan David Quimchi. Mereka tinggal di sekitar Andalusdan di kalangan mereka inilah kemudiannya telah memainka peranan penting di dalam memindahkan ilmu pengetahuan Islam ke Eropah Kristian. Ibid. hlm., 42. 7 Atas inisiatif al-Hakam (961M-976M), karya-karya ilmiah dan filosofis diimport dari timur dalam jumlah yang besar sehingga Cordova dengan perpustakaan dan universitinya mampu menyayingi Banghad sebagai pusat utama ilmu pengetahuan di dunia Islam. Syed Mahadir (2005). Islam di Sepanyol dan Pengaruhnya terhadap Renaisense di Eropah. Selangor: Penerbitan POT Sdn. Bhd. hlm., 34. 8 Ibn Bajjah dikenali sebagai Avempace dalam sumber latin. Dilahirkan di Saragosa, dia kemudiannya pindah ke Seville dan Granada dan meninggal kerana termakan racun di Fez pada tahun 1138M. Ibn Bajjah telah banyak mengarang buku yang ditinggalkannya iaitu beberaapa risalah dalam ilmu logika, dan sampai

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Tokoh utama kedua bidang falsafah yang bayak memberi sumbangan terhadap falsafah di barat adalah Abu Bakar Ibn Thufail penduduk asli Wadi Asy timur laut Granada. Risalah Hayy bin Yahhzan9 adalah antaranya merupakan intisari fikiran falsafat Ibnu Thufail yang telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa. Pada akhir abad ke-12 M telah munculnya seorang pengikut Aristoteles yang terbesar di gelanggang falsafah Islam iaitu Ibn Rusyd10 atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibn Ahmad yang lahir di Cordova pada tahun 1126M. Beliau ahli falsafah yang paling agung telah dlahirkan. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam tetapi juga di kalangan masyarakat di Eropah dan dikenali sebagai Averroes. 11 Pemikiran Ibn Rusyd telah melepaskan belenggu taklid dan mengajurkan kebebasan berfikir. Beliau mengulas pemikiran Aristotles dengan cara memikat minat semua orang berfikir secara bebas. Beliau mementingkan sunatullah menurut pengertian Islam terhadap pantheisme dan antrophoisme Kristian sehingga melahirkan gerakan
sekarang ilmu tersebut tersimpan di perpusatakaan Escurial (Sepanyol), risalah tentang jiwa, risalah alIttisal, mengenai pertemuan manusia dan akal, risalah al-wada, berisi huraian tentang penggerak utama bagi manusia dan tujuan sebenar kewujudan manusia dan alam serta beberapa risalah tentang falak dan kedoktoran, risalah al-Mutawahhid dan beberapa ulasan terhadap buku-buku filsafat, antara lain dari Aristotles, al-Farabi dan Porphyirus . Sudarsono (2004). Filsafat Islam. Jakarta: Penerbit Reneka Cipta. hlm., 75-76. 9 Kisah Hayy bin Yaqzhan adalah sebuah karya roman klasik yang ditulis oleh Ibn Thufail (1106-1185) yang bercerita tentang perjumpaan Nalar dengan Tuhan. Dalam karyanya ini Ibnu Thufail dipandang telah menyampaikan bentuk ekspresi postulat Neo Platonisme tentang keserasian hubungan antara agama dan filsafat, akal dan wahyu. Dalam kisah tersebut, Ibnu Thufail menyatakan pandangan filsafatnya tentang alam semesta, Tuhan, agama, moral, manusia dan wataknya, budaya masyarakat formal serta adanya keserasian antara agama dan filsafat. Dia juga mencoba untuk menjelaskan tentang kemampuan manusia untuk hidup sendiri dan mandiri, tanpa adanya bantuan bahasa, agama, budaya dan tradisi yang mewarnainya, artinya semua hal yang disebutkan diatas itu tidak sepenuhnya selalu mempengaruhi perkembangan akal manusia. Diaz Corner http://diaz2000.multiply.com/reviews/item/14. 20 0gos 2007. 10 Beliau telah dihantar untuk berguru dengan Ibnu Zuhr yang kemudiannya menjadi rakan karibnya. Ibnu Rusyd mempelajari ilmu fiqh dan perubatan daripada rakannya yang juga merupakan tokoh perubatan yang terkenal di Sepanyol, Ibnu Zuhr yang pernah bertugas di sebagai doktor istana di Andalusia. Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of Treatment. Karyanya yang bertajuk tahafut-al-tahafut masih lagi dipelajari dan menjadi bahan kajian di institusi pengajian yinggi di barat. Tokoh-tokoh Islam http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id11.html. 20 Ogos 2007.
11

. Ustaz Azam b. Hamzah (1991). Sejarah dan Tamadun Islam di Andalus. Kuala Lumpur: Hizbi Sdn. Bhd. hlm., 63

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Avveroisme (Ibn Rusydisme) yang menuntut kebebasan berfikir. Bermula gerakan Avveroisme inilah lahirnya reformasi di Eropah dan rasionalisme pada abad 16M dan 17 M.12 Islam di Andalus juga telah melahirkan filosofis berketurunan yahudi seperti Sulaiman bin Yahya Jabirul atau Solomon ben Gabirol serta Ibn Maimun yang dikenali sebagai Maimonides.13 Terdapat ramai lagi ahli falsafah sarjana Andalus seperti Ibn Massara, Abu Bakar al-Walid Sulaiman bin Khalaf, Abu Bakar al-Turtusi, Ibn Arif, Ibn Arabi, dan Ibn Sabiin. Mereka ini telah memberi sumbangan yang besar terhadap perkembangan ilmu falsafah di Andalus.14

12 13

Syed Mahadzir. Sejarah Perkembangan dan Kebangkitan Islam. Ibid. hlm., 32. Solomon ben Gabirol dikenali juga dengan panggilan plato yahudi dan telah menghasilkan karya Yanbu al-Hayat dan Ibnu Maimun atau dikenali sebagai Maominides telah menghasilkan beberapa buah karya di dalam bidang ilmu falsafah, antaranya kitab dalalat al-Hariin. Ustaz Azam. Sejarah dan Tamadun Islam di Andalus. Hlm., 64. 14 Ibid.

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Manuskrip yang ditulis oleh Maimonides

Statue of Maimonides in Cordoba.

Karya Ibn Thufail-

Ibn Rusyd (Averroas)

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

4.2 Ilmu Perubatan Bidang perubatan di Andalus telah melahirkan ramai pakar perubatan. Sarjana Islam Andalus telah berjaya mengatasi pencapaian ahli-ahli perubatan timur. Mereka berjaya mencapai kemajuan di dalam bidang ini dengan melakukan ujikaji terhadap rangka monyet yang diimport dari Afrika. Dengan ini mereka telah berjaya memperbaiki hasil karya Greek seperti Galen dan Hippocrates.15 Hunain Ibn Ishaq merupakan insane yang bertanggungjawab menterjemahkan karya perubatan Greek kepada Bahasa Arab terutama buku Galendalam bidang perubatan sekitar 100 buah buku ke dalam bahasa Syria dan 39 buah ke dalam bahasa Arab.16 Abu al-Qasim Khalaf bin Abbas al-Zahrawi (Abulcasis)17 adalah antara pakar perubatan di Andalus. Seterusnya, pakar perubatan yang terkenal di Andalus dan dikenali sebagai Averroas (Ibn Rushd)18 di Barat yang merupakan pakar dalam pelbagai bidang iaitu falsafah, perubatan, undang-undang dan ilmu teologi. Ibn al-Khatib pula merupakan pakar perubatan dan sejarawan terkenal. Beliau tinggal di Granada dan telah menghasilkan sebuah karya ringkas mengenai penyakit berjangkit. Menurutnya, tragedi (Black Death)19 yang menimpa Andalus pada abad ke-14M, bukannya adalah satu bala
15 16

Ibid. hlm., 70. Musyrifah Sunanto (2003). Sejarah Islam Klasik: perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Jakarta: Prenada Media. Hlm. 80. 17 Di kenali sebagai abulcasis di Eropah. Dia merupakan ahli fizik Andalus-Arab. Beliau merupakan bapa kepada perubatan moden. Menggabungkan perubatan Islam dan juga Grace-Roman. Kepakaran penhetahuan beliau digunakan di Eropah sehingga zaman Renaissance di Eropah. Karyanya yang terkenal adalah al-Tasrif yang mengandungi 30 bahagian, 3 daripadanya membicarakan tentang perubatan . ia menjadi buku teks terpenting ilmu perubatan pada abad pertengahan dan menjadi paduan kepada ahli-ahli surgery eropah selepasnya. Buku ini juga telah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa. http://en.wikipedia.org/wiki/Abulcasis-. 18 He wrote a medical encyclopedia called Kulliyat ("Generalities", i.e. general medicine), known in its Latin translation as Colliget. He also made a compilation of the works of Galen, and wrote a commentary on the Canon of Medicine (Qanun fi 't-tibb) of Avicenna (Ibn Sina) (9801037)http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Rushd.
19

Black Death adalah salah satu wabak yang membawa kemusnahan besar dalam sejarah manusia. Bermula di barat daya Asia, tersebar ke Eropah pada akhir 1340an, jumlah kematian yang dicatatkan dianggarkan

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

daripada Allah tetapi merupakan penyakit berjangkit. Wanita Sepanyol yang terkenal dalam bidang perubatan ialah Ummul Hassan binti Qadhi abu Jaafar al-Tanjali dan juga cucu perempuan kepada Zahar iaitu pakar dalam bidang ubat-ubatan. Mereka pernah masuk ke istana untuk merawat isteri al-Mansur.20 Perkhidmatan perubatan doktor-doktor Islam turut diberi kepada raja Kristian yang berhampiran seperti yang pernah diberi kepada Raja Nafar dengan arahan Khalifah Abdul Rahman an Nasir untuk mengubati penyakit lebihan lemak yang dialaminya. Al-Razi (865-925M) yang terkenal di dunia Barat dengan sebutan Rhazes atau Rasis atau Rozes sangat dominan dengan dunia perubatan Islam. Satu karya perubatannya yang terkenal adalah berkaitan dengan Campak dan Cacar.21 Sebuah bukunya yang mahsyur ialah al-Hawi yang merupakan intipati ilmu Greek, Syria dan Arab yang menjadi perhatian Raja Kristian Eropah.22 Beliau telah mendapat gelaran The greatest medical doctor in the middle ages. Ibn Sina23 merupakan ahli falsafah Islam namun beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan dan dikenali sebagai Avicenna di kalangan

sebanyak 75 juta nyawa, dan 20 juta daripadanya di Eropah sahaja. Hampir dua pertiga penduduk Eropah lenyap akibat wabak ini. badruless.blogspot.com 20 Warisan Tamadun Islam. Hlm., xvii. 21 Menurut Rhazes (Cacar muncul apabila darah 'bisul dan adalah berjangkit, mengakibatkan dalam wap dipecat. Darah yang oleh itu juvenil (yang seolah-olah basah rumusan muncul pada kulit) sedang diubah ke dalam darah lebih banyak, mempunyai warna wain yang tinggi. Pada peringkat ini, cacar datang pada asasnya sebagai 'buih dijumpai di wain' ). - http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Razi. 22 Al-Hawi merupakan sebuah karya yang dihasilkan oleh al-Razi (Rhazes) ialah sebuah penyelidikan perubatan ensiklopedia yang mengandungi 9 jilid. Dikenali dieropah sebagai The Large Comprehensive or Continens Liber) yang menggarap peringatan dan kritikan terhadap ahli falsafah Greek iaitu Aristotles dan Plato. Yang mengeluarkan pemikiran yang inivatif melputi pelbagai sudut. Buku ini sangat menarik perhatian Charles of Anjau yang telah memerintahkan supaya diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh seorang doctor Sicily bernama Faraj bin Salim dan Girgenti yang telah digunakan di Eropah sebagai rujukan utama Universiti di Eropah. http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Razi. 23 Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama). Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul Remedies for The Heart yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk mengubatinya. http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id3.html

10

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

masyarakat Eropah. Karyanya dalam bidang perubatan ialah al-Qanun al-Thib 24. Ilmu perubatan Islam mula berkembang di Salerno Itali dengan usaha Constantine Afrika yang merupakan tokoh yang mula menterjemahkan karya perubatan Islam kpd Latin. Penyebaran ilmu ini pula dipelopori oleh Peter Abano maha guru perubatan di Universiti Padua. Beliau banyak dipengaruhi oleh Ibn Rushd (Averroes). Peter Abano mengarang buku The Conciliator tentang sains dan perubatan dan mengutip rujukan daripada pengarang Arab seperti al-Kindi, Ibn Rusyd, Ibn Sina, al-Farabi25.

24

Al Qanun fil Tabib Ibn Sina Qanun telah diterbitkan diRom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun, buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah dijadikan sebagai bahan rujukan asas di universiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar perubatan. Helen Buss Mitchell (2005). Annual Editions:World History Vol 1-Prehistory to 1500. America: Mc-Graw Hill. Hlm., 155-157.
25

Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud dan Prof. Dr. Hj. Kamarudin Mohd. Yusof. Fakulti Kejuruteraan.

Teknologi dan Peradaban Gerakan Teknologi Ke Barat daripada http://pkukmweb.ukm.my/~drkmy/sejarah .

11

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Bakteria punca black death

wabak black death

Abulcasis -Alatan perubatan (Abulcasis)

Colophon of al-Razi's Book Medicine in Arabic Sina

Buku perubatan Ibn

12

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

4.3 Ilmu Astronomi Islam di Andalus telah melahirkan ramai ahli astronomi terkemuka. Menara masjid telah digunakan sebagai tempat melakukan pencerapan angkasa lepas. Sebuah balai cerap yang dikenali sebagai Giralda telah dibina berhampiran masjid Seville pada tahun 1190M. Kurun ke-10 M telah menyaksikan lahirnya ramai tokoh ilmu astronomi di Andalus. Abu al-Qasim Maslamah al-Majriti26 telah menubuhkan sekolah astronomi dan astrologi di Andalus. Beliau telah menghasilkan karya mengenai astrolabe 27 dan sebuah buku mengenai aritmathik perdagangan serta mengenai daftar astronomi Khawarizmi. Dalam bidang falaq ini juga, Ibrahim bin Yahya An Naqas yang dikenali sebagai Ibn Az Zarqali (Azarchel) sangat terkemuka dengan penciptaan astrolabe dan penentuan waktu gerhana matahari serta orang yang berjaya mencipta teropong moden.28 Ibn al-Haitham ataupun nama sebenarnya Abu Ali al-Hassan dikenali sebagai alhazen di barat. Dalam bidang astronomi beliau telah mengkritik kepandaian Ptolemy
26

Sebuah penulisan ilmiah Al-Majriti yang terkenal ialah mengenai astrolab, iaitu sebuah peralatan kuno untuk mengukur ketinggian bintang di langit.Ia adalah cakera yang diperbuat daripada kayu atau logam mempunyai ukuran darjah di tepinya dan di tengahnya ada sebuah jarum penunjuk yang boleh bergerak. Nama: Abu Al-Qasim Maslamah bin Ahmad Gelaran: Al-Majriti Tarikh lahir: 338 Hijrah bersamaan 950 Masihi Tempat lahir: Majrit (Madrid) Meninggal dunia: Tahun 398 Hijrah bersamaan 1007 Masihi di Andalus Sumbangan: Ilmuwan Arab Andalus yang pertama dalam bidang matematik dan ilmu astronomi . Boboy Teori Matematik al-Majriti diakui seluruh dunia. http://basyar.wordpress.com/2007/01/23/teori-matematikal-majriti-diakui-seluruh-dunia/. Diperoleh pada )Ogos 23rd, 2007.
27

Astrolabe yang dihasilkan telah digunakan oleh orang eropah sehingga kurun ke-12M. Dengan penggunaan alat ini, mereka telah dapat menentukan saiz bumi dengan lebih tepat daripada yang dilakukan oleh orang greek sebelumnya. Untuk mengukur kemiringan garisan yang diikuti oleh matahari sewaktu mengelilingi bumi, mereka telah menggunakan sekatan iaitu sejenis alat pengukur ketinggian matahari yang diperbuat daripada gangsa. Ibid. 28 Al-Zarqali (Azarchel) lahir di Cordova pada tahun 1029M hingga 1080M. Beliau merupakan seorang ahli astronomi yang menjalankan pemerhatian di antara 1061M-1080M. Beliau telah menciptakan sebuah Astrolabe yang diberi nama safiham (saphaea Arzachelis), huraiannya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Ibrani, Latin dan beberapa bahasa lain. Beliau dapat menentukan kejadian gerhana matahari dengan tepat dan tempohnya sekali. Dapat mencipta astrolabe yang dapat mengukur jarak matahari dengan planet lain di samping dapat mengukur jarak antara bulan dan bumi. Prof. Hamed A. Ead. History of Islamic Science 7.Based on the book . Introduction to the History of Science by George Sarton. Muslim Mathematics And Astronomy .http://www.levity.com/alchemy/islam18.html. pada 22 Ogos 2007.

13

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

dengan menggunakan kritikan yang menerangkan bahawa pergerakan planet yang tetap dalam masa yang regular. Ptolemy telah melewatkan beberapa aspek penting terhadap teori pergerakan bulan ini adalah teori yang tidak boleh diterima menurut al-Hazen29.

(La Giralda) Seville, Spain,


Tempat melakukan pencerapan angkasa lepas It was built in 1184 under the orders of the Caliph Abu Yusuf Ya'qub al-Mansur by the architect Ahmad ibn Baso

Spanish stamp-al-Zarqali with astrolobe

Astrolobe Universal Afrika Utara yang digunakan pada kurun ke-13 ciptaan al-Zarqali 4.4 Ilmu Sejarah

29

Mohaini Mohamed (2000). Great Muslim Mathemathics. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Hlm., 45-47.

14

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Bidang pensejarahan merupakan bidang yang mendapat perhatian oleh masyarakat Andalus sendiri. Di Andalus merujuk Islam di Eropah telah lahir ramai sejarawan Andalus yang terkemuka. Ibn al-Qutiyyah merupakan sejarawan Andalus yang menghasilkan karyanya Tarikh Iftitah al-Andalus yang menggarapkan kisah sejarah orang-orang Islam Andalus hingga ke zaman pemerintahan Abdul Rahman 11. Sejarawan Islam ini telah memberikan sumbangan yang besar dalam bidang pensejarahan Islam. Gharib ibn Said (Ibn Said) merupakan seorang sejarawan yang telah meringkaskan kitab al-tabari serta ditambah maklumat sejarah Andalus dan Afrika Utara. 30 Ibn al-Khatib merupakan seorang sejarawan yang terkenal serta ahli fizik dan sastera. Beliau telah menghasilkan pelbagai karya meliputi pelbagai bidang dan tajuk. Kitabnya al-Ihatah fi tarikh al-Gharnatah yang merupakan buku sejarah lengkap mengenai Granada.31 Sejarawan Islam yang paling terkenal dan dikenali di barat terutamanya ialah Ibn Khaldun32. Karyanya yang berjudul Kitab al-Ibar wa Diwan al-Mubtada wa al-akhbar fi Ayyam al-Arab wa al-Ajam wa al-Barbar adalah karya yang mengisahkan berkaitan sejarah dan pensejarahan. Ia juga menyentuh perihal masyarakat manusia, raja-raja dan khalifah-khalifah yang memerintah, masyarakat yang bertamadun, kehidupan manusia seharian dan ekonomi secara umum.33 Ditambah lagi dengan ketokohan Muhammad Ibn
30 31

http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Said Menurut Daniel Einsberg, Ibn al-Khatib known as lisan al-din (1313-1374) was the greatest muslim writer of Granada and the last great intellectual, writer and statesman of muslim Spain. He is remembered primarily as a historian,. Ibn Khatib is the first Arabic historian to write an Andalus History in its entirely an his work a principal sources for important period of the history of Nasrid Granada. Daniel Einsenberg (2003). Encyclopedia of Medieval Iberia. New York Rouledge. Hlm., 416. 32 Meskipun Ibn Khaldun lahir di Tunisia tetapi nenek moyangnya berasal daro Seville dan beliau pernah tinggal di Granada. Kitabnya yang terkenal adalah Muqaddimah. Musyrifah Sunanto (2003). Sejarah Islam Klasik: perkembangan ilmu pengetahuan Islam. Jakarta: Prenada Media. Hlm., 130. 33 32Menurut British historian Arnold J. Toynbee called the Muqaddimah "undoubtedly the greatest work of its kind that has ever yet been created by any mind in any time or place.Abderrahmane Lakhsassi writes: "No historian of the Maghreb since and particularly of the Berbers can do without his historical contribution." The British philosopher-anthropologist Ernest Gellner considered Ibn Khaldun's definition of government,'an institution which prevents injustice other than such as it commits itself', the best in the history of political theory. http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Khaldun.

15

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Musa al-Razi dan anaknya Ahmad telah banyak menulis tentang pemerintah-pemerintah Andalus, salasilah orang-orang mahsyur, kota Cordova dan bandar-bandar lain tetapi kebanyakan karya mereka telah hilang. Lahir juga buku Hostory of the Judge of Cordova yang dikarang oleh al-Khusanni. Abu al-Qasim Said Ibn Ahmad telah menghasilkan Tabaqat al-Umam berkenaan cendekiawan Islam di Andalus dan Jamiah al-Umam berkenaan dengan sejarah bangsa-bangsa. 34

Statue ibn Khaldun in Tunis

4.5 Ilmu Kimia Ilmu kimia merupakan ilmu pengetahuan atau kajian juzuk (kandungan) dan sifat bahan-bahan serta tindak balas yang membentuk bahan serta tindak balas yang membentuk bahan atau mengubahnya menjadi bentuk lain. Dunia islam telah melahirkan
34

Mahayuddin haji Yahya. Islam di Sepanyol dan Sicily Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pusaka. Hlm., 56.

16

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

beberapa pakar kimia Islam yang terkenal di barat. Jabir 35 dikenali di Barat (Geber) ahli kimia Andalus yang berasal dari Seville. Berjaya menemui asid sulfurik, asid nitrik, dan asid nirto muriatik. Dalam zaman pertengahan, karya-karya di alkimia Jabir adalah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan menjadi teks-teks piawaian untuk ahli-ahli kimia orang Eropah. Ini termasuk Kitab al-Kimya (Book yang berjudul Composition Alchemy di Eropah), diterjemahkan oleh Robert Chester (1144); dan Kitab al-Sab'een Gerard di Cremona Marcelin Antara tokoh Islam kimia yang hebat ialah Abbas bin Firnas yang telah menemui teknik menghasilkan kaca daripada kristal. Beliau juga membuat percubaan untuk menghasilkan guruh dan kilat rekaan di makmalnya, juga merupakan orang pertama yang membuat percubaan terbang di angkasa dengan menggunakan sayap.36 Ahli kimia moden memuji ahli kimia Islam dan mendapati mereka menggunakan proses kimia di dalam melakukan kerja-kerja penulenan, pemejalwapan, dan penukaran logam menjadi oksida dengan cara pembakaran. Sarjana Islam Andalus berjaya mencipta sejenis alat yang dipanggil alambique untuk mengeksploitasi pokok-pokok yang hidup dihutan bagi mendapat getahnya. Pengetahuan kimia mereka memungkinkan mereka mencipta berbagai jenis dadah yang baru. Mereka menghasilkan farmakopi dan menubuhkan kedai-kedai apotekaris.37 Selain itu, al-Razi atau Rhazes juga merupakan ahli kimia yang terkenal dengan memberikan penumpuan kepada proses praktikal dan

35

Ibn Hayyan (Geber) adalah pakar kimia yang telah berjaya mencipta penemuan didiplin kimia moden walaupun sebelum itu telah terdapat ilmu kimia. Dia menitikberatkan percubaan sistematik (eksperimen) dan cuba membebaskan kepercayaan tahyul serta berbalik semuala kepada asas ilmu yang satu iaitu Allah yang telah menciptakan sesuatu ilmu tersebut. Geber telah memperkenalkan istilah-istilah kimia dari segi penemuan dan huraian seperti proses hidrolok, asid nitrat, penyulingan, serta penghabluran yang menjadi asas kimia dan kejuruteraan kimia pada hari ini. http://en.wikipedia.org/wiki/Geber. 36 Maruwiah Ahmat. Sejarah Bani Umayyah di Andalus. Selangor: Karisma Publicatoins Sdn. Bhd. hlm., 104. 37 Imamuddin (1965). A Political History of Muslim Spain, t,p, Dacca. hlm., 12.

17

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

menolak proses teori. Antara sumbangannya ialah pengelasan benda kepada logam, tumbuhan dan haiwan. Beliau juga memberi penerangan yang teliti daripada Jabir (geber) tentang proses penyulingan, pengelasan dan penurasan.38 Selain daripada tokoh-tokoh di atas, terdapat beberapa lagi tokoh Islam yang memberi sumbangan dalam bidang kimia seperti Uthman Ibnu Suwayd. Beliau menghasilkan Mushaf al-Jamaah iaitu teks kimia Latin yang popular pada sepanjang zaman Ranaissance. Dhulil Nun al-Masri menulis tentang kimia, dua daripadanya dinyatakan oleh Ibnu al-Nadim. Al-Kindi perlu membuat beberapa pengujian tentang suhu dan kondensasi. Ia menerangkan proses-proses pengeluaran pewangi tiruan. Kitab Kimia al-Itr (Book of Chemistry of the perfume) telah diterbitkan oleh Karl Garber 948 M di Istanbul yang mengandungi lebih 100 resipi tentang penghasilan minyak wangi tiruan, air aromatic dan pelbagai lagi berkaitan fungsi dadah. 39 Sementara Utarid Ibnu Muhammad al-Hasib menyusun kitab Manafi al--ahjar yang membincangkan sifat-sifat logam.40

38

Perjumpaan dan penerangan prosespengasingan dan penceraian ini adalah sangat penting dalam perkembangan kimia moden. Kerana tanpa pengetahuan ini sikar untuk menyediakan bahan-bahan kimia untuk sesuatu pengujian. Dalam industri petroleum pada masa kini yang telah diterokai oleh al-Razi, penyulingan merupakan cirri utama. Oleh yang demikian, kepentingan proses kimia tidak dapat diragui terutamanya dalm konteks perindustrian dan kejuruteraan kimia. Ghazali Darussalam (2001). Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publicatoins & Distributors. hlm., 137.
39 40

http://www.muslimheritage.com/day_life/default.cfm?ArticleID=691&Oldpage=1&yearlist=1- al-kindi.

Ghazali Darussalam. Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam. Ibid. hlm., 137.

18

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

15th-century European portrait of "Geber" , Codici Ashburnhamiani 1166, Biblioteca Medicea Laurenziana, Florence

setem al-Kindi di Syria

The well of book by David C. Lindberg On al-Kindis optics.

4.6 Ilmu Geografi dan Kartografi

19

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Abad ke- 10M dan ke -11M merupakan era keemasan Andalus dalam bidang geografi kerana lahir ahli geografi terkenal seperti al-Bakri, ibn Jubair, al-Zuhr dan alIdrisi. Abu ubaid Abdullah bin Abd. Aziz al-Bakri (al-Bakri) telah menghasilkan beberapa karya geografi. Karya beliau kitab al-Masalik wa al-Mamalik iaitu sebuah penulisan berkaitan jalan dan kerajaan. Sebuah kamus geografi bertajuk Mu;jam ma Istiam. Sumber penulisan yang diperolehi hasil daripada karya seorang ahli geografi Andalus bernama Muhammad al-Tariqi dan Ibrahim bin Yaaqub. 41 Ibn Jubair yang lahir pada 1145 M di Valencia, Sepanyol pula telah menulis perihal perjalanannya dari Valencia ke Makkah dan karya yang dihasilkan Rihlah Ibn Jubair yang bermaksud pengembaraan Ibnu Jubair. Ibn Jubayr juga mengembara ke Jerusalem,Madinah, Makkah, Damsyik, Mosul, Acre dan Baghdad, kembali pada 1185 menerusi Sicily.42 Al-Zuhri ahli geografi Islam berasal dari Granada telah menghasilkan sebuah ulasan mengenai karya yang telah dihasilkan oleh 70 orang sarjana geografi di Baghdad. Karyanya kitab al-Jughrafiyyah. Al-Mazani pula menghasilkan karya geografi berkaitan dengan perjalanannya. Karyanya Tuhfat al-albab wa al-Nukhabat al-Ajab dan Nukhbat al- Adhan fi Ajaib al-Buldan. Abdullah al-Idrisi merupakan sarjana geografi Islam Andalus terkenal dan telah mengembara ke seluruh dunia Islam dan eropah serta telah menetap di istana Raja Roger di Palermo, Sicily. Beliau telah menghasilkan kitab Nuzhat al-Mustaq fi Ikhtiraq al-Afaq juga dikenali kitab al-Rugari sebagai dedikasi beliau kepada Raja Roger yang telah melindunginya. Al-Idrisi juga telah memberi sumbangan dengan menghasilkan peta glob berkenaan yang diketahui manusia 43.
41

http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Bakri.

42 43

http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Jubair. Ghazali Darussalam (2001). Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. hlm., 222.

20

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Sarjana-sarjana geografi-kartografi Islam Andalus mengkritik serta memperbaiki teori-teori Ptolemy tentang dunia yang terkandung di dalam karyanya Almagest. Malangnya sebahagian besar hasil karya Islam ini telah musnah dan yang tinggal pada hari inilah diterjemahkan ki bahasa Latin. Abu Ishaq al-zarqali telah mencipta banyak alat kartografi. Berjaya menyediakan Daftar Toledo (Toledo Tables) dan mencipta alat astrolab. Karya asal telah hilang tetapi beberapa buah daripada terjemahan bahasa Latin masih tersimpan di Bibliotheque, Paris 44. Ibn Rushd menghasilkan karya dalam bidang geografi-kartografi. Penulisan berkaitan dengan pergerakan lapisan-lapisan langit dan membuat ringkasan mengenai hasil karya Ptolemy. Al-Majriti menghasilkan buku berkaitan astrolab dan generasi haiwan. Buku bahasa Arab berkaitan astrolab telah musnah tetapi buku tentang generasi haiwan masih terpelihara dan disimpan di perpustakaan Escorial, Portugal 45.

44 45

Ibid. hlm., 228 Dr. Nurcholish Majid & W. Mentgomery (1997). Islam dan Peradaban Dunia: Pengaruh Islam atas eropah abad pertengahan. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. hlm., 55.

21

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Peta glob yang dihasilkan al-Idrisi

Astrolob bintang

4.7 Ilmu Zoologi dan Botani. Abad ke- 10M taman-taman zoologi dan botani di Andalus telah terkenal seluruh dunia. Abd. Rahman II telah dihadiahkan karya ilmu Botani oleh Constantine Raja Byzantine bertajuk Descoridesyang ditulis dalam bahasa Greek. Abd. Rahman II telah menjemput Nicholas berbangsa Greek bagi membantu menterjemahkan buku tersebut ke dalam bahasa Arab. Ia merupakan asas bagi pengajian ilmu botani Greek

22

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

di Andalus46. Ibn Bassal47 adalah ahli botani yang terkenal di Andalus. Tinggal di Toledo dan berkhidmat sebagai ahli botani di taman al-Mamun yang terletak di lembah Tagus. Hasil karya Kitab al-qasd wa al-Bayan. Telah diterbitkan dalam bahasa Sepanyol oleh Jose Maria Millas Vallicrosa dan Muhammad Aziman Tetuan pada 955M. al-Tighnari, karyanya Zahar al-Bustan wa al-Nuzhat al-Adhan. Abu Zakaria Yahya (Ibn Awwam). Hasil karya berkaitan bidang pertanian bertajuk Kitab alFilahah. Ibn Baitar telah menjelajah ke gunung-gunung dan ladang-ladang di

seluruh Andalus dan Afrika bagi mencari herba-herba perubatan. Karyanya alMughni al-Adwiyah al-Mufradah yang merupakan koleksi kaedah-kaedah

penyembuhan cara mudah. Menanam tumbuhan di taman pertanian kepunyaan gabenor Cadiz48.

Dalam bidang botani pula, umat Islam telah memberi sumbangan yang besar. Di kota-kota besar seperti Cordova, Kaherah, Baghdad dan Fez terdapat taman bunga yang cantik dan indah. Menurut Sarton, pencapaian umat Islam dalam bidang botani adalah jauh lebih hebat daripada pencapaian yang pernah diwarisi bangsa Yunani. Pada abad ke-12M, Ibn Arabi telah menulis sebuah buku tentang botani. Al-Ghafiqi dari Cordova telah menerbitkan sebuah buku tentang tumbuh-tumbuhan dan 50 jenis

46

Dr. Nurcholis Majid & W. Mrutgomery Wat (1997). Islam dan Peradaban Dunia. Jakarta: PT Gramedia Utama. hlm., 35. 47 Sumbangannya yang penting ialah dengan mengelaskan tanah mengikut darjah dan sifat-sifat tanah serta mengajar petani cara-cara meningkatkan hasil pertanian. Bagi meratakan bukit dan tanah, orang Islam Andalus menggunakan astrolabe dan murjiqal. Ghazali Darussalam. Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. hlm., 187. 48 Dr. Nurcholis Majid & W. Mrutgomery Wat (1997). Islam dan Peradaban Dunia. Ibid.hlm., 36.

23

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

pohon buah-buahan. Sementara Ibn Sina turut menghasilkan sebuah buku yang mengulas tentang tumbuhtumbuhan. Ibn al-Baytar yang berasal dan Andalus telah menyusun sebuah buku yang menyenaraikan 1400 jenis dadah yang boleh diproses daripada binatang, tumbuhtumbuhan dan bahan galian. Karyanya yang berjudul Kitab al-Mughni fi al-Adwiyah al-Mufradah merupakan sebuah buku yang paling perpengaruh dalam bidang farmakologi. Berikutnya, karya-karya botani yang berkaitan dengan perubatan telah dihasilkan oleh para pengkaji yang tinggi di wilayah-wilayah Islam. Segala kajian itu telah membantu mengenal pasti jenis akar kayu dan tumbuh-tumbuhan yang berkhasiat dan dapat digunakan dalam bidang perubatan49.

Ilustrasi perkembangan ilmu botani Islam

49

Ibid.

24

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Di hadapan masjid Cordova terdapat taman-taman yang Indah hasil perkembangan ilmu zoologi dan botani.

4.8 Ilmu Kalam Terdapat cabang ilmu wahyu ini antaranya ilmu fiqh, ilmu tasawuf, ilmu qiraat, ilmu hadith dan sebagainya50. Di Qurtubah- mazhab Maliki- mazhab Maliki dibawa oleh Ziad bin Abdul Rahman al-Lakhami. Pengasas utama ialah Yahya bin Yahya.Ilmu Fiqh dipelopori oleh Isa bin Dinar dengan Kitabnya al-Hidayah serta ulama terkenal Abu al-Qasim Abdullah bin Jazi al-Kalb yang menghasilkan Kitab al-Tashil il ulum al-Tanzil. Turut mengembangkan ilmu fiqh di Andalus terutamanya ialah Abu ishaq bin Ishaq bin Jabir, Abu Abdullah al-Lusi dan Abu Muhammad al-Hadrami. Ilmu Tasawuf pula yang

50

Haji Dasuki Haji Ahmad, 1978.Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm 348.

25

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

dikaitkan dengan tumpuan ibadat akhirat sahaja dipelopori oleh Ibrahim bin Muhammad bin Ibrahim bin Ubaidus dengan penghasilan Mauqul. Ilmu Hadith juga merupakan ilmu yang giat berkembang di Andalus berikutan penghijrahan beramai-ramai ahli hadith ke Andalus selepas pembukaannya secaa rasmi di Eropah berikutan keruntuhan kota Baghdad sebagai pusat ilmu. Al-Munaizir salah seorang sahabat Rasulullah berhijrah ke Andalus untuk mengembangkan pelajaran ilmu Hadith. Anak muridnya- Abu Abd. Rahman al-Jubili.18 orang tabiin (pengikut sahabat) berhijrah ke Andalus pada pembukaan Islam- Ibn Bashkuwal.Al-Mugith al-Rumi- ahli teologi yang banyak menghafal hadith Rasulullah yang diterima daripada sahabat51. Kitab Manahib al-Uqul wa Haqaiq al-

5.0 PERDAGANGAN DAN PERUSAHAAN Kemajuan pembangunan ekonomi berkembang dengan pesat dalam bidangbidang seperti perdagangan, pertanian dan perusahaan.

5.1

Perdagangan Dalam bidang perdagangan, terdapat kedai-kedai dan gedung-gedung perniagaan

yang banyak di setiap kota Sepanyol. Barang-barangnya datang dari senenap rantau dari timur dan barat.52 Perdagangan begitu maju di sepanyol ketika itu dengan pembinaan jalan-jalan raya, jambatan, dan kedai saudagar yang lengkap. Ketika penguasaan islam di
51 52

Ibid. Haji Dasuki Haji Ahmad (1978).Iktisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm. 351.

26

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

sepanyol saudagar-saudagar amat tertarik sekali untuk membuat perdagangan eksport dan import di sepanyol kerana kebebasab berdagangan yang di terdapat di sana.53 5.2 Pertanian Dalam bidang pertanian, pemimpin islam di sepanyol memperkenalkan kaedah yang biasa digunakan di Asia Barat. Sistem irigasi(pengairan) diperkenalkan kepada masyarakat sepanyol yang tidak mengenal sebelumnya. Mereka telah membina empangan air, meluaskan sungai, dan terusan, menggali taliair supaya air sungai sampai ke tempat tinggi di kawasan pertanian. 54 Orang-orang arab juga telah memperkenalkan penagturan hidrolik untuk tujuan irigasi dengan memperkenalkan roda air asal persia yang dinamakan naurah(sepanyol:noria).55 Pembinaan kemudahan tersebut merupakan daya usaha yang pertama di sepanyol sehingga satu 1/3 dari negeri berkenaan merupakan kawasan pertanian. Selain itu, orang-orang arab juga memperkenaalkan tanaman yang biasa terdapat di asia barat seperti anggur, padi, delima, tebu, kapas dan taman-taman. Kawasan yang paling subur sebagai kawasan tanaman ialah di sebelah tenggara semenanjung pyrenees kerana udara kawasan ini yang baik dan tanahnya yang subur. Perkembangan pertanian adalah salah satu puncak kejayaan sepanyol islam dan salah satu sumbangan dari orang arab kepada sepanyol yang masih kekal kesannya.56 Kawasan bahagian utaranya sepanyol, curah hujannya sedikit dan tanpa irigasi menyebabkan sebahagian besar kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan. Namun di sepanyo Visigoth dan Romawi memag sudah ada irigasi. Namun, orang-orang Arablah
53

Dr. Norcholish Maajid dan W. Mintgomery Wat (1997). Islam Dan Peradaban Dunia. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. Hlm. 28. 54 Haji Dasuki Haji Ahmad, 1978.Ikhtisar Perkembangan Islam. Ibid. hlm.351. 55 Dr. Norchalish Maajid dan W. Mingumery Watt. Islam Dan Peradaban Dunia. Ibid. Hlm. 36. 56 Haji Dasuki Haji Ahmad (1978).Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 352.

27

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

yang telah membaiki dan memperbesarkan berdasarkan apa yang telah mereka pelajari tentang pemeliharaan serta pembagian air di Timur Tengah. Hal ini dapat dibuktikan kerana sebahagian besar kata-kata bahasa sepanyol yang berkenaan dengan teknik irigasi berasal dari bahasa arab, khususnya kata-kata acequia, solokan irigasi; alberca, kolam buatan; aljibe, waduk; noria,roda irigasi atau sumur timba; arcaduz, saluran air; azuda roda persia; almatriche, kanal, terusan; alcantarilla, jambatan,solokan;atarjea, solokan kecil; atanor, pipa air; alcorque, bulatan lubang yang menjadi basis pohon-pohon yang mempunyai air. Dengan perkembangan sistenm irigasi, membawa kepada pengenalan tanaman yang boleh hidup dengan air yang cukup. Diantaranya tebu, padi, jerul limun, aubergines(buah-buahan yang dihasilkan dari terung), artichot(tanaman yang bunyanya boleh dijadikan sayur), aberikos(aprikot), dan kapas. Selain tanaman jenis biji-bijian terdapat juga anggur, zaitun dan ara. Juga terdapat ceri, apel, buah per, buah delima, dan buah amandel. Di wilayah yang panas terdapat pisang dan palm. Selain itu terdapat banyak tanaman yang digunakan sebagai rasa dan warna dalam makanan seperti kunyit, ketumbar, inai, woad(celupan warna biru yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan tertentu) dan madder( celupan warna merah yang didapati dari akar-akar rerumput berbunya kuning). Selain itu semasa islam di sepanyol kekayaan mineral sepanyol juga dapat diekploitasi lebih banyak dari zaman sebelumnya. Besi dan tembaga sepanyol telah diperkenalkan dengan meluas dan digunakan, seperti juga cinnabar yang menghasilkan air raksa. Terdapat juga laporan tentang pengeluaran emas, perak dan timah. Batu-batu berharga dikumpul dan dijualkan.57

57

Dr. Norcholish Maajid dan W. Mingumery Watt. (1997). Islam Dan Peradaban Dunia. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. hlm. 32 dan 33

28

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Sehingga hari ini kebun-kebun dan taman-taman di sana masih bercorak ArabIslam. Salah satu daripada taman yang terkenal ialah taman Generalife, nama ini diambil dari satu kata yang berasal dari kata arab jannatul-arif(syurga yang bijaksana). Taman itu didirikan pada akhir abad ke-13 dan terkenal kerana rendangnya pohon-pohon, angin yang sentiasa berhembus, air terjunnya yang kemudian menghilang di celah bungabungaan,semak-semak, dan pohon-pohon yang berada di dalam taman itu. Taman ini terletak berhampiran dengan istana Alhamra.58

5.3

Perusahaan/Industri Peusahaan turut menjadi tulang belakang ekonomi sepanyol islam di samping

pertanian dan perdagangan. Bidang perusahaan juga telah menjadikan orang sepanyol begitu masyhur dalam perkembangan ekonomi mereka ketika itu. Mereka menjalankan perusahaan tekstil, kayu, logam, dan industri barang-barang tembikar. 59 Hasil perusahaan ini kemudiannya dieksport ke luar negeri dengan mendapat pasaran yang luas di eropah barat. Pusat pengeluaran terpenting adalah bertempat di Cordoba. Di almeria sahaja 4800 mesin tenun kain. Pengeluaran kain-kain sutera yang bermutu juga diusahakan bagi pakaian diraja. Rekaan bentuk bungan adalah hasil ciptaan orang islam sepanyol. Pengaruh islam dalam bidang perusahaan ini masih kekal sehingga hari ini hingga istilah barang-barang bagi perusahaan ini masih kekal masih digunakan dalam bahasa arab. Sehingga hari ini juga wanita-wanita sepanyol masih terpengaruh dengan pakaian di zaman keagungan islam dahulu. Mereka memakai selindang dari kain net yang di gelar mantila. Perusahaan membuat ini terdapat di sepanyol dan merupakan satu perkara yang
58

Haji Dasuki Haji Ahmad, 1978. Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm. 352. 59 Islam di sepanyol:36

29

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

sangat suka dibeli oleh pelancong-pelancong. Satu lagi peningggalan orang-orang islam ialah perusahaan membuat pedang yang berukir. Dalam ukiran itu ditatah dengan emas, perak, atau tembaga. Perusahaan ini masih dijalankan di Toledo dan merupakan tumpuan pelancong-pelancong.60 Daripada perkembangan ini tidak hairanlah bahawa sepanyol ketika di bawah pemerintahan islam terdapat pelbagai industri yang menghasilkan barang-barang mewah baik untuk dipasarkan dalam negeri mahupun untuk dieksport. Di antara produk-produk itu terdapat tekstil yang indah dari wol, linen, dan sutera. Tinggalan barang-barang ini masih terpelihara sehingga hari ini. Pelbagai pakaian dari bulu binatang terdapat di sepanyol, digunakan untuk menghiasi pakaian atau sebagai pakaian sendiri. Industri seramik berkembang dengan pesat dan teknik seperti menyecat ubin telah diperkenalkan dari timur. Rahsia pembuatan barang-barang hiasan dijumpai di Cordova pada sepatuh ke-2 abad ke-9. Di sana terdapat banyak pengukir yang tampil dalam pembuatan logam yang telah menghasilkan bejana-bejana hiasan, relief binatang dengan kekuningan dan perunggu dan mengukirnya dengan emas dan perak. Pada abad ke-10, Cordova telah menjadi saingan Imperium Byzantium dalam bidang seni ukiran emas, perak dan permata. Kalung, gelang, anting-anting, dan perhiasan lain yang indah-indah hingga kini masih terus terpelihara. Selain itu, terdapat juga ukiran gading. Kayu juga diukir dan dihiasi dengan gading dan induk mutiara. Pada ketika itu terdapat banyak ukiran yang berupa hiasan dari kulit yang juga terdapat dalam penjilidan buku.61

60

Haji Dasuli Haji Ahmad, 1978.Luntisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 352.
61

Dr. Norchalish Maajid dan W. Mingumery Watt. Islam Dan Peradaban Dunia. Jakarta: PT Gramedia Pustaka Utama. hlm. 34.

30

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

6.0 SENI DAN MUZIK Dalam bidang kesenian dan muzik, islam di sepanyol mencapai kecemerlangan yang tinggi terutamanya ketika zaman pemerintahan Abdul Rahman11( Al-Ausat). Pemuzik dan penyanyi mendapat layanan yang istimewa daripada khalifah. Begitu juga dengan seniman di mana sepanyol begitu terkenal dengan cara penyusunan upacara dan istiadat serta haflah yang diadakan. Segala perhiasan, perabot, dan cara mengatur hidangan sangat menarik. Di antara tokoh pemuzik yang terkenal pada zaman ini ialah Hasan Bin Nafik yang terkenal dengan nama samarannya Zaryab.62 Zaryab berasal dari Baghdad dan merupakan murid kepada pemuzik terkenal Ishak Al- Musali yang berhijrah ke sepanyol. Beliau telah berjaya mencipta lagu-lagu yang indah dan senikata lagu yang bernilai. Zaryab banyak membuat pembaharuan dalam bidang ini dan lagu serta muzik ciptaannya menjadi amat popular di kalangan penduduk sepanyol. Bidang muzik menjadi bidang yang polular. Ilmu muzik zaryab berkembang dengan lebih luas lagi yang diusahakan oleh murid-muridnya selepas beliau wafat. Kesan dari pengaruh islam di sepanyol, hingga hari ini banyak didapati lagu-lagu asli sepanyol adalah berirama dan berentak seperti lagu-lagu kasidah arab. Selain itu, tarian kebangsaan sepanyol yang digelar tarian Flamelo adalah ubah suai dari tarian gelek arab.63

Ziryab turut mengasaskan sebuah sekolah muzik di cordova dan selama hampir 30 tahun beliau mengajar penduduk andalus tentang cara-cara menggunakan alat-alat muzik dengan cara yang lebih baik. Selain dalam bidang muzik, zaryab juga seorang pereka fesyen. Rekaannya menjadi ikutan dan menarik ramai peminat malah dikalangan
62

Haji Dasuli Haji Ahmad, 1978.Luntisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm.350. 63 Haji Dasuli Haji Ahmad, 1978.Luntisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 350.

31

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

pembesar negeri. Begitu juga dengan fesyen rambut , cara-cara menjalankan istiadat, menyediakan makanan dan jamuan, menyusun minggan mangkuk di atas meja, menghias rumah tangga dan sebagainya. Dengan kebolehan ini, zaryab menjadi hartawan terkemuka di sepanyol dan mempunyai hubungan yang rapat dengan khalifah.64 Apabila pusat kebudayaan islam berpindah dari baghdad ke cordova kerana pergolakan politik yang berlaku di Timur, ramai sarjana terkenal yang terdiri daripada ahli-ahli fekah, pakar-pakar bahasa, para penyair, dan para ilmuan lain tertumpu ke Abdalus. Kehadiran mereka menyebabkan pengaruh kebudayaan timur berkembang ke andalus. Di samping itu sarjana tempatan andalus turut merantau ke dunia timur untuk mencari dan mendalami pelbagai ilmu pengetahuan dengan tujuan mengembangkannya semula ke andalus.65

Ziryab-The Musician, astronomer, designer and Grastronome

64

http://www.muslimheritage.com/day_life/default.cfm?ArticleID=374&Oldpage=1&yearlist=1ziryab.

65

Ustaz Azam Bin Hamzah. 1991. Sejarah Dan Tamadun Islam Di Andalus. Kuala Lumpur: Hizbi Sdn Bhd. Hlm. 22 dan 23.

32

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

7.0 BAHASA DAN KESUSASTERAAN Semasa penguasaan Islam, sepanyol juga maju dalam bidang bahasa dan kesusasteraan arab. Bahasa arab menjadi bahasa ilmu pengetahuan dan menjadi bahasa pentadbiran dalam pemerintahan islam di sepanyol. Penduduk sepanyol sama ada islam atau bukan islam berlumba-lumba untuk mempelajari bahasa arab. Mereka mempelajari bahasa arab untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang berkembang pada zaman itu dan untuk mendat kedudukan yang istimewa di bawah pemerintahan islam. Perkembangan itu melebar kepada penganut-penyanut agama kristian, sehingga seorang padri terkenal di Asyabillah menterjemahkan kitaab tamat daripada bahasa latin kepada bahasa arab. Walaupun terjemahan itu mendapat tentangan daripada paderi lain, tetapi beliau berpendapat inilah satu jalan yang ada untuk memberi pelajaran agama kristian kepada pelajarnya walaupun terpaksa secara tidak langsungnya menyebarkan bahasa arab dengan lebih luas lagi.66

Pemerintah islam di andalus menjalankan beberapa usaha untuk mengembangkan bahasa arab. Contohnya dapat dilihat semasa pemerintahan Abdul Rahman 11, baginda telah mendirikan banyak institusi pengajian di setiap kota di Andalus bertujuan menyebarkan ilmu pengetahuan dikalangan masyarakat umum. Baginda membawa masuk sarjana-sarjana dari luar untuk mengajar di institusi-institusi tersebut. Kesan daripada usaha beliau ini pendidikan arab telah berkembang pesat di seluruh Andalus. Hal ini terbukti daripada perkembangan pesat yang berlaku di dalam bahasa persuratan dan percakapan masyarakat umum, sehingga dikalangan masyarakat bukan arab. Begitu
66

Haji Dasuli Haji Ahmad, 1978.Luntisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 350.

33

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

juga dengan kebolehan berkomunikasi di dalam bahasa arab menjadi satu kemestian di dalam kehidupan sosial di andalus. Pada pertengahan kurun ke-9 masihi, bishop Alwaro dari Cordova merungut kerana ramai pengikutnya yang tidak lancar berkomunikasi di dalam bahasa Latin. Beliau mendakwa bahawa daripada setiap seribu orang Kristian Andalus amat sukar dicari walaupun seorang yang boleh membaca dan menulis bahasa latin atau mengetahui Dokrin agama kristian dengan baik. Akhirnya ramai penganut kristian yang hanya mampu berkomunikasi di dalam bahasa arab sehingga bible juga terpaksa diterjemah ke bahasa arab.67

Dalam bidang sesusasteraan, sejak dari mula bani umaiyah berkuasa di Andalus, para pemimpinnya telah menunjukkan minat yang mendalam di dalam aktiviti keilmuan dan kesusasteraan. Sebagai contoh, Abdul Rahman 1 pengasas pemerintahan Bani Umaiyah di Andalus adalah seorang pemerintah yang terpelajar, berkewibawaan dan amat meminati kesusasteraan seperti terutamanya syair. Beliau sendiri turut menghasilkan beberapa buah syair yang merakamkan kisah hidupnya. T.B Irving di dalam bukunya Falcon of Spain telah memetik beberapa rangkap syair gubahan Abdul Rahman 1 yang diberi judul Memori Tentang Syiria. Di dalam syair ini Abdul Rahman 1 rasa rindunya yang amat mendalam terhadap Syiria tanah tumpah darahnya.68 Memori tentang Syiria Wahai pohon tamar, engkau terasing di negeri Barat. Jauh dari tempat asalmu di timur,
67

Ustaz Azam Bin Hamzah. 1991. Sejarah Dan Tamadun Islam Di Andalus. Kuala Lumpur: Hizbi Sdn Bhd. Hlm. 22.
68

Ustaz Azam Bin Hamzah. 1991. Sejarah Dan Tamadun Islam Di Andalus. Kuala Lumpur: Hizbi Sdn Bhd. Hlm. 21.

34

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

seperti akau tersingkir. Menangislah! Tetapi engkau tidak mampu menangis. Wahai pohon yang sedih dan bisu, engkau dijadikan bukan untuk bersimpati denganku. Ah, kalau engkau boleh menangis, pasti engkau akan mengalirkan air mata, kerana teman-temanmu jauh di tebing Furat; tetapi pihon-pohon tinggi yang jauh itusukar engkau ingati.

Oleh kerana bahasa arab mendapat kedudukan yang istimewa telah membawa lahirnya ulama bahasa dan sasreta yang handal dan terkenal di sepanyol hingga ke zaman ini. Antaranya, ialah Ibn Sayyidin, Ibn Malik pengarang Aljiyah, Ibn Khuruf, Ibn-hajj, Abu Ali al-Isybili, Abu al-Hasan ibn Usfur dan Abu Hayyan al-Ghamathi. Seiring dengan kemajuan bahasa arab, karya-karya sastera seperti Al-iqd al-Farid karya ibn Abd Rabbih, al-Dzakhirahji Mahasin Ahl al-jazirah oleh Ibn Bassam, kitab al-Qalaid karya al-Qalaid karya al-Fath ibn Khaqan dan banyak lagi yang muncul.69 Mengikut seorang ahli penyelidik bahasa sepanyol menyatakan banyak perkataan seanyol berasal dari perkataan arab. Antaranya, ucapan uli atau oli yang diseru oleh orang sepanyol ketika memberi penghargaan kepada pelawan-pelawan lembu atau matador adalah berasal dari ucapan Allah, iaitu ikutan dari kebiasaan orang arab bila memberi penghargaan kepada penyanyi Qasidah.70
69 70

Ustaz Azam b. Hamzah (1991). Sejarah dan Tamadun Islam di Andalus. Kuala Lumpur.hlm,35 Haji Dasuki Haji Ahmad (1978). Ikhtisar Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm. 350.

35

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

8.0 INFRASTRUKTUR PERPUSTAKAAN Orang islam telah memperkenalkan idea baru dalam penggunaan perpustakaan. Mereka telah memperkenalkan idea bahawa perpustakaan bukan sekadar bangunan tempat menyimpan koleksi tulisan atau manuskrip yang diukir di atas tanah-tanah liat, daun-daun dan gulungan-gulungan kertasyang diperbuat daripada kulit atau buku-buku. Peranan perpustakaan lebih penting dari itu, perpustakaan adalah gedung ilmu pengetahuan yang menjadi pendorong utama atau alat terpenting ke arah membebaskan umat manusia daripada kejahilan di dalam bidang intelektual dan kebudayaan. Umat islam telah menydarkan masyarakat dunia tentang keperluan dan kepentingan perpustakaan sebagai alat untuk menimba dan menyebarkan ilmu pengetahuan. Ketika institusi keperpustakaan sedang giat berkembang di wilayah islam sebelah timur, Andalus yang berada di bawah pemerintahan Bani Umaiyah juga giat membangun dan memperkembangkan institusi perpustakaannya. Hal ini terjadi kerana hampir semua pemerintah Bani Umaiyah di Andalus merupakan mereka yang amat menyintai ilmu pengetahuan dan menghormati para ilmuan. Maka itu mereka sentiasa menggalakkan sebarang kegiatan keilmuan dan memberikan naungan kepada para sarjana. Perpustakaan Diraja cordova merupakan perpustakaan rasmi pertama yang didirikan di Andalus. Ia diasaskan oleh Abdul Rahman 11 pada wal pemerintahannya dan merupakan perpustakaan yang terbaik di dunia pada zamannya. Perpustakaan ini kemudianya telah diperbesarkan oleh Khalifah Abdul Rahman 111 pada zaman kekuasaannya. Putera beliau iaitu Muhammad dan Al-Hakam amat meminati aktiviti

36

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

kesusasteraan. Kedua-dua mereka dilaporkan memiliki koleksi buku masing-masing di perpustakaan ini. Apabila Al-Hakam 11 menggantikan takhta kerajaan bapanya, beliau telah mengarahkan kesemua koleksi buku yang terdapat di perpustakaan diraja digabungkan. Sejarawan Al-Maqqarri melaporkan bahawa gabungan koleksi tersebut mengandungi kira-kira 400 ribu hingga 600 ribu nashkah buku. Perpustakaan ini muncul sebagai perpustakaan terbesar dan terbaik di dunia pada zamannya. Khalifah Al-Hakam 11 telah melantik banyak agen di semua bandar besar di dunia. Mereka ditugaskan mencari dan berusahakan mendapatkan buku-buku serta manuskrip-manuskrip penting yang sukar diperoleh. Ribuan agen beliau dihantar ke Baghdad, Kaherah, dan Damsyik yang merupakan pusat-pusat perkembangan tamadun islam di sebelah timur. Buku-buku dan manuskrip-manuskrip yang berjaya dikumpulkan itu akan dibawa balik ke Andalus dan ditempatkan di perpustakaan Diraja. Pada zaman pemerintahannya, di seluruh Andalus terdapat sebanyak 70 buah perpustakaan awam, tidak termasuk perpustakaan Diraja, dan seribu buah institusi pengajian tinggi yang terdapat di semua bandar besar. Di samping perpustakaan-perpustakaan yang didirikan oleh pemerintah, terdapat juga banyak perpustakaan persendirian yang didirikan oleh golongan bangsawan dan para sasterawan. Mereka berlumba-lumba mengumpulkan buku-buku di dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan. Perpustakaan persendirian yang paling terkenal pada zaman itu ialah perpustakaan Ibn Futais di Cordova. Pada awal kurun ke-11 khazanah perpustakaan ini telah dilelong kepada orang ramai dan berjaya mengumpulkan 40 ribu dinar. Sementara perpustakaan yang paling terkenal di Granada ialah perpustakaan Yusuf Bin Ismail iaitu salah seorang menteri amir Granada. Di samping orang lelaki, kaum wanita juga tidak ketinggalan di belakang dalam usaha membuat koleksi buku dan menubuhkan

37

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

perpustakaan. Antara wanita yang paling mashyur ialah Aisyah binti Ahmad bin Qasim yang merupakan wanita yang paling terpelajar di zamannya. Perpustakaan yang beliau miliki adalah antara perpustakaan yang mempunyai koleksi buku yang paling banyak. Di Granada juga terdapat banyak perpustakaan yang penting. Antaranya sepertimana yang dicatatkan oleh Imamuddin ialah perpustakaan Bani Zubaidi, perpustakaan Ibn Furqan dan perpustakaan Ibn Lope.demikianlah dalam jangka waktu yang singkat, perpustakaan-perpustakaan di Andalus di bawah penguasaan orang islam telah berjaya memancarkan cahayanya yang gilang gemilang kepada perkembangan kebudayaan dan intelektual di kalangan masyarakat Islam dan juga Eropah keseluruhannya. Kewujudan perpustakaan yang begitu banyak itu sudah cukup untuk dijadikan bukti bahawa umat Islam di Andalus pada waku itu telah mencapai ke tingkat ketamadunan yang amat tinggi dalam bidang ilmu pengetahuan. Pada hakikatnya, umat islam di Andaluslah yang menjadi pendorong utama di dalam menyala dan menyemarakkan obor intelektual yang pada akhirnya menyerlahkan sinarnya ke seluruh pelusuk Eropah.71

JALAN RAYA Ketika sepanyol di bawah pemerintahan Abdul Rahman Al-Nasir, kota Cordova pada abad ke-10 telah mencapai kemuncak kemajuan pertanian, pertukangan, kesenian, ilmu pengetahuan, dan kebudayaan di Eropah, sehingga ia dapat menandingi Baghdad dan Konstantinopal yang merupakan pusat kebudayaan dunia ketika itu. Pada zaman ini kota Cordova sudah mempunyai jalan-jalan yang diturap dengan batu dan disinari oleh lampu rumah-rumah di sepanjang jalan pada waktu malam. Sedangkan kota london 700
71

74 Ustaz

Azam b. Hamzah (1991). Sejarah dan Tamadun Islam di Andalus. Kuala Lumpur. hlm.,46-54.

38

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

yahun kemudian masih belum ada jalan rayanya yang sempurna dan di kota Paris berabad-abad kemudian jalan rayanya masih penuh dengan lumpur.72

SENI BINA Kedatangan Islam di Sepanyol memberi pengaruh yang besar kepada seni bina Sepanyol. Antara kesan seni bina yang dapat dilihat adalah dari pembinaan masjid, istana, benteng, dan lain-lain di seluruh kota di Sepanyol. Masih terdapat seni bina Islam walaupun setelah hampir 600 tahun Islam meninggalkan Sepanyol. Antara kesan-kesan seni bina Islam yang dapat dimegahkan hingga hari ini ialah Masjid Al-Qurtuba di Cordova, menara Giralda di seville, istana Zahra, istana Jaafariyah di Saragosa, istana Makmun, masjid Jamik di Isybilyah, istana Al-Hamra di Granada, dan lain-lain.73

CORDOVA Cordova adalah ibu kota Sepanyol sebelum Islam, yang kemudian diambil alih oleh Bani Umayyah. Kota ini dibangun dan diperindah oleh penguasa Muslim . Jambatan besar dibangunkan di atas sungai yang mengalir di tengah kota. Taman-taman dibangunkan untuk menghiasi ibu kota Spanyol Islam itu. Pohon-pohon dan bunga-bunga diimport dari Timur. Di sekitar ibu kota berdiri istana-istana yang megah yang semakin mempercantik pemandangan, setiap istana dan taman diberi nama tersendiri dan di puncaknya terpancang istana Damsik. Diantara kebanggaan kota Cordova lainnya adalah masjid Cordova. Menurut ibn al-Dala'i, terdapat 491 masjid di sana. Disamping itu, ciri

72

Haji Dasuki Haji Ahmad (1978).Ikhtisarr Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm. 340. 73 Ibid. 352.

39

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

khusus kota-kota Islam adalah adanya tempat-tempat pemandian. Di Cordova saja terdapat sekitar 900 pemandian. Di sekitarnya berdiri perkampungan-perkampungan yang indah. Karena air sungai tak dapat diminum, penguasa muslim mendirikan saluran air dari pegunungan yang panjangnya 80 Km. 74

Masjid Qurtuba Masjid ini mula dibina pada zaman Khalifah Umawi yang berasal dari Andalusia iaitu Abdul Rahman ad-Dakhil di bandar Cordova di Andalusia, negara Islam Sepanyol pada tahun (170 Hijrah - 786 Masehi). Pembinaan masjid ini memakan masa selama lebih kurang dua kurun setengah. Bangunan masjid ini merupakan kemuncak keunggulan seni bina dunia dalam dunia arkitek malah ia juga merupakan sebuah masjid yang terbesar dibina untuk mendirikan ibadat sembahyang dalam Islam. Ketika orang ramai menanam pokok bersejarah di halaman masjid ini halaman tersebut dinamakan dengan halaman bersejarah. Masjid ini akhirnya dijadikan sebuah gereja besar ketika bandar Cordova berjaya ditakluki oleh Sepanyol pada tahun 1236 Masehi dan sehingga kini terkenal dengan nama Cathadral-Mosquita. Masjid ini pernah menjadi pusat sumber ilmu pengetahuan di Eropah sejak berkurun-kurun lamanya. Selain dari itu ia juga juga pernah

74

Warisan Islam Di Andalusia. 2006. diperoleh pada 0gos 6, 2007 daripada

http://www.cybermq.com/index.php?pustaka/detail/10/1/pustaka-158.html.

40

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

digunakan sebagai pejabat kehakiman di Cordova. Masjid ini telah beberapa kali dibuat pembaharuan.75 Masjid Qurtuba yang menjadi kebanggaan seni bina Islam ini boleh memuatkan 100,000 orang sembahyang dan mempunyai 1000 tiang. Ukiran di dalamnya sangat cantik, orang-oarang sepanyol sehingga hari ini membiarkan ukiran dan tulisan ayat-ayat Al-Quran dalam bangunan itu, di samping itu mereka mendirikan patung-patung dan lukisan tentang Nabi Isa dan pemimpin-pemimpin agama Kristian yang lain. Mereka melakukan demikian sebagai ingatan kemenangan Kristian ke atas dahulu.76 Istana Al-Zahra Istana Al-Zahra merupakan sebuah kota yang cantik yang didirikan oleh Abdul Rahman al-Nasir pada tahun 936, di suatu penjuru kota Cordova. Pembinaan istana ini menandakan ketertinggian, kehalusan, kesenian, dan kekayaan negara Sepanyol ketika itu. Untuk mendirikan kota ini, Abdul Rahman 111 telah membelanjakan wang hampir tujuh juta dinar. Di samping itu terdapat sebuah masjid yang besar dan permai dikelilingi oleh pejabat-pejabat kerajaan dan taman bunga yang indah.77 GRANADA Bandar Granada terletak di Selatan Bandar Madrid Ibu Negara Sepanyol sekarang.Granada memiliki keindahan dan kencantikan yang amat mengkagumkan, sebab itu nama Granada di ambil dari nama keindahan ini, di mana Granada bererti:
75

Keunikan Qurtuba. 2007. diperoleh pada Ogos 6, 2007 daripada http://dictionary.alislam.com/ENG/Dicts/SelDict.asp?Lang=Mal&DI=76&Theme=19 . 76 Haji Dasuki Haji Ahmad (197).Ikhtisarr Perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. hlm. 352. 77 Ibid. hlm., 340.

41

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Kecantikan dan keindahan.Granada terbentang di sekitar Laut Mediterranean dari Selatan dan begitu sekitar sungai Syanil. Ketinggian Granada dari aras laut ialah 669 meter dan inilaha rahsia keindahan dan kecantikan Granada yang cukup

menarik.Granada di asaskan setelah mana Islam memasuki Granada di salah sebuah kawasan yang terletak di bandar Romania yang kecil dikenali dengan nama (Aliri). Ini berlaku apabila Islam berjaya membuka Andalusia, kemudian menjadi sebuah bandar selepas dari itu bagi keturunan al-Ahmar.Granada merupakan salah sebuah pusat ilmu pengetahuan Islam yang agung dan tergolong dalam salah sebuah lingkungan ketamadunan Islam di Andalusia seiring dengan bandar yang lain seumpama Cordova, Balansiah, Bahrit, Ichiliah, Tolaitalah dan seumpamanya.Granada juga masyhur sebagai kiblat yang menjadi penumpuan para pelajar yang datang dari segenap kawasan yang berada di sekitar Granada samada Islam atau bukan Islam. Antara pusat pengajian yang masyhur ialah al-Yusofiah dan an-Nashriyyah dan lain-lain.Pencetus kebangkitan ilmu Andalusia bersama ilmu falak ialah Abu Al-Qosim Al-Majrithi pada tahun 398 Hijrah bersamaan 1008 Masihi, di mana beliau telah mengasaskan salah sebuah pusat pengajian Ilmu Matematik yang masyhur. Setelah kekuasaan keturunan al-Ahmar kekal di Granada dan sebahagiannya di Timur Laut dekat dengan kedudukan al-Hamra' pada tempat yang begitu strategi, mereka membina salah sebuah Istana yang bernama Istana Al-Hamra'. Al-Hamra' merupakan salah sebuah kota yang sederhana sehingga apabila ia dikuasai oleh Badis bin Habus Raja Granada, lalu dia mengambil kota Al-Hamra' sebagai pusat pemerintahan bagi kerajaannya. Lantaran kesederhanaannya itu, lalu beliau membina sebuah benteng yang besar di sekitar bukit yang tinggi. Setelah berlalu masa yang lama Granada menjadi

42

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

sebuah kota yang tidak dapat dikalahkan lagi. Oleh kerana terlalu lama batu benteng itu menjadi merah dan di atas keutuhan inilah Istana Al-Hamra' diberi nama Al-Hamra' yang bermaksud Istana Merah.Di antara peninggalan sejarah yang terdapat Granada ialah Masjid Granada. Di mana masjid ini dikira salah sebuah masjid yang paling unik ciptaannya dan paling menarik apabila di pandang, malah ia masyhur dengan seni ukiran batu marmar.78 Kisah tentang kemajuan seni bina ini masih boleh diperpanjangkan dengan kota dan istana Al-Zahra, istana Al-Gazar, menara Girilda dan lain lain. Pemandangan di sekitar bandar Granada

78

Warisan Islam di Granada. 2007. diperoleh pada 0gos 6, 2007 daripada

http://darululum.tripod.com/granada.htm.

43

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

ISTANA AL-HAMRA Istana Al-Hamra merupakan nama yang diambil dari bahasa Arab yang bermsud tanah merah yang terletak di selatan sepanyol. Kedudukan istana ini terletak di atas bukit yang berteres di tenggara sempadan bandaraya Granada. Istana ini merupakan tempat kediaman pemerintah-pemerintah Islam di Sepanyol tetapi pada hari ini bangunan indah ini telah dijadikan muzium untuk mempamerkan kecantikan seni bina Islam. Teres atau menara ini, yang berukuran kira-kiranya 740 meter (2430 kaki) panjangnya dengan 205 meter (674 kaki) pada lebar terbesarnya, dan merangkumi seluas 142,000 meter persegi. Istana ini di pagari dengan tembok-tembik pertahanan yang digunakan sebagai kubu dan diapit oleh 13 menara. Sunagi Darro, yang mengalir dari gaung dan lembah dalaman dari utara membahagikan menara dari daerah Albaicin Granada, lembah Assabica yang mempunyai taman Al-Hamra di bahagian barat dan selatan. Nama Al-hamra juga diambil sempena istana ini yang berasal dari warna kering matahari atau batu bata yang dibuat daripada batu kelikir dan tanah liat halus. Selain itu terdapat juga pendapat yang

44

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

menyatakan nama Al-Hmra diambil sempena dengan nama pengasas istana ini iaitu Muhammad Ibn Al-Ahmar. Kecantikan abhrak di bahagian dalam istana ini merupakan karya golongan rajaraja islam antaranya, yusuf 1, muhamed V, Ismail 1, dan lain-lain. Namun selepas bandaraya itu jatuh kepada penaklukan kristian, mereka telah mengubah alhamra iaitu dari segi lukisan, cat dapur, air emas dipadamkan, dan perabot dimusnahkan. 79

Taman generalife dalam Istana Al-Hamra

79

KeunikanWarisan Islam Al- Hamra. Pada Ogos 6, 2007 daripada http://ms.wikipedia.org/wiki/Alhambra.

45

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Pemandangan dari hadapan istana Al-Hamra

Pemandangan Alhambra dari Mirador St Nicolas di Albaycin Granada

46

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

AL- ZAHRA Al-Zahra selalunya dikaitkan dengan nama Al-Zahrawi, seorang pakar bedah islam yang mencipta forcep(alat pembedahan ketika bersalin) dan catgut (juga alat yang digunakan ketika pembedahan). Namun, kepentingan kota ini ialah pada keindahan dan keagungan yang disinarinya walaupun hanya seketika. Al-Zahra dibuka oleh AnNasir lidin-Allah, Abdur Rahman III yang memerintah kota Cordova dari 921-961M. Bermula dari 936, kota ini dibangunkan dengan perlahan, kebanyakannya dilakukan oleh al-Hakem II (961M 946M) yang telah menjadi sebuah kompleks berbentuk segiempat seluas kira-kira 875 ela x 1230 ela yang menempatkan bahagian penempatan dan pentadbiran di dalam lingkukan tembok yang kukuh. Kota ini mencerminkan sebuah perpaduan perbandaran yang diasaskan oleh benteng yang kukuh dan hireraki yang tersusun dan berfungsi yang menggambarkan keadaan sosio-ekonomi dan politik komunitinya. Kawasan kota diatur dalam teres-teres menghala ke lembah Wadi al Kabir Guadalquivir dan menempatkan taman-taman, kolam-kolam air, arked-arked, dewan-dewan dan komplesk perumahan. Teres Utara, terletak paling tinggi yang menempatkan istana Khalifah yang dipanggil Darul Mulk menguasai suasana dan lembah dibawahnya yang ditelusuri sungai-sungai. Kemegahan istana ini menyerlah sehingga ke seluruh Andalusia dan Eropah. Teres Tengah pula, menempatkan bangunan-bangunan pentadbiran dan istana-istana untuk dif-dif kehormat dari Negara luar dan tetamu-tetamu Khalifah. Bangunan yang terpenting ialah kediaman Perdana Menteri Jaafar al-Mushafi yang menjawat jawatan dari tahun 961M dan dua pusat konvensyen awam, Darul Wuzara The House of Viziers dan satu lagi ialah ke selatan, Dewan Utama Khalifah. Masjid yang dibina di Teres Tengah mencipta rekod

47

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

dengan binaan selama 48 hari oleh 1000 tukang. Kawasan-kawasan lain di kota ini ialah , Teres Bawah, yang dikhaskan untuk tentera awam dan berkuda dan juga untuk penduduk awam yang merupakan kawasan masih belum dikorek sepenuhnya. Al-Zahra menjadi terkenal kerana ketamadunannya yang mendahului zamannya, gaya dan protokolnya ditambah pula dengan dinding-dinding yang dihiasi indah, lantai dan siling bangunanbangunannya yang ditergambarkan dalam sekurang-kurangya dua dokumentari sebelum ini. Ketibaan King Ordono IV dari Leon disambut gah pada 962M. Rekod-rekod sejarah menggambarkan acara ini dan apa yang berlaku pada Raja Kristian itu. Baginda tiba di pintu masuk utama di sebelah Teres Utara berhampitan dengan serambi anjung yang luas. Baginda disambut dengan istiadat diraja lengkap dengan barisan-barisan tentera dengan seragam perarakan dibarisi kerusi-kerusi batu yang menghiasi benteng jalan yang berbukit. Perarakan terus ke arah Darul Wuzara di mana King Ordono dibawa untuk berehat. Kemudian, baginda dibawa pula berjalan kaki ke Dewan Utama Khalifah dimana Khalifah telah menunggu ketibaanya. 80

Seni Bina Al- Zahra


80

Al-zahra sebuah lagi antara kota-kota Andalusia. 2006. diperoleh pada Ogos 6, 2007 daripada http://www.dakwah.info/warisan/?m=200608

48

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

KESIMPULAN 49

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

Islam di Eropah terutamanya di Sepanyol merupakan zaman kegemilangan Islam dengan berlakunya pelbagai perkembangan intelektual sehingga menurut seorang sarjana yang menyatakan Under Islam, Spain was the cultural center of Europe. Students came from as far away as Scotland to study Islamic theology, philosophy, and science in the schools of Cordoba, Toledo, and other centers of higher learning .- Mahmoud M. Ayoub. Pada mulanya, orang Sepanyol tidak mengakui sumbangan orang Islam terhadap kebudayaan barat khususnya semasa pemerintahan Islam yang berpusat di Andalus ini. Semasa terjadinya perang salib, aliran perpindahan ilmu-ilmu Islam telah mula mengalir ke eropah kerana mereka telah merampas buku-buku serta kitab ilmuwan Islam dan mengubahnya serta dijadikan pula sebagai hasil tulisan mereka. Kesan-kesan tinggalan pemerintahan Islam di Sepanyol telah dihapuskan, masjidmasjid di merata kampung dan bandar dihapuskan. Tetapi, pada hari ini mereka mula mengakui dengan penghargaan yang diberi yang diberikan kepada sarjana Islam. Contoh: patung batu Ibn Rusyd berhampiran istana Kazar. Pelbagai institusi pendidikan di barat juga menggunakan nama-nama cendiakawan Islam sepeti Institut Ibn Khaldun di Tunisia. Maimonides yang juga seorang ahli falsafah yahudi keluaran pemerintahan Islam Andalus. Walaubagaimanapun, Islam telah diakui telah membawa perubahan yang besar dalam sejarah manusia terutamanya semasa peradaban eropah berada di zaman kegelapan dan kemunduran.

50

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

BIBLIOGRAFI Angkatan Belia Islam Malaysia (1997). Warisan Tamadun Islam (The Heritage Islam Civilization). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Badruless.blogspot.com.diperolehi pada 20 Ogos 2007. Daniel Einsenberg (2003). Encyclopedia of Medieval Iberia. New York Rouledge. Ghazali Darussalam (2001). Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam. Selangor: Utusan Publication & Distributord Haji Dusuki Haji Ahmad (1978). Ikhtisar perkembangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Helen Buss Mitchell (2005). Annual Editions:World History Vol 1-Prehistory to 1500 . America: Mc-Graw Hill. http://diaz2000.multiply.com/reviews/item/14. Diperolehi pada 20 0gos 2007 http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id11.html. Diperolehi 20 Ogos 2007. http://en.wikipedia.org/wiki/Abulcasis.diperolehi pada 20 Ogos 2007. http://basyar.wordpress.com/2007/01/23/teori-matematik-al-majriti-diakui-seluruhdunia/. Diperoleh pada 23 Ogos 2007. http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Rushd. Diperolehi pada 20 Ogos 2007. http://en.wikipedia.org/wiki/Al-Razi.Diperolehi pada 20 Ogos 2007. http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id3.html. Diperolehi pada 20 Ogos 2007. http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Khaldun. Diperolehi pada 20 Ogos 2007. http://en.wikipedia.org/wiki/Geber. Diperolehi pada 21 Ogos 2007. http://www.muslimheritage.com/day_life/default.cfm? ArticleID=691&Oldpage=1&yearlist=1- al-kindi. Diperolehi pada 20 Ogos 2007. http://www.cybermq.com/index.php?pustaka/detail/10/1/pustaka-158.html.Diperolehi pada 20 Ogos 2007.
http://www.muslimheritage.com/day_life/default.cfm?ArticleID=374&Oldpage=1&yearlist=1ziryab

51

SEJARAH EROPAH AWAL (LSD 3013)

http://dictionary.al-islam.com/ENG/Dicts/SelDict.asp?Lang=Mal&DI=76&Theme=19. Diperolehi pada 20 Ogos 2007. Mohaini Mohamed (2000). Great Muslim Mathemathics. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Maruwiah Ahmat (2003). Sejarah Bani Umayyah di Andalus. Selangor: Karisma Publication & Distributors. Peter Mantin and Ruth Mantin (1993). The Islamic World: Beliefs and Civilization 6001600. Australia: Cambridge University Press. Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Ramli Wan Daud dan Prof. Dr. Hj. Kamarudin Mohd. Yusof. Fakulti Kejuruteraan. Teknologi dan Peradaban Gerakan Teknologi Ke Barat daripada http://pkukmweb.ukm.my/~drkmy/sejarah Prof. Hamed A. Ead. History of Islamic Science 7.Based on the book . Introduction to the History of Scienceby George Sarton. Muslim Mathematics And Astronomy .http://www.levity.com/alchemy/islam18.html. pada 22 Ogos 2007 Sudarsono (2004). Filsafat Islam. Jakarta: Penerbit Reneka Cipta. Syed Mahadzir (2005). Sejarah Perkembangan dan Kebangkitan Islam. Selangor: PCT Sdn. Bhd. Ustaz Azam b. Hamzah (1991). Sejarah dan Tamadun Islam di Andalus. Kuala Lumpur.

52

Anda mungkin juga menyukai