Anda di halaman 1dari 5

Cadangan menu berpantang

1. Ikan tenggiri masak singgang


Bahan-bahan :
1-2 ulas bawang putih
½ cm kunyit hidup
½ cm lengkuas muda
1 keping isi ikan tenggiri
1 sudu besar air asam jawa atau 1 keping asam gelugur
1 batang serai

Penyediaan :
1. Mayang halus bawang putih, halia dan lengkuas muda.
2. Ketuk serai.
3. Di dalam periuk, panaskan 1 cawan air dan masukkan kesemua bahan.
4. Setelah mendidih, masukkan isi ikan dan perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

2. Ikan tenggiri masak asam


Bahan-bahan :
3 biji bawang merah
½ inci halia
3 keping isi ikan tenggiri
½ cawan air asam jawa
500ml air

Penyediaan :
Mayang halus halia dan bawang merah.
Masukkan kesemua bahan di dalam periuk. Biarkan sehingga mendidih.
Masukkan ikan dan masak sehingga kuah pekat.
Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Nota kaki :
Lauk pantang ini membantu melawaskan pembuangan air kecil dan membekalkan sumber protein.
3. Sup Lobak Putih
Bahan-bahan :
½ ekor ayam
1 batang lobak putih
2-3 ulas bawang putih
2-3 ulas bawang merah
½ inci halia
1 paket perencah sup sayur
1 kiub pati ayam
Penyediaan :
1. Hiris nipis bawang putih, bawang merah dan halia. Tumis dengan sedikit minyak.
2. Isi 3 cawan air, isi ayam dan perencah sup.
3. Setelah mendidih, masukkan kiub ayam dan perasakan dengan serbuk lada hitam dan garam.
4. Masukkan lobak putih yang dihiris bulat.
5. Boleh hias dengan bawang goreng atau daun sup untuk dihidang,
Nota kaki :
Lobak putih sesuai dihidang sebagai menu berpantang kerana membantu menambahkan kuantiti susu badan. Ia juga mampu merawat masalah penghadaman,
kencing tidak lawas dan darah tinggi.

4. Ikan Tenggiri Grill


Bahan-bahan :
1 keping isi ikan tenggiri
½ inci kunyit hidup
1 sudu kecil lada hitam
Sedikit garam

Penyediaan :
1. Tumbuk kunyit hidup bersama lada hitam dan garam.
2. Lumur pada isi ikan. Perap selama 1-2 jam.
3. Grill isi ikan sehingga masak.

Nota kaki :
Ibu-ibu amat digalakkan untuk mencampurkan lada hitam dalam penyediaan lauk pantang mereka untuk memanas dan menyegarkan badan. Malah ia
juga membantu mengelakkan kembung perut pada bayi.

5. Ikan merah tumis bawang

Bahan-bahan :
1 keping isi ikan merah
1 cm halia muda
1-2 ulas bawang putih
Serbuk lada hitam

Penyediaan :
1. Gaul garam dan serbuk lada hitam pada isi ikan dan diperapkan seketika.
2. Dengan sedikit minyak, goreng ikan sehingga masak. Ketepikan.
3. Tumis bawang putih dan halia yang dihiris nipis dan masukkan isi ikan tadi.
4. Tabur dengan sedikit daun bawang.

6. Sup Ikan

Bahan-bahan :
Isi ikan (jenahak/merah/siakap/tenggiri)
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
1 cm halia
Kayu manis, bunga lawang dan pelaga
Sup bunjut ikan
Lada hitam
500 ml air
Lobak merah/lobak putih/sawi/bunga kubis)

Penyediaan :
1. Lumur isi ikan dengan garam. Boleh goreng ikan terlebih dahulu jika suka.
2. Kisar bawang putih, bawang merah dan halia dan tumis sebentar dengan sedikit minyak.
3. Masukkan kayu manis, bunga lawang dan pelaga. Kemudian masukkan air dan sup bunjut ikan.
4. Masukkan isi ikan dan sayur.
5. Perasakan dengan garam dan letak sedikit lada hitam serta daun sup
7. Kerabu Pegaga

Bahan-bahan :
1 mangkuk ulam pegaga – dihiris nipis
2 biji bawang merah – dihiris nipis
1 ekor ikan – rebus dan diambil isinya
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu kecil kerisik
1 biji limau kasturi – ambil jusnya

Penyediaan :
Gaul kesemua bahan dan perasakan dengan garam dan gula.

8. Daging Rebus Asam

Bahan-bahan :
1 mangkuk daging yang dipotong
½ inci halia
½ inci lengkuas
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sekeping asam keping
1 sudu kecil ketumbar – ditumbuk kasar
Sedikit serbuk lada hitam
2 mangkuk air

Penyediaan :
Halia, lengkuas, bawang merah dan bawang putih ditumbuk sehingga lumat.
Di dalam periuk, isi air dan rebus daging bersama bahan-bahan yang ditumbuk.
Masukkan ketumbar dan asam keping.
Masak sehingga daging empuk. Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam.

Nota kaki :
Penggunaan asam keping dalam menu berpantang membantu melancarkan sistem penghadaman si ibu dan mengempiskan perut selepas melahirkan.
9. Ikan kukus dengan halia

Bahan-bahan :
1 ekor ikan (siakap/merah/selar/jenahak) – disiang dan dibersihkan
5 biji bawang putih
2 inci halia
3 biji limau nipis – ambil jusnya
3 biji cili api
Air
Daun sup/ketumbar
Penyediaan :
1. Sediakan pengukus dan panaskan airnya.
2. Ikan diletak di dalam bekas tahan panas dan dilumur dengan garam dan serbuk lada hitam sedikit.
3. Hiris halus bawang putih dan halia. Taburkan pada ikan dan kukus sehinga separuh masak.
4. Masukkan sedikit air, cili api yang diketuk dan jus limau nipis.
5. Apabila masak taburkan dengan daun sup atau ketumbar.

10. Cengcaru bakar berempah


Bahan-bahan :
1 ekor ikan cencaru
2 biji bawang putih
2 biji bawang merah
½ inci halia
½ inci kunyit
2 sudu besar serbuk kari

Penyediaan :
1. Tumbuk lumat bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit.
2. Campurkan kesemua bahan yang ditumbuk bersama serbuk kari dan lumurkan pada ikan.
3. Bakan ikan sehingga masak.

Anda mungkin juga menyukai