Anda di halaman 1dari 4

CONTOH LAPORAN OLEH PEMERIKSA

2. Ulasan tentang Kertas Soalan


2.1 Mutu kertas soalan secara keseluruhan

Mutu soalan pada penggal ini bersesuaian dengan tahap calon di peringkat pra-
universiti dan soalannya adalah wajar dan mencabar daya kognitif calon. Soalannya
ringkas dan mencabar dari aspek kreativiti dan inovatif dalam mencipta reka bentuk
teko teh dari subject matter yang diberikan.

2.2 Masalah pada kertas soalan (jika ada)

Secara keseluruhan, tiada masalah yang ketara pada soalan pada penggal ini.
Berdasarkan skrip soalan yang diberikan pada soalan ‘a’ jelas calon dikehendaki
melihat, memahami setiap karektor subjek matter yang diberikan. Ianya lebih bersifat
‘analytical drawing’ untuk menghasilkan lukisan realistik. Soalan ‘b’, proses
pengolahan idea: mengkehendaki calon untuk menghasilkan tiga gubahan rekaan idea
yang berbeza untuk menghasilkan teko teh yang kreatif dan inovatif. Kefahaman calon
tentang reka bentuk asal teko adalah berbeza sehingga mempengaruhi kreativiti dan
inovasi hasil gubahan calon.

2.3 Aras kesukaran kertas soalan secara keseluruhan

Aras kesukaran soalan adalah sederhana dan memerlukan lebih latihan untuk berfikir
secara kreatif dan inovatif, di samping daya imaginasi yang tinggi untuk membuat teko
teh daripada subject matter bawang putih sebagai teko teh yang kreatif dan inovatif.
Secara keseluruhan soalan adalah jelas dan menguji kemahiran calon untuk berfikir,
melihat, memahami dan mentafsir subject matter/imej untuk menghasilkan analytical
drawing iaitu (proses peniruan) dan proses pengolahan idea imitasi berdasarkan
gambar untuk menghasilkan rekaan baru. Kebanyakan calon berkemahiran dan proses
peniruan soalan ‘a’. Manakala soalan ‘b’ iaitu proses kreativiti, ianya menguji aras
kefahaman calon untuk mengubah, mengolah serta keluar daripada kotak pemikiran
biasa namun perlu ada kesinambungan di antara setiap soalan. Sebahagian calon
sahaja berjaya menunjukkan kefahaman terhadap soalan a, b atau c secara
keseluruhannya.

2.4 Penggunaan bahasa dan istilah


Penggunaan bahasa dan istilah, agak mencabar calon. Istilah ‘kreatif dan inovatif’
mengakibatkan adanya calon terpesong dari kehendak soalan yang sebenar. Terdapat
lukisan calon yang melukis reka bentuk bentuk jar dan bukannya teko seperti arahan
soalan. Kemahiran yang diuji dalam kertas dua (Lukisan) adalah lebih kepada
kemahiran/skill melukis dan penciptaan idea yang kreatif dan inovatif dari calon.
Berbeza dengan kertas teori (kertas satu) yang lebih banyak menguji kemahiran
berfikir dan tahap intelektual calon. Arahan soalan dalam pengujian melukis adalah
mudah difahami agar kebarangkalian kefahaman calon terpesong dari kehendak
soalan dapat dielakkan. Secara keseluruhan, soalan tahun ini adalah berkualiti dan
dapat mencabar pemikiran calon dari aspek gubahan baharu yang kreatif dan inovatif
pada tahap pra universiti ini.

3. Ulasan tentang Jawapan Calon Secara Keseluruhan.

3.1 Mutu jawapan keseluruhan termasuk perancangannya

Secara keseluruhannya mutu jawapan calon adalah pada aras sederhana. Kebanyakan
calon dapat menjawab soalan dengan baik berdasar aras kebolehan mereka di samping
kefahaman soalan pada bahagian (a), (b), dan (c). Terdapat calon yang boleh
menghasilkan lukisan dengan baik pada soalan (a) tetapi kurang menonjol pada
bahagian soalan (b) dan (c). Kualiti jawapan calon boleh dikategorikan kepada 3
bahagian iaitu baik, sederhana dan lemah.
i. Cemerlang/Baik – Calon mempunyai berkemahiran tinggi melukis bahan kajian,
membuat pengolahan proses perkembangan idea dan seterusnya menghasilkan
reka bentuk akhir rekaan teko teh yang baru dan berbeza dan berjaya
menambah fungsi lain secara berinovasi. Calon berkemahiran mengaplikasikan
media kering, teknik dan peka (imitasi).
ii. Sederhana – Calon berkebolehan melukis bahan kajian, membuat pengolahan
proses perkembangan idea dan seterusnya menghasilkan reka bentuk akhir
rekaan teko teh dengan betul. Calon berkemahiran mengaplikasikan media
kering, teknik dan sensitiviti pemerhatian.
iii. Lemah – Calon sekadar mampu melukis bahan kajian tetapi kurang kreatif untuk
membuat pengolahan perkembangan idea dan seterusnya menghasilkan reka
bentuk akhir rekaan teko teh secara kurang kreatif dan inovatif. Selain itu
kelemahan dalam kemahiran melukis dan mengaplikasikan media kering, teknik
serta sensitiviti pemerhatian dan perekaan idea yang berbeza juga jelas
kelihatan.

3.2 Kekuatan dan kelemahan umum (berikan contoh)


Terdapat kekuatan dan kelemahan umum antaranya :
Kekuatan tertumpu kepada :

 Aplikasi medium kering (pensil/pen/pensil warna) dan tekniknya


dengan baik.
 Kesungguhan untuk membina tektura/jalinan dari 2D kepada 3D bagi
memahami sifat objek kajian melalui penggunaan ton warna yang baik dan
tepat.

Kelemahan tertumpu kepada :


 Aspek pengolahan, perekaan, kreativiti dan inovatif reka bentuk teko teh.

3.3 Hal-hal lain tentang prestasi calon

Tiada
4. Ulasan tentang Soalan Demi Soalan

4.1 Tugasan Soalan


Kehendak soalan telah ditegaskan iaitu menghasilkan rekaan teko teh dari selabu
bawang putih sebagai subject metter yang kreatif dan inovatif dan tiga lakaran
gubahan yang berbeza antara satu sama lain.

4.2 Jawapan Yang Sepatutnya


Calon seharusnya melukis :
 Bahagian A, dengan ‘melihat’ secara realistik berdasarkan gambar yang diberi
dengan memberi penelitian terhadap analytical drawing serta memahami karektor
sebenar melalui subject matter yang diberikan kepada setiap calon.
 Bahagian B, calon harus membuat tiga lakaran rekaan/design dengan memikirkan
idea yang berbeza menggunakan subject matter secara kreatif dan inovatif.
 Bahagian C, calon perlu membuat keputusan untuk memilih satu dari tiga lakaran
terbaik untuk dijadikan lukisan akhir reka bentuk teko teh yang kreatif dan inovatif.

4.3 Kekuatan dan Kelemahan Calon


1 (a) Kebanyakan calon dapat menghasilkan lukisan kajian bentuk sebenar ‘subject
matter’ yang dipilih pada tahap prestasi baik, sederhana dan lemah. Penekanan hasil
lukisan kajian dalam konteks formalistik, di mana lukisan yang baik mempunyai
elemen-elemen asas dan prinsip seni reka yang tepat dengan kehendak soalan.
Namun demikian terdapat juga calon yang tidak menguasai konsep formalistik dalam
lukisan menyebabkan prestasi pencapaian mereka pada tahap yang lemah.

1 (b) Kebanyakan calon tersasar menjawab pada bahagian ini. Ramai calon yang
mnghasilkan gubahan secara olahan reka bentuk berdasar ‘subject matter’ yang diberi.
Gubahan idea tidak dilakukan mengikut prosedur yang sepatutnya, sebaliknya calon
terus menjurus kepada olahan untuk hasilkan lukisan akhir. Terdapat calon yang
membuat gubahan reka bentuk idea baru dengan cemerlang iaitu dapat
mengaplikasikan pemikiran inovatif untuk mencipta teko teh yang mempunyai fungsi
lain selain hanya bertujuan untuk mengisi air semata-mata.

1 (c) Kebanyakan calon dapat menjawab bahagian ini dengan berbagai pencapaian
prestasi. Calon yang cemerlang dapat menghasilkan lukisan yang baik berdasar
gubahan reka bentuk baru bagi setiap satu bahagian. Manakala calon yang sederhana,
kebanyakan mereka mengikut prosedur soalan yang dikehendaki tetapi kurang
menyerlah dalam konteks penguasaan elemen formalistik (unsur dan prinsip rekaan),
kurang kebolehan mencipta atau menjana idea yang baharu, seterusnya tidak mesra
dengan konsep penciptaan teko teh yang tepat secara kreatif dan inovatif dari aspek
fungsi selain dari aspek estetik.

4.4 Soalan Berbentuk Kuantitatif, Berikan Jawapannya


Tiada

Nota Tambahan dari semua pemeriksa kumpulan 111 :

1. Pengawas Peperiksaan harus memastikan calon menulis angka giliran dengan jelas, serta
menggunakan bahgian hadapan yang tertera di bawah angka giliran agar mudah bagi
pemeriksa menanda kertas jawapan.

2. Sebahagian Ketua Pengawas Pusat juga tidak mencatat angka giliran calon pada sampul
skrip jawapan yang dihantar.

3. Senarai calon tambahan tidak disertakan dalam borang kuning serta tidak mencatat
angka giliran MPM/P1.1

4. Ada pusat terdapat calon melukis di sebelah belakang kertas lukisan bukan seperti
arahan.

5. Taklimat oleh ketua pengawas amatlah penting bagi calon mematuhi arahan yang jelas
tentang penggunaan kertas lukisan pertama untuk bahagian (a) dan (b) sementara
kertas lukisan yang kedua untuk bahagian (c)

6. Terdapat pusat yang tidak menyusun kertas lukisan mengikut angka giliran sebelum
membungkusnya seterusnya menyumbang kesukaran dan kelewatan pemeriksa
terpaksa menyemak dan menyusun semula dalam sesuatu bungkusan yang diterima
mengikut angka giliran yang hadir dan mempastikan jumlah yang tepat.

7. Sebahagian Ketua Pengawas Pusat tidak menanda ketidakhadiran calon pada Borang
EJKC.

Anda mungkin juga menyukai