Anda di halaman 1dari 28

ISI KANDUNGAN

KANDUNGAN MK/S

PENGHARGAAN

PENDAHULUAN

BAB 1 : TAMADUN DALAM BIDANG ILMU DAN PENDIDIKAN

BAB 2 : TAMADUN DALAM BIDANG SEJARAH

BAB 3 : TAMADUN DALAM BIDANG GEOGRAFI BAB 4 : TAMADUN DALAM BIDANG PERDAGANGAN, PERLOMBONGAN DAN INDUSTRI

BAB 5 : TAMADUN DALAM BIDANG SAINS TABII

BAB 6 : TAMADUN DALAM BIDANG FALSAFAH

KANDUNGAN
BAB 7 : TAMADUN EROPAH SEBELUM RENAISSANCE DAN SEBELUM MENGENAL TAMADUN ISLAM

M/S

BAB 8 : TAMADUN ISLAM MENGALIR KE EROPAH

BAB 9 : WARISAN ISLAM

PENUTUP

PENGHARGAAN Assalamulaikum w.b.t. Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi di atas limpah nikmat dan kurnianNya saya Nur Aliya binti Muhamad Ghazali bersama Farra Ain binti Mohd Hafizal telah selesai menyiapkan tugasan dan amanah yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu Ust.Elmi bin Baharuddin . Di sini saya juga berkesempatan ingin berterima kasih kepada diri saya sendiri dan juga sahabat seperjuangan saya Farra kerana memberi komitmen dan kerjasama dalam menyiapkan tugasan ini. Kami sanggup bersengkang mata untul menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna dan jayanya. Selain itu,kami juga ingin mengucapakn terima kasih juga kepada Ust.Elmi bin Baharuddin kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami bagaimana untuk melaksakan tugasan ini dan cara untuk mendapatkan bahan rujukan. Tidak lupa juga kepada sahabat yang lain turut memberi tunjuk ajar kepada kami dan member sedikit perkongsian idea mereka kepada kami. Kami hanya mengambil masa dua hari sahaja untuk menyiapkan tugasan ini bagi sempurna kerana memandangkan kami bercuti dan masing-masing tinggal berjauhan tetapi ia bukan penghalang bagi kami untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang turut sama-sama turun padang untuk membantu kami mencari maklumat dan bahan Rujukan . Sekian sahaja penghargaan daripada kami. Terima kasih.

PENDAHULUAN Kebudayaan islam di Andalus sangat bergantung dan berkait rapat dengan kebudayaan Islam yang terdapat di sebelah timur iaitu di Syiria,Saudi,Iraq,Iran dan lain-lain.Walaupun berlaku pemisahan politik di beberapa kawasan tertentu,para sarjana Islam dari kedua-duatempat tetap berhubungan di antara satu sama lain. Orang Islam telah mendudukiAndalus selama 800 tahun dari tahun 711 M sehingga tahun 1492 M. Dalam masa yang begitu lama Andalus menjadi sebuah Negara yang termaju di Eropah ketika itu walaupun dari semasa ke semasa telah berlaku kekacauan politik.Ia merupakan titi yang menghubungkan kebudayaanAsia,Afrika dengan Eropah,serta tempat pertemuan berbagai bangsa seperti Romawi,Visigoth,Berber,Arab dan Yahudi. Andalus ialah nama yang telah diberikan oleh orang Arab kepada semenanjung Iberia. Pada zaman kegemilangannya Andalus telah menjadi salah sebuah pusat intelektual Islam yang terpenting sekali.Pada waktu itu ia dikatakan mempunyai banyak institusi pendidikan,perpustkaan,istana,masjid,tempat mandi awam serta tamandan kebun yang indah. Ia juga telah mencapai tahap yang amat tinggi dalam penggunaan bahasa Arab seperti yang ternyata daripada hasil-hasil karyadalam bidang puisi,nahu,leksikografi,belleslettres,sejarah,geografi,agama,dan sains tabii serta falsafah.Tingkat kemahiran dan daya kreatif yang tinggi dapat dilihat dalam bidang senihalus.senibina,muzik,pertanian,perdagangandan industri di bandar-bandar sepertiCordoba,Sevillle,ToledodanGranada.Ketinggian tamadun di Andalus telah dilahirkan dan disuburkanoleh agama Islam pada dasarnyadan unsur-unsur kebudayaan asing di sampingnya. Kedudukannya yang unik di bumiEropah yang berperanansebagaipemimpin spiritual orang Kristian di utaradan Berber dari utara Afrika, meletakkan negara ini begitu penting dan lebih bermakna lagi.Sebagai satu-satunya Negara islam di Eropah,Andalus telah memainkan peranan yang terpenting dalam menyampaikn idea-idea tamadun Islam kedunia Latin dan negara-negara Eropah yang lain.

BAB 1 TAMADUN DALAM BIDANG ILMU DAN PENDIDIKAN

Andalus banyak menghasilkan penulisan dalam bahasa Arab yang merangkumi semua bidang ilmu yang diketahui pada zaman pertengahan. Kegiatan ini berlaku ketika hampir seluruh Eropah sedang mengalami Zaman Gelap. Kebudayaan Islam yang tinggi secara langsung telah mempengaruhi pemikiran dancara hidup rakyatAndalus. Tahun 711M bukan sahaja merupakan bermulanya penjajahan di Semenanjung Iberia tetapi juga menjadi titik permulaan satu era baharu dalam sejarah kebudayaannya. Dalam masa lapan kurun bermacam-macam perubahan telah berlaku daripadas segibahasa,amalan,perilaku sosial,agama,keseniaan dan kraftangan bagi orang Andalus. Kebanyakan kesan ini masihdapatdilihat hingga ke hari ini. Unsur-unsur kesusasteraan seperti puisi di Andalus berdasarkan al-Quran dan merupakan sumber utama kepada perkembangan kesusasteraan seterusnya. Pada kurun yang ke-9M proses pengislaman Semenanjung Iberia ini telah mengakibatkan banyak kemajuan penting khususnya di kalangan masyarakat bandar yang terdapat ramai orang Kristian dan Yahudi.Dengan tersebarnya bahasa Arab di kalangan penduduk maka muncullah suatu kesusasteraaan yang pada umumnya banyak bergantung kepada kesusasteraan timur terutama dalam bidang puisi.Aktiviti penulisan memang digalakkan oleh ketua-ketua Negara yang menyanjungi tinggi kesarjanaan dan mereka lebih suka dikelilingi oleh cerdik pandai.Misalnya Abdul Rahman II yang sangat berminat terhadap sains,agama,puisi dan muzik,telah mendapatkan buku-buku tersebut dari Negara-negara Islam di sebelah timur. Dalam bidang pendidikan,Andalus pada mulanya hanya bergantung pada kumpulan sarjana yang telah mendapat pendidikan di timur dan membawa pulang berbagai-bagai tulisan yang termashur,hasil karangan sarjana timur.Masjid-masjid telah dijadikan pusat pendidikan bagi sesiapa sahaja yang ingin belajar. Perpustakaan persendirian dan umum telah dibina dengan banyaknya.Semua ini telah membuka jalan bagi sesiapa sahaja yang ingin belajar. Perpustakaan persendirian dan umum telah dibina dengan banyaknya

Di antara cerdik pandai yang termashur ialah Ibnu Sidah iaitu seorang penyusun kamus yang buta,ahli sejarahAbu Marwan ibnu Hayyandan Yusuf ibnu Abd al-Barr yang juga menjadi seorang tradisionalis . Walaubangaimanapun kecermelangan ini telah terganggu buat seketika pada akhir kurun ke 11 M.Tetapi kestabilan dapat dicapai semula dengan ketibaan Almoravid dan Almond dari Afrika Utara. Di bawah pemerintahan mereka ahli intelek agung telah muncul semula dalam kurun ke-12M dan ke-13M. Walaupun penulis-penulis Andalus telah dijajah oleh orang Berber yang tidak berilmu,namun mereka tetap menunjukkan semangat kebangsaan dengan mementingkan sumber-sumber tempatan di dalam antalogi mereka seperti yang dituliskan oleh Ibnu Bassam. Semenjak pertengahan kurum ke-13M kuasa orang islam di Andalus mula berkurangan dan mereka hanya tinggal di bahagian selatan sahaja iaitu yang diperintahkan oleh Dinasti Nasrid. Pada zaman ini Ibnu al-khatib merupakan seorang ahli fikir dan pemimpin yang masyur.Kmegahan dinasti ini terletak pada bangunan dan monumen-monumen yang indah.Di antara contohnya ialah Alhambra yang termashur itu,yang pada hari ini masih lagi tinggal sebagai salah sebuah monumen yang paling mengkagumkan di dunia. Masyarakat Islam di Andalus telah menyemaikan satu tradisi mencintai ilmu dan pendidikan dengan mendalam. Kerajinan mencari ilmu dapat dilihat pada peninggalan mereka dalam semua cabang ilmu.Mereka telah pergi mencari ilmu di mana sahaja yang boleh didapati walaupum mereka terpaksa menggadai nyawa. Meraka juga merupakan guru-guru yang sangat berdedikasi.Perpustakaan dibina bukan sahaja sebagai simbol pendidikan bahkan juga sebagai tanda kemegahan di kalangan orang biasa yang suka membuat perpustakaan di rumah mereka. Oleh yang demikian mbelajaran pengajaran ilmu menjadi salah satu daripada aktiviti dan keinginan yang tinggi nilainya bagi orang Andalus. Banyak Hadith Nabi yang menitikberatkan kepentingan ilmu, ini telah diamalkan dan dihayati oleh mereka.

Misalnya Hadith yang bermaksud Tuntutlah ilmu walaupun ke negeri Cina telah menjadi amalan di kalangan para sarjana Muslim. Bagi mereka, belajar dan mengajarkan ilmu kepada orang lain adalah pencapaian manusia yang tertinggi sekali, lebih-lebih lagi apabila ilmu itu mempunyai hubungan langsung dengan agama.

Pada keseluruhannya para sarjana Islam telah meneliti dan memikirkan dengan mendalam bukan sahaja makna ilmu itu tetapi juga jenis kegunaanya.Perkataan Arab, konotasi kata sains ditandai dengan perkataan dalam bentuk jamak. Ibnu Abd Rabbihi menjelaskan bahawa ilmu dan pendidikan sebagai asas utama bagi kehidupan di dunia dan di akhirat yang membezakan manusia dan binatang. Ilmu dan pendidikan adalah asa perkembangan intelek,pelita kepada jasad,cahaya kepada hati dan panduan kepada roh. Intelek menerima ilmu sama caranya dengan penglihatan menerima warna dan pendengaran menrima bunyi. Seseorang yang berakal tetapi tidak pernah diajarkan apa-apa adalah seperti orang yang tidak mempunyai akal langsung. Sekiranya seorang kanakkanak itu tidak dididik dan diajar untuk menulis dan membaca dia akan menjadi seperti binatang yang bodoh dan terbiar. Oleh yang demikian ilmu bukan sahaja berguna,malahan menjadi suatu syarat penting bagi kewujudan setiap manusia.Ada dua jenis ilmu iaitu yang berkenaan dengan jasad dan yang berkenaan dengan roh. Seseorang yang memperdalami sesuatu disiplin ilmu digelar sebagai seorang sarjana yang khusus dalam bidang tersebut dan seseorang yang memperdalami berbagai-bagai disiplin pula digelar sebagau seorang sarjana yang mengetahui berbagai-bagai bidang. Pada keseluruhannya ilmu pengetahuan ialah tanda yang membezakan orang yang mulia daripada orang yang hina. Oleh itu wajarlah kata Rabbihi,bahawa setiap individu mestilah menjadikan ilmu sebagai harta yang terpenting Menurut Ibnu Hazm ilmu pengetahuan sangatlah berguna bagi orang yang memilikinya sama ada di dunia dan di akhirat. Walaupun demikian,orang yang mencarinya semata-mata untuk membanggakan diri ataupun untuk mendapat pujian daripada orang lain.

Ibnu Hazm juga menekankan bahawa apa-apa sahaja yang diketahui oleh manusia boleh dianggap sebagai ilmu pengetahuan (fakulluma ulima fahuwa ilm). Oleh yang demikian bidang-bidang seperti perdagangan,pembinaan,jahit menjahit,anyaman,pembinaan

kapal,pertanian perkebunan dan lain-lain lagi boleh dianggap sebagai sains ataupun cabangcabang ilmu. Tetapi ini semuanya tehad kepada dunia sahaja. Ibnu Hazm juga telah menunjukkan kepentingan untuk mendapatkan pendidikan yang umum dan berintegrasi dalam semua bidang ilmu yang ada dan membandingkannya dengan pembinaan sebuah rumah yang memerlukan tenaga dan kemahiran tukang yang berlainan. Pengetahuan tentang al-Quran sahaja tidak cukup tanpa pengetahuan tentang bahasa,perubatan dan disiplim-disiplin ilmu agama dan yang hendak mengambil sesuatu keputusan undang-undang syariah tapi tidak ada pengetahuan ,tentang sains adalah ibarat seekor kaldai yang tidak dapat membezakan mana yang benar dan mana yang salah.Ibnu Hazm telah menguatkan pendapatnya ini dengan Hadith-hadith Nabi Muhammad SAW. Contoh-contoh berikutn khusunya memberikan pengertian yang mendalam maksudnya: Tidak ada sesuatu yang lebih baik di sisi Allah daripada orang yang mempunyai sesutu ilmu(taallama ilman) dan mengajarkannya kepada orang lain. Seseorang Muslim tidak akan dapat memberikan hadiah yang lebih baik daripada katakata yang arif kepada saudaranya. Jika saudaranya itu mendengar,memahami dan kemudian menyampaikannya pula kepada orang lainnn,Allah kan memberikannya petunjuk dan menjauhkannya daripada kejahatan,kerana kata-kata yang arif itu akn membawa kepasa pembaikan jiwanya Jelaslah betapa masyarakat di Andalus memandang tinggi terhadap ilmu dan mereka telah mencuba seberapa daya untuk mencari dan menyebarkannya. Mencari ilmu tidak ada hadnya.

BAB 2 TAMADUN DALAM BIDANG SEJARAH Sejarah dan geografi mempunyai kedudukan yang penting dalam masyarakat islam. Selalunya, sesebuah karangan tentang sejarah akan juga dipenuhi oleh maklumat-maklumat tentang geografi, keadaan Negara dan rakyatnya, hasil bumi, topografi, sungai-sungai, gunung-gunung serta jalan-jalan rayanya. Bidang sejarah amatlah berguna kepada umat islam untuk menyebarkan agama dan memperluaskan kawasan. Cara penyebaran pada peringat awalnya ialah secara lisan, tetapi lama kelamaan telah berubah kepada bentuk lisan. Pada mulanya butir-butir tentang zaman sebelum islam, kehidupan, peri laku dan kata- kata Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya, kemenangan dalam peperangan dan salsilah keluarga yang tertentu telah menjadi tumpuan ahli sejarah islam bahkan menjadi ciri penulisan sejarah yang penting dalam islam. Tetapi lama-kelamaan aspek-aspek lain juga dimasukkan seperti politik, peperangan, sejarah penulisan,sejarah tempatan misalnyamengenai sesuatu Bandar, sejarah dunia yang selalunya dimulakandengan keadaan semasa zaman penulis, sejarah keturunan raja-raja atau dinasti, kamus-kamus biografi dan tokoh-tokoh yang masyur dan berbagai-bagai bidang yang dikelaskan mengikut bidang masing-masing. Para ahli sejarah di Andalus abnyak menghasilkan karya seperti yang terdapat di timur.Kita dapat mengukur betapa panjangya senarai tajuk-tajuk penulisan Andalus dengan melihat jumlah rujukan yang dibuat oleh ahli sejarah Andalus. Walaupun demikian masih banyak manuskrip yang terdapat d muzium Escorial, Madrid, Teledo , Masjid Zaytuna di Tunis, Fez, Cairo dan beberapa Bandar di Eropah yang tidak disenaraikan oleh ahli sejarah. Di antara ahli sejarah yang mula-mula sekali muncul di Andalus ialah Abd al-Malik ibnu Habib (m.845 M.) Beliau mempunyai pengetahuan yang sangat luas telah mengarang dalam berbagai bagai disiplin ilmu.Karyanya yang termasyur ialah Tarikh (sejarah).Beliau telah menulis sebanyak 1000 buah kitab. Tokoh-tokoh yang lain pula termasuk Muhammad ibnu Musa al-Razi (m.886m.) anaknya Ahmad dan Isa, anak kepada Ahmad. Ahmad dikatakan telah menulis tentang amir-amir di Andalus; salasiah orang-orang yang termasyur di Andalus;keadaan ibu kotanya, iaitu Cordoba; jalan-jalan raya, Bandar-bandar yang penting di andalus dan keadaan tiap-tiap Bandar tersebut. Walaupun banyak daripada tulisan asal mereka ini telah hilang, mereka tetap

menjadi sumber yang penting kepada pengarang-pengarang yang terkemudian daripada mereka. Ahli sejarah yang paling terkenal pada kurun ke 2 ialah Marwan ibnu Hayyan. Ia dilahirkan di Cordoba pada tahun 987 M. dan telah berkhidmat di bawah pemerintah Amirid sebagi seorang setiausaha. Dia menulis dengan terperinci dalam bidang sejarah.Beliau sangat terkenal kerana menghasilkan jilid-jilid buku yang tebal, misalnya al-Matin yang mengandungi 60 jilid dan al-muqtabis 10 jilid. Tokoh-tokoh ahli sejarah yang lain termasuklah Ibnu Idhari dengan karyana al-Bayan almagrib bersifat komprehensif dan merangkumi sejarah penaklukan yang pertama sehinggalah ke zaman penulis sendiri. Karya ini yang telah disusun mengikut kronologi dan tajuk-tajuk yang penting.Ibnu Idhari telah meninggal dunia pada tahun 1270 M. Tokoh yang telah mendapat sanjungan daripada para sarjana timur dan barat ialah Ibnu Khaldun. Beliau ialah seorang ahli falsafah, sejarah dan pencipta satu bidang baru iaitu Umran al- basyari (peradaban manusia) atau yang kini dikenali sebagai sosiologi. Walaupun dia tidak merupakan tokoh yang paling bijak dalam dunia islam, dia adalah gergasi intelektual islam yang terakhir sekali. Beliau tidak mengalami berbagai-bagai peristiwa dalam bidang politik semasa dalam pegembaraannya di Tunis, Granada dan mesir.Dia pernah juga dihantar bersama-sama misi diplomatic kepada mesir. Dia pernah juga dihantar bersama-sama misi diplomatic kepada Raja Peter the cruel di Seville. Ibnu Khaldun dilahirkan di Tunis pada tahun 1332M.di dalam sebuah keluarga yang telah berpindah dari Seville. Beliau mendapat didikan awal di Tunis iaitu di rumahnya sendiri, di masjid dan daripada orang pelarian dari Andalus.Dia mempunyai pengetahuan yamg baik tentang logic, metafizik dan ilmu keagamaan. Kemasyuran Ibnu Khaldun bukan sahaja disebabkan pengalamannya dalam bidang politik ataupun ciri utama kepada para sarjana islam, tetapi disebabkan oleh Pengenalanya (alMuqadimmahnya) kepada sejarah universal yang buku mengenai contoh-contoh dan kumpulan daripada maklumat awal dan berikutnya mengenai zaman orang-orang Arab, yang bukan Arab dan tebal dan telah dicantumkan menjadi tiga buah buku. Yang pertama berjudul al-Muqadimah dan yang dua lagi ialah sejarah universal.Karya ini juga mengandung riwayat hidupnya sendiri yang berjudul Tarif.

BAB 3 TAMADUN DALAM BIDANG GEOGRAFI

Bidang geografi dan sejarah saling berkaitan antara satu sama lain dalam bebagai-bagai cara.Geografi ialah istilah yang dipinjam daripada nahasa yunani.Walaupun sains ini sangat dipengaruhi oleh panndangan Ptolemy namun para ahli geografi Muslim sendiri telah membuat sumbangan yang tidak terhingga melalui pemerhatian dan pengkajian lanjutan mereka. Pengkajian geografi telah dibuat di seluryuh dunia Islam. Memang tidak dapat disangkal bahawa bidang ini amat terpenting kerana sebab-sebab dan keperluan keagamaan,ketenteraan dan pemerintahan di samping semangat intelektual seta sifat ingin tahu tentang dunia,daripada segi bentuk,kedudukan tempat,garis bujur dan lintang.Minat yang mendalam dapat dilihat dalam penulisan-penulisan yang ditinggalkan oleh para sarjana geografi Islam, ini boleh dikelaskan kepada geografi deskriptif,dan geografi matematik dan teoretikal. Di antara karya awal dalam bidang geografi ialah mengenai topik yang khusus,misalnya tentang topografi,cuaca dan sumber asli. Ahli geografi muslim telah mendapat maklumat mereka melalui data-data yang telah ditulis oleh para penulis terdahulu ataupun daripada pengembaraan-pengembaraan mereka sendiri. Ada di antara mereka yang menulis tentang gografi di atas daya usaha sendiri sementara yang lain pula diarahkan oleh pemerintah. Minat mereka tidak sahaja tertumpu kepada Negara-negara Islam tetapi juga merangkumi negeri Cina, Rusia, India, daerah Balkan dan negeri-negeri lain. Knadungannya termasuklah ceritalah lucu, lagenda, maklumat sejarah tentang masyarakat,b budaya, agama, barang perdagangan, hasil pertanian, pakaian kosmografi,gambaran tentang benda-benda, sungai-sungai, gunung-gunung, tugu-tugu dan benda-benda yang ganjil atau aneh. Dalam konteks ini para ahli geografi di timur juga tidak lupa menyebut cirri-ciri penting serta keistimewaan tentang Andalus.

Ahli geografi Andalus juga telah dipengaruhi oleh tokoh-tokoh masyur di timur seperti al-Khuwarizmi (m.847M) dan Ibnnu Kurdadh-bih (m.900M) yang merupakan tokoh perintis dalam penulisan geografi serta aspek-aspek teoretikal dan amalinya. Di Andalus seorang ahli geografi terkenal yang juga serorang ahli sejarah iaitu Ahmad Ibnu Muhammad al-Razi(m.936) telah menulis tentang jalan raya, daerah-daerah dan bandarbandar di Andalus. Seorang lagi tokoh penting dalam bidang geografi di Andalus ialah Ahmad Ibnu Umar alUdhiri (1084) dan al-Bakri(1094M) Sumabngan Andalus yang terbanyak sekali dalam bidang geografi ialah daripada segi pengembaraan. Para pengembara Andalus telah mengembara jauh ke merata tempat di dalam dan juga di luar negeri.

BAB 4 TAMADUN DALAM BIDANG PERDAGANGAN, PERLOMBONGAN DAN INDUSTRI

Dalam bidang perdagangan, orang Islam di andalus telah mencapai kemajuan yang begitu tinggi sehinggakan para pedagang dari Negara lain telah mula membuat perkongsian dengan mereka. Perkembangan pertanian dan industry pembekalan barang-barang dagangan telah mula meningkat sama dengan kadar meningkatnya jumlah pennduduk serta keperluan-keperluan mereka. Begitu juga faktor perdagangan dalam dan luar negeri. Dalam kurun ke-11 M Ibnu Abdun telah mengatakan bahawa di Seville seorang muhtasib itu ditugaskan untuk menetapkan harga barang-barang sebagai penguatkuasa sektor perdagangan dan perindustrian keseluruhannya. Sistem ini berterusan di sepanjang masa pemerintahan Islam di Andalus dan diikuti pula oleh raja-raja Kristian. Di pusat-pusat perdagangan orang Islam di andalus ini masyarakatnya daripada berbilang bangsa, agama, dan bahasa berkumpul untuk bertukar-tukar fikiran di samping berjual beli. Mereka terdiri daripada orang-orang Islam Andalus, Yahudi, Arab dari timur, Berber dari Afrika dan orang-orang Kristian dari Perancis, Italy dan Slav. MINERAL Aktiviti-aktiviti perlombongan perak, tembaga, besi, raksa, dan mineral telah terbiar begitu sahaja sebelum kedatangan orang-orang Islam ke Andalus. Ia hanya dihidupkan semula oleh pendatang-pendatang,walaupun pada mulanya mereka tidak begitu mahir di dalam pengurusannya. INDUSTRI Industri merupakan sumber terpenting kepada ekonomi orang Islam ke Andalus.Bahan-bahan mentah dan permintaan yang banyak kepada barang-barang lumayan membawa kepada

perkembangan berbagai-bagai perindustrian sumber-sumber asli. Di antaranya termasuklah industri tekstil, kayu, kulit, logam dan tembikar. PERTUKANGAN KAYU Sepanyol juga terkenal dengan hasil-hasil pertukangan kayunya. Pelabuhan penting seperti Tortosa, Denia dan lain-lain merupakan tempat pembinaan kapal yang terkenal dan mereka telah menarik minat ramai ahli sejarah dan geografi pada zaman pertengahan. Hasil pertukangan kayu dalam bentuk bumbung, mimbar, pintu dan tangga-tangga masjid juga termasyur di Sepanyol. TEKSTIL Kawasan di sekitar laut Mediterranean seperti Byzantium, Mesir, Sepanyol dan Sicily telah memainkan peranan penting dalam pembuatan barang-barang tekstil pada zaman pertengahan. KESENIAAN TEMBIKAR Daripada sumber orang Kristian dan orang Islam, kita mendapat tahu bahawa perusahaan tembikar ini telah dijalankan di Andalus. Pada zaman Islam tembikar emas Hispano-Morisco telah menjadi termasyhur di seluruh dunia pada kurun ke -14M. Penulis bahasa Arab yang mula-mula sekali mengambil perhatian tentang industri ialah Abu Jaafar Ahmad bin Muhammad bin Mughith. GELAS Andalus sememangnya telah masyur dengan gelas-gelasnya daripada zaman Rom lagi. Sebenarnya pada kurun ke 8 M gelas amat kurang sekali digunakan.

BAB 5 TAMADUN DALAM BIDANG SAINS TABII Daripada kaca mata islam, sains tabii merupakan bidang atau cabang-cabang ilmu yang menjadi fitrah kepada manusia dan tidak tertakluk kepada mana-mana agama yang tertentu. Bidang sains tabii termasuklah bidang-bidang seperti fizik, matematik, astronomi, botani, zoology, kimia, geologi dan peribatan. Akan tetapi bagi sarjana-sarjana islam matefizik dan falsafah juga termasuk dalam sains tabii. Ahli-ahli falsafah islam misalnya seperti al-kindi dan Ibnu Sina telah membincangkan bidang-bidang sains ini dan adalah sukar bagi kita unu\tuk menentukan di mana falsafah bermula dan sains tabii berakhir. Walaupun tokoh-tokoh seperti mereka ini menjadi ahli astronomi, mathematic, muzik, kimia, peribatan, botani, matefizik, namun mereka juga mahir dalam bidang agama dan bahasa arab. Para penulis islam senantiasa menyatakan rasa berhutang budi terhadap tamadun-tamadun sebelum islam kerana ilmu yang mereka dapati adalah melaluin penterjemahan yang telah bermula di sebelah timur empayar islam khususunya di Banghdad. Andalus hanya bergantung pada mulanya kepada Timur dalam memperkembangkan bidang-bidang sains tersebut dibuminya. Walaupun pada peringkat permulaaan mereka melangkah agak lewet sedikit daripada Timur, tetapi para sarjana di Andalus akhirnya telah dapat juga mengembangkan satu saintifik dn mengeluarkan ramai saintis dalam berbagai-bagai bidang seperti perubatan dan astronomi. Mereka yang bertanggungjawab menyampaikan bidang-bidang sains tersebut ke Barat melalui proses penterjemahan daripada bahasa Arab ke bahasa Latin. Pada mulanya orang Andalus menunggu sahaja hasil-hasil eksperimen saintifik yang dijalankan di timur sebelum menjadi serius dengan sains dengan sains tabii ataupun sains intelektual (falsafah) dan metafizik.Akan tetapi lama-kelamaan mereka merasa kagum dengan idea-idea yang telah merebak ke falsafah lainya telah mengikut perspektif intelektual cerdik pandai Yunani seperti Aristotle dengan penuh minat.Jadi tidak hairanlah jika orang Andalus yang sememangnya terpesona dengan ketinggian ilmu di timur lama-kelamaan memainkan peranan yang aktif dalam eksperimen intelektual tersebut. Ini telah dibantu oleh system lalilintas yang bebas di antara barat (Andalus) dan timur serta proses pendidikan dan peminjaman yang intensif.

Astronomi Di kalangan ahli astronomi di Andalus yang termasyur sekali ialah Ma Shaallah (m.815 M.) yang telah menulis mengenai antrolabe dan meteorology dan al-Farghani (m.kurun ke-9 M.) yang telah menulis bintang-bintang.Bapa dan anak-anak BanuSyakir juga merupakan ahli astronomi dan guru yang telah meninggalkan karya-karya yang penting mengenai pergukuran dataran dan permukaan-permukaan sfera. Selepas mererka, lahir pula Abu Masyar dari Balleh (m.886M.) dan al- Battani (m.929 M.) yang telah membuat beberapa pembetulan pada karya-karya Ptolemy dan menentukan ketepatan gerhana matahari dan kemunculan bulan baru.Dia juga telah menulis tentang jadual-jadual astronomi.Beberapa orang ahli astronomi telah meninggalkan karya-karya yang telah menjadi rujukan yang penting dan kebanyakkan telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Gerard Cremona dan lain-lain melalui Andalus. Perubatan Warisan yang ditinggalkan oleh Hippocrates (m.360 M.) dan Galen (m.210 S.M.) dianggap sebagai authority awal yang terpenting sekali dalam bidang perubatan.Authority ini ditambah dengan konsep-konsep perubahan islam yang awal iaitu dalam bentuk perubatan Nabi (alTaibb al-Nabawai). Pada kurun ke-8 M. iaitu zaman kepercayaan-kepercayaan lama dan tahyul menjadi perkara yang biasa di barat, manakala di kalangan orang-orang islam pula perubatan telah muncul sebagai suatu sains yang berdasarkan eksperimen (tajribah), taakulan (qiyas) dan pemerhatian. Ibnu Hazm telah membahagi-bahagikan sains perubatan kepada perubatan jiwa (Tibb al-Nafs) yang bertujuan untuk membetulkan atau memperbaiki moral dan menjauhkan diri daripada sikap melampau dan berlebihan dan perubatan jasa yang berhubun dengan pengetahuan tentang sifat-sifat badan, jenis-jenis organ, penyakit dan sebab-sebabnya, serta penyediaan ubat-ubat. Jenis yang kedua ini memerlukan pengubatan melalui penggunaan ubat-ubat, kauteri, surgeri dan lain-lain cara yang diperlukan. Oleh kerana itu perubatan telah dianggap sebagai suatu profesion yang sangat teknikal dan memerlukan latihan serta satu system tatatertib moral yang tinggi. Calon yang ingin mengikutinya mestilah mempunyai kelayakkan akademik di samping

sifat-sifat yang baik, pemurah, tahan menerima cemuhan dan kritikan akademik, bahkan perawakannya secara fizikal juga ditentukan, iaitu dia mestilah mempunyai rambut dan kuku yang pendek; memakai baju yang bersih dan berwarna putih serta berjalan dengan tegak. Ia mesti lulus di dalam peperiksaan yang ditentukan dan hanya yang berijazah sahaja dibenarkan merawat. Dia mestilah mengikut undang-undang perubatan Hippocrates dan jika ia gagal berbuat demikian dia akan diberhentikan daripada profesionannya. Di samping pembelajaran dan pengalaman dalam bidang perubatan, institusi-institusi seperti hospital juga banyak dibina di Baghdad, Damsyik, Kaherah, Cardoba dan tempattempat lain. Hospital-hospital ini ditadbirkan dengan cekap, licin dan mempunyai tempattempat mandi, air paip dam makanan yang baik. Ibnu Juljul dilahirkan di Cardoba pada tahun 943 M. Dia telah mempelajari bahasa Arab dan bidang agama.Pada masa umurnya menjangkau 14 tahun dia telah berminat dalam bidang perubatan. Apabila dia berusia 24 tahun dia telah Berjaya pun Berjaya menjadi seorang tabib yang terkemuka. Dia telah menerbitkan sebuah ulasan tentang nama-nama dadah yang biasa yang dituliskan di dalam De Materia ialah sebuah buku mengenai ubat-ubatan, termasuklah yang terdapat di Andalus.Dia juga telah membuat satu ulasan mengenai benda-benda yang boleh menjadi penawar dan sebuah buku mengenai kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh para doctor. Satu daripada karangan Ibnu Juljul yang penting ialah yang bertajuk jenis-jenis Tabib, yang ditulis di bawah perintah seorang putera Bani Umayyah.Ibnu Juljul telah menceritakan tentang 9 jenis tabib dan dia juga membincangkan tentang sejarah bidang perubatan daripada bapa bidang perubatan iaitu Hermas dan Aesculpius sehingga sampai ke zaman Ibnu Juljul sendiri. Ulasan-ulasannya tentang biografi tabib-tabib yang hidup sebelum zaman islam juga telah menulis. Mereka ini termasuklah Hippocates, Discorides, Plato, Aristotle, Ptolemy, Euclid, al-Razi dan lain-lain juga. Buku jenis-jenis Tabib ini telah menjadi sumber asas kepada para penulis Andalus dan timur seperti al-Qifti dan ibnu Abi Usaybi;ah. Ibnu Juljul juga telah menterjemahkan buku De Materia medica yang dikarang oleh Discorides daripada bahasa Yunani ke bahasa Arab apabilah karya tersebut dihantar kepada Abdul Rahman 3 oleh Raja Byzantium. Botani

Saintis yang ternama sekali pada kurun ke 13 M. ialah Ibnu Baytar yang dilahirkan pada tahun 1197M. DI Malaga. Dia telah menjadi seorang pengkaji ilmu tumbuh-tumbuhan yang terbaik sekali.Beliau telah belajar daripada buku-buku, pemerhatian-pemerhatian serta eksperimen-eksperimen sendiri. Pada tahun 1219M .Ibnu baytar telah meninggalakn tanah air untuk merantau ke seluruh Afrika Utara, Semenanjung Arab, Syria dan Mesopotamia. Ke mana sahaja dia pergi maka di sutilah dia membuat penyelidikan tentang tumbuh-tumbuhan dan mengajar orang lain tentangnya. Dia antara murid-muridnya termasuklah Ibnu Abi Usaybiah yang telah menulis buku tentang tabib-tabib yang masyur. Ibnu Baytar telaj juga membincangkan tentang dadah di dalam makanan dan cara ianya dibuat daripada bahanbahan binatang, tumbuh-tumbuhan dan mineral. Zoologi Dalam bidang zoology pula ada beberapa buah buku yang sangat penting, seperti yang dikarang oleh Ibnu Jawa Liqi tentang kuda, al Marwazi tentang sifat-sifat binatang dan Ibnu Bajjah tentang memburu. Fizik Di dalam bidang fizik pula Andalus juga tidak ketinggalan. Ibnu Bajjah ataupun Avenpace telah mengutarakan sebuah teori di dalam bidang fizik, iaitu diberi namateori avempace di barat. Teori tentang pergerakan ini sangat penting kerana daripada sini lahir idea-idea Galileo tentangg hokum-hukum pergerakan yang moden, yang penyangkal teori-teori Aristotle. Galileo telah menggunakan formula yang telah digunakan oleh Ibnu Bajjah di dalam buku pisan . Matematik Ahli matematik yang masyur di Andalus ialah Alkarmani dari Cardoba.Beliau telah memperkenalkan matematik ikhwan al-Safa ke Andalus.Seorang lagi ahli matemaik ialah Yusuf al-Mutamin yang telah juga menjadi Raja di Saragossa. Pada keseluruhan, semasa pengetahuan sains di dunia ialam khususnya di Andalus meningkat maju dari kurun ke-8 M. hingga ke kurun ke-13M.dunia Eropah pula tidak mengambil berat langsung terhadap pencarian ilmu secara saintifik. Pihak membenci dan menekan perubatan secara saintifik dan membiarkan bidang tersebut di tangan orang yang tidak berkelayakan.

BAB 6 TAMADUN DALAM BIDANG FALSAFAH

Pada mulanya falsafah telah dianggap sebagai satu cabang ilmu yang asing iaitu ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab daripada bahasa Yunani dan Sankskrit. Ilmu-ilmu lain yang juga telah diambil daripada sumber-sumber asing termasuklah metafizik, logik, perubatan, matematik, astronomi, dan muzik. Semua ilmu ini pada mulanya muncul di Andalus mengikut model-model yang wujud di timur. Hanya selepas perkembangan sains pada kurun ke 7M dan 8M ke timur dekat, Afrika Utara dan Andalus, baharulah sains-sains tersebuut mula dipelajari dan dikembangkan dengan penuh minat sehingga ia mencapai kemuncaknya pada kurun ke 9M. Falsafah Hellenisme merupakan gabungan di antara pemikiran Yunani dan timur memang telah tersebar dengan meluasnya dari Iskandariah, iaitu pada zaman sebelum kebangkitan Islam lagi. Jadi pada keseluruhannya perkembangan bidang falsafah di Andalus telah bermula semenjak kurun ke-8 lagi dan berterusan sehingga kurun ke-10M. Pada pandangan ahli falsafah Islam,Aristotle,ialah al-Muallim al Awal iaitu guru yang pertama kerana dialah yang mula menerbitkan cara yang sah untuk mendapatkan kebenaran. Minat para sarjana Islam terhadap falsafah telah dipetik daripada perkataan Yunani philosophy yang beerti cintakan ilmu. Falsafah Yunani di dalam konteks Islam mengandungi bahagian falsafah yang spekulatif dan sains tabii atau falsafah tabii (NATURAL PHIILOSOPHY). Di dalam usianya yang masih remaja falsafah Islam sangat berguna kepada agsma, kerana tujuan muktamad ahli falsafah Islam ialah untuk mencari jawapan kepsa permasalahan-permasalahan yang dihadapi dalam agama,dan falsafah mencari jawapanjawapan yang dihadapi oleh agama,dan falsafah mencari jawapan-jawapan itu dengan caracara yang seiring dan tidak bercanggah dengan wahyu. Di antara pandangan ahli falsafah yang termasyur di timur yang telah mempengaruhi dan membentuk perjalanan aliran falsafah di Andalus termasuklah al-Kindi, al-Farabi dan Ibnu Sina. AL-KINDI (800M-865M)

Dia telah dikenali sebagai ahli falsafah kepada orang-orang Arab. Beliau dilahirkan dan dididik di Basrah. Kemudian beliau berpindah ke Baghdad di mana beliau telah menjadi pengajar kepada anak-anak raja di istana khalifah Abbasiyah. Al-Kindi juga merupakan seorang di antara ahli falsafah Islam yang sangat berkeboleha. Jumlah hasil karyanya dikatakan melebihi 270 semuanya dan karya-karya ini merangkumi berbagai-bagai bidang termasuklah falsafah,logik, psikologi, astronomi, astrologi,matematik, fenomena di atmosfera, geografi, muzik, politik, cara membuat minyak wangi, memasak dan memelihara kuda. Menurut Al-Kindi, Tuhan itu satu dan ia hidup selama-selamnya, berada di mana-mana juga dan bersifat Maha Bijaksana. Dialah pencipta dan pemerintah (mudabbir) ke atas semua benda yang telah diciptakannya dan mempunyai akhirnya.

AL-FARABI (870M-950M) Beliau dilahirkan di Transozania tetapi mendapat didikan di Baghdad. Pengaruhnya sungguh besar sehinggakan beliau dikenali dengan nama bapanya sahaja iaitu Abu Nasr hingga ke Andalus. Kepada pemimpin inilah tempat masyarakat mendapatkan sumber inspirasi dan panduan. Dia juga tidak mengenepikan maasalah jirim dan kaitannya dengan bentuk , roh dan berbagai-bagai fungsinya. Perkara inilah juga yang telah dibincangkan oleh ahli falsafah selepasnya.

BAB 7 TAMADUN EROPAH SEBELUM RENAISSANCE DAN SEBELUM MENGENAL TAMADUN ISLAM

Golongan Eklesiastik Semenjak kurun ke-4M.telah lahir dalam masyarakat yang beragama Kristian di Eropah suatu golongan eklesiastik. Pada kurun ke-4 M. Raja Constantine, Raja Rom yang telah membangunkn ibu kota empayar Rom di Constantinople telah berasa cemas kerana suatu agama yang baharu iaitu agam Kristian telah tersebar dengan cepat di kalangan rakayat jelata dan angkatan tentera kerajaan.Ini bererti kesetian tidak lagi tertumpu kepada raja dan kerajaan seratus peratus seperti sebelumnya.Langkah untuuk melenyapkan agama yang baharu ini seperti membunuh beramai-ramai penganutnya tida Berjaya, malahan langkah yang sedemikian telah menyemarakkan lagi semangat mereka.Oleh yang demikian, sebagai langkah terakhir untuk mendapat semula kesetiaan rakyat, Raja Constantine sendiri telah memeluk agama untuk menjadi penasihatnya.Agama Kristian telah menjadi agama rasmiemparnya dan ketua-ketua agama telah diberikan harta dan kekuasaan dengan secukupnya.(Hull L.W.H 1959:108). Lama-kelamaan pengaruh Eleksiastik ke atas pemikiran masyarakat Eropah kian mendalam hinggakan pada akhirnya gereja dan Negara telah menjadi authority yang satu sama. Oleh sebab ini, di samping menentukan hal-hal dan undang-undang yang bersabit dengan agama mereka juga telah mentukan prinsip-prinsip yang menentukan pergerakan ke semua institusi yang ada dalam Negara seperti institusi pendidikan, politik dan undang-undang. Golongan Eklesiatik mempunyai falsafah sendiri tentang ilmu dank al serta kepercayaankepercayaan mereka sendiri tentang isi dan tafsiran kitab Injil. Cerita Adam dan Hawa yang keluar dari syurga misalnya telah ditafsirkan sebagai pengaruh `akal yang mengeluarkan keduanya setelah memakan buah khuldi. Akal yang ada pada manusia itu diangap sebagai suatu alat yang amat berbahaya. Oleh kerana akal tidak besifat sempurna maka sebab itulah manusia tidak akan dapat mencapai ilmu dan kebenaran yang mutlak dan malaluinya.

Semenjak lebih kurang 600 tahun seblum lahirnya Isa al-Masih sehinggalah kemunculan

empayar krsitian-Rom Byzantium pada ke-4 M. Hmapir segala ilmu pengetahuannya yang wujud di dunia barat adalah hasil dari tamadun yunani. Dalam tamadun ini lahir bergai-bagai falsafah dan teori mengenai keadah mencari ilmu, sifat dan fenoma alam tabii, agama, politik, perundangan dan lain-lain lagi.Plato dan pytahgoras misalnya, telah menganjurkan kaedah berfikir secara apriori dan deduktif sementara Aristotle pula telah menghayati kaedah empirical dan enduktif.Ramai ahli fikir yunani telah menulis tentang berbagai-bagai bidang dan pegumpulan yang terakhir sekali telah dibuat di muzium iskandarriaah setelah orang mesir dijajah oleh Ptolemysoter iaitu seorang general iskandar (meninggal dalam tahun 323S.M). Di sinilah tempat berkembangnya sains zaman silam sebelum mengalami zaman kemerosotannya apabila orang Yunani Iskandariah dijajah oleh orang Rom. Di bawah jajahan Rom inilah kumpulan Eklesiasiastik tadi muncul dan mereka telah diberi kuasa untuk mempengaruhirakyat. Meraka berpendapat bahawa keseluruhan ilmu orang Yunani terbit daripada akal semata-mata, oleh sebab itu ia tidak bersifat sempurna. Sains pula menurut mereka adalah sesuatu yang berkaitan dengan kehidupan dunia sematamata. Oleh sebab itu ia tidak penting dipelajar. Oleh kerana fahaman ini telah digabungkan dengan , maka mereka telah mengharamkan sebarang pembelajaran, pengajaran dan penyimpanan apa-apa jugabuku serta alat0alat sains orang Yunani. Sesiapam yang berani mengingkari akan dihukum dengan hukuman bunuh. Keadaan Hidup Sebelum Renaissance Masyarakat hidup dalam serta serba kesengsaraan dan kekurangan. Keadaan hidup pada ketika itu dapat digambarkan seperti dalam petikan-petikan berikut: Dalam zaman kegelapan, wabak-wabak penyakit dan peperangan sering memendekkan umur (Crawford R.M 1945:89) Leonardo da Vinci yang bercakap pada zaman Reaissance telah mengatakan bahawa kebudayaan zaman kegelapam sangat mundur, khususnya dalam aspek-aspek ilmu pengetahuan dan sains dan juga mereka sangat mempercayai perkara-perkara tahyul Bukti menunjukkan bahawa keadaan hidup seblangan besar daripada rakyat yang buta huruf sangatlah buruk Sebahagian Besardaripada aktiviti intelektual di Eropah pada zaman tersebut telah ditentukan oleh gereja yang mengandung golongan profesyenal serta orang-orang terpelajar. Sehingga pada akhir zaman pertengahan, hampiran semua sekolah merupakan sekolah gereja sahaja. Prinsip-prinsip serta idea yang boleh diterima hanyalah seperti yang tercatat dalam kitab dan mengikut undang-undangyang dibuat Pope dan ketua-ketua paderi. Prinsip yang

telah dicatatkan oleh geraja tidak boleh dipersoal melainkan oleh kerana yang terkeluar daripada agam dan dianggap murtad. Pertarungan diantara akal dan authority ini dapat dilihat dengan jelas apabila kita meneliti dengan lebih dekat lagi pengertian dengan apabila kita meneliti dengan lebih dekat lagi pengertian Renaissance itu sendiri yang telah mula berlaku semenjak kuurun ke-13M.

Pengertian Renaissance Renaissance ialah satu pergerakan yang telah menandakan berakhirnya zaman pertengahan ban bermulanya zaman moden. Ia telah berlaku dengan lancar pada kurun yang ke-15 M. Renaissance berti juga penghidupan semula ilmu-ilmu zaman silam. Lebih daripada itu, satu semangat ingin tahu telah muncul ataupun menjelma di sampan semangat yang bebas dalam pemikiran dan aktiviti-aktiviti masyarakat eropah. Manusia barat tidak berpuas hati dengan penerima tanpa menyoal ajaran-ajaran dan kepercayaan-kepercayaan serta cara hidup pada masa yang lampau. Perkataan Renaissance mula-mula sekali digunakan pada tahun 1664 M lagi.Dari tahun 1727 M. Perkataan inggeris nya ialah Resascence tetapi pekataan ini tidak bergitu popular. Renaissance yang di eja dalam bahasa francis telah diresapkan ke dalam bahasa inggeris semenjak tahun 1840 M dan digunakan sehinggga hari ini.

BAB 8 TAMADUN ISLAM MENGALIR KE EROPAH

PERANAN PEPERANGAN SALIB Sebelum kurun ke 12M pertemuan intelektual di antara tokoh-tokoh Islam dengan tokohtokoh Kristian hanya berlaku sedikit sahaja itu pun melalui peperangan salib. Walaupun dinilai daripada segi intelektual pertemuan ini tidak penting, tetapi ditinjau daripada aspek sosial iaitu penerimaan orang Kristian Eropah terhadap unsur-unsur kehidupan orang Islam amat penting. Selama dua kurun peperangan ini berlaku, orang Kristian Eropah telah berada di bumi Eropah. Oleh kerana pejuang-pejuang Perang Salib Eropah bukan merupakan sarjana atau para intelektual, maka sedikit sahaja;ah bahan-bahan bertulis yang telah mereka terjemahkan. Penduduk Afrika Utara telah memeluk agama islam semenjak kurun ke-7M lagi dan walaupun di sini tidak mempunyai banyak pusat pengajian tinggi namun Afrika Utara telah menjadi penghubung di antara Andalus dengan kawasan-kawasan di Timur. Beberapa orang yang sangat berminat dalam bidang ilmu telah pergi ke sana, dari Eropah misalnya Constantine dan dari Pisa Itali ialah Leonard. Constantine telah mempelajari ilmu perubatan sementara Leonard mempelajari ilmu perubatan sementara Leonard mempelajari ilmu matematik sehingga beliau telah menjadi seorang ahli matematik yang termasyhur pada kurun ke-13M.

NEGERI YANG TERLIBAT

SICILY Negeri Sicily telah memainkan peranan langsung dalam pemindahan ilmu ke barat, sesuai dengan kedudukannya di tengah-tengah perjalanan antara Eropah dengan Afrika dan negeri itu telah berada di bawah kekuasaan Islam semenjak tahun 902 M hingga tahun 1091 M lagi. Kemudian Sicily ditawan oleh orang-orang Norman dengan mengekalkan unsure-unsur keislaman yang terdapat di kalangan penduduknya.

SEPANYOL Negeri Sepanyol(Andalus) merupakan negeri yang penting sebagai saluran utama bagi penyebaran ilmu Islam ke Eropah. Tamadun Islam telah mula wujud semenjak pertengahan kurun ke 9M lagi. Orang Sepanyol pada waktu itu menerima bahasa Arab sebagai suatu bahasa sains dan kesusasteraan . Kepentingannya begitu meluas sehinggakan authority Eklesiastik telah memerintahkan orang untuk menterjemahkan undang-undang yang digunakan oleh gereja-gereja Sepanyol.

Gelombang ilmu ini telah melimpah sehingga ke selatam Perancis, seperti Narbonne, Bezier, Toulouse, Montpelellier dan Marseilles. Di sinilah munculnya ilmu astronomi Islam pada tahun 1139M serta falsafah dan perubatan Arab juga didapati hingga kurun ke-14M. Di Marseeilles penterjemahan yang telah dibuat oleh orang yahudi amat penting. Betapa dunia barat terhutang budi kepada orang Islam. Ini dapat diketahui dengan jelas apabila kita melihat istilah-istilah saintifik dan perdagangan yang telah diambil secara langsung daripada bahasa Arab oleh berbagai-bagai bahasa Eropah. Contoh-contoh dalam [erbendaharaan kata bahasa Inggeris ini mencerminkan sejarah interaksi tamadun Islam dengan orange ROPAH di sekitar laut Mediterranen.

BAB 9 WARISAN ISLAM Pada kurun ke-19 M. orientalis Barat telah menemui semula dan membawa ke dunia barat warisan islam yang sangat berharga, berkualiti serta keluasan skopnya dihormati oleh para sarjana seluruh dunia dewasa ini pengkaji-pengkaji warisan islam semakin lama semakin menyedari sumbangan kepada dunia barat dalam berbagai-bagai bidang seperti bidang falsafah, kesusteraan, astronomi, perubatan, kesenian dan seni bina. Dalam bukunya yang penting, pengenalan kepada sejarah sains, g.sarton telah cuba menyampaikan serba sedikit tentang kualiti dan kuantiti sumbangan islam di bidang ilmu sains. Selama berada di bawah pemerintahan islam Andalus adalah telah mencapai kedudukan peradabang yang tinggi pada kaca mata dunia kristian dan lain, iaitu dalam 710.M. sehingga lah ke kurun ke-10 M. semasa abd al-rahman 3 memeritah andalus. Di bawah pemerintahan hakam dua abd al-rahman 3 serta wazir-wazir mereka khususnya, andalus telah memainkan peranan yang penting di eropah dan afrika. Cardoba, yang menjadi ibu negeri kerajaan ummaiyah di andalus telah di gambarkan sebagai sebiji batu permata oleh seorang penyair dan pujangga bangsa jerman, itroswitha, pada kurun ke-10 masihi. Duta daripada semua kawasan yang berperadaban di dunia telah bertumpu nie Cordoba dan para cerdik pandai dari negeri-negeri yang jauh juga telah memenuhi institusi-institusi pembelajaran serta perpustakaan andalus.Tabib-tabib dari Cardoba di istana seluruh eropah.

Bermula Perubahan di Eropah Penting dinyatakan bahawa ketika peradaban islam di Andalus dan di Timur amnya sedang mendaki kemuncak yang begitu tinggi daripada segi intelektual dab kehidupan sehari-hari, eropah masih lagi berada dalam zaman kegelapan. Mereka tidak menghiraukan suara ahli fikir zaman silam dan bencikan kaedah saintifik.Keadaan ini telah wujud semenjak kurun ke-4 M. sehinggalah ke kurun ke-12 M. selama ini lah orang eropah telah dibelenggu oleh kuasa eklesiastik.Mereka menaruh kepercayaan bahawa kebenaran itu hanya boleh didapati melalui kitab semata-mata dan menafikan peranan akal sebagai alat untuk membantu mencapai kebenaran tersebut.

Proses perubahan telah bermula di Eropah pada awal kurun ke-11 M. ketika ini orang islam sudah mula melalui zaman kemerosotan dan kemundurannya. Negara-negara eropah mula sedar dan mula mengejar kemajuan di dalam berbagai-bagai bidang seperti politik, sosial dan ekonomi. Orang eropah akhirnya telah menewaskan orang islam di andalus pada kurun ke-15 masihi mereka telah mengambil kesempatan untuk berlajar daripada orang islam dan menggunakan tenaga mereka unutk membantu dalam proses permodenan masyarakat kristian,eropah yang lama telah tertinggal. Sicily dan sepanyol telah menjadi titian penghubung di antara Andalus dan eropah.Pusatpusat pemindahan ilmu khususnya di Palermo dan Toledo. Pada kurun ke-11 masihi Constantinus Africanus dari tunusia telah mememuk islam dan berusaha menterjemahkan berbagai-bagai tulisan Arab ke Latin. Bolehlah dikatakan bahawa dialah yang telah memulakan satu proses penterjemahan yang berterusan di bawah pemerintah raja-raja Norman (bangsa Scandibavia) khasnya Roger 2 (1011 M.-1250.) Kedua-dua raja ini digelar sebagai dua orang sultan Sicily yang dibaptiskan.Mereka telah mengumpulkam penterjemahpenterjemah Yahudi, Muslim dan Kristian untuk bekerja sepenuh masa.Pada tahun 1224 M. Frederick telah menubuhkan sebuah university di Naples yang telah menubuhkan sebuah university di Naples.

PENUTUP KESIMPULANNYA Selama berada di bawah pemerintahan Islam, Andalus telah mencapai kedudukan peradaban yang paling tinggi pada kaca mata dunia dan Kristian dan lainnya, iaitu dari tahun 710 M sehinggalah ke kurun ke 10 M semasa Abd al-Rahman III memerintah Andalus. Di bawah pemerintahan Hakam II dan Abd al-Rahman III serta wazir-wazir mereka khusunya, Andakus telah memainkan perana yang penting di Eropah dan Afrika, Cordoba, yang menjadi ibu negeri kerajaan Umayyah di Andalus telah digambarkan sebagai sebiji batu permata oleh seorang penyair dan punjagga bangsa German, Itroswitha, pada kurun ke-10 M. Duta dari semua kawasan yang berperadaban di dunia telah tertumpu di Cordoba dan para cerdik pandai dari negeri-negeri yang jauh juga telah memenuhi institusi-institusi pembelajaran serta perpustakaan Andalus, tabib-tabib dari Cordoba telah berkhidmat di istana seluruh Eropah.

Anda mungkin juga menyukai