Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Kreativiti umumnya dilihat sebagai salah satu faktor kognitif minda manusia yang semakin
dicari dalam usaha seseorang untuk cemerlang dalam semua bidang yang diceburi (Ananda,
2005). Menurut Sidney (1961), kreativiti memberi makna suatu hasil cipta yang baru dan asli
yang memperlihatkan hubungan penggunaan imaginasi dan penerokaan. Terdapat dua jenis
utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis
kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Manakala kreativiti analitik
pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah
ditetapkan. Dalam kajian ini, kaedah SCAMPER digunakan bagi menghasilkan sebuah reka
cipta alat teknologi. Hale Evans (2006), menyatakan bahawa SCAMPER ialah singkatan
mnemonik yang menyediakan cara yang berstruktur untuk membantu guru dan murid-murid
memahami masalah secara kreatif dan membina aktiviti berdasarkan idea dan proses.
SCAMPER ialah singkatan kepada: substitute(S), combine(C), adapt(A), modify(M), put to
other uses(P), eliminate(E), dan rearrange(R).

2.0 FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini meliputi empat perkara utama iaitu :

i) Membina lampu kira dan kad pintar untuk mengatasi masalah tambah dalam
lingkungan 100.
ii) Lampu kira dan kad pintar yang dihasilkan dapat membina kefahaman yang
menyeluruh berkenaan dengan konsep nilai tempat, nilai digit, dan operasi tambah
dalam lingkungan 100.
iii) Murid-murid menjawab soalan penambahan dengan menggunakan lampu kira dan
kad pintar ini setiap hari melalui tunjuk ajar dan bimbingan daripada guru.
iv) Lampu kira dan kad pintar yang dihasilkan adalah relevan dan memenuhi keperluan
sukatan Pemulihan Khas dan LINUS yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia kepada murid-murid Pemulihan Khas selain membantu guru
dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

3.0 OBJEKTIF & PERSOALAN KAJIAN

Objektif utama kajian ini dijalankan ialah untuk meningkatkan kecekapan responden dari segi
keperluan masa untuk menjawab soalan tambah dalam lingkungan 100. Selain itu, kajian ini juga
bertujuan untuk menilai keberkesanan penggunaan lampu kira dan kad pintar bagi meningkatkan
penguasaan konsep operasi tambah. Berikut merupakan persoalan bagi kajian ini :

i) Adakah lampu kira dan kad pintar dapat meningkatkan kecekapan responden dari segi
keperluan masa untuk menjawab soalan tambah dalam lingkungan 100?

ii) Adakah lampu kira dan kad pintar berkesan untuk meningkatkan penguasaan konsep
operasi tambah?

4.0 PROJEK REKA CIPTA

Projek Rekacipta dan Inovasi ini dijalankan di sekolah di daerah Petaling Perdana yang
melibatkan 4 orang murid pemulihan khas sebagai sasaran. Projek yang dijalankan bertujuan
untuk membina Bahan Bantu Mengajar yang dikategorikan sebagai bahan dalam teknologi asitif
yang sesuai untuk digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran murid pemulihan khas.
Dalam Projek Rekacipta ini, pengkaji-pengkaji telah membina sebuah bahan BBM yang sesuai
untuk digunakan oleh murid pemulihan khas dalam mata pelajaran Matematik, yang dinamakan
lampu kira dan juga kad pintar.
5.0 KUMPULAN SASARAN

Responden bagi projek ini adalah 4 orang murid Pemulihan Khas dari salah sebuah sekolah di
daerah Petaling Perdana. Kesemua responden merupakan bangsa Melayu dan beragama Islam.

6.0 KELEBIHAN & KEKURANGAN RESPONDEN

Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan oleh penyelidik semasa guru mengajar dalam
matapelajaran matematik, responden kajian mempunyai kebolehan dan kekurangan yang
tersendiri. Antara kekurangan dan kelemahan responden adalah seperti Jadual 1 di bawah.

Jadual 1 : Kekuatan & Kelemahan Responden Kajian


BIL RESPONDEN KEKUATAN KELEMAHAN
1 A Responden sangat patuh akan Responden sering menunjukkan
arahan guru serta menunjukkan sikap yang cuai semasa
sikap yang rajin. membilang dan menambah.
2 B Responden dapat mencongak Responden keliru nilai tempat dan
secara lisan dan selalu meyiapkan nilai digit dalam pengiraan
tugasan dalam masa yang beralgoritma.
diberikan.
3 C Responden memahami cara Responden terlalu bergantung
menambah menggunakan bahan kepada bahan konkrit untuk
konkrit dengan betul. menyelesaikan tugasan serta
membilang secara melangkau.
4 D Responden menggemari aktiviti Responden kerap memberikan
pengajaran berbentuk seni. alasan negatif serta tidak
menggemari sebarang bentuk
persaingan.

Anda mungkin juga menyukai