Anda di halaman 1dari 28

Kertas perbentangan taklimat Kertas Seni Visual STPM 2010

Pada kali ini saya muatkan kertas perbentangan saya kepada Jurulatih Utama
(JU) Seni Visual STPM yang berlangsung pada 13 hingg 15 Januari di Hotel
Quality, Kuala Lumpur. Perbentangan ini adalah sebagai satu lontaran idea
untuk JU mengadakan taklimat diperingkat negeri.

Tajuk:
PENGHASILAN KARYA: PENYELIDIKAN DAN KAJIAN DALAM MENCARI
IDENTITI GAYA SEBUAH KARYA
(Kertas Seni Visual STPM 970/3)

Pengenalan
Kertas tiga merupakan kertas kerja kursus untuk penghasilan karya bagi
calon STPM yang mengambil mata pelajaraan seni visual. Kertas ini menguji
kemahiran calon untuk menghasilkan sebuah karya seni visual dalam
bentukpengkaryaan dan perekaan. Guru seni visual adalah menjadi
pembimbing calon membuat proses karya yang telah dipilih selama
sepanjang lapan bulan, Aspek penting yang diberi penekanan ialah:
1. Aspek penerokan idea,
2. Kajian dan penyelidikan,
3. Penghasilan karya @ produk dan
4. Dokumentasi (portfolio).

Paling penting ialah pemilihan soalan oleh calon dalam kertas ini perlu
dibincang bersama dengan guru pembimbing agar kepakaran guru
pembimbing dapat membantu ke arah penghasilan yang baik. Berdasarkan
mutu hasil karya yang lepas terdapat calon tidak dapat memenuhi keperluan
mutu karya yang baik kerana tidak dapat bimbingan yang sempurna gari
guru pembimbing. Berkemungkinan guru tidak pakar dalam bidang yang
dipilih oleh calon maka calon membuat proses penghasilan karya tanpa
bimbingan dari guru.

Pada perbentangan saya kali ini, penekanan akan diberi kepada proses
penyelidikan dan kajian dalam penghasilan sesebuah hasil karya.
Berdasarkan pengamatan saya sebagai ketua penilai kertas ini, didapati
calon yang membuat penyelidikan dan kajian semasa proses hasil kerja berja
telah menghasilkan karya dengan baik disamping kemahiran keterampilan
dalam bidang khusus yang dipilih. Guru pembimbing juga harus meneliti
beberapa perkara asas agar kerja calon benar-benar mengikut arahan MPM
sebelum memulakan penghasilan projek penghasilan karya antaranya:
1. Arahan Kertas Soalan
2. Tanggungjawab Guru Seni Visual
3. Tanggungjawab Pengetua
4. Penghantaran Portfolio dan Hasil Karya
5. Arahan Penyedian Projek Penghasilan Karya.

Perancangan kerja calon


Soalan kertas 3 yang dikemukakan untuk calon STPM 2010 ini telah
memasukan unsur penyelidikan dan kajian terutama dalam soalan
pengkaryaan. Aspek ini sangat penting untuk kita sama-sama fikirkan bagi
menjayakan penghasilan calon dengan baik dan bermutu. Sebelum calon
memikirkan apakah soalan yang akan difikirkan saya cadangkan
pembimbing (guru) perlu membuat beberapa perkara sebagai sumbangsaran
dikalangan calon-calon. Antaranya:
1. Membuat peta minda tentang tema dan soalan yang telah dikemukakan,
2. Memperolehi maklumat-maklumat
permasalahan yang dikemukakan,

berkaitan

dengan

tema

dan

3. Mencari sebanyak mungkin gambar-gambar dan contoh karya yang


berkaitan dengan tema dan permasalahan soalan.

Saya mencadangkan beberapa FASA perlu dilalui sepanjang lapan bulan


proses menghasilkan karya kertas tiga ini.

FASA 1
Sebaiknya pembimbing (guru) memberi imput awal secara umum setiap
soalan yang dikemukan dan membuat beberapa kumpulan calon untuk
penyelidikan dan kajian, hasilnya dibuat pembentangan dapatan. Caloncalon membuat penerokan ini secara kumpulan.

FASA 2
Pemilihan soalan mengikut kemahiran dan maklumat yang diperolehi. Fasa
ini guru juga harus menguasai bidang soalan yang dipilih. Misalnya kalau
sekiranya calon mengambil soalan nombor 4. Guru harus mengetahui aspekaspek hiasan dalaman, terutamanya menghasilkan sebuah model yang
standard. Oleh yang demikian pembimbing perlu menguasai ilmu bidang ini
agar tidak berlaku calon tersilap menghasilkan karya yang tidak standard
semasa penghantaran ke MPM nanti.
FASA 3
Membuat skala aturan kerja berdasarkan hari, minggu dan bulan. Displin ini
penting agar calon dapat melaksanakan kerja daripada lakaran idea hingga
ke penghasilan dapat dilakukan dengan baik. Jadual kerja telahpun diberi
contoh oleh MPM, guru sebagai pembimbing harus mencadangkan suatu
carta alir proses calon menghasilkan kerja kursus.
FASA 4
Membimbing dan menyelia calon semasa proses penghasilan dari lakaran
awal hingga karya akhir. Adalah baik sekiranya pembimbing membuat
semakan awal kepada calon-calon yang menghasilkan Portfolio bermula
dari pemcarian maklumat, lakaran awal, lakaran akhir dan proses
penghasilan.
FASA 5
Proses akhir penghantaran karya adalah penting guru mengikut aturan MPM
dengan menyemak segala aturan yang ditetapkan. Memastikan portfolio dan
karya dihantar dengan butiran-butiran calon-calon. Tanggungjawab guru
pembimbing untuk memastikan segala penghantaran dibuat dengan betul
tidak tertinggal maklumat yang dikehendaki.

Penyelidikan dalam penghasilan karya


Penghasilan kerja kursus adalah dibuat secara amali di sekolah. Perkaraperkara umum telahpun saya nyatakan di atas bagaimana pembimbing
(guru) dapat membantu calon-calon memperolehi hasil karja yang baik.
Namun demikian, persoalan paling penting untuk saya kemukakan kepada
guru-guru pembimbing ialah bagaimana sesebuah karya berjaya dihasilkan
hasil melalui penyelidikan yang dibuat oleh calon semasa proses kerja
berjalan.
Terdapat dua unsur penyelidikan semasa penghasilkan karya kerja kursus:
1. Penyelidikan perdasarkan maklumat dari media elektronik dan media
konvensional.
2. Penyelidikan dan kajian berdasarkan visual yakni melalui lakaran dan
perkembangan idea.
Dua unsur penyelidikan atau kajian ini dapat membantu calon dalam
memperolehi sebuah karya yang bermutu kerana karya yang dihasilkan
bukanlah berdasarkan dari segi pengaruh semata-mata sebaliknya
mempunyai kajian yang mendalam dari segi aspek bentuk, konteks dan
makna.
Sebagai contoh soalan nombor 1:
Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan Dunia teknologi digital
dan nilai kemanusiaan. Persembahan karya hendaklah dalam bentuk dua
dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Hasil karya anda hendaklah
menggunakan bahan yang sesuai dengan tema.
Tema: Dunia teknologi digital dan nilai kemanusiaan.
Karya (bentuk): 2D atau 3D
Bahan dan teknik: bebas (yang sesuai)

PERMASALAH (TEMA) KONSEP PEMECAHAN KARYA


Pengetahuan aspek organisasi penghasilan
Kelaziman berlaku apabila calon menghasilkan karya seni visual akan
memikirkan bagimana cara penghasilan?, apakah bahan yang hendak

digunakan?, dan apakah cara teknik dibuat?. Antara lain yang menjadi
persoalan awal ialah:
1. Memecahkan persoalan tema dan kehendak soalan,
2. Olahan idea dan pengolahan karya,
3. Penentuan bahan dan teknik,
4. Kemasan dan Persembahan.

Sebenarnya, penghasilan sebuah karya seni visual memerlukan banyak


aspek lain yang memerlukan perbincangan antara calon dan guru
pembimbing. Antara lain ialah mengetahui faktor tersirat karya dan faktor
tersurat karya seni visual sebagai cantuman kekuatan berkarya. Antara
perkara inplisit dan ekplisit yang perlu diketahui dalam penghasilan sebuah
karya ialah:
Faktor tersirat:
i. Nilai estetik (merangkumi nilai kreativiti)
ii. Nilai makna
iii. Nilai konteks
iv. Nilai emosi
v. Pengaruh

Faktor tersurat:
i. Media dan teknik
ii. Kemahiran penghasilan
iii. Fungsi
iv. Kemasan
v. Peragaan dan persembahan

Langkah-langkah penghasilan
1. Penghasilan pengkaryaan
Proses penghasilan karya akan bermula dengan suatu tema atau tajuk.
Bermula dari permasalah tema maka calon akan bekerja mencari idea bagi
merealisasikan sebuah karya. Pada peringkat awal proses mengumpul
maklumat dan visualisasi adalah langkah kearah mendapatkan idea sebenar.
Disamping itu pemetaan konsep yang kreatif sangat penting dalam proses
visualisasi. Paling penting adalah penentuan media dan teknik untuk
disesuaikan dengan gubahan. Proses gubahan karya pula perlu menggambil
kira elemen-eleman bahasa seni visual. Di bawah ini adalah rajah proses
penghasilan pengkaryaan.
Soalan nombor 1 merupakan soalan pengkaryaan, kehendak soalan adalah
menghasilkan sebuah karya 2D atau 3D dengan menggunakan bahan bebas
bertemakan, Dunia teknologi digital dan nilai kemanusiaan. Soalan ini
membolehkan calon membuat keputusan sendiri dalam pengolahan
penghasilan. Kreativiti sangat penting dalam pengolahan karya. Seperti saya
nyatakan di atas aspek penyelidikan dan kajian sangat penting bagi
menampilkan sebuah karya yang baik. Calon perlu memecahkan persoalan
dunia digital dan nilai kemanusian sebagai persembahan dalam sebuah
karya. Sekiranya calon memilih catan maka bahan apakah yang sesuai untuk
membuat persembahan karya dengan tema itu. Proses penyelidikan dan
kajian dapat membantu calon menjawab persoalan ini.
Soalan nombor 2 juga merupakan soalan pengkaryaan. Tema yang
dikemukan agak abstrak iaitu kesantunan. Berdasarkan difinisi dalam
kamus DBP edisi 4, maksud kesantunan ialah:
perihal (sifat dsb) santun, ke-sopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi
pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama pentingnya;
Penghasilan karya dalam soalan ini terkongkong dengan menggunakan
teknik batik atau tenunan. Namun harus dingatkan kepada calon bahawa
soalan ini adalah soalan pengkaryaan bukan kraf. Jangan ada calon
menghasilkan soalan ini dalam bentuk kraf batik atau tenunan. Berdasarkan
soalan calon perlu menghasilkan sebuah karya seni halus samada catan,
cetakan atau arca dengan menggunakan teknik batik atau teknik tenunan.

Soalan 1

Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan Dunia teknologi digital
dan nilai kemanusiaan. Persembahan karya hendaklah dalam bentuk dua
dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Hasil karya anda hendaklah
menggunakan bahan yang sesuai dengan tema.
Hasil karya dua dimensi (2D) hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm
60 cm. Hasil karya tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak
melebihi 40 cm tinggi, 25 cm panjang, dan 25 cm lebar.
Portfolio karya seni hendaklah mengandungi
kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
lakaran perkembangan idea
lakaran akhir
kajian media dan teknik
pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu
didokumentasikan mengikut urutan.

Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek


ketepatan tema dan makna
penerokaan media dan teknik
pengolahan aspek komposisi
pertimbangan estetik
keaslian
kemasan
Nota: Karya hendaklah dihasilkan secara manual.

2. Penghasilan Perekaan

Pelbagai cara yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu karya perekaan.


Dalam perekaan kemahiran penghasilan adalah berbeza mengikut bidang.
Bidang Grafik dan multimedia berbeza cara penghasilan dengan bidang reka
bentuk. Perbezaan penghasilan reka bentuk industri pula berbeza dengan
reka bentuk persekitaran. Oleh yang demikian guru seni visual sebagai
pembimbing perlu penguasai kemahiran bidang-bidang tertentu untuk
mastikan cara bimbingan kepada colon akan menghasilkan karya dengan
betul.
Soalan nombor 3 merupakan soalan reka bentuk grafik yang memerlukan
calon menghasilkan sebuah reka bentuk identiti korporat. Beberapa
kemahiran penting dalam penghasilan reka bentuk grafik:
1. kemahiran menggunakan alat grafik secara manual
2. kemahiran menggunakan komputer dengan perisian grafik seperti Adobe
Ilustrator atau Corel Draw.
3. Kemahiran membuat persembahan karya.
Kemahiran-kemahiran ini penting agar standard karya calon setanding
dengan persembahan sebuah karya reka bentuk grafik. Paling penting dalam
persembahan akhir dalam reka bentuk grafik ialah kemas, bersih dan tidak
kotor.
Soalan nombor 4 merupakan soalan reka bentuk dalaman yang memerlukan
calon menghasilkan sebuah reka bentuk sebuah restoran moden. Calon perlu
memikirkan beberapa elemen-elemen moden dalam reka bentuk restoran
tersebut, misalnya dari segi ruang, pemilihan perabot, pencahayaan, warna,
reka bentuk bentuk restoran berdasarkan konsep. Namun demikian, raka
bentuk hiasan dalaman sangat mementingkan konsep ruang. Kerana kesan
ruang dapat memberi kesan kepada manusia yang berada dalam lingkungan
itu. Untuk memenuhi kehendak pengguna maka ketelitian calon memenuhi
hiasan ruang adalah sangat penting. Antaranya:
1. Mengatur keserasian susunan perabot
2. Memilih material dan elemen ruang yang sesuai dengan fungsi
3. Dimensi perabot yang dengan saiz yang bersesusian dengan kebesaran
ruang
4. Mencipta suasana ruang agar mempu menyatakan fungsi dan kehendak
soalan.

Kemahiran yang sangat penting ialah dari segi membuat model. Bahan untuk
membuat model mestilah tidak mudah pecah tetapi ringan. Gam yang
digunakan perlu menggunakan gam yang kuat agar bahan-bahan yang
dilekatkan tidak mudah jatuh semasa penghantaran di MPM.

Soalan 3
Hasilkan sebuah rekaan logo yang menonjolkan identiti korporat bagi sebuah
syarikat perdagangan bertaraf antarabangsa yang mengeksport barang kraf
tangan tempatan. Dengan menggunakan rekaan logo berkenaan, hasilkan
juga reka bentuk set identiti korporat yang merangkum kepala surat, sampul
surat, kad nama, dan kenderaan perdagangan syarikat tersebut.
Portfolio perekaan hendaklah mengandungi
permasalahan reka bentuk (design brief)
lakaran kenit (thumbnail) dan pemilihan lakaran
lakaran komprehensif
kajian reka letak, imej, dan tipografi
senarai peralatan yang digunakan
rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu
didokumentasikan mengikut urutan.
Hasil rekaan hendaklah diberi penekanan dari aspek
ketepatan makna dan fungsi
kemahiran penggunaan bahan dan teknik
aplikasi bahasa seni visual
keaslian
kualiti persembahan
kemasan

Nota: Reka bentuk identiti korporat yang dihasilkan boleh menggunakan


perisian komputer grafik bagi menghasilkan karya akhir sahaja, dan anda
hendaklah menyatakan perisian yang digunakan. Penggunaan Clip Art
adalah dilarang sama sekali.

Soalan 4
Hasilkan sebuah model reka bentuk hiasan dalaman bagi ruang sebuah
restoran yang moden dengan memasukkan unsur-unsur budaya tempatan
yang boleh membangkitkan selera pengunjung.
Ruang restoran tersebut hendaklah mengambil kira ruang makan, ruang
pamer, ruang penyediaan makanan, dan beberapa buah gerai (stall) untuk
makanan masak segera.
Model hasil karya hendaklah mematuhi aspek yang berikut:
tapak model berukuran 40 cm 40 cm
menggunakan bahan-bahan yang sesuai
binaan kukuh, ringan, dan stabil
bahagian atas hasil karya tidak ditutup

Portfolio perekaan hendaklah mengandungi


permasalahan reka bentuk (design brief)
tujuan
kerangka kerja
pengumpulan maklumat
lakaran perkembangan idea
lakaran dan visual akhir
lukisan pelan mengikut dimensi
rujukan dan sumber maklumat

gambar model yang telah siap, diambil dari pelbagai sudut


Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu
didokumentasikan mengikut urutan.

Hasil rekaan hendaklah diberi penekanan dari aspek


ketepatan fungsi dan estetik
kesesuaian bahan dan teknik untuk model
dimensi model
aplikasi asas seni reka
keaslian
kualiti persembahan
kemasan

Penutup
Kertas 970/3 merupakan kertas amali untuk calon persekolahan yang diberi
penekanan dalam proses penghasilan karya sepanjang lapan bulan. Guru
pembimbing Seni Visual memainkan peranan penting sebagai pembimbing
dan penilai utama. Aspek teori dan amali perlu diberi penekanan sepanjang
proses dalam penghasilan. Portfolio adalah merupakan dokumentasi
penghasilan karya dan sebagai bahan bukti proses teori dan amali berjalan
dengan baik.

Bibliograf
Amy e. Arntson (2007). Graphic Design Basics, USA: Thomson.
Bob Cotton (1990). The New Guide To Graphic Design, New Jersey: Chartwell
Book Inc.
Laura Slack (2006). What Is Product Design, Singgapore: Page One
Lois, Fichner (2008). Foundations of Art And Design, USA: Thomson

Paulson, F.L. Paulson, P.R. and Meyer, CA. (1991, February). "What Makes a
Portfolio a Portfolio?" Educational Leadership, pp. 60-63.
[10:38 AM, 10/26/2016] Aa Abu: Tlg print hokni jg
PENGALAMAN PENDIDIKAN SENI MEMBANTU MENINGKAT KREATIVITI
DALAM KEHIDUPAN SOSIAL MASYARAKAT BY-SITI HAYATI
Mengapa ramai yang memandang remeh atau tidak mengendahkan
langsung mata pelajaran seni? Seringkali kita mendengar mata pelajaran
seni dipertikaikan. Sama seperti mata pelajaran Matematik, Biologi atau
Sains Sukan, Seni juga mempunyai kepentingannya. Malah ia membantu
dalam pelbagai aspek kehidupan. Ia memberi info atau maklumat,
mengembangkan minat dan memperluaskan pengalaman pelajar.

Mengapa kita sering berpendapat seseorang itu dilahirkan kreatif?


Hakikatnya kreativiti boleh dipelajari. Terdapat banyak kerjaya yang
berkaitan dengan seni, seperti pengiklanan, arkitek, juruhias dalaman dan
banyak lagi yang ada kaitannya dengan cabang-cabang seni. Kemahiran
berfikir secara abstrak akan banyak membantu dalam kehidupan. Seni juga
bukan setakat terbatas pada Seni Visual dan Lukisan sahaja tetapi ia ada
kaitannya dengan falsafah dan pelbagai bidang yang lain.

Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai


kurikulum intergrasi iaitu memerlukan kefahaman terhadap ilmu
kemanusiaan dan pengalaman manusia. Justeru untuk memahami sesuatu
masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni mempengaruhi sosial,
politik, dan ekonomi sesuatu masyarakat.

Pelajar diharap dapat mengamal pertimbangan seni visual, meningkatkan


kepekaan serta mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa
bersama nilai positif seterusnya menerap budaya menghargai serta
mengaplikasi ilmu yang diperolehi kerana seni dapat membentuk jiwa dan
peribadi manusia

Mengapa kita sering berpendapat seseorang itu dilahirkan kreatif?


Hakikatnya kreativiti boleh dipelajari. Terdapat banyak kerjaya yang
berkaitan dengan seni, seperti pengiklanan, arkitek, juruhias dalaman dan
banyak lagi yang ada kaitannya dengan cabang-cabang seni. Kemahiran
berfikir secara abstrak akan banyak membantu dalam kehidupan. Seni juga
bukan setakat terbatas pada Seni Visual dan Lukisan sahaja tetapi ia ada
kaitannya dengan falsafah dan pelbagai bidang yang lain. Menurut Mark
Smith, seni ialah IQ dan berfikir. Belajar untuk berfikir bunyinya unik,
menarik dan dinamik.

PENGERTIAN KREATIVITI:
Apakah
yang
dimaksudkan
dengan
kreativiti?
Dapatkah
orang
mengembangkan kreativiti? Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep
ini dan banyak juga jawapan yang diperolehi, bergantung kepada latar
belakang profesonal penelitinya. Setiap jawapan yang diberi berbeza
berdasar aspek-aspek tertentu.

Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti iti sebagai;


Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari
kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan
lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk
situasi yang bersangkutan....Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun
abstrak(Rand 1981:6)
Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis
utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif
adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan.
Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita
merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan
menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.
Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu creare yang membawa
maksud membuat, manakala daripada perkataan Greek pula creare
bermaksud memenuhi. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti

sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan


kekreatifan.
Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah
kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif,
baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai
penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.
Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan
penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Karyakarya penyelidikannya dalam mendalami bdang ini telah berjaya
mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran
Bapa Kreativiti. Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual
tentang kreativiti. Antaranya adalah:
a) Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif.
Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar
meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

b) June King McFee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan


seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu
mengolah idea.
c) Carl Rogers pula menggariskan 5 faktor di mana ianya mendorong kepada
pembetulan kreativiti sama ada dalam bidang seni atau sains.
i) keterbukaan dan fleksibel kepada pengalaman
ii) menikmati kehidupan yang dialami
iii) menghargai diri sendiri
iv) mengamalkan kebebasan
v) menjadi individu yang peka dan sensitif dengan persekitaran

CIRI-CIRI KREATIVITI:

a) Bersifat fleksibel seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan


dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan
optimis.
b) Sensitif dan peka individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi
terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran
dan turut sensitif menggunakan deria.
c) Idea yanga sli dan tulin seseorang yang kreatif sering mengemukakan
idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik
dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa
dan sering berbeza daripada biasa.
d) Bersifat terbuka mempunyai sifat keterbukaan di dalam menertima
pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka malahan
bersifat bebas dan demokratik.
e) Logik peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan tahu
membezakan baik atau buruk sesuatu perkara itu bahkan sangat
menghargai dan menghormati masa.
f) Berfikiran bebas golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang
tidak terkongkong pada satu perkara sahaja sebaliknya bijak merancang
projek agar berjalan lancar. Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati dan
bijak membuat keputusan.

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI:


a) Perkembangan Kreativiti Fisher
i) Peringkat Rangsangan merangsang minda pelajar dengan pelbagai
soalan kritikal seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan lain-lain.
ii) Peringkat Penerokaan peringkat rangsangan telah berjaya merangsang
pelajar untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru
berdasar permasalahan yang timbul.

iii) Peringkat Perancangan menggalakkan pemikiran kreatif untuk


merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala
kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu;
perancangan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi
dan sebagai.
Perancangan secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagai.
iv) Peringkat Aktiviti bermula dengan set idea. Untuk melahirkan pemikiran
kreatif perlu merancang segala aktiviti. Pada peringkat ini segala
perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti ,bagaimana harus
kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?.
v) Kajian semula peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah
diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif
kerja. Pelajar digesa memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang
telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

b) Laura H.Chapman meletakkan 3 kaedah iaitu;


i) Kaedah penjanaan idea(inception of idea) dalam penjanaan sesuatu idea,
pengkarya perlu menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya.
ii) Pengolahan dan pemurnian(elaboration and refinement) proses
pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual
yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini untuk memastikan imej atau
visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan
objektif penghasilan.
iii) Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium) bimbingan
penggunaan bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan diberikan
melalui demonstrasi dan tunjukcara supaya pemilihan bahan mempunyai
makna dan nilai tersendiri.

c) Calvin W.Taylor
i) Kreativiti bersifat ekspresif berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini
boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontan

dan bebas mengikut kemampuan sesuai dengan perkembangan fizikal yang


belum stabil. Pada peringkat ini gambaran melalui garisan dan contengan
mudah.
ii) Kreativiti melalui penghasilan proses penambahbaikan kemahiran sedia
ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun rapi.
iii) Kreativiti bersifat inventif merujuk kepada keupayaan mencipta benda
atau objek melalui proses eksperimentasi. Pada peringkat ini motoivasi dan
galakan diberi untuk mengelakkan rasa bosan dan putus asa.
iv) Kreativiti bersifat inovatif melibatkan pengubahsuaian kepada konsepkonsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna.
v) Kreativiti bersifat emergen bentuk kreativiti tertinggi di mana
keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul dalam bentuk abstrak
dan mudah. Sebagai contoh, figura manusia yang digambarkan tanpa
menitikberatkan bentuk formal dan asalnya.

PENDIDIKAN SENI DAN KELEBIHANNYA :


Pendidikan Seni banyak mempersiapkan individu untuk ke dunia kerjaya.
Ramai pendidik berpendapat seni wajar dijadikan mata pelajaran teras di
sekolah. Ramai berpendapat seni mempunyai potensi untuk dikembangkan.
Seni dapat membantu dalam pelbagai bidang. Menurut Hanna (1994), seni
membantu dalam;
a) kerjasama dan kasih sayang
b) merancang dan melaksanakan
c) kemahiran berfikir
d) adaptasi dengan orang lain
e) mengembangkan bakat
f) mengambil risiko
g) membuat keputusan
h) harga diri/yakin diri
i) semangat kerjasama

j) kemahiran menyelesaikan masalah


k) perkembangan emosi
l) membina kreativiti
m) disiplin diri
n) menjadi rakyat yang baik
o) menjadi seorang dewasa yang berdikari
p) meluahkan perasaan

Cara pembelajaran yang terbaik ialah melalui seni. Kemahiran berfikir secara
abstrak dan kemahiran kreatif boleh dirangsang melalui mata pelajaran seni.
Hidup pada hari ini terlalu banyak maklumat. Amat mustahil untuk kita
memperoleh dan menyimpan semua info atau maklumat. Seni berbeza
kerana ia bersifat abstrak. Kadangkala apabila kita melihat lukisan sahaja,
kita akan berasa tenang. Jelas kepada kita, seni sebagai ekspresi diri. Proses
memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar boleh dilakukan
dalam seni melalui:
a) Penyoalan rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan
seni.
b) Penemuan penemuan baru melalui penyelidikan dan kajian.
c) Pemerhatian tidak hanya tertumpu kepada deria pengamatan sematamata sebaliknya turut melibatkan deria sentuhan dan sebagai.
d) Percubaan usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu
kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendaptkan kesan dan hasil yang
diinginkan.
e) Penerokaan penerokaan dan eksplorasi merujuk kepada galakan untuk
memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.
f) Memanipulasi menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling
untuk dijadikan hasilan seni.
g) Aktiviti/bermain kreativiti dapat dirangsang melalui aktiviti bermain
melalui permainan yang berbentuk akademik.

Namun begitu Seni tidak diberi kepentingan yang sepatutnya di sekolahsekolah. Tidak ramai guru yang berkelulusan dan berkelayakan mengajar
seni di peringkat rendah. Hakikatnya Seni bersifat subjektif , dan bukan
semua guru boleh mengajar seni. Ia tidak bersifat fakta malahan terdapat
guru-guru yang tidak kreatif dan tiada kemahiran dalam seni dipaksa
mengajar seni. Ini memberi kesan yang amat buruk kepada anak-anak
didiknya Disebabkan seni itu sifatnya abstrak maka tiada istilah tentang
lukisan yang betul atau yang salah. Jawapan boleh diberi berdasar kreativiti
dan pengalaman seseorang individu menginterpretasi tentang lukisan itu
sendiri. Seni bnayak memberi manfaat kepada para pelajar. Ia tidak boleh
diukur secara objektif.

Patricia James (1999), menyatakan pelajar belajar kemahiran kreatif dan


kritis melalui seni ini. Seni dianggap sebagai terjemahan metafora dan
ekspresi emosi sama juga seperti sastera dalam bentuk tulisan. Untuk
mendapat kemahiran dalam seni, seseorang perlu berani bermain dengan
pengetahuan, pengalaman dan perasaan.

James dalam Ideas in Practice (1999), menyatakan seni mengasah bakat


kreativiti dan kemahiran kritikal. Kini kreativiti boleh diajar dalam bilik darjah.
Realitinya seni mempunyai tujuan dan proses yang terkandung di dalamnya
tiada kesudahan. Justeru guru perlu kreatif untuk mengcungkil bakat dan
potensi pelajar. Pendekata seni membantu individu dalam aspek-aspek
tertentu.

Selain dari itu keaslian dan pemikiran yang tajam dilabelkan sebagai gifted
child (individu yang berbakat/berpotensi). Adalah menjadi satu kesukaran
untuk mengajar individu yang gifted kerana mereka mudah dan cepat
berasa bosan. Ini kerana gifted child boleh belajar proses idea-idea yang
lebih kompleks dan berupaya mengolahnya dengan menggunakan konsep
tersendiri. (dipetik dari Education of Gifted).

Gifted student mempunyai keperluan-keperluan yang berbeza dengan


pelajar biasa. Pelajar dari kumpulan ini akan mudah merasa bosan jika
kurikulum tidak sentiasa diperbaharui. Ini kerana kumpulan pelajar ini
sentiasa ingin terus mempelajari sesuatu yang sentiasa baru. Berdasar
dapatan melalui jurnal-jurnal pendidikan, kebanyakan negeri di US
manyatakan 5 % hingga 10% daripada pelajar mereka adalah gifted. Selaras
dengan perkembangan teknologi moden, kini pembelajaran jarak jauh, elearning, video conference, semuanya memudahkan seseorang untuk
mendapatkan segulung ijazah. Malahan soalan-soalan boleh diajukan melalui
panggilan telefon sahaja.

PENGARUH SENI DALAM AKADEMIK


Pendidikan Seni juga dapat membantu pelajar-pelajar yang berisiko. Alkema
(1971) menjelaskan bagaimana seni boleh membantu pelajar yang
kekurangan. (OKU). Seni boleh membantu pelajar berfikir sendiri, ekspresi
diri, perkembangan mental dan penemuan-penemuan idea baru, mencari
penyelesaian baru, kesedaran mental, pemerhatian dan imbas semula
pengalaman-pengalaman masa lalu. Seni membantu individu menyelesaikan
konflik diri.

Menurut satu kajian, pelajar yang mengambil mata pelajaran seni lulus
dengan keputusan 100%. Apa yang menariknya dalam kajian ini pelajarpelajar yang cenderung gagal telah lulus dalam mata pelajaran ini. Para
pendidik telah berpendapat bahawa apabila kita menggunakan lebih
daripada satu kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) iaitu lisan,
penglihatan dan kinestatik, pengukuhannya adalah jauh lebih baik.

Kesabaran dalam seni mengajar seseorang individu agar sabar, dan terus
berusaha dalam mata pelajaran yang lain. Seni sebagai satu mata pelajaran
yang menarik dan memberi ruang untuk ekspresi diri tetapi perlu juga
berdisiplin dan bertanggungjawab. Sebagaimana yang kita ketahui selain
kekuatan yang ada dalam mata pelajaran seni ini, ia juga merupakan satu

mata pelajaran yang adventure atau mencabar dan indah. Justeru, seni perlu
kepada seseorang yang kebal dengan kritikan

John Adams (2000) pernah berkata, seseorang individu itu sering berkonflik
dengan keinginan diri sendiri dan kita semua sering mengaitkannya dengan
wang ringgit dan kehendak. Pada pendapat kita apa-apa yang tidak
memberikan pulangan wang ringgit adalah tidak berguna. Tetapi seni
merupakan sesuatu yang unik dan menarik yang patut dipelajari. Kita tidak
boleh mengabaikan pendidikan seni di sekolah. Dulu seni hanya dipelajari
oleh golongan bangsawan yang kaya raya, tetapi kini seni boleh dipelajari
oleh sesiapa sahaja, semua golongan tidak kira miskin ataupun kaya. Adalah
satu kerugian jika tidak mempelajari seni kerana ianya sesuatu yang cukup
bermakna dalam menjalani kehidupan seharian..
Seni kini boleh dipelajari di sekolah-sekolah menengah dan wajar ianya
diwajibkan sebagai mata pelajaran teras atau utama di sekolah-sekolah
menengah. Tetapi ada yang tidak dapat menerima seni dengan alasan ianya
tidak sesuai dan agak lucah. Ini kerana kadangkala gambar-gambar bogel
atau separa bogel sering disalah ertikan. Punca keadaan ini adalah
disebabkan pengetahuan tentang seni terlalu cetek dan mereka tidak lihat
seni itu sebagai sesuatu yang bermakna penuh dengan simbol-simbol atau
metafora (perlambangan).

Hasil seni dan produk seni sebenarnya hasil dari pengumpulan idea, emosi,
perasaan dan dibantu dengan ilmu-ilmu lain maka tercipta hasil seni yang
dibanggakan. Justeru seni amat penting dalam kehidupan mereka dan
merupakan sebahagian dari kehidupan. Cuma menjadi persoalan apabila
pendedahan seni itu tidak diperjelaskan secara langsung kepada
masyarakat. Perlakuan negatif dari pengamal menyebab seni diperlekehkan.
Sedangkan seni sebagai agen perubahan masyarakat dan bukan hanya
untuk golongan lemah sahaja. (pelajar lemah)

Justeru guru yang baik dan berkesan dalam P&P Pendidikan Seni akan
menjelaskan tentang kepentingan penghayatan dalam setiap kegiatan seni.
Ini diperjelaskan oleh Robinson (1990);

.................... making and appraising are both.... of equal and fundamental


importance in art education: each is important in itself...............

HUBUNGAN SENI DALAM KEHIDUPAN SOSIAL


Matlamat Pendidikan Seni dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk
melahirkan warganegara yang berbudaya dalam kehidupan, imaginatif,
kreatif, intelek, inovatif dan afektif terhadap ciri-ciri estetika agar diamalkan
untuk pembinaan insan yang seimbang dan harmonis. Dalam banyak
perkara, matlamat Lansing yang paling hampir dengan matlamat KPM iaitu
melahirkan individu yang berimaginatif, kreatif dan berpengetahuan di
samping boleh menggunakan pengetahuan seni dalam kehidupan seharian
(seni sebagai cara hidup).

Seni dapat membentuk jiwa dan peribadi manusia. Ia boleh dianggap salah
satu unsur yang dapat melahirkan individu yang seimbang dari segi rohani
dan jasmani. Peranan Pendidikan Seni yang berteraskan seni adalah
bertujuan melahirkan seseorang indivdu yang bersifat kreatif, inovatif,
berimaginatif,
berketrampilan
serta
menguasai
teknologi
dalam
menghasilkan citarasa dalam penciptaan bahkan mampu melahirkan pelajar
yang sempurna dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Di samping
memahami nilai-nilai estetika dan faham akan norma-norma kebudayaan
yang berteraskan kebudayaan kebangsaan.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, tentulah anggota


masyarakat mengharapkan bidang seni ini boleh menyumbang sesuatu
bertujuan membentuk generasi yang berdikari dan yakin diri. Justeru dalam
bidang kerjaya, seni boleh memainkan peranan besar untuk membentuk
generasi hari ini bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.
Selain untuk keperluan negara, pelajar boleh memilih bidang ini untuk
membentuk satu profesion baru seterusnya menjadikan seni sebagai
profesion sepenuh masa kerana terdapat ramai artist yang mampu hidup
selesa melalui bidang ini.

Seni juga berperanan penting dalam pembangunan manusia, malahan boleh


dianggap sebagai agen perubahan masyarakat. Pendidikan yang diterima
oleh manusia sama ada disedari atau tidak telah meletakkan seni di tempat
yang sewajarnya.

Negara perlu memikirkan satu kaedah yang berkesan bagaimana seni perlu
dijadikan teras kepada pembentukan masyarakat. Seni boleh dijadikan satu
formula membentuk masyarakat yang cinta kepada nilai-nilai keindahan. Ini
bertujuan supaya masyarakat tidak mengabaikan nilai-nilai estetika dan
moral yang menjadi aset penting dalam pembangunan negara.

Sekolah dan institusi pengajian tinggi merupakan tempat paling wajar.


Peranan murid, guru dan pihak pendidikan (pengurusan pentadbiran) amat
penting untuk merealisasikan perkara itu. Justeru semua masyarakat boleh
memainkan peranan menjadi ahli atau individu yang ada kepentingan untuk
menjadi warga yang dapat memberikan sumbangan ke arah mengekalkan
seni, budaya dan warisannya.

Seni dianggap sebagai sumber terpenting dalam kehidupan manusia, untuk


berkomunikasi, berinteraksi dan berhubung sesama manusia, kesenian
adalah penghubung kepada faktor-faktor terpenting ini. Masyarakat perlu
diberi pendedahan tentang kewajaran seni dikembangkan berdasar
keperluan manusia. Manusia sendiri adalah seni di mana kejadian awal
manusia adalah ciptaan Allah SWT.

Pengajaran seni bukan sahaja melibatkan seni halus sahaja tetapi pelajar
perlu diajar untuk melihat, mengkritik dan memahami maksud, tujuan,
hubungkait dan pengaruh seni itu sendiri. Beliau menggariskan beberapa
perkara penting berkaitan dengan Pendidikan Seni tersebut iaitu:
a) Isi kandungan Pendidikan Seni harus melibat seni sebagai budaya visual
b) Kaitan perasaan, fungsi dan bentuk harus diketahui untuk menghasilkan
sesuatu karya seni

c) Tahap kognitif secara individu atau kumpulan harus diambil kira dalam
P&P seni
d) Analisis unsur sosial yang terdapat dalam sesuatu seni/objek
e) Memahami sesuatu hail seni dan bentuk dari sudut kontent
f) Gabungkan unsur teknologi dalam pendidikan Seni
g) Dalam menilai dan menginterpretasikan seni, harus dilihat dari segi
kritikan konstruktif yang membina
Kesimpulannya di sini dalam kehidupan harian kita sebenarnya mempunyai
hubungan rapat dengan seni. Tidak kira sebesar mana peranannya terhadap
kehidupan kita, namun kepentingan seni wajar dilihat sebagai satu
kepentingan dalam kehidupan. Penglibatan seni hampir menyeluruh,
terutama jika dilihat tentang penggunaan bahan peralatan di rumah,
susunan perabut, pemilihan warna dan fesyen pakaian dan banyak lagi
perkara yang bersangkutan dengan kehidupan. Semuanya ini mempunyai
kaitan dengan seni dan falsafah masyarakat.

MENINGKATKAN KREATIVITI DALAM EKSPRESI SENI : TEORI MC FEE


Pendidikan Seni di sekolah seperti mana menurut sebahagian besar pengkaji
Barat
seperti
Eisner(1972),
Mario(1948),
Victor
Lowenfeld(1970),
Lansing(1971) dan Efland(1977) berpendapat bahawa Pendidikan Seni
adalah untuk mengembangkan potensi individu serta melahirkan bakat
pelajar agar berupaya untuk memahami nilai seni untuk dirinya, masyarakat,
warisan seni budaya serta nilai-nilai estetika secara global iaitu mengaitkan
seni dengan kehidupan individu agar dapat membuat pertimbangan dan
penilaian yang terbaik.(untuk dirinya, masyarakat dan budaya.)

Mc Fee(1970) menekankan kepekaan terhadap alam sekitar di dalam


matlamat dan objektif dalam Pendidikan Seni . Beliau menekankan empat
asas dalam mengkaji seni iaitu:
a) Kajian dan bandingan makna iaitu kanak-kanak mengenal objek serta
bandingan objek melalui soalan-soalan yang dibina.

b) Belajar membaca mesej iaitu makna dan nilai pada objek mengaitkan
makna
dengan nilai.
c) Kajian komunikasi antara penyusunan benda-benda di persekitaran
dengan nilai-nilai dan unsur budaya.
d) Kajian dari perspektif individu membuat modifikasi sesuai dengan nilainilai dan budaya.

Seni telah diterima oleh masyarakat kita sebagai satu budaya hidup yang
perlu dikekalkan. Perkembangan seni selari dengan perkembangan hidup
manusia sejak zaman dahulu lagi. Justeru tidak hairan jika Mc Fee lebih
menumpukan kepada kebudayaan sesuatu masyarakat melalui penerokaan
dalam menghasilkan seni. Apa juga corak yang dihasilkan mempunyai
makna kebudayaan di dalamnya. Ini membuktikan betapa pengaruh
kebudayaan amat ditekankan dalam matlamat kurikulum Mc Fee.

Teori beliau lebih komprehensif berhubung dengan pengamatan. Beliau


percaya, kanak-kanak melukis sebagaimana yang mereka lakukan dan
bukanlah disebabkan satu-satu faktor tetapi disebabkan oleh semua.

Mengikut teori ini kebudayaan adalah penting. Seni dan kurikulum seni
adalah sebahagian dari kebudayaannya di mana kanak-kanak itu tinggal.
Kebudayaan ini sebenarnya memberi kesan kepada pencapaian artistik
kanak-kanak. Hari ini di mana-mana juga terdapat pelajar yang mewakili
kebudayaan masing-masing. Mengikut Mc Fee (1970) lagi, adalah sangat
mustahak setiap individu iaitu kanak-kanak dan subculture dilindungi dan
dipertahankan melalui seni tampak.

Bagi
mencapai
objektif
bagaimana
Pendidikan
Seni
dapat
memperkembangkan warisan kebudayaan, (sasaran golongan masyarakat
dan pelajar) , strategi dan pelaksanaan yang dicadangkan adalah seperti
berikut:

a) Memberi peluang mengetahui pencapaian seniman lampau serta kini


termasuk identiti mereka ketika menghasilkan karya mahupun melakukan
aktiviti seni mereka.

- Pendekatan ini boleh memberi ruang dan peluang kepada individu terutama
pelajar mencari dan mendapat idea seni melalui pengalaman kendiri mereka
berdasar rujukan biografi para seniman tanahair. Ini kerana kita sedia
maklum dalam kurikulum Mc Fee, beliau menekankan aspek kepekaan
terhadap persekitaran dan alam dalam menghasilkan sesuatu karya. Pelajar
boleh menggunakan persekitaran alam sekeliling mereka untuk dijadikan
idea utama dalam pengolahan makna. Melalui design object ini pelajar
menggunakan simbol-simbol untuk menyampaikan makna dan secara tidak
langsung cuba menyampaikan mesej yang ingin diluahkan. Tingkahlaku
kognitif pelajar terbentuk mengikut kepekaan terhadap persekitaran dan
alam. Maka tidak mustahil jika hasil karya mereka berdasar kepada
pengalaman yang dilalui.

b) Membuat penyelidikan dan membanding makna melalui hasil karya


lampau seseorang seniman sebagai bahan rujukan.
- Dalam seni kritikan, pengkritik seni berperanan menceritakan apa yang
berlaku di sebalik terhasilnya sesuatu karya itu supaya ia menjadi lebih
bertenaga dan bercahaya selepas digilap oleh pengkritik seni yang
berwibawa. Bahkan pengkritik seni perlu jujur dalam kritikannya. Secara
tidak langsung menerapkan rasa penghayatan masyarakat terhadap sesuatu
karya yang mengandungi simbol dan makna yang cuba disampaikan.

c) Memerhati seniman menyusun objek-objek yang dipilih sehingga menjadi


satu karya yang mengandungi simbol dan makna.
- Seniman dilahirkan dengan bakat dan kreativiti yang tinggi. Kemampuan
seniman mengolah idea dengan adunan warna dan teknik memperlihatkan
satu kreativiti yang hebat. Karya seni merupakan satu manifestasi kejujuran.
Seni berperanan untuk mendidik penghayat (masyarakat). Edmund Burke
Feldman (1966) menyatakan seni sebagai satu bidang komunikasi yang

berkesan kepada masyarakat. Karya seni ini boleh dianggap sebagai


himpunan khazanah, idea, sumber ilham untuk dijalin dan dianyam dengan
sebaik mungkin.

d) Mempelajari cara seniman mentafsir idea untuk membentuk seni dengan


memperolehi pelbagai kesan melalui penggunaan asas senireka dan bahasa
seni visual.
- Manusia mempunyai emosi dan perasaan dan mahu meluahkan perasaan
mereka. Manusia mahu berkongsi perasaan dan emosinya dengan orang
lain. Justeru terdapat pelbagai cara perlakuan manusia
untuk
menterjemahkan perasaan dan emosinya itu. Charlotte Wolff (1970) dalam
bukunya Psychology of Gesture telah mengkaji perlakuan manusia dan
menyatakan manusia mengeluarkan pernyataan perasaannya di bawah
sedar dan tanpa kawalan diri.

Tidak dinafikan jika manusia dikatakan sebagai makhluk budaya. Manusia


hidup dalam aura budaya yang penuh dengan simbol-simbol, yang
menyiratkan makna, yang difahami dan dihayati bersama dalam kelompok
masyarakatnya. Geertz seorang ahli antropologi menyatakan; Manusia
hidup dalam jalinan makna-makna yang ditenunnya sendiri.
Ini menunjukkan manusia dalam kehidupannya mampu mencipta,
menampung
dan
menggunakan
simbol
sebagai
medium
untuk
berkomunikasi dan manusia hidup dalam belantara simbol. Kemampuan
manusia boleh diperolehinya melalui pendidikan, kerana pendidikan adalah
proses budaya. Bagaimana budaya tercipta? Tentulah melalui seni warisan
bangsanya.
PENUTUP:
Seni begitu memain peranan penting dalam dunia pendidikan kita.
Sewajarnya seni tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada
kepentingan dalam dunia pendidikan. Sejarah telah membuktikan bahawa
seni amat memain peranan dalam pembentukan ketamadunan manusia.
Mengenali bangsa yang berjaya ialah melalui seni selari dengan
perkembangan teknologinya. Justeru seni memainkan peranan penting
dalam dunia pendidikan kita hari ini.

Di harapkan melalui Pendidikan Seni ini akan melahirkan individu yang


berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping
dapat mempertahankan warisan budaya dalam kontaks sosial di mana
sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni
ini.

Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling


memerlukan. Memang benar apabila seni dikatakan sebagai agen perubahan
masyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu
juga sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.

SITI HAYATI BINTI HJ MOHD YUSOFF at 8:29 PM

Anda mungkin juga menyukai