Anda di halaman 1dari 6

Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.

Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item
objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran
intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih
satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua
pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.
Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara
objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak
balas yang serupa
(Gronland,1977).
Antara contoh soalan berbentuk objektif:

Item jenis pendek

Item jenis padanan

Item jenis anekapilihan

Item kloz

Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:


1. Item respon bebas
2. Item respon tetap (item objektif pilihan)
Item respon bebas
Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan
sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang
berbentuk melengkapkan penyataan.
Contoh;
1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________
2. Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.
Item respon tetap (item jenis pilihan)
Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling
tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.
Jenis soalan respon tetap;
1. Format salah betul
2. Padanan
3. Aneka pilihan
Format salah betul
Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu
betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).

Contoh;
Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:
1. Hitam Putih ( )
Padanan
Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau
perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu
terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga
tidak perlu terlalu panjang.

Aneka Pilihan
Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.
Jenis item aneka pilihan;
1. Berbentuk soalan
2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
3. Jenis jawapan terbaik
4. Analogi
5. Antonim
6. Jenis negatif
7. Mengisi tempat kosong
8. Item jenis campuran
9. Teknik kloz
Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:
1. Stimulus (rangsangan) merupakan bahagian soalan yang mengandungi
maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks,
grafik, jadual, atau perbualan.
2. Stam merupakan bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya
berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.

3. Jawapan pilihan merupakan bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan


yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.
Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:
1. Arahan mesti jelas dan mudah difahami.
2. Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.
3. Jawapan yang disediakan haruslah logik.
4. Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.
5. Aras kesukaran haruslah setara.
6. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.
7. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.
Kelebihan dan Kelemahan Ujian Objektif
Ujian objektif mempunyai beberapa kelebihan dan di antaranya ialah:
a) Ujian ini mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih
tepat.
b) Ia bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan
tersebut terjamin.
c) Tidak menggalakkan penipuan.
d) Ujian ini mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.
e) Ia boleh diskor dengan tepat.
f) Ia juga boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang
yang terlatih.
g) Pemeriksaan boleh dipercayai.
h) Ujian ini bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.
i) Ia dapat mengukur proses mental yang tinggi.
j) Ia memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.
k) Ia dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik.
Di samping kelebihan dan kebaikkannya ini, terdapat juga kelemahan-kelemahan pada ujian
objektif ini:
a) Ia tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis
idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.
b) Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.
c) Semasa menduduki peperiksaan calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk
membaca dan berfikir.

d) Ujian ini memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya.
Banyak tenaga yang digunakan.
e) Ia tidak dapat mengukur keaslian.
SOALAN SUBJEKTIF
DEFINISI
Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam
instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap
kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
Terdapat dua jenis soalan subjektif:
1. Item jenis struktur
2. Item jenis esei
Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang
mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.
Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis
biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian
lanjutan.
Prinsip pembinaan soalan jenis esei
Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbungabunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.
Terdapat dua jenis item esei
1. Item tindak balas terhad
2. Item tindak balas lanjutan
Item tindak balas terhad
Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga
dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif
isi yang terbatas.
Item tindak balas lanjutan
Item jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak membataskan isi
dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta
mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau
pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka.
Kelebihan dan kelemahan Ujian Subjektif
Seperti ujian objektif, ujian jenis subjektif juga mempunyai kelebihan-kelebihannya yang
tersendiri. Antaranya ialah:
a) Ia boleh dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit.
b) Ujian jenis ini berupaya mengurangkan tekaan jawapan.

c) Ia berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya.


Mereka boleh memilih aspek-aspek pembelajaran yang paling penting dan wajar,
mereka boleh mengelolakan pengetahuannya, mereka boleh mengemukakan
pendapat dan sikapnya, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.
d) Membolehkan calon-calon menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka
menghampiri situasi sebenar.
e) Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang
samar-samar.
f) Berguna untuk menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses
mental yang tinggi.
g) Ia mempunyai potensi untuk mengukur keaslian
h) Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya.
Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ujian ini memperlihatkan:
a) Nilai potensi diagnostik yang rendah
b) Ia cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz
karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.
c) Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih.
d) Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.
e) Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.
f) Ia memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa
memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.
g) Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.

1.
o

Pembinaan Item Beraneka Pilihan


Terdiri daripada :
Stimulus

Stem

Jawapan pilihan

Dikatakan sukar dibina dan sukar dijawab tapi mudah diperiksa (mudahmenggunakan OMR)
, perlu dijawab dengan tepat.

Prinsip penyediaan soalan berbentuk beraneka pilihan;


Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami.

Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-

o
bunga.
o
o
o
o

Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan.


Tuliskan setiap jawapan pilihan secara menarik supaya setiap jawapan yang
diberikan adalah munasabah.
Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak.
Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang.

o
o

Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.


Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya
wujud suatu sistem susunan jawapan pilihan.

Anda mungkin juga menyukai