Anda di halaman 1dari 7

Amalan-amalan sunat menyambut kelahiran bayi

1. Azan dan iqamat


• Anak lelaki di azan pada telinga kanan dan iqamat pada telinga kiri.
• Anak perempuan di iqamat hanya pada telinga kiri.
Sabda Rasulullah diriwayat oleh Baihaqi dan Ibnu Sunni dari Hasan binAli: “Sesiapa yang
melahirkan anak maka hendaklah ia melakukan azan di telinga anaknya yang kanan serta iqamat
pada telinga kiri, nescaya anak tidak dicabuli oleh Ummu Sibyan (jin perempuan yang mengganggu
kanak-kanak)”

2. Membaca ayat Qulhuwallah (surah al-Ikhlas) dan ayat 36 surah al-Imran


Rahsia dan kelebihannya adalah agar anak dihindari daripada gangguan dan tipu daya syaitan,
menandakan kehebatan alam semesta ciptaan Allah, mengajar syariat Islam (melalui kalimah
syahadah) dan menanamkan kalimah mulia dalam hati.

2. Memberi nama yang baik

Nama yang baik adalah nama-nama yang ada hubung kait dengan Islam atau pengertian yang
indah.Tegas Rasulullah diriwayat oleh Muslim: “Nama-nama kamu yang kamu paling disukai oleh
Allah ialah Abdullah dan Abdul Rahman”

4. Tahnik (Belah Mulut)


Menggunakan buah tamar yang dimamah lumat dan disuapkan sedikit kepada bayi dan gerakan ke
kanan dan ke kiri.

Ini bertujuan untuk mendidik bayi agar mudah menyusu dan menjana sifat taqwa, kesejahteraan
dan kefasihan lidah.

5. Cukur rambut

> Sunat mencukur rambut bayi ketika bayi berusia 7 hari.

> Berat rambut ditimbang sama dengan nilai emas atau perak dan disedekah dengan nilainya kepada
fakir miskin.

> Bercukur boleh melebatkan rambut, menguatkan kulit kepala, menyuburkan pancaindera (mata,
penglihatan, pendengaran dan deria bau).

> Adalah dilarang membuat jambul.

> Mencukur keseluruhan rambut dan bukannya menggunting sebahagian rambut

> Rasululah s.a.w menegaskan dari Abdilah bin Omar r.a berkata (hadisriwayat al-Sahihain):
“Rasululah s.a.w telah melarang meninggalkan rambut bertompok-tompok”
6. Aqiqah

> Sunat melakukan aqiqah ketika bayi berusia 7 hari.Dari Samrah bin Jundub r.a bahawa Rasulullah
s.a.w bersabda (hadis riwayat Abu Daud): “Tiap-tiap bayi itu tergadai dengan aqiqahnya.

Disembelih kambing atau biri di hari yang ketujuh dan dicukurkan rambut serta diberi nama ke
atasnya”

> Anak lelaki disunatkan sembelih dua ekor kambing atau biri-biri dan satu ekor bagi anak perempuan
(kambing atau biri sampai umur seperti untuk korban).Dari Habibah binti Maisarah (hadis riwayat Abu
Daud):”Ia pernah mendengar Rasululah s.a.w berkata untuk lelaki dua ekor kambing yang sama besar
dan untuk perempuan seekor kambing”

> Daging aqiqah digalakkan di masak gulai manis dan tulangnya tidak dipatahkan.Sabda Rasululah
(hadis riwayat al-Baihaqi): “Dari Aisyah r.a yang sunat dua ekor kambing yang sekupu (sama besar)
untuk bayi lelaki dan bayi perempuan seekor dimasakkan secara berangkai-rangkai dan jangan
dipatah-patahkan”

Doa untuk bayi baru lahir


Doa untuk bayi lelaki

Doa untuk bayi perempuan


Apakah Tanda Tanda Awal Bersalin yang sering para ibu alami?

Simptom mahu bersalin adalah berbeza untuk setiap wanita dan menentukan titik mulanya adalah
mustahil. Ia merupakan satu proses iaitu apabila beberapa perubahan dalam badan anda
bekerjasama untuk membantu kelahiran bayi.

Dalam peringkat awal kelahiran, yang juga dipanggil fasa terpendam, anda mungkin rasa perkara-
perkara berikut:

 Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen, selalunya disertai oleh
rasa kejang seolah-olah senggugut.
 Anda boleh lihat sedikit darah (lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah).
Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks, anda berada di ambang pelahiran atau
mungkin dalam masa beberapa hari lagi. Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.
 Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap, dan menjadi lebih lama dan lebih
sakit.
 Air ketuban anda pecah tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang
membuka serviks anda.

 Bagaimana anda rasa dalam peringkat awal kelahiran bergantung kepada:
 samada anda pernah bersalin sebelum ini;
 bagaimana anda melihat dan bertindak balas terhadap kesakitan;
 bagaimana persediaan anda untuk menghadapi kelahiran.

Bilakah saya perlu menghubungi doktor saya?

Anda dan doktor anda mungkin telah berbincang mengenai apa yang perlu dilakukan apabila anda
dalam pelahiran. Tetapi jika anda tidak pasti samada masanya sudah tiba ataupun belum, jangan malu
untuk menghubungi doktor anda.

Doktor sudah biasa mendapat panggilan daripada wanita yang kurang pasti samada mereka sedang
berada dalam proses kelahiran ataupun tidak dan mereka yang memerlukan panduan. Ia adalah
sebahagian daripada tugas mereka.

Doktor anda perlu tahu jarak masa kontraksi anda, sama ada anda boleh bercakap semasa kontraksi
dan sebarang simptom yang ada. Sebagai alternatif, anda boleh menghubungi wad bersalin dan
bercakap dengan jururawat atau bidan yang boleh memberi nasihat kepada anda.

Anda perlu menghubungi doktor sekiranya:

 air ketuban anda pecah, atau jika anda syak bahawa anda mengalami kebocoran cecair amnion;
 bayi anda kurang bergerak berbanding biasa;
 anda mengalami pendarahan faraj (kecuali jika ia hanyalah sedikit mukus yang bercampur darah);
 anda mendapat demam, sakit kepala yang teruk, mengalami perubahan dalam penglihatan, atau sakit
pada bahagian abdomen yang berterusan dan tidak surut-surut.

Semaklah senarai simptom kehamilan yang tidak boleh anda abaikan sekiranya terdapat perkara lain
yang merisaukan anda.

Apa yang perlu saya lakukan pada awal kelahiran?

Ini bergantung kepada waktu ia berlaku, apa yang anda suka lakukan dan bagaimanakah perasaan
anda. Sentiasa tenang dan relaks boleh membantu proses kelahiran berjalan dan membantu anda
menangani kontraksi. Buatlah apa sahaja yang dapat membantu anda kekal tenang.

Anda boleh menonton filem kegemaran anda, berehat atau meminta rakan atau ahli keluarga untuk
menemani anda. Anda boleh berjalan dan berehat secara berganti-ganti, atau anda boleh mandi air
suam untuk melegakan lenguh-lenguh dan kesakitan. Jika boleh, cuba berehat sebagai persediaan
untuk anda bekerja keras nanti.

Dalam fasa awal kelahiran, anda mungkin rasa lapar, oleh itu makan dan minumlah jika anda
berselera. Ini dapat menenangkan hati dan membantu anda berehat.

Peringkat awal kelahiran juga adalah masa yang sesuai untuk mencuba posisi yang
berlainan dan teknik-teknik pernafasan untuk melihat samada ia boleh membantu anda menangani
kontraksi, memandangkan kini anda sedang melaluinya! Jika anda mempunyai mesin TENS, inilah
masanya untuk menggunakan mesin ini.
Bolehkan saya mengalami kontraksi tetapi bukan sakit bersalin?

Ya. Semasa sakit bersalin, serviks anda beransur-ansur menjadi nipis (effacement) dan membuka
(dilation). Penipisan dan pengembangan serviks berlaku serentak pada wanita yang pernah
melahirkan sebelum ini. Sesetengah wanita sensitif terhadap kesakitan kontraksi sebelum serviks
mula membuka. Jururawat atau bidan dapat mengesahkan samada perubahan serviks telah bermula
atau sebaliknya melalui pemeriksaan.

Sekiranya bayi anda dalam posisi posterior (kepala di bawah tetapi membelakangi anda), masa akan
diambil lebih lama untuk kepala bayi terletak kejap dalam serviks (engaged) dan untuk proses
kelahiran bermula dengan sempurna. Kontraksi anda mungkin tidak sekata dan tidak begitu kuat, dan
anda mungkin rasa sakit belakang.

Doktor anda mungkin akan memberi nasihat tentang kaedah menangani peringkat awal di rumah
sebelum sakit bersalin menjadi lebih kuat. Anda boleh cuba mandian hangat atau urutan untuk
melegakan kesakitan.
Bolehkan saya tahu jika saya akan bersalin dalam masa terdekat?

 Mungkin. Tanda-tanda hendak bersalin termasuk:Ringan (apabila kepala bayi mula turun ke bawah
dan tetap pada posisinya dalam pelvis anda). Anda akan dapati ketika ini lebih mudah bernafas dan
makan. Tetapi anda juga lebih kerap membuang air kecil.
 Pertambahan rembesan faraj dan lebih berlendir.
 Kontraksi Braxton Hicks yang lebih kerap dan lebih kuat.
 Pembuangan najis lebih mudah.

Anda mungkin juga menyukai