Anda di halaman 1dari 6

menu & resepi makanan dalam PANTANG

hello everyone, Yesterday, i googled for 'menu dalam pantang'.. most of it from thread2 kat forum.. but, first and foremost, nak minita maaf pada sesiapa empunya resepi / menu / petua.. kita amik ye.. harap dihalalkan lah ye.. cuma the only nama yg i ingat is sifu dunia masak2 alam cyber ni iaitu Kak Liza (hanieliza) .. apapun, pada yg lain2 tu terima kasih juga ye..

so, here i attached few menus / resepi... ada yg dr hasil 'google'lan & ada juga yg dari apa yg saya makan / experience masa tempoh berpantang anak pertama, adam dzarif last 2 years...

-breakfast- biskut 4 segi - white bread / wholemeal bread - cereals (cornflakes with milk) - milo suam (but, there's some people yg tak sesuai.. sembelit katanya!) / susu suam (best option)

-lunch- sup ikan haruan / tenggiri / bawal putih / merah - steam ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah - singgang ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah - ikan panggang berkari - ikan haruan / tenggiri / bawal putih / salmon / merah - daging goreng halia & black pepper - ikan bilis goreng tumbuk dgn lada hitam - isi ayam goreng halia & bijan - kerabu pegaga - sup sayur sawi bunga / lobak putih / kailan / carrot

-tea time- sama macam breakfast -

Dinner - sama macam lunch -

RESEPI

1. SUP IKAN HARUAN / TENGGIRI / BAWAL PUTIH / MERAH bahan-bahan:air halia, bawang merah, bawang putih - ditumbuk daun sup ikan cara-cara:masukkan air dengan bahan2 yg ditumbuk, masukkan sedikit garam, setelah mendidih masukkan ikan & daun sup.

2. STEAM IKAN HARUAN / TENGGIRI / BAWAL PUTIH / MERAH / SALMON bahan-bahan:ikan halia daup sup tomato cara-cara:letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan & steam sampai ikan masak.

3. SINGGANG IKAN HARUAN / TENGGIRI / BAWAL PUTIH / MERAH bahan-bahan:air bawang merah, lengkuas - dihiris serai asam keping ikan cara-cara:rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yg sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping & sedikit garam. bila dah mendidih, masukkan ikan.

4. IKAN HARUAN / TENGGIRI / BAWAL PUTIH / MERAH / SALMON PANGGANG BERKARI bahan-bahan:serbuk kari serbuk kunyit serbuk lada hitam ikan

cara-cara:gaulkan semua bahan diatas bersama sedikit garam, lumurkan diatas ikan & panggang - boleh diletak atas dapur sahaja / dalam oven.

5. DAGING GORENG HALIA & BLACK PEPPER bahan-bahan:daging bawang putih, bawang besar, halia - dihiris serbuk lada hitam minyak bijan cara-cara:tumiskan semua bahan yg dihiris (bawang putih, bawang besar, halia) dengan sedikit minyak bijan. masukkan daging & sedikit air (nak lembutkan daging) & masukkan sedikit garam & serbuk lada hitam.

6. IKAN BILIS GORENG bahan-bahan:ikan bilis serbuk / biji lada hitam cara-cara:goreng ikan bilis sampai garing, angkat & toskan minyak. Kemudian tumbuk ikan bilis bersama lada hitam.

7. ISI AYAM GORENG HALIA & BIJAN bahan-bahan:isi ayam halia - dihiris bijan - disangai / digoreng tanpa minyak

cara-cara:tumiskan halia yg dihiris dengan sedikit minyak, masukkan isi ayam. Setelah isi ayam dah masak, masukkan pula garam & akhir sekali bijan yg telah disangai.

8. KERABU PEGAGA bahan-bahan:lada hitam, bawang merah, ikan bilis - ditumbuk ulam pegaga cara-cara:-

tumiskan semua bahan yg ditumbuk (lada hitam, bawang merah, ikan bilis) dengan minyak yang sedikit. dah garing, masukkan pegaga (sekejap je) & sedikit garam.

9. SUP SAYUR - SAWI BUNGA / LOBAK PUTIH / KAILAN / CARROT bahan-bahan:sayur air bawang putih daun sup minyak bijan cara-cara:tumiskan bawang putih dengan sedikit minyak, masukkan air, sedikit garam & sayursayuran. masukkan juga sedikit garam. setelah mendidih, masukkan daun sup & titiskan sedikit minyak bijan.

* air untuk menyegarkan badan & membuang angin - rebuskan serai, daun pandan, halia & sedikit gula (kalau taknak boleh je beli air halia serbuk yg dalam peket tu - jenama nona)

* bagi yg bersalin caeser, buah yang bagus untuk dimakan ialah orange (Insyaallah, cepat sembuhkan luka) * bagi yg bersalin caeser juga bolehlah amalkan minum pati / jeli gamat & juga pati ikan haruan (x sedap giler!!!!, tp nak sihat kena minum gak! yikes!), Insyaallah cepat baik.

Credit to : http://myworldbylina.blogspot.com/2008/10/menu-resepi-makanan-dalam-pantang.html

Isnin haruan goreng kunyit Selasa haruan msk stim Rabu - haruan msk sup Kamis ulang haruan goreng kunyit Jumaat haruan goreng sos tiram Sabtu haruan msk stim Ahad haruan msk sup

Makanan ibu dalam pantang Petua orang dulu-dulu


Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu keseimbangan hormon ibu. Mereka mengalami pelbagai bentuk tekanan dan gangguan emosi akibat perubahan fizikal. Apalagi semasa melahirkan anak, tenaga dikerah dengan hebat, urat saraf banyak yang cedera dan terjadi luka di bahagian tertentu. Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan. Jenis ikan Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim. Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain. Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar. Ulam-ulaman Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulamulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan. Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku. Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme. Jenis ayam dan burung Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

Credit to: http://intim.wordpress.com/2007/05/15/makanan-ibu-dalam-pantang-petua-orang-dulu-dulu/

Anda mungkin juga menyukai