Anda di halaman 1dari 2

PERATURAN – PERATURAN PERKHEMAHAN

SK BUKIT JERING, KUALA BALAH,JELI, KELANTAN

A. PERATURAN PENGGUNAAN KHEMAH


1. Pastikan bahagian-bahagian khemah mencukupi / lengkap sebelum mendirikan khemah.
2. Tidak dibenarkan menyimpan makanan di dalam khemah.
3. Tidak dibenarkan makan di dalam khemah.
4. Tidak dibenarkan menyalakan lilin, lingkaran nyamuk, lampu gas atau sebarang bahan
bakar dalam khemah.
5. Kain lembab atau basah hendaklah dijemur di ampaian dan tidak dibenarkan disimpan
atau disidai di dalam atau di atas khemah.
6. Kasut dan stoking perlu diletakkan di luar atau di bawah khemah.
7. Sebelum meninggalkan khemah pastikan pintu ditutup.

B. KESELAMATAN
1. Keselamatan kawasan perkhemahan adalah tanggungjawab semua.
2. Penjagaan keselamatan dan kebersihan kawasan perkhemahan adalah tanggungjawab
semua amnya dan ahli kumpulan khususnya.
3. Jika berlaku kebakaran hendaklah bertindak segera dengan memanggil semua yang ada
di sekitar ( berkumpul di dataran perhimpunan).

C. KEBERSIHAN
1. Kebersihan kawasan perkhemahan dan sekitar Kem adalah tanggungjawab bersama.
2. Peserta perkhemahan hendaklah memastikan tandas dan kawasan sekitarnya sentiasa
berada dalam keadaan bersih.
3. Dilarang membuang sampah di dalam tandas.
4. Bungkusan / kotak sabun, ubat gigi dan sebagainya hendaklah dibuang ke dalam tong
sampah.
5. Tidak menyidai pakaian basah di dalam dan di luar tandas.
6. Kain basahan hendaklah disidai di ampaian yang disediakan di sekitar tandas.
7. TUALA WANITA hendaklah dibungkus dan dibuang ke dalam tong sampah.

D. PERATURAN AM
1. Sebarang penggunaan “handphone” adalah dilarang sama sekali.
2. Semua peserta diwajibkan mematuhi semua peraturan yang ditetapkan sama ada
peraturan bertulis atau lisan semasa menyertai perkhemahan.
3. Sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan, laporkan segera kepada Kem
Komandan/Penolong Kem Komandan.
4. Peserta lelaki dilarang memasuki kawasan perkhemahan peserta perempuan dan
sebaliknya.
5. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan perkhemahan tanpa kebenaran bertulis.
6. Peserta ditegah melakukan aktiviti yang tidak terdapat dalam jadual atau melakukan
aktiviti yang tidak mengikut jadual.
7. Semua pihak dalam perkhemahan DILARANG MEROKOK dalam kawasan perkhemahan
dan membuang sampah di merata-rata tempat.
8. Dilarang menebang atau merosakkan pokok-pokok yang terdapat dalam kawasan
perkhemahan.
9. Segala bentuk PERJUDIAN dan MINUMAN KERAS diharamkan sama sekali.
10. Setiap peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah masing-masing selepas jam
12:00 tengah malam.
11. Penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian perlu diberi keutamaan. Pihak
Pengurusan TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB atas sebarang kehilangan atau
kerosakan pada peralatan atau harta persendirian semasa perkhemahan diadakan.
12. Penggunaan peralatan berbahaya hendaklah di bawah penyeliaan dan pengawasan pihak
bertanggungjawab.
13. Tidak dibenarkan berinteraksi dengan orang luar tanpa kebenaran dari Kem
Komandan/Penolong.
14.Peserta yang melanggar peraturan keselamatan akan dikenakan tindakan oleh
Jawatankuasa Keselamatan dan Urus Setia.
″ SELAMAT BERKHEMAH ″

Anda mungkin juga menyukai