Anda di halaman 1dari 24

PENGENALAN

Sebelum kedatangan agama islam, masyarakat Arab hidup dengan penuh

kegelapan dan jahil daripada semua perkara. Kejahilan terhadap ilmu, akidah dan akhlak

telah mejadikan masyarkat Arab hidup dalam keadaan kucar kacir dan huru-hara.

Penindasan dan jenayah sering berlaku dalam kehidupan mereka di mana masalah

semangat asabiyah akan menyebabkan pergaduhan, masalah ekonomi dan masalah sosial

yang sangat kritikal pada ketika itu. Masyarakat Arab dikatakan jahil kerana tidak boleh

menulis dan membaca. Mereka juga tidak mempunyai peradaban dan ketamadunan. Oleh

itu, masyarakat Arab jahiliah sangat tertinggal dibelakang dan tidak mempunyai apa-apa

keistimewaan berbanding tamadun-tamadun yang lain. Namun, setelah kelahiran Nabi

Muhammad S.W.A ke bumi Mekah dan dilantik sebagai nabi dan rasul merupakan satu

lembaran baru bagi penduduk Arab untuk membaiki diri dan keluar dari kancah

kejahilan.

Tamadun Islam bermula apabila berlakunya peristiwa penerimaan wahyu yang

pertama oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Allah s.w.t melalui malaikat Jibril a.s.

Peristiwa penerimaan wahyu ini berlaku pada bulan ramadhan tahun 610 masihi dan

merupakan titik tolak kepada kelahiran tamadun Islam. Pada ketika itu, baginda berusia

40 tahun.1

1
Mohd. Liki Hamid (ed.), Pengajian Tamadun Islam: Sejarah, Pencapaian dan Masa Depannya, Pahang: PTS
Publications & Distribution, 2002, hlm. 54-55.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Yang mencipta manusia daripada

segumpal darah yang beku. Bacalah, dengan nama Tuhan yang memiliki segala

Kekuasaan. Yang mengajar (manusia) menggunakan kalam (pena). Yang mengajar

manusia apa yang tidak diketahuinya. (Surah al-Iqra: 1-5)2

Sejurus penerimaan wahyu pertama yang disampaikan kepada Nabi

Muhammad s.a.w, maka bermulalah tugas baginda menyebarkan agama Allah s.w.t iaitu

agama Islam. Allah s.w.t telah menurunkan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad

s.w.t dalam surah al-aqra: 1-5 yang memberitahu bahawa "Iqra!" "Iqra!" "Iqra!",

"bacalah!" "bacalah!" "bacalah!" wahai Muhammad.3 Hal ini menunjukkan bahawa

wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad s.aw membawa maksud kepada

pentingnya ilmu pengetahuan. Kewujudan tamadun Islam tidak bertitik tolak daripada

kawasan yang berdekatan sungai sebagai asas kehidupan material seperti tamdun-

tamadun yang lain. Semua tamadun bermula dengan penempatan berdekatan sungai

sebagai asas kehidupan manusia dan akhirnya mula wujudnya sebuah tamadun. Tamadun

Islam muncul di kawasan gurun dan tanah pasir yang panas dan kering. Asas

pembentukan tamadun Islam ini bermula apabila Nabi Muhammad s.aw menerima

wahyu daripda Allah s.wt melalui malaikat Jibril a.s. 4 Oleh itu, maka pencetus

kemunculan tamadun Islam adalah di atas kewajipan agama dalam menuntut ilmu.

2
Ibid., hlm, 55.
3
Ibid., hlm, 55.
4
Ibid., hlm, 55.
Menurut Hairudin Harun (1992) dalam bukunya, Daripada Sains Yunani

Kepada Sains Islam, kesemua aktiviti ilmiah yang berlaku sepanjang zaman

kegemilangan tamadun intelektual Islam adalah cetusan dan dorongan yang

bersumberkan perintah al-Iqra dalam al-Quran. Surah al-Iqra’ menjadi pendorong dan

membakar semangat umat Islam dalam mencari ilmu. Di sinilah kemungkinan

terletaknya rahsia sumbangan umat Islam kepada perkembangan ilmu amnya dan

perkembangan sains, khasnya. Surah al-Iqra itu adalah pencetus dan dorongan yang jitu

kepada kepentingan menuntut ilmu. Dorongan dan semangat Iqra’ telah menyedarkan

umat Islam kepada peri pentingnya ilmu. Mereka amat menghargai khazanah

pengetahuan yang ada pada tamadun semasa dan juga tamadun lampau.

Zaman keemasan ilmu sebenarnya adalah semasa zaman pemerintahan awal

Islam iaitu semasa pemerintahan Rasulullah dan Khulafa Ar-Rasyidin. Pada ketika itu

Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu dan kedatangan agama Islam yang

diperintahkan Allah S.W.T untuk menyebarkan ke seluruh masyarakat pada ketika itu.

Pada zaman ini, terdapat tiga bidang ilmu penting yang tumbuh dan berkembang sebelum

ilmu-ilmu yang lain iaitu akidah, syariah dan akhlak (tasawuf). Ilmu akidah, syariah dan

akhlak telah menjadi ilmu utama semasa zaman Nabi Muhammad dan Khulafa Ar-

Rasydin bagi memperkembangkan agama Islam dan ilmu-ilmu tersebut. Perkembangan

ilmu semasa zaman Rasulullah dan Khulaf Ar-Rasyidin merupakan zaman keemasan bagi

perkembangan ilmu. Namun, pada zaman Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan Islam di

Andalus merupakan zaman keemasan bagi perkembangan ilmu pengetahuan dan

intelektual dalam pelbagai bidang. Walaubagaimanapun, ketika zaman rasulullah dan

Khulafa Ar-Rasyidin, aktiviti pengumpulan, penulisan dan pembukuan al-quran giat


dijalankan. Ilmu hadis dan al-Quran yang diterbitkan pada zaman tersebut adalah

sumbangan terbesar yang diberikan oleh Islam dalam perkembangan ilmu pengetahuan.

Oleh itu, kelahiran Islam di Semenanjung Tanah Arab telah mencetuskan

sebuah tamadun yang unggul dan cemerlang. Agama islam yang dibawa oleh Nabi

Muhammad s.a.w telah berjaya membentuk sebuah peradaban yang tinggi dan

mencetuskan sebuah tamadun yang kaya dengan ilmu pengetahuan. Tamadun Islam telah

memberikan sumbangan yang sangat besar kepada tamadun dunia yang lain serta

perkembangan dunia sehingga ke hari ini dalam pelbagai bidang termasuk bidang agama,

falsafah, sains, ekonomi, perubatan, matematik, kemasyarakatan, bahasa dan sastera.

Tokoh-tokoh islam telah memberi sumbangan yang sangat besar kepada perkembangan

peadaban dan ketamaduanan dunia. Karya-karya tokoh Islam banyak mempengaruhi

fikiran ahli falsafah dan pemikiran Barat serta menjadi sumber rujukan utama kepada

seluruh pelajar dan ahli falsafah lain diseluruh dunia.


SUMBANGAN YANG DIBERIKAN OLEH ISLAM DALAM PERKEMBANGAN

ILMU PENGETAHUAN

BIDANG FALSAFAH

Pada mulanya falsafah telah dianggap sebagai satu cabang ilmu yang asing,

iaitu ia telah diterjemahkan ke dalam bahasa Arab daripada bahasa Yunani dan Sanskrit. 5

Ilmu-ilmu lain yang juga telah diambil daripada sumber-sumber asing termasuklah

metafizik, logik, perubatan, matematik, astronomi dan muzik. 6 Semua ilmu ini pada

mulanya muncul di Andalus mengikut model-model yang wujud di timur.7

Bidang intelektual dan ilmu pengetahuan berkembang pesat semasa zaman

kegemilangan kerajaan Islam Bani Umayyah dan Bani Abbasiyah. Pada ketika itu,

merupakan zaman keemasan bagi perkembangan ilmu pengetahuan dan salah satu

daripadanya merupakan ilmu pengetahuan dalam bidang falsafah. Antara tokoh ahli

falsafah yang termasyur di Timur ialah al-Kindi, Ibnu Sina, al-Farabi, Fakhr al-Din, al-

Razi, Ibnu al-Arabi, Ibnu Rushd, Imam Ghazali, al-Mawardi, dan al-Miskawayh.8 Tokoh-

tokoh islam ini telah memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam bidang falsafah

sehingga menjadi rujukan kepada golongan falsafah Barat dan menjadi panduan hidup

masayarakat seluruh dunia.

5
Azizan Baharudin, Pengenalan Tamadun Islam Di Andalus, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm.
63.
6
Ibid., hlm. 63.
7
Ibid., hlm. 63.
8
Ibid., hlm. 64.
Pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah telah melahirkan ramai tokoh yang

terkenal dalam pelbagai bidang dan salah satunya daripada bidang falsafah. Al-Kindi

(800 M. - 865 M.) merupakan tokoh falsafah kepada orang-orang Arab yang termasyur

dan sangat berkebolehan.9 Beliau dilahirkan dan didik di Basrah. Kemudian beliau

berpindah ke Baghdad di mana beliau telah menjadi pengajar kepada anak-anak raja di

istana khalifah Abbasiyah.10 Jumlah hasil karya dihasilkan oleh beliau melebihi 270

semuanya dan karya-karya ini merangkumi berbagai-bagai bidang termasuklah falsafah,

logik, psikologi, astronomi, astrologi, matematik, fenomena di atmosfera, geografi,

muzik, politik, cara membuat minyak wangi, memasak dan memilahara kuda. 11 Al-Kindi

mensifatkan falsafah sebagai kesenian manusia yang teragung dan termulia dan

mentakrifkan sebagai ilmu tentang mahiyah dan realiti segala benda setakat had yang

tercapai oleh kuasa manusia.12 Beliau di gelar sebagai bapa kepada semua ahli falsafah

Islam selepas zamannya sama ada di Timur atau di Barat. Beliau telah berjaya dalam

percubannya untuk menrangkan secara sinstifik dan falsafah tentang konsep keutuhan,

manusia dan alam sejagat dengan cara yang tidak bercanggah dengan wahyu.13 Menurut

al-Kindi, Tuhan itu satu dan ia hidup selama-lamanya, berada di mana-mana juga dan

bersifat Maha Bijaksana. Dialah sebab yang pertama (illa hu ala) kepada kewujudan alam

ini serta kuasa yang utama kepada hukum-hukum alam. Oleh sebab itu, Dialah pencipta

dan pemerintah (mudabbir) ke atas semua benda yang telah diciptakan dan mempunyai

akhirnya.14 Hasil karnya beliau mempengaruhi pemikiran pembangunan di Eropah pada

abad ke-13. Al-Kindi merupakan karyawan Arab pertama yang telah menterjemah

9
Ibid., hlm. 65.
10
Ibid., hlm. 65.
11
Ibid., hlm. 65.
12
Ibid., hlm. 65.
13
Ibid., hlm. 65.
14
Ibid., hlm. 65.
perkataan yunani kepada bahasa arab dan telah mengabungkan beberapa pandangan Plato

dan Aristotle kepada sistem yang baru.15

Kerajaan Bani Abbasiyah dalam sumbangannya terhadap perkembangan ilmu

pengetahuan antaranya telah menjadikan kota Baghdad sebagai pusat intelektual dan

penyebaran ilmu semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya Khalifah

al-Makmun. Selain itu juga, pada zaman Bani Abbasiyah juga telah ditubuhkan

Baitulhikmah sebagai sebuah institusi keilmuan oleh Khalifah Harun Al-Rasyid dan

menterjemah karya falsafah dan sains terutamanya daripada bahasa Yunani ke dalam

bahasa Arab. Di samping itu juga, sumbangan seterusnya ialah kegiatan penulisan telah

dilakukan mengikut tiga tahap, pertama, mencatat idea, kedua, mengumpul idea yang

serupa ke dalam sebuah buku dan ketiga, mengarang ke dalam bahagian dan bab.

Bidang intelektual juga berkembang sangat pesat semasa zaman kegemilangan

Islam kerajaan Bani Umayyah di Andalus. Kemenangan Tariq bin Ziyad bersama

angakatan tentera Islam dalam peperangan menentang tentera Kristian Visigoth telah

mendorong Musa bin Nusair untuk terlibat secara langsung dalam pembukaan Andalus. 16

Menjelang tahun 95H/714M, angkatan tentera Islam telah berjaya menguasai seluruh

Andalus.17 Setelah Islam bertapak di Andalus, ramai sarjana dan ilmuan terkenal yang

turut berhijrah dan menetap di Andalus. Oleh itu, kegiatan keilmuan berlaku dengan

giatnya dan Andalus berjaya menghasilkan cendiakiawan yang sangat menyumbang

kepada peradaban tamadun-tamadun yang lain.

15
Ibid., hlm. 65.
16
Ustaz Azam Bin Hamzah, Sejarah Dan Tamadun Islam Di Andalus (711-1492), Selangor: Hizbi Sdn. Bhd., 1991,
hlm. 10.
17
Ibid., hlm. 11.
Bidang falsafah yang dikembangkan di Andalus telah bermula semenjak kurun

ke-8 M lagi dan berterusan sehingga kurun ke-10 M. Pekembangan falsafah dalam

masyarakat Islam di Andalus telah sampai ke kemuncaknyadengan kelahiran Ibn Rusyd

sebagai seorang tokoh falsafah yang paling masyhur. Beliau juga merupakan ahli falsafah

yang paling agung dalam sejarah Islam, dan yang paling kuat pengaruhnya dalam

pemikiraan Eropah. Beliau telah dilahirkan di Cardoba pada tahun 520 H/1126 M dalam

sebuah keluarga yang ternama dalam keilmuan.18 Maka, disitu lah beliau menjalani hidup

zaman mudanya dengan mempelajari ilmu fiqh dan perubatan. Ibn Rusyd telah

meninggalkan banyak hasil tulisan beliau dalam berbagai-bagai bidang termasuk

perubatan, faslsafah, ilmu kalam, falak, fiqh dan nahu kepada dunia.19 Antara penulisan

beliau yang paling masyhur ialah al-Kulliyat, tentang ilmu perubatan, Bidayah al-

Mujtahid, tentang ilmu hukum, Tahafut al-Tahafut, berhubung dengan falsafah, Fasl al-

Maqal, berkaitan dengan perhubungan antara falsafah dengan syariah dan Manahij-

Adillah, berhubung dengan ilmu kalam.20 Falsafah Ibn Rusyd banyak menekankan

mengenai metafizik, terutama tentang ketuhanan dan bidang inilah yang telah

menyebabkan beliau begitu popular.21 Berhubung dengan ilmu logik, beliau berpendapat

ilmu tersebut sangat perlu dipelajari sebelum mempelajari apa-apa ilmu. Beliau sangat

tertarik dengan logik yang dikenalkan oleh Aristotle. Pada kurun ke-14 dan ke-15

pengaruh Ibn Rusyd di Eropah mencapai kemuncaknya apabila universiti-universiti di

barat menggunakan buku-buku beliau sebagai teks dasar mengenai Aristotle. 22 Begitu

juga falsafah islam telah dipelajari keseluruhnya sehingga ke kurun 17 M. Ibn Rusyd
18
Mahmood Zuhdi Ab. Majid, Tokoh-Tokoh Kesarjanaan Sains Islam, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka,
2003, hlm. 74.
19
Ibid., hlm. 75.
20
Ibid., hlm. 75.
21
Ibid., hlm. 75.
22
Azizan Baharudin, Pengenalan Tamadun Islam Di Andalus, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm.
72.
khususnya telah merevolusikan pemikiran intelektual golongan elit Eropah dan

membantu ke arah pembebasan pemikiraannya.23

Bidang falsafah merupakan satu bidang yang sangat penting dan telah menjadi

ilmu yang utama dalam peradaban manusia sehingga ke hari ini. Bidang ini juga telah

melahirkan ramai tokoh yang unggul dan berwiba sehingga penulisan serta karya mereka

digunakan untuk pembelajaran sehingga masa kini. Keilmuan yang dicapai oleh tokoh-

tokoh Islam terdahulu dalam bidang falsafah telah melahirkan pelbagai teori dan ilmu

pengetahuan yang lebih meluas.

BIDANG ASTRONOMI

Salah satu sumbangan terpenting dalam perkembangan intelektual dan ilmu

pengetahuan Islam ialah daripada bidang astronomi iaitu di mana sarjana Islam berjaya

mengkaji mengenai jumlah pencerapan bintang dan cakerawala yang amat banyak

malahan kajian ini jauh lebih banyak daripada orang Yunani. 24 Pemerhatian ini meliputi

semua segi fenomena astronomi. Pada zaman Bani Abbasiyah, ilmu astronomi semakin

giat berkembang dengan lahirnya ramai tokoh ilmuan Islam astronomi. Antara

pencapaian pada zaman Bani Abbasiyah ialah ciptaan kalender dan takwin, penciptaan

batu jam, teori alam semesta, teori pergerakan cakerawala dan banyak lagi.

Antara tokoh ilmuan astronomi yang terkenal pada zaman Bani Abbasiyah ialah

23
Ibid., hlm. 72.
24
Profesor Dr. Shaharir Bin Mohamad Zain, Dr. Abdul Wahab Bin Haji Ismail, Mohamad Ali Bin Mohamad Nor...,
Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains Dan Teknologi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm. 180.
al-Baruni yang sangat terkenal dengan kebijaksanaan serta ketinggian ilmu beliau dalam

bidang astronomi, sejarah dan bahasa. Minat dan aktiviti al-Baruni merangkumi skop

yang luas termasuklah teori-teori abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains praktis

matematik, georgrafi, fizik dan ekonomi.25 Beliau telah mengemukakan pelbagai teori

astronomi yang sehingga kini digunakan oleh seluruh dunia. Antara teori penting yang

diperkenalkan oleh al-Baruni ialah teori alam semesta. Beliau menganggap bahawa alam

semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. 26 Selain itu, teori astronomi beliau

seterusnya ialah kalender dan kronologi di mana beliau telah menulis dan menerangkan

tentang kejadian siang dan malam yang juga dapat membuktikan panjang siang dalam

setahun di kutub.27 Beliau juga telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan

waktu di siang hari serta telah mengarang buku mengenainya, iaitu Ta'bir al-Mizan wa

Taqbir al-Azman.28 Manakala buku beliau berjudul Tasawwur Amr al-Fajr wa-Shafiq fi

Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula membincangkan tentang terbitnya fajar dan Tanqih al-

Tawarihk membincangkan tentang tarikh.29 Di samping itu, buku al-Baruni yang terakhir

iaitu Qanun al-Mas'udi yang membincangkan perkara mengenai siang dan malam, bulan

serta matahari dengan lebih terperinci serta menerangkan lebih mendalam mengenai

perbezaan takwin, maklumat tambahan (baharu) mengenai kalender India, mengubah

takwim Sakkala kepada takwin Hijrah.30 Sumbangan yang diberikan oleh tokoh terulung

ini dalam bidang astronomi sangat banyak dan berjaya membawa kemajuan serta

peradaban manusia ke hari ini. Segala sumbangan beliau dalam penulisan buku, teori dan

pendapat beliau mengenai astronomi menjadi rujukan sarjana Barat serta pelajar

25
Mahayudin Hj. Yahya, Tamadun Islam, Selangor: Fajar Bakti, 2005, hlm. 379.
26
Ibid., hlm. 380.
27
Ibid., hlm. 380.
28
Ibid., hlm. 380.
29
Ibid., hlm. 380.
30
Ibid., hlm. 380.
universiti seluruh dunia.

Kerajaan Bani Umayyah di Andalus berjaya melahirkan ramai ahli astronomi

yang terkenal. Sarjana astronomi di Andalus mendapat galakkan yang meluas daripada

para pemerintah dalam menjalankan kajian dan pencerpaan astronomi. Pada kurun ke-

10M menyaksikan ramai tokoh ilmu astronomi lahir di Andalus. Sarjana-sarjana

astronomi Islam Andalus telah berhasil mencipta alat-alat astronomi terbaik yang belum

diketahui oleh dunia sebelum itu. Antara tokoh terkenal Andalus dalam bidang astronomi

ialah Jabir bin Aflah di mana beliau telah mengkhususkan bidang beliau dalam bidang

astronomi dan trinigometri.31 Jabir bin Aflah telah membuat beberapa cerapan secara

bersendirian untuk menentukan ekuinoks iaitu matahari melintasi garisan khatulistiwa

dan beliau juga berpendapat bahawa planet Mercury dan Venus tidak mempunyai garis

selari yang boleh dilihat.32 Jabir merupakan seorang sarjana yang agung di mana beliau

juga telah menghasilkan sebuah buku mengenai astronomi bertajuk 'Kitab al-Hai'ah'.33

Selain itu, Al-Zarqi (Arzachd) dari Toledo pula merupakan seorang ahli

astronomi dan matematik yang sangat terkenal. Beliau telah menghasilkan pelbagai alat

astronomi yang bermutu tinggi dan sangat dihormati oleh para sarjana kerana

pengetahuannya yang sangat tinggi dalam bidang astronomi. Al-Zarqi telah membina

sebuah jam air yang boleh menunjukkan masa pada waktu siang dan malam serta

menyusun nama-nama hari dalam setiap bulan. 34 Buku jadual (jadwal) yang dibuat

seperti bentuk almanac dan mengandungi berbagai-bagai jadual untuk menentukan hari

yang menjadi permulaan bagi setiap bulan lunar, koptik, Romawi dan Parsi merupakan

31
Ustaz Azam Bin Hamzah, Sejarah Dan Tamadun Islam Di Andalus (711-1492), Selangor: Hizbi Sdn. Bhd., 1991,
hlm. 66.
32
Ibid., hlm. 66.
33
Ibid., hlm. 66.
34
Azizan Baharudin, Pengenalan Tamadun Islam Di Andalus, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986, hlm.
55.
salah satu hasil karya astronomi beliau. 35 Begitu juga dengan Maslamah bin al Qasim dari

Cordova telah dianggap sebagai seorang ahli silap mata oleh masyarakat kerana

penglibatannya di dalam kajian astronomi dan astrologi.36 Karya dan ilmu pengetahuan

yang dimiliki oleh beliau sangat hebat dan sering menjadi rujukan oleh sarjana-sarjana

Barat.

Sumbangan yang telah diberikan oleh Islam dalam perkembangan ilmu

pengetahuan sangat banyak dan antaranya ialah dalam bidang astronomi. Sarjana-sarjana

Islam telah menghasilkan pelbagai alatan serta karya dalam bidang astronomi.

Sumbangan ini telah melahirkan lebih ramai ilmuan dan telah menjadi kegunaan kepada

dunia sehingga ke hari ini. Sarjana Islam sering dijadikan rujukan dan idola terutamanya

kepada golongan sarjana Barat, pelajar-pelajar di universiti dan seluruh masyarakat

dunia.

BIDANG PERUBATAN

Ilmu perubatan telah lahir dan bercambah dari semasa ke semasa, sesuai

dengan kemajuan yang dicapai oleh manusia sendiri dalam kehidupan semasa

perkembangan tamadun Islam. Selain itu, dalam tamadun Islam sangat memberi

kedudukan yang tinggi kepada ilmu pengetahuan dan amalan perubatan. Menurut catatan

yang ada, sebelum kedatangn Islam lagi, orang-orang Mesir dan Greek telah agak maju

dalam bidang perubatan, malahan orang-orang arab juga sudah berpeluang mempelajari

35
Ibid., hlm. 55.
36
Ustaz Azam Bin Hamzah, Sejarah Dan Tamadun Islam Di Andalus (711-1492), Selangor: Hizbi Sdn. Bhd., 1991,
hlm. 65.
ilmu tersebut daripada mereka.37

Selepas kedatangan Islam, tokoh perubatan yang pertama sekali dalam Islam

ialah Al Harth ibn Kaladah al-Thaqafi.38 Beliau merupakan orang yang pertama sekali

disebut sebagai ahli perubatan yang ternama dan termasyur. Ibn Kaladah merupakan

tokoh perubatan semasa zaman pemerintahan Rasulullah, Khulafah Ar Rasyidin serta

zaman khalifah pertama Bani Umayyah iaitu Muawiyah ibn Abu Sufian. 39 Beliau berasal

daripada Taif dan telah merantau serta mempelajari ilmu perubatan termasuk ke Yaman

dan Parsi. Banyak catatan yang direkodkan mengenai Ibn Kaladah berkaitan bidang

perubatan beliau. Antara kata-kata Ibn Kaladah yang dirawayatkan ialah jangan mandi

sewaktu perut kenyang, jangan melakukan hubungan intim sewaktu mabuk, jangan

makan sewaktu masih marah dan jangan memaksa diri.40 Hal ini demikian kerana, supaya

boleh memberi keselesaan sewaktu tidur. Selain itu juga, Ibn Kaladah berkata

"menimbunkan makanan dalam perut. Ia boleh menjahanamkan semua kehidupan atas

muka bumi ini. Bahkan ia boleh menjahanamkan semua binatang buas di perut bumi." 41

Beliau bermaksud supaya seseorang yang mahu menjaga kesihatannya harus

mengurangkan pemakanan yang banyak dan tidak sihat.42 Sumbangan ilmu perubatan

yang diberikan oleh Ibn Khaladah sangat berkait rapat dengan fungsi tubuh badan dan

kehidupan manusia.

Tokoh ilmuan perubatan semasa zaman kerajaan Khalifah Bani Abbasiyah


37
Mahmood Zuhdi Ab. Majid, Tokoh-Tokoh Kesarjanaan Sains Islam, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka,
2003, hlm. 21.
38
Ibid., hlm. 21.
39
Ibid., hlm. 21.
40
Ibid., hlm. 23.
41
Ibid., hlm. 23.
42
Ibid., hlm. 23.
antaranya ialah Abu Bakar Al-Razi merupakan tokoh terulung dalam bidang perubatan

dan memperolehi gelaran sebagai Gale (pakar pembedahan Yunan: 131-201 M) Arab

kerana kepakarannya dalam bidang tersebut.43 Kebolehan dan kepakaran beliau dalam

ilmu perubatan telah meletakkan beliau sebagai pengarah rumah sakit umum di al-Rai

untuk suatu ketika.44 Namun begitu, beliau telah berpindah ke Baghdad dan telah diberi

tugas sebagai ketua rumah sakit 'Adhudi.45 Seperti sarjana yang lain juga, al-Razi

memiliki hasil karya yang banyak dan dalam pelbagai bidang seperti ketuhanan,

psikologi, sains, georgrafi, kimia, perubatan, pembedahan, perawatan mata, muzik dan

politik. Buku dan hasil tulisan beliau dalam bidang perubatan antaranya ialah al-Hawi,

sebuah buku agung yang lengkap aspek ilmu perubatan dan juga buku al-Mansuri, yang

mengandungi seluruh rencana mengenai perubatan, pembedahan, patah, luka,pengubatan

racun dan demam.46 Ketokohan beliau dalm berbagai-bagai ilmu perubatan ini telah

mengangkat diri beliau sebagai ahli perubatan kelas pertama dan terunggul. Segala ilmu

perubatan yang dicatatkan oleh al-razi telah menjadi panduan dan rujukan kepada pelajar-

pelajar perubatan yang serta tokoh Barat sendiri. Sumbangan yang diberikan oleh al-Razi

sangat hebat kerana bidang perubatan ini bukan suatu bidang mudah dan memerlukan

kajian yang lebih terperinci.

Sarjana Islam Andalus telah berjaya menghasilkan kemajuan yang amat


43
Ibid., hlm. 32.
44
Ibid., hlm. 32.
45
Ibid., hlm. 32-33.
46
Ibid., hlm. 33.
membanggakan dalam bidang ilmu perubatan. Kejayaan sarjana-sarjana Andalus telah

mengatasi pencapaian ahli-ahli perubatan di Timur. Tokoh yang terkenal di Andalus

antaranya ialah Abu al-Qasim Khalaf bin Abbas al-Zahrawi yang dikenali di Barat

sebagai Abulcacis dan beliau telah berkhidmat sebagai doktor peribadi kepada Khalifah

al-Hakam II.47 Al-Qasim juga merupakan sarjana ilmuwan perubatan Islam yang amat

terkenal di Barat dan Timur sebagai seorang pakar perubatan yang terulung.48 Beliau telah

menghasilkan pelbagai karya, namun karya beliau yang paling terkenal ialah "Kitab al-

Tasrif".49 Kitab ini merupakan sebuah ensaiklopedia perubatan yang sempurna dan

lengkap. Selain itu, kitab al-Tasrif ini mempunyai tiga bahagian dan antara daripadanya

khusus membicarakan tentang perubatan dan ianya merupakan bahagian yang terpenting

dalam kitab tersebut.50 Di samping itu, terdapat satu naskah beliau yamg masih

terpelihara di perpustakaan Bankipur, Patna, India dan ianya telah menjadi buku teks

penting bagi ilmu surgeri pada abad pertengahan.51 Naskah tersebut juga menjadi

panduan kepada ahli-ahli surgeri Eropah.52 Sumbangan al-Qasim dalam bidang perubatan

Islam telah mempertabatkan lagi keagungan agama Islam. Ilmu perubatan beliau telah

berkembang ke seluruh dunia terutamanya dijadikan rujukan oleh orang Eropah dan

digunakan sehingga ke hari ini dalam bidang perubatan moden.

BIDANG KEJURUTERAAN

47
Ustaz Azam Bin Hamzah, Sejarah Dan Tamadun Islam Di Andalus (711-1492), Selangor: Hizbi Sdn. Bhd., 1991,
hlm. 71.
48
Ibid., hlm. 71.
49
Ibid., hlm. 71.
50
Ibid., hlm. 71.
51
Ibid., hlm. 71.
52
Ibid., hlm. 71.
Sarjana-sarjana Islam dahulu menganggap kejuruteraan sebagai salah satu

daripada sains matematik. Sains kejuruteraan di bahagikan kepada dua belas sub-bidang

iaitu bangunan, ukur, pelayaran dan pengapungan, optik, cermin membakar, mesin

perang, pusat graviti, mengangkat beban berat, imbangan dan pengimbangan, jam

pengangkutan air dan mesin rohani.53 Sarjana Islam telah mula berkembang dan mula

melibatkan diri dalam bidang kejuruteraan.

Sarjana-sarjana Islam juga memberi sumbangan penting dalam kejuteraan

awam hidrologi. Pada zaman Khulafa Ar-Rasyidin iaitu pada zaman pemerintahan

Khalifah Umar, beberapa terusan telah dibina. Saidina Umar R.A. Telah mengarakan

pembinaan satu terusan yang panjangnya legin kurang 10KM yang mengalirkan air dari

Sungai Furat.54 Hal ini kerana keprihatinan Khalifah Umar yang telah mengetahui

bahawa keadaan di Basrah yang ketiadan air. Terusan yang dibina telah diberi nama iaitu

Terusan Abu Musa Asy'ari, pemerintahan Basrah ketika itu. 55 Selain itu, satu lagi terusan

yang dibina di bawah penyeeliaan Ma'akal ibn Yasar iaitu dikenali sebagai Terusan

Ma'akal.56 Terusan ini mengalirkan air dari Sungai Furat. Terusan yang paling utama telah

dibina iaitu dengan menghubungkan Sungai Nil dengan laut Merah. Saidina Umar telah

menjemput pemerintah Mesir dan pembesar-pembesarnya untuk membincang tentang

pembinaan satu terusan yang menghubungkan Sungai Nil dan Laut Merah atas sebab

kemarau berpanjangan berlaku di Semenanjung Tanah Arab. 57 Hal ini kerana Khalifah

Umar mengarahkan supaya makanan dihantar ke Semenanjung Tanah Arab namun di atas

sebab jarak yang jauh dan pengakutan yang tidak baik mendorang Khalifah Umar

53
Profesor Dr. Shaharir Bin Mohamad Zain, Dr. Abdul Wahab Bin Haji Ismail, Mohamad Ali Bin Hassan...,
Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains Dan Teknologi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985, hlm. 200.
54
Ibid., hlm. 200-2001.
55
Ibid., hlm. 2001.
56
Ibid., hlm. 2001.
57
Ibid., hlm. 2001.
mengadakan perbincangan tersebut dengan pemerintah Mesir.58 Pemerintah Mesir

bersetuju dan pembinaan terusan telah dilakukan. Pembinaan terusan yang panjangnya

lebih kurang 110 KM mengambil masa hanya enam bulan dan merupakan suatu rekod

yang membanggakan.59 Hal ini merupakan sumbangan terbesar bidang kejuteraan dalam

tamadun Islam.

Pada zaman kerajaan Bani Abbasiyah juga telah melahirkan ramai tokoh serta

ilmu pengetahuan dalam bidang kejuteraan. Antara tokoh yang terkenal ialah al-Biruni

iaitu seorang peneroka bidang sains tabii Islam yang ternama. 60 Dalam bidang kejuteraan,

beliau telah memperkenalkan dan mengasaskan teknologi sains menyukat apabila al-

Biruni berjaya menentukan ketumpatan spesifik kepada sebanyak lapan belas mineral dan

batu-batan.61 Selain itu, beliau juga telah menentukan latitud (garis lintang) dan longitud

(garis bujur) bumi serta al-Biruni juga telah berjaya menentukan kaedah menimbang

berat dengan tepat dengan pelbagai jenis benda, termasuk logam dan batu bata yang

berharga.62 Tokoh kedua yang banyak memberikan sumbangan dalam ilmu kejuteraan

Islam ialah al-Khawarizmi. Al-Khawarizmi terkenal dengan komuniti jurutera menerusi

bukunya bertajuk The Balance of Wisdom (Imbangan Kebijaksanaan).63 Beliau juga telah

menentukan ketumpatan spesifik dan berat kegravitian (tarikan bumi) dan keapungan.64

Sumbangan beliau ini telah memperkembangkan lagi teknologi perkapalan dan

pelayaran.

Pada zaman Islam di Andalus, perkembangan ilmu kejuteraan juga pesat

58
Ibid., hlm. 2001.
59
Ibid., hlm. 2001.
60
Ibid., hlm. 2002.
61
Ibid., hlm. 2002.
62
Ibid., hlm. 2002.
63
Ibid., hlm. 2002.
64
Ibid., hlm. 2002.
dijalankan oleh sarjana-sarjana Islam. Antara tokoh yang paling terkenal ialah Ibn Firnas.

Ibn Firnas telah mencipta kaedah baru iaitu menghasilkan kaca dari pasir dan beliau juga

menghasilkan rantaian cincin yang boleh digunakan bagi menunjukkan pergerakan planet

dan bintang. Dalam bidang teknologi, beliau juga telah memperkenalkan proses bagi

memotong batu kristal. Di samping itu, al-Firnas juga telah mencipta alatan terbang pada

tahun 875 M. Beliau mencipta pelayangnya sendiri dan telah melayang turun dari sebuah

menara. Penerbangan yang dilakukan agak bejaya namun pendaratannya gagal dan

belakang badan beliau tercedera. Walaupun teknologi penerbangan yang cuba dicipta

oleh al-Firnas gagal, namun idea dan karya beliau telah berkembang dalam sejarawan

Barat. Sarjana Barat telah menjadikan idea serta teori beliau untuk mencipta alatan

terbang lebih baik. Sumbangan al-Firnas dalam ilmu kejuteraan memang tidak dpat

disangka lagi dengan terbukti penciptaan alatan moden kini seperti kapal terbang,

helikopter dan sebagainya. Idea yang di bawa beliau berjaya mempengaruhi sarjana Barat

untuk dijadikan sebagai rujukan dan terus memperkembangnya.

Kejayaan sarjana-sarjana dan jurutera-jurutera pada zaman Islam sangat

mengangumkan. Sains dan teknologi merekalah yang menjadi asas kepada perkembanagn

kebendaan teknologi dan kejuteraan moden kini.

BIDANG MATEMATIK

Sejarah kejayaan sarjana-sarjana Islam amatlah mengagumkan dan masih

belum ada dalam sejarah dan tamadun manusia yang setanding dengan kejayaan mereka.
Sarjana-sarjana Islam yang hebat ini telah membuktikan bahawa dalam masa yang begitu

singkat iaitu lebih kurang tiga kurun sahaja, mereka telah menempa sejarah yang

gemilang dalam semua aspek, khusunya dalam bidang matematik. Setiap ahli sejarah

sains dan matematik Barat terpukau dengan kejayaan sarjana Islam yang sangat hebat

dalam ilmu pengetahuannya. Sarjana Barat juga tidak dapat menerangkan kepada diri

mereka sendiri dengan sepuasnya dan kepada orang lain akan rahsia di sebalik kejayaan

sarjana Islam terutamanya dalam bidang matematik ini.

Sarjana Islam telah memaju dan memperkembangkan ilmu pengetahuan dalam

bidang matematik sehingga mereka berjaya menghasilkan karya-karya yang lebih

bermutu daripada apa yang telah dicapai oleh orang Yunani, khususnya dalam bidang

algebra dan trinigometri.65 Bidang intelektual dan ilmu pengetahuan dalam bidang

matematik sangat berkembang pesat semasa zaman kegemilangan kerajaan Bani

Abbasiyah dan kerajaan Bani Umayyah di Andalus. Pada ketika itu, merupakan zaman

keemasan bagi perkembangan intelek dan ilmu pengetahuan. Al-Khawarizmi merupakan

tokoh Islam yang sangat hebat dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang

matematik, falak, georgrafi dan sejarah semasa zaman kerajaan Khalifah Abbasiyah. 66

Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan cabang ilmu baru iaitu

algebra. Al-Khawarizmi telah menggunakan istilah algebra yang diambil dari perkataan

bahasa Arab iaitu 'al-jabr' yang bererti angka bulat. 67 Beliau juga telah meperkenalkan

sistem angka India kepada orang-orang Arab dan kepada orang Barat. Satu istilah

matematik iaitu logaritma telah dicipta oleh orang-orang Barat menggunakan nama beliau

65
Ustaz Azam Bin Hamzah, Sejarah Dan Tamadun Islam Di Andalus (711-1492), Selangor: Hizbi Sdn. Bhd., 1991,
hlm. 67.
66
Mahmood Zuhdi Ab. Majid, Tokoh-Tokoh Kesarjanaan Sains Islam, Kuala Lumpur: Dewan bahasa dan Pustaka,
2003, hlm. 25.
67
Ibid., hlm. 25.
sempena menghargai jasa-jasa beliau dalam bidang matematik. 68 Selain itu juga, antara

buku beliau yang terkenal dalam bidang tersebut termasuklah al-Tarikh pertama dan

kesua, al-Rakhamah dan al-Tarikh.69 Dalam buku al-Jabr wa al-Muqabalah, beliau telah

menyebut banyak mengenai formula yang hingga ke hari ini masih sesuai untuk

dipelajari. Sumbangan beliau terutamanya dalam perkembangan ilmu pengetahuan dalam

bidang matematik khususnya algebra dan juga trigonometri telah menjadi rujukan serta

inspirasi kepada orang Barat dan juga kepada seluruh masyarakat dunia sehingga ke hari

ini.

Pada zaman kerajaan Islam di Andalus, perkembangan ilmu matematik

mempunyai hubungan yang rapat dengan astronomi. Oleh itu, terdapat ramai sarjana

Islam Andalusia yang menumpukan perhatian dalam bidang ini. Usaha sarjana Islam

telah mendapat galakan daripada masyarakat dan juga pemerintah Andalus. Antara tokoh

yang terlibat adalah Abu Habbah bin Ubaidah seorang ahli matematik yang terkenal pada

zaman pemerintahan Khalifah Abd. Rahman III.70 Selain itu juga, Abu Ayyub merupakan

sarjana terkenal dalam bidang geometri, manakala ahli matematik yang termasyhur di

Andalusia ialah Alkarmani dari Cordoba.71 Beliau telah memperkenalkan matematik

Ikhwan al-Safa ke Andalusia. Ahli matematik Andalusia juga telah memperkenalkan

kepada dunia metematik sejenis angka yang dikenal sebagai huruf al-ghubbaar. 72 Hal ini

kerana, 'huruf al-ghubbar' mempunyai sedikit perbezaan dengan bentuk angka Hindi dan

pengenalan ini banyak membantu mempermudahkan sistem penulisan angka.73 Di

samping itu, sarjana Islam Andalus juga telah berjaya memperkenalkan tigonometri sfera
68
Ibid., hlm. 25.
69
Ibid., hlm. 26.
70
Ustaz Azam Bin Hamzah, Sejarah Dan Tamadun Islam Di Andalus (711-1492), Selangor: Hizbi Sdn. Bhd., 1991,
hlm. 67.
71
bid., hlm. 67-68.
72
bid., hlm. 68.
73
bid., hlm. 68.
yang sebelum ini tidak diketahui oleh orang Greek.74 Kesimpulannya, sarjana Islam telah

berjaya mencipta dan memperkenalkan berbagai-bagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai

bidang khusunya dalam cabang ilmu matematik.

KESIMPULAN

Tamadun Islam yang awal sememangnya telah menyalurkan sumbangan yang

74
bid., hlm. 68.
tidak ternilai dalam perkembangan ilmu penngetahuan. Sebagaimana kita menegtahui

Tamadun Islam adalah sebuah tamadun yang wujud berlandaskan kita suci al-Quran yang

diwahyukan oleh Allah S.W.T kepada nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W

adalah orang yag berperanan sebagai utusan Allah S.W.T untuk menjaga keamanan dunia

dan kebajikan umat Islam. Setelah penerimaan whyu yang pertama, tugas utama baginda

ialah menyebarkan agama islam. Nabi Muhammad S.A.W telah membina masjid

bertujuan sebagai pusat penyebaran agama dan tempat mengajar ilmu kepada para

pelajar. Hal ini merupakan asas kepada perkembangan Islam dan sterusnya memberi

sumbangan ke arah perkembanagn ilmu pengetahuan manusia umumnya.

Ilmu pengetahuan yang wujud dalam tamadun Islam sangat memartabatkan dan

merupakan keagungan bagi tamadun Islam. Tamadun Islam telah melahirkan ramai

sarjana-sarjana agung yang sehingga kini sumbangan mereka masih digunakan dalam

kehidupan. Perkembangan ilmu perubatan, falsafah, matematik, kejuteraan, sastera,

bahasa, astronomi dan banyak lagi telah membantu dalam pembentukan negara moden

dan maju pada hari ini. Kesan sumbangan ilmu pengetahuan Islam boleh dilihat dengan

lahirnya sarjana yang bijak pandai daripada Barat serta teknologi yang dicapai sehingga

dekad ini. Walaupun kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan telah dicapai oleh

srjana-sarjana Islam dalam bidang sains dan sebagainya, namun aspek keagamaan,

akhlak, akidah dan syariah sentiasa dipatuhi oleh tokoh-tokoh Islam dan mereka juga

turut mengkaji aspek ketuhanan. Berlainan dengan tamdun-tamadun yang lain,

sumbangan mereka hanya tertumpu kepada ilmu semata-mata tidak melibatkan zahir dan

batin. Namun, ilmu pengetahuan dan intelektual yang diketengahkan oleh sarjana Islam

sangat berkait rapat dengan sifat zahir dan batin manusia dan ilmu mereka sentiasa
berlandaskan agama Islam.

Oleh itu, banyak sumbangan yang telah diberikan Islam dalam perkembangan

ilmu pengetahuan. Perkembangan ilmu ini akan terus berkembang seiring kemajuan yang

dicapai oleh manusia sehingga ke hari ini. Ilmu pengetahuan yang telah disumbangkan

oleh tamadun Islam telah berjaya mengubah peradaban dunia dan mencapai tahap

pemodenan yang tinggi.

RUJUKAN

Azizan Baharudin, Pengenalan Tamadun Islam Di Andalus, Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka, 1986.

Mahayudin Hj. Yahya, Tamadun Islam, Selangor: Fajar Bakti, 2005.

Mahmood Zuhdi Ab. Majid, Tokoh-Tokoh Kesarjanaan Sains Islam, Kuala Lumpur:

Dewan bahasa dan Pustaka, 2003.

Mohd. Liki Hamid (ed.), Pengajian Tamadun Islam: Sejarah, Pencapaian dan Masa

Depannya, Pahang: PTS Publications & Distribution, 2002.

Profesor Dr. Shaharir Bin Mohamad Zain, Dr. Abdul Wahab Bin Haji Ismail, Mohamad

Ali Bin Hassan..., Pengenalan Tamadun Islam Dalam Sains Dan Teknologi,

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.

Ustaz Azam Bin Hamzah, Sejarah Dan Tamadun Islam Di Andalus (711-1492), Selangor:

Hizbi Sdn. Bhd., 1991.

Anda mungkin juga menyukai