Anda di halaman 1dari 18

TIPS HADAPI SAKIT BERSALIN

Pertama : Bertenang dan banyakkan membaca ayat suci Al-Quran kepada


yang beragama islam. Selawat pun bole. Tapi yang lebih baik baca doa yang
dibaca oleh nabi nuh ketika dalam perut ikan paus.


Dalam rumi : La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin.
Maksudnya : "Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan
engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang
yang membuat zalim."Doa ini juga boleh dibaca ketika dalam kesusahan.
Kedua : Sabar dan bersandarlah pada sesuatu benda contohnya bantal yang
agak tebal atau kerusi berkusyen.
Ketiga : Apabila datang rasa sakit (kontraksi) tu, tarik nafas dalam2 pastu
hembus. Ulang banyak kali sehingga rasa sakit itu hilang. Mengikut
pengalaman saya, tips ni mmg sgt2 berguna dan akan mengurangkan sedikit
rasa sakit semasa kontraksi nak bersalin tu. Yang ajarkan saya tips ni adalah
ketua jururawat (sister) ketika saya berada dalam labour room.
Keempat : Bagi yang beragama islam, ingatlah sakit sewaktu hendak
melahirkan anak (start dari kontraksi) sampailah sesudah bersalin, malaikat
akan mencatatkan pahala jihad kepadanya. Dan jika dia meninggal ketika
sedang melahirkan anak, maka dia akan mati syahid. Bukan tu saja, apabila
selepas bersalin dia juga bersih daripada dosa macam bayi yang baru
dilahirkan. maksudnya dosa2 dia dah dihapuskan oleh Allah. Subhanallah..
besarnya ganjaran org yang melahirkan anak ni kan?
Kelima : Walaupun rasa sakit dah datang, tapi tak masuk labour room lagi,
bakal2 ibu/ ibu2 digalakkan minum air milo/telur separuh masak utk dapatkan
tenaga ketika meneran nanti. Memanglah kalau waktu sakit tu tak mampu da
nak makan/ minum apa2 tapi curi2lah masa kontraksi tu hilang sekejap.
Waktu nak meneran nanti waktu yang paling penting. Kalau tak cukup tenaga
nak teran nanti kesian kat baby. Ada kemungkinan lemas atau kena vakum
pastu kepala dia lonjong. Kesian kat baby kita kan? Disebabkan kita, anak
kita jadi mangsa. Baru nak keluar tgk dunia dah kena macam2.
Keenam : Jika anda berada di dalam labour room dan ditemani oleh suami
anda, anda bolehlah suruh dia tolong urutkan kaki anda. Ketika itu kaki akan
terasa sgt2 lenguh. JANGAN urut dibahagian perut atau pinggang anda
kerana ia akan menambahkan lagi rasa sakit / kontraksi itu. Ketika pergi
kursus peneman di hospital melaka, nurse yang memberikan ceramah
tentang tips-tips menghadapi kontraksi tu yang bagitahu.
Akhir : Kalau anda da try semua tips2 kat atas tu tapi tak berjaya jugak
mengurangkan rasa sakit nk bersalin tu, anda bolehlah minta bantuan ubat
tahan sakit dari doktor. Tetapi, KALAU BOLEH anda TIDAK DIGALAKKAN
untuk mengambil epidural atau ubat2 yang membantu mengurangkan rasa
sakit ketika bersalin. Sebab semua tu ada kesan sampingannya. Saya salah
seorang daripada pesakit yang mengambil epidural (sejenis ubat tahan sakit
yang dimasukkan ke dalam tulang belakang).

Amalan

berzikir dan banyak


berdoa digalakkan bagi ibu-ibu yang hendak melahirkan
kerana ini dapat mententeramkan fikiran dan dapat memupuk
kesabaran ketika dalam kesakitan melahirkan anak nanti.
Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah:

Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak )


yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau
sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba
Mu

TIPS MUDAH BERSALIN


1.2 minggu sebelum due, amalkan makan telur separuh masak untuk beri
tenaga.
2.Bila sakit nk bersalin, makan sebiji telur mentah.
3.Minum milo yang dibancuh dengan 2-3 sudu margerin supaya laluan cepat
terbuka
4.Rebus epal hijau pastu makan time tgh sakit contraction
5.Amalkan membaca surah maryam untuk memudahkan bersalin
6.Time kat labour room, banyakkan membaca al-fatihah dan doa nabi Yunus
serta sebut "Ya Fattah" berulang kali untuk mengurangkan rasa sakit bersalin
7. Amalkan minum air kelapa hujung2 nk bersalin. (ni mmg admin amalkan
jugak, nanti baby lahir kulitnya bersih je)
8. Makan kurma dalam bilangan ganjil
9. Banyakkan berjalan, naik tangga ke... Exercise sebelum deliver baby
10. Amalkan makan sayur bendi, sebab orang cakap bendi berlendir so
senang lahirkan baby
11.Untuk exercise, duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki, pegang jari2
kaki and tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
12.Masa proses meneran, baring sambil kaki/ betis rapat ke peha dengan
tangan memegang buku lali untuk elakkan vagina terkoyak banyak. Jangan
angkat punggung semasa meneran sb nt koyak teruk
13.Amaklan menyapu minyak zaitun di sekeliling faraj bagi melembutkan
bahagian tersebut
14.Semasa contraction, tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui
mulut. Bila sakit semakin kuar, tarik nafas dan lepaskan cepat2

15. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Barri, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali dan
hembuskan dalam segelas air
16.Kerapkan bersama suami supaya laluan senang terbuka start kandungan
37 minggu
17.Minum air Selusuh. Lebih baik kalu dibuat sendiri oleh suami.. Berkat kata
orang
jom sama2 share untuk ibu2 di luar sana....
TANDA-TANDA HENDAK BERSALIN
~Kontraksi Rahim
Kontraksi adalah tanda awal dan isyarat yang paling penting yang
menunjukkan anda sudah sampai masa untuk bersalin. sekiranya kontraksi
sudah ada, cuba perhatikan masa, tempoh dan berapa minit jarak
diantaranya. Kontraksi yang sebenar berlaku secara teratur dan pada jarak
yang konsisten. sekiranya ia berlaku setiap 5 min secara teratur dan semakin
kerap, pergilah berjumpa dengan doktor untuk mendapat kepastian.
Kontraksi biasa atau Braxton Hicks contraction agak berbeza, ia kurang
menyakitkan dan tidak teratur dan akan hilang dengan sendirinya tidak lama
kemudiannya.
~Sakit Belakang
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga
mungkin satu tanda kelahiran. Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan
rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
~Pecah ketuban
Dalam cerita drama atau filem,wanita selalunya sedar yang mereka bakal
melahirkan apabila ketuban mereka pecah. Tapi ia bukan realiti sebenar.
Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah ketuban sehinggalah
disaat-saat akhir proses bersalin. Yang kerapnya, doktor yang akan
memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.
Pecah ketuban berlaku pada segelintir wanita hamil sahaja dan sekiranya
anda mengesyaki yang ketuban sudah pecah, jumpalah dengan doktor
dengan segera.
~Bloody Show
Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat
bercampur darah keluar dari faraj. Ini adalah pluk mukus yang menghadang
sebarang kemasukkan asing kedalam cerviks. Ia juga menghalang sebarang
kuman dari merebak kepada bayi. sekarang pluk ini sudah tiada dan bayi
sudah boleh bergerak kebawah dengan perlahan-lahan.
~Serviks terbuka

Sebaik sahaja kontraksi berlaku, pangkal rahim anda akan menjadi lebih
lembut dan lebih nipis. Walaubagaimanapun, cuma doktor sahaja yang boleh
mengetahui perubahan ini semsa pemeriksaan faraj.
Feel free to share ye mama
TEKNIK BERNAFAS KETIKA BERSALIN
Anda boleh mula mengaplikasikan teknik pernafasan apabila mula merasai
kontraksi yang tidak selesa. Biarpun, anda mempelajari pelbagai jenis
pernafasan ketika di kelas antenatal, pilih satu yang bersesuaian dengan
keadaan diri ketika di dalam bilik bersalin.
1. Peringkat awal (early labour)
Bernafas secara perlahan-lahan dengan menarik nafas melalui hidung tiga
kali. Kemudian hembus nafas melalui mulut tiga hingga empat kali. Dalam
pada itu, hembuslah lebih lama berbanding tarik nafas.
2. Peringkat aktif (active labour)
Ketika sakit bertambah kuat, hela nafas terlebih dahulu. Disusuli dengan
tindakan menarik dan menghembus nafas. Apabila sakit semakin ketara
bernafaslah secara cepat dan tidak dalam. Pada kemuncak kontraksi,
pernafasan secara tercungap-cungap melalui mulut (panting) boleh
membantu. Setelah kontraksi beransur hilang, bernafaslah seperti biasa
secara perlahan-lahan.
3. Peringkat transisi (Masa bersalin hampir tiba tetapi pangkal rahim belum
buka sepenuhnya)
Anda tidak digalakkan meneran kerana ini boleh memudaratkan.Lakukan
pernafasan panting namun jangan teran pada punggung. Sebaik-baiknya
panting-panting hembus.
INFO TAMBAHAN
Pernafasan Lamaze
Masyarakat Barat sangat menggemari kaedah pernafasan Lamaze. Dengan
mengaplikasikannya, keadaan anda akan lebih terkawal. Apabila tumpuan
dihalakan kepada pernafasan, maka kesakitan dapat diabaikan. Caranya
ialah dengan bernafas sambil menyebut perkataan hee-hee-hoo.
Namun, adalah dinasihatkan agar kerap melakukan latihan sebelum tiba
masa untuk bersalin kerana dikhuatiri bila tiba masanya anda tidak dapat
melakukannya dengan baik kerana kurang berlatih. Tambahan pula ketika
sakit anda tidak dapat menumpukan perhatian kepada teknik pernafasan
yang betul. Oleh kerana itulah, amat penting untuk suami turut serta dalam

kelas antenatal agar dia dapat memberi panduan ketika anda mengalami
kontraksi.
Teknik betul meneran
Bayangkan keadaan seperti hendak membuang air besar. Pastikan dagu
dirapatkan ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok.
Ketika ini belakang badan perlu menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan
anda meneran dari abdomen ke bawah seperti diarahkan oleh doktor dan
jururawat. Bila berlaku kontraksi, tarik nafas lalu meneran selama yang boleh.
Dalam satu kontraksi, anda digalakkan mengambil nafas sebanyak dua
hingga tiga kali. Meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung dan
bukannya di muka. Jangan sesekali mengangkat punggung kerana ia boleh
menyebabkan koyak yang besar. Apabila bayi di tahap akhir pelahiran iaitu
sebahagian kepala bayi mula kelihatan jangan meneran terlalu kuat. Teran
perlahan lahan untuk mengelakkan koyak teruk.
(Sumber: Majalah Pa&Ma Mac 2012)

Bagaimana cara untuk mengurangkan risiko


luka permukaan faraj semasa bersalin anak
pertama?
Berikut adalah salah satu cara bagaimana mengurangkan risiko luka
permukaan faraj semasa bersalin anak pertama.
Kaedah yang dicadangkan ialah dengan melakukan urutan permukaan faraj
sebelum bersalin @ "antenatal preneal massage"
Apakah 'perineum"?
Iaitu kawasan di antara faraj dan dubur.
Berapa kerapkah koyakan perineum itu berlaku?
Antara 40-80% dan 2/3 daripadanya memerlukan jahitan.
Bagaimana untuk mengelakkan ianya daripada berlaku?
Lakukan "Perineal Massage"
Menggunakan 1 atau 2 jari
Dilakukan sendiri di rumah, 1-2 kali sehari sebelum 4-6 minggu sebelum
tarikh jangka.
Bolehkah suami mendorong?
Sudah tentu!
Adakah apa-apa risiko kepada kandungan?

Tidak ada.
Senang dilakukan.
Tidak menyakitkan.
Tidak perlu bayaran.
Tatacara mengurut perineum
Basuh tangan anda dan pastikan kuku sentiasa pendek, tenangkan diri anda
ditempat yang selesa dengan cara mencangkung.
Sapukan pelicin (minyak zaitun). Jangan gunakan minyak bayi, minyak galian
atau petroleum jelly.
Letakkan 1 atau 2 jari anda lebih kurang 1 - 1.5 inci ke dalam faraj. Tekankan
ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga terasa sedikit regangan.
Tetapkan keadaan tersebut selama 1-2 minit.
Urutan perlu dilakukan dalam bentuk gerakan 'U' berulangkali.
Urutan perineum hendaklah dilakukan perlahan-lahan selama 10 minit setiap
hari (sekurang-kurangnya 4 kali seminggu). Selepas 1-2 minggu anda akan
terasa lebih regangan.
(Sekiranya suami anda yang melakukan urutan perineum, arahan yang sama
hendaklah dilakukan)

Tips Penjagaan Luka Bersalin Pembedahan


Kali ni nak kongsi sikit pasal tips berguna (pada hemat sayalah
kan, berdasarkan pengalaman sendiri) mengenai penjagaan
luka bersalin pembedahan. Cara saya mungkin tidak
sempurna, tapi Alhamdulillah saya tidak terkena jangkitan
kuman dan yang penting luka kering dengan baik sekali. Sneak
peak sikit parut pembedahan secara pembedahan sebelum
saya cerita selanjutnya ye...
Luka saya masih lagi merah... tapi taklah seteruk macam
gambar sebelah kanan sebab luka tu dah berusia 3 bulan lebih
nak masuk 4 bulan. Tapi saya masih lagi di tahap berjaga-jaga,
tak angkat barang berat, tak garu tempat luka dan yang
penting, check tiap-tiap hari kalau ada pendarahan/nanah
walau sedikit.
Ok, berbalik kepada tips penjagaan luka tersebut.
Pertama sekali, seperti penjagaan luka lain, tempat jahitan
perlu sentiasa kering. But of course, being human, we excrete
sweat occasionally unless we spent all of our time in a fully air
conditioned room. Jadi sesuatu yang normal bagi seseorang itu
berpeluh dan bagi kes ibu-ibu yang bersalin secara

pembedahan, peluh berdekatan kawasan luka itu tidak bagus


ye puan-puan. Lap cepat-cepat bila rasa basah je dan sekali
sekala angin kan luka (means jangan asyik tutup dengan
bengkung saja, me personally tak pakai pun bengkung. Panas
dan juga takut luka lambat sembuh dok berbalut macam tu.
My motto 'Biarlah perut geleber asalkan luka cepat baik').
Pernah saya baca di internet cara keringkan luka pakai hair
dryer instead of guna kipas tapi kedua-duanya saya tak
galakkan. Kipas takut luka kekal lembap walaupun nampak
kering seterusnya menggalakkan jangkitan kuman. Hair dryer
pulak keluarkan angin panas. Secara logiknya angin panas
akan menyebabkan luka kembang dan takut nanti menetas
pulak. Nanti nak kena buat wound reconstruction kan dah sakit
2 kali. Baik elakkan.
Cara saya buat, sediakan tuala khas untuk lap tempat luka.
Setiap kali lepas mandi saya akan dab tuala pada luka (jangan
tekan!) sampai kering. Kalau rasa tak larat nak tunduk-tunduk
mengelap, mintalah tolong daripada yang menjaga anda
berpantang. Lepas dab, pakai kain batik loosely dan angin kan
sekejap.
Saya tak sapu apa-apa pada luka, doktor pun tak ada bagi apaapa ubat untuk sapu. Basuh masa mandi pun guna air sematamata, jangan sabun. Masa sabun bahagian badan lain, perlu
elakkan daripada terkena pada luka. Pendek kata jangan sukasuka sapu dengan dettol ke, minyak gamat ke unless your
doctor advised you to.
Dari segi makanan pula, saya banyak makan ikan haruan rebus
dan hirup kuahnya dalam tempoh saya berpantang. Yang
gatal-gatal saya elakkan sampai sekarang. Bukan apa, tak
tahan rasa nak menggaru tapi takut nak garu. Sudahnya diri
sendiri menderita. Tapi dalam jaga makan kadang-kadang
terkena jugak 'termakan' benda gatal. Sudahnya garu peha
yang tak gatal, compensate tak boleh nak garu tempat luka.
Huhu.
Saya juga amalkan jelly gamat, tapi dos nya berbeza dari mula
sehingga habis pantang. Minggu pertama cuma makan satu
sudu kecil 3 hari sekali. Masuk minggu seterusnya, 2 hari
sekali. Kemudian sekali sehari sampailah masa dah hampir
sebulan, baru makan 2 kali sehari macam yang disyorkan.
Sebabnya makan dengan aturan macam ni untuk elakkan luka
luar sembuh terlalu cepat berbanding luka di dalam kata

seorang makcik yang saya jumpa masa bawa anak ke Klinik


Paeds di Hospital Ipoh yang bagitau. Tahap kebenaran tips ini
saya tak tahu, tapi kalau ikut logik (saya punya logik la, aha),
bila dah tengok luka luar sembuh elok, mesti dah rasa boleh
lasak-lasak kan. Yang kat dalam tak tahu dah elok cantum ke
tak.. silap-silap dok lasak sangat tak bercantum yang kat
dalam tu. Eeiii, seram.
Orang kata luka bersalin pembedahan lagi senang nak jaga
berbanding dengan luka bersalin biasa. Tapi saya percaya,
setiap luka pun ada kisah sendiri, menetas ke, menanah ke..
Macam saya sendiri, luka saya selalu berdarah di tempat yang
kejadian menanah senang terjadi. Panik tak usah kata, tapi
saya pastikan tempat itu kering, darah yang keluar saya
sentiasa lap dengan tisu bersih. Alhamdulillah, tiada nanah di
situ walaupun asyik berdarah terutama setiap kali lepas mandi.
Kesimpulannya, penjagaan luka sebenarnya taklah susah,
semuanya bergantung pada si empunya badan nak jaga
macam mana. Yang penting, luka mesti sentiasa kering, kering
dan kering.
Luka yang dijaga dengan baik akan meninggalkan parut yang
elok. Kalau terasa tak nak mengandung lagi, jaga cincai boncai
pun takpe (memetik kata kawan emak yang datang melawat
saya dulu).

MENJAGA LUKA EPISIOTOMI


Sekiranya anda mengalami kelahiran normal, kemungkinan
besar anda mempunyai luka episiotomi.
Untuk memastikan luka anda pulih dengan baik, cuba amalkan
tip-tip ini:
1-Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka,
ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan
mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam
sekali.
2-Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air
kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka.
Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa
atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang

dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun


yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan
cemaran najis.
3-Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat)
dan siram air suam semasa kencing.
4-Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka
menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan
biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan
pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk
mendedahkan luka sekali sekala.
5-Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal
donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk
mengelakkan dari tekanan pada luka.
6-Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan
episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat
mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.
7-Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan
paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.
8-Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk
melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika
mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati
di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya
luka anda teruk.
9-Sitz bath. Amalkan sitz bath dengan merendam pungung
anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan
membersih luka sehingga dalam vagina.
10-Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia
membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan
darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat
melihat perubahannya.
11-Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan
pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
12-Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak
akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran
kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali.
Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin

badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang


terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan
kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit
dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga
menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah
sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka
anda.

5 cara pendekkan proses bersalin


1. Jauhkan diri dari katil. Berdiri atau melutut ketika proses
bersalin berlangsung menggalakkan bayi turun ke saluran
peranakan. Perbuatan ini menambah tekanan kepada serviks
untuk merangsang ia meregang dengan lebih cepat.
2. Elakkan epidural. Tahukah anda bahawa epidural
sebenarnya hanya memanjangkan lagi tempoh proses
kelahiran.
3. Kekalkan tenaga. Hal ini dapat anda lakukan dengan
mengambil snek berkhasiat yang kaya karbohidrat dan jus
buah-buahan segar.
4. Tenangkan diri. Jika panik, proses kelahiran akan lambat
bermula.
5. Berjalan-jalan. Jangan hanya berbaring di atas katil.
Sebaliknya lakukan pergerakan dengan berjalan-jalan kerana ia
boleh merangsang bayi bergerak ke saluran peranakan.
MAKANAN DALAM PANTANG
1. IKAN
Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah
haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan
luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral
yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat
membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati
perkara tersebut benar.
2. ULAM-ULAMAN
Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana,
antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup,
daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian
(mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.
Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu
dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun maaf
zahir batin, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun
bebuas dan daun ruku.
3. SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN
Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin.
Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku,
bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu,
rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin
juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu,
cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing,
durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka,
cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang,
ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai.
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan
sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah
banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
4. AYAM DAN BURUNG
Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih
yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus
dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh
dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi
masalah sukar tidur pada waktu malam.

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN


Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya
walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat

dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian


terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada
isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami
harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan
cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah
bersalin.
Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita.
Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh
badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah
40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus
mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita
mengandung juga mengalami perubahan emosi.
Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat
menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus
menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap
malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban
isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami
terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah
menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh
suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan
keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat
itu.
* Ketika isteri sedang sarat/sedang berpantang, jangan la anda
pula si suami menggatal dengan perempuan lain. Jagala emosi
dan hati isteri anda. Dia bergadai nyawa melahirkan zuriat
anda kemudian menjaganya siang malam. Makan/tidur
terganggu sedangkan anda pula berseronok di luar dengan
perempuan lain. Keluar makan, menonton wayang, shopping
dll. Tidakkah anda si suami terfikir duit yang anda keluarkan
untuk berfoya-foya itu adalah lebih baik di laburkan untuk
anak-anak.
TANAM URI
Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari
ialah menanam uri.
Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut
tembuni.Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri
adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan
dan uri amat penting kepada bayi.Uri perlu ditanam dengan
segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri
hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok.

Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri


pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak
sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri
perlu diuruskan dengan baik.Jangan mengikut kepercayaan
karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun.
Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan
khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita
tanpa sedar.
Cara menguruskan uri
1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.
2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna
sabun/shampoo.
3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang
baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)
4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersihbersih.
5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci
bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)
6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan
untuk harumkan uri.
7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic
tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping.
Ikat seperti sup bunjut.
8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup
bunjut.
9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan
dan dikorek anjing nanti atau binatang binatang lain nanti
10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa
letakkan uri dalam dalam dan timbus.
11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya
perkarangan surau/masjid.
12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali

oleh anjing dan binatang2 lain.


13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh
mendatangkan syirik dan khurafat.
Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM) Uri tersebut
perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak
dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan
dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang
Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa
balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing
Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan
sebagainya adalah amalan khurafat.
KETIKA MENYAMBUT KELAHIRAN BABY
Dalam ajaran agama Islam, seseorang ibu yang sudah
melahirkan anak dan kemudiannya baru sahaja menimang
cahaya mata adalah amat disarankan untuk menyambut
kelahiran bayi baharunya. Namun begitu, tidak banyak
perbezaan dalam melaksanakan adab menyambut kelahiran
bayi dalam Islam sesuai dengan sifat agama Islam itu yang
mudah dan praktikal.
Panggilan bagi menyambut anak lelaki adalah disebut
"Salamun Zakrun" yang bererti: Salam sejahtera anak
lelaki.Manakala panggilan untuk menyambut anak perempuan
adalah disebut sebagai "Salamun An-Nisaa" yang bererti:
Salam sejahtera anak perempuan.
*Sesudah sahaja anak yang baru dilahirkan dari rahim
ibu,maka adalah diperlukan untuk
MEMBERSIHKAN/MEMANDIKAN anak itu dengan betul dan baik
agar posisi anak itu bersih dan sihat. Selalunya amanah
membersihkan anak yang baru lahir itu adalah di bawah
tanggungjawab jururawat, bidan, bapa anak atau mereka yang
penyayang serta pengasih kepada bayi serta berkebolehan
meyempurnakan tugasan itu. Bayi yang sudah dibesihkan
perlulah dililit/dipakaikan dengan kain tuala yang bersih dan
lembut sebaiknya berwarna putih.
*Sunat/Sunnah MEMBERI UCAPAN tahniah dan mengembirakan
mereka yang baru sahaja mendapat anak.Tujuannya adalan
untuk menghulurkan rasa kegembiraan bersama kepada siibu
dan keluarga yang baru sahaja memperolehi cahaya mata
selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim
dikalangan mereka. Adalah disarankan bagi pengucap khabar

gembira untuk menghulurkan buah tangan tahniah berupa


hadiah,hamper,bunga-bungaan ataupun wang saguhati kepada
penimang anak.
*Sunat untuk diAZANkan di telinga kanan bayi lelaki dan
perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya.Dan juga
disunatkan untuk diiqamatkan di telinga kiri bayi lelaki dan
perempuan yang masih bayi sesudah kelahirannya. Serta
disunatkan juga membaca ayat-ayat suci Al-Quran pada bayi
tersebut. Bacaan tidak perlulah dibaca terlalu kuat cukup
sekadar memperdengarkan bacaan pada bayi sahaja.Salah
satu hikmah(kelebihan)melakukannya adalah supaya kalimat
seruan tersebut tentang kebesaran Allah menjadi seruan
pertama yang bayi dengar.
*Sunat 'TAHNIK' atau belah mulut yang dilakukan selepas anak
dilahirkan.Tahnik ialah mengunyah buah kurma(tamar)
(selalunya dilakukan oleh orang yang dianggap soleh dan
bertaqwa kepada Allah seperti Imam, Bilal(Muazzin), Ulama,
Syeikh dan sebagainya), dan seterusnya diletakkan sedikit
pada lidah bayi yang baru dilahirkan. Selain daripada Kurma,
manisan lain seperti titisan madu, nira nipah atau kelapa juga
boleh digunakan. Tujuannya adalah untuk melazimkan bayi
membuka mulut dengan mendapatkan ganjaran benda manis.
Amalan ini membuatkan bayi mahu menghisap apabila ibu
menyusukan bayi tersebut kerana sentuhan di lidah
mempunyai kesan manis dan bukan kesan yang tidak
menyelesakan. Selain itu, tujuan lain adalah untuk
melancarkan percakapan anak kecil selain mengetengahkan
anak kecil itu agar kelak selalu berkata manis dan benar.
*Sunat MENAMAKAN anak yang baru dilahirkan dengan dengan
nama-nama yang baik.Menamakan anak boleh dilakukan pada
hari pertama kelahiran anak tersebut sesudah bayi itu diazan
dan diiqamatkan atau pada bila-bila masa yang difikirkan
sesuai.Nama yang kotor buruk serta menjatuhkan maruah
perlulah dielakkan sama sekali.
*MENCUKUR RAMBUT.Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari
ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat
emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika
tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau
sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang
tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan
tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala
(iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala, juga

dikenali sebagai kerak kepala) dan juga dapat memberikan


daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan
pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur
mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan
kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun
disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada
melakukan Qaza iatu mencukur sebahagian kepala kanakkanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini
mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk
menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di
mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun
terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian
kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan
meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu
perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian
menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan
sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut
*Sunat "AQIQAH" bagi anak baru lahir.Aqiqah yang membawa
maksud penyembelihan binatang ternakan seperti
lembu,kerbau,unta ataupun kambing yang dilakukan selepas
kelahiran bayi(lebih afdhal(yang lebih baik)dilakukan pada hari
ketujuh)sebagai tanda kesyukuran kepada Allah Taala.Kurban
yang dilaksanakan ini dapat mendekatkan anak kepada Allah
dan pelbagai faedah yang lain.Kurban Aqiqah dapat
meninggalkan kesan psikologi pada anak kecil yang baru lahir
agar dia dapat merasakan dirinya dihargai oleh keluarga dan
masyarakat selain menggembleng perasaan kecil agar mampu
berkorban dan redha dengan ketentuan Allah.Atucara ini
biasanya dilakukan pada majlis kesyukuran yang biasanya
turut diselitkan dengan aktiviti mengunting rambut
bayi,Nasyid, selawat,bacaan Al-Quran, solat sunat
syukur,bacaan Yassin dan Tahlil Kesyukuran.Perbuatan
menyembelih binatang selalunya tidak dilakukan dihadapan
mata bayi yang hendak diraikan tetapi dilakukan sebelum
majlis berlangsung.Makanan dan minuman turut diberikan
pada hadirin dan anak fakir miskin dan yatim piatu.
*Sunat (BERKHATAN/berkhitan/bersunat).Perkara ini menjadi
sunat kepada kaum perempuan dan merupakan suatu
kewajipan bagi lelaki.Namun begitu sesetengah Ulama
menafsirkan berkhatan bagi lelaki adalah hanya dikategorikan
sebagai Sunat Muakkat(Sunat yang amat dituntut oleh syariat
Islamiah).Tujuan berkhatan adalah untuk menjaga kesucian
zahir dan batin umat manusia selain untuk menguatkan minda
dan badan dan mencantikkan paras rupa dan wajah.Para

saintis moden telah menggalakkan khata kepada semua umat


manusia bagi membendung masalah jangkitan penyakit
kelamin yang merbahaya seperti HIV dan AIDS.Bagi kanakkanak lelaki yang berumur antara umur 8 hingga 12 tahun
boleh disunatkan oleh Tok Mudim manakala kanak-kanak lelaki
dibawah umur itu serta kanak-kanak perempuan boleh
disunatkan oleh Doktor dan Bidan yang berkebolehan.Bagi kes
kanak-kanak dan orang dewasa Muslim yang mencecah umur
13 tahun dan keatas pilihan melaksanakan kewajipan
berkhatan boleh ditentukan untuk dilaksanakan oleh Doktor
atau Mudim mengikut kehendak dirinya dengan syarat tidak
menimbulkan syahwat dan pelaksana pembedahan adalah
mereka yang sama jantina atau muhrim.Sesetengah Ulama
juga menafsirkan hukuman bagi lelaki Muslim yang tidak
berkhatan adalah dihukum bunuh.Bagi melaksanakan ibadah
berkhatan ini,pengetahuan dalam bidang perubatan perlu ada
pada pelaksana pembedahan serta Ibadah khatan boleh
dilakukan selepas diadakan majlis kesyukuran.

Anda mungkin juga menyukai