Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN PERATURAN PERKHEMAHAN

SMK TAMAN DAMANSARA ALIFF


A. PERATURAN PENGGUNAAN KHEMAH
1. Pastikan bahagian-bahagian khemah mencukupi / lengkap sebelum
mendirikan khemah.
2. Tidak dibenarkan menyimpan makanan di dalam khemah.
3. Tidak dibenarkan makan di dalam khemah.
4. Tidak dibenarkan menyalakan lilin, lingkaran nyamuk, lampu gas atau
sebarang bahan bakar dalam khemah.
5. Kain lembab atau basah hendaklah dijemur di ampaian dan tidak dibenarkan
disimpan atau disidai di dalam atau di atas khemah.
6. Kasut dan stoking perlu diletakkan di luar atau di bawah khemah.
7. Sebelum meninggalkan khemah pastikan pintu ditutup.

B. KESELAMATAN
1. Keselamatan kawasan perkhemahan adalah tanggungjawab semua.
2. Penjagaan keselamatan dan kebersihan kawasan perkhemahan adalah
tanggungjawab semua amnya dan ahli kumpulan khususnya.
3. Jika berlaku kebakaran hendaklah bertindak segera dengan memanggil semua
yang ada di sekitar ( berkumpul di dataran perhimpunan).

C. KEBERSIHAN
1. Kebersihan kawasan perkhemahan dan sekitar Kem adalah tanggungjawab
bersama.
2. Peserta perkhemahan hendaklah memastikan tandas dan kawasan sekitarnya
sentiasa berada dalam keadaan bersih.
3. Dilarang membuang sampah di dalam tandas.
4. Bungkusan / kotak sabun, ubat gigi dan sebagainya hendaklah dibuang ke
dalam tong sampah.
5. Tidak menyidai pakaian basah di dalam dan di luar tandas.
6. Kain basahan hendaklah disidai di ampaian yang disediakan di sekitar tandas.
7. TUALA WANITA hendaklah dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah.

D. PERATURAN AM
1. Sebarang penggunaan handphone adalah dilarang sama sekali.
2. Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sama
ada peraturan bertulis atau lisan semasa menyertai perkhemahan.
3. Sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan, laporkan segera kepada Kem
Komandan/Penolong Kem Komandan.
4. Peserta lelaki dilarang memasuki kawasan perkhemahan peserta perempuan
dan sebaliknya.
5. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa
kebenaran bertulis.
6. Peserta ditegah melakukan aktiviti yang tidak terdapat dalam jadual atau
melakukan aktiviti yang tidak mengikut jadual.
7. Semua pihak dalam perkhemahan DILARANG MEROKOK dalam kawasan
perkhemahan dan membuang sampah di merata-rata tempat.
8. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam
kawasan perkhemahan.
9. Segala bentuk PERJUDIAN dan MINUMAN KERAS diharamkan sama sekali.
10. Setiap peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing
selepas jam 12:00 tengah malam.
11. Penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian perlu diberi keutamaan.
Pihak Pengurusan TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB atas sebarang
kehilangan atau kerosakan pada peralatan atau harta persendirian semasa
perkhemahan diadakan.
12. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan
pengawasan pihak bertanggungjawab.
13. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari Kem
Komandan/Penolong.
14. Peserta yang melanggar peraturan keselamatan akan dikenakan tindakan oleh
Jawatankuasa Keselamatan dan Urus Setia.

SELAMAT BERKHEMAH

Anda mungkin juga menyukai